TERKINI :

Sunday, November 20, 2016

Bersih 5 aman, kenapa tutup jalan, kedai makan dan masjid?

 
Perhimpunan Bersih 5 terbukti mampu berlangsung secara aman jika tidak ada provokasi melampau daripada pihak tidak bertanggungjawab, kata ahli jawatankuasa Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Dr Zulkarnain Lokman.

Namun katanya, lalu lintas terganggu di sekitar Kuala Lumpur dan jalan-jalan menuju pusat bandar kerana banyak jalan utama yang ditutup.

Sebahagian daripada peguam Amanah yang menjadi pemerhati di perhimpunan Bersih 5 pada 19 November
Sebahagian daripada peguam Amanah yang menjadi pemerhati di perhimpunan Bersih 5 pada 19 November
"Sepanjang tinjauan, saya dapati perhimpunan ini berlangsung dengan aman tanpa gangguan. Yang terganggu adalah trafik kerana banyak jalan ditutup. Saya tidak nampak keperluan untuk menutup sebegitu banyak jalan," katanya yang bertugas sebagai peguam pemerhati sepanjang perhimpunan semalam.

Beliau juga kesal dengan pengurusan Masjid Jamek yang menutup tempat ibadat itu menyebabkan orang Islam tidak boleh menunaikan solat Zohor di situ.

Sebaliknya Masjid India dibuka dan ramai peserta Bersih 5 menunaikan solat dan berehat termasuk memberishkan diri.

"Saya juga kesal kerana Masjid Jamek Melayu ditutup kepada orang Islam untuk menunaikan solat zohor. Sedangkan Masjid India dibuka seluas-luasnya dan para jamaah bebas untuk bersuci, beristirehat dan solat.

"Ini adalah kerugian kepada Masjid Jamek Melayu kerana saya lihat ramai juga jemaah memberikan sumbangan kepada tabung derma masjid. Saya pasti tabung Masjid India bertambah berlipat kali ganda daripada hari biasa," ujarnya.

Selain itu katanya, tiada keperluan bagi peniaga khususnya peniaga kedai makan menutup perniagaan mereka semalam kerana ia ternyata merugikan.

"Saya juga lihat banyak kedai yang ditutup. Ini juga kerugian kepada peniaga itu sendiri khasnya peniaga makanan dan minuman. Semua meja penuh hari ini (Semalam). Malah, pagi tadi (semalam), restoran di KTM Kuala Lumpur telah kehabisan roti canai.

"Oleh itu, saya tidak faham kenapa kedai-kedai itu perlu ditutup sedangkan pelanggan berpotensi berduyun-duyun lalu di hadapan kedai masing-masing," katanya.

Perhimpunan semalam yang dianggarkan disertai hampir 50,000 orang bermula jam 10 pagi bermula di Bangsar dan Masjid Negara.

Bagaimanapun peserta perhimpunan tidak dibenarkan menghampiri Dataran Merdeka menyebabkan penganjur membuat keputusan untuk ke KLCC.

Ia berakhir di KLCC dengan aman selepas pidato beberapa pemimpin Bersih dan pemimpin politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jamil Khir - Perhimpunan Agung Umno akan bincang kerjasama politik dengan Pas

kerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam, kata MT Umno 
 
Langkah mewujudkan kerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam di negara ini, kata seorang anggota Majlis Tertinggi Umno.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata atas dasar itu Umno secara ikhlas, berani dan jujur sedia bekerjasama demi menegakkan tuntutan agama.

"Perkara ini seharusnya melangkaui dimensi politik dan perlu dilaksanakan demi membawa kebaikan seiring rasa takwa kita sebagai umat Islam.

"Usul ini akan dibawa sebagai agenda utama untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno nanti," katanya ketika menjadi speaker sesi ketiga: Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung di sini mulai 29 Nov hingga 3 Disember depan.

Jamil Khir berkata usaha memperkasa perpaduan Melayu-Islam merupakan satu daripada empat teras utama yang diberi penekanan pada konvensyen kali ini.

Tambahnya tiga teras lain termasuk mengangkat gagasan peradaban Islam model Malaysia, memperkasa institusi dan agensi Islam serta mengangkat kualiti pendidikan Islam.

Alhamdulillah.. PRESIDEN PAS telah 'discaj' dari hospital petang tadi


Alhamdulillah Tuan Guru Presiden telah discaj dari HSNZ, semoga beliau akan terus membimbing dan memimpin ummah, insyaa Allah.

