TERKINI :

Monday, January 23, 2017

ALMARHUM TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT & UMNO?

Ulamak yg ditakuti UMNO dan tak boleh ditipu oleh UMNO ialah Al Marhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat(ATGNA).

1) Apabila UMNO ajak bergabung. ATGNA syaratkan UMNO mesti ubah dasar. Umno mesti buang dasar kebangsaan dan ubah kepada dasar Islam: "Kalau UMNO laksana Islam keseluruhannya maka haram lagi ada PAS".

Syarat & kenyataan ini adalah pukulan maut terhadap UMNO.
(Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/38351-almarhum-tg-nik-aziz-kata-pas-bubar-jika)

2) *Apabila UMNO serang PAS kerana bertahaluf dengan DAP dan tuduh PAS kuda tunggangan DAP.*

ATGNA selamba menjawab : "*Kita usahkan DAP kalu syaitan nak bantupun kita terima*". Terkedu UMNO mendengarnya.

(Sumber: https://youtu.be/WpzlCWRfhtk)

3) Apabila ATGNA hadiri majlis bersama UMNO, bertiup kencang fitnah UMNO & PAS mahu bergabung, *ATGNA dengan tegas menyatakan ia hanyalah kerjasama antara kerajaan pusat dgn kerajaan negeri bukan parti dgn parti.*

Sempat lagi ATGNA hentam UMNO: "Pergi jahannam lah dgn umno..." Mengelupur UMNO mendengarnya.

(Sumber: https://youtu.be/l8IfV9pS5xc)

4) Apabila ada *pimpinan PAS mesra dgn UMNO dan mahu bertahaluf dgn UMNO, ATGNA menasihati mereka bahawa UMNO adalah penipu besar.* Bila kurus minta tolong dengan PAS. Bila gemuk akan gigit PAS.

Nasihat ATGNA: " Nabi sollallahualaihiwasallam telah ajar: Jangan kamu kena sengat dua kali dalam satu lubang". Kata² ini membuat UMNO berputih mata & boneka UMNO dlm PAS kecewa.

(Sumber: https://youtu.be/ubmvag8NCF4)

4) Apabila ada ura-ura ada pihak yang akan datang berunding atas dasar berusaha bentukkan kerjasama antara UMNO + PAS, ATGNA dengan berani mengancam akan ludah orang itu:

"Sikit lagi boleh jadi ada UMNO datang tunduk nak cari PAS pulak tu, saya akan ludah muka orang tu". Semuanya menikus takut diludah ATGNA.

(Sumber: https://youtu.be/LsVtqygfMcQ)

5) ATGNA mengenali siapa kawan dan lawan. Beliau tahu hati perut UMNO.  UMNO penipu besar tidak boleh dipercayai. Bagi ATGNA:

"UMNO sebenarnya ancaman bagi orang Melayu, sebab itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana..." Jika Melayu mahu maju dan terbela, kena jatuhkan UMNO. Kenyataan ini memberi tamparan hebat kepada UMNO dan jelas bahawa bagi ATGNA musuh utama Melayu ialah UMNO.

(Sumber: Harakah Edisi19-22 Dis 2011 N8)

6) Itulah sikap ATGNA. Semoga Allah merahmati ruh beliau. Ketegasan beliau menentang kezaliman dan toghut hingga ke akhir nyawa.

Jika beliau masih hidup,  melihat rakyat terus ditindas dan harta rakyat terus dirompak sudah pasti agenda utama menjatuhkan UMNO akan dipertingkatkan & kerjasama politik antara pembangkang akan terus dikuatkan.

Tentu semua masih ingat kata-kata beliau: "Selama 55 tahun kita berjuang nak tenggelamkan UMNO, apabila UMNO hampir lemas, kenapa kita nak pergi tolong?"

7) Betul, memang ada ATGNA duduk sepentas dgn Pak Lah, Najib & Mahathir tetapi ia ibarat singa berada bersama mangsanya. Semua tunduk gerun dgn ATGNA. Tidak sama dengan pimpinan PAS hari ini. Mereka hadiri majlis UMNO dan duduk bersama Najib hanyalah seperti seekor harimau zoo yg jinak atau gajah sarkis yg tunduk dan pandai mengangguk-angguk saja. Ia tidak mengerunkan UMNO dan tidak menakutkan PM Najib bahkan ia seolah-olah menghulur batang tengkok untuk dipancung oleh UMNO.

*Semoga Allah merahmatimu wahai Tuan Guru.* Legasimu akan terus kami perjuangkan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...