TERKINI :

Monday, August 21, 2017

Sikap kebertanggungjawaban, penafian pemimpin dalam isu Memali, 1MDB

21 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) dalam kenyataannya baru-baru ini mahu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bertanggungjawan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam bertanggungjawab dalam menangani isu Memali pada 1986.

Dalam kenyataan itu ProWaris mendedahkan pertubuhan itu telah mengkaji Kertas Perintah 21 Tahun 1986 yang berkaitan dengan Peristiwa Memali yang ditandatangani oleh Tun Musa Hitam pada tarikh 25 Februari 1986.

Menurut kenyataan itu ProWaris telah menganalisa pengakuan peribadi Tun Musa sendiri dan rentetan perdebatan Pas di Dewan Rakyat.

"Ternyata ia berpunca dari 'fatwa sesat' Datuk Seri Haji Hadi Awang yang berfahaman ekstrimis lagi teroris terhadap kerajaan BN-UMNO.

"Berdasarkan penelitian kami ke atas Kertas Perintah 21 Tahun 1986 tersebut.

"ProWaris memberi penghormatan tertinggi kepada Tun Musa Hitam kerana sanggup mengaku bertanggungjawab (accountable) dengan menggariskan secara terperinci sebab-musabab di atas tindakan yang terpaksa diambil bagi mengelakkan kerosakan dan kemusnahan yang lebih besar demi menjamin keselamatan negara pada ketika itu," ujarya kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 17 Ogos lalu,  susulan  insiden yang berlaku membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu) pada 13 Ogos dalam insiden  baling kerusi, suar, kasut dan botol air ke arah pentas berlaku sejurus soalan berkaitan kejadian Memali ditanya oleh salah seorang hadirin.

Menurut ProWaris lagi, persoalan yang lebih utama dan menjadi tanda tanya adalah, sekiranya Tun Musa Hitam mampu untuk mengaku bertanggungjawab (accountable) terhadap peristiwa berdarah Memali, mengapa masih ada sindrom penafian (denial) oleh pemimpin-pemimpin negara yang lain terhadap skandal, krisis atau salahlaku pada zaman pentadbiran mereka?

"Dalam kes Memali, sangat jelas bahawa arahan dan tindakan ke atas perusuh itu sebenarnya adalah daripada IGP dan OCPD, namun Tun Musa Hitam secara budiman (gentleman) mengaku bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali tersebut.

"Sikap bertanggungjawab (accountable) ini adalah kunci kepada proses meletakkan jawatan secara terhormat, yakni satu amalan terpuji kepimpinan antarabangsa yang tidak dipraktikkan langsung di Malaysia.

"Jika sikap Tun Musa ini dapat dicontohi oleh para pemimpin negara pada era terdahulu, mereka tidak perlu risau untuk bertanggungjawab sekiranya mereka dipalitkan dengan skandal pada zaman pentadbiran mereka kerana mereka tidak lagi mentadbir dan berkuasa," ujar kenyataan itu.

Justeru kenyataan menyebut pihak yang jelas berhadapan dengan masalah yang sangat besar adalah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang masih mengelak, menafi dan tidak mahu mengaku bertanggungjawab terhadap skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Beliau masih mentadbir negara dan nampaknya mahu terus mengekalkan kuasanya selama mungkin.

"Yang lebih kritikal dan perlu mendapat perhatian semua Rakyat adalah sindrom penafian (denial) ini yang menular di dalam pentadbiran UMNO-BN setelah sekian lama.

"Pada hari ini kita dapat menjadi saksi bagaimana perdanamenteri yang memegang punca kuasa utama negara sentiasa menafikan penglibatan beliau di dalam skandal 1MDB.

"Sekiranya para pemimpin negara terdahulu mula mengambil langkah untuk mengaku bertanggungjawab dalam semua skandal atau krisis yang berlaku dengan memberi sebab-musabab tindakan secara telus dan tulus, sudah pasti akan menyebabkan malu yang amat besar terhadap perdana menteri yang masih tidak menjawab dan terus menafikan penglibatan beliau dalam skandal 1MDB.

"Sikap penafian (denial) yang jijik ini juga telah mengakibatkan ekonomi negara dikepung oleh dana modal antarabangsa (international capital ambush) yang menuntut keadilan bagi pihak Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia.

"Budaya kebertanggungjawaban yang semakin lupus ekoran golongan yang rakus mengejar kuasa dan harta perlu disuburi semula di kalangan para pemimpin agar lebih telus dan telus. Budaya ini jika diamalkan dengan baik, mampu mengelakkan kos untuk menubuhkan Badan Siasatan Di-Raja atau Badan Siasatan Bebas yang akhirnya dibiaya oleh dana rakyat, walhal sepatutnya ia digunakan untuk perkara-perkara jauh lebih bermanafaat," ujarnya.

Justeru ProWaris sebagai NGO yang bersifat apolitical menyuarakan kebimbangan terhadap kemuncak sindrom penafian (denial) ini yang pastinya akan mencalarkan roh generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negara di masa hadapan.

"ProWaris telah berkali-kali mengingatkan para pemimpin negara bahawa Malaysia ini dipinjam dari mereka yang akan mewarisinya dari kita.

"Maka pastikanlah Malaysia ini diserah dalam keadaan makmur dan sejahtera bukan dalam keadaan yang porak-peranda sebagaimana yang berlaku pada hari ini," ujar kenyataan itu.

PAS, PEMBANGKANG YANG TIDAK MAHU PEMBANGKANG MENANG PILIHANRAYA

Selama ini, di sebalik sikap berbaik-baik dengan UMNO dan kerajaan, malah berbaju sedondon, makan sehidang dan mencari teh tarik sampa ke London, Pas tetap mengatakan hasrat sebenar mereka ialah tetap untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Tetapi, kali ini pendirian sebenar Pas semakin sukar untuk dinafikan dan ia dinyatakan sendiri oleh Presidennya, Hadi Awang melalui sebuah wawancara dengan akhbar arus perdana milik UMNO dan kerajaan.

Kata orang, sudah terang lagi bersuluh sikap dan pendirian Pas melalui apa yang diluahkan oleh Hadi sendiri ini.

Pas adalah parti pembangkang. Walaupun tidak bersama Pakatan Harapan, mereka sebaliknya menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama  beberapa parti kecil yang lain. Kononnya sebagai alternatif kepada BN dan Pakatan Harapan.

Selayaknya, sebagai parti pembangkang, Pas harus bertindak dengan watak yang jujur sebagai pembangkang, bukan mengajak rakyat menolak sesama pembangkang.

Kalau sebagai pembangkang, tetapi mengajak rakyat menolak pembangkang, bermakna Pas bukan saja mahukan rakyat menolak Pakatan Harapan, tetapi juga mahu pengundi mengenepikan sama Gagasan Sejahtera yang diterajuinya sendiri.

Maknanya juga, walaupun sebagai pembangkang, Pas dengan sendirinya hanya mahukan UMNO, BN dan Najib Razak terus kekal berkuasa selepas PRU 14 akan datang.

Apa pulak sampai begitu jadinya? Tidakkah ia pelik?

Apakah yang menyebabkan Pas sampai begitu sekali jauh melencong perjuangannya sekarang ini?

Hmmmm....

Kemudian, tanpa segan silu pula Hadi Awang mengatakan beliau hanya menyambung perjuangan Almarhum Nik Aziz Nik Mat dalam perkara ini.

Kecuali mungkin Nik Abduh, siapakah lagi agaknya yang mahu percaya apa yang dikatakan Hadi itu? 

Dan kenapa sampai Hadi terpaksa menjual nama Nik Aziz yang sudah meninggal dunia dalam hal ini?

(ShahbudinHusin 20/08/2017).

Sunday, August 20, 2017

'Tiada satu parti pun boleh buat keputusan sendiri' - Husam

20 Ogos 2017 | ARIF ATAN

Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa menegaskan tiada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan boleh membuat keputusan bersendirian termasuk dalam hal berkaitan rundingan dengan Pas.

Menurutnya, sebarang keputusan akhir hanya akan dimuktamadkan dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu.

"Walaupun siapa yang pergi berunding dengan Pas akhirnya keputusan dalam Pakatan. Tiada satu parti boleh buat keputusan sendiri," katanya dalam dialog anjuran AMANAH Taiping di Bukit Gantang, Perak semalam.

Menjawab soalan peserta berkenaan rundingan kerjasama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata, kepimpinan Pas pada masa ini sudah berbeza.

"Pas yang ada sekarang bukan yang dulu. Sekarang nak berunding dengan Pas yang telah diBR1Mkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Yang pergi bukan calang-calang orang. Datuk Seri Azmin yang pergi. Kalau saya pergi (ziarah), Ustaz Hadi sudah tutup pintu awal-awal lagi," ujarnya.

Husam menganggap kunjungan Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan bersama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 12 Ogos lalu sebagai satu hal positif.

Menurutnya, pengundi atas pagar akan melihat pendekatan tersebut sebagai bertatasusila dengan tidak sengaja meninggalkan Pas sekali gus menafikan dakwaan negatif sebelum ini termasuk kononnya Pakatan Harapan menjadi 'alat Cina'.

Walau bagaimanapun, beliau percaya rundingan yang diusahakan Menteri Besar Selangor itu sukar mencapai matlamatnya memandangkan sikap Pas yang sudah diketahui umum.

"Cuma saya kasihan dengan Azmin. Kita tidak boleh buat apa dengan Pas. Kita terpaksa meneruskan perjuangan kita," katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor tersebut berkongsi pengalaman rundingan kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ALmarhum Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini.

"Kalau awal-awal lagi berkokok, telur tiada lagi, susahlah. Jadi, biar telur satu raga dulu, baru kita isytihar (pertemuan dan rundingan).

"Ini pengalaman saya dengan Anwar Ibrahim. Masa dia datang jumpa Tok Guru Nik Aziz, tiada orang tahu. Tok Guru Nik Aziz masa mesyuarat cakap, 'kita kena kerjasama dengan Anwar'. Jadi, kerjasama itu.

"Buat dulu (berunding) senyap-senyap, baru hebohkan. Kalau awal-awal hebohkan rasa saya tak menjadi," jelasnya.

Husam turut berkata, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dikuasai Pas pada masa ini perlu diserahkan kepada AMANAH dan Bersatu bagi agihan kerusi pada pilihan raya akan datang.

Langkah tersebut, ujarnya, harus dilakukan atas faktor termasuk penolakan pengundi Cina terhadap Pas.

"Jadi, nak menyelamatkan kerajaan Selangor tak boleh bagi kerusi itu pada Pas walaupun sayang pada dia," kata Husam lagi.

