TERKINI :

Friday, December 16, 2016

Presiden PPBM diberi mandat sehingga pertengahan Januari untuk jemput PAS

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasukannya telah diberikan tempoh sehingga pertengahan bulan Januari ini untuk memutuskan perundingannya dengan Pas.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Kadir Jasin dalam tulisan terbarunya berkata, itulah mandat yang diberikan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

"Keputusan harus dibuat menjelang pertengahan bulan depan, iaitu sebulan dari sekarang. Itulah mandat yang diberikan kepada Muhyiddin dan pasukannya," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe.

Bersatu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) 13 Disember lepas.

Antaranya mereka akan menggunakan logo, manifesto dan calon bersama dalam pilihan raya umum nanti.

PPBM masih belum menyertai PH bagi membolehkan pihaknya terus berunding dengan Pas.

Mesyuarat 13 Disember di Ibu Pejabat PKR itu bersetuju agar PPBM meneruskan perbincangan dengan Pas dengan syarat diberikan tempoh masa tertentu.

Sehari selepas perjanjian itu iaitu 14 Disember, PPBM telah mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi.

Adalah dipercayai tempoh sebulan yang diberikan kepada Muhyiddin dan pasukannya itu telah diputuskan dalam mesyuarat itu.

Menurut Kadir, atas premis bertanding untuk menang secara satu-lawan-satu inilah mereka perlu mengukur dan mengadili tindak-tanduk Pas seterusnya.

"Di kalangan kepemimpinan PPBM, mereka telah pun sekata bahawa rundingan dengan Pas sangat dialu-alukan, tetapi wajiblah ada tolak-ansur dan jadual.

"Oleh sebab PRU mungkin diadakan secara mengejut, semua pihak kesuntukan masa. Justeru itu rundingan dengan Pas tidak boleh berlarutan," tulisnya lagi.

Menurut Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan NST itu, kalau selepas tarikh itu persetujuan belum dicapai atau Pas menolak kerjasama maka andaiannya adalah Pas sebenarnya bersama Umno/BN atau setidak-tidaknya pun Abdul Hadi bersama Najib.

"Soalnya, kalau bukan dengan PH-PPBM dengan siapa lagi Pas akan bergabung untuk mempertahankan kedudukannya sekiranya bukan dengan Umno?

"Bersendirian Pas akan kalah teruk melainkan memang tujuan Pas untuk membunuh diri dengan melakukan harakiri.

"Dalam bahasa yang mudah, kalau Pas tidak bersama PH-PPBM maka ia bersama Umno/BN tidak kiralah secara tersurat atau tersirat, dihebahkan atau berselindung," katanya lagi.

Pas kini semakin rapat dengan Umno dan pimpinannya.

Selepas presiden kedua-dua parti berada satu pentas dalam Himpunan Solidariti untuk Rohingya, sehari selepas itu, pimpinan Pas bersama pimpinan Umno di MAHA 2016 pula.

Semalam pimpinan Pas bersama sekali lagi dalam mesuarat bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Ahmad Zahid Hamidi.

USAH BERLEBIHAN MEMUJI YDP AGONG

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Sejak Sultan Muhammad ke-5, ramai orang puji macam-macam. Islamik, bagus, disayangi dan sebagainya.  OK lah. Tapi jangan terlalu mengagung sangat kebagusan beliau. Saya yakin dia pun tak suka jika anda semua puji lebih-lebih. Sampai dia pakai selipar getah pun orang puji. Apehal.

2) Kita tahu rakyat Kelantan sayangkan beliau. Tapi sekarang beliau sudah menjadi YDP Agong. Jadikan rakyat Malaysia juga sayangkan beliau, bukan bikin orang lain menyampah kepada beliau akibat daripada sikap anda sendiri yang lebih-lebih memuji.

3) Pujian lebih-lebih akan mendatangkan banyak keburukan jangka masa panjang. Cukup sekadar kita bersyukur ada YDP Agong yang baik. Kuasa beliau pun tak menyeluruh untuk mengawal segala benda. Ada had. Malah pemerintahannya hanya dalam tempoh lima tahun.

4) Jika kita bersyukur dengan nikmat adanya YDP Agong yang baik seperti beliau, inshaAllah next agong juga akan baik. Mungkin akan jadi lebih baik. Bukanlah Allah sudah kata jika kamu bersyukur, akan Kami tambah lagi nikmat itu?

