TERKINI :

Monday, November 21, 2016

Kontrak Felda bernilai RM148m dimeterai tanpa kebenaran

Jabatan Audit Negara hari ini mendedahkan kontrak perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM148.42 juta telah ditandatangani tanpa kebenaran yang sah.

Ia melibatkan sejumlah 64 kontrak untuk perolehan 'light detection and ranging' (LiDAR) yang didakwa ditandatangani oleh pengarah jabatan pengurusan tanah tanpa kebenaran.

Tiada penilaian terhadap prestasi kewangan telah dijalankan ke atas kontrak-kontrak ini - 16 kontrak bernilai RM11.4 juta pada tahun 2013 dan 48 kontrak bernilai RM38.72 juta pada 2014.

"Pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch Sdn Bhd 2013-2015 telah dijalankan," kata Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2) yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

"Bayaran penuh daripada RM40.57 juta bagi 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch telah dibuat walaupun serahan daripada LiDAR tidak diterima sepenuhnya.

"Kerja-kerja telah dimulakan antara 39 hingga 136 hari sebelum pelantikan kontraktor diluluskan untuk 45 daripada 64 kontrak LiDAR bernilai RM33.83 juta," menurut pendedahan tersebut.

Kerja-kerja tersebut telah dijalankan berdasarkan rangka kerja yang dimeterai oleh pengarah yang tidak diberi kuasa untuk menandatangani, tambahnya.

"Penggunaan teknologi LiDAR untuk tujuan penanaman semula tidak dapat dimulakan kerana serahan untuk tempoh Oktober 2013 hingga Mei 2015 dalam bidang berkaitan tidak diterima sepenuhnya.

LiDAR bukanlah satu-satunya isu yang diketengahkan oleh laporan audit sebagai terdapat kesalahan. Ia mengenal pasti beberapa perolehan dan kontrak lain selepas mengaudit 15 anak-anak syarikat Felda.

Laporan audit menunjukkan bayaran penuh sebanyak RM40 juta telah dibuat walaupun kontrak bagi pelan tindakan projek jalur lebar Felda tidak tersedia.

Rangka tindakan projek jalur lebar sepatutnya dibuat oleh Felda Prodata Sdn Bhd.

"Pelaksanaan projek jalur lebar yang menelan belanja RM566 juta hanya siap sehingga penyediaan pelan tindakan," katanya sambil menambah bahawa projek percubaan dan penuh telah digantung sejak 29 Jan 2015.

Selain itu, MCM Value Sdn Bhd menerima RM209,000 untuk pengurusan nilai projek jalur lebar tanpa apa-apa kontrak.

Apa hasil himpunan Bersih? GST, MINYAK serta NAJIB dah turun ke..!!!

APA HASIL HIMPUNAN BERSIH?

Ada kawan dalam grup wassap yang masih bersama parti lama dok perli "alhamdulillah hari ini GST dah mansuh, harga minyak dah turun, tol dah tak ada... semuanya kerana himpunan BERSIH 5..."

Ayat2 yang sama pernah digunakan oleh penyokong umno dan yang sewarna dengannya tapi kini dilontarkan oleh rakan bahalol (eh silap.... rakan tahaluf) mereka.

Tak guna berhimpun berdemo yang tiada hasil. Menyusahkan orang lain. Kedai2 terpaksa ditutup sehingga merugikan peniaga. Jalan2 ditutup sehingga menyusahkan pengguna. Akhlak tidak terjaga.

Aku cuma nak bagitau gini saja.

Ya.. Yaa... Yaaa... Yaaaa..... Betul selepas Himpunan Bersih 5 kemarin dulu tidak ada hasil. Dan memang matlamat himpunan tidak mengharapkan perubahan sekelip mata tapi percayalah desakan himpunan yang disertai orang ramai, insyaAllah akan ada perubahan.

Aku ambik contoh beberapa himpunan sebelum ini. Himpunan Mansuhkan ISA. Berapa ramai yang ditangkap, ditahan dan didakwa. Aku terlibat dalam membela aktivis2 Mansuhkan ISA yang didakwa di Mahkamah sehingga peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi. Akhirnya apa?? Akhirnya ISA dimansuhkan. ISA tidak dimansuhkan sehari selepas demonstrasi tetapi ISA akhirnya dihapuskan juga.

Himpunan Membantah PPSMI. PPSMI tidak dimansuhkan sehari selepas demonstrasi tetapi akhirnya PPSMI tidak diteruskan.

Himpunan BERSIH sebelum2 ini juga berjaya mendesak pembaharuan pilihanraya, akhirnya dakwat kekal digunakan, pengundian awal dijalankan. Bukan sehari selepas demonstrasi tetapi ia berjaya mendesak perubahan.

Percayalah... Yang galak dok perli itu sebenarnya ketagih nak ikut berhimpun tapi akibat walak membabi buta tuli maka perli saja yang mampu.

