TERKINI :

Thursday, November 10, 2016

Beli kapal perang China boleh, isi minyak bot pantau nelayan asing tak mampu

raja-bahrin
KUALA LUMPUR: Amanah membidas Putrajaya kerana mengabaikan peruntukan minyak agensi peronda hingga menyebabkan perairan negara diceroboh nelayan asing dan mengganggu mata pencarian nelayan tempatan.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Amanah-Kuala Terengganu) mempersoalkan keutamaan Putrajaya, yang baru-baru ini membeli 4 kapal perang daripada China.

“Amat menyedihkan apabila nelayan mengadu kepada Jabatan Perikatan dan Pasukan Polis Marin kenapa nelayan asing masuk ceroboh. Jawapannya: Mahu ronda tapi tiada peruntukan minyak.

“Bayangkan alasan apa itu?” katanya semasa sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.

“Kerajaan kita boleh beli kapal perang daripada China beratus juta ringgit, tapi tidak ada peruntukan untuk beli minyak jaga nelayan miskin?”

Katanya sikap sebenar Putrajaya terhadap nelayan tempatan turut dilihat dalam Bajet 2017. Raja Kamarul berkata belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kali ini sekadar memperuntukkan 10% keepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Ada banyak masalah yang belum diatasi, peruntukan telah dipotong. Nelayan lebih memerlukan bantuan yang bermakna bukan hanya bantuan kewangan seperti subsidi dan baiki rumah.

“Nelayan memerlukan bantuan teknikal, keselamatan dan bantuan sokongan. Mereka mahu dijaga supaya boleh tangkap ikan di laut tanpa gangguan nelayan asing,” katanya.

Dr. Mariah kesal perbahasan mengenai CUKAI ARAK diulas diluar konteks dan diberi perpektif negatif


PERBAHASAN DIPERINGKAT JAWATANKUASA KEMENTERIAN KEWANGAN PADA 9HB NOV 2016

Saya mengucapkan terima kasih kepada FreeMalaysiaToday.com dan Mynewshub kerana SPIN ucapan saya kelmarin. Saya kesal perbahasan saya di ambil luar konteks dan di beri perspektif yang negatif.

MYNEWSHUB buat tajuk PAN KESAL CUKAI ARAK NAIK BAKAL BEBAN PEMINUM

FREEMALAYSIATODAY buat tajuk JANGAN BEBANI BUKAN ISLAM DENGAN CUKAI TINGGI JUALAN ARAK

Mungkin ada lagi portal lain yang melaporkan secara negatif dan berniat jahat untuk memburukkan Parti AMANAH Negara

Perbahasan saya diperingkat jawatankuasa Kementerian Kewangan sebenarnya

1)bertanya berapa jumlah cukai dosa (arak, judi, rokok) yang dikutip oleh kerajaan

2) mencadangkan supaya hasil kutipan cukai-cukai dosa diasingkan daripada dana wang yang disatukan dan digunakan untuk bayaran faedah pinjaman kerajaan. Ini akan membersihkan dana ini dari unsur haram. Cadangan dibuat kerana gaji kakitangan kerajaan dan elaun ahli Parlimen dibuat dari dana wang disatukan ini. Ia adalah satu langkah perbersihan sumber pendapatan dan menepati kehendak syariat

3) mencadangkan supaya semua perkara yang dianggap haram dan berdosa (arak, rokok) ni dijual dalam premis yang dilesenkan. Tujuannya ialah memudahkan penguatkuasaan penjualan arak dan rokok hanya kepada yang dibenarkan. Masakini penjualannya meluas dan tidak dapat dikuatkuasakan dengan berkesan. Akta kastam dan eksais hanya mewajibkan perlesenan untuk menjual “distilled alcoholic” drinks dan tidak bir. Bir dijual dengan meluas tanpa memerlukan perlesenan. Menteri Kewangan 2 dalam jawapan beliau juga tidak sedar yang penjualan bir tidak memerlukan lesen

Semasa saya berbahas, YB Pengkalan Chepa bangun untuk mencadangkan cukai rokok dan arak dinaikkan. Saya menjawab dalam satu ayat cukai rokok memang sudah dinaikkan (dari masa kesemasa) tapi saya tidak bersetuju untuk menaikkan cukai arak kerana ia mungkin membebankan orang bukan Islam.