5) Memuji secara berlebih memungkinkan cerita tokok tambah sehingga mendewakan kebaikan beliau, menyebabkan rakyat negeri lain meyampah secara tidak sedar, malah mesti diingat, kumpulan ultra liberal pasti menangguk di air keruh. Mereka ini bukan suka sangat dengan imej Islamisasi. Buka minda. Jangan merepek bukan-bukan.

6) Pakai selipar getah pun anda kecoh. Solat subuh berjamaah pun anda kecoh. Lepak dengan rakyat jelata pun anda kecoh. Ya, kita faham anda bangga. Tapi bersederhana. Beliau bukan maksum. Bukan dewa. Jangan pujian anda merosakkan beliau samada diri beliau ataupun persepsi terhadap beliau.

7) Untuk tempoh lima tahun ini, biar seluruh rakyat Malaysia rasa bangga dengan YDP Agong. Bukan budak-budak Kelantan sahaja yang bangga. Methodnya, anda sendiri lah fikir. Beliau adalah Agong Malaysia. Biar semua lapisan masyarakat bangga, tanpa mengira latar belakang kenegerian, bangsa dan agama.

Sekian

Tiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report

NUR HASMIRA MOHAMAD | 16 Disember 2016.

KUALA LUMPUR: PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.

Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report, mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.

Beliau yang ditemui Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada hari ini turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY 16/12/2016

Minyak Masak Botol 1L : KPDNKK Tunggu Respon Syarikat Pembungkus 

 Friday, 16 December 2016 13:08

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)masih belum menerima maklumbalas daripada syarikat-syarikat pembungkus minyak masak berhubung cadangan menghasilkan minyak masak bersubsidi di dalam botol 1 liter.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kajian kesanggupan penguna membayar harga minyak masak dalam botol 1 liter dan mekasnisme harga telah dijalankan tetapi hasil kajian tersebut tidak boleh didedahkan.

Menurut Hamzah lagi, minyak masak bersubsidi dalam botol 1 liter boleh terus dibuat pengeluaran apabila syarikat pembungkus setuju dengan cadangan tersebut

Terdahulu, Hamzah berkata kementeriannya akan memperkenalkan minyak masak bersubsidi di dalam botol berisi padu satu liter sebagai usaha memberi pilihan kepada pengguna membeli minyak masak bersubsidi dalam botol atau dalam pek (paket).

Walau bagaimanapun, harga bagi bahan asas dalam botol itu akan lebih mahal daripada dalam pek berikutan kos menyediakan minyak masak dalam botol melebihi 40 sen, berbanding dalam pek yang kurang daripada 10 sen.

BUKAN SAJA UMNO, MCA/MIC/GERAKAN PUN MAHU DIBANTU PAS JUGA

shahbudin dot com

Setelah bertegas agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu oleh parti-parti lain yang ingin bekerjasama dengannya, Pas kini mengorak selangkah lagi dengan hasrat ingin bertanding di kerusi-kerusi DAP pula.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, oleh kerana antara Pas dan DAP tiada lagi persefahaman dan kerjasama, maka tidak menjadi kesalahan bagi parti itu untuk bertanding di kerusi-kerusi yang tradisinya ditandingi oleh DAP.
Bagi tujuan tersebut, tambahnya, Jabatan Pilihanraya Pas kini sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu kerana berpandangan pihaknya berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.

Jika sebelum ini Pas berkeras memberi kata dua agar parti lain menjauhi DAP dan Amanah jika ingin bekerjasama dengannya dan kemudian meletakkan syarat agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu, keinginan untuk turut bertanding di kerusi tradisi DAP jelas memperlihatkan nawaitu sebenar parti itu.

Pas ternyata bukan sangat ingin menang dan membentuk kerajaan, tetapi menyertai pilihanraya dengan lebih tujuannya untuk membantu dan memberi keselesaan kepada UMNO dan BN mengekalkan kuasanya.

Pas nampaknya sengaja meletakkan syarat-syarat sukar yang akhirnya menggagalkan rundingan dengan parti-parti lain dan seterusnya menghalalkan tindakan mereka untuk bersaing secara tiga penjuru.

Hakikatnya, memang itulah tujuan Pas sekarang ini.

Kalau bertanding di 70 kerusi dan persaingan tiga penjuru itu bakal memberi kelebihan kepada UMNO dan BN, hasrat bertanding di kerusi-kerusi DAP pula jelas merupakan bantuan secara langsung Pas kepada MCA, MIC dan Gerakan dengan cara yang sama iaitu memecahkan undi.