Saturday, August 19, 2017

Kit Siang: HARAPAN boleh menang di Kedah

 http://www.beritadaily.com/wp-content/uploads/2017/01/kedah-GE14.jpg
Pakatan Harapan boleh membentuk kerajaan negeri Kedah yang berikutnya jika DAP dibenarkan untuk bertanding di dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata pemimpin kanan Lim Kit Siang.

Kerusi yang disasarkan DAP itu dimenangi MCA dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.

Dalam sebuah kenyataan media hari ini, Lim meramalkan tsunami rakyat Malaysia jika 10 peratus orang Melayu dan 5 peratus pengundi bukan Melayu berubah menyokong HARAPAN.

Kata beliau formula ini bukan setakat membantu HARAPAN menang majoriti di parlimen tetapi juga di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Penang dan Selangor.

"Dalam keadaan ini bagaimanapun hasil pengundian di Kedah akan menemui jalan buntu dengan masing-masing HARAPAN dan BN bakal mendapat 18 kerusi, dengan PAS gagal memenangi sebarang kerusi di Kedah walaupun calon-calon PAS bertanggungjawab memberi kemenangan kepada BN dalam 14 daripada 18 kerusi tersebut kerana perpecahan undi.

"DAP dapat membantu HARAPAN untuk memecahkan kebuntuan 18 kerusi BN dan 18 kerusi pakatan pembangkang itu. Jadi HARAPAN dapat menang kerajaan negeri Kedah jika DAP bertanding di Kulim dan Gurun. Ia dapat menggerakkan sokongan untuk HARAPAN di kawasan selatan dan tengah negeri Kedah," kata beliau.

Dalam pilihan raya umum 2013, DAP bertanding dan memenangi kerusi DUN Derga dan Kota Darulaman.

Kerusi Kulim dan Gurun pula ditandingi oleh calon-calon PKR yang tewas kepada MCA.

Di Gurun, MCA menewaskan PKR dengan undi majoriti sebanyak 1,296, manakala di Kulim, PKR tewas dengan hanya 643 undi majoriti di dalam pertandingan tiga penjuru yang menampilkan calon Berjasa.

Kedah pernah jatuh ke tangan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat pada 2008 dengan PAS memenangi 16 kerusi DUN, berbanding DAP satu kerusi dan empat kerusi dari PKR.

Namun pada 2013, PAS hanya menang 9 kerusi, sementara PKR mengekalkan empat kerusi DUN mereka dan DAP pula bertambah kerusinya menjadi dua.

Pilihan raya umum ini bakal menyaksikan persaingan sengit dengan PAS bersendiri bertanding menentang HARAPAN dan BN.

Ku Nan bimbang trend penurunan sokongan kepada Umno

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/05/umno-1.jpgJentera Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menggiatkan usaha bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam usaha mencapai kemenangan besar pada PRU ke-14.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jentera Umno masih mempunyai masa untuk menggiatkan usaha berkenaan.

"Anggota Umno di peringkat akar umbi juga perlu mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan rakyat tidak mahu menyokong parti sama ada ia disebabkan ada segelintir pemimpin dan wakil rakyat tidak turun ke bawah merasai denyut nadi rakyat," katanya.

"Setiap yang berlaku mesti ada sebab. Cari puncanya dan betulkan punca itu. Barangkali, disebabkan perangai kita, lagak kita," katanya berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Tanjung Piai, hari ini.

Turut hadir ketua Umno Bahagian Tanjung Piai Datuk Md Othman Yusof.

Tengku Adnan berkata beliau bimbang dengan trend penurunan sokongan yang dicatatkan sejak PRU-11 dan mahu usaha dijalankan bagi memberi penerangan kepada rakyat.

Beliau berkata sehubungan itu, jentera kepimpinan Umno dan Barisan Nasional mesti mengamalkan resmi padi yang semakin 'menunduk apabila berisi'.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata beliau percaya sokongan rakyat kepada UMNO dan BN akan bertambah sekiranya jentera kepimpinan sentiasa turun padang berjumpa rakyat.

"Antara Abdul Hadi dan Mahathir, aku tak setuju dengan Hadi"

 Tun Mahathir dan Abdul Hadi
Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin mempunyai perbandingan menarik antara dua pemimpin sekarang, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan.

Bagi bekas Adun Pas di Perlis itu, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing tetapi beliau menegaskan, "Aku tak setuju dengan Abdul Hadi sebab mesra Umno. Dan aku setuju dengan Mahathir sebab lawan Umno. Itu saja."

"Jika Abdul Hadi dipanggil tuan guru, Mahathir dipanggil doktor. Jika Abdul Hadi pernah jadi MB, Mahathir pernah jadi PM," tulisnya dengan bahasa yang santai.

"Jika Abdul Hadi pandai cakap Arab, Mahathir pandai cakap Inggeris. Jika Abdul Hadi pernah mengajar orang di masjid, Mahathir pernah merawat orang di klinik," katanya lagi.

"Jika Abdul Hadi Presiden Pas, Mahathir pernah jadi Presiden Umno. Jika Abdul Hadi ada Khalil, Mahathir ada Mukhriz," katanya.

Dan yang pastinya kata beliau, mereka berdua orang Islam.

"Kedua-duanya pernah buat dosa, dan kedua-duanya pernah buat jasa. Kedua-duanya (dan kita juga) wajib bertaubat drpd dosa," jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menasihati agar tidak taksub kepada sesiapa sama ada Abdul Hadi atau Tun Mahathir kerana kedua-dua individu itu ialah manusia yang ada akal dan juga nafsu.

Namun di penghujung tulisannya, Zolkarnain menegaskan, "Peringatan: Ini cuma draf."

Ia dipercayai menyindir ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor yang menarik balik tulisannya mengenai Akta 164 dengan alasan ia hanya draf selepas menerima teguran dan kritikan pelbagai pihak.

BETULKAH AMANAH HANYA DAPAT 1% SOKONGAN RAKYAT?


1. Saya boleh terima kalau hendak kata Amanah lemah, tidak kuat dan tiada sokongan.

2. Saya boleh terima jika hendak kata PAS kuat dan punyai sokongan akar umbi yang mantap.

3. Saya boleh terima kalau PKR mahu bekerjasama dengan PAS.

4. Saya boleh terima kalau UMNO mahu bekerjasama dengan PAS.

5. Semua kenyataan di atas pada saya masuk akal biarpun saya mempunyai pandangan yang berbeza.

6. Tetapi apabila ada ilmuan dengan bersandarkan kepada hasil kaji selidik menyatakan Amanah hanya ada 1% sokongan rakyat, saya rasa itu sudah terkeluar dari logik akal, melainkan yang dikaji itu sampelnya dikutip di kawasan pedalaman atau kajian itu adalah di Sabah dan Sarawak.

7. Merenung ke depan, saya terfikir kenapalah kita semakin jauh dari dunia realiti. Mengkajilah dengan metod yang betul supaya hasil kajian kita dihormati.

Mohamad Agus yusof

Lebuh raya sesak: Pemandu boleh tuntut pampasan

 Pretam-Singh_highway_jem_600
PETALING JAYA: Pemandu-pemandu yang mengalami kerugian disebabkan kesesakan teruk di lebuh raya walaupun membayar tol boleh merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan pampasan.

Bekas pengerusi tribunal pengguna Pretam Singh berkata syarikat konsesi lebuh raya adalah pembekal perkhidmatan dan oleh itu sebarang perkhidmatan yang disediakan seharusnya sesuai untuk tujuan yang digariskan.

“Ia adalah jaminan tersirat kepada pengguna. Dalam kes ini pemandu, apabila mereka menggunakan lebuh raya, perkhidmatan yang sesuai dan sepatutnya perlu diberikan sebagai pertukaran kepada kutipan tol,” katanya.

Pretam berkata dalam undang-undang Akta Perlindungan Pengguna 1999, Parlimen memberi perlindungan awam daripada “gergasi perniagaan.”

“Ini kerana pengguna, yang juga seorang pemandu tidak mempunyai kuasa tawar-menawar yang lebih baik jika dibandingkan dengan pembekal,” katanya.

Pretam berkata demikian susulan surat seorang pembaca FMT, TK Chua yang menulis tentang pengalaman beliau terperangkap dalam kesesakan berhampiran Seremban pada Sabtu lalu ketika menggunakan lebuh raya PLUS.

Chua berkata oleh kerana kesesakan tidak menurun, ramai termasuk beliau memutuskan untuk keluar dari lebuh raya tetapi kemudiannya terperangkap dalam 1 lagi kesesakan lalu lintas.

Chua berkata kemudian beliau mendapati kesesakan lalu lintas di lebuh raya itu disebabkan oleh kemalangan berhampiran tol Jalan Senawang pada awal pagi.

Oleh itu, Chua mahu PLUS, sebagai syarikat konsesi lebuh raya, mengembalikan tol yang dikutip dan mencadangkan beberapa bentuk pampasan kepada pemandu apabila kesesakan lalu lintas berlarutan lebih daripada 2 jam.

“PLUS benar-benar menjejaskan hari saya pada hari ini. Saya membazir masa dan membayar tol tetapi gagal sampai ke destinasi saya,” kata Chua.

Peguam Harpal Singh Grewal berkata konsesi lebuh raya akan memasuki kontrak ketika tiket dikeluarkan kepada pemandu.

“Kontrak hanya tamat apabila pemandu menunaikan bayaran tol,” katanya sambil menambah, pengendali tol harus memenuhi tanggungjawabnya untuk melaksanakan kesepakatan sebagai pertukaran kepada tol yang dikutip.

Pretam, yang kini merupakan aktivis hak pengguna aktif berkata, penyedia perkhidmatan lebuh raya umumnya harus mematuhi tahap minimum perkhidmatan (LOS), langkah kualitatif yang digunakan untuk mengaitkan kualiti perkhidmatan trafik.

“LOS digunakan untuk menganalisis lebuh raya dengan mengkategorikan aliran lalu lintas dan menetapkan tahap kualiti lalu lintas berdasarkan ukuran prestasi seperti kelajuan dan kepadatan,” katanya.

Beliau berkata tahap “A” adalah aliran bebas, yang bermaksud kepadatan lalu lintas yang rendah, “B” adalah kelewatan minimum dan aliran trafik yang stabil, “C” adalah keadaan yang stabil dan pergerakan agak terhad disebabkan oleh jumlah yang lebih tinggi tetapi tidak sesuai untuk pemandu.

