TERKINI :

Thursday, December 15, 2016

"BUAT APA TANDING 70 SAJA, TANDINGLAH SEMUA 222 KERUSI"

Hakikat bahawa Pas sebuah parti yang keliru di bawah kepimpinan Hadi Awang sebenarnya tidak dapat disangkal lagi. Ia semakin nyata dan terang-terang di depan mata.

Pas bukan saja keliru mengenai siapa kawan dan siapa lawan, bahkan juga keliru tentang apa yang sebenar dimahukan dalam perjuangannya.

Ketika meletakkan syarat kepada PPBM agar meninggalkan DAP dan Amanah  jika ingin bekerjasama dengannya, Pas terlupa bahawa di Selangor sekarang ini ia sedang duduk semeja dengan kedua-dua parti yang dimusuhinya itu.

Malah, ketika meletakkan syarat itu kepada PPBM, Pas tidak pula pernah bersuara dengan nada yang sama kepada PKR dalam kerajaan negeri Selangor yang sedia diketahui memang menjalin kerjasama dengan DAP dan Amanah.

Lebih dari itu, dalam menyatakan kesediaan menjalin kerjasama dengan PKR secara keseluruhannya pun, tidak pernah Pas meletakkan syarat agar ditinggalkan DAP dan Amanah.

Kenapa hanya dengan PPBM saja diletakkan syarat agar meninggalkan DAP dan Amanah, tetapi tidak kepada PKR?

Jika benar istiqamah dalam menentang DAP yang kononnya anti Islam serta menolak Amanah yang dianggap sebagai parti yang khianat, mengapa tidak dimulakan dengan meninggalkan segala jawatan dan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor untuk berdiri sebagai blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera?

Tidakkah ini menunjukkan Pas benar-benar sedang keliru?

Dua hari lalu pula, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan satu lagi syarat baru, khususnya kepada PPBM,  jika ingin menjalin kerjasama dengan parti itu.

Syaratnya ialah tidak bertanding di 70 kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu.

Pas meletakkan syarat demikian kerana beranggapan 70 kerusi itu adalah milik mereka, meskipun dalam PRU 13 lalu ia hanya menang 21 kerusi Parlimen saja.

Syarat ini juga menunjukkan Pas sekali lagi keliru.

Bagaimana Pas boleh menganganggap 70 kerusi yang pernah ditandinginya itu sebagai miliknya sedangkan ia hanya menang 21 kerusi saja?

Jika 21 kerusi yang menang itu diminta jangan dikacau, mungkin juga boleh diterima dan difahami, tetapi dengan merasakan kerusi yang kalah juga sebagai hak miliknya, Pas ternyata benar-benar keliru.

Dengan meletakkan syarat syarat kepada PPBM agar 70 kerusi itu jangan dikacau, bermakna Muhyiddin Yassin dengan sendirinya tidak boleh lagi bertanding di Pagoh dan Mukhriz Mahathir yang pernah menjadi Ahli Parlimen Jerlun pada PRU 12 sebelum bertanding di DUN Air Hitam pada PRU 13, turut terpaksa mencari kerusi yang lain jika ingin bertanding lagi kerana semua kerusi itu ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu?

Maka, ke kerusi mana Muhyiddin dan Mukhriz mahu lari jika ingin memenuhi syarat Pas itu?

Tidakkah ternampak mengarut dan menunjukkan Pas benar-benar keliru dengan tindakannya meletakkan syarat agar 70 kerusi itu jangan diganggu?

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Pas, kekal bertanding di 70 kerusi atau mahu memang lebih daripada 21 kerusi Parlimen?

Apakah Pas tidak sedar bahawa PPBM akan memberi keuntungan kepadanya dari segi kemungkinan memenangi lebih banyak kerusi kerana PPBM akan mencuri undi daripada kalangan ahli-ahli UMNO, meskipun jika bertanding kurang daripada 70 kerusi?

Apa seterusnya?

Jika Pas kekal dengan kekeliruan mengenai apa yang dimahukannya, bukan saja PPBM harus menghentikan rundingan dengan parti itu, malah Pas juga boleh mulai sekarang mengumumkan untuk bertanding di semua 222 kerusi Parlimen.