Secara umumnya, 51 kerusi yang ditandingi oleh DAP dalam piliharaya umum lalu ialah di kawasan bandar dan separa bandar di mana lawan mereka sejak dulu ialah sama ada MCA, MIC atau Gerakan.
Bermakna, dalam PRU 14 akan datang, tidak cukup dengan keinginan memberi kelebihan kepada UMNO untuk lebih selesa memenangi banyak kerusi, Pas juga melebarkan sayap bantuannya kepada parti-parti komponen BN juga dengan memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Ia dengan sendirinya menunjukkan Pas sudah melupakan atau tidak berdendam sama-sekali dengan MCA, MIC dan Gerakan meskipun parti-parti itu lebih terang dan terbuka menentang Akta 355 yang dibawa oleh Hadi Awang untuk memperkasa dan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

Ini merupakan satu lagi bukti hebatnya Pas di bawah pimpinan Hadi Awang. (SH 15/12/2016).

Tak Maksum Pulak Dah Lepas Tuduh & Kutuk Orang Macam-macam

TAK MAKSUM PULAK!!

Dalam nada yang lebih lunak dan berhemah, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengakui parti itu dan ahlinya tidak maksum dan tetap boleh dikritik sekiranya mereka melakukan sebarang kesilapan.

Beliau juga bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak yang membenci parti berkenaan.

Bagaimanapun Idris mengingatkan, ia bukan bermakna parti serta anggotanya boleh difitnah dengan maklumat yang salah.

Ohhhh....sedar pulak tidak maksum!


Tetapi, kenapa meletakkan syarat kepada pihak mesti menjauhi DAP dan Amanah sebelum pun perundingan ke arah kerjasama diadakan?

Tidakkah ia seolah-olah Pas dan pemimpinya maksum sehingga hanya mereka syarat mereka yang mesti dipatuhi?

Kenapa juga meletakkan syarat wajib "jangan kacau 70 kerusi kami" kepada parti-parti lain yang mahu bekerjasama?

Apakah Pas begitu maksum sehingga 70 kerusi yang ditandinginya pada 2013 lalu tidak boleh diusik sama-sekali, walaupun hakikatnya hanya menang 21 saja daripadanya?


Apakah kenyataan pemimpin-pemimpin Pas agar menjauhi DAP dan Amanah serta mahu 70 kerusi yang didakwa miliknya tidak diganggu, merupakan fitnah dan berupa maklumat yang salah?

Kata tak maksum, tapi kenapa lagak dan gaya selama ini seolah-olah sangat maksum dan semua orang lain tidak maksum? -shahbudindotcom

ULASAN GB

Macam-macam.

Dahulu Presiden PAS sendiri yang sebut kononnya, tak taat kepada PAS seperti hilang akidah.


Saya saya ingin memetik ulasan sahabat saya, Sdra Ahmad Jamali Shafie dari Amanah Serdang.

Ucapan penggulungan Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang, pada hari ini telah menjadikan parti politik Pas seperti telah mencapai tahap sebuah agama. Persepsi dan pemahaman sedemikian adalah berdasarkan ucapan dan penegasan beliau bahawa semua ahli mesti menumpahkan ketaatan kepada parti itu kerana ia seumpama akidah.

"Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah perjuangan. Jikalau kita tidak taat, hilang akidah kita," katanya dalam ucapan penggulungan muktamar ke-62 di sini pagi ini.

Ucapan ini juga dikaitkan dengan tersingkir dan keluarnya sebahagian dari kepimpinan dan ahli-ahli Pas dari parti politik Pas dan membentuk sebuah parti politik baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah). Secara berterusan, ahli-ahli Amanah ini dilabelkan sebagai pengkhianat walhal perbezaan pandangan politik yang mencetuskan penubuhan parti politik adalah satu perkara biasa dalam pentas politik negara demokrasi.

Bagi Presiden Pas dan pengikut-pengikut beliau, ahli-ahli Amanah adalah pengkhianat. Begitu juga ahli-ahli yang tidak taat dan keluar parti, pemahaman mudahnya mereka telah hilang aqidahnya.

Sebelum itu, seorang penulis Pas, Alang Ibn Shukrimun, telah menulis mengenai penyampaian Kuliah Jumaat Presiden Pas (digelar juga Ayah Chik), bertarikh 13 Mei 2016, yang bertajuk 'Pengkhianat hukumnya dibunuh'..