Tahap “D” adalah di mana pergerakan lebih terhad dan kelajuan perjalanan mula merosot sementara “E” di mana lalu lintas memenuhi kapasiti jalan dan kenderaan jarak jauh dan kejadian boleh menyebabkan kerugian serius.

Pretam berkata, tahap “F” bermakna terdapat aliran melebihi kapasiti, menyebabkan pecahan jumlah aliran lalu lintas.

“Ia adalah norma yang diterima umum di lebuh raya yang pembekal perkhidmatan harus membenarkan trafik pada tahap minimum ‘C’,” katanya.

Bagaimanapun, Pretam berkata pengendali lebuh raya sepatutnya diberik pengecualian apabila lalu lintas perlahan semasa musim perayaan kerana ramai pemandu akan menggunakan lebuh raya untuk mencapai destinasi mereka.

“Tuntutan hanya dapat diterima jika pemandu mengalami kesesakan setiap hari di jalan raya terpilih,” katanya.

Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan pada tahun 1999 dan matlamat utama adalah untuk menyediakan forum alternatif kepada orang ramai mendapatkan perlindungan undang-undang dengan mudah, murah dan cepat.

Akta Perlindungan Pengguna juga mentakrifkan pengguna sebagai orang yang membeli barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan peribadinya atau untuk tujuan domestik.

Semua tuntutan mesti difailkan dalam masa 3 tahun dari tarikh punca pertikaian.

15 daripada 100 graduan negara menganggur

 Pengangguran di kalangan siswazah membimbangkan.
Sejumlah 23% belia yang menganggur di negara ini mempunyai pendidikan tinggi malah yang lebih membimbangkan 15.3% daripada mereka yang berpendidikan tinggi (tertiary education) tidak bekerja atau menganggur.

Ini bermakna 15 graduan dari 100 graduan yang dilahirkan negara adalah penganggur, kata pengarah strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Dr Dzulkefly, walaupun kadar pengangguran di negara ini dianggap rendah iaitu 3.1% (atau full employment), pengangguran di kalangan belia telah mencecah 10.57% (sumber Bank Negara Malaysia).

"Ini bermakna belia mengalami tiga kali ganda (pengangguran) melebihi dewasa yang lain. Amat mencemaskan serta membawa kesan sosioekonomi dan gejala yang berat. Tidak perlu saya huraikan," katanya.

Beliau menyorot kembali diskusi 'Bicara Srikandi' oleh Media Oren atas tajuk 'Graduan & Kerjaya' yang disertainya baru-baru ini yang turut menampilkan graduan muda lepasan Universiti Melbourne Australia, Madihah Akmal.

"Saya tekun mengikuti kisah bagaimana Madihah, pastinya bekas pelajar cemerlang yang mendapat biasiswa melanjutkan pelajar telah sangat kecewa setelah menemui kegagalan mendapatkan kerjaya setelah pulang dengan ijazah Ekonomi dari Australia.

"Tidak perlu saya sebutkan kes graduan kejuruteraan dan sains yang hari ini mencuci tandas dan membersih rumah atau berhijrah mencari rezeki ke Australia dan UK untuk buat kerja 'fruit picking' (memetik buah). Tak kurang juga yang hanya jadi juruwang di 7 Eleven atau 99 SpeedMart," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan agar merancak industri hiliran di negara ini bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya para graduan.

"Ketika rancak kegiatan hiliran ini sekaligus 'permintaan' untuk graduan kita akan dijana, sama ada ijazah sarjana dan PhDs. Begitulah pada seluruh bidang lain termasuk aeroangkasa, teknologi solar, elektrik dan elektronik, bioteknologi, pembuatan dan sebagainya," ujar beliau.

Negara juga, katanya perlu keluar daripada menjadi hab pemasangan kepada memasuki kegiatan rekabentuk dan pembentukan.

"Kita perlu mempergiatkan industri hiliran yang punya nilai tambah yang tinggi. Kegiatan oleo-chemicals hari ini hanya menyumbangkan 17% dari pendapatan industri ini, sementara 75% adalah dari menjual CPO atau minyak sawit mentah, yang pastinya terdedah kepada kuasa pasaran yang tidak menentu," katanya.

Beliau menambah, apabila kegiatan hiliran berbentuk kosmetik, produk kesihatan dan pemakanan, vitamin, kimia-agro, bio-polypols, pelincir-bio, surfactants dan pelbagai lagi diwujudkan, negara akan mengecapi produltiviti yang tinggi, sekaligus menjana permintaan dan pekerjaan buat graduan biotek dan kejuruteraan kimia.

"Ringkas dan tegasnya negara memerlukan kepimpina baru di Putrajaya yang kompeten, punya visi dan amanah buat memacu pertumbuhan yang lestari serta menjana pekerjaan yang berpendatan tinggi buat rakyatnya.

"Ia tidak selesai dengan hanya dislogankan atau diwiridkan secara lisan.

"Hanya sebuah kerajaan komited untuk 'Bina Semula Negara' dan memerangi rasuah, salah guna kuasa dan kleptoktasi akan dapat membangunkan kembali negara yang tenat (failing state) ini," katanya.

Friday, August 18, 2017

TMJ : STADIUM, BANGSA MELAYUKU, CYBERTROOPERS DAN RM100 JUTA DUIT RAKYAT

Assalammualaikum W.B.T.

Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada skuad kebangsaan B-22 atas dua kemenangan mereka dalam peringkat kumpulan A Sukan Sea 2017. Saya juga ingin menyampaikan pesanan kepada para pemain supaya jangan pedulikan apa yang media cetak atau media sosial perkatakan. Anda harus fokus dan beri tumpuan kepada setiap perlawanan dalam pertandingan tersebut.

Ingatlah bahawa tidak ramai yang dapat menyarung jersi kebangsaan. Anda sepatutnya berasa bangga kerana ia satu penghormatan tertinggi oleh kerana anda terpilih menyarung jersi kebangsaan. Jangan dilayan dengan mereka yang semata-mata mahu mengkritik, kerana anda mewakili dan berkorban demi negara. Walau apa pun keputusan, menang ataupun kalah, biar saya yang tanggung dan berdepan dengan mereka. Biar saya yang pikul tanggungjawab tersebut di atas bahu saya. Kerana, negara dan keluarga anda tetap bangga dan berterima kasih kepada anda kerana anda sudah cuba yang terbaik dan berjuang untuk negara tercinta.

Keduanya, berkenaan dengan beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa saya tiada di stadium untuk memberi sokongan pada skuad kebangsaan di Sukan Sea 2017 ini. Anda mungkin terlupa sumbangan saya kepada FAM sewaktu FAM, liga dan pasukan lain tidak berduit. Bukan mahu mengungkit tetapi ini satu kenyataan. Baru-baru ini juga, DYMM Sultan Johor mengurniakan RM4 juta kepada FAM untuk membantu struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan. Insentif kepada skuad kebangsaan B-22 juga telah diberikan apabila mereka berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China.

Buat masa yang sama saya juga berjumpa dengan Astro untuk mendapatkan penajaan untuk semua pasukan yang bertanding dalam liga Malaysia. Wahai Melayu bangsaku, walaupun terdesak sangat untuk menjatuhkan orang, tidak perlu untuk membandingkan saya dengan sesetengah individu yang hanya tunjukkan muka di stadium untuk berikan sokongan tetapi tidak menghulurkan satu sen pun untuk membantu bola sepak tanah air. Tidak perlu ke stadium hanya untuk kepentingan politik. Mana pergi individu ini dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila FAM atau bola sepak Malaysia susah dan memerlukan bantuan kewangan? Walau apa pun Saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami.

Saya tidak berminat untuk berpura-pura tunjukkan muka di stadium untuk mendapatkan sokongan. Saya tidak perlu sokongan sebab saya bukannya ahli politik. Jadi, sebelum nak mempertikaikan dan menghukum sesiapa, fikir dulu. Jangan malukan bangsa melayu dengan sikap busuk hati. Daripada pengalaman saya, jika dibandingkan dengan India atau Cina, kebanyakannya bangsa Melayu sahaja yang menghina Raja mereka setiap hari. Tetapi apabila susah dan tersempit dengan ahli politik barulah bangsa Melayu ini mencari Raja Raja mereka.

Lagipun siapalah saya kerana apabila saya bersuara saya hanya berseorangan. Saya juga tidak mempunyai dan membayar 'cybertroopers' parti politik untuk memberi sokongan kepada saya seperti sesetengah individu lakukan. Saya bukan orang yang ingin menjadi popular tetapi ghaib apabila bola sepak negara memerlukan sumbangan.

Jika ada pihak yang bertanyakan dimana saya ketika ini, saya berada di luar negara sedang bercuti ketika ini. Dari awal tahun hingga sekarang, saya belum bercuti lagi bersama keluarga saya wahai encik-encik yang saya hormati sekalian. Tetapi usah risau, kerana saya sudah menghantar wakil saya iaitu Menteri Belia Sukan yang bersemangat berkhidmat untuk negara dah datang memberi sokongan.

Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan 'cybertroopers' awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang 'bos' awak. Tiada sesiapa yang nak jatuhkan 'bos' awak. Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari Negeri Johor. Fikirlah sebaik-baiknya.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia

PKR cari pasal ditolak pengundi bilamana berunding dengan PAS

PKR ambil risiko besar berunding dengan PAS kerana ia boleh merugikan parti itu sendiri terutama di Selangor, kata penganalisis politik, mengulas usaha parti itu cuba memastikan pertembungan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre berkata usaha PKR berbaik-baik semula dengan PAS boleh menyinggung perasaan pengundi Cina, yang tentu akan menjejaskan sokongan terhadapnya.

“Jika PKR berbaik semula dengan PAS besar kemungkinan pengundi Cina akan lari meninggalkan parti itu. Jika 20% saja mereka lari, PKR akan kalah di semua kerusinya di Selangor,” kata Hisomuddin.

Hisomuddin berkata kemarahan pengundi Cina terhadap PAS sudah tidak boleh diperbetulkan lagi bahkan kajian terbaru badan pemikir strategik di bawah kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE), turut mengesahkan pandangannya itu.

“IDE hanya memberikan 1% saja pengundi Cina akan memberikan sokongan kepada PAS di Selangor sekarang. Jika mereka yang marah kepada PAS ini juga marah kepada PKR kerana bekerjasama dengan PAS, PKR juga akan habis,” kata Hisomuddin.

Pada PRU13, ketika PKR mendapat 80% undi Cina di Selangor, PAS hanya memperoleh purata 60% dan kini hanya tinggal 1% saja, kata Hisomuddin.

