TERKINI :

Friday, December 9, 2016

KENAPA PAS PERLU DIBUBARKAN?

Katakanlah konon-kononnya Umno yang memerintah sekarang melaksanakan sepenuhnya syariat islam dalam konteks sistem pentadbiran dan pemerintahan. Negara Malaysia bertukar wajah dari sistem Sekular  kepada sistem islam yang menyeluruh(islamic state). Dan Negara Malaysia yang majmuk ini pun sudah jadi Negara islam sistem ala-ala Khalifah di zaman silam.

Apa jadi dengan Pas. Pas akan dibubarkan. Wajarkah Pas dibubarkan? tentu sekali wajar kerana kehendak Pas yang selama ini termaktud dalam diri para jemaah sudah terlaksana.

Kadang-kadang saya lihat Pas berhujah dalam perkara-perkara yang mungkin tidak termanpu dan tercapai untuk dilaksanakan di negara majmuk ini. Kalaupun benar sistem syariat tercapai dan Umno melaksanakannya nanti. Maka pas berjanji akan di bubarkan, kerana perjuangan mereka ketika itu tidak berfungsi apa-apa lagi. Pas hanya berfikir setakat ini. Secara spontan on the stop. Tidak mengapa pas...

Sepatutnya Pas berhujah bagini. Pas akan terus survival dan sesekali tidak perlu di bubarkan. Sekalipun syariat berjalan, Pas hendaklah terus ujud menjadi pengkritik Umno, walaupun Umno sekarang sudah membentuk kenegaraan bersyariat islam di dalamnya. Bukan maknanya apabila syariat berjalan. Pemimpin dan pemerintah itu tidak korap,tidak rusuah, tidak zalim, tidak menyeleweng, tidak menindas, tidak nepotisme/kronisme,

Ketirisan akan berlaku juga,penyelewengan dan kezaliman akan tetap ujud kerana ia bersifat fitrah dari dahulu hingga sekarang.Apa lojiknya Pas tiba-tiba hendak di dbubarkan?

Saya tidak paham dengan politik Pas hari ini. Jangan marah hanya meluahkan pandangan dan pendapat yang berbeza sahaja.

Pas mahu tanding semua kerusi Permatang Pauh


Jamsari Samad

PERMATANG PAUH - Pas Permatang Pauh mempertikaikan keputusan Parti Amanah Negera yang mahu bertanding di kerusi Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat Pas sejak sekian lama.

Ketua Penerangannya,Jamsari Samad berkata, Pas tetap dengan pendirian untuk terus menentang Umno dan ia berjaya direalisasikan apabila telah beberapa kali mengalahkan parti itu dalam beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di kerusi berkenaan.

Bagaimanpun, kentayaan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam yang menyatakan minat untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh amat mengejutkan.

"Adakah Amanah mahu bersekongkol dengan Umno untuk merampas kerusi itu daripada kami pada PRU akan datang. Saya yakin usaha mereka akan sia-sia kerana rakyat akan memilih Pas pada PRU akan datang.

"Pas Permatang Pauh mengalu-alukannya sesiapa sahaja mahu bertanding kerana ia hak demokrasi,cuma persoalan disini mengapa Dun Permatang Pasir untuk mereka bertanding?," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Jamsari berkata, umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga Dun dan Parlimen Parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh Pas namun atas semangat toleransi Pas memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

Katanya, untuk PRU akan datang Pas akan bertanding di kerusi Dun Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir termasuk meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Kami juga berhak meletak calon ketiga Dun dan Parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi.

"Saya mahu menasihatkan Mujahid supaya selesaikan dahulu krisis perpecahan ahli dalam Amanah Pulau Pinang sebelum bercita-cita bertanding di Permatang Pasir," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Dr Mujahid yang menyatakan parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.

Menurutnya, walaupun hubungan persahabatan antara beliau dan Salleh Man agak rapat, namun mereka tetap terikat dengan polisi parti.

"Amanah sangat berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir kerana Pas bukan lagi salah satu parti dalam Pakatan Harapan. Oleh itu, mengapa kita perlu memberi laluan kepada mereka?