Jawapan yang sepatutnya saya beri pada ketika itu ialah rakyat sudah bayar cukai GST untuk segala pembeliaan dan penggunaan. Arak sudah ada duti import dan GST. Pada dasarnya saya tak bersetuju sebarang peningkatan cukai terhadap rakyat.

Saya menafikan yang saya mencadangkan cukai arak diturunkan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Kedua, Dato Johari Abdul kerana di dalam jawapannya menerima cadangan saya dengan positif.

Peguam Mahathir cabar ketua SPRM siasatan semula Najib

Peguam yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, supaya membuka semula siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Mohd Haniff Khatri Abdulla juga mencabar Dzulkifli, yang baru sahaja melengkapkan perkhidmatan 100 hari sebagai ketua pesuruhjaya yang baru, untuk mendapatkan minta bantuan perundangan bersama (MLA) untuk menjalankan siasatan lanjut di luar negara.

“Kalaulah anda (Dzulkifli ) dengan jujur dan ikhlas maksudkan segala ungkapan seperti dalam ucapan kamu, maka saya cabar anda memohon kepada Pejabat Peguam Negara supaya
SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk membuka semula keseluruhan siasatan terhadap Najib Razak berkaitan rasuah ataupun salahlaku kewangan mahupun salahlaku kuasa berhubung skandal 1MDB dan SRC.

“SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk memohon Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance), daripada agensi siasatan Amerika Syarikat, iaitu DoJ, mahupun FBI,” katanya dalam posting di Facebook.

Haniff berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang boleh menghalang Peguam Negara daripada menghalang kes untuk dibuka semula.

Malah, katanya saman DOJ untuk tindakan kleptokrasi, Julai lalu, sudah mencukupi untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara sebagai sebuah badan profesional dan bertanggungjawab sepatutnya berbuat demikian.

Katanya, tuntutan mahkamah oleh DOJ Amerika itu adalah sebab munasabah untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara, sebagai sebuah institusi yang profesional dan bertanggungjawab, perlu berbuat demikian berdasarkan bukti baru.

Sebelum ini, SPRM ketika diterajui oleh Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah memohon sebanyak dua kali untuk mendapatkan MLA untuk menjalankan siasatan di luar negara tetapi kedua-duanya ditolak oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Akhirnya, kertas siasatan SPRM diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Disember. Sebulan kemudian, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan dengan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta dari SRC International, anak syarikat 1MDB yang berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Ini yang BN takutkan seandainya pembangkang lakukan.. iaitu "bersatu"

BN hadapi masalah jika semua pembangkang bersatu

NURUL KHALEEDA RASHIKIN

10 November 2016

RAKYAT  kini menyaksikan para pembangkang sedang mencari kata sepakat untuk bersatu menentang BN pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) kelak.

Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib yang mendakwa BN bakal punyai masalah besar jika parti dan tokoh pembangkang utama di negara ini bertindak untuk bersatu.

“Jika kesemua mereka bersatu dan memastikan berlakunya pertandingan satu lawan satu antara kelompok calon parti-parti pembangkang, maka ia akan beri kesan yang besar kepada BN.

“Saya merasakan usaha penyatuan semua parti utama pembangkang dalam satu gagasan mestilah merangkumi peranan kelompok pemimpin yang dipayungi oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan Pas, PKR dan DAP.

“Bagaimanapun, salah satu daripada kelompok ini tidak bersama pakatan pembangkang maka ia tidak membawa impak kukuh dalam perlawanan dengan BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Tambah beliau lagi, dengan isu yang wujud kini membuatkan rakyat mudah untuk mencari parti alternatif selain BN.

“Dengan isu politik membabitkan kepimpinan utama BN yang wujud kini, ditambah pula dengan isu ekonomi sosial masyarakat serta isu kos sara hidup.