The Malaysian Insight pada Isnin melaporkan PAS di tiga negeri – Selangor, Kedah dan Kelantan sedang cuba mendapatkan mandat autonomi daripada PAS Pusat untuk memberi restu kepada mereka bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan parti Islam itu bertanding satu lawan satu dengan BN dalam PRU14 nanti.

PAS dalam muktamar tahunannya di Alor Setar pada Mei lalu memutuskan kerjasama politiknya dengan PKR.

Kerjasama itu bagaimanapun tidak terjejas di Selangor apabila menteri besarnya Azmin Ali tidak cenderung mahu memutuskan kerjasama yang sedia terjalan selepas dua PRU itu.

Azmin mengekalkan hubungan PKR dengan PAS di Selangor kerana dikatakan mahu mengelak pertandingan tiga penjuru yang boleh menyebabkan PKR terjejas teruk di negeri itu.

Dalam pada itu, Hisomuddin melihat selain risiko kehilangan undi daripada pengundi Cina, PKR juga berhadapan dengan penentangan daripada ahlinya sendiri jika ia terus berunding dengan PAS.

“Golongan reformis atau pejuang reformasi, atau anti apa yang dinamakan ‘kartel’ dalam PKR ini akan menentang kerjasama dengan PAS. Jangan mengecilkan peranan dan pengaruh mereka ini,” katanya.

Sementara itu, Hisomuddin bersetuju Amanah dan Bersatu adalah pihak yang paling terkesan dengan usaha PKR mahu berbaik-baik dengan PAS ini.

“Jika PKR bekerjasama dengan PAS, bermakna Amanah dan Bersatu yang akan terjejas daripada segi bilangan kerusi yang mereka hendak tandingi kerana terpaksa membahagikan kerusi dengan PAS.

“Jika begitu, apakah Amanah dan Bersatu akan bersetuju dengan rancangan ini sedangkan saya tahu, bagi Bersatu sekarang, berunding dengan PAS banyak membuang masa mereka,” kata Hisomuddin.

Katanya, jika ia berlaku besar kemungkinan Amanah dan Bersatu akan turut meletakkan calon mereka di kerusi yang PAS bertanding walaupun kerusi itu dipersetujui oleh PKR untuk diberikan kepada PAS.

“Jadi PAS yang akan terjejas nanti kerana kerusinya akan ada pertandingan tiga penjuru kerana siapa yang boleh memberikan jaminan kepada PAS ketika mereka bukan parti komponen PH,” katanya yang banyak membuat kajian tentang politik Melayu.

Bagi pemimpin Amanah walaupun tidak senang dengan perkembangan terkini itu, mereka sedia menerima hakikat PKR mahu terus berunding dengan PAS tetapi ia hendaklah dibuat dalam kerangka PH, bukannya PKR saja.

“Kita boleh menerima PKR berunding dengan PAS tetapi biarlah ia dibuat atas nama PH, bukan PKR. Jadi ia perlu dirujuk kepada Majlis Presiden PH sebelum apa-apa keputusan dibuat,” kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.

Pengarah pilihan raya PH yang baru dilantik, Azmin pada Isnin berkata PH menyambut baik hasrat PAS yang membuka pintu rundingan itu tetapi menegaskan ia mesti dibuat antara PAS dan PH secara konsensus.

PAS yang berkrisis dengan DAP sehingga membawa keretakan dan seterusnya pembubaran Pakatan Rakyat, tidak menyertai PH yang menggantikan gabungan pembangkang selepas PRU12 dan semasa PRU13 itu.

PH disertai oleh PKR dan DAP serta Amanah dan Bersatu, iaitu dua parti serpihan PAS dan Umno. – TMI

Ketika Isa direman, Felda beli senyap-senyap saham Eagle High Plantation

 Tindakan Felda membeli EHP menimbulkan banyak tanda tanya.
Tindakan Felda membeli secara senyap-senyap saham syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantation (EHP) walaupun dibantah pelbagai pihak dan ketika mantan pengerusinya Tan Sri Isa Samad diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad melahirkan kecurigaannya terhadap tindakan Felda membeli saham EHP walaupun harga yang ditawarkan melebihi 2.5 kali lebih tinggi dari harga pasaran.

Beliau juga hairan dengan tindakan Felda membelanjakan RM2.3 bilion untuk membeli saham syarikat terbabit dalam keadaan Felda tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai operasinya.

Malah pihak pengurusan Felda, katanya telah dinasihatkan oleh JP Morgan dan Bank of America supaya tidak membeli 37% saham EHP milik Peter Sondakh yang menerajui Kumpulan Rajawali itu.

Dr Dzulkefly Ahmad"Saya tahu isu positif dan negatif debat pembelian ini. Ya, saya akur tentunya ada baik-buruknya dalam 'cost-benefit analysis'nya.

"Yang diperlukan Felda dan negara, khasnya graduan di negara ini adalah pekerjaan! Ya, bukan menambah pekerjaan untuk warga asing dalam perladangan dan pembinaan.

"Najib pernah secara megah menguar-uarkan tentang 1.8 juta pekerjaan yang beliau kononnya telah jana setelah program transformasi ekonomi (ETP) dan segala program membangun ekonomi," ujarnya.

Menurut beliau, Felda dan entiti perniagaannya Felda Global Ventures Holding (FGV) tidak perlu menambah ladang atau membeli hotel di Kensington atau New York, tetapi perlu melabur dalam industri hiliran (downstream activities) yang berteraskan kelapa sawit.

Beliau merujuk kontroversi pembelian dua hotel mewah melebihi harga pasaran oleh anak syarikat FGV, Felda Investment Corporations (FIC) di London dan Kuching.

Mantan Pengerusi Felda dan FGV Tan Sri Isa Samad direman lima hari oleh SPRM berkaitan isu pembelian dua hotel mewah itu yang turut menyaksikan beberapa pegawai FIC disoal siasat.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan peranan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian aset Felda di London memandangkan setiap pelaburan entiti berkaitan kerajaan di luar negara perlu diluluskan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan olehnya.

Sudah terlambat, kami sedia lawan 3 penjuru, PAS beritahu PKR

 wan-azizah

PETALING JAYA: PAS berkata adalah sukar menjalinkan semula kerjasama dengan PKR selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelmarin berkata kedua-dua parti itu masih boleh berbincang soal kerusi pada pilihan raya umum (PRU) untuk memastikan Barisan Nasional (BN) ditentang satu lawan satu.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki berkata berdasarkan kajiannya, pengundi Melayu kebanyakannya mahu PAS bergerak sendiri tanpa menyertai Pakatan Harapan (PH) dan BN.

“Apa yang dicadangkan itu teramat sukar tetapi tidak mustahil,” katanya, mengulas kenyataan Wan Azizah yang berkata PKR masih boleh bekerjasama dengan PAS dalam perkara penentuan kerusi pada PRU walaupun kedua-dua parti menamatkan kerjasama secara rasmi hampir 3 bulan lalu.

“Memang objektif kita adalah menjatuhkan BN. Kalau ada apa-apa yang boleh membantu kita ke arah itu, kita akan cuba,” kata Wan Azizah kepada FMT Rabu lalu.

Bagi Zuhdi, ia sesuatu yang sukar dicapai.

“Jentera kita sudah siap sedia untuk menghadapi pertandingan 3 penjuru,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, sebarang rundingan semula dengan PKR akan menyebabkan strategi PAS terpaksa “berpusing 180 darjah”.

“Persiapan jentera kita sudah hampir siap dan sudah hampir 100% dengan sasaran pilihan raya.”

Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR. Bagaimanapun, ia tidak menghalang beberapa pemimpin PKR termasuk Wan Azizah dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Sementara itu, DAP tidak faham tindakan PKR yang tidak menolak kerjasama dengan PAS sedangkan “tahaluf siyasi” (kerjasama politik) sudah dibatalkan.

“Saya tidak faham setelah hubungan diputuskan tetapi sekali lagi ingin bekerjasama,” katanya.

Manakala Amanah berkata sebarang rundingan perlu berpegang kepada matlamat menjatuhkan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata rundingan tidak boleh berlaku sekiranya PAS tidak komited dengan matlamat PH.

“Soalnya, adakah PAS mempunyai matlamat sama, dan jaminan bahawa setelah menang, tidak akan khianati PH?” soalnya.

“PAS kena akur dengan keadaan di mana kita sekarang ada 4 parti. Ia tak boleh kata Amanah, PPBM tak boleh bertanding dan semua kerusi untuk PAS.”

Thursday, August 17, 2017

POLITIK CACAMARBA PKR, WALAUPUN SUDAH KENA "CERAI" DENGAN PAS MASIH GILA TALAK LAGI..!!


Aku rasa politik Amanah di Malaysia mesti menjurus kepada kesepakatan yang lebih utuh/tinggi bersama PPBM dan DAP berbanding PKR. Gunakan perpaduan yang baik bersama PPBM dan DAP untuk menutup segala politik u-turn/kebejatan/muslihat/onar PKR..

PPBM lebih berpotensi dalam arus perdana berbanding PKR. PPBM lebih mudah berunding berbanding PKR yang kini sudah mula tamakkan kuasa dan kerusi DUN/PARLIMEN..

Ini harus di sedari oleh semua pimpinan Amanah. Gelombang PPBM lebih bermanfaat berbanding PKR yang kini dilihat sudah tepu. Mereka tiada jentera padu kerana selama 15 tahun(1999~2013) di arus perdana tanahair, PKR hanya menumpang jentera Pas. Mereka sendiri tidak pernah cuba untuk membina jentera pilihanraya yang ampuh. Jika kerjasama Amanah dengan PPBM lebih jitu/kuat/padu peluang kemenangan akan lebih terbuka luas.

Sokongan orang Melayu kini sudah menjurus kepada Tun Dr dan PPBM..

PKR amat terdesak untuk bersama Pas kerana ketiadaan jentera dan mereka mengharapkan kepentingan undi MELAYU melalui Pas untuk menang manakala undi CINA di sifatkan telah memihak kepada mereka. PKR sebenarnya silap.

Faktor Tun Dr Mahathir sendiri sudah menjadi faktor sokongan Melayu-BN kepada PAKATAN HARAPAN. Manakala undi cina tidak akan berpihak kepada mana-mana parti yang mempunyai hubungan secara rasmi atau tidak rasmi dengan Pas.

Bukanlah mustahil jika percaturan ini di ambil kira, kita akan mendapati ramai calon-calon PKR akan tewas dan bukanlah mustahil Amanah dan PPBM akan mendominasi keputusan PRU14. #INSYAALLAH..