Rumusan dari penulisan beliau, dalam peristiwa peperangan Ahzab, kaum Yahudi Bani Quraizhah yang memiliki persefahaman dengan Islam telah melakukan pengkhianatan. Mereka belot dengan menolong musuh-musuh menyerang umat Islam. Kaum Bani Quraizhah akhirnya dihukum bunuh.

Berlapik dan berselindungkan dengan hujah-hujah sebeginilah, pimpinan Pas kini akan terus menerus melabelkan mereka yang meninggalkan Pas dan menyertai Amanah, sebagai pengkhianat, dan begitu mudah memutarbelitkan sirah Rasulullah SAW untuk 'justify' halalkan darah dan bunuh kepada "pengkhianat" ini.

Saya merasakan perlu saya menulis dan menyerlahkan penulisan dan pandangan dari pemimpin dan ahli-ahli Pas ini yang bagi saya akan menimbulkan ketidak ketenteraman di kalangan rakyat yang mahu memilih pandangan dan organisasi politik yang berbeza atas dasar melaksanakan hak dan demokrasi rakyat merdeka.

Saya bimbang, pandangan-pandangan sebeginilah, yang sesetengah ahli-ahli mereka yang taksub, akan memegangnya seperti sebuah fatwa, dan mengambil tindakan-tindakan yang melampau.

Jika pandangan sebegini mengenai sesebuah keluarga dan adik-beradik besar, ia juga boleh menjurus kepada perpecahan keluarga dan terurainya silaturrahim dan kasih sayang apabila ahli keluarga yang berpegang kepada pandangan dan arahan pemimpin mereka, mereka akan terpengaruh untuk melabelkan ahli keluarga yang tidak bersama Pas sebagai pengkhianat.

Ulama muktabar dunia Islam, Yusof Al Qaradhawi ada menyebut dalam kitab beliau yang bertajuk 'ikhtilaf yg diharuskan syarak'. Beliau telah menegur bahayanya pandangan melampau dan ekstrim ini 20 tahun yang lalu.

Salah satu punca utama berlaku takfiri (mengkafirkan seseorg muslim lain) adalah apabila seseorang menganggap keluar dari sesebuah jamaah, maka sama seperti keluar dari islam dan jatuh aqidah.

Yusof Al Qaradhawi telah menyebut dan menegur tentang perkara ini pada tahun 1996 lagi. Berdasar fenomena di negara-negara Arab dan Indonesia. Lihatlah apa yang berlaku di negara-negara umat Islam sendiri apabila umat Islam yang ekstrim dan melampau sanggup saling berbunuh-bunuhan hanya kerana khilaf politik yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan aqidah sama sekali.

Begitu mudah "memaksumkan" diri kononnya jika keluar PAS maka hilang akidah. Dilabelkan orang lain dengan pelbagai label seperti pengkhianat, tolol, barua dan seumpamanya.

Demikianlah kisah PAS dan para pemimpinnya. 

AUKU belum benar-benar pergi, kata aktivis siswa

  • Aktivis mahasiswa menuntut naib canselor Universiti Malaya (UM) campur tangan membatalkan penggantungan pelajarnya Anis Syafiqah Md Yusof.

    Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan hari ini, setelah Anis rakan-rakannya digantung pengajian satu semester dan didenda kerana terlibat dalam himpunan Tangkap MO1.

    Tampil membela rakan seperjuangannya, Asheeq Ali berkata mereka menyertai himpunan itu sebagai mahasiswa yang cakna terhadap isu-isu dalam negara.

    "Klausa yang digunakan adalah kami memalukan universiti. Saya nak nyatakan di sini kami tak malukan mana-mana universiti.

    "Kami berdiri di sana sebagai seorang rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan menangkap MO1 (Malaysian Official 1).

    "Kami tidak membangkang kerajaan, kami tak suruh (Datuk Seri) Najib (Razak) turun, kami tak suruh Rosmah (Mansor) turun," kata Asheeq kepada pemberita ketika ditemui di hadapan bangunan Dewan Canselor UM, Kuala Lumpur hari ini.

    Anis dan dua lagi aktivis mahasiswa hari ini digantung pengajian satu semester dan denda RM400 selepas didapati bersalah memalukan universiti susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur.