Alang-alang ingin menjadi "parti kerusi", lebih baiklah bertanding di semua 222 kerusi. Buat apa sekadar 70 saja! (SH 14/12/2016).

Kenapa "Walaun PAS" setiap hari menyerang PKR, AMANAH & DAP kononnya menjilat Tun Mahathir?

ADAKAH PAS SEMAKIN NYANYUK..

Walaun hari2 serang PKR, DAP dan Amanah kononnya MENJILAT Tun Mahathir Mohamad..
PAS tak akan bersetuju dan tidak akan sama sekali bersama2 Mahathir kerana segala kerosakan dalam negara kita berpunca dari perbuatan Mahathir.

1) Bagi PAS kita jangan salahkan Najib kerana Najib sebenarnya telah mewarisi buah yang telah busuk hasil peninggalan Tun Mahathir yg memerintah negara lebih 20 tahun lamanya..

2) Mati hidup balik PAS tidak akan percaya dgn Tun Mahathir, Mahathir manusia yg licik, kaki Putar Alam, Pengkhianat Bangsa dan manusia yg merosakan sistem pemerintahan Negara..

3) Tun Mahathir yg memfitnah Anwar Ibrahim kaki liwat..

Note:

Walaun dan pemimpin PAS memang dah Nyanyuk...!!

Seawal Tun Mahathir keluar dari UMNO Haji Hadi telah mengarahkan Saf Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia mengadap Tun Mahathir dan menyerahkan borang keahlian PAS bagi menarik Mahathir menyertai parti PAS dan berjanji akan memberi Tun Mahathir jawatan Khas dalam PAS sesuai dengan kepakaran dan pengalaman yg Mahathir miliki..

Malangnya Mahathir menolak perlawaan utk menyertai PAS dan setelah diajak dua tiga kali lalu Mahathir mengeluarkan kenyataan beliau tidak akan mengangotai parti Sampah seperti PAS.

Setelah terkesima dgn kata2 penghinaan Tun Mahathirr terhadap parti PAS lalu mereka menyerang Tun Mahathir dgn hujah Mahahir mencipta fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 98 dan serangan tersebut terus dijaja oleh walaun dan ulama2 PAS bagi menguatkan hujah mereka dalam mempengaruhi rakyat agar menolak PKR yang kononnya telah menjadi macai kepada Tun Mahathir dgn melupakan kezaliman Mahathir memfitnah Anwar Ibrahim semata2 kerana pimpinan PKR gila kuasa..

Ada pimpinan PAS berkata Kak Wan sanggup menjilat kembali ludahnya sendiri apabila boleh duduk bersama2 dgn Tun Mahatir dan Siti Hasmah semata2 kerana gila kuasa..

Sedang seenaknya PAS menjaja Tun Mahathir orang yg mencipta fitnah Liwat ke atas Anwar Ibrahim, mereka terlupa bahawa Najib Razak rakan Tawaun PAS sekarang ini juga adalah manusia yg mencipta Konspirasi fitnah Liwat II Shaifol Bukhari ke atas Anwar Ibrahim..

Dalam Isu penerimaan Anwar Ibrahim dan keluarganya untuk berbaik2 dgn Tun Mahathir sebenarnya itu isu peribadi..

Sebelum2 ini pun sejurus selepas Anwar dibebaskan oleh Pak Lah, Anwar Ibrahim di dalam banyak ceramah2 terbuka beliau di hadapan rakyat menyatakan beliau telah memaafkan Tun Mahathir kerana memfitnahnya dan berharap serta berdoa agar Tun Mahathir bertaubat dan tidak mengulanginya lagi..

"Perbuatan Mahathir yg memfitnah dan memenjarakan saya, saya dah maafkan tetapi harus dingat kesalahan mahathir yg melanggar undang2 negara dan mencuri wang rakyat ianya harus diadili di Makamah yg benar2 Adil" -DSAI

Hujah Anwar itulah yang dipegang oleh Kak Wan dan keluarganya dan itu jugalah yg dipegang oleh pimpinan PH dan rakyat terbanyak..

Kes Tun Mahathir melakukan Konspirasi dah selesai kerana Anwar berkali2 menyatakn beliau memaafkan Tun Mahathir.

