TERKINI :

Saturday, December 31, 2016

Ekonomi Malaysia nie sudah parah sebenarnya..!!

Malaysia bukan negara yang menganggotai OPEC. Tetapi beberapa dasar OPEC dilibatkan bersama dengan Malaysia selaku antara negara pengeluar minyak.

Sebagai contoh, pengumuman keputusan negara pengeluar minyak yang mahu mengurangkan pengeluaran minyak per tong.

Malaysia turut menyahut keputusan tersebut. Hasil daripada pengumuman itu, harga minyak mentah Brent dan Crude menaik hampir usd10 per tong.

Secara lojik akal apabila harga minyak menaik, maka duit dan ekonomi kita akan makin stabil. Tapi kali ni tidak. Apabila harga minyak dunia naik, matawang dan ekonomi kita terus menjunam.

Hingga mencecah rekod harga sewaktu krisis ekonomi asia 1997. Ini menunjukkan bahawa kejatuhan ekonomi kita bukan lagi bersandarkan kepada kemerosotan ekonomi dunia. Tetapi kemerosotan ekonomi kita lebih kepada disebabkan pengaruh politik.

Ya, politik Malaysia yang kacau bilau sekarang penyebab ekonomi dan nilai ringgit kita merosot. Dengan skandal rm2.6b, dengan kemelut parti-parti politik dan pelbagai lagi kemelut menyebabkan pelabur tidak yakin dengan kita lalu mereka menjual ringgit Malaysia secara besar-besaran.

Hasilnya, harga ringgit Malaysia berbanding dollar adalah rm4.50. Boleh masuk Malaysia book of record.

MegatArjuna

PRU dijangka hujung Oktober depan

PRU14 sekiranya tidak diadakan pada April atau Mei tahun depan, kemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga hujung Oktober dan awal November.

China Press menulis, hasil kajian yang dibuat beberapa pemerhati politik Singapura mendapati, hujung Oktober dan awal November adalah waktu yang paling sesuai untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan PRU kerana banyak memihak kepada kerajaan.

“Selepas penganjuran Sukan Sea yang dijangka berlangsung secara besar-besaran, perayaan Hari Kebangsaan dan ditambahkan lagi pengumuman bajet yang sudah tentu akan memberikan ‘gula-gula’ kepada rakyat, maka inilah waktu yang paling sesuai untuk bubar parlimen.

“Undi rakyat tentu akan diberikan kepada kerajaan jika mereka sokong atau mahu apa yang mereka inginkan,” kata seorang pemerhati politik.

Beliau menjangkakan PRU juga kemungkinan akan diadakan pada April atau Mei kerana mengikut tradisi, ia tidak diadakan pada sepanjang bulan puasa ataupun hujung tahun.

Selain itu, kata beliau, dua faktor akan menjadi penentu kepada Najib mengadakan PRU, iaitu perpaduan Melayu dan isu Islam.

“Najib akan terus menekankan dua isu ini kerana ia mampu mengukuhkan sokongan orang Melayu bagi membolehkan BN memperoleh kemenangan dalam PRU akan datang,” katanya.

Sebelum ini, ramai pihak menjangkakan Najib akan mengadakan PRU lebih awal, iaitu pada tahun hadapan disebabkan perkembangan politik yang menyaksikan bakal memihak kepada BN.

Perpecahan yang berlaku dalam parti-parti pembangkang sehingga hari ini, terutama membabitkan Pakatan Harapan dengan Pas memungkinkan BN akan memperoleh kembali sokongan yang lebih baik berbanding PRU lalu.

Harga tayar naik mulai 1 Januari

Ong Boon Teck
31 Disember 2016

AKIBAT kenaikan harga gred getah dan kejatuhan mata wang ringgit, harga tayar baharu dan celup akan dinaikkan antara lima hingga 10 peratus mulai 1 Januari 2017.

Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Tayar Negeri Johor, Goh Soo Chay ketika memberitahu Nanyang Siang Pau, peniaga tayar tempatan dimaklumkan mengenai kenaikan harga tayar ini oleh beberapa pihak seperti syarikat pengimport, pemborong dan syarikat pembuat tayar tempatan.  

