TERKINI :

Wednesday, November 23, 2016

USUL AKTA 355 HANYA DIBACA, TIDAK DIBAHAS, TIDAK DIUNDI - IKHLASKAH UMNO KEPADA PAS?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi akhirnya memberi jaminan usul persendirian Hadi Awang berkaitan Akta 355 untuk memperkasa mahkamah syariah akan dibentangkan sama ada pada Rabu atau Khamis ini.

Selaku Ketua Whip BN, Zahid juga semalam menganjurkan sessi taklimat kepada Ahli-Ahli Parlimen berhubung usul tersebut.

Tetapi berdasarkan suara-suara yang kedengaran di Parlimen, kebarangkaliannya ialah Hadi akan diberi ruang untuk membentangkannya pada Khamis iaitu hari terakhir sessi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Adakah usul itu tersebut selepas dibentang oleh Hadi akan dibahas dan kemudian diundi untuk ditentukan sama ada diluluskan atau sebaliknya?

Sebenarnya tidak.

Seorang Ahli Parliman Pas, Dr. Nik Maizan Nik Mohamad dari Pasir Puteh sendiri mengesahkan bahawa dalam taklimat yang dihadirinya bersama Zahid semalam bahawa usul tersebut hanya dibentangkan untuk kelulusan bagi bacaan kali pertama saja.

Ia kemudian, katanya, akan diangkat oleh kerajaan untuk dibahaskan pada  sessi Parlimen tahun hadapan.

Membawa usul tersebut untuk dibahaskan pada tahun hadapan tidaklah mengejutkan, malah bersesuaian dengan pengumuman Zahid mengenai pembentukan sebuah jawatankuasa pemilihan bagi tujuan memberi penjelasan terperinci berhubung pindaan akta tersebut.

Saya sendiri akan membawa kepada kabinet untuk mendapat persetujuan tentang cadangan penubuhan jawatan itu, kata Zahid lagi.

Persoalan yang timbul di sini ialah mengapa hanya sekarang baru dicadangkan penubuhan jawatankuasa pemilihan untuk memberi penjelasan itu sedangkan Hadi telah diberi kebenaran membentangkan usul persendirian itu buat kali pertama pada Mei lagi?

Kenapa jawatankuasa itu tidak ditubuhkan sebelum ini lagi jika benar pindaan Akta 355 itu mahu dilulus dan dilaksanakan?

Kenapa tiba-tiba hanya sekarang?

Adakah hanya setelah Hadi Awang baru-baru ini mengatakan Pas sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi tujuan satu lawan satu menentang BN, maka baru UMNO dan kerajaan tergerak hati untuk memulakan langkah menggerakkan usul persendirian Presiden Pas itu?

Dalam pada itu, berapa lama pula jawatankuasa pemilihan itu akan selesai melaksanalan tugas dan puas hati dalam memberi penjelasan?

Apakah mungkin perbahasan dan pengundian usul Akta 355 itu sempat dibawa pada sessi Parlimen pertama tahun depan yang dijangka pada Mac atau akan dianjak lebih lewat daripada itu?

Atau penubuhan jawatankuasa itu merupakan satu lagi helah untuk menangguhkan perbahasan dan pengundian Akta 355 itu, tetapi dalam masa yang sama merupakan senjata UMNO untuk menjauhkan  Pas daripada terus mengadakan rundingan kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain untuk matlamat satu lawan satu?

Tidak mustahilkah sehingga tibanya tarikh PRU 14  pun, perbahasan dan pengundian hanya angan-angan?

Apakah Najib dan UMNO benar-benar sanggup memberi ruang untuk Akta 355 itu didebat dan diluluskan sedangkan MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS dan beberapa parti lain sentiasa berkeras menolaknya?

Jika didebat dan dilakukan undian pula,  apakah semua Ahli Parlimen UMNO sedia menyokongnya di ketika mereka tahu rakan-rakan bukan Islam yang selama ini bersama mereka tetap menolak usul itu?

