TERKINI :

Sunday, December 4, 2016

Dyana Sofya jawab kehilangannya

NURUL KHALEEDA RASHIKIN
4 Disember 2016


Dyana Sofya

SHAH ALAM - Kehilangan bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud terjawab apabila beliau menjelaskan episod kehilangannya itu dari arena politik seketika.

Menurutnya, beliau baru sahaja tamat menyambung pelajaran di kota London membuatkan dia menyepi seketika dari dunia politik.

"Saya baru sahaja pulang dari melanjutkan pelajaran di London, kini saya kembali untuk berkhidmat pada parti saya.

"Saya juga akan berkhidmat semula sebagai peguam pada awal tahun hadapan," katanya ketika ditemui di Konvensyen DAP di sini,  hari ini.

Mengenai persiapan beliau menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 kelak, dia kini sedang fokus untuk mengambil hatianak muda.

"Sekarang saya sedang fokus untuk menarik anak muda untuk mengambil bahagian dalam politik.

"Undi anak muda sangat penting kerana mereka ini bilangannya ramai dan juga menjadi tonggak negara, sememangnya kini saya bekerja keras untuk PRU nanti," katanya lagi.

PERWAKILAN UMNO KEDAH LENA & TAK DAK AKAI SANGGUP BIAQ ORANG KEDAH DIHINA

KELMARIN 1 Disember 2016, kita diHINA.

Orang Kedah diHINA di Perhimpunan Agong. Penghinaan ini dikepalai oleh Presiden Umno Najib Razak dan ikuti oleh pimpinan parti termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.

Jangan kita lupa tarikh ni. Tarikh di mana orang Kedah dipandang hina dan dihamun oleh pimpinan parti kita.

Lebih malu, orang Kedah yang hadir di Perhimpunan kali ini, tak dak sorang pun bangkit mempertahankan MARUAH kita.

Nak kata tak dak akai, semua ada otak.

Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin dikutuk dan dihina oleh Najib dan sebelum itu, Khairy Jamaluddin dan Shahrizat turut serta.

Apa perwakilan Umno Kedah buat di PWTC? Makan angin?

Baik buruk Tun Mahathir, dia lah yang menaikkan nama Kedah selama ini. Baik buruk Tun Mahathir, hampa, Ketua Bahagian Kedah tak ke mana. Tanpa Dr Mahathir hampa bangsat dan merempat seperti mana selepas Mahdzir Khalid "serahkan" Kedah kepada PAS.

Kita tak kata Dr Mahathir betui dan kita tak kata Dr Mahathir salah. Tapi kenanglah jasa.

Puak Kedah termasuk Bashah Mat Hanipah hidup dalam politik serba sedikit kerana Dr Mahathir, kalau tidak hampa tak dak apa pun.

Semalam Dr Mahathir dihina. Tak seorang pun dari hampa mangkit mempertahan maruah Kedah.

Kalau nak kritik, kritiklah. Tapi bila melampau, tak kan kita biaq sampai macam tu.

Dalam pertandingan bola, semasa Piala Malaysia baru ni, kita sokong Kedah tak berbelah bagi. Menang pun kita sokong, kalah pun kita sokong. Cuma tahun ni kita menang.

Selama ni kita sokong Dr Mahathir, dan kalau nak kritik pun kritik lah. Tapi bila melampau, kita kena buat sesuatu.

Apa yang Dr Mahathir buat pada Najib yang kita kata salah?

Salahka Dr Mahathir TANYA?

