TERKINI :

Thursday, December 1, 2016

Perhimpunan Umno hanya medan bodek Najib, kata PPBM

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengkritik sikap Umno yang menjadikan persidangan agungnya kali ini sebagai medan membodek dan mengangkat Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman juga kecewa kerana ia turut menjadi platform mengkritik bekas pemimpin Umno.

“Saya nak ucap terima kasih juga kerana mempopularkan PPBM sekurang-kurangnya,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PPBM menjadi sasaran ucapan ketua Pemuda dan Wanita Umno

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memetik sajak “Melayu Mudah Lupa” karangan bekas perdana menteri itu, sementara Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil menyifatkan hari Dr Mahathir “bercium mulut” dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai “hari paling gelap” buat dirinya.

Mengulas lanjut, Hamidah dalam masa yang sama turut mempersoalkan kenyataan Shahrizat yang menyatakan Najib sebagai perdana menteri terbaik.

“Bagaimana ketua Wanita yang berpengalaman membuat penilaian mengatakan Najib adalah terbaik? Lebih baik daripada Dr Mahathir dan Tun Abdul Razak sendiri?

“Pada saya Shahrizat mungkin terlalu lena di atas, tidak melihat rintihan dan suara rakyat di bawah yang mengeluh melalui keperitan hidup dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut melihat persidangan sayap Wanita Umno tidak digunakan sebaiknya bagi membela rakyat terutama dari segi kenaikan kos hidup, pengangguran, kenaikan harga barang dan sebagainya..

“Perkara itu tak dibangkitkan, ia digunakan sebagai sesi menghentam Dr Mahathir secara khususnya. Ia satu perhimpunan yang gagal membawa aspirasi rakyat,” katanya.

Siapa yang Mudah Lupa... TUN M kaa.. KJ...!!!!

SAMBUNGAN EPISOD MELAYU MUDAH LUPA, SUDAHKAH KJ MELIHAT CERMIN PAGI INI SEBELUM PERGI KE PAU2016?


Siapa Pengkhianat? KJ dan Pemuda UMNO, bukan Tun M.

1. Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion...mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?

2. Malulah kepada pemuda2 Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta polis tangkap seorang pemuda Cina  jahat bernama Jho Low ini. Di mana Pemuda UMNO Melayu?

3. KJ pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura? KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

4. KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang. Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.

5. Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita.

6. Bila seorang negarawan tua berumur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara, anak-anak muda dalam Pemuda UMNO ini panggil dia pengkhianat?

7. Kamu biarkan seorang  pemuda Cina  Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita. Kamu  jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya. Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup. kalau bukan pengkhianat,  apa lagi nama sesuai kamu wahai Pemuda UMNO?

Petikan di atas adalah tulisan Ezam Mohd Nor yang diambil daripada laman Facebooknya. 

Sudahkah KJ melihat dirinya di cermin pagi ini sebelum pergi ke Perhimpunan Agung UMNO? (SH 01/12/2016)

Berapa ramai ahli secara spiritual masih bersama Umno, soal PPBM

 anina-saadudin_kj_umno_600_new
KUALA LUMPUR: Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin menyoal sama ada Khairy Jamaluddin sedar berapa ramai daripada 3 juta ahli parti itu yang secara spiritual masih bersama Umno.

Beliau yang juga ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, kepimpinan Umno kini harus sedar sama ada ahlinya masih mempunyai kepercayaan penuh terhadap kepimpinan parti.

“Khairy perlu memberi fokus membawa kembali semangat Umno dan bukannya bimbang tentang kami (PPBM) atau berapa ramai penyokong kami.

“Terdapat ramai daripada mereka pada perhimpunan (Perhimpunan Agung Umno) itu tetapi adakah kepercayaan mereka masih terhadap Umno seperti sebelum ini. Jika tidak, mereka harus bertanya kepada diri sendiri, mengapa tidak?” soal beliau.

Beliau berkata, Khairy harus berusaha menerapkan kepercayaan dalam parti dan bukannya melancarkan perang politik dengan PPBM melainkan jika parti baru itu mampu menjadi ancaman besar kepada Umno.

