TERKINI :

Monday, January 23, 2017

Ayuh masa untuk bergerak, masa untuk lupakan PAS.. UNDILAH PH + PPBM

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NASIONAL

www.amanah.org.my

UNDI PAS MEMBAZIR, BERI KEUNTUNGAN KEPADA BARISAN NASIONAL

1. Dalam kajian terbaru yang telah dilakukan oleh Invoke Malaysia (INVOKE) mendapati, Pas berkemungkinan akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang disandang dan dijangka kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Gambaran ini disebabkan pendekatan Pas yang dilihat tidak konsisten dalam pendekatan serta tidak mempunyai pendirian dalam gerak kerja politik mereka.

2. Pemimpin Pas ketika ini menolak secara total AMANAH dan DAP, sementara pengikut parti itu diperingkat bawahan menolak Umno sehingga sebilangan mereka masih berpegang dengan pandangan lama yang ekstrem terhadap Umno. Kedua-dua pandangan pemimpin serta pengikut Pas ini menyebabkan mereka terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian.

3. Rakyat pula menganggap blok ke-3 adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara. Mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa. Strategi "king maker" yang diakui oleh Pas ini pula dianggap sebagai mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan kepentingan secara kolektif dalam mencapai hasrat rakyat untuk melihat negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan baharu. Kami yakin kebanyakan pengundi akan menolak sikap ini.

4. Pada ketika ini, Pas terpaksa bergantung kepada segmen pengundi keliru. Pengundi ini yang kurang terdedah dengan perkembangan politik menganggap bahawa Pas masih lagi pembangkang yang bernaluri pembangkang, sedangkan parti itu sudah berubah 180 darjah.

5. Walaubagaimanapun pengundi keliru ini dijangka akan berkurang menjelang PRU14 nanti Pakatan Harapan + PPBM akan membuat penerangan seluruh negara tentang peri pentingnya menggundi pakatan pembangkang demi menyelamatkan negara. Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak Pas setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar.

Ayuh Selamatkan Malaysia!

#PemudaBerkerja

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

22 Januari 2017

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...