*1. Salahka Dr Mahathir tanya pasai penyelewangan dalam 1MDB?.*

*2. Salahka Dr Mahathir tanya macamana duit 2.6 billion Ringgit tiba-tiba ada dalam akaun Najib? .*

*3. Salahka Dr Mahathir tanya sapa yang derma RM2.6 bilion kat Najib?*

*4. Salahka Dr Mahathir tanya pasai hutang 1MDB berjumlah RM42 billion Ringgit?*

*5. Salahka Dr Mahathir tanya pasai apa tanah kerajaan dijual dengan harga murah?*

*6. Salahka Dr Mahathir tanya mana Najib dapat duit untuk kenduri anak dia, bunga dari bumbung sampai ke lantai? Salah ka?*

*7. Salahka Dr Mahathir tanya bila nak tangkap Jho Low padahai di court singapore macam-macam cerita keluaq macam mana Jho Low sapu duit kita? Salahka?*

*8. Salah ka Dr Mahathir bangkit cerita DOJ?*

*9. Salah ka Dr Mahathir tanya pasai apa Najib nak rahsia laporan PAC?*

*10. Salah ka Dr Mahathir tanya mana anak Rosmah, Riza, dapat duit beli harta dan joli di Amerika Syarikat.*

Kita boleh list berpuluh soalan Dr Mahathir. Semua soalan ni Najib tak jawab cuma duk ulang "saya bukan penyamun".

Kita tak tuduh dia menyamun, kita suruh dia jawab soalan-soalan ni. Jawablah.

Jawab tak mau, tapi duk hentam Tun dalam perhimpunan.

Awat hampa ingat kami tak dak maruah, tak dak perasaan.

Ketua-ketua bahagian Kedah yang pi PWTC, awat hampa tak dak akai.

Ada kawan cakap ada perwakilan marah kat PM kerana hina Kedah. Ada yang kata depa kesian kat Tun. Kalau sebelum ini depa marah sebab Tun tubuh Bersatu, bila Najib hentam Tun, depa naik kesian pada Tun.

Ada yang rasa Najib hina depa dengan hentam Tun. Lega juga dengaq ada perwakilan Kedah yang ada sikit akai.

Kepada Shahrizat, apa beza hang dengan orang lain. Hang ingat boleh lupa kes lembu dan kes lembu dalam kondo?

Kepada KHAIRY, kami tak akan lupa ucapan hang masa perhimpunan Pemuda.

Hang pun mudah lupa. Hang lupa jasa orang tua 91 tahun kat bapa hang dan keluarga hang.

Nak mengkritik boleh. Tapi ada adab dan limit dia.

Hang ingat kami tak tau apa Tun buat untuk bapa hang. Macam mana bapa hang boleh jadi Duta di negara besaq-besaq.

Tanya mak hang, kalau hang tak tau. Mak hang orang Kedah. Kenai Dr Mahathir. Tanya mak hang betui dak Mukhriz pernah tidoq di rumah bapa hang kerana hampa kenang jasa Tun letak bapa hang sebagai Duta.

Rohingya: Zuhdi tak faham antara usul dan soalan lisan, bidas Amanah


Pas membisu di Parlimen namun hadir ke himpunan solidariti untuk Rohingya esok

Parti Amanah Negara (Amanah) membidas kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mendakwa Amanah ingin menjadi juara dalam isu kekejaman terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar apabila membawa usul mengenainya di Parlimen.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Raja Bahrin Shah berkata, isu Rohingya bukan untuk diambil kesempatan politik untuk menentukan siapa juara dan dakwaan Mohd Zuhdi itu menzahirkan sikap sebenar beliau.

Raja Bahrin berkata, Mohd Zuhdi tidak memahami perbezaan antara usul dan soalan lisan di Parlimen apabila berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah banyak kali mengemukakan soalan lisan mengenai Rohingya setiap kali persidangan.

"Pertanyaan di bawah soalan lisan berbeza dari Usul di bawah 18 (1) untuk di bahas secara terbuka di Parlimen. Soalan lisan seperti disebut beliau adalah terhad dan bukan dibuka untuk dibahas untuk menentukan pendirian dan tindakan.