~STORM RIDER

SPRM Jangan hanya tangkap tapi tidak didakwa, kata PKR

Shamsul Iskandar SPRM
Tan Sri Isa Samad mesti dibawa ke muka pengadilan bagi mengenal pasti sama ada terdapat rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan ketika beliau menjadi pengerusi Felda.

Naib Presiden PKR Shamsul Ikandar Mohd Akin berkata, PKR mengingatkan kerajaan agar tidak bermain wayang dengan membuat siri tangkapan tanpa mengheret individu terlibat rasuah ke muka pengadilan.

"Kami mengalu-alukan tangkapan ke atas Isa Samad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia walaupun ramai beranggapan beliau sepatutnya ditangkap lebih lama lagi.

"Sekiranya mempunyai bukti yang kukuh dan prima facie, beliau sewajarnya didakwa untuk menunjukkan bahawa perdana menteri benar-benar serius memerangi rasuah walaupun beliau sendiri terpalit dengan skandal 1MDB dan lain-lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Isa yang juga naib presiden Umno ditahan SPRM semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes pembelian dua hotel oleh Felda Invesment Corporation (FIC).

Isa tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk prosiding reman dengan berbaju lokap SPRM dan bergari serta diiringi anggota SPRM.

Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil berkata turut berkata, rakyat sudah muak dengan tangkapan tanpa tuduhan.

"PKR juga berharap supaya skandal-skandal lain yang melibatkan Felda seperti kerugian FGV juga dapat perhatian oleh SPRM untuk mencari dalang yang merugikan Felda dan peneroka Felda," katanya yang juga Ketua Biro Felda dan Perladangan PKR.

Saari Sungib : Pengkhianat atau penyelamat

Saari Sungib
Memang dia tidak pernah menganggap dirinya hero tetapi keputusan drastik beliau telah melakar sejarah. Dia tidak sanggup menunggu lebih lama untuk bertindak nekad. Bersedia mengharung umpat-keji demi prinsip yang dipertahan. Nuraninya menunjuk jalan yang jelas, menjadi penyelamat ke atas simpulan yang berkecamuk.

"Tindakan yang saya fikirkan terpuji dan benar rupa-rupanya telah membangkitkan amarah pemimpin nombor wahid Parti Islam dengan memanggil kami 'dicuri, dibeli, broker, barua'. Saya bukan hero. Saya anggap kewajipan saya adalah pertahankan prinsip," Saari Sungib, Adun Hulu Kelang mengimbas kembali kenangan berkaca semasa krisis pertukaran Menteri Besar Selangor 2014.

Langkah jitu-berani Saari bersama seorang lagi Adun Pas-Morib, Hasnul Baharuddin, menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB menggantikan Khalid Ibrahim -- tanpa restu Pas -- menamatkan spekulasi ura-ura pembentukan kerajaan baru bersama Umno di Selangor. Sebenarnya, motif Saari lebih kepada menolak usaha mengekalkan Khalid berbanding menyokong Wan Azizah.

Bagi ramai orang, khususnya penduduk Selangor yang memberi sokongan luar biasa kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13, aksi proaktif Saari dan Hasnul itu, disambut penuh kelegaan. Ruang untuk Umno-BN mengambil kesempatan di atas krisis yang nampak membengkak itu tertutup rapat. Bagaimanapun, dua wakil rakyat tersebut berdepan risiko besar dalam parti sendiri, membawa kepada penggantungan keahlian dan kecaman keras tidak terduga oleh Presiden Pas dalam muktamar di Batu Pahat, September 2014.

Saya turut menghadiri perhimpunan tahunan itu atas kapasiti ketua pengarang Harakah. Semasa Ustaz Abdul Hadi Awang membuat ucapan penggulungan di hari akhir muktamar, saya dan keluarga dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Dalam hujan renyai, meredah Lebuh Raya Utara Selatan yang agak sibuk, saya mendengar pidato keras Presiden Pas melalui radio internet. Belum reda dengan kontroversi doa laknat perwakilan Wilayah Persekutuan pada hari kedua muktamar, ketua parti menutup persidangan secara "menikam lebih berbisa".

Secara peribadi, kekaguman saya terhadap sosok Saari bukan hanya bermula dengan langkah penyelamat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu. Dari jauh saya menghormatinya sebagai tokoh awal gerakan Islam tanahair yang mengasaskan Jamaah Islah Malaysia, 1990; pendakwah gigih di sebalik kewujudan IRC, pertengahan 1980-an; reformis tulen pada era pemecatan Anwar Ibrahim; penulis prolifik khususnya ketika dua kali dikurung ISA.

Justeru, apabila mendengar suara lantang Ustaz Hadi membuat dakwaan liar kepada Saari, tiga tahun lalu, saya terkedu. "Mereka curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat kita. Yang jadi broker, yang jadi barua pun ada." Tuduhan kesat bahawa dua Adun Pas itu telah "dibeli" adalah kenyataan serius yang boleh merosakkan reputasi dan nama baik Saari dan Hasnul.

Bukan hanya itu, saya kira ungkapan broker atau barua tidak ditujukan kepada Saari dan Hasnul; ia mungkin lebih dikhususkan kepada pihak ketiga yang menjadi orang tengah. Mungkin saja dihalakan kepada dua tiga kerat pemimpin tertinggi Pas yang diragui kesetiaan mereka. Satu teka-teki yang belum terjawab hingga kini.

Menyingkap kembali krisis pertukaran MB Selangor itu, Saari bercerita panjang: "Sekitar Jun–Ogos 2014, saya difahamkan daripada rakan-rakan reformis dalam Pas dan Keadilan, hubungan Presiden Pas dengan Ketua Umum Keadilan merudum teruk. Ustaz Hadi mempersalahkan Anwar hampir semua kegagalan dalam Pakatan Pakyat.

"Ustaz Hadi juga secara berdepan memanggil Anwar dengan gelaran tak sepatutnya. Pada masa itu cukup tanda dan isyarat Ustaz Hadi tidak mahu kekalkan tahaluf Pakatan. Dia mula bertindak unilateral.

"Ustaz Hadi berjumpa dua kali dan arahkan timbalannya Mat Sabu bertemu sekali dengan pimpinan Pas dan semua Adun Pas Selangor. Majoriti mahu Khalid Ibrahim ditukar." Bagaimanapun Presiden Pas itu mahu turun naik pemimpin adalah persoalan syarak. Jadi, nak ganti Khalid mesti ada sebab syarak yang kukuh.

Difahamkan, Khalid sendiri berjanji untuk melepaskan jawatan. Bagaimanapun, menurut sumber, pimpinan tertinggi Pas itu memberi jaminan akan terus memberi sokongan kepada Khalid sebagai menteri besar. Susulan enggan berhenti, parti memecat Khalid. Beliau seterusnya bertindak balas dengan memecat semua Exco DAP dan KeADILan, manakala empat exco Pas dikekalkan.

Pas Kedah tolak kerjasama Umno - PH pada PRU14

Ahmad-Fakhruddin-Syeikh-Fakhrurazi_pas_kedah_600
Sheikh Fakhrurazi 1Pesuruhjaya Pas Kedah Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menafikan dakwaan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan blok pembangkang lain atau pun Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Bahkan Pas Kedah konsisten dengan pendirian untuk bertanding 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 15 kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Sehingga ke saat ini, Pas Kedah bersedia untuk bertanding semua kerusi Dun dan Parlimen namun ia terpulang kepada kata putus Pas Pusat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan dakwaan kononya Pas Kedah akan bekerjasama dengan mana-mana parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) mahupun Umno sebagai satu jenaka.

"Ia sebagai usaha untuk mengelirukan ahli-ahli Pas serta menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan parti," katanya.

Ahmad Fakhrudin berkata keputusan parti itu untuk tidak mempunyai hubungan politik dengan mana-mana parti dalam BN mahupun PH adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas.

Katanya sebagai contoh tidak mungkin Pas akan bekerjasama dengan PH yang ini sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Bulan lalu Pas Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi Dun dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.

Pada PRU13, Pas Kedah bertanding 24 kerusi Dun sementara DAP bertanding dua kerusi Dun dan PKR 10. Pas menang sembilan kerusi dalam PRU13, bagaimanapun parti itu hilang satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyertai Amanah.

YDP Pas Permatang Pauh makan bersila bersama Najib

 Omar (dua dari kiri) makan bersila bersama Najib di Politeknik Seberang Prai.
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan hadir sama meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam program makan bersila sempena Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai, tengahari tadi.

Omar dirakam duduk bersila bersama Najib dan para pemimpin Umno dalam majlis tersebut sebelum juadah dihidangkan.

Najib dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini.

Beliau tiba di Pangkalan Udara TUDM Butterworth pagi tadi disambut Pengerusi Barisan Nasional negeri, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Atur cara perdana menteri dimulakan dengan menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan Barisan Nasional dan Umno negeri di sebuah hotel di Seberang Jaya.

Selepas itu, beliau menyertai ribuan hadirin dalam Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai.

Pada sebelah petang, Najib akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan 2.0 Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Relau sebelum mengakhiri lawatannya dengan melawat Projek Perumahan Kos Sederhana di Sungai Nibong.

Pas Pulau Pinang 17 Julai lalu menyatakan hasrat untuk bertanding semula di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hasrat itu dinyatakan Omar ketika berucap di majlis pelancaran jentera pilihan raya Pas Pulau Pinang di Kubang Semang yang dirasmikan naib presiden Pas Idris Ahmad.

Bercakap kepada pemberita, Idris memberitahu Pas masih membuat kajian kerusi-kerusi yang bakal ditandingi parti itu berdasarkan laporan Pas negeri dan kawasan.

“Kami mungkin bertanding 120 atau 140 kerusi di seluruh negara. Di mana kita akan bertanding bergantung pada keputusan kepimpinan tertinggi.

“Kami perlukan laporan dari jawatankuasa negeri yang mengkaji kerusi berkenaan,” kata Idris.

Kerusi Permatang Pauh sebelum PRU 1999 ditandingi Pas. Namun setelah menjalinkan kerjasama dengan parti-parti pembangkang, kerusi parlimen itu ditandingi PKR.

Kerusi parlimen Permatang Pauh kini diwakili presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

ELOK PKR ISTYHAR TINGGALKAN PH DAN SERTAI PIGS.

ELOK PKR ISTYHAR TINGGALKAN PAKATAN HARAPAN.

Email saya menerima kiriman kenyataan media oleh Majlis Pimpinan (MPN) Keadilan Kelantan yang menjelaskan Pengerusi Keadilan Kelantan Sdr Ab. Aziz Kadir telah hadir mesyuarat Biro Politik pusat parti itu pada 15 Ogos 2017.

