TERKINI :

Friday, November 11, 2016

KALAU TUN M KERETA ANTIK, NAJIB DAN PEMIMPIN UMNO SEPERTI KERETA APA?



Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang kalah pada pilihanraya 1990, tetapi kemudian dikutip oleh Tun Mahathir Mohamad untuk dijadikan menteri, menganggap kehadiran bekas Perdana Menteri itu di Parlimen semalam umpama membawa kereta antik ke perlumbaan Formula 1.

Katanya, kereta antik memang cantik untuk dipandang, namun tidak relevan untuk berlumba.

Annuar berkata demikian untuk memperlekeh kehadiran Tun Mahathir buat kali pertama ke Parlimen untuk bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang membincangkan mengenai kencenderungan kerajaan menggunakan ancaman OSA dan Akta Hasutan terhadap mereka.

Tun Mahathir, selain mengatakan Bangunan Parliman sekarang hanya cantik di luaran tetapi tidak dalam pengisian, juga mengimbas era pemerintahannya selama 22 tahun yang tidak pernah menghalang kebebasan bersuara di Parlimen, meskipun pelbagai tuduhan liar seperti Mahazalim dan Mahafiraun sering ditujukan kepadanya.

Mesej kehadiran beliau tentu saja difahami oleh rakyat dan menunjukkan wujudnya perbezaan yang ketara dengan pemerintahan Najib Razak sekarang.
Sebagai Ketua Penerangan UMNO dan mungkin masih berharap untuk dilantik semula sebagai menteri, kerja Annuar selain membela Najib, tentu saja memperlekeh apa jua yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Dengan mengumpamakan bekas Perdana Menteri itu  seperti kereta antik, walaupun bertujuan memperlekeh, Annuar yang kini merupakan antara panglima Najib Razak, secara tidak langsung mengakui  kehebatan dan bernilai tingginya Tun Mahathir di mata umum.

Tun Mahathir dengan gambaran yang sedemikian, bermakna tidak pernah susut harga dan sentiasa bernilai tinggi kepada rakyat jelata.

Tetapi, jika Tun Mahathir digambarkan seperti kereta antik, Najib  selayaknya diumpamakan seperti apa pula?

Kereta potong? Kereta recond? Kereta remote control?

Atau kereta yang sudah rosak di sana sini dan wajib dijual dan ditukar dengan yang baru?

Begitu juga dengan barisan anggota kabinet dan pemimpin UMNO yang ada, mereka sebenarnya seperti apa?

Tidakkah hampir semuanya tidak lebih bagaikan kereta potong atau kereta recond yang hanya kelihatan cantik di atas jalan, sebaliknya banyak bertampal serta berkimpal di sana sini?

Malah, jika pun mahu disamakan seperti kereta Formula 1, tiada di antara mereka, termasuk Najib yang layak pun untuk menghabiskan pusingan perlumbaan sehingga tamat persaingan.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada, termasuk Annuar Musa antaranya,  hanya tahu mengaum dan menderum dengan kuat, tetapi seperti kebanyakan kereta Formula 1 tidak berjenama terkenal atau sentiasa kurang bajet, sering saja terkandas dan terbabas seawal pusingan pertama lagi.

Hanya jika ada tambahan bajet atau munculnya penaja, barulah mereka akan mengaum dan menderum lagi di perlumbaan seterusnya, tetapi tetap tidak mampu menamatkan pusingan, jauh sekali mengimpikan menaiki podium.

Sebaliknya, kereta antik tetap berseri dan nilainya bertambah tinggi dengan semakin berlalunya masa. (SH 09/11/2016).

Isu Lesen Hiburan di Daerah Kuala Muda - Kerajaan Negeri BN luluskan 53 lesen baru

Kenyataan Media YB Simon Ooi Tze Min, 
ADUN Bakar Arang 
merangkap Timbalan Ketua AMK Kedah

Isu Lesen Hiburan di Daerah Kuala Muda



1. Dalam soalan bertulis sidang DUN Kedah bulan Ogos, saya bertanya mengenai berapa lesen hiburan telah dikeluarkan dalam tahun 2015 dan 2016 mengikut daerah dan jenis lesen, pihak kerajaan telah memberi jawapan.

