TERKINI :

Saturday, December 17, 2016

Apabila TMJ nasihat 'Tan Sri' supaya tumpukan bidang politik sahaja dari bercita-cita mahu jadi Presiden FAM

PERKARA TERBAIK ADALAH MEMBIARKAN KEPUTUSAN DIBUAT OLEH AHLI-AHLI GABUNGAN DAN PENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA

Baru-baru ini, terdapat satu kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri, menggesa agar bola sepak tidak sepatutnya diuruskan melalui proksi dan menyatakan saya perlu menjelaskan pendirian dan membuat keputusan sama ada mahu menerima tugasan tersebut atau tidak. Bagi saya, perkara yang terbaik adalah membiarkan ahli-ahli gabungan yang membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia dan juga kepada penyokong. Pertama sekali, saya tidak perlu untuk menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal untuk memimpin.

Setiap kali sebuah kelab bola sepak atau syarikat menghadapi masalah kewangan, ia dipanggil kelemahan pengurusan. Ia juga secara tidak langsung mencerminkan sikap pemimpin tersebut. Apabila anda berada dalam kedudukan di mana anda mempunyai banyak penaja, anda sepatutnya menggunakan peluang tersebut untuk melangsaikan semua hutang anda.

Sebaliknya, anda membuat keputusan dengan mengambil khidmat jurulatih import baru serta tiga pemain import tambahan. Dengan keputusan ini, orang-orang yang menjadi mangsa adalah pemain-pemain tempatan kerana mereka tidak menerima gaji mereka. Keutamaan harus diberikan kepada pemain tempatan dan bukannya pemain import. Ia jelas menunjukkan bahawa anda terlebih membayar pemain import dan hasilnya, anda tidak mampu untuk mengekalkan kelab.

Perkara itu tidak berakhir di sini, kita dapat lihat prestasi Kelantan mulai merosot dan cukup jelas bahawa kapal tersebut mulai karam. Lebih memburukkan lagi keadaan sebagai nakhoda kapal, anda memilih untuk meninggalkan kapal tersebut, dan membiarkan anak-anak kapal anda menderita. Dan dengan situasi tersebut, anda masih ada keinginan untuk menjadi Presiden FAM.

Jadi nasihat saya kepada anda adalah, tumpukan perhatian kepada kerjaya politik. Anda adalah seorang ahli politik senior yang sangat berpengalaman dan kami menghormati tugasan yang anda lakukan. Oleh itu, sila berikan tumpuan kepada tanggungjawab politik anda dan mungkin anda akan dapat membersihkan keadaan kucar-kacir serta skandal di Mara. Mari kita serahkan bolasepak tanahair kepada rakyat untuk membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia.

Bolasepak tidak memberi apa-apa manfaat kepada saya. Ia hanya satu sukan yang saya cintai. Beza antara sesetengah individu dengan saya adalah mereka berkhidmat kepada ideologi parti politik dan kepentingan peribadi. Saya berkhidmat untuk rakyat.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

--------

THE BEST WOULD BE TO LET THE AFFILIATES AND THE FANS DECIDE ON WHAT IS THE BEST FOR MALAYSIAN FOOTBALL

Recently, there was a statement made by a Tan Sri, urging that football shouldn't be run through proxies and that I should decide and make a decision on taking the job or not. To me, the best would be to let the affiliates and the fans decide on what is best for Malaysian football. First of all, I don't need to take advice from a leader who have failed to lead.

Whenever a football club or a company faces financial problems, it is called mismanagement. It also ultimately reflects on the leader. When you were in the position where you had numerous sponsors, you should have used that opportunity to clear all your debts. Instead, you made the executive decision to employ a new foreign coach as well as 3 additional foreign players. With this decision, the ones who fell victim were the local players as they didn't receive their salaries. Priority should be given to the local players and not the foreigners. It clearly shows that you overpaid these foreigners and as a result, you were not able to sustain the club.

It did not end here. Kelantan's performance began to deteriorate and it was evident that the ship was sinking. To make things worse as a leader, you chose to abandon the ship leaving them to suffer. And it's embarrassing when in that situation, you still have the desire to be FAM's President.

So my advice to you is, concentrate on your political work. You are a very seasoned and senior politician and we respect the work that you've done. Hence, please focus on your political obligations and may you be able to clear the mess and scandal in Mara. Let's leave it to the people to decide on what is best for Malaysian football.

