TERKINI :

Tuesday, November 8, 2016

Mengapakah Hj Hadi kerap ponteng ke Parlimen?

Mengapakah Hj Hadi kerap ponteng ke Parlimen?
Ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 malam tadi terus mengundang polemik orang ramai yang dapat dilihat pada lontaran komentar di media sosial Facebook dan kumpulan WhatsApp.

Antaranya, Nazir Mahmud Khan membayangkan kekerapan bapa kepada Abdul Hadi akan dipanggil oleh pihak sekolah kerana ponteng kelas jika beliau masih bersekolah.

“Hadi ni kan kalau dia budak sekolah, aku tak tau la berapa kali bapa dia kena panggil pi sekolah pasai ponteng.

“Dah la tu kalau banyak hari ponteng dia akan kena gantung dan lepas tu kalau repeat jugak dia akan kena buang.

“Rasa-rasa belum tamat darjah 1 dia dah kena buang, buat rayuan, masuk semula, kena buang lagi,” katanya berbaur sinis.

Bahkan, Nazir turut menyindir pendirian Abdul Awang berhubung gesaan rundingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.

“Dalam dok ponteng sekolah tu ada hati pulak nak jadi ketua kelas. Dah jadi ketua kelas nak ambik tindakan kat budak-budak pandai dan jaga yang bodoh-bodoh dan gatai,” ujarnya dalam loghat Utara.

Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang mempersoal status Pas masa kini sebagai pembela rakyat atau pembela Perdana Menteri ekoran tindakan parti itu yang mengambil keputusan berkecuali.

“Undian bajet sepatutnya peluang untuk nyatakan bantahan terhadap Najib si penyamun yang telah merompak berbelas bilion wang rakyat.

“Namun, Ahli-ahli Parlimen Pas memilih untuk berkecuali. Jadi, adakah Pas parti pembela rakyat atau pembela Najib?” soalnya kepada Malaysia Dateline.

Menurut Akram Yusof pula, alasan penyokong tegar Hadi yang ponteng Parlimen kononnya Presiden Pas itu milik dunia adalah sangat bodoh.

“Alasan Haji Hadi ponteng Parlimen dari para pewalak sangat-sangatlah dangkal. Kalau Haji Hadi tu milik dunia, tak payah bertanding PRU14 nanti.

“Jadi macam Yusof Qadrawi pendakwah sepenuh masa. Ada dia main politik? Tanggungjawab sebgai ahli politik dengan ahli agama pun tak reti nak bezakan.

“Sidang Parlimen bukan hari-hari. Takkan Setpol Haji Hadi tak reti nak urus jadual majikan dia?” selar Akram lagi.

Lebih banyak lagi kecaman orang ramai terhadap Hadi dan parti itu selepas Bajet 2017 diluluskan malam tadi dengan menaip “Hadi ponteng” di ruang carian Facebook.

Hadi antara 24 Ahli Parlimen yang ponteng pengundian bajet malam tadi.

Turut ponteng, Najib Razak (Pekan-BN), Muhyiddin Yassin (Pagoh-Bersatu) dan Syafie Apdal.

Saman PAS terhadap Sarawak Report tetap diteruskan

KOTA BHARU: Peguam yang dilantik PAS sedang meneliti laporan Sarawak Report sebelum memfail saman di mahkamah di England.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peguam yang sama pernah mengendalikan kes saman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik bagi tujuan itu.

Katanya peguam terbabit sebelum pernah mengendali saman terhadap sebuah akhbar di England kerana memfitnah presiden.

"Akhbar terbabit memfitnahkan Tok Guru Presiden dengan mendakwa ada kaitan dengan al Qaeda.

"Kes saman itu dimenangi Tok Guru. Dan orang yang sama juga dilantik mengendali kes saman terhadap Sarawak Report.

"Cuma agak berbeza kerana tuduhan Sarawak Report hanya menyebut pemimpin PAS  menerima RM90 juta daripada Umno tanpa disebut secara jelas nama mereka," katanya pada program di Putik petang tadi.

Sebelum ini Sarawak Report mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta daripada pemimpin Umno.

Malah ada pihak mempertikai mengapa PAS lambat memfail saman terhadap portal berita yang berpangkalan di England terbabit.

Tuan Ibrahim berkata peguam yang dilantik masih meneliti kes terbabit sebelum mengambil tindakan lanjut.

