TERKINI :

Friday, November 18, 2016

Demokrasi di hujung tanduk | Jom #BERSIH5

 
Hari ini, Jumaat, 18 November 2016, beberapa jam sebelum bermulanya perhimpunan BEERSIH5, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke pejabat BERSIH.

Polis menggunakan Seksyen 124C Kanun Jenayah yang menyebut sesiapa yang menganjurkan aktiviti memudaratkan sistem demokrasi berparlimen atau seumpamanya, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Polis juga mengambil telefon bimbit para petugas pejabat dan tidak membenarkan mereka berkomunikasi dengan orang luar. Polis menghalang peguam BERSIH daripada memasuki premis itu.

Kita dapat lihat betapa tenatnya sistem demokrasi negara kita. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan berhimpun dan bersuara.

Sekiranya terdapat mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang itu akan terbatal.

Kedua, polis menghalang hak petugas dalam pejabat BERSIH daripada berkomunikasi dengan pihak luar ataupun peguam mereka.

Sedangkan jika kita merujuk hak-hak orang yang ditahan seperti tertulis dalam seksyen 28A (2)(a) dan 28A (2)(b) Kanun Acara Jenayah, mereka berhak berkomunikasi sama ada dengan saudara atau rakan dan berkomunikasi bersama peguam pilihan mereka.

Jika diteliti, himpunan BERSIH langsung tidak memudaratkan sistem demokrasi berparlimen. Malah, perhimpunan BERSIH inilah yang cuba mengembalikan kuasa demokrasi berparlimen yang sebenar.

Lihat sahaja kepada tuntutan BERSIH. salah satunya adalah mengembalikan kembali demokrasi berparlimen.

Bukan sahaja pejabat BERSIH diserbu, dua orang kuat BERSIH iaitu pengerusinya Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariatnya Mandeep Singh ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya.

Untuk apa mereka ditahan? Sejauh mana seorang perempuan itu mampu mengganggu demokrasi negara? Jelas dan terbukti bahawa demokrasi kita sedang tenat dan berada di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh dan pecah berderai.

Perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan haram yang sering diuar-uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan takutkan suara rakyat. Perhimpunan aman ini, mendukung suara rakyat agar pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil.

Kebebasan bersuara dan selepas bersuara

Jika sebelum ini, telinga kita pernah disinggahi ayat “kami beri kepada kamu kebebasan untuk bersuara, tetapi kebebasan selepas bersuara belum tentu”.

Namun, hari ini kita melihat, hak kita untuk bersuara telah disekat, walhal suara itu masih belum disampaikan.

Bukan itu sahaja, BERSIH juga didakwa oleh sesetengah pihak, terutamanya Ketua Ymno Sungai Besar Jamal Yunos, mendapat dana George Soros.

Namun, apabila diminta mengemukakan bukti kepada umum, tiada siapa yang berani melakukannya, sama ada Jamal sendiri ataupun menteri.

Bercakap soal kumpulan Baju Merah, mengapa polis tidak melihat kumpulan ini sebagai ancaman kepada negara? Sedangkan ketuanya telah banyak mengeluarkan ayat-ayat yang mencetus sensitiviti kaum.

Apakah pihak ini dilindungi oleh kuasa besar sehingga polis sendiri takut untuk melakukan apa-apa pada mereka?

Jika BERSIH mahu mengadakan perhimpunan, mereka diarah memohon kebenaran. BERSIH telah menjalankannya serta mengikut prosedur ditetapkan.

Namun sedemikian, apakah Baju Merah juga memohon permit daripada pihak berkuasa? Dan sekiranya mereka memohon permit seperti BERSIH, pihak berkuasa seharusnya mencadangkan mereka melakukan perhimpunan balas pada hari, tempat dan masa yang lain.

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, pihak berkuasa langsung tidak memberi apa-apa cadangan alternatif kepada Baju Merah.