Football did not give me any benefits. It's just the sport that i love. The difference between me and certain individuals is they serve a political ideology and for their own personal interests. I serve the people.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid

Bernama

najib_zahid_600_1

BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjanji akan terus membantu Datuk Seri Najib Razak tidak kira dalam keadaan apa sekalipun.

Beliau turut meminta orang ramai khususnya penduduk Parlimen Bagan Datoh supaya mendoakan hubungan beliau dengan perdana menteri terus berpanjangan.

"Saya minta orang Bagan Datoh mendoakan hubungan saya dengan Najib terus berpanjangan sebagai pemimpin nombor satu dan dua, seorang sahabat, adik beradik," katanya ketika berucap pada majlis sepetang timbalan perdana menteri bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Bagan Datoh di Wisma Bagan Datoh di sini.

Pada majlis itu, kira-kira 500 orang pemimpin masyarakat setempat dan anggota parti Komponen Barisan Nasional hadir.

Zahid berkata bekerja bersama Najib sejak 1 Okt 1987 sebagai setiausaha politik semasa perdana menteri ketika itu menjadi menteri belia dan sukan sebelum menjadi menteri pertahanan.

"Selepas itu saya terus bekerja dalam sektor korporat, namun saya membantunya (Najib) dari luar," katanya.

Sehubungan itu, Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh meminta pihak tertentu supaya menghentikan segala fitnah ke atasnya termasuk surat layang kononnya beliau mendesak Najib meletak jawatan kerana ia hanya membuang masa.

Zahid menegaskan sepanjang kerjaya politiknya beliau tidak pernah menjatuhkan sesiapa dan pegangan itu menyebabkannya kekal sebagai ahli Parlimen dan ketua Umno Bahagian Bagan Datoh.

"Bukan jenis saya untuk menjatuhkan sesiapa termasuk perdana menteri sebab itu di Bagan Datoh saya selamat dari 1985 sampai sekarang dan tiada siapa lawan saya," katanya.

Kesian Zahid..dah sampai tahap mintak doa dah nie..!!!

SAMPAI MINTA DOA, TANDANYA APA?

Bagaikan tidak cukup dengan pengakuan taat setia dan mengajak perwakilan berdiri bersama ikrarnya kepada Najib Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kali ini memohon agar didoakan hubungan mereka berdua terus berpanjangan.

Saya minta orang Bagan Datoh mendoakan hubungan saya dengan Najib terus berpanjangan sebagai pemimpin nombor satu dan dua, sebagai sahabat dan adik-beradik, kata Zahid dalam satu majlis bersama pemimpin masyarakat di Wisma Bagan Datoh, Perak.

Dalam majlis itu, selain mengimbas hubungannya dengan panjang dengan Najib iaitu bermula sebagai Setiausaha Politik pada 1 Oktober 1987,  Zahid turut menggambarkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang tidak suka untuk menjatuhkan sesiapa.

Bukan jenis saya untuk menjatuhkan sesiapa, termasuk Perdana Menteri, sebab itu di Bagan Datoh ini saya selamat daripada tahun 1985 hinggalah sekarang, tambahnya lagi.

Selain tampak bersungguh-sungguh dan tidak henti-henti menyatakan kesetiaannya kepada Najib sejak akhir-akhir ini dan kemudian cuba menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang baik serta tidak suka menjatuhkan sesiapa, beliau kini memohon doa daripada orang-orang kampungnya pula.

Tidakkah semua ini seakan mengesahkan lagi hubungan Zahid dengan Najib sebenarnya sudah mula bermasalah?

Jika tidak bermasalah, kenapa sampai minta didoakan?

Tidak cukupkah dengan ikrar taat setia yang sudah berkali-kali dilakukan sebelum ini?

Selama enam tahun Muhyiddin Yassin menjadi timbalan kepada Najib, pernahkah beliau menyatakan ikrar setia berkali-kali dan memohon didoakan hubungannya agar berpanjangan sebagaimana yang Zahid lakukan sekarang?

Mengapa baru setahun lebih menjadi timbalan kepada Najib, sudah kelihatan hubungan Zahid dengan Perdana Menteri seperti bermasalah?