Biro politik Keadilan telah mengambil maklum penjelasan diberikan Aziz berhubung "pergolakan" (kedudukan PKR Kelantan dengan kerajaan Pas) dan biro itu telah bersetuju dikekalkan sebagai pengerusi Keadilan Kelantan.

Sehubung itu juga lantikan anggota Keadilan dalam kerajaan Kelantan dikekalkan atas alasan MB Kelantan telah mengeluarkan kenyataan kerajaan Kelantan masih memerlukan kerjasama Keadilan. Itu sahaja alasannya? Ertinya Keadilan tidak mempunyai pendirian dan prinsip sendiri.

Tidak jadi masalah kalau Keadilan untuk terus bersama kerajaan Kelantan atas budibicaranya untuk kebaikan rakyat. Apa yang perlu berterus terang dan tegas. Tetapi apa yang sewelnya sebelum ini presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengeluarkan arahan penjawat jawatan politik di kalangan ahli Keadilan dalam kerajaan Kelantan akan berakhir selepas 31 Julai. Semua dunia mengetahuinya.

Ekoran arahan itu setengah ahli Keadilan yang dilantik memegang sesuatu jawatan telah bersetuju dan tidak hadir untuk angkat sumpah. Ahli Keadilan mendapat signal yang kabur.

Persoalan macam mana ada arahan dan keputusan "klu klik" begitu oleh Keadilan. Keadilan bercakap macam orang gagap sukar untuk difahami bahasa dan ertinya. Tindakan seperti ini menjejaskan kreadibiliti Dr Wan Azizah sebagai presiden, dan menyebabkan orang hilang keyakinan keapda Keadilan.

Apabila dalam kenyataan Aziz itu mengaitkan nama presiden, sudah tentu orang akan meletakkan kesalahan dan kelemahan itu kepada Dr Wan Azizah. Apakah benar Dr Azizah yang membuat keputusan itu atau pun ada tukang sihir lain yang berlindung disebalik Wan Azizah?

Rengkas cerita, Aziz sendiri sebagai pengerusi Keadilan Kelantan tidak ada pendirian tetap dalam kes ini dan beliau sangat bergantung kepada arahan di Kuala Lumpur. Sikap seperti ini menyebabkan rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan hilang kepercayaan kepada Aziz khasnya dan Keadilan amnya.

Ini tidak patut berlaku kerana sebagai pemimpin Aziz harus tegas, berani dan menjaga reputasi dirinya.

Meneliti semua itu, bagi saya lebih baik kalau Keadilan mengityharkan kedudukannya sebagai rakan Pas dan bukan komponen dalam Pakatan Harapan. Sikap begitu memudahkan pihak PH membuat apa-apa keputusan dan tindakan serta ia tidak membolak balikkan perasaan pendukung PH peringkat bawah.

Pakatan juga senang untuk menyusun strategi serta membentuk jentera pilihan raya.

Berikut disiarkan kenyatan Aziz sepenuhnya: Trims.

KENYATAAN MEDIA
MPN KELANTAN
16 OGOS 2017

Saya dan wakil Majlis Pimpinan Negeri Kelantan (MPN) termasuk Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita telah hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Pusat pada 15 Ogos 2017. Biro Politik telah dimaklumkan dan diberikan penjelasan mengenai senario politik semasa di Negeri Kelantan.

Biro Politik Pusat mengambil maklum dengan maklumbalas yang telah dikemukakan oleh saya dan bersetuju dengan perkara-perkara berikut :

- Saya, Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir dikekalkan sebagai Pengerusi MPN Kelantan.

- Lantikan politik kepada anggota KEADILAN oleh Kerajaan Negeri Kelantan dikekalkan atas alasan Menteri Besar Negeri Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan masih memerlukan kerjasama KEADILAN dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Presiden KEADILAN dan Biro Politik Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin MPN Negeri Kelantan.

Saya bersama MPN Negeri Kelantan akan terus komited untuk memperkukuh kedudukan KEADILAN di Negeri Kelantan khususnya dalam menghadapi PRU-14.

HAJI AB AZIZ BIN AB KADIR
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

Tuesday, August 15, 2017

YB DR NORLELA ARIFFIN - ALHAMDULILLAH.. FINALLY.. TERIMA KASIH SPRM

Kenyataan Dr Norlela Ariffin, Adun Penanti 14hb Ogos 2017

Saya telah menerima panggilan dari Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang hari ini untuk menyatakan dia tidak membantah  aduan saya kepada pihak berkuasa MPSP, Pejabat Tanah, Pejabat Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain jabatan di JK Tindakan Daerah dan Sidang DUN dan beri sokongan usaha yang saya buat untuk memenuhi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat. Hanya saya perlu menjelaskan FB posting yang mengatakan "Alhamdulillah.. Finally. Terima kasih SPRM" yang telah menimbulkan kemarahan ramai.

1. Ya, semasa saya mendapat berita serbuan SPRM dan agensi lain ke atas kilang haram yang telah beroperasi sejak 10 tahun membakar 2000 ton/bulan habuk kayu di Sg Lembu, saya berada di wad Hospital Assunta dan masa itu saya rasa bersyukur kerana akhirnya kilang yang telah beroperasi secara haram di perkampungan Sg Lembu di kawasan dun Penanti akhirnya berjaya di ambil tindakan tegas. Jadi sebab itu saya telah mengucapkan alhamdulillah dan terima kasih pada SPRM. Pada masa itu, tidak ada apa-apa penahanan terhadap sesiapa.

Saya telah memperjuangkan untuk cuba ikhtiar untuk menyelesaikan aduan penduduk di sini sejak Feb 2015 setelah mendapat aduan dari jkkk dan penduduk perkampungan Sg Lembu serta melawat sendiri keadaan kilang dengan beberapa agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dan telah bangkitkan isu ini di mesyuarat di MPSP dan Exco bersama beberapa agensi penguatkuasa pada 6hb Mei 2015 dan buat usul di Sidang DUN supaya tindakan penguatkuasaan yang lebih berat boleh diambil memandangkan kompaun maxima hanya rm250 semasa itu. 

Saya juga buat pertanyaan susulan di JK Tindakan Daerah berkenaan kebimbangan penduduk tentang kesihatan dan jkkk telah menyerahkan senarai pesakit serius untuk disiasat oleh Pejabat Kesihatan dan berlaku kematian akibat terbakar seorang drebar lori yang telah terjatuh ke dalam salah satu 21 tempat pembakaran di kilang pada 6hb Mei 2015 yang mendapat liputan suratkhabar Cina kerana ini adalah perkampungan Cina. 
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10153106631668584.1073741955.771863583&type=3

Saya juga bangkitkan soalan susulan dalam Sidang DUN tahun 2016 dan Sesi Mei 19-24 2017. Sehingga bulan Mei 2017, saya telah menerima petisyen bantahan bertulis 18 mukasurat dari lebih 168 orang penduduk kampung kerana kilang ini masih beroperasi. Mpsp juga telah bawa kes ini ke mahkamah dan saman dikenakan rm1000 tetapi kilang ini masih beroperasi. Hanyalah selepas serbuan oleh pihak SPRM baru-baru ini operasi kilang dihentikan. Syabas pada SPRM dan lain-lain agensi yang turut sama terlibat.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya juga telah buat aduan berkenaan kilang-kilang haram yang lain seperti Vitrakukoh di Kg Tanah Liat dan kilang bakar aluminium smelting di Kg Kubang Ulu yang telah berjaya di ambil tindakan roboh oleh Direktorat MPSP di peringkat PBT saja.

2. Hanya selepas itu saya mendapat berita yang Ahli Exco YB Phee Boon Poh telah direman. Maka saya amat berharap agar YB Phee di beri layanan, ruang dan keadilan yang sewajarnya untuk beliau membela diri memandangkan beliau sendiri secara rela hati memberi kerjasama penuh pada SPRM. Janganlah ada pihak yang di zalimi dalam menangani kes ini.

3. Selain kes ini,  saya amat berharap agar SPRM mengambil tindakkan yang sama pada semua aduan yang lain, baik yang sekecil-kecil ikan bilis sehinggalah yang sebesar-besar ikan jerung tanpa mengira parti pembangkang atau kerajaan supaya tidak menimbulkan persepsi dan kemarahan pimpinan dan rakyat yang terdapat "selective prosecution" terutama untuk kes besar yang di hadapi oleh negara sekarang ini seperti kes 1MDB, FGV dan lain-lain yang melibatkan berberbilion ringgit wang rakyat.

Saya seperti rakyat Malaysia yang lain mahu melihat negara kita bebas dari rasuah dan SPRM sebagai agensi yang dipertanggung jawabkan dapat menjalankan tugas dengan berani, pantas dan berintegriti.

Dr Norlela Ariffin
ADUN Penanti
14hb Ogos 2017

Monday, August 14, 2017

Akta 164: AJK Pas Pusat dinasihati agar tidak 'merapu'

 Ustaz Zolkharnain Abidin
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor kononnya AMANAH menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) sebagai merapu.

"Dalam tulisannya, Riduan Md Nor (RMN) menyerang AMANAH secara merapu berkaitan isu pindaan Akta 164, apabila dia berkata pindaan akta itu membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini, dan AMANAH menyokongnya," ujarnya.

Menasihatkan pemimpin Pas itu supaya tidak merapu, beliau menyenaraikan tujuh hujah membidas dakwaan Riduan yang menuduh Ahli Parlimen beragama Islam dari AMANAH dan PKR tidak menyertai Ahli Parlimen Pas mengambil bahagian membantah usul pindaan tersebut.

Ustaz Zolkharnain berkata, jika seorang anak dilahirkan oleh ibu bapa Islam, anak tersebut secara langsung beragama Islam memandangkan peruntukan yang dicadang akan dimasukkan ialah jika anak bawah umur yang salah seorang ibu bapanya memeluk Islam, anak itu tidak terus menjadi Islam.

"Mana ada dalam akta itu peruntukan sebaliknya. Tetapi, seksyen itu ditarik balik. Jika tidak ditarik balik sekalipun, seksyen itu dibuat demi maslahah anak di bawah umur itu iaitu mendapat kasih sayang dan penjagaan yang sepatutnya," jelas beliau.

Menurutnya, tidak boleh berlaku orang bukan Islam yang mahu berkahwin dengan orang Islam tidak perlu memeluk Islam kerana orang Islam yang ingin berkahwin perlu membuat permohonan.

"Jika orang Islam memohon untuk berkahwin dengan orang bukan Islam, permohonannya akan ditolak. Macam mana perkahwinan akan berlaku jika permohonan ditolak?" bidasnya.