Seolah-oleh mereka ini diberi restu untuk bertembung dengan BERSIH. Apakah ini demokrasi sebenar yang dimaksudkan oleh pihak polis dan pihak berkuasa?

Sampai bila kita mahu dizalimi? Sampai bila kita mahu ditindas? Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh mereka semua? Sudah-sudahlah.

Tiba masanya untuk kita turun ke jalan raya dan hidupkan kembali demokrasi yang perlahan-lahan mati.

Penangkapan Maria Chin dan Mandeep Singh ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk turun ke perhimpunan aman BERSIH5 esok, 19 November 2016.

Ayuh rakyat Malaysia, kita turun ke BERSIH5!

ALUMNI BERSIH BOOT CAMP (BBC) sebuah program pendidikan BERSIH untuk mempelajari asas-asas demokrasi, pilihan raya dan mobilisasi besar-besaran yang bertujuan untuk menyediakan sukarelawan dan aktivis masa depan.

Di mana Jamal Yunos?


Selepas Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan kakitangan gabungan itu ditangkap, timbul persoalan di mana Ketua Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos sedang berada?

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu sepatutnya mengadakan sidang media di Masjid Negara pada jam 2.30 petang ini.

Nmun beliau tidak muncul-muncul sehingga wartawan beredar pada jam 5 petang.

Beliau tidak hadir walaupun kira-kira 100 orang berbaju merah telah berkumpul di perkarangan Masjid Negara, di ibu negara selepas selesai solat Jumaat.

Ketika ditanya salah seorang sekretariat gabungan NGO Baju Merah Razali Zakaria, beliau memberitahu tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung kedudukan Jamal.

Bagaimanapun menurut Razali, kumpulan Baju Merah akan mula berkumpul bermula petang ini di Masjid Negara untuk perhimpunan yang akan diadakan esok.

"Kita akan berada di sini sampai esok. Orang ramai akan datang sedikit demi sedikit selepas ini dan akan terus berkumpul sampai perhimpunan esok," katanya kepada pemberita.

Sementara menunggu kehadiran Jamal, peserta Baju Merah bersama beberapa pimpinan gabungan NGO berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar amanat pemimpin lain kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Namun kira-kira 20 minit kemudian hujan lebat dan kesemua peserta lari berteduh di Masjid Negara sebelum peserta Baju Merah dilihat sedikit demi sedikit beransur meninggalkan masjid berkenaan selepas Asar.

Ditanya sekali lagi kepada pihak Baju Merah sama ada Jamal akan hadir dan membuat sidang media di Masjid Negara, individu yang mengaturkan sidang media itu tidak dapat memberikan jawapan kerana Jamal tidak dapat dihubungi.

"Saya tak tahu, saya pun tak dapat hubungi Jamal. Kami semua tak tahu Jamal berada di mana. Bila saya hubungi dia, dia kata sedang dalam perjalanan (ke Masjid Negara).

"Sekarang saya hubungi lagi dah tak dapat. Kami tak tahu dia ada di mana," kata individu berkenaan yang enggan nama disiarkan.

Malaysiakini juga cuba menghubungi Jamal namun tidak berjaya.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, satu lagi undangan sidang media oleh Jamal diedarkan.

Ia dikatakan akan diadakan pada jam 10 malam ini juga di Masjid Negara.

Bersih5 - Ketua Polis Negara Kata Haram, Hakim Mahkamah Tinggi Kata Tidak Haram - Mana Satu Betul Ni ?


FMT

Ketua Polis Negara kata Bersih 5 adalah Haram di sisi undang2.

Tapi Hakim Mahkamah Tinggi pula kata Bersih 5 Tidak Haram.

FMT

Mana satu yang betul ni ? Siapakah yang lebih layak untuk bercakap mengenai undang2 ..... Ketua Polis Negara atau Hakim Mahkamah Tinggi ?

