TERKINI :

Saturday, November 19, 2016

KLCC bertukar jadi "KUNING" pada petang ini..!! | #BERSIH5

 

Kawasan lapang berhadapan Menara Berkembar Petronas yang menempatkan pusat beli belah KLCC di Jalan Ampang kini dibanjiri lebih 30,000 peserta BERSIH5 petang ini.


Mereka berkumpul di situ dari beberapa lokasi selepas mendapat arahan daripada pengelola perhimpunan.

Sebahagian daripada mereka tiba di lokasi berkenaan menaiki LRT, manakala selebihnya berjalan.

Jika berjalan tempoh yang diperlukan untuk tiba ke situ dari kawasan Masjid Jamek ialah kira-kira 30 minit. Dianggarkan 3,000 orang memilih untuk berjalan setakat ini.

Dianggarkan ada kira-kira 30,000 orang sedang berkumpul di situ atau kawasan berhampiran sambil mendengar ucapan beberapa pemimpin termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir tiba di perhimpunan hari ini sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dari luar negara.

 

Turut kelihatan di atas kenderaan pacuan empat roda bersama Dr Mahathir dan Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dari PAS, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sementara itu kira-kira 2,000 lagi penyokong BERSIH masih melepak di Jalan Tun Perak manakala sebahagian besar peserta Baju Merah sudah bersurai.


Pasukan Baju Kuning Bersih memulakan proses pembersihan Jalan TAR

bersih-sampah 
KUALA LUMPUR: Selepas kempen berminggu-minggu yang menyaksikan tuduh-menuduh, amaran pihak berkuasa malah pergelutan yang bertukar ganas, ibu negara hari ini bersedia untuk perhimpunan Bersih 5, di samping sebuah lagi perhimpunan lawan untuk menghalangnya diketuai ketua bahagian Umno, Datuk Seri Jamal Yunos.

Wartawan dan jurukamera FMT kini berada di beberapa lokasi bagi melaporkan perkembangan terkini.
4.18: Peserta Baju Merah mula meninggalkan kawasan Jalan Raja Laut dan apabila ditanya arah tujuan, ada yang menjawab “balik rumah”, “pergi ke KLCC”, mungkin kerana mereka mengetahui kehadiran Dr Mahathir di sana.

merah-balik
3:45: Peserta Bersih mula membersihkan kawasan demo dengan mengutip semua sampah sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman

Sikap yang ditunjukkan penyokong Bersih berbeza dengan Baju Merah yang meninggalkan Padang Merbok dalam keadaan kotor.



bersih2
“Inilah ‘Bersih’. Kita bersih, kita makan, minum dan kita kutip sampah di sekitar, kita bukan kumpulan pengotor,” kata salah seorang sukarelawan Amanda.

Pada masa sama pihak petugas Bersih mengarahkan peserta supaya berkumpul di KLCC.

Antara pimpinan-pimpinan yang dapat di jejaki dalam BERSIH 5 kali ini...


Rafizi
oppositions
marina 
 
 
 

Gambar lain akan menyusul... tengah dok kesan tak jumpa lagi 

JOM BERSIH | Mana teguran alim ulama yg lantang bersyarah siang malam dikaca TV mengenai amar maaruf nahi mungkar

Ustaz2 dan bijakpandai di menara gading kena jawab ni..

Semua suratkhabar hari ini memuji ucapan Najib, dengan istilah2 islamiaahnya, tabayyun, walaq dll. Tapi aku tertarik dg satu tulisan dlm Sinar "Kita berdiri dipihak yg mana?" tulisan Dr.Awang Mat Puteh. Satu tulisan yg paling berani.

Katanya, "Tidak pernah terjadi dlm sejarah tanah air, baik sebelum merdeka maupun selepas kemerdekaan, dimana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit."

Katanya lagi,"Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah."

Malah Dr Awang, menegaskan "Mengapa org Melayu zaman moden yg hebat2 dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai2 luhur dan mulia? Apakah org Melayu miskin keberanian?

Seterusnya ia menyatakan "Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yg telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka. Tetapi sayang yg bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yg kuat menjerit "Hidup Melayu" pd perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan 90 tahun dan srikandi muda dari Langkawi."

"Mana teguran alim ulama berjubah Arab yg lantang bersyarah siang dan malam dikaca televisyen mengenai amar maaruf nahi mungkar"

Dr Awang Mat Putih tidak mempunyai jawaban, katanya "mungkin ramai yg takut.Tetapi persoalanya, apa yg hendak ditakuti?Ingatlah kata Pramoedya Ananta Toer, dlm hidup kita cuma satu yg kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini? Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang, "Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu."

Terbaik dari Dr.Awang Mat Puteh dan tahniah Sinar kerana berani memaparkan tulisan2 yg baik untuk tatapan rakyat Malaysia.