“Tayar-tayar import kecuali China akan dinaikkan antara lima hingga 10 peratus, manakala tayar yang diimport dari China dijangka naik sebanyak 10 peratus.

“Manakala syarikat pembuat tayar celup juga telah memberitahu semua peniaga tayar tempatan bahawa harga baharu tayar celup akan dinaikkan antara lima hingga 10 peratus mulai 1 Januari 2017,” kata Soo Chay.

Menurut beliau, syarikat pembuat tayar dari China sebelum ini telah menjelaskan pihaknya terpaksa menaikkan harga tayar disebabkan harga gred tayar SMR20 telah naik sebanyak enam peratus dan ditambahkan lagi kejatuhan nilai ringgit sebanyak lapan peratus.

“Secara keseluruhannya, jumlah kenaikan sepatutnya adalah 14 peratus, namun pihak syarikat pengimport dan pemborong telah bersetuju menetapkan kadar kenaikan sebanyak 10 peratus sahaja,” jelasnya lagi.

Kata Soo Chay, gred tayar SMR20 yang berharga RM6 sekilogram tidak berapa lama dulu telah meningkat kepada RM9.26 sekilogram pada pertengahan Disember lalu. Ketika ini, harganya kekal RM8.80 sekilogram.

Selain tayar buatan China, jenama tayar buatan negara-negara asing yang banyak dijual di negara kita termasuklah Bridgestone, Michelin, Falken, Yokohama dan sebagainya; manakala tayar-tayar buatan tempatan terdiri daripada Goodyear, Toyo, Silverstone, Contiental dan sebagainya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar menukar tayar kenderaan mereka sebelum Tahun Baharu Cina ini kerana biasanya penjual tayar mempunyai stok lama antara satu hingga dua bulan yang membolehkan pelanggan boleh beli mengikut harga lama.

“Kenaikan harga memang tidak boleh dielakkan. Tetapi peniaga juga seperti rakyat biasa yang menghadapi tekanan kos hidup yang semakin tinggi.

“Namun kami sentiasa mengamalkan perasaan timbang rasa dan bertolak ansur dengan tidak membebankan pengguna sepenuhnya. Jika tidak, ramai pengguna akan merungut tidak puas hati,” katanya.

Tun M - Kenapa saya kata BR1M itu rasuah


Bidasan saya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah seolah-olah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan sesetengah orang.

Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah.

Ini dijelaskan oleh komen daripada seorang penerima BR1M di kampung.

Dia berkata, "Saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang."

BR1M adalah daripada wang negara. Ia jelas bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai supaya mengundi parti kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana manifesto BN bagi pilihan raya itu yang menjanjikan BR1M lebih besarj ika parti kerajaan menang.

Ini secara nyata, membeli undi pengundi.


Jika ia bukan bermaksud untuk membeli undi dalam pilihan raya, ini tidak akan disebut dalam manifesto BN.

Mana-mana kerajaan di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga golongan miskin.

Bantuan yang diberikan adalah untuk meringankan kesukaran rakyat yang menganggur. Bantuan kewangan diberikan kepada golongan miskin tetapi ini bukan sebagai tambahan kepada pendapatan mereka.

Kelayakan BR1M

Tetapi BR1M dikatakan diberikan kepada 7 juta rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Ini bermakna bahawa seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak RM36,000 setahun juga akan mendapat RM500 setahun. Ia tidaklah sebanyak mana.

Namun mereka yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan kurang daripada RM500 sebulan atau RM6,000 setiap tahun mungkin merasai tambahan RM500 setiap tahun amat dialu-alukan.

Jumlah itu tidak banyak tetapi cukup untuk membeli beberapa barangan makanan.

Sekarang jumlah BR1M dinaikkan kepada RM1, 200 setahun atau RM100 sebulan. Ia masih tidak banyak tetapi ini adalah okay.

Tetapi bagi rakyat yang berpendapatan RM3,000 sebulan, jumlah itu tetap kecil.

Wang BR1M akan dibayar melalui Umno. Jelas sekali ini percubaan untuk menjadikan Umno popular. Itulah adalah politik. Ia satu bentuk rasuah terutamanya jika diagihkan berhampiran pilihan raya. Ia adalah rasuah jika jumlah itu ditingkatkan dan ini dimasukkan dalam manifesto parti.