Ribuan terima kasih kepada kakitangan HSNZ yang telah memberi rawatan dan layanan yang baik sepanjang beliau berada di Wad.

Sumber : https://www.facebook.com/abdulhadiawang/posts/1142286299189820

5 YB PAS engkar arahan parti dengan sertai BERSIH5, Dewan Pemuda PAS suruh ambil tindakan keatas mereka


Inilah YB-YB tersebut...

 
1. YB Mahfuz Omar, MP Pokok Sena, Kedah 

2. YB Ahmad Baihaqi, MP Kubang Kerian, Kelantan

3. YB Dr. Nik Mazian, MP Pasir Puteh, Kelantan, YDP Pasir Puteh

4. YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu

5. YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan, Kedah

Ibrahim Ali: Perkasa letak 50 calon bebas untuk PRU14

 ibrahim-ali
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengumumkan akan meletakkan 50 calon bebas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata calon bebas memberi alternatif kepada pengundi untuk membuat pilihan, khususnya pengundi Melayu.

“Kita tidak tolak kemungkinan Perkasa akan membariskan sekumpulan calon-calon bebas yang kita namakan ‘calon barisan bebas Perkasa’ untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Tumpuan kita ialah kerusi Parlimen majoriti Melayu, (yang) sudah tentu ditandingi Barisan Nasional, PAS dan Pakatan Harapan. Kita akan masuk,” katanya dalam satu sidang media di Stadium Titiwangsa.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dasar dalam Persidangan Agung Tahunan Ke-7 Perkasa 2016 yang disertai oleh 2,000 orang ahlinya.

Mewajarkan rancangan itu kepada perwakilan Perkasa, Ibrahim yakin ia tidak akan menjejaskan kepentingan pengundi Melayu seluruhnya memandangkan semua parti akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

“Kita percaya sesiapa yang menang di kawasan Melayu, ia tidak akan jejas orang Melayu,” tegasnya.

Terdapat 5 parti berteraskan Melayu-Islam yang popular ketika ini iaitu Umno, PAS, PKR, PPBM dan Amanah manakala parti lain seperti DAP juga mempunyai ahli berbangsa Melayu.

Ibrahim menjelaskan rasional disebalik rancangan Perkasa untuk menurunkan calon bebas.

“Pasal sistem di Malaysia ini bergantung kepada parti yang menang. Jika jadi ahli Parlimen…tak kira Umno, DAP atau PAS…anda tidak bebas. Anda boleh bercakap apa anda nak cakap, tetapi bercakap pun ditentukan oleh parti mereka,” katanya.

Tambahnya calon yang dipilih mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang meyakinkan.

“Bagi peluang kepada calon bebas, sebab barisan yang kita kenalpasti adalah mereka yang berkelayakan seperti bekas pegawai tinggi kerajaan, peguam pengalaman, golongan profesional dan tokoh agama,” katanya.

Alhamdulillah... Hari ini turun BERSIH, esok Najib turun perdana menteri..

BERSIH1 hingga 4: Apa yang kita dapat?

Nur Hanun Muhammad & Tarmizi Anuwar

ULASAN l Setiap kali menjelang perhimpunan BERSIH, persoalan seperti “Apa yang saya dapat jika turun perhimpunan BERSIH?” akan ditanya oleh sebilangan rakyat Malaysia.

Ada juga yang berpegang kepada “Hari ini turun BERSIH, esok Najib tetap perdana menteri”. Mereka menganggap tiada sebarang perubahan akan berlaku.

Ini antara kenyataan yang biasa kita dengar. Benar, hari ini pergi demonstrasi, esok kerajaan BN masih mentadbir Malaysia. Hari ini pergi demonstrasi, esok harga minyak masih tidak turun. Hari ini pergi demonstrasi, esok-esok harga tol akan tetap naik.

Pernahkah kita berfikir bahawa proses pendemokrasian atau perubahan itu jarang berlaku secara drastik.

Sebaliknya, ia memerlukan rantaian usaha, pengorbanan dan masa dalam memastikan agenda perubahan mampu digerakkan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh kita teliti, yang boleh dianggap sebagai kejayaan dalam pendemokrasian negara oleh rakyat sendiri melalui perhimpunan BERSIH1 hingga BERSIH4.