Kes Najib Razak melakukan Konspirasi Fitnah liwat II masih belum selesai kerana Anwar masih lagi terhukum dan terpenjara di bawah pemerintahan zalim Najib Razak..

dan sewakarnya PAS mendesak Anwar dibebaskan segera oleh Najib Razak. Di kala pemimpin dunia ratanya mendesak Anwar dibebaskan Haji Hadi masih lagi Bungkam mulutnya utk membela manusia yang dizalimi di hadapan matanya..

Dan sebaliknya yang berlaku skrg ni Haji Hadi bertaun pula dgn Najib dan mengunakan pelbagai alasan bagi menutup kes 1MDB yg dilakukan oleh Najib Razak..

Teuku Zacharyah Iskandar

Saifuddin : Antara kes saya & Khalid dengan Guan Eng & MP Temerloh

Parti tidak boleh disaman. Penjawat jawatan parti boleh di saman. Apabila parti memberi sebab musabab kenapa tindakan diambil terhadap Tan Sri Khalid. Dan beliau tidak berpuas hati maka sebagai Setiausaha Agung parti ketika itu saya menerima saman.

Kes berakhir dengan 'mutual apology' di antara saya dan Tan Sri Khalid. Selain peguam-peguam kami, DSAI turut membantu menyelesaikan beliau hadir di mahkamah hari itu. Saya minta maaf dan Tan Srii Khalid minta maaf. Kes tamat. Saya tak kena bayar apa-apa Tan Sri Khalid juga tak bayar apa-apa.

Hari ini kes Lim Guan Eng saman MP Temerloh juga selesai dengan pengakuan YB Ustaz Nasruddin Tantawi di hadapan hakim dirakam seperti berikut, "I have decided to withdraw the portion of the article which offended Lim because IT HAS NO BASIS'(Saya telah memutuskan untuk menarik balik sebahagian artikel yang tersinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas). MP Temerloh kena bayar kos RM10 ribu ringgit dan Lim Guan Eng seperti juga saya dan Tan Sri Khalid. Tak kena bayar apa-apa.

Sementara saya dan Tan Sri Khalid teruskan kegiatan seperti biasa. Kes MP Temerloh dan Lim Guan Eng diberi naratif "Ulama Lawan Kuffar", "Islam Lawan Kafir" oleh sesetengan kalangan. Ke situ pulak!

~Saifuddin Nasution Ismail

Amanah sudahpun bergabung dengan PKR dalam PH, bidas KP Amanah

15 Disember 2016 | DALIA ISMAIL

Pemuda Amanah berfikiran parti itu sudahpun bergabung dengan PKR apabila menyertai Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi sama untuk menumbangkan Barisan Nasioan (BN) dalam PRU ke-14 kelak.

Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pada ketika ini semua pimpinan perlu memperkuatkan kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas termeterainya perjanjian kerjasama itu Selasa lalu.

"Pada saya kita sudah bergabung dalam Pakatan Haraan dengan tujuan dan misi yang sama untuk menumbangkan Umno-BN dalam PRU akan datang.

"Apa yang penting sekarang pada saya kita perkuatkan Pakatan Harapan dan PPBM untuk hadapi pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin hari ini yang dilaporkan Malaysiakini, mencadangkan penggabungan partinya dan Amanah.

Beliau dipetik berkata memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana.

Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.

Mohd Sany menjelaskan kewujudan Amanah adalah parti Islam generasi kedua yang ditubuhkan mengantikan Pas. Justeru soal parti itu sebagai parti serpihan Pas tidak timbul ketika ini seperti dikatakan Afif.

"Kita tertubuh untuk mengantikan Pas sebagai parti Islam generasi kedua.

"Pas dilihat sudah hilang arah tujuan dalam perjuangan politik pada hari ini," ujarnya.

Ditanya kemungkinan idea gabungan itu dicetuskan  untuk mengurangkan perpecahan undi dikalangan orang Melayu?

"PKR juga ditubuhkan dulu oleh bekas-bekas pimpian Umno," jawabnya.

Justeru beliau beranggapan ia hanya perbincangan dalaman PKR semata-mata yang tidak seharusnya di bawa keluar.