Hadir sama pada program tersebut Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Datuk Nassurudin Daud dan wakil-wakil rakyat.

Lebih 1,000 pemimpin PAS  dari peringkat kawasan di Kelantan hadir pada program berkenaan. – HARAKAHDAILY 5/11/2016

Kerajaan pernah gagal isytiharkan Bersih pertubuhan haram

Bersih 5
Bersih hari ini mengingatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan pernah kalah di mahkamah untuk mengisytiharkan pemantau pilihan raya itu sebuah pertubuhan haram.

Ini susulan kenyataan Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bahawa Bersih dan juga pergerakan baju merah yang berkaitan Umno, tidak berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Oleh itu ia dilarang daripada mengadakan sebarang perhimpunan.

“Sekiranya Timbalan Perdana Menteri lupa, isu bahawa Bersih tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah pun dibangkitkan pada tahun 2012.

“Tindakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

“Hakim Datuk Rohana Yusof berkata bahawa keputusan itu telah tercemar dengan tidak rasional’, kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh demikian, menurut Bersih, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai kuasa, sama ada di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau Akta Pertubuhan 1966, untuk mengharamkan Bersih atau baju merah daripada berhimpun.

Bersih yang diketuai oleh Maria Chin Abdullah, didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 manakala pergerakan baju merah yang diterajui oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula tidak berdaftar.

Bersih merancang untuk mengadakan perhimpunannya pada 19 November ini, yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB.

Jamal hari ini memberi amaran bahawa di mana Bersih 5 berada di situ merah akan bersama.

Katanya, beliau telah lama bersedia untuk berdepan dengan Bersih 5.

Dalam satu kenyataan, Bersih berkata pihaknya telah memenuhi semua keperluan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

“Pada 28 Oktober lalu, Bersih 2.0 telah menyerahkan notis 10 hari yang dikehendaki di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman ke ibu pejabat PDRM di Bukit Aman, IPD Dang Wangi, IPD Brickfields dan IPK Kuala Lumpur.

“Notis tersebut bertujuan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November, dari 10 pagi hingga 6 petang.

“Kami ingin menegaskan bahwa notis tersebut bukan suatu permohonan atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan tersebut,” katanya.

Oleh itu, pergerakan berkenaan berkata kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa Bersih tidak mengemukakan notis untuk konvoi adalah salah dan menuntut beliau menarik balik dakwaan yang tidak berasas itu.

Bersih juga memberi jaminan bahawa ia akan mematuhi arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak memasuki Dataran Merdeka.

Krisis air: Kedah perlu umum hasil tubuh JK bertindak

Apakah tindakan semasa Jawatankuasa Khas Bertindak Krisis Air Kedah yang ditubuhkan oleh Kerajaan BN Kedah menangani krisis air berlanjutan di Kedah pada Julai lalu yang dilihat kini menyepi dan tidak menampakkan hasil penubuhan kepada rakyat Kedah.

1) Julai lalu jawatankuasa ini telah mengumumkan untuk menambah bilangan lori agihan air Sada. Daripada jumlah asal yang disebut 100 buah lori, berapakah jumlah terkini bilangan lori yang telah ditambah?

2) Apakah penemuan jawatankuasa tersebut terhadap punca masalah sebenar ketiadaan bekalan air yang terus dilaporkan kini? Kenapa tidak didedahkan kepada awam supaya rakyat tidak panik dan lega mendapat penjelasan kerajaan.

3) Jika ditambah lori agih air, adakah jawatankuasa ini juga melihat kepada penambahan tenaga kerja bagi memastikan pengagihan air di tempat bermasalah tersebut diselesaikan segera dan sampai bantuan.

4) Berapakah jumlah tong air yang diumumkan diberikan secara percuma di parlimen yang berkenaan? Adakah agihan itu berjalan baik dan mencapai sasaran penerimaan?

5) Apa perkembangan terkini berkenaan cadangan awal jawatankuasa tersebut untuk menggunakan teknologi mudah alih (portable) bagi mengagihkan air ke loji Sada bagi menyelesaikan krisis jangka pendek dan minimumkan masalah pada masa akan datang.

6) Apakah jaminan dan respons Exco Kerajaan yang memegang portfolio air di Kedah, YB Datuk Badrol Hisham Hashim bagi melegakan rakyat Kedah yang menderita dengan krisis bekalan air ini?