"Ramai ahli Parlimen lain, termasuk yang bukan Islam, telah mengemukakan soalan lisan seperti yang telah dilakukan oleh ahli Parlimen Marang. Bukan Ahli Parlimen Marang sahaja yang membawa soalan Rohingya sebelum ini.

"Namun usul dibawah 18 (1) memberi ruang yang luas dan masa yang panjang untuk dibahas sedalam-dalamnya dan dimana boleh dipersetujui satu usul untuk diluluskan oleh Parlimen untuk tindakan kerajaan.

"Ini adalah perbezaan yang besar dibandingkan dengan soalan lisan yang terhad," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Raja Bahrin yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu, amat mengecewakan apabila tiada seoarang pun wakil rakyat Pas menyokong usul itu tetapi ingin berhimpun bersama Umno esok dalam isu yang sama.

"Amanah tidak membuat tuntutan bahawa isu Rohingya ini isu kami, malahan kami mengakui ini adalah isu seluruh rakyat Islam dan juga bukan Islam. Kerana itulah kami amat kecewa tiada seorang wakil Pas atau Barisan Nasional pun yang menyokong usul 18 (1) Rohingya pada hari ia ditimbulkan di Parlimen.

"Malahan lebih memalukan, selain dari dua wakil Amanah, adalah empat ahli Parlimen bukan Islam dari PKR dan DAP menyoal kenapa isu ini ditolak sementara Pas dan rakan yang dinasihatinya dari Umno membisu. Bisu dalam keadaan ini bererti setuju usul itu ditolak," katanya lagi.

Beliau juga tidak terkejut jika Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya esok yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Abdul Hadi dijadikan medan untuk mewujudkan suasana anti-bukan Islam demi kepentingan politik Umno dan Pas.

"Kami tidak mempertikaikan hak Pas untuk bersama dan bersepakat dengan Umno untuk berhimpun pada 4 Disember. Namun kenapa perlu ia dihadkan kepada ummat Islam sahaja? Adakah ia bertujuan mewujudkan suasana anti-bukan islam demi kepentingan politik Umno dan Pas?

"Soalannya mana yang lebih penting dan wajib untuk dibuat, melaungkan slogan dan berceramah berapi-api di stadium atau membuat pendirian dan menentukan tindakan kerajaan di Parlimen?

"Kami tidak hairan kalau akhirnya perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan melaungkan slogan anti-bukan Islam dan menyeru orang Islam bersatu menyokong Umno dan Pas sambil takut pada DAP. Amat jelas itu agenda sebenar perhimpunan ini," katanya.

PAU2016 kali ini PAS 'terselamat' dari serangan Umno

Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Perhimpunan Agung Umno kali ini mencipta sejarah baharu apabila julung kalinya Pas ‘terselamat’ daripada serangan Umno, sebaliknya buat pertama kali Pas menerima pujian daripada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, musuh politik Najib dan Umno kini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang, kecuali Pas.

“Tiada intipati ucapan Najib yang boleh dibawa pulang perwakilan sebagai pedoman dalam menghadapi kehidupan yang mencabar akibat beban hidup tinggi yang berpunca daripada penyelewengan, pembaziran dan salah guna kuasa. Apa yang dihidangkan hanya maki hamun terhadap Mahathir, DAP dan gabungan Pakatan Harapan,” katanya.

Menurutnya, pada ucapan dasar Najib ketika perhimpunan itu jelas menunjukkan beliau seolah bimbang dengan pengaruh besar yang dibawa Mahathir, malah mengakui bekas perdana menteri itu antara empat cabaran Umno.

 “Najib mengejutkan seluruh rakyat Malaysia kerana warga emas berusia 92 tahun itu amat  digeruninya kerana boleh menyebabkan Umno hilang kuasa pada PRU14. Serangan demi serangan terhadap Mahathir dilakukan dan mengisi sebahagian besar ucapan itu,” katanya.

Mahfuz berkata, serangan itu menjadikan Mahathir umpama sebuah institusi politik yang menggugat kedudukan Najib dan Umno/BN.