Akhirnya, ikhlaskah UMNO dalam soal Akta 355 yang pihak bukan Islam percaya ia merupakan laluan ke arah hudud atau Pas bakal terpedaya lagi? (SH 23/11/2016).

Wan Azizah : RUU355 - Pendirian sebenar hanya boleh ditentukan setelah penjelasan terperinci oleh YB Marang

KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN KEADILAN

RANG UNDANG-UNDANG AKTA MAHKAMAH SYARIAH
(BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 (AKTA 355)

KEADILAN mengikuti dengan teliti kemungkinan Rang Undang-undang (RUU) 355 akan dibentangkan dalam sidang Parlimen pada hari ini atau esok berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri semalam.

Sehubungan itu, kami ingin menegaskan kembali pendirian yang telah kami keluarkan pada 20 Oktober 2016 seperti yang disisipkan. Pendirian berkenaan diringkaskan seperti berikut:

1.      Sistem perundangan Islam wajar diperkasakan dengan hikmah dan penjelasan teliti kepada rakyat berasaskan matlamat murni Syariah (Maqasid Syariah) iaitu setiap tindakan harus menjurus kepada keamanan dan keadilan.

2.      Pemerkasaan perundangan Islam perlu dilihat dengan lebih menyeluruh atau holistik dan tidak semata-mata kepada perundangan atau hukum. Aspek pentadbiran, pengurusan, penggajian dan bidang kuasa mahkamah syariah perlu juga diberi perhatian.

3.      Kecelaruan kefahaman dan kepelbagaian persepsi masyarakat tentang RUU 355 telah timbul akibat tiadanya maklumat, perbincangan dan muafakat dengan badan-badan Islam dan ulama termasuk dengan masyarakat bukan Islam. Kami tetap memilih jalan muafakat untuk memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan beragama bagi bukan Islam.

4.      Sikap sengaja membiarkan isu RUU 355 berlarutan, terapung di Parlimen tanpa sebarang usaha memberikan penjelasan atau menganjurkan perbincangan dengan wakil parti politik dan masyarakat amat mencurigakan malah lebih buruk lagi, memberi imej negatif dan tafsiran mengelirukan terhadap Islam.

5.      Pendirian sebenar hanya boleh ditentukan setelah penjelasan terperinci oleh YB Marang dan lebih utama lagi pendirian dan jaminan Perdana Menteri bahawa hak-hak di bawah Perlembagaan akan dilindungi. Mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia.

Justeru, KEADILAN menggesa kerajaan pemerintah dan YB Marang untuk memandang serius pendirian di atas. KEADILAN juga mendesak untuk sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (Parliament Select Committee) yang terdiri daripada Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam ditubuhkan segera untuk meleraikan kemelut dan mengesyorkan penyelesaian terbaik.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

23 November 2016

DEMO BERSIH 7 DI 700 LOKASI DI SELANGOR, JAMAL BAKAL CATAT REKOD DUNIA...

Shahbudin Husin,

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/11/Jamal-bersih7.jpg
Selepas bebas dari tahanan polis selama empat hari dan mengaku tidak mandi dalam  tempoh itu, Jamal Mohd Yunus yang merupakan Ketua Kumpulan Baju Merah lantas mengumumkan kempen baru Bersih 7 yang akan dimulakannya esok.

Tidak seperti gerakan mereka sebelum ini yang hanya bertujuan mengganggu demonstrasi aman baju kuning  anjuran Bersih 2.0, sebaliknya kali ini ia bertujuan untuk membantu UMNO dan BN menawan kembali Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Harapan.
 
Katanya, rakyat Selangor perlu diselamatkan daripada kerajaan negeri sekarang yang mendustai rakyat berikutan banyak janji dalam manifesto PRU 13 dan PRU 13 yang belum ditunaikan lagi.

Jamal turut mengumumkan, demonstrasi Bersih 7 akan dimulakan di Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pada jam 3.00 petang esok dan kemudian akan diadakan di 700 lokasi di seluruh negeri itu.

Perghhh...700 lokasi untuk berdemo? Biar betul? 