    Seorang lagi aktivis hanya dikenakan hukuman denda RM200.

    Sementara itu, Asheeq berkata apa yang dilakukan pihak universiti tidak sah dan masih mengamalkan kaedah lama Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

    "Kaedah semua universiti di negara ini juga tidak dipinda setelah AUKU dipinda maka merujuk kepada apa yang berlaku hari ini tidak sah," katanya.

    Ashheq juga mempertikaikan perjalanan pendengaran terhadap empat pelajar UM itu yang didakwa mempunyai banyak cacat cela.

    "Bukti yang diambil hanyalah dari video-video di laman sosial serta tiada autoriti.

    "Panel prosiding juga tidak membawa sebarang saksi dalam menyokong hujah pendakwaan. Panel juga gagal membuktikan elemen yang disebut dalam pendakwaan," kata Asheeq.

    Beliau juga mendakwa anggota panel bukan mereka yang mahir dalam undang-undang, sahingga sukar memahami hujah undang-undang.

    Perhimpunan "Tangkap MO1" dianjurkan bagi mendesak penahanan M01 yang dinamakan berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat, untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

    Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui Najib ialah MO1 tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

    PAS tegas tidak akan sertai Pakatan Harapan - Mohd Amar

    Muhafandi MuhamadAstro Awani

    MOHD AMAR: Setakat ini, kita belum ada persefahaman dengan PPBM walaup dah bertemu

    KOTA BHARU: PAS hari ini menegaskan pendirian sama untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.

    Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ia kerana DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) berada dalam gabungan parti pembangkang itu.

    Menurutnya lagi, sehingga kini, belum ada kata sepakat tentang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun sudah berlangsung pertemuan kali pertama.

    Mohd Amar berkata, tiada kata sepakat dicapai pada pertemuan itu baru-baru ini, namun PAS masih membuka ruang perbincangan seterusnya dengan PPBM.

    “Setakat ini, kita belum ada persefahaman dengan PPBM walaupun ada pertemuan rasmi, namun belum ada persetujuan, masih tergantung dan PAS pula akan mempertahankan semua kerusi yang kita tandingi sama ada yang kita menang atau kalah.

    “Saya rasa PPBM sudah ada kerjasama dengan Pakatan, mereka kena selesaikan (sesama mereka) mengenai kerusi,” kata Mohd Amar.

    “Keputusan kita tidak akan sertai, sebab itu kita bentuk blok ketiga. Tidak ada ruang lagi untuk PAN dan DAP,” kata Mohd Amar.
     
    Mohd Amar ditemui pemberita bagi mendapatkan reaksi berhubung pendirian PAS selepas PPBM membentuk  kerjasama di bawah Pakatan Harapan semalam.

    Semalam, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan -- PKR, DAP dan PAN -- bersetuju mewujudkan gabungan parti pembangkang dengan PPBM sebelum pilihan raya umum akan datang.

    Mohd Amar menjelaskan penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan akan menyebabkan gabungan parti itu berada dalam keadaan dilema.

    Ini kerana DAP dan PKR sudah mempunyai kerusi dan kawasan yang mereka akan tandingi pada pilihan raya akan dating, manakala PPBM dan PAN pula terpaksa berkongsi dan mengharapkan agihan kerusi daripada DAP dan PKR.

    PAS, katanya, sudah mempunyai kerusi dan kawasan  untuk ditandingi dan akan mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya akan datang.

    Mohd Amar juga berkata Jabatan Pilihanraya PAS sedang membuat kajian mengenai kerusi yang ditandingi DAP sama ada PAS akan meletakkan calon atau sebaliknya.

    Sementara itu, PAS katanya tidak akan bergabung dengan UMNO walaupun kebelakangan ini hubungan mereka dilihat agak baik.

    Katanya, musuh politik utama PAS di Kelantan ialah UMNO dan PAS tetap akan melawan UMNO pada pilihan raya akan datang.

    Tambahnya, jika pembangkang serius untuk menumbangkan UMNO, Pakatan Harapan sepatutnya memberi ruang dan tidak meletakkan calon mereka di Kelantan.

    Isu Makcik Merempat Dalam Khemah Bukan Fitnah - AMANAH Dedahkan Penipuan PAS Kelantan Pula.

    Ameno World

    Episode satu disini.

    Sebelum ini Amanah mendedahkan kepincangan kerajaan negeri Kelantan dalam menyelesaikan isu penempatan rumah sementara bagi mangsa-mangsa banjir.