Pengetahuan tentang hak-hak rakyat

Celik sivik rakyat Malaysia dalam memahami Perlembagaan Persekutuan mengenai Perkara 10(1)(b) yang menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Jika sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kita semua mempunyai hak untuk menyuarakan rasa tidak setuju kepada kerajaan melalui perhimpunan aman di jalan raya.

Namun, setelah melalui empat siri BERSIH, boleh dilihat jumlah peningkatan daripada 30,000 orang pada BERSIH1 sehingga hampir 500,000 orang pada BERSIH4 menjelaskan orang ramai semakin berani ke hadapan, mengetahui dan bersuara tentang hak mereka di negara ini.

Walaupun sedikit ironi, tetapi intipatinya penting.

Dalam video terbaru yang telah dimuat naik oleh Facebook Kelab Che Det, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:

“Kita kalau nak lawan sesuatu tentulah ada rintangan, halangan. Kita mesti sanggup untuk menghadapi halangan dan mengatasi halangan itu.

“Kalau kita nak berjuang cuma bila keadaan cukup bersih, cukup elok, jalan luas dengan ditabur bunga, itu bukan perjuangan. Kerana hasilnya adalah kebaikan bagi diri kita”.

Peratus keluar mengundi semakin meningkat

Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13, sebanyak 13,268,002 pemilih yang berdaftar. Mereka terdiri daripada pengundi biasa sebanyak 12,885,434 orang, pengundi pos sebanyak 146,742 orang dan pengundi awal sebanyak 235,826 orang.

Pada tahun 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa dalam PRU13 sebanyak 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar telah keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula terdapat 505 kerusi, sebanyak 9,742,254 orang atau 85.82 peratus yang telah keluar mengundi.

Jika dibandingkan dengan jumlah pemilih yang keluar mengundi pada PRU12, terdapat peningkatan sebanyak 30.44 peratus iaitu dari 54.40 peratus pada PRU13 kepada 84.84 peratus pada PRU berikutnya.

Jumlah pemilih berdaftar pada PRU12 adalah sebanyak 10,922,139 dan jumlah pemilih yang keluar mengundi pula adalah 8,161,039.

PRU13 sebenarnya telah mencatatkan peratusan keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dan perincian antara PRU12 dan PRU13 dapat dilihat seperti berikut:

Penggunaan dakwat kekal

Buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia, SPR memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU12 tahun 2008.

Bagaimanapun ia tidak digunakan dengan alasan bertentangan dengan perlembagaan kerana menghalang orang yang mengundi walaupun tangannya bertanda.

Namun, sejak PRU13, ia telah digunakan secara rasmi sehingga yang terkini di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dakwat kekal ini akan dicalit pada jari setiap pengundi untuk mengelak kemungkinan ada percubaan oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab untuk mengundi lebih sekali di tempat yang berlainan.

Antara negara-negara lain yang telah menggunakan dakwat kekal ini adalah Afrika, India, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.

Walaupun penggunaan dakwat kekal ini meletakkan Malaysia dalam kumpulan yang sama dengan negara kurang maju, sekurang-kurangnya ini adalah usaha ke arah pilihan raya yang bersih.

Pada masa yang sama rakyat perlu terus menggesa agar penggunaan dakwat kekal ini diperbaiki kerana di beberapa negara lain telah pun menggunakan pengesahan sistem pengundian biometrik yang lebih sistematik.

Ke arah Malaysia Baru

Masih ingat ketika berlakunya tindakan agresif daripada pihak polis yang memukul, menembak gas pemedih mata dan menyembur air kepada para demonstran.

Kita telah menunjukkan kesepaduan jiwa dengan membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

Ada antara kita yang bantu membasuhkan muka dengan garam dan air serta memapah mereka yang cedera mendapatkan bantuan perubatan.

Dan perkara yang lebih penting adalah kita berjaya membuktikan yang kita mampu untuk berkumpul secara aman dan harmoni tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

Ini menunjukkan terdapatnya rakyat Malaysia yang benar-benar ingin melihat sebuah negara merdeka ini meningkat dewasa dengan matang dan menghormati antara satu sama lain.

Suka untuk saya kongsikan, jika ditanya tentang pengalaman menyambut hari kemerdekaan negara yang paling menyeronokkan dan menyentuh perasaan, secara peribadi adalah sewaktu menyanyikan lagu Negaraku bersama ratusan ribu rakyat Malaysia pada malam terakhir BERSIH4.