Oleh kerana Selangor mempunyai 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri, pastinya 700 lokasi untuk demonstrasi Bersih 7 itu akan merebak hingga ke bandar-bandar kecil dan juga ceruk-ceruk kampung di seluruh negeri itu.

Sudah tentu juga ini adalah demonstrasi paling besar jumlahnya dan suatu kejayaan gemilang bagi sesebuah NGO  seperti Baju Merah dan tidak diragui lagi merupakan satu rekod dunia serta layak disenaraikan dalam "Rekod Dunia Guinness".

Dengan kejayaan menganjurkan 700 demonstrasi itu, Jamal secara automatik layak diisytiharkan sebagai satu lagi keajaiban baru di dunia ini. Bermakna kini sudah ada lapan benda ajaib di muka bumi ini.

Tidak ada mana-mana NGO di dunia ini, dulu, kini dan selamanya - pernah mengadakan demonsrasi sehingga di 700 lokasi banyaknya. Hanya Baju Merah mampu melakukannya.

Juga, dulu, kini dan selamanya - tidak ada mana-mana manusia mampu menggerakkan demonstrasi sebanyak 700 lokasi  melainkan hanya Jamal.

Kata orang Indonesia, hebat bener Jamal ini....

Itu baru ilham yang diperolehinya kerana tidak mandi selama empat hari. Bayangkan jika beliau tidak mandi selama seminggu atau lebih daripada itu. 

Jawatan menteri  apa agaknya sesuai untuk Jamal? (SH 22/11/2016).

Rayuan KPN,Menteri untuk batalkan saman fitnah Nurul Izzah ditolak oleh Mahkamah Rayuan

https://wanista.com/wp-content/uploads/2016/01/IZZAH.jpg 
 
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membatalkan saman fitnah difailkan terhadap mereka oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan kes saman itu perlu diteruskan untuk perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan yang betul dalam menjalankan budi bicaranya apabila menolak untuk membatalkan saman itu.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.

Khalid dan Ismail Sabri mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Jun lepas yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman fitnah itu.


Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, memfailkan saman itu selepas mendakwa Khalid mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya pada sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman pada 22 Novembert ahun lalu.

Beliau turut mendakwa Ismail Sabri telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya pada hari sama dalam satu acara di Bera, Pahang.


Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah berkata kenyataan itu dibuat oleh Khalid dan Ismail Sabri beberapa hari selepas tersiarnya gambar beliau bersama-sama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalulail Kiram.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah mendakwa perkataan fitnah itu antara lain, menggambarkan beliau terlibat dalam dalang insiden pencerobohan Sulu di Sabah pada 2013.


Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Mei hingga 11 Mei tahun depan untuk perbicaraan.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili Khalid dan Ismail Sabri memberitahu pemberita bahawa Jabatan Peguam Negara akan mempertimbangkan sama ada untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam R. Sivarasa dan Shahid Adli Kamarudin mewakili Nurul Izzah.

Jalan keretapi dah ada antara Kerteh - Kuantan, kenapa Najib bina yang baru lagi

Najib Razak dan memanda menteri gebang bahawa projek keretapi RM55 bilion yang akan menyebabkan Malaysia dan generasi akan datang membayar ufti besar kepada negara China berpuluh tahun akan datang diperlukan untuk membangunkan Pantai Timur. Konon projek ini akan membawa rahmat ekonomi yang besar.

Kami minta Kerajaan Persekutuan bentangkan laporan kebolehlaksanaan projek ("feasibility study"), mereka enggan sampai sekarang. Sebenarnya kerana mereka mahu sembunyikan bahawa rangkaian keretapi Kerteh-Kuantan telah pun ada dan ia tidak digunakan.

Terkejut? Jangan terkejut sahaja. Sebarkan berita 1Malaysia ini kepada semua.