"Apa jua masalah dalaman Pakatan Harapan dan PPBM haruslah dibawa ke meja rundingan.

"Kita akan buat keputusan secara kolektif bukan seorang sahaja yang boleh membuat keputusan.

"Semua keputusan seharusnya diambil kira daripada hasil  perbincangan bersama," ujarnya.

http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/20-headline/6184-amanah-sudahpun-bergabung-dengan-pkr-dalam-ph-bidas-kp-amanah

Duhai PAS.. kawan mana yang makan kawan..??

Tazkirah utk Ketua Pemuda Pas Batu.

1. Saya membaca BH Online hari Selasa 13 Disember 2016 dan terpandang berita yang bertajuk " Parti Amanah Negara" makan kawan" di mana antara lain memuatkan berita Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu yang mengkritik kenyataan Ketua Pemuda Amanah Negara.

2. Kata Ketua Pemuda Pas Batu kenyataan Ketua Pemuda Amanah yg ingin letak calon di Parlimen Batu ibarat " kawan makan kawan".

3. Saya tidak kenal Ketua Pemuda Pas itu dan bila baca kenyataannya itu saya hanya mampu senyum dan ketawa shj .

4. Macam mana saya tidak senyum dan ketawa kerana kenyataanya itu semacam menyindir Pas dan Presiden Pas. Bila cakap soal "kawan makan kawan" mungkin Ketua Pemuda Pas Batu kena tanya Presiden dia sendiri soalan soalan berikut:-

a.  Bila Presiden Pas sendiri keluarkan watikah dan benarkan calon Pas bertanding di Dun Kota Damansara- kerusi PKR dan pernah dimenangi oleh PKR- yg menyebabkan pertandingan 3 penjuru di Dun itu dan akhirnya memenangkan calon BN, itu bukan " kawan makan kawan" ke sdr ?

b.  Pas tak dikira " kawan makan kawan" ke di Dun Sg Aceh di Pulau Pinang sdr ?

c. Bila Presiden Pas tak mahu sokong dan berkempen untuk  Dr Wan Azizah, calon PKR dlm pilihan raya kecil di Parlimen Permatamg Pauh, adakah itu x dinamakan " kawan makan kawan" ke sdr? Tahukah Ketua Pemuda Pas Batu bhw para pemimpin Pas yg turun bantu Yb Dr Wan Azizah pada masa itu majoritinya skrg dlm kepimpinan utama Amanah ?

d. Bila Presiden Pas tak setuju Yb Dr Wan Azizah jadi ketua pembangkang dan kritik pula kononnya Yb Dr Wan Azizah tidak layak ,adakah itu bukan " kawan makan kawan" ke sdr?

e. Bila Pas sanggup hantar hanya nama nama calon drp Pas sahaja kepada Y.M Sultan utk ditabal jadi MB Selangor dlm krisis MB Selangor, tidakkah itu juga tergolong dlm " kawan makan kawan"?

5. Apa yang Ketua Pemuda Amanah sebut masih belum berlaku sdr sedangkan segala peristiwa di perenggan ( a ) hingga ( e ) di atas semua sudah berlaku.

6.Mungkin elok juga saya kongsi sedikit di sin kaedah fiqhiyyah ( legal maxim ) yg berbunyi " al yaqin la yadzulu bi al- shakk" ( certainty does not remove the doubt). Ulama guna kaedah ini contohnya ketika solat. Jika anda solat dzohor tiba tiba anda tak pasti dah buat 3 atau 4 rakaat, maka anda kena anggap telah buat 3 rakaat sebab yg 3 rakaat tu suatu yg pasti ( yakin) sedangkan yg 4 rakaat tu ada keraguan ( shakk ) maka yg shakk tak boleh ketepikan yg yaqin.

7.Dlm konteks isu kita skrg yg yakin adalah Pas tlh "makan kawan" sptmana dlm perenggan (a) hingga ( e ) di atas sedangkan sama ada Amanah akan letak calon di Batu masih lagi shakk kerana blm berlaku.

Hanipa Maidin

AMANAH tanya: Suara Nik Abduh ada di mana?