“Ia menjadi faktor pelengkap kepada peningkatan simpati dan sokongan pada tokoh dan parti lain selain BN,” katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan agar BN berwaspada kerana faktor kemenangan parti itu pada PRU 14 nanti bergantung sejauh mana kelompok parti tersebut mampu bergabung atau tidak.

“Kemenangan BN bukan hanya atas faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya mengikut garis populasi kaum tetapi ia juga bergantung pada sejauh mana parti-parti ini mampu untuk bergabung sesama mereka.

“Jika berlaku pertandingan satu lawan satu, BN perlu mengutamakan siapa calon yang sesuai dan kekuatan calon ini bakal mengatasi lambakan isu yang menghentam BN ketika ini,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau turut merasakan bahawa Pas sudah serik untuk berkomplot dengan DAP kerana sikap parti itu yang keras dalam perjuangan liberal dan anti agenda Islamisasi gaya Pas.

“Tanpa Pas mahupun DAP, maka pembangkang tidak mampu menjadi alternatif buat BN.

“Namun, BN akan kalah teruk jika Pas mengambil pendirian untuk bersama pembangkang,” turutnya lagi.

Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa cabaran utama yang dihadapi pembangkang untuk bersatu mengalah BN adalah soal perbezaan perjuangan mereka.

“Contoh terbaik ialah Pas yang mahukan agenda Islamisasi dan proses perundangan Islam dilaksanakan di negara ini manakala DAP pula menentang agenda yang dibawa Pas.

“Ia satu penentangan perjuangan sesama pembangkang dan inilah yang mereka perlu selesaikan dahulu jika ingin bersatu,” katanya mengakhiri bicara.
 

Syed Saddiq: Umno jangan talam dua muka

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Ketua Armada Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan pemimpin politik agar tidak bersikap talam dua muka.

Mengulas mengenai surat terbukanya kepada Sultan Johor, yang mendapat kenyataan balas daripada Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin, Syed Saddiq berkata, Umno perlu konsisten dalam perjuangan mereka.

"Saya nak tanya di manakah Umno apabila Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), disindir oleh (Datuk Seri) Nazri Aziz, YB sendiri nak 'whack' TMJ, tetapi Umno tidak sekali pun label beliau sebagai seorang yang biadap.

"Malah ada juga yang mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Nazri. Perbezaannya, saya tak lah ugut kata nak 'whack' orang yang tak setuju dengan saya.

"Saya karangkan satu surat yang menggunakan bahasa istana dan pastikan bahawa surat tersebut mencerminkan budaya budi bahasa di Malaysia. Hormat itu tetap. Rakyat dan raja berpisah tiada. Jangan talam dua muka, sokong hanya apabila ia membawa kebaikan kepada diri sendiri. 'Be consistent', 'be principled'. Jangan jadi seorang hipokrit," katanya dalam satu kenyataanya hari ini.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas kenyataan Syahrin Md Jamaludin yang mengingatkan beliau agar tidak biadap terhadap Sultan Johor.

[ARTIKEL BERKAITAN:Syed Saddiq, jangan jadi biadap!']

"Seluruh rakyat Johor menyanjung tinggi titah tuanku yang mengharamkan sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan perpaduan serta keselamatan rakyat...tapi tiba-tiba pemimpin muda mentah ni nak berlaku biadap dengan sultan kami.

"Dia sanggup mengetepikan adab dan membutakan mata hati melihat sesuatu isu dalam skop lebih luas semata-mata kerana kepentingan politik," petik kenyataan Syahrin.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Syed Saddiq berkata beliau tidak kisah dengan panggilan kasar  tersebut terhadapnya.

"Panggil lah saya mentah kerana budak mentah inilah yang akan berjuang untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN demi negara tercinta," katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq telah mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan Johor selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri Johor.

Ahli PAS dilarang sertai Himpunan Haram Bersih 5 — Buletin Utama TV3

AHLI Parti Islam Se Malaysia, PAS dilarang sertai Himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 November 2016 lapor media kawalan Barisan Nasional, BN (sebut Barang Naik) Buletin Utama TV3.