Kenyataan Media
AHLI PARLIMEN PAKATAN HARAPAN

21 November 2016

ECRL: RANGKAIAN KERETAPI MENGHUBUNGKAN KOMPLEKS PERINDUSTRIAN KERTEH – KUANTAN SUDAH ADA

Sehingga kini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas pembinaan Rangkaian Keretapi Pantai Timur (ECRL) iaitu Datuk Rahman Dahlan masih enggan membentangkan laporan kebolehlaksanaan projek (“feasibility study”) projek tersebut seperti yang kami tuntut. Kajian itu dimulakan sejak 2009 dan dilaporkan siap sepenuhnya dalam tahun 2012 seperti yang pernah dilaporkan The Sun[1] dan dilaporkan kembali dalam tahun 2013 oleh Business Times[2].

Selagi laporan tersebut tidak dibentangkan secara telus di Parlimen dan kepada rakyat umumnya, sebarang hujah yang dikemukakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak untuk menyokong pelaksanaan projek ini adalah tidak telus. Jika benar projek keretapi ini mempunyai potensi kesan berganda ekonomi (“economic multiplying effects”) seperti yang diwar-warkan, sepatutnya laporan kebolehlaksanaan projek tidak disembunyikan.

Kajian awal kami mendapati ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan sama ada projek tersebut boleh membawa kesan berganda ekonomi yang berbaloi dengan hutang RM55 bilion yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa sebenarnya, PETRONAS memang sudah pun membina satu rangkaian keretapi khas untuk membawa kargo dari dua kompleks perindustrian berasaskan petroleum iaitu dari Kompleks Petrokimia Berintegrasi Kerteh (KIPC) ke Kompleks Petrokimia Berintegrasi Gebeng (GIPC) yang seterusnya bersambung ke Pelabuhan Kuantan.

Kewujudan rangkaian keretapi khas sepanjang 77 km ini dipaparkan di laman web Invest In Pahang iaitu portal rasmi pelaburan Kerajaan Pahang di URL http://www.investinpahang.gov.my/index.php?ch=en_investinpahang&pg=en_connectivity&ac=11

Pelaburan dalam industri petrokimia di koridor perindustrian Kerteh/Paka ke Gebeng/Pelabuhan Kuantan adalah kawasan perindustrian terbesar di Pantai Timur dengan pelaburan melebihi RM30 bilion. Tidak ada kawasan di Pantai Timur yang menjana lebih banyak hasil ekonomi dan pekerjaan dari koridor perindustrian ini.

Rakyat juga umumnya tidak mengetahui bahawa walaupun PETRONAS telah membelanjakan wang membina rangkaian keretapi sepanjang 77 km di antara Kerteh ke Gebeng ini, khidmatnya tidak lagi digunakan seawal 2012 seperti yang dilaporkan oleh laman Property Guru[3] kerana kos pengangkutan menggunakan rangkaian itu terlalu mahal dan tidak berbaloi.

Semasa saya (Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan) berkhidmat di PETRONAS, saya pernah menjawat jawatan Pengurus Kanan, Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Petrokimia dari 2005 hingga 2007. Rangkaian keretapi 77 km ini tertakluk juga kepada bidang tugasan saya dan saya boleh mengesahkan kos pengangkutan menggunakan rangkaian ini mahal, lalu menyebabkan unit-unit petrokimia PETRONAS tidak menggunakannya atas sebab-sebab seperti berikut:

1.   Produk terbesar di kedua-dua kawasan perindustrian tersebut adalah bahan asas petrokimia (“feedstock”) seperti “ethylene” dan “propylene” yang digunakan terus di kilang-kilang polymer yang dibina bersama-sama dengan kilang-kilang bahas asas tersebut. Oleh itu, ia tidak melibatkan aktiviti pengangkutan yang kadarnya tinggi sehingga memerlukan rangkaian keretapi

2.   Produk polymer yang dikeluarkan dalam bentuk resin plastic seperti polyethylene (PE), polypropylene (PP) atau PVC banyak dijual dalam pasaran tempatan dan tidak dieksport. Maka, kedua-dua kompleks tidak memerlukan rangkaian keretapi atau pelabuhan bagi tujuan mengedarkan polymer ini kerana ia diedarkan menggunakan lori

3.   Produk lain dalam bentuk bahan petrokimia cecair atau aromatics dieksport terus dari Pelabuhan Kerteh yang mempunyai loji-loji simpanan cecair atau dihantar terus dari Gebeng ke Pelabuhan Kuantan.