Islam tidak membenarkan penganutnya menjadi BODOH sebab tu wahyu pertama diperintahkan supaya BACA!

Ikut pemimpin sehingga BODOH itu sebenarnya berkali2 BODOH.

Aku kesian.

Zulhazmi Shariff
21 November 2016

Bersih 5 rugikan rakyat, kata Hadi

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin dan Baharom Bakar bhkt@bh.com.my

PERHIMPUNAN Bersih 5 pada Sabtu lalu. - Foto Hafiz Sohaimi KUALA TERENGGANU: PAS menyifatkan perhimpunan haram Bersih 5 pada Sabtu lalu menyusahkan rakyat dan mengganggu ketenteraman awam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata perhimpunan itu yang gagal dikawal dengan baik oleh penganjurnya, jelas menjejaskan hak keamanan rakyat negara ini. Katanya, PAS gembira kerana ahli dan penyokongnya mematuhi keputusan supaya tidak menyertai Bersih 5.

"Kita melihat tidak ada satu kawalan yang baik untuk mematuhi ketenteraman awam di mana keamanan adalah hak semua.

"Boleh berdemonstrasi tetapi biarlah dengan adab yang baik. Kita tidak mahu demonstrasi menyebabkan) berlaku pertembungan yang merugikan rakyat," katanya yang ditemui pada waktu rehat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman di sini, hari ini. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215257?m=1

Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

 Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.

"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.

"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.

Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.
Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas
Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas

Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.

"Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi.

Kerajaan BN NAJIB yang ZALIM, AKTA PENGGANAS diguna keatas rakyat urus perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman



KEZALIMAN UMNO BN SAMPAI KE KEMUNCAKNYA APABILA AKTA UTK MEMBENDUNG KEGANASAN DISALAHGUNA UTK MEMANGSAKAN SEORANG NENEK TUA BERNAMA MARIA CHIN. SESIAPA YG MASIH MENYOKONG UMNO BN MAKA SAMA2LAH KAMU MENANGGUNG DOSA KEZALIMAN INI

Bukti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012/SOSMA Disalahguna dalam Memangsakan Rakyat yang Berani Bersuara Melawan Rasuah dan Salahguna Kuasa*

Tangkapan dan penahanan hampir 20 orang aktivis dan pemimpin pembangkang berkaitan himpunan aman #Bersih5 dan kemudiannya penahanan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di bawah akta SOSMA membuktikan akta yang diwujudkan kerajaan BN untuk méngawal pengganas telah disalahgunakan dalam memangsakan hak rakyat bersuara mendesak pilihanraya adil dan bebas.

Dimanakah janji kerajaan bahawa akta SOSMA tidak akan sesekali digunakan untuk tujuan politik, tetapi diwujudkan bagi membendung pengganas? Sehinggakan mantan peguam negara pun menyuarakan tiada mekanisme imbangan bagi mengawal pelaksanaan akta SOSMA sebelum ianya berkuatkuasa. SOSMA kini digunapakai tanpa kewujudan jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA?"[1]. Ternyata kita punyai kerajaan yang rabun undang-undang.

Penangkapan semberono ini beserta penyalahgunaan SOSMA jelas membuktikan kegusaran pembangkang ketika menolak pengenalan undang-undang SOSMA, POTA dan POCA yang diketahui memberi kuasa mutlak kepada kerajaan Datuk Seri Najib Razak tanpa kebertanggungjawaban. Di bawah SOSMA, Maria Chin kini tidak dibenarkan bertemu dengan peguam selama 28 hari!

Akhirnya jelas bahawa akta SOSMA, POTA dan NSC yang diluluskan dengan kadar yang luar biasa pantas tahun ini bukanlah untuk membendung pengganas dan aktiviti keganasan tetapi menakutkan rakyat daripada menyuarakan salahguna kuasa dan dana oleh kerajaan. [2]

Sebaliknya, tangkapan sebelum,semasa dan selepas perhimpunan merupakan tindakan yang bukan sahaja bertentangan dengan amalan demokrasi, bahkan juga menampakkan sifat kerajaan yang mengamalkan kediktatoran.

Kerajaan sering mengumumkan kononnya mereka menganjurkan amalan demokrasi yang sihat dan membuka ruang kebebasan bersuara yang inklusif. Namun tindakan menangkap aktivis, mahasiswa dan ahli parlimen dilihat bertentangan dengan apa yang mereka anjurkan. [3]

Senarai tahanan oleh kerajaan Dato' Seri Najib Razak setakat ini adalah seperti berikut:
1. Maria Chin Abdullah
2. Mandeep Singh
3. YB Anthony Loke
4. Arul
5. Ronnie Liu
6. Luqman Hakim
7. Jimmy Wong
8. Lee Khai Ming
9. Anis Syafiqah
10. Safwan Anang
11. YB Tian Chua
12. YB Zuraida Kamaruddin

Justeru, saya seru agar kerajaan membebaskan kesemua tahanan tanpa syarat kerana perhimpunan aman semalam terbukti berlangsung dengan jayanya. Hentikan perbuatan menyalahgunakan akta untuk menangkap aktivis dan pemimpin pembangkang hanya kerana perbezaan pendapat.

