TERKINI :

Sunday, January 15, 2017

50 terima darjah kebesaran sempena keputeraan Sultan Kedah

ALOR SETAR: Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, mendahului senarai 50 penerima darjah kebesaran negeri sempena Hari Keputeraan ke-89 Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini.

Tunku Sallehuddin akan menerima Darjah Kerabat D.K. (Kedah) pada istiadat pengurniaan yang akan diadakan di Istana Anak Bukit, dekat sini, hari ini. Manakala Raja Puan Muda Kedah pula menerima Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SHMS) yang membawa gelaran Datuk Seri DiRaja. Turut menerima Darjah SHMS ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Tiga kerabat diraja menerima penganugerahan Darjah Orang Besar Empat iaitu Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah yang membawa gelaran Tunku Bendahara Kedah; Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim membawa gelaran Tunku Temenggong Kedah dan Datuk Tengku Sarafudin Badlishah Tunku Sallehuddin membawa gelaran Tunku Laksamana Kedah.

Seorang lagi kerabat diraja iaitu Tunku Sakinah Sultan Badlishah pula menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran sebagai Datuk Seri. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, masing-masing menerima Datuk Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Empat individu menerima Darjah Orang Besar Enam Belas iaitu Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang membawa gelaran Datuk Murshid Diraja; bekas Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Hamid (Datuk Panglima Jaya); bekas Ketua Pengarah Penjara, Datuk Mohd Omar Mohamed (Datuk Indera Setia) dan bekas Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Yusuf Nayan (Datuk Lela Bakti).

Selain itu, Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira diberikan kepada enam individu iaitu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO), Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. Turut dianugerahi DGMK ialah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Fuzi Mohaidin; Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin; Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Zakiuddin Harun dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), Datuk Bashirudin Abdul Jamil.

Empat individu pula menerima Darjah Orang Besar Tiga Puluh Dua antaranya Juruiring kepada Sultan Kedah, Datuk Tunku Aziz Bendahara Tunku Nong Jiwa yang membawa gelaran Datuk Johan Jasa.

Darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi 1, Datuk Hashim Hamzah dan Asistan Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Datuk Jalaluddin Abd Manan. Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang turut membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 25 individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ali Yahaya; ADUN Kupang, Harun Abdul Aziz dan Ahli Dewan Negara, Senator Shahanim Mohd Yusoff.

Turut menerima DSDK antaranya Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Ammar Shaikh Mahmood Naim; Pegawai Daerah Kota Setar, Muhammad Helwi Harun; Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Kedah, Armishah Siraj; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Fouzi Ali. Ketua Pengarah Unit Khas Strategik Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rostam Affendi Salleh; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia, Datuk Ahmad Shapawi Ismail; Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Nafisah Ahmad; Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sambak Ali@Tengku Sembok dan Pengetua Pondok Remaja Inabah, Mohd Zuki Shafie.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234667?m=1

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...