BR1M bukan rasuah jika wang itu disalurkan melalui pegawai kerajaan atau melalui ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti mereka.

Bagaimanapun, bantuan ini terbatal oleh cukai GST dan penarikan semula pelbagai subsidi.

Kos sara hidup

Kos sara hidup melonjak lebih tinggi daripada jumlah BR1M.

Malah bagi kebanyakan rakyat, GST mengurangkan lebih banyak pendapatan mereka daripada sumbangan bayaran BR1M.


Sekarang nilai ringgit susut nilai melebihi satu ringgit dari segi kuasa membeli.

Jadi rakyat yang berpendapatan RM500 sebulan hari ini hanya mendapat kira-kira RM355 nilai kuasa membeli.

Kehilangan kuasa beli kerana ringgit yang susut nilai dan peningkatan dalam kos sara hidup sebenarnya bermakna bahawa BR1M bernilai kurang daripada jumlah itu, walaupun ia dinaikkan kepada RM1,200.

Hanya mereka yang miskin tegar akan menghargai BR1M.

Kerajaan tidak jelas tentang garis kelayakan BR1m. Adakah ia bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah sebulan?

Jika kurang, maka tidak mungkin bahawa 7 juta orang berhak untuk menerima BR1M.

Kemiskinan tegar

Kita berbangga dan mendakwa berjaya mengurangkan kemiskinan tegar pada 1 peratus dan hanya 5 peratus di bawah garis kemiskinan.

Mengambil kira 5 peratus berada di bawah garis kemiskinan, jumlah itu adalah 1.5 juta rakyat.

Ia akan menjadi jauh lebih rendah jika kita hanya mengambil kira jumlah orang dewasa yang bekerja sahaja.

Kita hanya perlu membantu golongan ini sahaja, tetapi dengan lebih daripada RM1,200 setahun.

Baru-baru ini, mereka yang layak mendapat BR1M telah diugut bahawa jika mereka menghadiri perhimpunan parti pembangkang mereka tidak akan layak menerimanya.

Jika ini bukan bukti menunjukkan bahawa BR1M bertujuan untuk merasuah orang, saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan rasuah.

BR1M cenderung untuk menjadikan rakyat bergantung kepada kerajaan. Telah diketahui bahawa sebahagian wang itu tidak sampai kepada rakyat yang disasarkan.

Di Britain, hari ini, orang yang menganggur perlu membuat kerja-kerja untuk mendapatkan bantuan kebajikan.

Peluang pekerjaan

Apa yang kita perlukan di Malaysia adalah lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan miskin mendapatkan pendapatan lebih baik. Untuk ini, kita mesti belajar untuk melakukan tanpa bergantung kepada pekerja asing.

Apabila rakyat tidak mampu bekerja kerana hilang upaya, sokongan kewangan yang besar perlu diberikan kepada mereka.

Selain itu kerajaan perlu fokus kepada memperkukuhkan semula nilai mata wang dan ekonomi. Rakyat sebelum ini lebih baik apabila BR1M tidak diberikan.

BR1M bukan sahaja satu bentuk rasuah tetapi ia merosakkan minda rakyat.

Saya mencadangkan kerajaan menjalankan kajian yang betul untuk mengenal pasti rakyat yang benar-benar miskin dan memberi mereka wang yang mencukupi supaya mampu hidup selesa.

Berhenti memberi wang melalui parti-parti kerajaan.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah perdana menteri Malaysia yang keempat. Tulisan ini kali pertama dinaikkan di blognya dalam bahasa Inggeris.

Kepada PKR & PPBM, hadapilah saja PAS dalam PRU akan datang..

1. Satu perkara saja aku nak minta kepada Keadilan dan PPBM. Hadapi saja Pas dalam PRU akan datang. Usah difikir tentang pertandingan tiga penjuru sebab itu memang tidak dapat dielak lagi. Pas akan bertanding semua kerusi yang dia pernah bertanding untuk pastikan BN menang di kerusi itu. Pas bertanding untuk tolong BN, bukan untuk tewaskan BN.