Malaysia baru

Penting untuk diingatkan, beberapa tahun kebelakangan ini, negara kita telah digemparkan dengan pelbagai isu yang melibatkan perkauman dan ekstremisme agama, kleptokrasi, nepotisme, rasuah, salah guna kuasa, kematian dalam tahanan dan banyak lagi memberi kesan kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.

Terbaru, anggota parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad pula ditahan reman hanya kerana mengkritik kerajaan Sabah dengan membongkar isu rasuah RM114.5 juta yang membabitkan seorang pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah.

Juga isu-isu seperti NFC, 1MDB, Rizab Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang berkait dengan integriti dan ketelusan pentadbiran negara ini menuntut agar rakyat Malaysia terus berani melawan kekejaman rejim pemerintah.

Untuk semua rakyat Malaysia, percayalah bahawa apabila kita membantah kebimbangan ini bersama-sama, kita akan menyedari bahawa kita sebenarnya berkongsi keresahan yang sama.

Ketepikan sengketa dan perbezaan, mari kita bersama-sama menjadi penggerak kepada pendemokrasian yang lebih baik di negara ini. Ayuh, satukan tenaga demi Malaysia yang baru!

NUR HANUN MUHAMMAD dan TARMIZI ANUWAR percaya kepada suara rakyat sebagai kunci perubahan ke arah Malaysia yang lebih sejahtera.

Tahniah sekali lagi buat BERSIH 5..!

1. Dengan dokongan serta sokongan padu dari pelbagai NGO serta Parti Pembangkang termasuk AMANAH, PKR, DAP dan BERSATU ia adalah yang paling berjaya meskipun tanpa kelibat dari Pas.

2. Pas tidak lagi boleh mendabik dada tanpa kehadiran mereka akan gagal. Pas bukan lagi penanda aras sokongan orang Melayu kepada pembangkang selepas kehadiran BERSATU dan AMANAH.

3. Gandingan mantap rakyat Malaysia(Melayu, Cina dan India) membuktikan budaya rasis serta perkauman melampau sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat.

4. Ini menunjukkan bahawa rakyat telah matang dan bersedia untuk menghumban BN-UMNO serta kuncu-kuncunya menjadi pembangkang. Kenaikan pelbagai kos sara hidup memungkinkan kebangkitan rakyat sedang bermula.

5. BERSIH 5 berjaya menolak budaya samseng tajaan baju merah kumpulan Jamal meskipun pelbagai provokasi dan gangguan di lakukan supaya BERSIH 5 di lihat tercemar.

Mazhar Yusof

BERSIH 5 : Baru aku kenal siapa kawan siapa lawan.. siapa berkecuali...

Sedikit catatan... Selepas kenyang nasi lemak royal....

Nampaknya benarlah kita merancang allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itu sebaik2 perancangan...

Kini baru aku kenal siapa kawan siapa lawan.. Siapa berkecuali.... Aku yakin Allah sedang cuba menunjukkan kepada dunia apa yg sedang berlaku sebenarnya...

Diawal kepergian aku pagi tadi aku ada memesan supaya pakat muhasabah dirilah semua... Sesungguh peringatan Allah itu datang berbagai cara untuk mengingatkan...

Jika kaya tetiba diberi miskin dan jika sihat diberikan sakit....itu semua kuasa Allah...

Dalam kita sihat tetiba kenapa kita jatuh sakit...aku boleh kata Allah sedang memperingati kamu duhai pemimpin...takala rakyat bangkit kamu tidak sedikit pon menyatakan sokongan...tapi sebaliknya berlaku dimana kamu biarkan pengikutmu mengherdik.. Memerli.. Memperlekehkan apa dilakukan rakan yg lain...lalu Allah turunkan peringatan...

Itu peringatan pada pemimpin...pada yg dibawah...jangan seronok jika ada modal memerli dan mengeji cara perjuangan sahabat terdahulu....

Jika tak nak pergi duk diam diam la, buat kerja dekat dengan rakyat, pastu bagi rakyat menilai nak undi parti hangpa ke tak pru14 nanti. Mudah kan??

tak payah la cakap sabtu pi bersih 5 ahad nasib orang miskin terbela, nampak sangat bodonya...