'Kehilangan' Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas menghadiri perhimpunan menyokong etnik Rohingya - bersama Datuk Seri Najib Razak - baru-baru ini menimbulkan tanda tanya, kata Faiz Fadzil.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) itu, setakat ini belum nampak sebarang langkah yang diambil bagi menyelesaian konflik kemanusiaan di Myanmar walaupun PAS sebelum ini dikatakan cenderung menasihati kerajaan.

Malah kata Faiz, Nik Abduh yang hadir dan berucap pada perhimpunan berkenaan juga kini "diam seribu bahasa" walaupun tiadak sebarang tindakan diambil kerajaan.

"Sebagai 'penasihat', apakah langkah yang telah diambil bagi menyelesaikan konflik kemanusiaan ini?" katanya melalui kenyataan kepada media hari ini.

PAS - yang diwakili presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa pimpinan tertinggi parti itu - hadir di himpunan menyatakan sokongan kepada etnik Rohingya pada 4 Disember lalu.

Himpunan di Stadium Mini Titiwangsa itu turut dihadiri perdana menteri dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan prokerajaan seperti Baju Merah juga hadir.

Bagaimanapun himpunan itu mendapat pelbagai kritikan, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikaikan kewajaran seorang perdana menteri menyertai demonstrasi.

Naypyidaw pula memanggil duta Malaysia ke negara itu untuk menyampaikan bantahan mereka terhadap Putrajaya.

Bagi Dr Mahathir, demonstrasi hanya wajar dilakukan oleh pihak yang berada di luar kerajaan, manakala pemerintah sepatutnya mengambil langkah lain seperti melalui saluran diplomatik.

Faiz berkata pendirian politik Nik Abduh yang mesra Najib dan hadir menyertai himpunan tersebut juga menimbulkan persoalan apabila beliau "takut menegur" perdana menteri dalam skandal 1MDB.

"Himpunan tersebut kononnya bagi menunjukan keprihatinan Malaysia kepada warga Rohingya (tetapi ia) hanya retorik dan politik sentimen yang cuba dimainkan oleh pihak kerajaan pimpinan Najib.

"Hal itu kerana, walaupun kerajaan turun dalam demontrasi tersebut, tiada tindakan diambil oleh kerajaan sama ada menegur secara rasmi pentadbiran Aung San Suu Kyi atau mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Asean atau PBB menghantar tentera pengaman ke Myanmar," katanya.

Merujuk kepada kemelut melanda syarikat milik kerajaan - 1MDB - itu Faiz berkata hak rakyat dan wang negara perlu dipertahankan kerana skandal berkenaan melibatkan penyelewengan yang mengakibatkan penganiyaan serta kezaliman ke atas rakyat.

Kata anak bekas presiden PAS itu, rakyat kini menanggung kesukaran hidup akibat kenaikan harga barang kesan daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), potongan subsidi pendidikan dan kesihatan selain nilai mata wang yang semakin susut.

"Jika benar (Nik Abduh dan Pemuda PAS) masih berjuang atas nama Islam, jenayah dan kemungkaran pemerintah ini harus ditentang secara zahir," katanya.

‘Jangan pujuk, Pas tak keliru’

ROSLINDA HASHIM
15 Disember 2016


Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Bukan Pas yang keliru, sebaliknya parti pembangkang yang masih keliru dengan pendirian yang dinyatakan Pas sebelum ini.

Demikian tegas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung pendirian Pas yang masih lagi belum memutuskan sama ada akan bersama Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan BN.

“Parti pembangkang masih harap Pas bersama mereka, sebenarnya Pakatan Harapan dan Bersatu keliru. Pas tidak keliru, kenyataan Pas amat jelas ketika menyatakan syarat dan pendirian parti itu,” katanya.

Menurutnya, jika pendirian Pas itu difahami secara tersurat, amat jelas Pas tidak bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak.

“Pemikiran pimpinan parti jelas belum bersedia bersama rakan-rakan dalam parti pembangkang, tidak perlulah membuang masa meminang atau memujuk Pas.Apabila Pas letak syarat sebegitu, bermakna mereka menolak secara baik,” katanya.

Mahfuz berkata, jika Pas berminat sudah pasti diadakan rundingan terlebih dahulu sebelum letak syarat sebagai panduan.

