TERKINI :

Sunday, January 8, 2017

Anwar kecam Irwan nafi kesusahan rakyat

FMT Reporters

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah kerana mengeluarkan kenyataan di sidang media pada Khamis mengatakan ekonomi negara dalam keadaan baik.

Menyelarnya sebagai penafian ketara terhadap realiti dihadapi jutaan rakyat Malaysia, ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan itu berkata kerajaan perlu berhenti memberikan jaminan kosong mengenai ekonomi.

“Irwan mengejutkan rakyat dengan mendakwa ekonomi baik dan semuanya itu hanya ‘persepsi’.

“Ini dusta dan memperkecilkan cabaran sebenar dihadapi jutaan rakyat Malaysia susulan kejatuhan ringgit dan peningkatan harga makanan dan barangan sejak pelaksanaan GST,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar menjalani hukuman 5 tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Mengkritik tindakan kerajaan BN sepanjang 10 tahun lalu dalam menafikan hakikat sebenar, Anwar berkata tindakan serta-merta perlu diambil untuk mengembalikan kehidupan dan harapan rakyat.

“Malaysia tidak boleh mengharapkan untuk menyelesaikan isu itu bila pemimpin dan birokrat tertinggi tidak menangani isu ekonomi tertunggak,” katanya.

Khamis lalu, pada satu sidang media di Putrajaya, Irwan berkata Irwan berkata ekonomi negara hari ini mencatatkan prestasi baik dengan pertumbuhan tahunan dijangka sebanyak 4.5% hingga 5%.

Apabila ditanya mengenai mengapa terdapat aduan mengenai kos sara hidup yang tinggi jika memang ekonomi berada dalam keadaan baik, Irwan berkata ia disebabkan gambaran negatif dimainkan media alternatif.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...