"Memang benar saya berkawan baik dengan Salleh Man tetapi dalam hal parti, polisi perlu diutamakan. Tidak kira lah bagaimana baik pun kita dengan orang itu, polisi parti tetap yang pertama kerana beliau bukan lagi dalam Pakatan, melainkan beliau menyertai Amanah," katanya.

Apabila Rizal Ghazali u.turn untuk kekal bersama Kedah....

Azmi serah pada pengurusan
Wartawan Sinar Harian
9 Disember 2016

Rizal Ghazali yang berada dalam radar Felda United kekal bersama pasukan Kedah bagi mengharungi musim 2017.

PENGENDALI Felda United, Azmi Mohamed akan menyerahkan kepada pihak pengurusan berkenaan tindakan Mohd Rizal Ghazali membuat 'pusingan U' kekal bersama Kedah.

Terdahulu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar mengesahkan Rizal  kekal bersama skuad Hijau Kuning dan menafikan berita penghijrahannya ke pasukan lain. 

Menurut Azmi, tindakan itu menimbulkan sedikit keraguan kerana Rizal sudah  menandatangani kontrak bersama The Fighters.

"Kalau ikutkan sebelum ini, Rizal memang dah membuat keputusan untuk bersama Felda dan sudah pun menandatangani kontrak bersama kami.

"Keputusan Rizal berpatah balik ke Kedah itu...saya serahkan kepada pihak pengurusan.

"Status tersebut kita masih belum tahu dan masih menunggu keputusan akhir nanti," ujarnya.

Azmi turut mengesahkan senarai pemain akan membarisi Felda sudah hampir lengkap dan dalam fasa rundingan terakhir dengan beberapa pemain.

"Senarai pemain masih belum lengkap penuh, tapi boleh saya katakan progress kita 80 peratus.

"Kita sedang dalam rundingan terakhir dapatkan kembali Shahrul Saad, juga dalam perbincangan akhir mendapatkan penyerang import baru Argentina ganti Francis Forkey Doe," katanya.

Apa sikap sebenar Malaysia terhadap Myanmar?

DATO' ISKANDAR A SAMAD

PERDANA Menteri mesti memberi penjelasan kepada rakyat kenapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia berada di Myanmar walhal beliau dilihat lantang menyuarakan nasib masyarakat Rohingya di negara itu.

Akhbar Myanmar Times melaporkan Panglima Angkatan Tentera itu berada di negara tersebut untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.

Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada sebuah himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas.

Sikap sedemikian tidak akan memberi tekanan kepada pemerintah Myanmar untuk memberhentikan pembunuhan dan kezaliman kerana negara tidak kelihatan serius memperjuangkan nasib masyarakat Islam itu.

Kecuali kehadiran Panglima Angkatan Tentera adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah negara itu.

DATO' ISKANDAR A SAMAD
7 Disember 2016 – HARAKAHDAILY 7/11/2016

Jika Ini Kenyataan PAS, PH & PPBM Tak Perlu Layannya Lagi...

Greenboc.

Pas tidak perlu menang pilihan raya jika tolak kerjasama, kata PPBM 

Sesuatu yang pelik jika mana-mana parti politik tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan apabila mempunyai peluang sebaliknya mahu jadi pembangkang semata-mata.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor berkata, jika Pas berpendirian enggan bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya mewujudkan blok politik tersendiri, parti itu tidak perlu berhasrat untuk menang pilihan raya. 

"Saya merasa ganjil bila ada parti politik bercadang untuk jadi pembangkang sahaja. 

"Agak pelik pula bila sesebuah parti politik itu tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan bila ada peluang. 

"Jika difikirkan begitu, lebih mudah untuk jadi parti pembangkang sahaja kerana tidak perlu menang dalam pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline. 

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali semalam dipetik berkata, Pas tidak memerlukan PPBM sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang. 

Dalam masa yang sama Pas ujarnya lagi, boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam. 

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian menjawab balas kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad, bahawa PPBM tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. 

Tambah Kamarudin lagi, untuk menubuhkan sebuah kerajaan terlebih dahulu pakatan pembangkang mesti bersatu. 

"Pakatan pembangkang mesti bersatu dan perlu menang pilihan raya dengan kerusi secukupnya. 

"Memang sukar nak laksana pembahagian kerusi tetapi tidak mustahil," tegasnya. 

