TERKINI :

Friday, December 30, 2016

Lihatlah di Pulau Pinang, kuasa Melayu hilang apabila Umno tewas?


http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/07/lim-guan-eng3.jpg

Sejak tahun 1969, DAP sertai pilihan raya di tanah air ini.

Sehingga kini, DAP bersama-sama parti-parti pembangkang lain masih belum berjaya mendapatkan mandat rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Ertinya DAP sudah begitu banyak kali kalah dalam PRU13.

Namun, DAP masih mengambil bahagian dalam proses demokrasi dan pilihan raya.

Ini kerana, DAP adalah parti yang sah ditubuhkan di bawah Penfadtar Pertubuhan (ROS).

Jika UMNO kalah dalam PRU14 akan datang, parti perkauman itu hanya kalah dalam pilihan raya sahaja, dan masih boleh mengambil bahagian dalam proses pilihan raya negara secara demokratik, seperti DAP pada hari ini.

Kalah di Pulau Pinang

Kekalahan Barisan Nasional dalam PRU12 (8 Mac 2008) di Pulau Pinang sekaligus menunjukkan UMNO yang masih mempunyai 10 ADUN kini pun kalah, kerana mereka tidak lagi menguasai Kerajaan Negeri ini.

Adakah kuasa Melayu sehingga kini telah hilang, selepas UMNO kalah di Pulau Pinang sejak tahun 2008?

Khianat Melayu Punca Umno Kalah

Pada tahun 2010, 9.362 ekar tanah milik 31 Melayu Kampung Terang dekat Balik Pulau secara spekulatif.

Syarikat broker tanah terbabit mengaut keuntungan ‘jual atas angin’ sejumlah RM5 juta dalam tempoh tidak sampai empat bulan.

Dan, sehingga kini Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Dato’ Omar Faudzar yang dikaitkan dengan syarikat broker tanah itu diam seribu bahasa.

Yang mendedahkan skandal tersebut ketika itu adalah pemimpin Melayu, Dato’ Abdul Halim Hussain.

Siapa beliau? Dato’ Abdul Halim adalah Ketua PKR Cabang Balik Pulau. Dato’ Abdul Halim juga Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Apa yang wajib ditegaskan di sini, Melayu untung apabila UMNO kalah di Pulau Pinang.

Umumnya, Melayu Pulau Pinang tahu bahawa semua pengkhianatan atas tanah pusaka mereka di Balik Pulau ini kerana ada pemimpin Melayu seperti Dato’ Abdul Halim yang lantang, selepas UMNO kalah di Pulau Pinang.

Adakah kuasa Melayu di Pulau Pinang sekarang ini telah hilang, selepas dua penggal Umno kalah di negeri ini?

Melayu Pulau Pinang hari ini yakin bahawa hanya Umno sahaja kalah di negeri ini.

Melayu wajib kuatkan keyakinan mereka bahawa Melayu tidak akan hilang kuasa jika Umno kalah di seluruh negara dalam PRU14.

Nasib Melayu Desa

Seorang lagi pemimpin Melayu Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin ada mengumumkan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini melalui Bajet 2017 Negeri ada memperuntukkan RM3 juta untuk pembangunan desa, termasuk membantu ekonomi Melayu.

Dr. Afif adalah Timbalan Ketua Pemuda bagi Angkatan Muda KeADILan (AMK) di peringkat nasional PKR. Di Pulau Pinang, Dr. Afif adalah Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Baru-baru ini, Dr. Afif lancar Program Jelajah Desa 2016 untuk masuk ke kampung, bela nasib rakyat, termasuk bantu ekonomi orang Melayu.

Apa yang Kerajaan Negeri dan Dr. Afif bantu perbaik nasib orang Islam dan umat Melayu di Pulau Pinang?

Kita ambil rekod di Seberang Perai dahulu kerana Forum “Kuasa Melayu Hilang Bila Umno Kalah” berlangsung di sini kini, 21 Disember.

Jamilah Zainol, umur 45 tahun, seorang ibu tunggal terima sebuah rumah baharu bernilai RM40,000 daripada Kerajaan Pulau Pinang melalui Program Bina Rumah Baru di Kampung Pasir Gebu dekat Penaga.

Pak Saad, 85 tahun di Kampung Pak Elong Penaga pun dapat rumah RM40,000 dalam Program Jelajah Desa 2016 baru-baru ini.

Di Kampung Tepi Laut Pasir Gebu dekat Penaga juga, Melayu bernama Othman Mohd. Isa diberi 10 ekar tanah pendudukan sementara (TOL) oleh Kerajaan Negeri, untuk peladangan nipah dan perusahaan air nira.

Khatijah Zainon, umur 39 tahun di Taman Penaga Permai terima mesin ketuhar bernilai RM2,100 untuk mengembangkan peniagaan kuih muih beliau.