71% responden kajian sokong Bersih tetapi pilih tidak hadir himpunan


PETALING JAYA: Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menarik respons menggalakkan daripada lebih 2/3 orang ramai dalam tinjauan pendapat, tetapi kira-kira 71% daripada mereka juga berkata mereka tidak akan menghadiri perhimpunan hari ini.

Tinjauan pendapat yang dijalankan syarikat kaji selidik dalam talian Vase, diadakan antara 1,069 responden di seluruh negara.

Kira-kira 71% responden berkata mereka tidak akan menghadiri Bersih 5 hari ini, yang diadakan di pusat bandar Kuala Lumpur bagi menggesa penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan selain menuntut pembaharuan institusi di negara ini.

Seramai 38.82% daripada mereka yang ditinjau berkata perhimpunan Bersih “agak berkesan”, manakala 36.75% merasakan Bersih mencapai matlamatnya.

Bagaimanapun, kira-kira 12.22% merasakan Bersih 2.0 tidak berkesan.

Kira-kira 67% responden bersetuju ahli-ahli politik perlu dijemput untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut, manakala 32% yang berpendapat sebaliknya.

Lebih 70% responden berpendapat Bersih tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada gesaan pilihan raya yang bebas dan adil, manakala 27.41% merasa gabungan itu perlu berbuat demikian.

Tiga suku daripada mereka yang ditinjau bersetuju perhimpunan Bersih adalah satu platform untuk menggalakkan perpaduan kaum.

Perhimpunan Bersih tahun lepas digambarkan oleh penyokong kerajaan sebagai “perhimpunan Cina” kerana jumlah kehadiran peserta Melayu yang rendah.

BERSIH 5 : PESANAN BUAT SAHABAT2KU PARTI AMANAH DAN UMAT ISLAM PESERTA BERSIH 5

Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yg zalim, seekor burung pipit berulang-alik drpd sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dgn membawa air kolam tadi dlm paruhnya yg kecil.

Kejadian ini dilihat oleh Malaikat Jibril a.s. & Jibril bertanya kpd sang pipit,

“Adakah air itu mampu utk memadamkan api yg menggila marak & besar itu? “

Lalu sang pipit menjawab,
“Yg dia tahu bahawa air yg dibawa tidak terpadamkan api yg ganas itu. Namun, sekurang²nya saya telah menjalankan tanggungjawab & tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.”

Sebagai seorang insan yg mengaku beragama Islam, apakah usaha kita utk menegakkan kebenaran dan keadilan?

Adakah kita hanya berpeluk tubuh apabila segala kepentingan kita sebagai rakyat dinafikan apatah lagi apabila mereka cuba mempermain2kan hukum Allah dan memperbodoh2kan perjuangan Islam yg dahulunya diungguli oleh sebuah parti Islam? Hinggakan parti Islam ini yg dahulunya lantang bangkit memperjuangkan kebenaran dgn sandaran hadis "Berkatalah yg benar walaupun pahit" pada hari ini bersimpuh lembut di hadapan pemerintah yg zalim.

Usaha yg kecil namun dikerjakan secara berterusan lebih baik ertinya drpd usaha yg kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. Bagaimanapun, ia lebih baik drpd langsung tidak berbuat apa-apa.

Ada juga insan yg merasa takut utk menegur pemimpin krn mereka berfikir mereka hanyalah seorang insan kerdil yg tidak punyai pangkat jawatan atau kedudukan atau pun hanya sekadar mendakwa sebagai penasihat atau lebih tepat cubaan condong kpd pemerintah yg zalim.

Jadilah insan yg benar² berjiwa merdeka. Apakah makna merdeka? Maknanya kita bebas, tidak takut & tidak memperhamba diri kpd manusia dan taat membutatuli tentang apa sahaja yg mereka lakukan.

Jadilah insan berjiwa merdeka yg tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yg benar tanpa rasa gementar dgn ancaman & ugutan manusia.

Niat kita mesti betul dlm perjuangan, niat kita wajib diperbetulkan.

Ayuh bangkit,  masih ada masa untuk kita bergerak ke Kuala Lumpur sekarang...... Malu kita kpd burung yg kecil sedangkan kita adalah makhluk yg terbaik.

Kita berjuang krn Allah.
ALLAHU AKHBAR!!!

Abu Hasan Putra Nasrullah

Mahfuz cabar PM buka laporan audit 1MDB pada umum


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta rakyat menunggu laporan Audit Negara untuk mendapatkan jawapan mengenai 1MDB, tetapi selepas ia siap, mereka yang mendedahkan laporan itu, dipenjarakan.

"Kini bila laporan audit dah selesai diaudit dan siap untuk menjadi tetapan umum, malangnya Najib dengan tiba-tiba mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Persoalannya apa 'motif' Najib mengarahkan siasatan audit dilakukan jika untuk dirahsiakan.