Lumrahnya manusia, kalau tidak sedang bermasalah, bukankah amat jarang mereka memohon didoakan?

Apabila mula memohon doa, maknanya bukan saja masalah sudah ada, bahkan bukan lagi biasa-biasa keadaannya.

Tapi apa masalah antara mereka?

Najib mahu menukar timbalannya atau Zahid ingin "melanggar" ketuanya?  (SH 17/12/2016).

Penganalisis: Tiada pergaduhan kaum selagi rakyat ada kerja

Prof-Hoo-Kee-Ping2

KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi menolak kebimbangan pergaduhan kaum akan tercetus ekoran kemerosotan ekonomi yang dijangka berlaku dalam masa 2 tahun lagi.

Hoo Ke Ping dan Yeah Kim Ling tidak menjangkakan ekonomi negara akan merosot ke tahap sejumlah besar rakyat akan menganggur dan menyebabkan mereka terdesak untuk mencari kambing hitam.

Hoo berkata, beliau tidak nampak masyarakat kaum utama di negara akan menjadi pencetus rusuhan.

Beliau berkata, masyarakat Cina tidak berminat dalam konfrontasi, walaupun tidak berpuas hati dengan ekonomi negara.

"Paling tidak mereka akan menyuarakan rasa tidak puas hati di media sosial atau menyertai perhimpunan Bersih.

"Mereka tidak boleh menentang kerajaan, tetapi mereka juga tidak mahu tunduk kepada kerajaan. Jadi, buat masa ini, ia sekadar 'saya tidak lawan anda, tetapi saya tidak pasti jika saya akan sokong anda pada pilihan raya akan datang'."

Bagaimanapun, katanya, orang Cina hilang keangkuhan mereka pada masa lalu yang menjadikan mereka menolak kerajaan dan memihak kepada DAP. Namun, beliau mendakwa mereka semakin hilang kepercayaan terhadap DAP.

Hoo berkata, pergaduhan kaum hanya akan berlaku jika rakyat terlampau miskin dan kini bukan masanya.

"Protes jalanan akan diadakan secara aman kerana rakyat masih mempunyai pekerjaan. Malah, perhimpunan Baju Merah tidak mampu mencetuskan ketegangan kaum."

Katanya, status ekonomi orang Melayu sudah meningkat dan akan bertambah baik.

Malah, beliau menjangkakan penduduk luar bandar lebih bahagia daripada warga kota dalam masa beberapa tahun lagi.

"Ini kerana harga minyak sawit dijangka naik disebabkan permintaan lebih tinggi. Warga kota yang akan menderita kerana harga barangan meningkat."

Mengenai masyarakat India, Hoo berkata, mereka lebih gembira ekoran peluang mendapat pendidikan semakin banyak, dasar lebih baik untuk melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan mereka dan lebih banyak bantuan kewangan untuk menyokong budaya mereka.

"Masyarakat India adalah orang paling bijak ketika ini. Mereka menyokong kerajaan dan sebagai balasan, mereka mendapat manfaat. Banyak bantuan diberikan kepada mereka. Orang Cina tewas dari segi bantuan kerajaan kerana keangkuhan mereka sendiri."

Yeah juga bersetuju pergaduhan kaum tidak akan berlaku selagi kadar pengangguran kekal rendah.

"Rakyat lebih susah ketika kelembapan ekonomi berlaku kerana persaingan mendapat pekerjaan meningkat dan kos sara hidup lebih tinggi.

"Ini mungkin memberi sedikit kesan kepada hubungan antara kaum, tetapi rakyat tidak akan menjadi ganas."

Beliau berkata, tidak ada kebencian antara kaum di peringkat komuniti, namun memberi amaran polarisasi mungkin berlaku jika ahli politik memainkan isu perkauman dalam kempen pilihan raya umum akan datang.

"Kita mungkin dapat lihat banyak penghinaan kaum yang boleh merosakkan hubungan antara kaum di negara ini," katanya.

Kajian: Anwar tetap popular dan Mahathir no. 2 manakala Hadi jatuh kebawah sekali

Wartawan Sinar Harian

Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

SHAH ALAM – Kajian Survey Persepsi Rakyat Selangor 2016 dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih relevan dalam perkembangan politik hari ini.