2. Adalah luar biasa bagi lesen hiburan keluarga dalam tahun 2016 setakat Ogos sudah sebanyak 53 lesen baru dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kuala Muda. Jumlah lesen dikeluarkan di Daerah Kuala Muda adalah sangat banyak berbanding tahun 2015 hanya 9 dan daerah lain seperti Kota Setar dan Kulim.

3. Saya sangat khuatir adakah lesen hiburan keluarga ini termasuk pusat judi haram yang banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di Sungai Petani.

4. Saya menyeru Pejabat Daerah mengumumkan dimana lokasi premis 53 pusat hiburan keluarga ini dan apakah jenis hiburan keluarga yang dibekal oleh mereka.

5. Oleh kerana Menteri Besar Kedah berlaku pertukaran pada 4 Februari 2016 daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Datuk Seri Ahmad Bashah, Menteri Besar baru Datuk Seri Ahmad Bashah wajar memberi penjelasan kenapa kerajaan memberi lesen hiburan keluarga yang banyak selepas beliau mengambil alih jawatan MB.

6. Pusat judi ini sangat membawa parah kepada masyarakat, saya mendesak kerajaan negeri serius untuk membanteras aktiviti judi haram di negeri ini.


KEMENANGAN TRUMP ADALAH FENOMENA 'ANTI ESTABLISHMENT' - MAHFUZ

Kenyataan Media

1. Fenomena Brexit di Britain yang memaksa PM Britain meletakan jawatan dan kemenangan Donald Trump di Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat adalah fenomena 'anti establishment' dari rakyat kepada golongan pemerintah.Fenomena ini jugalah yang mempengaruhi kemenangan Rodrigo Duterte sebagai Presiden di Filipina, yang merupakan manifestasi 'anti establishment' terhadap golongan kleptokrasi Filipina .

2. Rakyat bila dah 'cemuih', meluat dan menyampah (fed up) walaupun Trump tidak popular dan di label sebagai 'kaki perempuan' serta tidak mempunyai jentera yang kuat,juga tidak didukung oleh kepimpinan partinya sendiri iaitu Republikan, tetapi matlamat rakyat bawahan ialah mahu keluar dari bebanan kos hidup yang tinggi yang gagal ditanggani oleh pemerintah.

Melalui Piliharaya Presiden adalah kesempatan serta peluang yang diambil rakyat untuk melakukan reformasi menyekat kesinanambungan kuasa politik Demokrat untuk terus memerintah Amerika, maka rakyat memilih Trump dari Republikan.

3. "Saya bukanlah penyokong Trump mahupun Hillary Clinton tetapi saya begitu teruja dengan keberanian dan kebijaksanaan rakyat marhaen Amerika walaupun mereka lebih senang dari rakyat Malaysia,mereka berani bangkit melakukan reformasi terhadap kerajaan yang pada mereka gagal melindungi dan memperbaiki taraf hidup rakyat marhaen".

Saya percaya mungkin juga mereka pernah digula-gulakan seperti BR1M ,dengan retorik perkauman dan keagamaan serta disumbat dengan projek-projek berbilion dollar sepanjang Obama dan Demokrat memerintah Amerika, tetapi bila mereka dah 'cemuih' dan meluat , mereka akan 'humban' parti yang memerintah".

4. Diharap juga,fenomena sebegini akan berlaku pada PRU14 di Malaysia.Rakyat perlu berani dan bijak untuk buat pilihan. Keadaan pemerintah 'kleptokrasi' di Malaysia lebih buruk jika dibanding dengan Amerika, begitu juga dengan beban kos sara hidup rakyat marhaen yang tinggi berbanding dengan pendapatan. Sudah sewajarnya rakyat bangkit membuat perubahan dengan 'menghumban' UmnoBn. Semua pemerintah persekutuan atau negeri di Malaysia perlu bersedia berdepan dengan rakyat. Ingat!.. one day the 'rakyat' will kick U out!