“Beliau perlu bertanya mengapa mereka menghadapi ini (masalah). Mengapa ramai ahli Umno tertanya-tanya sama ada mereka harus bersama parti itu,” katanya kepada FMT ketika ditanya mengenai ucapan Khairy hari ini untuk perwakilan Umno.

Anina berkata PPBM bukan sahaja akan bertanding di semua kerusi kuat Umno di kawasan luar bandar tetapi “di semua kawasan yang Umno pertandingkan. Di mana sahaja mereka bertanding, kita akan bertanding,” katanya.

Beliau juga memberitahu FMT mula memakai tudung sejak 29 Nov. Anina menjelaskan ia tidak ada kena mengena dengan permintaan orang bawahan.
“Saya menghormati pendapat rakyat kerana saya tahu mereka suka saya. Tetapi hari ini, saya memakai hijab, bukan kerana sesiapa memaksa saya. Hati saya memberitahu saya untuk berbuat demikian kerana saya kini bersedia untuk fasa baru dalam hidup,” katanya.

Khairy, ketua Pemuda Umno semasa berucap pada Perhimpunan Agung Umno 30 November berkata Umno dan PPBM akan berkempen terhadap penyokong yang sama, dan kesetiaan yang terbahagi adalah membimbangkan.

Oleh itu, beliau menghantar satu mesej yang jelas kepada perwakilan, dalam politik, sebaik sahaja anda berada di luar Umno, akan wujud garisan dan tiada tempat dalam Umno bagi mereka yang secara sembunyi bersimpati dengan PPBM. Ahli Parlimen Rembau itu juga memberi amaran jangan memandang rendah terhadap PPBM.

Khairy juga mendedahkan terdapat berita yang tersebar tentang bagaimana kepimpinan PPBM mengarahkan penyokong mereka dalam Umno mengekalkan kesetiaan dan mengejutkan Umno dengan serangan hendap apabila pilihan raya umum diadakan.

Anina dipecat daripada Umno pada September tahun lalu selepas memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno serta pemimpin utama parti lain berhubung dakwaan pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

Layan Orang Asli dengan adil, Pakatan beri amaran kerajaan Kelantan

orangasli_kelantan_600
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan Kelantan memberi layan adil dan ikhlas terhadap Orang Asli, berikutan penahanan 48 aktivisnya di Gua Musang semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, pakatan pembangkang juga memberi amaran kepada kerajaan negeri yang tindakan mereka dipantau teliti masyarakat umum dan antarabangsa.

“Kami menggesa kerajaan negeri bertindak dengan adil, tegas dan ikhlas dalam mempertahankan Orang Asli, dan membebaskan semua yang ditahan.

“Kerajaan negeri dan penangkapan pihak berkuasa terhadap Orang Asli akan terus dikritik semua.

“Kami yakin masih ada ruang untuk penyelesaian yang tidak memberi kesan kepada kedua-dua pihak, Orang yang Asli dan kerajaan Kelantan secara negatif.

“Adakah proses rundingan sudah sampai ke penghujungnya, yang memerlukan tindakan sedemikian rupa terhadap Orang Asli?” soalnya hari ini.

Orang Asli Temiar di kawasan itu membantah aktiviti pembalakan di hutan mereka beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkara itu menjadi teruk apabila masyarakat Orang Asli mula menyekat laluan keluar pembalakan sejak September dalam cubaan terakhir menghentikan aktiviti di Hutan Simpan Balah.

Menurut laporan Berita Harian, mereka yang ditahan berumur di antara 18 hingga 40 tahun, selepas polis dan Jabatan Perhutanan memusnahkan sekatan dibuat di Pos Petei dan Pos Bihai petang semalam.

Operasi 7 jam itu melibatkan 210 anggota penguatkuasa dan juga menyaksikan pondok buluh dibina aktivis di semua sekatan dimusnahkan.