Ini pula laporan dari Malaymailonline -

 
Baca pula pandangan peguam Hanif Khatri yang saya copypaste dari FBnya -

KETUA POLIS NEGARA WAJIB PATUHI KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG ISYTIHAR BERSIH 5 SAH DAN TERATUR DI SISI UNDANG-UNDANG SERTA ARAHKAN POLIS SEDIAKAN DAN SELIAKAN LALUAN ALTERNATIF UNTUK "GERAKAN BAJU MERAH" !!!

1. Pada 17.11.2016, Ketua Polis Negara, KHALID ABU BAKAR telah dipetik oleh KINITV sebagai berkata :

" Tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia adalah untuk memastikan negara kita aman, sejahtera, tenteram, tidak ada perlanggaran apa jua ketenteraman awam. ... Kalau (su)dah ada undang-undang Akta Perhimpunan Aman itu yang mengkehendakkan kita mengikut peraturan, peruntukan undang-undang, patuhilah... Kenapa degil sangat tak mahu patuh ? ... BERSIH1, BERSIH 2, BERSIH 3, BERSIH 4, BERSIH 5, sampai bila kita nak sabar ? (So) kita akan ambil langkah-langkah yang patut untuk mempastikan keadaan negara kita kekal aman damai. Hak bersuara kita hormati, tapi kita juga perlu hormati hak-hak orang lain. ... "

2. Wahai KHALID ABU BAKAR, pada jam lebihkurang 7.35 malam tadi, Khamis, 17.11.2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui penghakiman Yang Arif Hakim S Nantha Balan telah memutuskan antara lain, untuk menolak permohonan tiga persatuan peniaga di sekitar Jalan Masjid India, Medan Mara dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) untuk mendapatkan perintah injunksi interim (sementara) bagi menghalang Perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah yang akan diadakan Sabtu ini di Dataran Merdeka.

3. Hakim yang sama secara khusus berhubung isu Gerakan Baju Merah, telah membuat Perintah Lanjut bahawa :

"Section 18 of the PAA acts as a safety valve to diffuse any potential conflict therefore it is the duty of the police to prevent a clash or conflict should there is a possibility that it would eventuate ... "

4. Maka, KHALID ABU BAKAR anda sudah DIARAHKAN MAHKAMAH untuk :

(a) BENARKAN TANPA HALANGAN segala bentuk perhimpunan awam yang dijadualkan pada hari Sabtu ini, 19.11.2016 !!,

(b) SEDIAKAN dan SELIAKAN JALAN ALTERNATIF untuk diambil oleh 'Gerakan Baju Merah' supaya ianya tidak bertembung dengan jalan dan laluan aman "BERSIH 5", sebagai tanggungjawab undang-undang pihak POLIS di bawah SEKSYEN 18 AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 !!

5. JUSTERU, Wahai KHALID ABU BAKAR, anda WAJIB PATUH PERINTAH MAHKAMAH ini, dan jangan pula anda yang sebenarnya INGKARI UNDANG-UNDANG mahupun lakukan PENGHINAAN TERHADAP PERINTAH MAHKAMAH !!!

PATUH !!! JANGAN TIDAK PATUH !!!

                                *******************

Mana satu ni ? ?

Sekali lagi saya tanya - Dalam soal menafsir undang2 ... siapakah LEBIH LAYAK - Ketua Polis Negara Atau Hakim Mahkamah Tinggi ?

dinturtle 

Ucapan 'jatuhkan' Najib, polis tangkap MP DAP | Jom #BERSIH5

Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke ditahan polis di sebuah hotel di Kuala Lumpur awal petang ini.

Loke berkata beliau ditahan oleh pasukan polis daripada ibu pejabat pasukan keselamatan itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Wakil rakyat DAP itu berkata beliau dimaklumkan disiasat bawah Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapannya pada konvensyen Pakatan Harapan, Sabtu lalu.

Beliau antaranya dilaporkan mengajak orang ramai 'menjatuhkan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kedaulatan negara ini dapat dipulihkan.

