TERKINI :

Monday, November 14, 2016

Parti Komunis China kesal sikap pembangkang M'sia


Timbalan Ketua Pengarah Parti Komunis China (CPC), Rao Huihua berkata, parti kesal dengan sikap pihak pembangkang di negara ini kerana mempolitikkan kunjungan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke China.

“Pihak CPC berasa kesal apabila mendapat tahu kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke China baru-baru ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang negara ini.

“Saya berharap perkara ini tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang sudah terjalin hampir dua dekad,” ujarnya, memetik laporan Umno Online.

Kekesalan itu dizahirkan semasa kunjungan hormat beliau ke ibu pejabat Umno dengan mengadakan pertemuan bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, semalam.

Rao tiba ke Malaysia bagi menghadiri Perhimpunan Agung MCA selain mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Umno bagi mendapat tahu kedudukan politik semasa negara ini.

Sementara itu, dalam ucapan balas, Irmohizam mengakui akan kewujudan pandangan negatif yang mempertikaikan kunjungan hormat Najib ke China.

Namun, katanya, memang sudah menjadi sikap pembangkang di negara ini yang sentiasa cuba mengganggu-gugat keyakinan rakyat terhadap pemimpin sedia ada.

“Kami di pihak kerajaan telah memberi penerangan kepada rakyat bahawa kunjungan Najib ke China sebenarnya memberi impak positif kepada ekonomi dan hubungan politik antara kedua-dua negara.

“Apapun yang pembangkang cuba lakukan, hubungan baik antara Malaysia dan China tidak akan tergugat malah ia akan sentiasa dijaga demi kepentingan kedua-dua belah pihak,” ujarnya.

Dalam perjumpaan tersebut juga, Rao Huihua turut memaklumkan CPC akan kembali ke Malaysia bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada 29 November sehingga 3 Disember ini.

Ustaz Ishak Din meninggal dunia di IJN

ISNIN, 14 NOVEMBER 2016 @ 7:19 PM

KUALA LUMPUR: Abang kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada jam 6.05 petang tadi.

Perkara itu disahkan melalui satu status yang dimuat naik di laman Facebook, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official), sebentar tadi.

"Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kekanda kepada Allahyarham Tuan Guru Haron Din iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi.

"Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi. Amin," katanya.

Difahamkan, Ishak menjalani satu pembedahan jantung di IJN pada Jumaat lalu, sebelum keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot petang tadi.

Rafizi Dijatuhkan Hukuman Penjara, PAS Bersorak Sakan(?)

Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan rasa sedihnya terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara, iaitu 18 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan ia berjalan serentak, berkaitan kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dan mendedahkan mukasurat 98 laporan Ketua Audit Negara, yang merupakan satu dokumen OSA. 

Isi kandungan dokumen tersebut mengandungi maklumat berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan keseluruhan laporan Ketua Audit Negara itu masih tertakluk di bawah OSA. 

"Ini merupakan satu hari yang cukup sedih buat demokrasi Malaysia, apabila seorang demokrat telah dihadapkan ke mahkamah kerana berani bersuara mempertahankan hak dan kepentingan rakyat," kata Wan Azizah di dalam satu kenyataan "Bebas Rafizi" yang dikeluarkan hari ini. 

Presiden Keadilan itu menggesa Dato' Sri Najib Razak untuk menunjukkan keberanian dan membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikeluarkan dari klasifikasi Rahsia Rasmi, lebih-lebih lagi kerana beliaulah yang mengarahkan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan tersebut di bawah OSA. 

"Umum dapat melihat bagaimana di negara luar, seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland, siasatan dan tindakan mahkamah telahpun diambil terhadap beberapa orang yang mempunyai kaitan langsung dengan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB. Tanpa laporan penuh Ketua Audit Negara ini, Parlimen tidak dapat membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah wang yang sangat besar telah berjaya diseleweng beberapa pihak," katanya. 

"Keengganan Putrajaya untuk mengeluarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dari klasifikasi Rahsia Rasmi hanya akan mengukuhkan persepsi sebuah kerajaan kleptokrat yang tidak mahu kebenaran diketahui umum. 

Saya yakin seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh mempertahankan saudara Rafizi dengan penuh ukhuwah dan solidariti. 

"Saya mendoakan agar saudara Rafizi dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang cukup mencabar ini. Bebas Rafizi!" katanya lagi. 

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Hj. Salahuddin Hj Ayub di dalam satu nota ringkasnya untuk Rafizi melahirkan kekagumannya terhadap perjuangan Rafizi dan mengakui mungkin keberaniannya tidak sehebat keberanian Rafizi di dalam kesungguhan menentang kezaliman pemerintah negara ini. 

Kepada sahabatku Rafizi Ramli 

Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan Islam. 

Sebagai seorang Islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah negara ini. 

Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin. 

Saudara tidak pernah bersengama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa. 

Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia.

Berbeza dengan PAS, dimana di dalam satu status Pemuda PAS Terengganu, nampaknya PAS ersorak sakan dengan hukuman penjara yang telah dijatuhkan terhadap Rafizi: 





Pesanan Rafizi Di jatuhkan penjara 3 TAHUN 

Salam sahabat 

Saya telah didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana mendedahkan rahsia 1MDB. Hukuman saya penjara selama 18 bulan bagi setiap pertuduhan, berjalan serentak, dengan jumlah 3 tahun. 

Jangan berduka atau marah. Saya sedikit pun tidak ada rasa kesal. Jiwa yang paling aman ialah jiwa yang tetap kekal pada jalan yang benar. 