2. Pas banyak jentera? Betulkah? Ini pengalaman aku. Pada tahun 2008, aku mewakili Pas utk parlimen Padang Besar. Ada tempat yang aku pergi, tiada seorang pun jentera kempen Pas. Pada hari mengundi, ada pusat mengundi yang tidak ada seorang pun petugas Pas. Aku malas nak cerita bagaimana aku redah hujan lebat bersama isteri untuk perkenal diri sebagai calon tanpa iringan jentera kempen Pas di perkampungan orang Cina.

3. Jentera Pas yang dikatakan banyak sebenarnya adalah orang Pas yang berkumpul di markas. Kumpul, sembang, makan roti mayat dan minum kopi. Jentera pasang bendera Pas memang banyak, tapi jentera kempen untuk bertemu pengundi dari rumah ke rumah, memang aku boleh katakan tidak ada.

4. Aku tulis begini untuk sedarkan Keadilan dan PPBM yang masih menyangka Pas ada jentera pilihanraya yang kuat. Aku katakan, jentera Pas tidak kuat sebab kalau kuat, tentulah parti berusia 65 tahun itu sudah boleh kalahkan BN dalam berbelas PRU yang disertainya.

5. Orang Pas jangan marah laaa...! Kalau hampa nak berasa kuat pun bukan salah. Silakan saja....!

Tun M - 'Orang kampung kata Najib beri wang, Mahathir tidak'


Selepas pertikaian demi pertikaian, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tetap menegaskan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M adalah satu bentuk rasuah.

Katanya, ada sesetengah pihak, khususnya parti pemerintah yang kecewa dan melenting apabila beliau berkata demikian.

"Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah. Ini dijelaskan oleh komen daripada seorang penerima BR1M di kampung.

"Dia kata, saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang," katanya dalam tulisan terbaru dalam blog.

Perdana menteri keempat negara itu seterusnya menghuraikan pemberian wang berkenaan yang bertujuan membeli undi.

"Wang BR1M akan dibayar melalui Umno. Jelas sekali ini percubaan untuk menjadikan Umno popular. Itulah adalah politik.

"Ia satu bentuk rasuah terutamanya jika diagihkan berhampiran pilihan raya. Ini adalah rasuah jika jumlah itu terus ditingkatkan dan ini dimasukkan dalam manifesto parti," katanya.

Sebaliknya, menurut Dr Mahathir BR1M tidak dianggap rasuah jika wang itu disalurkan melalui pegawai kerajaan atau melalui ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti masing-masing.

JAMAL dapat panggilan ugutan bunuh akibat dedah pusat JUDI/MAKSIAT

INILAH "HARGA" UNTUK DEDAHKAN JUDI/MAKSIAT

Saya percaya dengan Jamal kali ini kerana saya sendiri pernah diserang, ditembak, dihantar peluru hidup ke rumah dan macam-macam lagi kerana mendedahkan premis judi/maksiat diseluruh negara.

Inilah harga yang perlu dibayar oleh orang awam yang ingin membanteras sindiket judi/pelacuran yang melibatkan tauke-tauke judi dan polis yang korup.  

Jika kita hanya mengharapkan IGP Khalid Abu Bakar yang hanya "gempur" judi/maksiat dalam Twitter maka kegiatan judi ini tidak boleh dihentikan sama sekali.

"Fight Injustice Everywhere"

Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan
Pengerusi MyWatch

PRU14 ketika umat Islam sambut Ramadan?

ANALISIS | Oleh MUAAMAR QADDAFI

Suasana di sebuah pusat pembuangan undi.
TEKA TEKI yang paling sukar untuk dijawab oleh rakyat Malaysia adalah bilakah tarikh pilihan raya umum?

Di Malaysia, tarikh pilihan raya umum adalah satu perkara misteri yang hanya diketahui seorang manusia sahaja iaitu Perdana Menteri. Hal ini amat berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat atau Indonesia.

Di Amerika, semua orang tahu bulan November setiap 4 tahun adalah tarikh pilihan raya, atau bulan April jika setiap 5 tahun.