Loke bagaimanapun berkata beliau tidak tahu bahagian mana ucapannya yang bermasalah.

Beliau sekarang ditahan di Bukit Aman untuk soal siasat dan ditemani peguam dan anggota parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Maria, kakitangan BERSIH ditangkap, komputer dirampas | Jom #BERSIH5



Polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya petang ini, sehari sebelum perhimpunan besar mereka esok.

Selepas tidak dibenarkan keluar dari pejabat itu atau berhubungan selama hampir dua jam, anggota polis kemudiannya keluar dengan membawa Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh Karpal.

Kedua-dua mereka dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Tweet BERSIH juga melaporkan polis merampas sepuluh komputer riba dan kenyataan bank serta gaji BERSIH.

Sebelum ini, Mandeep Singh berkata serbuan itu dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Kira-kira 10 anggota polis di pejabat kami sekarang. Kami dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu.

“Peguam kami sedang uruskannya,” kata Mandeep ketika dihubungi Malaysiakini.

BERSIH disiasat susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.

Selain menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH turut menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam himpunannya esok.

Ringgit terus susut, cecah 4.4 berbanding dolar AS

 ringgit-BNM
KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut, mencecah paras 4.4030 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur bertindak balas ke atas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Janet Yellen, semalam yang memberi bayangan kadar faedah AS mungkin naik tidak lama lagi.

Pada 10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4030/4100 berbanding dolar AS.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah bagi membendung turun naik dalam pasaran pertukaran asing.

Ketua Penyelidik Mercury Security Sdn Bhd, Edmund Tham, berkata walaupun bank pusat mengulangi kadar dalam negeri bagi mata wang merupakan harga rujukan yang betul, dan meminta bank-bank berlesen tempatan menghindari daripada memudahkan urus niaga dalam ringgit luar pesisir seperti kontrak hadapan tanpa serahan, ringgit terus menyusut.

“Persoalannya sekarang ialah kita perlu melihat apa yang BNM dapat lakukan untuk menstabilkan dan mengukuhkan nilai ringgit berbanding dolar AS.

“Tekanan jualan ringgit dan trend menurun selain aliran menurun mata wang pasaran pesat membangun, terus berlaku disebabkan dolar AS semakin mengukuh.

“Situasi ini perlu dikaji, dan BNM diharap bertindak memandangkan tidak ada yang dapat dilakukan oleh orang ramai,” katanya hari ini.
Pada 9.10 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3950/4020 terhadap dolar AS berbanding 4.3900/3970 pada Khamis.

Menteri Pendidikan batal perlantikan bekas model sebagai penasihat beliau

Kurang 24 jam menteri tarik balik pelantikan bekas model sebagai penasihat

Mohamad Fadli

ShareTweetPinMail

PETALING JAYA: Kurang 24 jam selepas bekas model dilantik sebagai penasihat khas media menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertindak menarik balik pelantikan Datuk Geethanjali G.

Sumber pejabat Mahdzir ketika membuat pengesahan itu berkata, sebab penarikan itu tidak perlu dimaklumkan.

“Sah (penarikan balik pelantikan itu). Rasanya sebab-sebab itu tidak perlu dimaklumkan. Itu keputusan menteri. Hanya menteri sahaja tahu sebab-sebab,” sumber pejabat Mahdzir memberitahu FMT hari ini.

Geethanjali bagaimanapun menafikan menerima surat penarikan balik pelantikannya sebagai penasihat khas media kepada Mahdzir dan berkata, tidak logik jika beliau sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai keputusan menteri.

“Saya tidak terima surat (penarikan pelantikan) lagi. Saya macam biasa sahaja. Menteri masih belum telefon dan maklumkan kepada saya untuk penarikan itu semua, belum lagi. Tidak ada dimaklumkan.