Setiap institusi yang diamanahkan mentadbir negara ini secara adil telah dicacatkan. Satu-satunya cara untuk mengubah ini dan menjadikan Malaysia tanahair yang masa depannya cerah ialah dengan setiap dari kita memainkan peranan masing-masing. Sejak 6 bulan lepas, saya telah merancang dan melengkapkan INVOKE kerana saya tahu saya mungkin dihalang dari menyertai PRU14. 

Jika anda sampai di invokemalaysia.org kerana anda baru mendapat tahu hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap saya, saya berterima kasih. 

Marilah sertai saya untuk mengubah Malaysia.


Greenboc

MCA ulangi ikrar tolak RUU355 depan Najib

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata parti itu akan menolak rang undang-undang persendirian dibawa presiden PAS yang mahu meningkatkan tahap hukuman mahkamah syariah.

Kenyataan Liow itu dibuat ketika mesyuarat agung tahunan ke-63 MCA di Kuala Lumpur.

Lebih menarik ikrar itu dibuat di depan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka-teki mengenai pendirian mereka terhadap rang undang-undang berkenaan.

Kata Liow cadangan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya yang perlembagaannya disokong MCA.

"Kita mesti hormat dan mematuhi sistem sedia ada. Kita akan menentang keras, sebulat suara dan tanpa soal, sebab (hudud) bercanggah dengan perlembagaan persekutuan," katanya.

Beliau yang juga menteri pengangkutan berkata komuniti Cina di negara ini sangat bimbang dengan cubaan PAS melaksanakan hukum hudud yang didakwanya akan menyebabkan sistem perundangan terbahagi kepada dua.

Bagaimanapun dalam ucapannya selepas itu Najib tidak menyentuh langsung tentang rang undang-undang Abdul Hadi untuk meminda Akta 355 atau bantahan MCA itu.

Rang undang-undang itu didakwa PAS untuk memperkasa mahkamah syariah, dan dibawa ke Dewan Rakyat selepas diluluskan sebulat suara oleh DUN Kelantan tahun lalu.

Ironinya langkah itu dibantu oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan dengan kerjasama Putrajaya dan kerajaan negeri.

Rang undang-undang itu - jika diluluskan - bakal membatalkan kekangan pusat untuk pelaksanaan hukum hudud di peringkat negeri.

Liow juga berkata PAS memperoleh kedudukan, kuasa dan pengaruh dengan bantuan daripada DAP.

Katanya PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi DUN di Selangor sepanjang tempoh 1978 hingga 2004.

"Bagaimanapun pada 2008 PAS tiba-tiba memenangi lapan kerusi dengan sokongan DAP. Lebih teruk pada 2013 PAS memenangi lebih banyak kerusi. Sekarang mereka ada 15 kerusi.

"Kita boleh lihat hari ini walaupun mereka tidak berada dalam satu pakatan, DAP masih bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor," katanya.

Zuraida samakan Jamal dengan Pinocchio

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin melihat insiden hidung berdarah menimpa ketua kumpulan Baju Merah semalam mempunyai kaitan dengan cerita fantasi dari Itali, Pinocchio.

"Jika sesiapa ingat kepada kisah Pinocchio, dia akan tahu mengapa hidung Jamal berdarah.

"Hidung Jamal semakin panjang dan dia tentu terlanggar dengan sesuatu yang keras dan mula berdarah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuraida berkata demikian mengulas kejadian Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berdarah hidungnya dalam satu pergelutan di pusat beli-belah Ampang Point semalam.

Ketika itu Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar sedang mengekori kumpulan Zuraida yang mengedarkan risalah serta mempromosi perhimpunan BERSIH5 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Dalam pergelutan itu Jamal terjatuh dan sejurus kemudian hidungnya kelihatan berdarah.

Rakaman video menunjukkan Jamal menyalahkan anggota polis kerana menumbuknya.

"Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya!" jeritnya berkali-kali.

Bagaimanapun Jamal kemudian menyalahkan penyokong Zuraida dan menuduh "budak" pemimpin PKR itu memukulnya.

Jamal membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam. Beliau mendakwa ditumbuk seseorang berpakaian baju BERSIH.

Sebagai seorang lelaki kata Zuraida Jamal sepatutnya berhenti membuli orang lain dan menyalahkan wanita.

"Sejauh mana dia akan mengarut?

"Mula-mula buli Marian Chin Abdullah (pengerusi BERSIH) dan Datuk S Ambiga (bekas pengerusi BERSIH). Sekarang dia membuli wanita PKR. Mengapa menyasarkan wanita? Ayuh, sertai kami jadi wanitalah!" katanya.

Zuraida juga mengingatkan Jamal bahawa membuat laporan paslu kepada polis adalah jenayah.

"Saya yakin polis akan mendakwa Jamal atas perbuatannya itu. Bukti mengenainya boleh dilihat - dia membuat laporan palsu dan ia dirakam video.

"Saya pasti - berdasarkan kepada bukti-bukti itu - akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya," kata Zuraida.

Rafizi bersalah langgar OSA


Setiausaha Agung PKR yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zulqarnain Hassan memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.

Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Rafizi diwakili peguam Gobind Singh manakala Shukor Abu Bakar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

Ketika sepatutnya membela diri pada 6 Oktober lalu Rafizi berkata beliau tidak dapat berbuat demikian kerana keseluruhan halaman 98 laporan mengenai 1MDB itu tidak pernah dikemukakan dalam mahkamah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...