Dengan pelbagai aduan semasa rakyat Kedah, pihak kami menggesa Kerajaan BN Kedah mengumumkan segera hasil gerak kerja jawatankuasa khas tersebut kepada rakyat Kedah atau kami akan terus menganggap penubuhan jawatankuasa ini sebagai gagal dan sia-sia. - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Tiket ECRL KL - Kota Bharu bernilai RM520 seorang?

Kiraan mudah ECRL akan mengenakan tiket RM540 seorang sehala jika beroperasi tanpa sabsidi dari kerajaan.
Berapakah anggaran tiket keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu apabila projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) siap nanti kini menjadi perhatian pelbagai pihak.

Ada yang mengganggarkan tiketnya adalah RM520 seorang berdasarkan jumlah belanja ang dikeluarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak sekarang untuk membuat projek ini.

Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Seorang bekas jurutera dengan Intitut Kerjaraya Malaysia (Ikram), Rohana Hana dalam facebooknya telah membuat kiraan mudah tentang jangkaan tiket ECRL itu nanti.

"Kalau cenggini nampaknya naik kapalterbang murah lagi," kata beliau dalam posting itu.

Beliau mengajak orang ramai belajar metamatik mudah dalam mengira anggaran harga tiket ECRL itu nanti.

"Mari belajar maths. Mari kita buat kira-kira projek keretapi double track ke pantai timur," tulisnya.

"Pinjaman: RM55 bilon tempoh: 20 tahun. RM55b / 20 tahun / 365 hari = RM7.5 juta

"Maknanya sehari kena bayar balik pinjaman itu RM7.5 juta. Jadi kerajaan Malaysia kena buat jualan lepas keretapi tu berjalan sekurang-kurangnya RM7.5 juta sehari untuk bayar balik pinjaman pokok tu.

"Ini tak masuk lagi faedah, kos operasi, servis, maintenence dan sebagainya," kata beliau.

"Kita anggarlah sehari tiga trip, KL-KB & tiga trip KB - KL.
"Jadi satu trip memerlukan jualan RM7.5 juta/ 6 trip = RM1.25juta.

"Maka berapakah harga tiket perlu dijual untuk mencapai target tu?

"Kita ambillah harga tiket RM100/penumpang. Jadi berapa ramai penumpang yang diperlukan satu trip?
"RM1.25j/RM100 = 12,500 orang. Kalau 1 coach = 80 orang. 1 trip perlukan 12,500 / 80 = 156 coach.

"Agak sukar lokomotif nak tarik 156 coach? Paling banyak 30 coach/trip.

"Jadi harga tiket perlu dinaikkan ke RM520/penumpang," tulis Rohana dalam posting itu

Oleh itu beliau membuat kesimpulan,"Berapa ramai yang mampu? Lebih baik naik Air Asia, lagi murah.."

Beliau menimbulkan persoalan, "Adakah kita akan mampu capai target sales tu dan harga tiket dan mampu bayar pinjaman tu?

"Fikir-fikirkanlah......" kata bekas jurutera yang juga ketua bahagian kajian air Ikram itu.

Anak syarikat kerajaan Rail Link Sdn Bhd telah menandangani projek bernilai RM46 bilion dengan Kerajaan

Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah menandatangani kontrak bernilai RM46 bilion dengan syarikat dari China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi membina ECRL itu.

Ia ditandatangani ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat negara itu.

Syarikat yang bermodalkan RM2 itu ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan sahamnya di dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail.

Semasa membentangkan Bajet 2017, Najib telah mengumumkan projek ECRL dengan nilai RM55 bilion.

5 parti bergabung pertahan hak dan keistimewaan MP

 Datuk Mahfuz Omar, MP Pas turut berucap dalam sidang bersama itu tetapi bukan mewakili partinya, Pas.
Lima parti iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama dengan Bersatu dan Warisan Sabah bergabung tenaga hari ini bagi mempertahankan hak dan keistimewaan ahli parlimen.

Pemimpin utama kelima-lima parti itu duduk di atas satu pentas di bangunan Parlimen bagi menyatakan sokongan itu.

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yasind dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafei Apdal duduk bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir adalah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetapi dioercayai mewakili dirinya sahaja bukannya Pas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...