Takpayah dok bandingkan melayu kurang cina banyak... Semua itu persepsi sahaja...melayu kurang sbb kita ada melayu yg mmepertahankan najib lebih ramai diketika ini... Paling malang melayu mcm kamu.. Dah la menghasut melayu jangan pie kemudian bila kurang kamu suka... Apa sebenarnya yg tersemat disanubari kamu sebenarnya....

Bersih 1 dan bersih 2 hangpa sertai bersama dalam setiap himpunan seperti himpunan hijau ke putrajaya di stadium darulaman... himpunan royalti minyak kelantan di kb... akhirnya pakatan rakyat dapat memenangi 4 negeri disebabkan sedikit sebanyak impak dari bersih seperti penggunaan dakwat kekal dan sebagainya....

Ini bersih 5 kita berharap akan bagi impak sedikit sebanyak untuk pru14 nanti, bukannya sabtu pergi bersih hari ahad najib jatuh!

selagi angpa duduk dalam kepompong syurga neraka yang angpa duk label orang itu ini, selagi tu lah otak angpa tak pernah berubah.... hgpa suka seronok dapat memerli rakan seperjuangan dgn anda dahulu sdgkan dalam jiwa raga anda musuh anda dan musuh kami adalah tetap sama iaitu kjaan bn najib....

Tapi itu dululah..skrg kami dah tak campur dah sbb cara politik anda sudah berbeza dgn cara kami...apa anda nak anggap musuh anda dahulu terpulang sbb itu cara politik anda...

Yang pasti kami doakan semoga perjuangan kita semua diredhai Allah swt...

Mat Alishah
Nasi Lemak Royal AS

Proham: Ingat janji, Sosma untuk pengganas

Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (Proham) hari ini mengecam penahanan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Dalam kenyataan bersama Pengerusi Prohoam Kuthubul Zaman Bukhari dan setiausahanya Datuk Dr Denison Jayasooria berkata, tindakan itu melanggar janji diberi pihak kerajaan ketika Sosma digubal.

Kata mereka sebelum ini pihak berkuasa berjanji menggunakan Sosma hanya ke atas pengganas.

"Maria Chin seorang pejuang hak asasi manusia, bukan pengganas. Maria dan BERSIH cuma mahukan perubahan kepada sistem pilihan raya semasa di Malaysia untuk mendapatkan kebebasan dan keadilan pilihan raya.

"Ini tidak memudaratkan, atau melemahkan demokrasi berparlimen. Sebaliknya, ia menguatkan demokrasi berparlimen," kata mereka.

Maria Chin ditahan polis semalamselepas anggota keselamatan dan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

Turut ditahan bersama Maria Chin, anggota sekretariat BERSIH, Mandeep Singh.

Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kepada Malaysiakini Maria Chin ditahan mengikut Sosma.

Sebelum ini dilaporkan BERSIH disiasat mengikut Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana mengadakan aktiviti mengancam demokrasi berparlimen - suatu tuduhan yang boleh dikaitkan dengan peruntukan Sosma.

Ekoran penahanan Maria Chin mengikut akta itu Proham menggesa kerajaan membebaskannya serta penyokong BERSIH yang lain dan bekerjasama dengan pertubuhan itu untuk membawa perubahan dalam sistem pilihan raya.

"Bekerjasama dengan mereka mengambil langkah proaktif ke atas menambah baik sistem pilihan raya sedia ada," kata Kuthubul dan Denison.

Kuthubul ialah bekas presiden Majlis Peguam Malaysia manakala Denison ialah bekas ahli akademik dan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Benarkah BERSIH tidak mampu ubah apa-apa????

Bersih tak ubah apa-apa

Kalau orang kata Bersih tak ubah apa-apa, katakan pada mereka, betul! Bersih tak ubah apa-apa.

Dulu pilihanraya kita tak ada dakwat kekal, tapi sekarang ada dakwat kekal. Bersih tak ubah apa-apa.

Dulu masa Bersih 2, 3 bila rakyat bantah, rakyat kena tembak gas, kena hambat, kena pukul, tapi sekarang #Bersih5 hak membantah makin baik. Bersih tak ubah apa-apa.

Dulu Tun Dr. Mahathir perangi demonstrasi, dia lawan kita, dia lawan rakyat. Hari ini Tun Mahathir sendiri join demonstrasi, join kita, dia join rakyat, lawan pemerintah Kerajaan! Bersih tak ubah apa-apa.