“Kalau ada penarikan, menteri mesti akan maklumkan kepada saya tentang penarikan. Betul palsu. Tak logik. Sebelum dapat dekat tangan saya, macam mana dia boleh dapat? Saya pun tak dapat.

“Sumpah saya tak dapat lagi surat itu,” katanya kepada FMT sambil menambah beliau meneruskan tugas baharu itu seperti biasa, ketika ini.

Semalam, bekas peserta akhir Miss Malaysia Universe 2009, bekas model dan  joki radio itu menerusi Facebooknya mengumumkan tugas baharunya untuk menasihati Mahdzir dalam hal ehwal media.

“Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Geethanjali G juga akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak media untuk menyampaikan apa yang dicetuskan oleh Yang Berhormat menteri kepada rakyat,” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi surat bertarikh 16 November yang dilihat FMT hari ini, pelantikan itu ditarik balik serta-merta.

“Penarikan ini dibuat kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amat dikesali,” tulis Mahdzir dalam suratnya kepada Geethanjali.

Zul Hazmi : Catatan Sejarah Aku bersama Bersih1,2,3,4 & 5

AKU & BERSIH

Himpunan BERSIH sudah nak masuk yang ke-5 esok. Himpunan BERSIH bermula pada tahun 2007 diikuti tahun 2011, kemudiannya pada 2012 dengan tema Duduk Bantah. Bersih 4.0 diadakan selama 2 hari pada 29 - 30 Ogos 2015 dan esok BERSIH 5.

BERSIH 1 aku tak dapat turut serta kerana masa tu aku menjalani pembedahan apendiks di HUKM. Sedih sebab ramai sangat kawan-kawan turun tp aku di wad. Tapi lepas tu aku turut mengendalikan beberapa kes melibatkan tahananHimpunan BERSIH termasuk Allahyarhamuha Dr Lo'lo' Ghazali.

BERSIH 2 diadakan pada 9 Julai 2011. Kali ini aku berkobar-kobar nak turun ke lapangan tapi aku ditugaskan di bilik gerakan peguam di Pejabat Agung Parti lama aku di Jalan Raja Laut bagi memantau tangkapan dan perlanggaran hak asasi semasa himpunan berlangsung. Tapi ketagih nak turun menyebabkan aku keluar bilik gerakan dan turun ke Dataran Merdeka bersama Tuan Haji Asmuni Awi untuk berhadapan dengan polis yang menangkap siswi sebuah universiti di stesen lrt Masjid Jamek.

BERSIH 3 diadakan pada 28 April 2012. Sekali lagi aku bertugas sebagai peguam yang memantau himpunan. Kami peguam-peguam parti ketika itu berkumpul awal di Pejabat Agung untuk penyelarasan. Menariknya malam itu agak lewat, aku dapat panggilan dari bapa saudara aku dari kampung bahawa beliau sudah sampai di Stesen Bas Jalan Duta bersama rombongan Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Musa. Aku bersama Abangahmad Kerdee terus ke Stesen Bas Jalan Duta untuk ambil rombongan Tuan Guru Haji Salleh Musa dan bawa depa ke The Zone KLCC. Kami tempatkan rombongan Tuan Guru di sana. Untuk ke The Zone, kami melalui beberapa sekatan polis tapi aku bagitau polis kami bawa rombongan Tuan Guru & kami lepas. Esoknya semasa perhimpunan Bersih, kelihatan Tuan Guru Hj Salleh duduk di atas kotak elektrik di persimpangan Jalan Tun Perak berhampiran Dataran Merdeka. Aku bersama Abang Ahmad Kerdee mengetuai perarakan pimpinan parti dari Pejabat Agung melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran.

BERSIH 4 diadakan dengan tema "occupy Dataran" selama 2 hari. Meriah. Ramai keluar dan bermalam di Dataran. Sejarah himpunan diadakan lebih 1 hari.

Esok BERSIH 5..... InsyaAllah aku akan bersama kawan-kawan ke Dataran Merdeka. Tshirt Bersih pun aku dah dapat dari seorang sahabat.