Rakyat sudah semakin jelik dengan pentadbiran negara yang mana jelas dibuktikan dengan himpunan puluhan ribu rakyat di Pusat Bandaraya semalam. Apakah selepas ini Dato’ Seri Najib Razak bakal umumkan kawasan demonstrasi sebagai kawasan darurat dan menggunapakai akta NSC atas alasan “keselamatan” versi kleptokrat?

Selamatkan Malaysia! #BebasMaria #BebasAnwar #BebasRakyat

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN

Di manakah jawatankuasa lindung jamin SOSMA? - Gani Patail

 http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/404152/5f6f.jpg
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempersoalkan di manakah jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' susulan pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA yang seharusnya di wujudkan.

Beliau merujuk kepada pembentukan jawatankuasa kajian khas, yang dijanjikan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan rang undang-undang SOSMA pada 2012.

"Di manakah jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA?" tanya beliau.

Tegas Abdul Gani, persoalan berhubung kewujudan jawatankuasa yang sepatutnya melibatkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam itu perlu dibawa ke perhatian kerajaan bagi memastikan undang-undang terpelihara.

Justeru beliau mencadangkan agar Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru untuk membawa perkara ini kepada pihak berwajib bagi memastikan 'check and balance' dan tiada penyalahgunaan undang-undang.

"Lindung jamin ke- 6 ialah apabila akta itu berkuat kuasa kerajaan juga akan menubuhkan satu jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta ini dari semasa ke semasa dan jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan.

"Jadi sepatutnya ada satu jawatankuasa yang ditubuhkan secara pentadbiran," ketika berucap di dalam forum "SOSMA - Wolf in Sheep's Clothing" di sini malam tadi.

Dalam masa sama beliau berkata wujud interpretasi dan pelaksanaan sesuatu undang-undang yang sering kali menjadi masalah walaupun sesuatu undang-undang itu sendiri adalah bagus.

Beliau mengambil contoh SOSMA yang dibuktikan sangat berguna ketika insiden Lahad Datu.

Apabila ditanya tentang kegunaan SOSMA dalam kes penangkapan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, beliau berkata, isu itu telah dibawa ke mahkamah dan perkara itu sewajar dikendalikan oleh pakar mengenainya.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, "Saya tidak boleh komen. Saya tidak mempunyai fakta kes. Saya tidak tahu apa yang pihak pendakwaraya ada."

Penampilan Abdul Gani dalam forum ini adalah yang pertama sejak perkhidmatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan Julai lalu.

Tak mustahil Umno dan Pas bekerjasama - Annuar Musa

 Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Umno dan Pas mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.
"Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan Umno menerima Pas dan Pas menerima Umno untuk bekerjasama," kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada 'DNA' sama.

"Politik adalah di atas 'possibilities', politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.

"Saya percaya antara parti politik (Umno dan Pas) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk 'parallel' dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Annuar berkata kedua-dua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk tujuan itu.

Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.

"PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain," katanya.

Tangkapan Bersih 5: Lapan dibebaskan, lima masih ditahan

 Solidariti untuk semua tahanan Bersih 5
Seramai lima ahli politik dan tiga aktivis yang ditahan sebelum perhimpunan Bersih 5 semalam dibebaskan hari ini.

Kesemua mereka telah ditahan pada Jumaat lalu dan disiasat atas pelbagai kesalahan.

Mereka ialah Urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh; ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng; ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan; aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhammad Safwan Anang.

Bercakap kepada pemberita selepas pembebasan tersebut, peguam Ramkarpal Singh berkata, perintah reman ke atas lapan individu tersebut tamat pada hari ini, oleh itu, mereka dibebaskan.

"Setakat yang saya tahu keseluruhan proses (boleh dicirikan) sebagai tahanan dengan niat untuk menghalang penyertaan mereka dalam Bersih 5.

"Ini adalah hal yang sangat memalukan kerana kita tidak nampak sebab atau keperluan untuk menangkap mereka semua pada malam sebelum Bersih," katanya.

Ramkarpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, polis mempunyai masa yang cukup untuk menangkap dan menyoal anak guamnya sebelum Bersih 5.

"Jelas sekali, ini semua dilakukan dengan niat untuk menggagalkan Bersih 5," ujar beliau lagi.

Lima lagi yang ditahan semalam dijangka dibebaskan esok.

Mereka ialah Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen DAP Anthony Loke; aktivis Hishamuddin Rais dan Adun DAP Howard Lee.
Artis Fahmi Reza, yang membawa karikator Najib Razak dijangka direman sehingga esok.

Semua ditahan di bawah Kanun Keseksaaan atas tuduhan merusuh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...