Bersih tak ubah apa-apa. Tak ada langsung. Sebab, yang buat Malaysia berubah adalah rakyat.

Rakyat yang menggerakkan Bersih, yang telah dan akan terus mengubah Malaysia.

Ini bukti Malaysia boleh berubah dengan kuasa rakyat.

Harapan Malaysia di masa depan ada pada rakyat.

Pesan seorang atuk yang dipenjara di Sungai Buloh: Suara Rakyat, Suara Keramat.

Ini Kuasa Rakyat!

Yasir Tarmizi

KENYATAAN MEDIA : KECAM OPS BERSIH DAN PENANGKAPAN KE ATAS AKTIVIS BERSIH DAN AHLI POLITIK PEMBANGKANG

20 November 2016

Angkatan Muda Keadilan mengecam sekeras-kerasnya penangkapan aktivis Bersih dan ahli politik pembangkang seperti yang tersenarai di bawah;

Maria Chin Abdullah
Mandeep Singh Karpal Singh
S Arutchelvan
Ronnie Liu
YB Anthony Loke
YB Howard Lee
Lee Khai Meng
Wong Chee Wai
Anis Syafiqah
Muhamad Luqman Nul Haqim
Hishamuddin Rais
Muhammad Safwan Anang
YB Zuraida Kamaruddin
YB Tian Chua

Siri tangkapan ini adalah satu bentuk intimidasi dan pelanggaran hak asasi rakyat Malaysia. Hakikatnya pihak Polis Di Raja Malaysia dan pemerintah telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk melakukan siri tangkapan ini.

Hakikat bahawa BERSIH selaku penganjur telah memberikan kerjasama yang tinggi kepada pihak PDRM sebelum dan semasa perhimpunan dan telah bergerak di dalam ruang lingkup yang dibenarkan dalam sistem demokrasi dan Perlembagaan negara ini. Tindakan PDRM dan pemerintah ini adalah satu bentuk pencabulan hak rakyat dan Perlembagaan Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak injuksi untuk menghalang himpunan Bersih 5 dan kenyataan pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail yang menegaskan bahawa berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia termasuklah penjawat awam, pelajar universiti, ahli akademik dan guru mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Tindakan atau sebarang kenyataan untuk menghalang hak ini juga adalah menyalahi Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu hak kepada kebebasan berhimpun secara aman.

Angkatan Muda Keadilan mendesak agar pihak PDRM dan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional untuk segera membebaskan kesemua tahanan tanpa sebarang syarat. Tindakan menggunakan SOSMA dan kanun keseksaan yang lain untuk menahan mereka ini adalah satu bentuk salahguna kuasa oleh pihak PDRM dan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Angkatan Muda Keadilan juga akan mula mengerahkan anggota dan rakyat Malaysia untuk berhimpun di lokasi-lokasi penahanan pimpinan dan aktivis Bersih, sebagai tanda solidariti dan tunjuk perasaan serta sebagai satu bentuk tekanan kepada pihak PDRM dan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional untuk segera membebaskan tahanan-tahanan ini tanpa syarat.

Dr Afif Bahardin
Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan

'Tinggalkan BN dan menteri merapu'

Wartawan Sinar Harian
19 November 2016


Kelihatan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjalan dari Dataran Maybank menuju ke lokasi himpunan Bersih 5. - Kredit foto Azfarinaz Amran

KUALA LUMPUR - "Inilah masanya untuk rakyat Malaysia bangkit meninggalkan BN, parti ini tidak lagi membela kebajikan rakyat," demikian seruan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, impian rakyat hanya akan direalisasikan sekiranya kesemua parti pembangkang bersatu.

"Kepincangan kerajaan yang boleh diubah menerusi kerjasama kesemua parti politik lawan yang terdiri daripada Bersatu, PKR, Pas, Amanah dan DAP.

"Kita akan bentuk kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat semua kaum. Inilah masanya untuk rakyat Malaysia bersatu hati, pedulikan BN yang menindas..kita harus bersama.

"Masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kroninya dah tamat. Hentikan kenyataan merapu menteri-menteri Umno," katanya ketika himpunan Bersih 5 di depan KLCC hari ini.

Menurut Muhyiddin, rakyat yang cintakan negara tidak takut dan gentar. PRU14 akan jadi pentas perubahan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...