Semalam Buletin Utama TV3 laporkan Haram Umat Islam sertai Himpunan Bersih 5.

BACA — Haram umat Islam sertai Himpunan Bersih 5

Hari ini media pengampu Barisan Nasional itu menemuramah Ketua Penerangan PAS , Nasruddin Hassan Tantawi yang menegaskan bahawa keputusan PAS jelas bahawa parti itu tidak akan sertai Himpunan Bersih 5 maka ahli PAS juga mesti mematuhinya.


Apa mesej yang cuba disampaikan oleh TV3?

Kepada semua ahli PAS yang taat kepada pimpinan parti, janganlah sertai Himpunan Baju Kuning, Bersih 5, tetapi sertailah Himpunan Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos atau lebih popular dengan panggilan Jamal Jamban.

Umat Islam wajib bersatu bersama-sama penyokong Baju Merah untuk pertahankan jawatan Najib Razak, pemimpin 'kleptokrasi'. Jika Najib dapat sokongan beliau boleh naikkan lagi harga barang, naikkan tol naikkan cukai GST. Rakyat belum mampos masih kuat untuk tanggung kenaikan harga.

Jangan lupa bawa batu bata, kayu bakau dan pinggan mangkuk untuk pukul diri sendiri sewaktu perhimpunan itu nanti. Mari turun ramai-ramai pada 19 November 2016 untuk sertai Himpunan Baju Merah, ramai-rama  jadi beruk.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/ahli-pas-dilarang-sertai-himpunan.html#ixzz4PYlXl37A

Pegawai SPRM yang mengamuk di mahkamah dipecat

Muhammad Nazrin dipecat kerana dadah

9 November 2016

Tertuduh ketika dibawa dalam mahkamah selepas menghadapi pertuduhan menakutkan birasnya secara jenayah pada 21 September lalu.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberhentikan perkhidmatan pegawainya, Muhammad Nazrin Abdullah, berkuat kuasa 1 November lepas kerana terlibat dengan kes berkaitan dadah.    

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Putrajaya, Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah berkata Lembaga Tatatertib SPRM membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati Muhammad Nazrin bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lepas.

"SPRM memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi jika terdapat pegawai yang melanggar peraturan organisasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 7 November lepas, Muhammad Nazrin didakwa di mahkamah bagi pertuduhan melakukan ugutan dengan menunjukkan sebilah parang panjang kepada birasnya Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira 7.10 pagi, 21 September lepas.

Mahkamah Majistret Segamat juga memerintah dia ditahan reman dari 29 Oktober hingga 1 November lepas bagi membantu siasatan berhubung kes keganasan rumah tangganya. - Bernama

Seramai 68 pelajar MRSM Baling dibawa ke Hospital Baling akibat keracunan makanan.

Hospital Baling

BALING - Seramai 68 pelajar MRSM Baling dibawa ke Hospital Baling akibat keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Baling menerima notifikasi kejadian keracunan makanan dalam kalangan pelajar tingkatan dua hingga lima pada 8 malam semalam.

Menurutnya, siasatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling mendapati 61 perempuan dan 7 lelaki daripada keseluruhan 882 pelajar MRSM Baling untuk mendapatkan rawatan.

"Daripada jumlah itu seramai 21 perempuan dan dua lelaki dimasukkan ke wad dan selebihnya pesakit luar.

"Tiada pelajar tingkatan lima dimasukkan ke wad, kebanyakan pelajar mengalami gejala cirit birit, muntah dan loya yang bermula jam 3 pagi pada 7 November lalu,"katanya.

Beliau berkata, punca disyaki dari makanan sambal merah yang di makan bersama nasi putih, nasi goreng dan ayam goreng yang dibeli dari kafe MRSM.

Menurutnya, tindakan susulan dilakukan ialah penutupan kafe MRSM Baling di bawah akta kawalan penyakit berjangkit 1988.

"Tindakan kawalan lain yang dijalankan adalah pengesanan kes secara aktif di sekolah dan diberi rawatan sewajarnya.