*_#SingkirPemerintahKleptokrasi_*.
*_#PilihKerajaanBerintegriti_*.
*_#SelamatkanMalaysia_*
*_#RakyatTidakMudahDigulaGulakan_*
*_#UbahDemiMasaDepan_*

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
16:30pm Parlimen Malaysia
10 Nov 2016/10 Safar 1438H

Trump menang: Pengajaran besar kepada badan pengkaji pendapat

 http://www.mcclatchydc.com/news/politics-government/election/jb6tfa-Trump.jpg/alternates/LANDSCAPE_768/Trump.jpg
Semua pembuat kajian (pollsters) di negara ini diminta mengambil pengajaran dari kemenangan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat apabila ke semua ramalan berdasarkan hasil kajian mereka sebelum pemilihan itu terbukti tidak benar.

"Terbukti semua dapatan kajian persepsi dan pollsters, badan pengkaji pendapat awam yang meramalkan kemenangan Hilary Clinton tidak betul.

"Jadi kita di Malaysia yang membuat kajian pilihan raya ini perlu berhati-hati dan mengemukakan data sebenar dari pengundi," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, sebuah badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini.

Hisomuddin Bakar bimbang kegagalan pollsters di Amerika mengganggu industri yang sama di negara ini.Hisom mengulas kegagalan besar hampir kesemua badan pengkaji dan pollsters di Amerika yang meramalkan Clinton bakal menang dalam pemilihan itu.

Beliau bimbang, institusi badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini akan terbantut dengan apa yang berlaku di Amerika.

Para pengkaji atau pollsters meramalkan Clinton akan menang mudah dalam pemilihan semalam dengan memberi peratusan sehingga 85% dalam ramalan mereka.

Apabila Donald Trump menang, ia telah memberikan suatu kejutan besar kepada badan-badan pengkaji di Amerika yang selama ini dianggap mempunyai disiplin kajian yang tinggi.

Dalam menghadapi perkara ini, Hisom berkata, Ilham akan mengekalkan pendekatan kajian mereka dengan menemubual respondan secara bersemuka bukan melalui pendekatan lain.

"Ini kerana dengan cara ini kita akan dapat mengetahui dengan lebih jelas pendapat mereka tentang sesuatu perkara melalui jawapan, body language, penolakan atau pandangan sebenar mereka dalam apa-apa isu berbanding kita membuat tinjauan random atau melalui telefon," kata Hisom kepada Malaysia Dateline.

Hisom meletakkan kesilapan kajian berlaku apabila 'silent majoriti' besar dalam sesuatu masyarakat yang menjadi sasaran kajian itu.

"Kita tidak dapat ukur pendapat orang yang diam atau tidak mahu memberikan pandangan. Apabila semakin besar angka ini, kebolehan untuk silap semakin tinggi," kata Hisom yang selama ini banyak membuat kajian pilihan raya di Malaysia.

Hisom juga berkata, wawancara yang lebih mendalam juga boleh mengurangkan risiko kajian yang dibuat silap.

"In-depth interview (temubual yang mendalam) penting untuk mengurangkan risiko kesilapan dalam kajian berbanding dengan kajian persepsi semata-mata kerana persepsi hanya lapisan atas sahaja, tidak semesti yang sebenarnya.

"Misalnya kita tanya, PKR popular ke, dia jawab popular. Adakah dia akan undi PKR, saya rasa belum tentu kecuali kita tanya soalan lebih mendalam lagi," kata Hisom lagi.

Atas dasar itu, katanya, In-depth interview adalah cara yang lebih tepat dalam mendapatkan hasil kajian yang tepat walaupun memakan masa yang lebih lama dan kos yang lebih tinggi.

Badan pengkaji atau pollsters di Amerika memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk mengkaji kenapa mereka silap dalam ramalan mereka dalam pemilihan di Amerika semalam.

"Hampir kesemua pengkaji (polls) teruk, termasuk kami," kata Patrick Murray, pengarah Monmouth University Polling Institute kepada fivethirtyeight.com, badan pengkaji politik.

"Tetapi jika ada yang fikir mereka ada jawapannya sekarang, mereka hanya agak-agak sahaja," kata Murray kepada laman itu.