Terdahulu, Riduan dalam tulisannya mendakwa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.

Dakwaan pemimpin Pas berkenaan kononnya orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang juga dilihat sebagai merapu.

"Orang Islam yang ingin keluar Islam perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah. Wujudkah undang-undang yang menghendaki mahkamah membenarkan orang Islam untuk keluar Islam jika ingin berkahwin dengan non muslim?" soalnya.

Mengulas lanjut dakwaan Riduan kononnya seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak, Ustaz Zolkharnain berkata, seorang anak itu akan tinggal dengan ibunya yang Islam jika masih di bawah umur dan yang memeluk Islam adalah ibunya.

"Jika pihak yang memeluk Islam adalah bapanya, anak bawah umur itu akan tinggal bersama ibunya walaupun ibunya belum Islam sebab tempat seorang anak adalah bersama ibu demi kepentingan kehidupan anak.

"Bapanya yang Islam hendaklah terus menyara anak itu, mengambil berat dan mendidik anak itu supaya terpikat dengan Islam setelah dia berhak memilih agamanya sendiri.

"Di sinilah peranan bapa sangat diperlukan dalam dakwah dan jika bapa berupaya menampilkan akhlak yang baik, anak itu akan terpikat dengan keislaman bapanya," jelas beliau.

Menyentuh soal tuntutan harta pusaka, beliau turut membidas dakwaan Riduan kononnya orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan individu yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematian.

"Bukan diberikan hak menuntut harta pusaka tetapi hak menuntut harta yang diperolehi bersama semasa perkahwinan.

"Harta sepencarian itu hendaklah diagihkan secara adil antara pasangan suami isteri itu. Nafkah anak mesti ditanggung oleh bapa. Jika timbul pertikaian tentang harta pusaka, rujukannya adalah mahkamah syariah," tegasnya lagi.

'Kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh'

 Mazlan Aliman bersama Chang Lih Kang dan pemimpin AMANAH di Felda Sungai Klah Sungkai petang semalam
Mazlan Aliman bersama Chang Lih Kang dan pemimpin AMANAH di Felda Sungai Klah Sungkai petang semalam.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, warga peneroka boleh memulangkan kembali kata makian yang diucapkan Perdana Menteri pada 2012 lalu ekoran kepincangan Felda pada masa ini.

Menurutnya, jaminan Datuk Seri Najib sebelum ini kononnya penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV) Holdings Berhad di Bursa Malaysia akan meningkatkan pendapatan peneroka sebaliknya menyaksikan peneroka menanggung lebih banyak hutang.

"Selepas ini kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh sebab dulu Najib sebut FGV sebagai penyenaraian kedua terbesar selepas Facebook.

"Dia (Najib) kata dengan penyenaraian itu juga akan membawa masyarakat Felda ke era global, pendapatan naik mendadak dan kehidupan lebih baik.

"Hari ini sejak tahun 2012, ternyata apa yang disebut Perdana Menteri mengenai FGV adalah tersasar sama sekali. Harga saham pun tinggal RM1.60 sahaja daripada RM4.55.

"Kalau dulu dia kata haram jadah, sekarang kita pulangkan balik yang haram jadah adalah Perdana Menteri dan Barisan Nasional. Hakim kata tak salah," tegasnya di Felda Sungai Klah, Sungkai semalam.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH Nasional itu memberitahu penggunaan kata haram jadah tersebut diputuskan pihak mahkamah sebagai terlalu umum dan digunakan dalam amalan seharian.

"Ada lima peneroka dari Jengka bawa kes ke mahkamah kerana tidak puas hati dengan penghinaan Perdana Menteri itu," jelasnya mengulas ungkapan kesat Najib di Majlis Sejahtera Peneroka di Jengka 8, Pahang empat tahun lalu itu.

Turut hadir dalam dialog bersama peneroka itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dari PKR, Chang Lih Kang.

Sultan Kedah murka pemimpin politik, ulama hangatkan permusuhan sesama Islam

14 Ogos 2017 | BERNAMA

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/04/kedah.jpg
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita atas tindakan sesetengah pemimpin politik dan individu berkepentingan mengambil kesempatan menghangatkan lagi permusuhan sesama Islam menerusi ruang maya.

Malah, titah baginda, ilmuan agama turut tidak terkecuali mengeluarkan fatwa, tuduh-menuduh dan berdebat di alam siber sehingga masyarakat sendiri berbelah bagi.

"Janganlah kerana perbezaan ideologi yang sempit atau kerana kepentingan diri yang lain, isu sensitif seperti kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan kaum, hukum-hakam serta agama Islam diperdebatkan secara tidak beradab di laman sosial sekali gus mengundang tafsiran negatif," titahnya.

Titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah sempena perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima yang ke-13 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Titah baginda, pada ketika ini pelbagai maklumat boleh diperoleh dengan bebas tanpa ada satu sistem tapisan yang boleh membezakan antara yang hak dan batil.

Malah penggunaan telefon dan gajet sudah menjadi satu budaya hidup, menyaksikan lebih 17 juta penduduk di negara ini mempunyai akses kepada ruang maya dengan separuh daripadanya mempunyai akaun Facebook, titah baginda.

"Natijahnya, fitnah dan cerita palsu menjadi tular dan dijaja serata tempat, senario ini menjadi virus yang memporakperandakan dan mengelirukan rakyat, memecahbelahkan dan mengucar-ngacirkan ukhuwah yang selama ini terjalin indah," titah Sultan Abdul Halim.

Dalam pada itu, baginda melahirkan rasa bangga apabila Kedah menjadi antara negeri dan pelopor awal dalam usaha memartabatkan keunggulan pendidikan, terutama pendidikan Islam.

"Hal ini dapat dibuktikan menerusi sistem pengajian pondok di mana sistem pondok kini telah dibuat penambahbaikan dan kesannya kini kita sudah memiliki Maahad Tahfiz Sains di Kulim,\" titahnya

Sultan Kedah turut memuji kepimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilihat baginda konsisten dalam melakar dasar prorakyat, misalnya melalui program Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) yang memanfaatkan lebih 100,000 rakyat Kedah sejak diperkenalkan pada April 2016.

"Beta juga amat tertarik dengan daya usaha memanda Menteri Besar yang menjadikan usaha gilapan modal insan sebagai dasar utama negeri, meskipun 'Gen-Y' hanya mewakili 38 peratus daripada keseluruhan penduduk Kedah, beta difahamkan kerajaan negeri memberi fokus lebih kepada 40 peratus pelaksanaan dasar kepada generasi muda," titahnya.

Titah baginda pelaksanaan program seperti 'Internship Mahasiswa Anak Negeri Kedah (IMAN), tuisyen BARAKAH, insentif persatuan mahasiswa, Skim Mikro Kredit Usahawan Muda dan Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) adalah antara program yang memberi tumpuan kepada anak muda dan berjaya dilaksanakan dengan baik.

Sultan Kedah bertitah kewujudan projek Bandaraya Getah di Padang Terap dengan nilai pelaburan awal

RM417 juta yang disalurkan kerajaan persekutuan, mampu mewujudkan kesan limpahan ekonomi dan prospek baharu kepada 40,000 penoreh getah di negeri itu.

"Beta difahamkan melalui Makmal Pengurusan Nilai yang baru diadakan, sejumlah peruntukan tambahan telah diluluskan bagi merangka pembangunan fasa satu yang akan bermula tahun depan," titahnya.

Persidangan bersambung pada 9 pagi esok.

Sunday, August 13, 2017

TAWARAN CHINA - JANGAN HERET MALAYSIA KE KONFLIK KUASA BESAR.

JANGAN HERET MALAYSIA KE KONFLIK KUASA BESAR.


1. Pertimbangan kerajaan Malaysia terhadap tawaran China untuk membina Pusat Tindak Balas Perisikan Wilayah atau regional counter-intelligence centre di negeri Johor yang turut dilengkapi radar pengawasan dan sistem peluru berpandu adalah sangat dikhuatiri akan mengheret negara ke kancah konflik kuasa besar dunia.

2. Tawaran ini adalah momentum negara tembok besar itu dalam memperkukuhkan pencerobohannya di Laut China Selatan. Laporan Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) menyatakan bahawa China hampir menyiapkan lebih 20 struktur bangunan di tujuh pulau buatan di lokasi yang menjadi perebutan di sekitar Laut China Selatan. Pulau buatan ini turut dilengkapi sistem pertahanan termasuk senjata anti pesawat, anti peluru berpandu dan pelancar misil jarak jauh.

3. Pertemuan November ini bersama Presiden China berhubung tawaran China perlu diperhalusi sedalam-dalamnya agar nanti Malaysia tidak akan terheret sama dalam kancah perebutan kuasa besar dunia.

4. Negara-negara ASEAN perlu terus kekal neutral. Sungguhpun Singapura dan Filipina merupakan rakan karib AS tetapi yang paling penting ialah tiada mana-mana negara ASEAN yang membuka wilayahnya untuk pengkalan pertahanan kuasa luar.

5. Diharapkan agar Najib Razak tidak terburu-buru ingin menjadikan Malaysia sebagai satelit China yang baharu. Sekarang ini sudah banyak aset negara yang telah tergadai kepada China, jangan sampai nanti pentadbiran negara akan mengikut telunjuk China. Lihat sahaja pengalaman negara-negara Africa yang menerima pelaburan gergasi dan pinjaman China yang akhirnya merana terpaksa akur kepada negara pemodal gergasi dunia ini.

6. Masih sempat untuk Najib bertindak demi kepentingan rakyat dan negara.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
12 Ogos 2017

Akta 164 - Pas diharap memohon maaf kepada umat Islam


Pas perlu meminta maaf kepada umat Islam di Malaysia ekoran kenyataan pemimpinnya yang berbaur sentimen keagamaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164).

Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa berkata, walaupun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor menarik balik tulisannya bertajuk'RUU 164: Tragedi Malang Buat Umat Islam di Negara Ini', namun permohonan maaf terbuka perlu dibuat kerana kandungan tulisan itu yang tidak tepat.

Husam Musa 340"Saya berharap Pas meminta maaf kepada umat Islam di Malaysia kerana kenyataan Dr Riduan sebelum ini adalah tidak tepat dan berbaur sentimen keagamaan dengan tujuan politik dan kemudian Pas terpaksa tarik balik.

"Penarikan balik ini tidak lengkap kecuali Pas minta maaf atas perkara yang telah mereka bangkitkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Kelantan di Wisma Tok Guru, Salor, hari ini.