"Sempel makanan dan persekitaran untuk ujian makmal juga diambil.

"Pendidikan kesihatan meliputi kebersihan meliputi aspek kebersihan dan keselamatan makanan termasuk konsep lihat, hidu dan rasa telah dijalankan kepada pelajar dan pengurusan sekolah,"katanya.

Tambahnya, pemantauan dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling.

Pembangkang kita kena belajar daripada Donald Trump bagaimana mahu menang di Malaysia

Ada orang nak baca ka kalau saya ulas bab Donald Trump menang President Amerika nie?

Tat pa lah kebetulan hari ini bersimpang siur dlm FB kita semua berita pasal p.raya Amerika nie, kalau saya tumpang mencelah tak ada bezanya.

Saya seorang peminat politik, dulu rajin menulis dlm blog dan portal politik, la dah pencen duk fokus kat NGO tapi jiwa politik masih mmbara.

Saya melihat Donald Trumph adalah seorang pemain politik (mcm pemain bola atau main catur) yg hebat, kalah Dr M yg dah pencen boleh bangkit balik atau pun Datuk Najib yg masih tak tumbang2 wpun diserang bertubi3 kiri kanan atas bawah oleh lawan dan juga kawan, kira hebatlah tu tak jatuh2 lagi.

Hebatnya Donald Trumph sebab beliau berjaya mengeksploitasikan ketakutan (fear/phobia) dan juga kesengsaraan (suffering) rakyat biasa Amerika utk menagih undi p.raya.

Donald Trump betul2 menjadikan p.raya itu sebagai medan perang saraf yg matlamatnya utk mendapat undi. Ini yg gagal dimainkan oleh ahli2 politik khususnya team pembangkang di Malaysia, mereka gagal mengeksploitasikan perasaan amarah dan apa yg dilihat sebagai kesengsaraan rakyat jelata dlm kes peningkatan kos sara hidup dll ini ke tahap maksima utk memungkin rakyat mengundi mereka. Kerana itu parti pembangkang tak menang2.

Rakyat Amerika hari ini rata2 tertekan dgn kos sara hidup yg mencengkam hinggakan buat dua kerja dlm satu hari utk tampung hidup sudah tidak mencukupi. Waktu di Amerika dulu saya pnah jumpa kwn2 rakyat Amerika yg pagi sampai petang kerja tempat nie, petang sampai tgh mlm kerja tempat lain, memang sengsara.

Di celah2 tu sekarang ini byk syarikat2 dan kilang2 yg dah tutup sebab berpindah operasi ke luar negara, menambahkan teruk terlalu ramai pendatang asing masuk sama ada secara sah atau secara haram mcm di Malaysia juga mengambil peluang2 kerja yg ada dan mewujudkan masalah sosial dan di Amerika turut dikaitkan dgn islamic militant. Menambahkan parah ada pula pelbagai perjanjian dagangan bebas antarabangsa yg menyebab pasaran terbuka kpd semua. Di celah2 tu Amerika terpaksa berhabis duit utk ketenteraan dlm NATO dll utk jaga negara org. Rakyat Amerika juga sebetulnya tak senang duduk dgn perang dingin terbaru di mana Obama memilih utk menyokong kumpulan yg menentang Bashar yg dibantu Russia kuasa nuklear dunia.

Menyedari semuanya ini, Donald Trump amik jln mudah utk tarik undi rakyat Amerika yg dlm dilema ini.

Waktu pi melawat sebuah daerah yg ada kilang kereta antara yg terbesar di Amerika, D Trump ugut akan kenakan cukai 35% kpd syrikat keta itu utk bawa masuk keta2 mereka ke Amerika yg dipasang di Mexico. Begitu juga dgn sykt Iphone Amerika yg dipasang di China, semuanya atas nama nak jaga peluang kerja rakyat Amerika. Banyak lagi yg beliau cakap bab peluang kerja ini. Rakyat yg kehilangan kerja dan risau tiada ada kerja atau ada anak2 tgh cari kerja jadi teruja dgn tindakan beliau ini.