Pengerusi Kluster Pendidikan Politik & Demokrasi, IDE, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, Anwar masih dilihat sebagai ikon yang memberi kesan kepada pembangunan politik negara.

“Seramai 1,761 responden pelbagai kaum di 56 Dun Selangor terlibat dalam kajian dijalankan pada 26 Ogos hingga awal September lalu, di mana ia secara bersemuka.

“51 peratus responden percaya Anwar telah dizalimi dan perlu segera dibebaskan dari penjara yang mana peratusan itu meningkat jika dibandingkan pada survey yang dilakukan tahun lalu iaitu 43 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood mengingatkan Pakatan Harapan supaya lebih realistik dan tidak hanya bersandarkan kekuatan Anwar bagi mendapat sokongan rakyat pada PRU14.

Katanya, meskipun Anwar dilihat penting untuk Pakatan Harapan mendapat sokongan dan undi, tetapi faktor itu sahaja tidak menjamin kemenangan pembangkang.

Menurut Shaharuddin, 40 peratus hasil survey turut membuktikan Anwar perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara.

“Ketokohan Anwar dilihat terserlah apabila diletakkan dalam soalan berhubung tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia. Beliau menduduki tangga tertinggi 30 peratus lebih popular selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lain.

“Anwar juga menjadi pilihan 29 peratus pengundi belia. Melihat perincian sokongan kaum, beliau menjadi pilihan tertinggi daripada tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India,” katanya.

Mukhriz Tegur PAS Supaya Ukur Baju Di Badan Sendiri


Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato Seri Mukhriz Mahathir menegur PAS supaya mengukur baju di badan sendiri berkaitan dengan sikap PAS yang pada satu masa nak bersama untuk wujudkan pertandingan satu lawan satu, tetapi dalamasa yang sama nak bertanding di 70 buah kerusi parlimen.

Mukhriz juga meminta supaya PAS melihat dimana kekuatan dan kelemahan kita, melihat dimana kelemahan boleh menjadi kekuatan jika berganding dengan kawan-kawan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak dan Rosmah Mansor daripada pucuk pimpinan negara seterusnya kita dapat menubuhkan kerajaan baharu.

Mukhriz menyatakan demikian di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam malam kelmarin yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.

Sebelum ini, sewaktu pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang pernah meminta parti-parti yang ingin bertanding waktu itu supaya mengukur baju di badan sendiri.

Kini, kata-kata Haji Hadi itu telah dikembalikan semula kepadanya oleh bekas Menteri Besar Kedah supaya PAS bersikap realistik di dalam membuat keputusannya dan mengukur baju di badan sendiri.

Beberapa hari lalu pula, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan satu lagi syarat baru, khususnya kepada PPBM, jika ingin menjalin kerjasama dengan parti itu.

Syaratnya ialah tidak bertanding di 70 kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu.

Pas meletakkan syarat demikian kerana beranggapan 70 kerusi itu adalah milik mereka, meskipun dalam PRU 13 lalu ia hanya menang 21 kerusi Parlimen saja.

Beberapa orang pemerhati politik menyifatkan PAS berada di dalam keadaan keliru apabila meletakkan syarat sedemikian kepada Pakatan Harapan.

Shahbudin Hussin, di dalam blognya mempertikaikan hasrat PAS itu dengan bertanya bagaimana Pas boleh menganganggap 70 kerusi yang pernah ditandinginya itu sebagai miliknya sedangkan ia hanya menang 21 kerusi saja?

Beliau turut menyindir PAS, "Alang-alang ingin menjadi “parti kerusi”, lebih baiklah bertanding di semua 222 kerusi. Buat apa sekadar 70 saja!"

Kalau tiga penjuru maknanya Pas diperkuda Umno, kata Mukhriz

Sekiranya ditakdirkan berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran keengganan Pas menyertai kerjasama bersama pembangkang, ia bermakna parti Islam itu telah berjaya diperkudakan Umno, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Berucap di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam kelmarin bekas Menteri Besar Kedah itu berkata Pas tidak akan untung jika pertandingan tiga penjuru berlaku.

“Kalau tiga penjuru saya nampak seolah-seolah Umno ini perkuda Pas. Dia guna Pas hanya untuk pecah undi pembangkang dan akhirnya Umno untung. Jadi kat mana untung untuk Pas,” katanya.