Menurutnya, Pas hanya mempunyai dua pilihan sama ada kembali kepada gabungan pembangkang atau mewujudkan kerjasama politik dengan BN untuk menghadapi PRU14.

“Tidak semestinya Pas sertai BN, cuma perlu ada kerjasama elak pertembungan antara Pas dan BN. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, Umno akan merebut undi Pas, dan Pas juga akan rebut undi Umno, ia tidak beri keuntungan kepada kedua-dua parti,” katanya.

Sebaliknya, katanya, sekiranya Pas-Umno seiring, mereka akan dapat gabungkan kekuatan undi itu.

“Itu antara yang perlu difikirkan oleh Pas. Ini kerana mereka yang lari dari Umno sokong Bersatu, yang lari dari Pas pula sokong Amanah, di mana mereka akan menyokong gabungan pembangkang,” katanya.

Mengulas sama ada Pas sengaja guna taktik membuat keputusan di saat akhir, katanya, tidak mustahil Pas masih bergelut untuk meneutralkan ahli parti itu yang agak tegar menolak Umno.

“Mungkin sekarang dalam proses ubah minda ahli yang sebelum ini terikat pada amanat Presiden, Datuk Seri Abd Hadi Awang, supaya dapat menerima Umno untuk elak masalah menjelang PRU14,” katanya.

Bagaimana pun, katanya, sekiranya masalah dalaman itu masih tidak dapat diselesaikan, PRU14 akan menyaksikan pertembungan antara Pas-gabungan pembangkang-BN.

“Gabungan pembangkang tanpa Pas dilihat lebih kuat untuk menang jika berlakunya pertembungan tiga penjuru,” katanya.

Kenapa PAS sudah bukan jadi pilihan ?

KENAPA SAYA TIDAK MEMILIH PARTI PAS

1) Parti PAS adalah Parti yang menuduh parti lain sbg tolak Islam,penentang Islam,munafik,lari jemaah dan pelbagai lagi gelaran buruk pd parti lain.

2) Parti PAS terlalu wala pada pada pimpinan parti walaupun pemimpin mereka melakukan kesalahan.

3) Parti PAS mengaku berpolitik secara AGAMA tetapi memfitnah parti lain sbg penjual pil kuda,menuduh parti lain sbg barua DAP dan suka bermusuh dgn parti lain walaupun seringkali parti2 lain ajak berdamai.

4)Parti PAS dikatakan berpolitik dengan BERKEBAJIKAN tetapi mengusir org asli drpd membuat penempatan di hutan

5) Parti PAS hendak menegakan KEADILAN secara sama rata kepada rakyat tetapi lebih rela utk kalah pilihanraya drpd bergabung dgn parti2 pembangkang yg lain.bila dah kalah mcm mana nk tegakkan keadilan sedangkan penahanan maria chin pun PAS tidak bersolidariti bersama pimpinan PH dan PPBM yg lain?

6) Parti PAS hendak BERJUANG hingga kemenangan tetapi rela kalah pilihanraya drpd bersama gabungan PH

7) Parti PAS hendak menegakan ISLAM di bumi dengan AMAN dan ADIL tetapi dok tuduh org lain sbg lari dr jemaah,label mcm2..apakah nk menegakkan Islam perlu bermula dgn melabel org lain yg tak sependapat?

Parti PAS hendak menyampaikan KESEMPURNAAN rahmat kepada rakyat yang diAMANAHkan oleh ALLAH tetapi memusuhi parti lain dgn menuduh parti itu sbg kafir harbi sedangkan parti tersebut tidak pernah menganiaya org Islam malahan memberi bantuan yg lebih kpd pembangunan Islam di negeri yg ditadbirnya.

9) Parti PAS hendak menentang KEZALIMAN di bumi tetapi parti PAS bersama sepentas dgn kerajaan zalim yg mengenakan GST pd rakyat?

10) Parti PAS hendak memperlaksaankan HUKUM SYARIAH kepada umat ISLAM tetapi membawa usul RUU355 dgn turut mengenakan denda rm100 ribu kpd pesalah?apakah hukum Islam menitikberatkan hukuman berbentuk kewangan?