"Untuk apa audit dilakukan ke atas 1MDB kalau tak boleh dimiliki dan diketahui rakyat Malaysia," kata Mahfuz dalam satu kenyataan semalam.

Mahfuz merujuk kepada keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana mendedahkan sebahagian daripada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

Tambahnya, Rafizi dikenakan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan, sebaliknya mereka yang didakwanya terbabit dalam salah laku 1MDB yang membabitkan wang rakya seperti seperti Riza Aziz dan Jho Low, terus 'bebas merata'.

Mahfuz berkata adalah lebih baik dari awal lagi tidak diaudit sekiranya kerajaan berhasrat untuk merahsiakannya.

Katanya, jika Najib tidak terbabit dalam skandal 1MDB, maka tidak ada keperluan untuk merahsiakannya.

"Kenapa perlu takut untuk dedahkan kepada umum?

"Saya cabar perdana menteri menjadikan dokumen laporan audit 1MDB dibuka untuk tetapan umum," katanya.

Hadi penat, dirawat di hospital di Terengganu


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerima rawatan di salah sebuah hospital di Terengganu setelah mengadu kepenatan pada siang tadi.

Setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar awal malam ini berkata keadaannya baik setelah mendapatkan rawatan.

“Oleh kerana itu kerjasama dari semua pihak diminta agar dapat memberikan ruang kerehatan secukupnya kepada Tuan Guru, dan pihak PAS mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat handai kerana tidak menziarahi beliau pada waktu ini.

“Pihak PAS amat menghargai keprihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatan Tuan Guru yang berpanjangan,” katanya.

Muhyiddin sertai Himpunan Bersih 5, kecam tindakan polis tahan aktivis

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yasin mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan beberapa orang aktivis BERSIH, pemimpin politik pembangkang dan mahasiswa hari ini berhubung penglibatan mereka dalam penganjuran Himpunan Bersih 5 yang akan berlangsung esok, Sabtu 19 November 2016.

Beliau menyifatkan ini adalah satu bentuk ancaman dan gangguan terhadap penganjur dan orang ramai yang berhasrat untuk menghadiri perhimpunan tersebut esok.

Menurut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, tegas beliau.

Katanya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengingatkan pihak berkuasa supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman.

Pengerusi SUHAKAM, YBhg Tan Sri Razali Ismail, dalam satu kenyataan semalam menegaskan bahawa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tindakan mana-mana pihak yang menghalang rakyat daripada menghadiri sebarang perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Malah, pihak polis adalah bertanggungjawab untuk memastikan perhimpunan tersebut berlangsung secara aman dan tanpa gangguan.

Muhyiddin yang juga Presiden PPBM, mengingatkan Najib Razak bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan beliau sendiri sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik.

“Akta ini bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan bersuara selaras dengan prinsip demokrasi.

“Saya menggesa Najib Razak supaya tidak sekali-kali melupakan janji-janjinya itu.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyokong penuh Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan esok. Ia adalah satu perhimpunan yang mengikut lunas undang-undang dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada media.

Muhyiddin bersama-sama pimpinan tertinggi PPBM akan menyertai perhimpunan Bersih 5 dan berharap ramai yang akan hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan menentang rasuah dan penyelewengan serta mewujudkan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih di Malaysia.

Tangkapan Pra-Bersih 5 hanya tambah kemarahan rakyat – Wan Azizah

Hari ini telah berlaku siri tindakan keras (“clamp down”) yang mengancam demokrasi negara kita. Ia bermula pagi tadi dengan pendakwaan pengarah KiniTV, Steven Gan, kerana membuat laporan berita satu ucapan Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai Peguam Negara, tegas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Wanb Azizah Wan Ismail.

“Ini diikuti penangkapan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke, difahamkan kerana ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu; dan juga serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 serta penahanan Maria Chin dan Mandeep Singh.

“Saya mengecam sepenuhnya siri tindakan keras ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas media malam ini.

Beliau berkata, keadaan ini telah menimbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran Dato’ Sri Najib tidak lagi memahami semangat demokrasi, tetapi seakan terpaksa menggunakan taktik kuku besi seperti tangkapan-tangkapan yang kita saksikan sekarang demi kepentingan politik kelompok kecil.

Pada masa yang sama, tegas Presiden KeAdilan itu, sekiranya ada pihak beranggapan bahawa tangkapan-tangkapan dan tindakan “clamp down” terkini ini akan mematahkan semangat juang dan menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan aman Bersih 5, ia hanya menambahkan rasa marah rakyat.

“Ayuh kita bersatu hati, kumpulkan tenaga. Esok, kita turun untuk Bersih 5 dan ingatkan Putrajaya bahawa suara rakyat suara keramat!” gesa beliau.

www.AmanahDaily.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...