Tarikh pilihan raya Amerika, semua rakyat tahu. Yang rakyat tidak tahu siapa akan menang. Manakala di Malaysia, sebelum ini semua orang tahu siapa akan menang, yang semua orang tidak tahu adalah tarikhnya. Cuma kini, tarikh dan pemenang sudah tidak menentu. Tarikhnya kekal misteri, pemenangnya belum pasti.

Bila mana semua orang boleh cuba meramal jawapan teka-teki tarikh pilihan raya, maka saya juga ingin mencuba, telahan saya, PRU akan dibuat di bulan puasa tahun 2017, yakni awal bulan Jun.

Telahan ini berasaskan tiga faktor;

Pada akhir Mei dan awal Jun, ada cuti sekolah selama dua minggu. Kebetulan puasa juga bermula akhir Mei iaitu hari pertama cuti sekolah. Maka waktu inilah saat paling sesuai untuk pilihan raya yang menguntungkan BN (akan diterangkan di perenggan lain) berbanding pilihan raya dibuat hujung bulan Ogos/awal September.

Pilihan raya di bulan puasa tidak menjadi masalah kerana PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan pilihan raya boleh dibuat di bulan puasa. Ia lebih menguntungkan Umno-BN kerana boleh memanfaatkan acara bulan puasa untuk kempen BN. Apatah lagi jika 'agamawan sampul' boleh mengeluarkan fatwa haram berceramah di bulan puasa, maka Umno akan dapat tendangan percuma ke gawang lawan.

Bulan Mei adalah bulan bertuah BN, bulan di mana Presiden Umno dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak boleh menuai hasil yang ranum dari 3 peristiwa.

Pertama, berlangsungnya Muktamar Pas Pusat juga merupakan muktamar Pas yang kedua tanpa kelompok progresif yang sudah kecundang dua tahun lalu. Muktamar ini menjadi penentu hala tuju masa depan dan survival parti Pas. Pada muktamar ini dipercayai para "Harumanis" akan turut sama dibersihkan dan Pas hanya akan digerakkan oleh kelompok konservatif.

Kelompok konservatif Pas ini lebih mudah untuk dijerat dan 'dinikahi' oleh Umno. Menyegerakan pilihan raya akan menekan Pas yang semakin lemah untuk bekerjasama dengan BN bagi berdepan musuh baharunya, Pakatan Harapan.

Pada bulan Mei juga akan berlangsung Multaqa Alumni Al-Azhar. Kesempatan ini akan memberikan Najib dan BN imej islam dan "endorsement" dari para ulama antarabangsa. Multaqa besar-besaran yang dihoskan Jabatan Perdana Menteri ini membuka ruang untuk Najib berjubah di atas pentas bersama Sheikhul Azhar. Sangat baik untuk imej Najib apatah lagi jika diapit 'buah hati kesayangannya'.

Bulan yang sama juga akan berlangsung Majlis Tilawah Membaca Alquran Peringkat Antarabangsa yang pastinya akan menonjolkan imej islam dan warak Najib kepada orang Melayu yang sudah mula ragu dengan kepimpinan beliau.

Acara Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang turut berlangsung sebelum Ramadan juga akan membantu menaikkan imej Dauk Seri Hishamudin Husein sebagai pemimpin pengganti Najib mengantikan Datuk Seri Zahid Hamidi. Pastinya acara ini akan menaikkan poster-poster gah Hisyamudin sekaligus membantu melonjakkan imej beliau sebagai bakal 'orang nombor satu' negara.

Berdasarkan faktor faktor di atas, maka wajarlah untuk semua parti bersiap siaga, bersedia dengan kemungkinan besar PRU akan diadakan pada bulan puasa tahun depan iaitu awal bulan Jun.

Rakan Harumanis di dalam Pas, usahlah keliru lagi. Inilah masanya untuk "cash out of your struggle" sebelum kalian dipancung pada muktamar tahun depan. Setiap wakil rakyat yang mula diragui darah hijaunya, atau sudah dihidu hilang wala' nya, usahlah membuang masa.

Segeralah beralih kapal sebelum kapal itu tenggelam atau sekurang-kurangnya sebelum anda ditenggelamkan sama ada dalam muktamar, mahupun ketika PRU14.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...