Oleh yang demikian, sehingga kini tidak ada asas yang masuk akal yang membuktikan kesan ekonomi berganda yang berbaloi untuk menjana keuntungan bagi membayar hutang sebanyak RM55 bilion ini.

Jika pun ada pertambahan kapasiti yang memungkinkan kos per unit menggunakan rangkaian keretapi sedia ada boleh diturunkan (kerana lebih banyak produk secara pukal boleh menggunakannya), adalah lebih baik menaiktaraf saja rangkaian sedia ada yang dijangkakan hanya menelan belanja RM2 bilion. Itu pun sukar berlaku kerana PETRONAS telah membuat pelaburan baru di RAPID, maka semua kapasiti baru dibina di Pengerang dan bukannya di Kerteh atau Gebeng.

Oleh itu, kami tetap bertegas bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak masih gagal membuktikan ada justifikasi ekonomi yang berbaloi untuk melaksanakan projek yang akan membebankan rakyat dengan hutang.

Kami akan terus membongkarkan kepincangan-kepincangan ini sementara kami menyiapkan laporan awal kebolehlaksanaan projek yang sedang diusahakan.

RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN
TONY PUA, AHLI PARLIMEN PETALING JAYA UTARA
WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA
HATTA RAMLI, AHLI PARLIMEN KUALA KRAI
ONG KIAN MING, AHLI PARLIMEN SERDANG

[1] http://www.thesundaily.my/news/451481

[2] http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20130418001634/Article/index_html

[3] http://www.propertyguru.com.my/property-news/2013/3/33895/kerteh-kuantan-railway-to-undergo-rm2b-revamp

Berita baik untuk semua peminat AIR KETUM untuk perubatan..

KHASIAT AIR KETUM. Berita baik untuk semua peminat AIR KETUM untuk perubatan. Mungkin ada yang belum mengenali pokok dan daun ketum, sila rujuk gambar.

Institut Pencegahan Kanser Negara mengumumkan ranking daun ketum anti kanser.
1) daun ketum urat hijau 46.5%
2) daun ketum jenis urat merah 37.6%
3) daun jenis halus 35,4%
4) daun ketum bawal 34.7%
5) daun ketum ekor babi. 32.9%
6) daun ketum ekor kura. 29.8%
7) daun ketum hitam. 23.8%

TIPS UTAMA:
Semua daun ketum mengandungi kolagen, terutama daun ketum kuning sebagai yang paling banyak. Sedangkan bahan anti-kanser paling popular adalah jus ketum panas tanpa gula.

Penemuan resepi baru dari negara China. Bagi yg berpenyakit diabetes tidak usah bersusah-payah pergi berubat dengan doktor lagi. Cukup dgn mem'blender' 12 helai daun ketum panjang yang dicampur 1 daun ketum urat merah. Minum 2x sehari.

Silakan periksa kadar gulanya keesokan hari, dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yang membuktikan, ia mujarab tanpa perlu berpantang makan lagi.

Masyarakat kampung menggunakan daun ketum untuk membantu pertambahan tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat dan kuat berkerja. Ia boleh dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.

Daun ketum yang dikeringkan dan direbus boleh digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.

Selain daripada dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.

Rebusan daun kering dan akarnya pula boleh digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

PETUANYA:
Jangan petik bahagian pucuk. Petiklah daun-daun yang terdapat sebelum pucuknya.

Daun di pucuk khasiatnya kurang power kerana ia daun baru. Selepas dipetik, masukkan daun-daun tadi ke dalam periuk dan dibasuh dengan bersih.

Ramas daun ketum sehingga menjadi cebisan yang kecil agar kandungan nutriennya senang diserap.

Rebus daun ketum itu, tetapi jangan direbus dengan air yang banyak. Biar pekat. Lagi pekat airnya lagi piau (power).

Selepas 2 jam dimatikan api.

Biarkan rebusan itu sejuk sebelum ditapis.

Minum airnya, tetapi jangan berlebihan.

Air ketum tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...