Bahkan Kamarudin tidak yakin sama ada Pas benar-benar hanya mahu jadi pembangkang semata-mata tanpa pegang tampuk pemerintahan. 

"Saya tidak yakin Pas sekadar mahu jadi pembangkang sahaja. 

"Sebabnya di Kelantan Pas menjadi kerajaan sudah lebih 22 tahun. 

"Jadi saya rasa kenyataan Dr Khairuddin itu tidak mencerminkan kehendak kepimpinan Pas dan ahli keseluruhannya," telahnya. 

Pas tidak perlukan PPBM sebagai pembangkang

Pas tidak memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali. 

Beliau berkata, dalam masa yang sama Pas boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.

"Menerusi Gagasan Sejahtera, Pas membawa politik matang dan sejahtera yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan penyelesaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir semalam bahawa parti itu tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan bagi menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Beliau berkata, tarikh akhir akan diberikan kepada Pas untuk membua keputusan sama ada mahu bersama Pakatan Harapan atau tidak. 

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus menasihati Mahathir agar terus bersama Pakatan Harapan dan belajar menjadi pembangkang yang tegar. 

"Dr Mahathir baru sahaja belajar menjadi pembangkang. Beliau boleh belajar menjadi pembangkang tegar seperti Pakatan Harapan yang membangkang apa sahaja dan bermain politik kepartian sepanjang masa," katanya. -MD

ULASAN GB 

Apa pun parti yang bersama dengan Pakatan Harapan perlu bertindak tegas terhadap PAS. Tak perlu lagi terhegeh-hegeh melayan parti itu kerana sudah jelas dari kenyataan At-Takiri bahawa PAS memang tidak bersedia untuk bersama dengan blok utama parti pembangkang. 

Ada pihak yang berhujjah jika parti pembangkang berpecah dan berlaku pertandingan tiga penjuru maka ia akan memberi laluan kepada BN untuk menang di dalam pilihanraya. 2 PRK, Kuala Kangsar dan Sungai besar menjadi sandaran. 

Ia tidak semestinya benar. Apa yang jelas rakyat sudah mengetahui corak permainan PAS. Ia kini lebih bersama-sama dengan UMNO BN. Malah jika ia menyertai blok Pakatan Harapan maka ia akan lebih membahayakan PH sendiri kerana sikap lalang PAS itu mungkin sahaja menikam PH semula jika mereka menang nanti. 

Justeru itu, kita menyeru kepada semua pihak yang bersama dengan PH agar lupakan hasrat untuk memujuk atau mengharapkan PAS kerana hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Parti yang sehebat manapun tetapi jika mereka berasingan akan tetap kalah, apatah lagi parti yang bodoh sombonmg, angkuh dan paling teruk, parti yang mengkhianati rakyat. Mereka akan terhumban keluar dari arus perjalanan politik negara yang kini bergerak ke hadapan untuk SELAMATKAN MALAYSIA. 

Pemuda UMNO Kedah Gesa Pemuda PAS Kedah "Cermin" Diri Sendiri

ALOR SETAR - Pemuda PAS Kedah diminta supaya bermuhasabah diri dan lihat pada "cermin" terlebih dahulu sebelum mendakwa UMNO Kedah "takut" kepada penubuhan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, PAS sebelum ini pernah melalui keadaan yang sama seperti UMNO sehingga lahir parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) yang saban hari dikecam para pemimpin PAS.

Sebaliknya, beliau meminta Pemuda PAS menjelaskan pendirian parti itu terhadap PAN ekoran pelbagai serangan telah dibuat parti Islam itu yang tidak putus-putus menghentam kepimpinan parti serpihan PAS itu dengan pelbagai label seperti "pengkhinat parti", "syaitan dalam jemaah" dan sebagainya.

"Macam PAS juga sebelum ni yang hadapi masalah dalaman hingga lahir PAN. PAS kata PAN khianat pada perjuangan parti sebab gilakan kuasa dan jawatan, bukan?

"Jadi hampir sama jugalah apa yang berlaku dalam UMNO di mana wujud golongan yang lebih pentingkan kuasa dan jawatan berbanding perjuangan parti. Lebih kurang sama saja...

