TERKINI :

Sunday, December 11, 2016

Siapa yang keliru sebenarnya.. HADI, MAHATHIR atau RAKYAT???

PAS TIDAK KELIRU, JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SEDANG MENUNGGU...

Walaupun dikecam oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai parti yang keliru, Pas tidak mustahil akan memilih untuk terus menjadi parti yang keliru dan mengelirukan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Dengan menjadi parti yang keliru, Pas bukan saja dapat mengelirukan rakyat, bahkan penyokongnya sendiri akan turut dikelirukan.

Mengelirukan rakyat, terutama penyokong Pas di kampung-kampung adalah perkara yang paling diharapkan oleh Najib Razak kerana dengan kekeliruan itulah yang akan menyebabkan UMNO dan BN mampu menang pilihanraya dan dapat terus berkuasa.

Tetapi, adakah Hadi Awang keliru dengan pendiriannya itu?

Jawabnya, tentu saja tidak.

Pas adalah parti politik dan Hadi adalah pemimpin politik. Pas dan Hadi tidak berbeza dengan parti politik atau pemimpin politik yang lain yang ada di dunia moden ini. Semua mereka adalah sama.

Parti politik dan orang politik sentiasa kemaruk kuasa. Cuma kadang-kadang mereka pandai mengelirukan rakyat di sebalik keinginan terhadap kuasa itu.

Apabila Pas kekal menjadi parti yang keliru dan pertandingan menjadi tiga penjuru, kebarangkalian untuk UMNO dan BN menang lebih kerusi dalam PRU 14 nanti adalah tinggi kerana kejayaannya mengelirukan pengundi.

Dengan pengundi keliru kerana sesama pembangkang berlawan tiga penjuru, UMNO dan BN sebagai kerajaan sedia ada lebih mudah lagi menjalankan kerja-kerja pengeliruan mereka bagi tujuan mengekalkan kuasa.

Tetapi, disebabkan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan "sudah mati"  serta kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka turut mengalami perubahan, Najib mungkin tidak mampu menubuhkan kerajaan secara sendirian dalam konteks BN.

Dengan kedudukan pengundi keliru, terkeliru atau sengaja dikelirukan, Pas sebaliknya mampu mengekalkan kemenangan di kawasan-kawasan di mana ia sedia kuat selama ini.

Dengan itu, selain Najib dan UMNO boleh terus berkuasa, Pas juga mampu terus berkokok di Kelantan, Terengganu dan kawasan-kawasan majoriti Melayu yang lain. 

Namun, berikutan ketidakmampuan menubuhkan kerajaan itu, Najib dan UMNO tidak ada pilihan selain mengajak Pas mewujudkan kerjasama bagi menubuhkan kerajaan campuran.

Hubungan yang sudah sedia terjalin antara Najib dan Hadi serta mungkin juga disebabkan bantuan-bantuan lain yang diberikan kepada Pas sewaktu pilihanraya diadakan, akan menjadikan proses menubuhkan kerajaan campuran itu lebih mudah serta mustahil ditolak.

Jika dengan persetujuan Pas itu menyebabkan Najib dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri, Hadi sudah pasti lebih layak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri berbanding Zahid Hamidi. Hadi sudah dianggap lebih berjasa besar jika dibandingkan dengan Zahid Hamidi. 

Untuk mengukuhkan lagi kerjasama itu, beberapa pemimpin Pas lain  akan turut dijadikan menteri dan timbalan menteri.

Dengan Hadi menjadi Timbalan Perdana Menteri, ia secara sendirinya menyebabkan Zahid Hamidi tercicir daripada jawatannya. Adalah suatu pembaziran pula kiranya diwujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu masa, lebih-lebih lagi jika kedua-duanya adalah pemimpin Melayu.

Mencicirkan pemimpin UMNO sendiri daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri secara automatik juga mengelakkan Najib daripada ancaman dan gugatan untuk terus berkuasa dengan lebih lama. Sesiapa pun yang menjadi Timbalan Presiden UMNO selepas itu, Najib tidak perlu bimbang lagi dengannya.

Beliau boleh memilih sendiri bila waktu mahu bersara atau mahu berkuasa hingga ke hujung nyawa.

Ini kerana Timbalan Presiden UMNO bukan lagi penjawat nombor dua dalam kerajaan, sebaliknya hanya menteri biasa yang tidak boleh menggugat sama-sekali kedudukan Perdana Menteri. Kerusi Timbalan Perdana Menteri sudah jadi milik Pas sebagai rakan kongsi.

Perlahan-lahan seterusnya, Najib mempunyai cukup ruang dan masa untuk mengatur Hishammuddin, sepupunya untuk mengambil alih tempatnya nanti. Maka, selamatlah Najib daripada sebarang pendakwaan untuk selama-lamanya.