“Nampaknya, Mahathir ibarat ‘otai masih berbisa’,” katanya, berseloroh.

Menurutnya, pengakuan Najib itu dengan sendirinya memperakui Umno sedang mengalami  kereputan sebaliknya Bersatu yang diasaskan Mahathir berkembang mekar bersama komponen pembangkang lain.

“Secara tidak langsung, Umno mengakui gabungan itu mampu mencabar Umno/BN untuk mengambil alih kuasa pada PRU14 akan datang. Jika kita duduk dalam rumah kaca, jangan baling batu ke arah rumah orang lain,” katanya.

Jika Arwah Ust Fadhil Noor boleh sepentas dengan Tun M, kenapa Hadi & Najib tidak boleh..?

Beza Pertemuan UMNO-PAS 2002 & 2016

1. 2002 UMNO masih kuat dan bersatu. 2016 UMNO dah berpecah dan lemah. Tiada pilihan kecuali mempergunakan PAS (yg jugak lemah) utk memanjangkan hayat UMNO.

2. 2002 Jauh dpd pilihanraya. Tujuannya hanya utk Palestine sahja. 2016 tujuannya seperti pengulungan Najb dlm PAU 2016 untuk UMNO menang PRU14.

3. 2002 jauh dpd PAU dan PRU. 2016 selepas dpd PAU dan hampir PRU14. Agenda politik UMNO terlalu kuat dengan berlindung dibalik agenda ummah.

4. 2002 atas nama Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. 2016 atas nama Presiden UMNO dan Presiden PAS.

5. 2002 Tiada agenda PAS berbaik2 dgn UMNO atas nama Melayu Islam. 2016 Dgn jelas kononnya untuk agenda Melayu Islam.

6. 2002. Ada Tun Mahathir dgn kes Anuar yg sekarang kedua2nya telah berbaik2. 2016 ada Najib dgn tuduhan dpd Tun Mahathir beliau songlap duit 1 MDB, ada isu Altantuya dan ada Rosmah.

7. 2002 Ada Ust Fadhil tokoh Pemimpin Politik Islam Semasa. 2016 Ada Ust Hadi tokoh ilmuan Islam.

Andainya aku ada kuasa macam NAJIB, aku takkan hanya berdemo dalam dewan aircone..

Andai aku berkuasa hari ini...

1) akan ku bentang satu usul dlm parlimen utk mengutuk kekejaman myanmar keatas rohingya dan aku harap semua mp menyokong utk menyampaikan bahawa badan tertinggi dlm negara malaysia mengutuk apa yg berlaku.

2) akan ku bawa isu kekejaman ini ke ASEAN, OIC & PBB untuk badan2 dunia mengambil tindakan.

3) akan ku panggil balik duta dan rakyat malaysia yg ada di myammar dan juga mengarahkan duta di malaysia balik ke negara mereka

4) akan memutuskan segala hubungan dagang antara malaysia n myammar

5) akan mewujudkan satu pengkalan tentera sementara di malaysia bagi mengumpul pasukan tentera negara islam dan bkn islam yg menolak kekejaman ini.

6) akan kukerahkan kapal laut menghantar bantuan kepada mangsa atas nana ASEAN, OIC @ PBB.

7) akan diadakan satu himpunan soladirity mengutuk kejejaman tersebut di dataran merdeka serta di seluruh negeri.

Andainya aku ada kuasa...

MAT ALISHAH

Arab derma sebab Najib hebat, kata perwakilan Umno

PAU 2016 Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid mendakwa kehebatan Malaysia di mata dunia luar adalah kerana adanya pemimpin hebat bernama Datuk Seri Najib Razak.

Rizuan berkata kehebatan perdana menteri itu juga telah membuka hati putera Arab Saudi untuk mendermakan kekayaannya kepada Malaysia.