"Jika PAS terkesan dengan PAN, maka UMNO juga mungkin terkesan sedikit sebanyak dengan PPBM. Tapi jika PAS rasa tak terkesan dengan PAN, apatah lagi kami yang sebenarnya memang tidak terkesan dengan 'Bunga Raya' itu," katanya kepada Kedahnews.com di sini, hari ini.

Pemuda PAS semalam mendakwa UMNO Kedah cuba menyembunyikan masalah dalaman mereka dengan mengambil pendekatan menyerang kepimpinan PPBM khususnya di Perhimpunan Agung UMNO 2016, baru-baru ini.

Tegas Shaiful Hazizy, UMNO  sudah menjelaskan bahawa kesan pada kewujudan PPBM di Kedah adalah terkawal, tidak menjejaskan keutuhan parti dan UMNO Kedah sedang bersiap-siaga memperkemas jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Justeru itu, beliau menggesa supaya Pemuda PAS Kedah supaya melakukan tindakan yang sama bagi memastikan PAN tidak "mencuri" ahli atau mana-mana kerusi milik parti itu pada PRU ke-14 nanti.

Katanya, Pemuda PAS sepatutnya menghayati pendekatan politik matang dan sejahtera yang kini dipraktikkan kepimpinan PAS di peringkat pusat yang memperlihat kematangan di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang sanggup sepentas dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, membina kesatuan ummah.

Shaiful Hazizy berkata, pendekatan seperti itu lebih dianjurkan oleh Islam berbanding mencari alasan untuk bercakaran sesama umat Islam hanya kerana kuasa politik dan jawatan yang menjadi idaman PPBM dan PAN. -Kedahnews.com

Dr M tak rugi, tak hina jemputan ke istana dibatalkan

Zainuddin Maidin

Siapakah yang akan kesipuan jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri istiadat menandatangani sumpah jawatan yang di-pertuan agong di Istana Negara pada 13 Disember ini?

Datuk Seri Najib Razak atau Dr Mahathir?

Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Dr Mahathir hadir di upacara itu. Pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpukan perhatian kepada beliau untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.

Ini akan meletakkan pemimpin BN, terutama perdana menteri dan menteri-menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan.

Tentunya pihak keselamatan tidak dapat melarang sesiapapun juga untuk menemui Dr Mahathir di majlis itu.


Dr Mahathir menerima undangan untuk hadir diupacara itu daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 10 November lalu, manakala maklumat pembatalan dari pihak yang sama diketahui pada 13 Disember.

Ini mendedahkan kesilapan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu kerana tidak memaklumkan lebih dahulu kepada Jabatan Perdana Menteri.

Pembatalan itu dibuat setelah Dr Mahathir menjawab akan hadir dan didakwa bukanlah bertujuan untuk memalukan beliau, tetapi untuk mengelakkan "kesipuan" yang akan dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak jika berlaku pertembungan dengan bekas perdana itu.

'Saya minta maaf'

Dalam hal ini tidak ada kerugian pada Dr Mahathir. Beliau tidak akan dipandang hina sekali pun ada sesiapa datang menemuinya, sebaliknya akan menimbulkan simpati lebih tinggi kerana umum melihat penghinaan yang sudah keterlauan dilakukan terhadapnya.

Maka itu sebelum meletusnya suasana "kesipuan" di majlis yang paling berkemuliaan dan berkedaulatan itu, tindakan tegas mesti diambil oleh Jabatan Perdana Menteri walaupun akan timbul anggapan buruk daripada rakyat bahawa "Istana Negara adalah milik Najib dan BN".

Hari ini Dr Mahathir mengesahkan menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.

Semalam, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Dr Mahathir yang membatalkan undangan itu tersebar meluas di Internet.

Ia menjelaskan pembatalan itu bagi "mengelak kesipuan (embarrassment)" kerana tiada kerusi untuk Dr Mahathir disediakan pada acara itu.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir mendedahkan beliau menerima undanganuntuk hadir pada 10 November lalu.

Mengulas reaksi terhadap pembatalan undangan itu, Dr Mahathir berkata: "Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti," katanya.

"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan parti BN".

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN  bekas menteri penerangan dan Tokoh Wartawan Negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu. Tulisan ini termuat dalam blognya, Zamkata





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...