Daripada,
Bekas AHLI PAS KEDAH
*ISLAM RAHMATAN LIL ALAMIN
*AMANAH PROGRESIF PEDULI

Pengampunan penuh atau Anwar perlu tunggu hingga usia 78

PETALING JAYA: Peguam yang biasa menguruskan permohonan pengampunan berkata satu-satunya cara Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat kembali aktif dalam politik ialah menerusi pengampunan sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana, pengampunan penuh bukan sahaja membebaskan Anwar daripada penjara, tetapi menamatkan larangan ke atasnya kembali aktif berpolitik disebabkan hukuman penjara 5 tahun yang sedang dijalaninya.

Peguam Jagjit Singh juga berkata permohonan itu perlu dibuat secara peribadi oleh bekas ketua pembangkang itu, dan bukan menerusi peguam atau ahli keluarga.

“Ia perlu ditandatangani oleh orang yang terkesan daripada keputusan mahkamah,” Jagjit memberitahu FMT.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar supaya dibenarkan menyemak semula sabitan salah terhadap tuduhan liwat pada Februari tahun lalu.

Anwar, 69, sudah menjalani hukuman penjara selama 22 bulan di Penjara Sungai Buloh. Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada Jun 2008.

Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun lalu, Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Jagjit yang pernah menguruskan permohonan pengampunan bekas menteri Datuk Mokhtar Hashim, yang didapati bersalah dalam pembunuhan Adun Gemencheh Datuk Mohamad Taha Talib pada 1982, berkata dalam semua kes, anak guamnya secara peribadi menandatangani permohonan pengampunan diraja.

Sebelum ini, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membayangkan akan sekali lagi memohon pengampunan diraja daripada Agong baharu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Tahun lalu, ahli keluarga Anwar membuat permohonan pengampunan bagi pihaknya tetapi ditolak Lembaga Pengampunan.

Seorang lagi peguam, S N Nair bersetuju hanya pengampunan penuh dapat memadamkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar.

Menurutnya, Anwar dilarang bertanding pilihan raya selama 5 tahun lagi selepas dibebaskan pada 2020 nanti.

“Beliau akan berusia 78 tahun ketika itu,” kata Nair.

Peguam Kitson Foong berkata Anwar perlu menunjukkan penyesalannya dalam membuat permohonan pengampunan, tetapi keputusan terakhir bergantung kepada Agong.

Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong turut dianggotai peguam negara dan menteri wilayah persekutuan.

PAS sedang kaji kerusi DAP, kata naib presiden

KOTA BHARU: PAS tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi tradisi DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata PAS dan DAP kini tidak lagi bersefahaman dan bekerjasama, maka tidak menjadi kesalahan untuk PAS bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.

Jabatan Pilihan Raya PAS kini sedang melaksanakan kajian di kerusi-kerusi dimiliki DAP dan akan membuat keputusan sama ada untuk bertanding di kerusi itu berdasarkan hasil kajian berkenaan, katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Mohd Amar berkata Jabatan Pilihan Raya PAS membuat kajian berkenaan kerana berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.

“Kalau kajian itu mendapati kita ada peluang besar untuk menang, mungkin kita akan bertanding sebab kita dengan DAP tak ada sebarang persefahaman dan kerjasama, jadi tak salah kita bertanding di kerusi yang ditandingi DAP,” katanya.

Ditanya mengenai Amanah yang menasihati PAS supaya tidak bermimpi untuk terus kekal memerintah Kelantan, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata parti itu sebenarnya yang sedang bermimpi kerana mereka masih belum mempunyai sebarang rekod di pentas politik negara.

“Kita bercakap pun kita dah ada asas untuk kita bercakap, tapi mereka tak ada rekod politik lagi di Malaysia ini, tapi tiba-tiba presiden (Mohamad Sabu) kata nak rampas Kelantan dan Terengganu, itulah sebenarnya bermimpi.

“Kita (PAS) bercakap sebab kita ada pengalaman dan pernah menang di Terengganu dan kita memerintah di Kelantan jadi kalau kita kata kita nak pertahankan Kelantan, kita nak kuasai Terengganu, kita berasaskan rekod. Itu realiti yang kita pernah ada,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...