Apa tunggu lagi???? Jom BERSIH 5. Negara Kita Tanggung Jawab Kita.
#SatukanTenagaMalaysiaBaru

ZULHAZMI SHARIFF
18 November 2016

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1811011229173569&id=100007941282524

Berhimpun adalah hak rakyat Malaysia yang dijamin Undang-Undang Negara, Jom #BERSIH5

BERHIMPUN ADALAH HAK KITA YANG DIJAMIN UNDANG-UNDANG.

Muqaddimah Akta Perhimpunan Aman 2012 menyatakan :

Suatu Akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan memperuntukkan sekatan-sekatan yang tertentu perlu atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain, dan untuk memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan.

Matlamat Akta Perhimpunan Aman 2012 diperuntukkan di Seksyen 2 Akta iaitu: -

a) bagi memastikan warganegara mempunyai hak untuk menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan tertentu demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.
b) Bagi memastikan kebebasan individu untuk berhimpun secara aman selaras dengan hak yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan
Persekutuan.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) TIADA HAK untuk menghalang penganjuran himpunan atau menolak sebarang pemakluman himpunan.  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 November 2016 memutuskan dengan jelas bahawa hak berhimpun tidak boleh dihalang malah Mahkamah tiada kuasa mengisytiharkan sesuatu perhimpunan itu sebagau haram.

Seksyen 8 Akta Perhimpunan Aman 2012 jelas memperuntukkan tanggungjawab Polis iaitu polis boleh mengambil apa-apa langkah yang difikirkan perlu untuk memastikan perhimpunan diadakan dengan teratur mengikut Akta dan undang-undang.

Pihak Polis tidak boleh menghalang perhimpunan tetapi hanya boleh mengenakan sekatan tertentu sahaja.

Polis boleh menangkap tanpa waran jika penganjur atau peserta melakukan kesalahan atau melanggar sekatan yang ditetapkan.

Polis boleh menyuraikan perhimpunan dan hendaklah memastikan pematuhan secara sukarela terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang kekerasan yang dibenarkan.

Jika semua pihak faham Akta Perhimpunan Aman 2012 insyaAllah tiada apa yang perlu dirisaukan.

#SatukanTenagaMalaysiaBaru

JOM BERISH 5.

ZULHAZMI SHARIFF.

Mahkamah tolak permohonan peniaga halang demo 19 Nov


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan tiga kumpulan untuk menghalang BERSIH5 dan perhimpunan Baju Merah, Sabtu ini.

Hakim S Nantha Balan berkata plaintif dalam permohonan injuksi inter-parte tidak menunjukkan merit dan beliau justeru menolaknya.

Beliau juga menyuarakan rasa terkejut apabila peguam BERSIH dan Baju Merah sama-sama menolak permohonan itu.

“Luar biasa sekali Baju Kuning dan Baju Merah boleh sepakat terhadap permohonan injuksi peniaga-peniaga di dan sekitar Dataran Merdeka,” katanya, ketika memulakan keputusannya.

Penghakiman itu disampaikan pada 7.20 petang ini dan tamat 15 minit kemudian.

Nantha Balan juga berkata mahkamah tidak dapat mengisytiharkan sesebuah perhimpunan itu sebagai haram.

Permohonan itu dibuat oleh persatuan peniaga di Jalan Masjid India, Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman traders dan Medan Mara di Kuala Lumpur.

Mereka mendakwa mewakili kira-kira 1,000 peniaga.

Mereka menamakan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Bersih & Adil Network Sdn Bhd, dan Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia dan pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Saman itu difailkan oleh tetuan Rabia dan Farain.

Peniaga-peniaga mendakwa mereka rugi kira-kira RM800 sehari dan lebih banyak lagi ketika hujung minggu dan bimbang perhimpunan Sabtu itu menjejaskan pendapatan mereka.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...