TERKINI :

Tuesday, January 10, 2017

Apa signifikan Mohd Faiz Subri menang Anugerah Puskas FIFA?

Kemenangan Mohd Faiz Subri untuk Anugerah Puskas FIFA adalah sesuatu yang amat membanggakan kita seluruh Malaysia. Bukannya mudah untuk seorang pemain bola sepak Malaysia mendapat anugerah sebegitu di pentas dunia. Kita bangga!

Tapi harus juga kita ingat bahawa kemenangan Mohd Faiz mengalahkan dua lagi calon ialah kerana kelebihan undi dari kita rakyat Malaysia dan peminat-peminat bola sepak dunia. Undi kepada Faiz adalah penentu kemenangan beliau.

Sejak diumumkan dicalonkan untuk anugerah tersebut, pelbagai pihak berkempen agar kita semua mengundi jaringan Faiz. Alhamdulillah dengan kempen-kempen itu, Mohd Faiz berjaya mengatasi dua calon lain.

Begitu juga jika dalam Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. Majoriti kita rakyat Malaysia amat tertekan dengan situasi ekonomi negara.

Kenaikan kos sara hidup tidak menampakkan niat hendak turun, ditambah dengan tindakan kerajaan pimpinan Malaysia Official 1 menaikkan harga minyak, penangkapan beberapa penjawat awam atas isu rasuah dan salahguna kuasa, persaraan awal penjawat awam yang kecewa, nilai matawang tidak stabil dan lain-lain amat membimbangkan.

Tanggungjawab semua ini terletak pada MO1 dan Jemaah Menteri bersamanya. Semua tahu. Dunia tahu apa yang mereka lakukan.

Sekarang tugas kita bersama untuk pastikan MO1 dan partinya diturunkan dalam PRU14 nanti demi Malaysia.

Jika kita boleh menggerakkan rakyat untuk mengundi Mohd Faiz Subri di peringkat antarabangsa, kenapa tidak untuk kita menggerakkan undi menurunkan MO1 dan partinya nanti.

Kemenangan Mohd Faiz membuktikan kesepakatan, kesatuan dan kesungguhan akan menatijahkan kejayaan.

Ayuh, terus berjuang. Turunkan MO1 dan partinya dalam PRU14 nanti!

Zulhazmi Shariff
10012017
Depan IPD Dang Wangi
Kuala Lumpur

*** tengah boring tunggu client ni...

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...