Jabatan Kesihatan Kedah temui larva kupu-kupu

Datuk Dr Norhizan Ismail

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan menemui sejumlah larva kupu-kupu yang berkemungkinan merupakan kupu-kupu bakau susulan serangan ulat bulu hitam di Kampung Tepi Laut, Mukim Tebengau baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata spesies spesifik kupu-kupu itu masih dalam penelitian Pegawai Entomologi Kesihatan Negeri.

"Larva ditemui merayap di atas jalan, pokok-pokok dan kawasan sekitar. Larva turut ditemui sepanjang 1.3 kilometer sepanjang kawasan yang mempunyai pokok api-api," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, sebahagian penduduk di kampung itu menjadi gempar apabila kediaman mereka dipenuhi ribuan ulat bulu hitam sejak tiga hari lalu.

Semburan racun mengakibatkan jumlah ulat semakin bertambah.

Dr Norhizan berkata kewujudan larva hanya ditemukan pada pokok api-api di sepanjang tambak laut berdekatan, namun apabila makanan dihabitatnya berkurangan, larva tersebut telah bergerak ke kawasan rumah berdekatan.

"Pokok api-api yang ditebang kemungkinan menyebabkan gangguan pada ekosistem dan larva tersebut bergerak mencari habitat yang baru," katanya.

Sehubungan itu, penduduk yang terlibat dinasihatkan agar menjaga dan memulihara pokok-pokok di kawasan paya bakau dengan baik bagi menjaga ekosistem sedia ada.

Pihaknya, kata Dr Norhizan, setakat ini masih belum menerima sebarang laporan berhubung masalah kulit yang serius akibat serangan ulat bulu hitam di kampung itu dan ia mungkin disebabkan larva yang ditemui dalam spesies yang kecil dan tidak menyebabkan masalah yang serius jika tersentuh.

"Sehingga kini, tiada aduan seperti gatal-gatal, bengkak atau kemerahan apabila terkena larva tersebut, namun kita tidak menolak kemungkinan reaksi yang luar biasa sekiranya individu yang terdedah mempunyai masalah alergi atau alahan," katanya.

Sehubungan itu, penduduk yang berasa gatal, bengkak atau kemerahan pada kulit dinasihatkan untuk mendapat rawatan awal di klinik kesihatan terdekat.

Dr Norhizan berkata pendidikan kesihatan juga telah diberi kepada penduduk sepanjang lawatan dan siasatan dijalankan oleh Unit Entomologi dan Pest Negeri dan pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Kota Setar pada jam 11 pagi tadi. - Bernama

LADA - RM8.7 juta baik pulih Dataran Lang

Dataran Lang

LANGKAWI - Sejumlah RM8.7 juta dibelanjakan untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih struktur dan pembaikan Dataran Lang yang siap sepenuhnya pada 26 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata, ia merupakan kerja-kerja pembaikan besar pernah dijalankan ke atas produk ikonik Langkawi itu sejak ia diwujudkan lebih 20 tahun lalu.

“Selain pengukuhan struktur, kerja-kerja penambahbaikan itu turut melibatkan pemasangan lampu LED untuk memberikan pencahayaan menarik pada waktu malam dan pancutan air.

“Pada masa hadapan, pancutan air ini akan ditambah baik menjadi pancutan air muzikal dan kami bersama-sama Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mencari kaedah yang kos efektif untuk melaksanakan cadangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Projek Dataran Lang kepada Lada yang disempurnakan bersama Pengarah JKR Kedah Datuk Samsudin Bakar di sini, semalam.

Dalam pada itu juga, Samsudin berkata, penambahbaikan Dataran Lang itu merupakan satu daripada projek Lada yang dilaksanakan oleh JKR di Langkawi sejak September lepas.

Sementara itu beliau berkata, projek lain yang dijalankan JKR untuk Lada di sini antaranya pembinaan jalan alternatif Pantai Cenang yang menelan belanja kira-kira RM38.5 juta, menaik taraf Jalan Pantai Beringin (RM7.8 juta) dan Auditorium Dewan Mahsuri (RM7.3 juta). - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...