Di bahagian Pulau juga, Melayu Desa dibantu di bawah Program Ekonomi Khas dan Projek Bina Rumah Baru.

Antaranya, Rabihah Abdul Manap dekat Jalan Persiaran Sungai Gelugor dapat rumah RM40,000 ini.

Bantuan peralatan niaga yang pelbagai bernilai RM2,968 untuk Lizarosnita Zakariah di Daerah Timur Laut; selain mesin pengadun kuih bernilai RM2,980 untuk Md. Amin Babjan dan isteri, Zarina Shaari.

Di Seberang Jaya, 21 Disember lepas, Dr. Afif sendiri baru menyampaikan RM100 insentif kepada 73 pelajar cemerlang UPSR.

Sebenarnya banyak lagi bantuan Kerajaan Negeri untuk rakyat, termasuk membela nasib Melayu di kampung dan desa.

Adakah Melayu hilang kuasa selepas Umno kalah di Pulau Pinang? Jawapannya, tidak!

Di mana untung Melayu Pulau Pinang?

Dulu, Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Koh Tsu Koon. Sekarang, Sdr. Lim Guan Eng. Ertinya, Ketua Menteri dahulu dan sekarang adalah Cina.

Exco Agama Islam dahulu adalah Melayu dan Islam. Sekarang, pemimpin Melayu daripada PKR, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim yang menjaga hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

Ertinya, kuasa Melayu yang memegang jawatan Exco berkaitan agama adalah sama, masih Melayu Islam.

Cuma, peruntukan Islam waktu Umno masih memerintah Pulau Pinang pada tahun 2008 (sehingga Mac) hanya RM25.49 juta, berbanding sekarang yang direkodkan RM35.78 juta (2009), RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 juta (2012), RM54.55 juta (2013), RM51.17 juta (2014) dan sebagainya.

Ini, angka umum. Selepas ini, akan dibawa rekod rasmi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini – berapakah sebenarnya yang telah pun pentadbiran Guan Eng ini belanja untuk orang Islam dan umat Melayu di negeri ini?

Memartabat Islam

Daripada aspek lain, walaupun Umno kalah di Pulau Pinang, tak ada lagi masjid yang menjadi tempat orang Islam dan umat Melayu amal ibadat diruntuhkan.

Bawah Dato’ Abdul Malik, ada Masjid Umar Abdul Aziz bernilai RM4.01 juta siap didirikan di KADUN Batu Maung pada Jun lepas.

1 Disember lalu, bangunan baharu tiga tingkat Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah (SRIMAT) dekat Guar Jering, Penanti yang bernilai RM1.3 juta baru dirasmikan.

Sdr. Anwar Ibrahim yang minta bangunan baharu itu pada tahun 2015.

Dan, pentadbiran Ketua Menteri Sdr. Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meluluskan semua permohonam peruntukan RM1.3 juta itu.

Ini berlaku sekarang, ketika Umno kalah di Pulau Pinang.

Adakah kuasa Melayu hilang sejak Umno kalah di Pulau Pinang?

Memperkasa Mahkamah Syariah

Selain itu, pentadbiran Guan Eng yang digambarkan anti Islam menyerahkan 3.49 ekar bernilai RM80 juta di Jalan Scotland untuk pembangunan Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Kini, kompleks mahkamah syariah paling canggih di Malaysia itu hampir siap, dan ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memartabatkan agama serta umat Melayu-Islam Pulau Pinang, sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini satu lagi bukti Melayu dan Islam tak hilang kuasa pun apabila Umno tewas di Pulau Pinang?

Bayangkan jika UMNO kalah di seluruh negara dalam PRU14, takkan Melayu akan hilang kuasa?

Atau, Umno sebenarnya hilang kuasa dalam Kerajaan Pusat, sebagaimana mereka hilang kuasa untuk menipu dan mengkhianati Melayu seperti didedahkan di Pulau Pinang sebelum ini?

Belanja RM49.37 Juta Demi Islam?

Sebagaimana dijanjikan, ini rekod rasmi yang dikeluarkan daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Untuk rekod, sejumlah RM49,375,900 diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam bagi tahun 2017, seperti berikut:

● RM1,750,000 untuk program bantuan pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR);

● RM930 000 untuk sumbangan Ex-Gracia guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);

● RM9,050,020 untuk projek-projek pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama dan Masjid Negeri;

● RM21,469,280 untuk peruntukan pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam;

● RM2,964,270 untuk peruntukan mengurus Jabatan Mufti;

● RM7,642,330 untuk peruntukan mengurus Jabatan Kehakiman Syariah;

● RM3,000,000 untuk bayaran saguhati pegawai-pegawai masjid; dan

● RM2,570,000 untuk bantuan khas wang/bonus kepada guru KAFA, guru agama, guru pondok, guru tahfiz, guru Tadika Islam (TADIS), sumbangan kepada Ijtimak Huffaz, sumbangan kepada masjid sempena bukan Ramadan, sambutan Maal Hijrah, Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Ujian Menghafaz Al-Quran, Pertandingan Nasyid, Sambutan Maulidur Rasul, peruntukan MMK Agama dan Tabung Perumahan Agama Islam.