"Pasaran halal dunia sekarang bernilai USD2.3 trilion. Produk Malaysia tahun ini juga dijangka USD41 bilion, betapa hebatnya Malaysia di kaca mata dunia.

"Kenapa? Kerana dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Orang Islam di serata dunia hormat perdana menteri kita sebab itu putera Arab Saudi bagi (Malaysia) duit, bagi duit kepada perdana menteri untuk kegunaan bertanding pilihan raya.

"Bukan untuk dipakai diri sendiri," kata Rizuan ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mengulas lanjut, Rizuan menyeru semua pihak khususnya pembangkang agar tidak lagi terus menerus melemparkan fitnah kepada pemimpin negara itu.

"Ini terbukti, jadi janganlah kamu wahai pembangkang melemparkan berbagai fitnah kepada presiden," kata Rizuan.

Najib sebelum ini mendakwa dana itu sumbangan dari ahli keluarga diraja Arab.

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Julai mengumumkan saman sivil untuk mendapatkan lebih AS$ 1 bilion aset yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib menerima kritikan pembangkang berhubung dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB yang dibebani hutang dan deposit wang ke akaun peribadinya kira-kira AS$680 juta.

Perdana Menteri bagaimanapun secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan menyatakan sumber wang itu bukan daripada 1MDB.

Beliau juga berkata dana itu tidak digunakan untuk kepentingan peribadi.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, wang itu adalah hadiah daripada keluarga diraja Saudi, dan mendakwa kebanyakannya telah dikembalikan.

Patutkah Pengkhianat perjuangan rakyat menerima undi rakyat?

1. Dulu-dulu, dalam usrah, kuliah, tamrin, mukhayyam, kami anak muda dibakar semangat oleh ulama Pas supaya lawan Umno. Kalau mati kerana lawan Umno, mati syahid. Kalau menang, hidup mulia.

2. Kenapa kena lawan Umno? Sebab pemimpin Umno zalim. Mereka nasionalis, sekularis, pragmatis, tolak Islam. Mereka zalim kpd ulama dan rakyat. Lawan mereka adalah tuntutan agama.

3. Lalu ayat al-Quran tentang tegahan cenderung kpd orang yg melakukan kezaliman pun dibaca, dihurai, disyarah dgn panjang lebar. Sokong Umno, sokong orang zalim. Sokong orang zalim kena sambar dgn api neraka. Nak selamat drpd neraka mesti berjuang bersama Pas.

4. Ada pemuda yg letak jawatan dlm kerajaan utk berjuang bersama Pas. Ditukar, kena tindakan disiplin, tak naik pangkat perkara biasa. Pukul 4 ptg balik kerja, terus ke markas Pas buat kerja utk lawan Umno. Ada duit bagi duit, ada tenaga bagi tenaga.

5. Itu dulu-dulu. Semasa Yusof Rawa dan Fadhil Nor pimpin Pas. Semasa Abdul Hadi belum jadi presiden dan bermenantukan Din. Semasa Nik Abduh, Nasrudin belum jadi MP. Semasa Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin memimpin kami para pemuda. Semasa Taib Azamudin masih jadi imam Masjid Negara.

6. Kini, segala-galanya berputar. Umno bukan lagi zalim. Najib tak perlu dijatuhkan. Lawan Umno dikira khianat. Berkawan dgn DAP dikira musuh Islam. Ayat al-Quran tadi bukan dihala kpd Umno lagi tapi dihala kpd musuh Umno pula.

7. Padahal, Umno yg dahulu dan kini adalah sama dan tak berubah pun. Bahkan lebih teruk. Maknanya, pihak yg berubah adalah Pas. Berubah drpd lawan Umno kpd mesra Umno. Kononnya politik matang padahal politik gostan ke belakang.

8. Siapa khianat perjuangan jika ini yg berlaku? Jawabnya ialah Pas. Patutkah Pas yg khianat perjuangan rakyat menerima undi rakyat?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...