Hanya Pas yang keliru, tetapi Hadi dan Najib tidak keliru apabila sama-sama setuju untuk menjadikan parti Islam itu terus keliru. (SH 11/12/2016).

Jika anak anda demam, apa yang perlu anda lakukan..

JIKA ANAK DEMAM...

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu yg lain…

Azmin, AMANAH tak 'lapar' jawatan di S'gor

Perwakilan Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Selangor mengingatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani, apa yang pihaknya mahukan ialah mereka dirai sebagai parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tidak 'ditekan' oleh kerajaan negeri.

Ini kerana, Jamzuri mendakwa, AMANAH Selangor menerima pelbagai halangan dan birokrasi daripada kerajaan negeri sehingga pihaknya sukar untuk mengadakan kuliah di surau serta menggunakan dewan-dewan yang berada di bawah pihak berkuasa tempatan.

"HARAPAN (di) Selangor adalah ibu kepada politik ding dong. Membosankan. Kita nak beritahu kepada menteri besar bahawa AMANAH tak lapar dengan jawatan. Kami tak lapar kedudukan dalam kerajaan.

"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.

"Ketua kampung PAS, ADUN PAS, ahli majlis PAS, exco-exco PAS, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang AMANAH dari menggunakan dewan-dewan.

"Sekiranya AMANAH tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera," ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian semasa berucap membahaskan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional AMANAH 2016 di Shah Alam.

Sementara itu, Jamzuri turut meminta agar AMANAH dapat memberi penerangan khususnya pengundi Melayu mengenai DAP dan meyakinkan rakyat bahawa parti berkenaan bukan ancaman kepada Melayu, Islam dan negara.

Katanya, pilihan raya umum akan datang merupakan medan untuk membawa isu perkauman dan parti lawan akan menjadikan DAP sebagai sasaran utama.

"Sasaran utama tentulah DAP kerana isu ini adalah 'soft spot' dalam HARAPAN. Isu inilah yang digunakan secara maksima pada pilihan raya umum ke-13 dan isu ini juga bakal digunakan Umno untuk membunuh Pakatan Rakyat pada ketika itu.

"Dan saya fikir, AMANAH perlu berupaya berhadapan dengan pengundi-pengundi Melayu khususnya, untuk meyakinkan mereka bahawa DAP ini bukan ancaman kepada negara, bukan kepada Melayu dan bukan ancaman kepada Islam di negara kita.

"Ini kita perlu yakin, kita bersikap apologetik dalam menangani isu ini. Kita mesti berhujah di atas fakta dan kebenaran bagi menangkis sebarang sentimen kebencian, prejudis dan prasangka buruk yang disebarkan Umno dan sekutu baru mereka," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, AMANAH tidak akan malu-malu untuk berdepan dengan isu tersebut bagi menangani sentimen kebencian terhadap DAP yang akan terus dimainkan Umno bagi menjauhkan pengundi daripada HARAPAN.

Tukar agama: Undang-undang persekutuan atasi negeri

AZALINA

KUALA LUMPUR - Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis bagi membenarkan hanya seorang daripada ibu bapa untuk mengislamkan anak mereka adalah kuasa prerogatif negeri tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mana-mana negeri boleh meluluskan undang-undang atau melakukan pindaan kepada mana-mana undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa mereka seperti dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri jika berlaku ketaktekalan.

Mengulas keputusan Dun Perlis itu semalam, katanya, Rang Undang-undang (RUU) yang dibentangkan oleh kerajaan bagi meminda Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA), jika diluluskan, maka ia menjadi undang-undang Persekutuan.

"Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana undang-undang yang tidak konsisten dengan undang-undang Persekutuan maka ia tidak terpakai dan undang-undang Persekutuan akan digunakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, cadangan pindaan LRA, antara lain mewajibkan bagi kedua-dua ibu bapa memberi persetujuan sebelum anak mereka memeluk Islam, akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada tahun depan.

"Cadangan pindaan kepada LRA juga mungkin memerlukan untuk pindaan perlembagaan yang merupakan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan untuk menggantikan perkataan 'ibu atau bapa' kepada perkataan 'ibu dan bapa'," katanya.

Azalina berkata, buat masa ini, terdapat tiga lagi enakmen negeri yang membenarkan kedua-dua ibu bapa memberikan kebenaran untuk menukar agama anak kepada Islam iaitu enakmen di Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu.

Katanya, kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh dan input daripada semua pihak akan dipertimbangkan.

"Saya harap semua pihak akan melihat cadangan pindaan itu secara objektif dan mengelak daripada mempolitikkanya untuk apa-apa sebab atau terlalu awal mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...