    Isu tersebut dijawab oleh PAS dengan mengatakan AMANAH menfitnah kerajaan negeri Kelantan. Dan ini adalah jawapan balas daripada penjelasan oleh Pemuda PAS Kelantan yang viral sebelum ini.


    Baca ; 

    ISU IBU HAFIZAH TINGGAL DALAM KHEMAH: BUKTI PEMUDA PAS BERBOHONG DAN MENCIPTA FITNAH

    Lihat dan dengarlah sendiri pembohonganDewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK)terhadap ibu Hafizah. Pemuda Pas membuat fitnah kononnya sudah 3 kali Ibu Hafizah dipujuk untuk tinggal di rumah transit PLKN tetapi menolak dan terus tinggal di dalam khemah.

    Ibu Hafizah sendiri memberitahu bahawa beliau pernah tinggal sebulan di situ tetapi anaknya tidak selesa apabila sebuah bilik terpaksa berkongsi dengan 3 keluarga. Kerana tidak sanggup melihat anaknya tinggal bersendirian di khemah maka Ibu Hafizah memilih untuk terus tinggal di dalam khemah.

    Hari ini saya bersama saudara Afifi Thahiri (Ngoh) (Naib Ketua Pemuda Negeri) dan Ustaz Wan Yakkob berjaya memujuk Ibu Hafizah untuk berpindah ke rumah sewa. Untuk makluman, Ibu Hafizah memang teramat ingin untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa namun hasratnya itu terlalu mahal baginya.

    Ibu Hafizah hanya bekerja di kantin sekolah dan tidak mampu untuk membayar sewa bulanan sekiranya beliau sekeluarga berpindah ke rumah sewa. Cadangan kami untuk membantu mencari rumah sewa disambut baik oleh ibu Hafizah.

    Saya telah berjanji dengan Ibu Hafizah akan membayar secara pukal sewa rumahnya untuk setahun. Saya meminta beliau mencari sendiri rumah sewa yang selesa untuk memudahkannya mencari rumah mengikut kesesuaian mereka sekeluarga. Kami Pemuda Amanah Kelantan akan datang sekali lagi dan membantu keluarga itu untuk berpindah.

    Saya turut membuka peluang ini untuk kita semua bersama-sama membantu ibu Hafizah. Kepada yang berminat boleh hubungi Pemuda Amanah Kelantan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga.

    Kepada Nazman Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS. Tulisan kamu menunjukkan siapa kamu. Kamu tidak pernah jejak kaki kesini tetapi bercakap seolah-olah kamu pernah duduk berbual dengan Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak kenal dan tidak pernah mendapat pertolongan dari kamu mahu pun daripada PAS.

    Buat penyokong tegar, kamu lihat dan dengarlah sendiri video ini. Pemuda Amanah Kelantan tidak berniat untuk memalukanPemuda PAS Kelantan, tetapi jawapan Pemuda Pas itu sendiri memalukan Dewan Pemuda Pas Kelantan.

    Namun, jalan untuk membaiki kesilapan masih terbuka luas. Kita lupakan soal politik dan marilah kita sama-sama bantu Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak memerlukan kemenangan perbalahan 2 parti. Ibu Hafizah memerlukan keperihatinan dan kepedulian kita. Inilah manusia yang tidak mempunyai pilihan.

    Jom peduli, jom kita bantu Ibu Hafizah.

    Hazmi Hassan
    Ketua Pemuda Amanah
    15 Disember 2016

    MH370: Pasukan penyiasat dalam pencarian akhir di Lautan Hindi

    SYDNEY: Pasukan penyiasat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam peringkat akhir pencarian di Lautan Hindi, kata pihak berkuasa Australia yang mengetuai pasukan itu.

    Penerbangan MH370 yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur menjadi salah satu misteri penerbangan dunia.

    Dalam satu kenyataan, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata pencarian dijangka dimuktamadkan pada Januari.

    Pada Julai, Malaysia, Australia dan China bersetuju untuk menangguhkan pencarian sekiranya pesawat tidak dijumpa sehingga bukti baru diperoleh.

    Penagihan arak, gam di kalangan Orang Asli Baling teruk


    Gambar hiasan

    GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Daerah Baling di Kedah dan pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang menjual arak dan gam secara haram kepada masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

    Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata, kegiatan tersebut telah menyebabkan jumlah kanak-kanak dan wanita komuniti itu yang ketagihan minuman keras dan menghidu gam semakin meningkat.