“Tuduhan media massa BN (Barisan Nasional) bahawa kita (Kerajaan Negeri) hanya peruntukan RM8 juta sahaja, ini satu lagi dusta dan fitnah.

“Pecahan peruntukan Kerajaan Negeri 2017 untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam, jumlah peruntukan terkumpul sebenarnya hampir RM50 juta (RM49,375,900),” ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada sesi penggulungan ucapan Bajet 2017 Negeri di dalam DUN Pulau Pinang, 17 November lalu.

Sekali lagi, elok kita berbincang persoalan pokok di sini – Adakah kuasa Melayu akan hilang jika Umno kalah PRU14 nanti?

Bagi saya, Umno percaya mereka pasti hilang kuasa untuk merompak tanah milik Melayu, membazir wang rakyat, menyeleweng dan rasuah.

Berdasarkan rekod kejayaan pemimpin Melayu daripada KeADILan, DAP dan terbaru AMANAH dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengangkat taraf hidup orang Islam dan umat Melayu sehingga kini, wajiblah kita semua menggembleng undi sokongan semua rakyat tanpa mengira kaum untuk memastikan Umno BN kalah di seluruh negara dalam PRU14 nanti.

Setuju?

■ Komentar bebas penulis politik dan aktivis masyarakat, Zainulfaqar Yaaco

Amanah kepada PAS: Usah Menyibuk, Kamu urus Sejahtera, kami urus Harapan

Izham-Hashim
PETALING JAYA: Amanah mengingatkan PAS supaya fokus kepada sekutunya dalam gabungan 2 parti bernama Gagasan Sejahtera, bukannya mencampuri urusan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata soal pembahagian kerusi terutama milik PKR adalah urusan dalaman PH.

“Tetapi itu semua akan diputuskan bersama di mesyuarat kami dalam PH-PPBM,” katanya sambil merujuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut menjalinkan kesefahaman dengan PH.

Sebelum ini, pengumuman Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang parti itu mahu bertanding 40 kerusi Parlimen termasuk yang kini dipegang PAS dan PKR pada pilihan raya umum akan datang, dikritik Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata Amanah bersikap tidak amanah apabila mengganggu kerusi milik rakan sekutunya dalam PH.

Izham bagaimanapun berkata kenyataan Amanah itu merujuk kepada perubahan lanskap politik semasa yang memerlukan PPBM dan PH menyusun semula calon mereka.

“Iskandar tidak perlu risau perkara ini dan dia boleh beri tumpuan kepada pembahagian kerusi sesama rakan-rakan PAS dalam Gagasan Sejahtera,” katanya, merujuk kerjasama PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dipimpin bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Izham turut mempersoalkan tuduhan PAS yang Amanah cuba mencuri kerusi rakan sekutu.

Sebaliknya, beliau berkata mencuri kerusi sesuatu yang dilakukan oleh PAS pada pilihan raya umum 2013.

“Isu curi kerusi ini bukan kerja Amanah tetapi PAS, apabila bertanding di 7 kerusi PKR dalam PRU yang lepas walaupun selepas perjanjian bersama,” tambah Izham.

PAS memenangi 15 kerusi negeri, DAP 15 dan PKR 13 di Selangor, bagaimanapun selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, 2 Adun PAS menyertai Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS yang tidak sealiran dengan haluan baharu parti itu.

PAS sebelum ini bertegas tidak menyertai PH kerana tidak mahu kerjasama dengan Amanah dan DAP.

TAN SRI SM SALIM - INSAN SENI DENGAN NILAINYA YANG TERSENDIRI.

1. Nilai yang bukan sahaja punya sentuhan seni yang tersendiri tetapi estetika yang  mendarjat susila  manusiawi adalah hasil karya seni yang ditinggalkan oleh Biduan Negara, Allahyarham Tan Sri SM Salim kepada bangsa dan negaranya.

2. Dalam kemerduan suaranya ada mesej pekerti yang memahat arca kehidupan yang memecah sepi dunia dalam keriuhannya.

3. Begitulah tersingkapnya rasa kagum saya terhadap Allahyarham Tan Sri SM Salim yang telah meninggalkan dunia yang fana' ini.

