TERKINI :

Wednesday, January 11, 2017

Debaran paling hebat: Bapa Faiz

JERLUN - Cinta Faiz Subri kepada dunia bolasepak sejak kecil sehingga meraih pelbagai anugerah kejayaan di peringkat daerah, negeri sehingga negara dan kini antarabangsa disifatkan sebagai berbaloi.

Diumumkan sebagai pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 selepas menerima undian 56,46 % jauh meninggalkan dua lagi pencabar terdekat iaitu Marlone (22,86%) dari Brazil dan Daniuska Rodriguez (10,01 %) dari Venezuela, pemain sayap Pulau Pinang itu kini sebaris nama-nama besar bolasepak dunia.

Menurut bapanya, Subri Kadir, 65, beliau mengakui begitu berdebar menunggu pengumuman oleh legenda bolasepak Brazil, Ronaldo Luís Nazário de Lima dan bersyukur selepas nama anak kelimanya itu akhirnya diumumkan sebagai pemenang.

"Saya rasa ini antara debaran paling hebat dalam hidup saya apabila ternanti-nanti sama ada Faiz mampu muncul sebagai pemenang pada anugerah berprestij ini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tok Kepak, dekat sini, awal pagi tadi.

Subri berkata, beliau turut terharu apabila Faiz turut menyampaikan ucapan penghargaan di Zurich, Switzerland kepada diri dan keluarga termasuk pihak-pihak yang pernah membantu kariernya sebelum ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...