TERKINI :

Wednesday, January 11, 2017

AMANAH - JANGAN DILALAIKAN DARI ISU 1MDB

www.amanah.org.my
www.amanahdaily.com

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) merakamkan rasa kagum di atas kesungguhan dan keberanian SPRM untuk terus bertindak dan menyiasat kes-kes yang dianggap berprofil tinggi. Bagi AMANAH ini adalah satu bukti bahawa SPRM sememangnya memiliki keupayaan  dan kepakaran tinggi dalam bidang kuasa yang diperuntukan.

2. Beberapa kes tangkapan terhadap 'jerung besar' termasuk kes terbaru rampasan beberapa dokumen penting di pejabat Ketua Menteri Melaka adalah antara contoh bagaimana SPRM mampu bertindak atas kapasiti yang dimiliki oleh mereka.

3. Namun begitu, perhatian rakyat tidak akan mudah dilalaikan dan dipesongkan dari isu 1MDB yang menjadi kayu ukur kepada runtuhnya imej negara di mata dunia. AMANAH sekali lagi memperingatkan rakyat supaya jangan terlalu mudah terhibur dan terpesong dengan kesungguhan tindakan SPRM mutakhir ini.

4. Semua pihak dalam masyarakat mesti terus memberikan sokongan kepada SPRM  supaya dapat membuka semula kes 1MDB berikutan penemuan bukti-bukti baru dari negara-negara yang terlibat menyimpan sebahagian dari jumlah wang negara yang diselewengkan.

_*AMANAH Demi Negara*_

*SALAHUDDIN HJ AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara

*10 Januari 2017*

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...