TERKINI :

Tuesday, January 3, 2017

APA PERLU DILAKUKAN OLEH PAKATAN HARAPAN JIKA DIPILIH MENGGANTIKAN BN.

APA PERLU DILAKUKAN OLEH PAKATAN HARAPAN JIKA DIPILIH MENGGANTIKAN BN.

a) Pilih seorang Perdana Menteri yang diyakini BERSIH dan BERWIBAWA oleh semua.

Seorang Perdana Menteri hendaklah tidak pernah mempunyai sebarang isu besar sebelum ini. Tidak hanya boleh dilihat bersih oleh orang sendiri tetapi oleh seluruh masyarakat. Mudahnya bukan dari kalangan yang pernah ada di dalam Jemaah Menteri Najib.

b) Pilih Ahli Jemaah Menteri yang diyakini BERSIH dan BERWIBAWA.

Ahli Jemaah Menteri bukan hanya pelengkap Kerajaan tetapi adalah pasukan yang akan mentadbir Kerajaan. Kerajaan bukan ditadbir oleh Perdana Menteri bersendiri tetapi oleh seluruh Jemaah Menteri. Perdana Menteri hanya mengetuai Jemaah Menteri tetapi semua keputusan dalam pentadbiran hendaklah melalui persetujuan seluruh Jemaah Menteri. Gaya pentadbiran BN iaitu Perdana Menteri berkuasa penuh dan Ahli Jemaah Menteri hanya pengikut hendaklah dibuang. Pemusatan kuasa kepada seorang manusia berjawatan PM akan mengakibatkan kerosakan yang sama dengan BN.

c) Kecilkan bilangan Ahli Jemaah Menteri.

Sekarang Malaysia ada 25 Kementerian dengan 35 orang Menteri dan 34 Timbalan Menteri. Ini suatu angka yang gila. PH perlu kecilkan Jemaah Menteri. Gabungkan beberapa kementerian dan mansuhkan beberapa kementerian. Kementerian Wilayah Persekutuan contohnya adalah tidak perlu. Dengan pengecilan Jemaah Menteri, Malaysia akan dapat menjimatkan kos gaji Menteri, gaji Timbalan Menteri, Gaji pegawai-pegawai lantikan dan segala perbelanjaan mengurus yang berkaitan.

d) Kurangkan agensi-agensi Kerajaan yang bertindih.

Sekarang di bawah BN terdapat pelbagai agensi Kerajaan yang ditubuhkan yang adakalanya bertindih kuasa malah ada yang tidak perlu. SPAD dan JPJ boleh disatukan. JASA boleh dimansuhkan. Banyak lagi agensi lain tapi sekadar nak sebut antaranya.

e) Lantikan jawatan penting atas merit.

Jawatan penting negara seperti Peguam Negara, Pesuruhjaya SPRM, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara, Pengerusi SPR antaranya mesti dilihat semula. Perlantikan ke jawatan ini hendaklah di atas merit bukan atas faktor politik. Perlantikan Duta ke negara asing juga harus di nilai semula.

f) Kaji semula undang-undang negara.

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai ribuan akta dan undang-undang kecil. Ada akta yang pengamal undang-undang sendiri pun tidak pernah dengar. Akta-akta yangt mencengkam rakyat harus dikaji semula, dipinda, diubah suai atau pun dimansuhkan terus.

Aku bagi setakat ini dulu. Kita bincang la...

TERUS BERUBAH TERUS BERJUANG

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...