Menurut Husam juga, tindakan Ketua Penerangan Pas Nasruddin Hassan yang berterima kasih kepada BN kerana membentangkan RUU itu menunjukkan parti itu pada peringkat awal tidak memahami kebaikan daripada pindaan Akta 164.

"Tulisan Dr Riduan Mohd Nor ditarik balik dan Ketua Penerangan Pas telah mengeluarkan satu kenyataan baru iaitu telah berterima kasih kepada kerajaan kerana membawa pindaan 164 ini.

"Ini menunjukkan bahawa Pas pada peringkat permulaan tidak faham maksud dan kebaikan daripada pindaan ini," katanya yang juga penasihat AMANAH Kelantan.

"Kemudian Pas telah cuba mengambil ruang untuk mensensasikan sentimen umat Islam negara ini dengan kononnya pindaan akta ini menghancurkan benteng umat Islam yang terakhir di Malaysia," katanya.

Nasruddin semalam mendakwa DAP dan AMANAH menentang langkah untuk mengugurkan Fasal 88A yang berkaitan dengan penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.

"Terlebih dahulu, saya menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana mendengar desakan dan tuntutan Pas, para mufti, alim ulamak, pengamal undang-undang Islam, NGO dan umat Islam untuk mengeluarkan cadangan Seksyen 88A dari draf pindaan Akta 164 baru-baru ini biar pun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk DAP dan PAN," katanya.

Azmin, Wan Azizah ziarah Hadi Awang


Selepas dua hari Datuk Seri Azmin Ali dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, beliau menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menjalani pembedahan.

Kunjungan malam tadi itu disertai Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Hadir sama pensyarah kanan Universiti Selangor (Unisel), Dr Shamsinor Abdul Azzis.

Gambar mereka menziarahi Hadi Awang tersebar di Facebook dan WhatsApp sejak malam tadi.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan melawat individu uzur amalan yang digalakkan dalam Islam.

Pada 28 Jun 2014, Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta anak mereka, Nurul Izzah juga pernah menziarahi Abdul Hadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Pada masa itu, Abdul Hadi baru 10 hari pulang ke Malaysia selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Istanbul, Turki.

Walau bagaimanapun, Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia berkenaan difahamkan tidak pernah menziarahi Anwar apabila dirawat sebelum ini.

Bahkan, Ahli Parlimen Marang itu tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada 2015 memberi sokongan kepada Anwar ketika prosiding akhir rayuan kes liwat kedua bekas Ketua Pembangkang tersebut.

Malah, sebelum itu tersebar kenyataan media Abdul Hadi yang menyatakan saranan untuk menyertai perhimpunan solidariti terhadap Anwar bukan pendirian rasmi Pas sebelum dinafikan kemudiannya oleh Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu, penyokong tegar Pas dalam reaksi mereka menganggap PKR pada masa ini tiada pilihan melainkan terpaksa 'berlutut' kepada Pas walaupun telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Reaksi tersebut dilihat ekoran keputusan Pas yang muktamad akan meletakkan calon di Permatang Pauh yang sinonim dengan keluarga Anwar sejak Pilihan Raya Umum Ke-10 pada tahun 1999.

Bulan lalu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh dan memberitahu bahawa parti tersebut sudah mula mengerakkan jenteranya di semua kawasan di seluruh negara.


Selain itu, penyokong Pas juga dilihat berpuas hati kerana kunjungan pimpinan PKR tersebut dijangka membangkitkan rasa marah penyokong AMANAH khasnya sekali gus memecahkan Pakatan Harapan.

Najib berkata Pas mengamalkan prinsip 'tabbayun'

 http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/08/najib-pas.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pas yang kini mengamalkan politik matang dan konstruktif tidak lagi membuat serangan semberono terhadap sesuatu isu.

Beliau berkata Pas mengamalkan prinsip 'tabbayun' iaitu parti itu membuat siasatan terlebih dahulu dan barulah ia membuat kesimpulan atau keputusan terhadap sesuatu isu.

"Dalam hal isu 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dia (Pas) panggil (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) Arul Kanda (Kandasamy) dan selepas penjelasan oleh Arul Kanda, baru dia buat pendirian dia.

"Pendirian dia ialah memahami bahawa kita perlu beri peluang kepada 1MDB untuk melaksanakan pelan rasionalisasinya dan apabila berjaya nanti bererti masalah 1MDB boleh selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, Najib yang juga Presiden Umno turut merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Machang.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, hasil daripada kematangan dalam berpolitik itu menjadikan Pas parti pembangkang yang konstruktif.

"Kita bersaing (berlawan) tetapi dalam hal-hal tertentu yang boleh memberi manfaat dan kebajikan, kita boleh bekerjasama," katanya.

Ditanya adakah kerjasama itu akan melangkah lebih jauh iaitu kerjasama politik, Najib berkata: "Itu tak tahu lagi, kita tengok keadaan."

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Arul Kanda mengenai hutang yang ditanggung oleh 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang tersebut, hasil sidang meja bulat yang diadakan di Kuala Lumpur.

Dakwaan Chef Wan tak berasas kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi

 Dakwaan Chef Wan tak berasas
ALOR SETAR - Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail menyangkal dakwaan kononnya tiada kemudahan dialisis di Pulau Langkawi, di mana Hospital Langkawi merupakan sebuah hospital pakar.

“Perkhidmatan itu boleh didapati di Hospital Langkawi dan di sebuah pusat dialisis swasta. Jumlah mesin dialisis yang ada di Hospital Langkawi adalah 26 buah,” katanya.

Menurutnya, pada masa kini seramai 103 penghidap End Stage Renal Failure (ESRF) atau kegagalan buah pinggang mendapatkan rawatan di Hospital Langkawi.

“Pusat dialisis swasta di Pulau Langkawi mempunyai enam mesin dan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan hanya dua orang. Selain hemodialisis terdapat alternatif lain iaitu CAPD di mana pesakit dilatih dan boleh lakukan dialisis di rumah,” katanya.

Dr Norhizan berkata, kerajaan menyediakan kemudahan hemodialisis di hospital kerajaan, malah bagi meningkatkan bilangan mesin dialisis dan kemudahan kepada rakyat, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan turut menyediakan perkhidmatan hemodialisis di klinik kesihatan terpilih.

“Perkhidmatan hemodialisis di klinik kesihatan sedang ditingkatkan ke beberapa klinik kesihatan lagi di seluruh negara termasuk Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Chef Wan melalui akaun media sosialnya, yang kecewa berikutan kerajaan gagal menyediakan pusat dialisis di Langkawi.

Kenyataan itu menyebut pesakit terpaksa mendapatkan rawatan di Alor Setar dan Pulau Pinang sehingga menelan kos tinggi.

Najib hanya ada dua pilihan: Rafizi

 Najib hanya ada dua pilihan: Rafizi
ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya ada dua pilihan, sama ada menahan Jho Low dan melakukan siasatan dalam negara, atau bercuti serta-merta sehingga kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, susulan perkembangan terbaru Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengemukakan permohonan penangguhan saman sivilnya dan melakukan siasatan jenayah, ia boleh mengancam kedudukan Najib mahupun negara.

“Ini bermakna DOJ ada asas kukuh tahan Jho Low untuk disiasat dan beri kesan kepada masa depan politik Najib, termasuk Malaysia kerana Jho Low tahu banyak rahsia berkaitan,” katanya selepas siri jelajah Invoke ‘Bina Semula Negara’, semalam.

Justeru katanya, adalah lebih baik Najib sendiri yang arahkan Jho Low ditahan dan dibawa balik ke Malaysia untuk pastikan AS tidak dapat berbuat demikian.

“Beliau orang yang rapat dengan Najib jika disoal siasat di AS, banyak bukti akan terlondeh dan dedahkan kerahsiaan negara, selain memalukan kita.

"Pilihan lain ialah Najib berkorban dan ambil cuti serta-merta daripada jawatan Perdana Menteri, kerana kita tak boleh kompromi Perdana Menteri ada hubungan rapat dengan individu dikaitkan skandal 1MDB,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu juga harus diambil tindakan segera oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Khalid tak boleh lagi bagi alasan, apabila AS buru Jho Low, ada kemungkinan beliau akan ditangkap. Khalid patut ketepikan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri dan bersikap amanah dan telus,” katanya.

Menurutnya, Najib tidak boleh ambil mudah dengan perkembangan terbaru itu kerana jika siasatan dilakukan di luar negara dan mengikut perundangan luar, risikonya lebih besar.

“Eloklah Najib bercuti sementara perkara itu diselesaikan secara baik kerana selagi bergelar Perdana Menteri, ia berisiko kepada negara dan ancam kedudukan Malaysia dari perspektif kepentingan negara,” katanya.

Mohd Rafizi berkata, hasil siasatan itu kelak akan menyebabkan integriti Najib dan negara lemah, selain jejaskan hubungan dua hala.

Jalan Changlun-Kuala Perlis akan diaudit


KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan menghantar pasukan daripada Jabatan Kerja Raya untuk membuat audit tentang aduan penyelenggaraan proses naik taraf jalan persekutuan daripada Changlun, Kedah ke Kuala Perlis.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, audit ini merangkumi dengan kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

Menurutnya, selain itu, tanda-tanda atau papan tanda yang mungkin tidak berada di kedudukan yang sepatutnya serta permukaan jalan dan bahu jalan yang perlukan penambahbaikan juga akan dipantau.

"Kesemua ini mungkin memerlukan penambahbaikan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

"Permohonan yang dibuat untuk melihat bagaimana kita dapat memperbaiki penghadang jalan menggunakan 'wire rope' kepada penghadang jalan konkrit juga telah diterima," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ir Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) yang meminta kementerian menyatakan rancangan kerajaan menaik taraf Jalan Persekutuan daripada Changlun ke Kuala Perlis di mana struktur jalan raya tidak diselenggara dengan baik.

Tambah Fadillah, kos bagi kerja penyelenggaraan rutin seperti penampalan lubang jalan, penyenggaraan bahu jalan, memotong rumput, cuci sistem saluran dan perparitan mencecah RM41,250 sebulan dan RM495,000 setahun.

Katanya, bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala pula untuk tempoh dari 2014 hingga 2016, kementerian telah membelanjakan bagi penyenggaraan berkala berkaitan pavemen sebanyak RM2.5 juta untuk laluan tersebut.

Jelasnya, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan peruntukan RM1.8 juta untuk penyelenggaraan berkala tahun ini, manakala RM200,000 lagi telah diluluskan untuk perbaiki dan menggantikan sistem penghadang jalan dengan menggunakan kaedah 'wire rope' di tempat tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...