Mengharapkan telahannya itu silap, namun Mukhriz berkata jika Pas mahu bersama Umno, parti itu perlu bertegas agar tidak belaku pertandingan tiga penjuru khususnya dengan Umno itu sendiri.

“Kalau depa nak bersama Umno saya ingat itu keputusan silaplah. Tapi kalaulah dia nak bersama Umno, pakat dengan Umno betul-betul biar berlaku satu lawan satu,” pesannya agar Pas tidak hanya menjadi mangsa percaturan politik Umno.

Bagaimanapun kata Mukhriz, peluang untuk Pas menang adalah lebih cerah jika parti itu memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan Pakatan Harapan dan melawan BN secara satu lawan satu.

Ini kerana katanya, jika pertandingan satu lawan satu menentang BN, tidak akan berlaku perpecahan undi sekaligus akan meberi saingan sengit kepada BN.

“Tapi kalau bersama dengan kami, akan wujud keadaan di mana peluang untuk Pas menang lebih tinggi berbanding bersama Umno. Kalau dengan Umno, bertanding kerusi sama berebut pengundi sama,” katanya.

Sementara itu, turut serta pada program itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah. -MD

http://greenboc.blogspot.my/2016/12/video-mukhriz-tegur-pas-supaya-ukur.html?m=1

Asean diminta bincang isu Rohingya secara terbuka


Minderjeet Kaur

KUALA LUMPUR: Mesyuarat tergempar menteri luar Asean minggu depan yang akan membincangkan pembantaian etnik Rohingya diharap bukan sekadar untuk bergambar atau menutup kejadian sebenar, kata ahli Parlimen Klang.

Charles Santiago berharap ia akan membuka jalan kepada reformasi tulen yang akan menghentikan keganasan terhadap etnik Rohingya.

“Desak supaya siasatan dijalankan. Penyiasat perlu dibenarkan melawat kawasan terjejas.

“Sekiranya keganasan terbukti berlaku, para menteri luar Asean perlu mencari jalan untuk mewujudkan satu pasukan bertindak dan menyiasat isu berbangkit.”

Mesyuarat tergempar itu dipanggil Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi untuk membincangkan keadaan di negeri Rakhine.

Santiago berharap ia menjadi peluang untuk membincangkan isu itu secara terbuka.

Katanya mesyuarat itu, yang bakal diadakan di Yangon, suatu perakuan krisis Rohingya merupakan masalah serantau dan berlakunya jenayah kemanusiaan.

Santiago berkata demikian di pameran jurugambar Bangladesh yang terkenal, Saiful Hiq Omi.

Saiful Huq Omi

Pameran itu diadakan di Whitebox di Publika sehingga 22 Disember ini dan memaparkan kesengsaraan hidup masyarakat Rohingya di Myanmar dan pelarian tak berdaftar di Malaysia.

Santiago berharap Rohingya di Malaysia dibenarkan bekerja supaya mereka boleh berdikari.

Sementara itu Saiful merancang untuk membawa pameran itu ke seluruh dunia bagi memupuk kesedaran akan jenayah yang dilakukan terhadap Rohingya.

“Semasa saya mula melawat kem itu 9 tahun lalu, saya terkejut melihat penderitaan mereka.

“Saya tak boleh lupakan penderitaan itu. Saya mahu wujudkan kesedaran akan kezaliman terhadap Rohingya.”

Sekiranya tidak ada langkah diambil untuk menghentikan pemusnahan bangsa itu dalam beberapa bulan lagi, baginya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Asean sudah gagal menghalang pembersihan kaum di sana.

Pada 13 Disember lepas, Human Rights Watch menyiarkan imej satelit yang menunjukkan lebih 1,500 bangunan di Rakhine dibakar sejak 2 bulan lalu.

Gambar itu menunjukkan corak yang mencadangkan tentera Myanmar bertanggungjawab atas pembakaran itu.

Menurut PBB, lebih 30,000 orang, terutamanya Rohingya, tidak mempunyai tempat tinggal manakala 130,000 lagi tidak mendapat bantuan kemanusiaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memimpin tunjuk perasaan di Kuala Lumpur pada 4 Disember lalu, mengecam keganasan terhadap Rohingya dan menggesa negara lain menekan Myanmar supaya menghentikan keganasan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...