4. Semoga karya mutiara daripada hasil perjuangan beliau menjadi dedikasih jariah baginya di alam Barzakh yang menanti.

Al fatihah.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
30hb Disember 2016

Apabila ada pimpinan PH-BERSATU tidak tahu kunci mulut, nantikanlah masa berkuburnya persepakatan mereka

Kunci mulut atau terkubur, kata tokoh akademik

Kamarul Zaman Yusoff

ULASAN l Pemimpin PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU perlu menghormati kandungan Perjanjian Persefahaman (MOU) yang ditandatangani mereka pada 13 Disember lalu sekali gus menggunakan saluran dalaman untuk menyuarakan segala pandangan yang membabitkan hubungan antara sesama mereka.

Apabila ramai daripada mereka memilih untuk bersuara secara terbuka dalam media massa dan mengabaikan saluran yang ditetapkan oleh perjanjian maka ini akan merumitkan keadaan sekali gus menjadikan perjanjian yang telah mereka tandatangani itu sebagai tidak bermakna.


Pertikaian berterusan yang berlaku antara pemimpin HARAPAN dan BERSATU sejak kebelakangan ini mengenai soal-soal seperti calon perdana menteri, pembahagian kerusi mahupun dasar seperti BR1M tidak syak lagi akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap mereka.

Cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin, supaya AMANAH bergabung bersama PKR sepatutnya tidak ditimbulkan lagi setelah perjanjian persefahaman ditandatangani, jika mahu dibuat pun ia mestilah dibuat di dalam mesyuarat bersama.

Begitu juga kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, mengenai kesediaan PKR memberikan sebahagian kerusinya kepada BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang tidak perlu lagi disuarakan jika kandungan perjanjian dihormati.

Turut tidak perlu disuarakan adalah kenyataan terbuka Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, bahawa parti itu bercadang untuk bertanding di 40 kerusi Parlimen pada PRU-14, termasuk kerusi yang di ditandingi oleh PAS dan PKR pada PRU-13.

Jawatankuasa teknikal bersama

Perjanjian tersebut jelas menyebut bahawa HARAPAN dan BERSATU akan meletakkan satu calon sahaja setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua-dua pihak berdasarkan prinsip keboleh-menangan (winnability).

Mekanisme untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya ini juga ada disebut di dalam perjanjian itu, iaitu melalui penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal bersama.

Oleh itu, tidak berbangkit soal parti mana perlu menyerahkan kerusi kepada parti lain kerana semuanya akan ditentukan melalui prinsip keboleh-menangan oleh jawatankuasa teknikal bersama ini.


Tidak berbangkit juga soal parti mana dari pakatan pembangkang yang akan menjadi teraju kepada pemerintahan di negeri tertentu seperti dibangkitkan oleh Khalid jika kehendak perjanjian MOU ini diikuti sepenuhnya.

Apa yang sebaliknya perlu dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan dan BERSATU ialah untuk memastikan jawatankuasa teknikal bersama ini dapat diwujudkan secepat mungkin dan membuat kajian yang boleh diterima oleh semua pihak mengenai tahap kebolehmenangan sesuatu parti di setiap kerusi sahaja.

Jika ini dapat dilakukan secara objektif, sistematik dan saintifik serta membabitkan semua kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri maka soal parti mana perlu menyerahkan kerusi kepada parti mana atau soal parti mana akan menerajui negeri mana secara automatik akan selesai sendiri.

Soal siapa yang akan menjadi calon perdana menteri juga tidak sepatutnya menjadi satu isu kerana ia belum boleh dibincangkan selagi matlamat perjanjian untuk mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya belum tercapai.

Tunjuk hebat

Keadaan akan menjadi lebih mudah jika semua pemimpin parti politik yang bergabung dalam Pakatan Harapan bersama BERSATU dapat mengikuti kandungan perjanjian yang mereka tandatangani, tetapi bila masing-masing mahu menunjuk hebat dan bercakap sesuka hati kepada media massa maka akan bercelarulah jadinya.

Oleh itu, pemimpin HARAPAN dan BERSATU sepatutnya belajar untuk mengunci mulut masing-masing mengenai hubungan antara mereka dan sebaliknya menyuarakan segala cadangan mereka di dalam mesyuarat dalaman bersama bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi negatif terhadap mereka.


Fokus utama sepatutnya adalah kepada penubuhan jawatankuasa teknikal bersama selain perbincangan mengenai dasar-dasar bersama supaya semua pemimpin HARAPAN-BERSATU dapat kelihatan seia sekata dalam semua perkara.

Keadaan seumpama Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan BR1M sebagai rasuah manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyifatkannya sebagai hak rakyat tidak akan berlaku jika pembangkang dapat menyediakan dasar-dasar bersama mereka terlebih dahulu.

Jika perbahasan dan pertikaian terbuka masih dibuat oleh pemimpin mereka dan jika mekanisme dalamannya tidak berfungsi sepertimana dirancang maka saya sangat pesimis dengan masa depan HARAPAN-BERSATU.

Dr Kamarul Zaman Yusoff adalah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (M





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...