    "Kajian menunjukkan bahawa lebih 30 kanak-kanak berumur sembilan hingga 15 tahun meminum arak dan menghidu gam yang dibeli dari sebuah kedai di Kampung Lalang," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

    Beliau berkata CAP juga mendapati bahawa ada orang luar datang ke kampung-kampung di Baling untuk menjual bahan-bahan ini secara haram kepada penduduk Orang Asli di sana.

    "Setin gam dan sebotol arak dijual pada harga RM5 dan penduduk yang ketagihan membelanjakan sehingga RM25 seorang dalam masa sehari," katanya.

    Mohamed Idris berkata penagihan arak dan menghidu gam boleh memudaratkan kesihatan dan kehidupan penduduk di kampung-kampung tersebut.

    Beliau juga menggesa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kementerian dan agensi kerajaan berkaitan mengambil tindakan serta melancarkan program kesedaran untuk menangani isu sosial ini.

    "Program kesedaran mengenai kesan buruk meminum arak dan menghidu gam hendaklah dijalankan secara aktif dan  meluas di kalangan penduduk dan komuniti di kawasan tersebut," kata beliau.

    Perbuatan menghidu gam boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal dan juga boleh menyebabkan kematian. - Bernama

    KERAJAAN ADA KUASA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN MYANMAR

    Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) melabelkan Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi sebagai pengganas antarabangsa kerana tidak mempedulikan nasib rakyatnya sendiri.

    Presiden DMDI, Tan Sri Ali Rustam, berkata penerima Hadiah Nobel Keamanan yang selama ini dilihat sebagai pejuang keamanan, demokrasi dan kemanusiaan secara tiba-tiba berubah pendirian.

    Mengapa kerajaan masih berdalih untuk gantung atau putuskan hubungan dengan kerajaan Myanmar? Sehingga bila sikap polemik ini akan berterusan dimainkan oleh segelintir pihak yang hanya mahu menangguk di air yang keruh.

    Presiden DMDI, Tan Sri Ali Rustam sepatutnya perlu mendesak pimpinan negara Dato Seri Najib Razak untuk segera memanggil duta Malaysia di Yangon untuk pulang.

    Juga perlu dalam menzahirkan kesungguhan kita, desakan juga perlu dibuat terhadap kedutaan Myanmar di Malaysia agar ditutup. Jika tidak tindakan "solidariti" ini boleh dianggap sesuatu yang sengaja dimainkan demi kepentingan politik.

    Muhammad Syafiq Azmi
    Ketua Pemuda AMANAH
    Melaka
    16 Disember 2016

    PAS akui cuba tubuh blok lain di Selangor tanpa Amanah, DAP

    FMT/Nawar Firdaws

    PETALING JAYA: PAS berkata usahanya mendampingi PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam sebuah ceramah “mega” di Paya Jaras, Selangor malam ini merupakan antara langkah mewujudkan blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya Amanah dan DAP.

    “Ya, sekurang-kurangnya di Selangor,” kata Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika ditanya sama ada ia usaha mewujudkan blok berasingan tanpa penyertaan kedua-dua parti itu.

    Dinamakan “Ceramah Mega Rakyat”, program anjuran PAS Selangor itu turut menampilkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi pentas dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras, berkata pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah dan DAP walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.

    “Kami tidak menjemput DAP atau Amanah kerana jawatankuasa pusat sudah menyatakan tidak ada hubungan dengan mereka.

    “Lagipun, parti yang hadir (ke ceramah) adalah yang menumpukan kerusi majoriti Melayu,” kata Khairuddin kepada FMT.

    PAS sebelum ini menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP dan Amanah. Parti itu juga belum memutuskan sama ada mahu mengadakan perjanjian dengan pembangkang lain bagi memastikan pertandingan 2 penjuru menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

    PPBM baru-baru ini menyatakan hasrat menyertai Pakatan Harapan, gabungan politik PKR, DAP dan Amanah yang ditubuhkan selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP tahun lalu.

    Khairuddin berkata ceramah malam ini membuktikan komitmen PAS memastikan Umno ditentang satu-lawan-satu.

    Ceramah itu dianjurkan menjelang pertemuan pemimpin PPBM dengan Pakatan Harapan bagi membincangkan penyertaan secara rasmi ke dalam gabungan itu.





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...