Phobia dan rasa marah rakyat terhadap pndatang luar dan militan islam pula, Donald Trump buat gempaq kata nak pasang tembok di sepanjang sempadan Amerika/Mexico dan ugut nak stop kemasukan org Islam ke Amerika dan bercadang nak usir keluar berjuta pndatang asing dari bumi Amerika. Nampak extreme tapi itu yg bergolak di dlm hati rakyat Amerika, sama seperti di Malaysia dlm kes pekerja asing nie, rakyat tak puas hati tapi tak boleh buat apa. Tidak seperti ahli politik pembangkang di Malaysia, di Amerika D Trump bijak memanipulasinya. Ini barulah namanya ahli politik!!

Satu lagi benda yg beliau buat gempak yg org mcm tak percaya ialah nak tarik diri drpd pnjanjian perdagangan bebas antarabangsa yg di beberapa kawasan yg mana membuka peluang niaga samarata utk semua negara. Dulu nampak mcm Amerikalah yg nak kuasai semua negara tu tapi hari nie dlm bab ekonomi dan perdagangan antarabangsa negara2 lain pula ke depan terutamanya China, perjanjian2 dgangan semua ini mkn diri, natijahnya rakyat Amerika yg terkena, bila dia kata nak tarik diri, ini pun antara yg rakyat harap2kan, ekonomi Amerika utk Amerika.

Satu lagi yg rakyat tak puas hati tapi sebelum nie tak leh buat apa ialah perbelanjaan ketenteraan yg entah berjuta billion tu, duit rakyat semua tu, setengah tu bukan buat pa pun, pi tolong NATO jaga langit depa ja.

Sekarang D Trump gempaq kata Amerika akan tarik ikatan dia dgn Nato, Nato pandai2lah jaga langit depa sendiri dari ancaman Rusia ka apa, seronok rakyat Amerika dengarnya, jimat billion2 tu, bab nak tarik diri sungguh ka tidak itu lain cerita. Rakyat teruja, ini baru namanya ahli politik, berjaya memainkan sentimen rakyat.

Bab Syria, sebelum nie rakyat duk risau jadi perang dunia ke 3, perang nuklear Rusia Amerika sbb Rusia sokong Bashar tapi Obama back up ISIS dan musuh Bashar. Masuk mai Donald Trump, dia kata yg kita nak gaduh dgn Putin/Rusia pasai pa, dia join Rusia dan Syria lwn ISIS dll, lega rakyat Amerika. Donald Trump bergerak ikut citarasa dan kehendak rakyat jelata. Dia fokus pada isu dan bagi jln pilihan.

Di Malaysia pembangkang lemah tang bab ini tapi D.Najib cekap. Rakyat marah kos sara hidup naik, dia bagi BR1M. Saya pernah pi bagi crmah PRU waktu saya bergiat atas pentas pembangkang di sebuah kg pedalaman, sebelum ceramah Pengerusi Majlis pesan kat saya, dia kata:

"Ustaz (dia panggil saya ustaz, dlm parti nie siapa yg pandai cakap dipanggil ustaz, dlm parti satu lagi siapa yg pandai cakap kena cantas awal2 takut org lama jatuh), Ustaz tak payah ceramah bab tinggi2, Ustaz cerita bab BRIM dah la. Kami tak reti nak jawab dah depa duk kata Tok Najib ada juga bagi kat kami BRIM, hangpa bagi apa?"

Nak habag kata, teruk2 D Najib pun sebagai ahli politik dia pandai main saikologi rakyat.

Berbalik kpd praya presiden Amerika, saya melihat jika sungguhlah pembangkang nak tumbangkan D Najib dan UMNO/BN, pembangkang kena belajar daripada Donald Trump, attack kat isu, jgn attack orang dan jgn attack bini atau anak tiri orang...:-)

Kalau tidak mai PRU14 nie D.Najib akan terus perintah Malaysia, tambah hebat lagi sebab Donald Trump Presiden Amerika kawan dia.

Itu ja yg saya dapat ulaskan.

Saja nak kongsi.

Tkasih.

Monier Mat Din





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...