Kerajaan beri kontrak ECRL kepada China tanpa tahu harga, soal Pua

 pua-liow-ecrl-1
PETALING JAYA: DAP menyelar Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana mendakwa menteri pengangkutan itu tidak tahu menahu mengenai kontrak berbilion ringgit yang dianugerahkan kepada China Railway untuk Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Ia selepas Liow mempersoalkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyifatkan nilai kontrak ECRL sebagai tertinggi di dunia berbanding pembinaan landasan kereta api di beberapa negara lain.

“Bukan ahli Parlimen pembangkang yang menyebut jumlah RM55 bilion sebagai kos projek landasan sepanjang 600km itu. Ia disebut Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumkan nilai projek itu dalam Bajet 2017 yang disiarkan ke seluruh negara melalui televisyen,” kata Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP, dalam kenyataan hari ini.

Najib berkata ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu sebelum berakhir di Tumpat, akan menelan belanja RM55 bilion.

ECRL yang menggunakan dana China merupakan sebahagian besar daripada 14 perjanjian bernilai RM144 bilion yang dimeterai ketika lawatan rasmi Najib ke Beijing baru-baru ini.

Bagaimanapun, Liow dilaporkan The Star sebagai berkata kerajaan masih dalam rundingan mengenai kos ECRL.

“Apabila kami melaksanakan projek itu, kami akan memberitahu kepada umum berapa sebenarnya kos setiap kilometer,” kata Liow yang mempertikaikan Pua.

Pua mempersoalkan sama ada kerajaan menganugerahkan kontrak itu tanpa terlebih dahulu mencapai persetujuan mengenai kos.

“Bukan sahaja kerajaan gagal memastikan tender terbuka dalam penganugerahan projek itu bagi memastikan pembayar cuka mendapat pulangan nilai wang mereka, Liow kini berkata kerajaan menandatangai kontrak berbilion ringgit dengan sebuah syarikat asing tanpa berunding harga projek itu!” kata Pua.

Pua berkata kerajaan perlu mendedahkan isi perjanjian yang dimeterai dengan China Communication Construction Company dan China Exim Bank, di samping kajian konsultan yang dilantik kerajaan mengenai projek ECRL itu.

Ini sekadar RUMOURS pemain-pemain KEDAH FA 2017

RUMOURS KEDAH FA 2017

Status Tempatan
Kekal:
1.   Abdul Hadi Hamid
2.   Syazwan Abdullah
3 .  Syawal Nordin
4 .  Osman Mohd Yusoff
5 .  Raphi Azizan
6 .  Khairul Helmi
7.   Syazwan Tajuddin
8.   Ariff Farhan
9.   Asri Mardzuki
10. Baddrol Bakhtiar
11. Abdul Halim Saari
12. Farhan Roslan
13. Hanif Mat Dzahir
14. Syazuan Hazani
15. Syafiq Ahmad

Keluar :
1. Shafizan Hashim (bersara)
2. Amar Rohidan (tidak dipastikan)
3. Sabree Abu (perak)
4. Farhan Abu Bakar (tidak dipastikan)
5. Shazuan Ashraf Mathew (tidak dipastikan)
6. Alif Fadhil (jadi cikgu)
7. Azmeer Yusof (mohon dilepaskan)
8. Ahmad Fakri Saarani (tidak dipastikan)

Masuk :
1) Gary Steven Robbat
2) Shakir Shaari
3) Nor Shahrul Idlan Talaha
Masih dlm perbincangan

Masih belum membuat keputusan:
1. Rizal Ghazali (2 tawaran)
2. Syazwan Zainon (Felda United)
3. Amirul Hisyam (tidak dipastikan)
4. Ifwat Akmal (5 tawaran)

Status Import :
Keluar:
1. Bang Seung Hwan (tidak disambung kontrak)
2. Thiago Augusto (kembali ke Felda)
3. Liridon Krasniqi (masih memikirkan kerana mendapat offer lumayan dari Melaka United dan JDT)
4. Shane Edward Smeltz (kembali ke pasukan asal)

Masuk:
1. 2 pemain import dari Bosnia
2. Baihakki Khaizan (import asia)
3. Sandro Da Silva Mendonca (kembali dari kecederaan)

P/s: harap hampa faham maksud rumours





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...