TERKINI :

Monday, November 7, 2016

FAM KELU, GAGAL PERJELAS ISU PEMOTONGAN MATA

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus diasak pelbagai soalan berikutan isu pemotongan mata melibatkan empat pasukan di mana rata-rata menganggap badan induk itu gagal berlaku adil kepada ahli gabungan sendiri.

Isu bantahan PDRM terhadap Johor Darul Ta'zim dianggap selesai selepas bantahan tersebut ditarik balik.

Namun, status terbaru itu nampaknya gagal memuaskan hati media yang hadir ke sidang media FAM hari ini di mana mereka menuntut penjelasan lebih terperinci merujuk kepada bantahan terdahulu melibatkan Pahang dan Kedah.

Soalan bertalu-talu membuatkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah terdiam, dan reaksi yang sama juga dapat dilihat daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Datuk Mokhtar Ahmad.

"Berdasarkan maklumat yang kami dapat daripada pengerusi ialah kes ini telah dianggap selesai. Itulah makluman yang kami terima," jelasnya.

Pertikaian membabitkan isu itu, bagaimanapun, tiada jawapan pasti dari badan induk itu sendiri.

Bagaimanapun, mereka bersetuju beberapa undang-undang perlu dirujuk semula ekoran timbul kekeliruan membabitkan semua pihak.

‘Sikap lunak Umno sebenarnya pecahkan Pas’

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
7 November 2016


Umno-Pas

KOTA BHARU - Pas Kota Bharu menyifatkan kaedah politik lunak  yang digunakan BN berjaya mewujudkan dua aliran pemikiran di dalam Pas.

Pemangku Ketuanya, Dr Rosli Allani berkata, satu pihak merasakan Umno jujur membantu Pas manakala satu kumpulan yang lain  melihat ia sebagai tipu daya licik ketika mana BN  menghadapi saat yang sukar.

Sebagaimana kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau berkata, Umno adalah punca sebenar yang menyebabkan Pas berpecah.

“Janji manis dari pemimpin Umno khususnya Perdana Menteri termasuk memberi laluan untuk ahli parlimen Marang mengemukakan cadangan pindaan Akta 355 adalah sebahagian punca selain daripada pengiktirafan tokoh dan kepimpinan Pas termasuk bekas Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan  Presiden Pas sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa DAP menjadi punca perpecahan Pas.

Rosli berkata, situasi ini  berlaku ketika  BN sedang meniti hari yang sukar akibat penolakkan rakyat secara umum kepada Perdana Menteri yang dipalit dengan pelbagai isu sehingga gagal ditepis oleh pimpinannya sendiri.

Beliau turut menegaskan  formula satu lawan satu perlu direalisasikan dalam PRU14 nanti bagi menafikan taktik pecah dan perintah yang digunakan oleh kerajaan sekaligus memberi tali hayat baru kepada Perdana Menteri.

“Tiada ada cara lain untuk proses ini direalisasikan melainkan pembangkang dapat duduk bersama bagi memastikan formula satu lawan satu dapat dijelmakan sebelum pilihan raya nanti,”katanya.

Zimbabwe Today is Malaysia Tomorrow

ZIMBABWE TODAY IS M'SIA TOMORROW.

Apa yg saya tulis dibawah ini ada dari pengalaman yg saya lalui selama 20 diZbwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi 'facts and figures' tetapi dari apa yg sdg berlaku disini, banyak persamaannya dengan apa yg dilakukan olih kerajaan China  terhadap Zbwe melalui GLC2nya.

Tidak mustahil, tidak lama lagi, perkara yg sama berlaku dinegara kita. Nahuzubillah. 

China telah lama "melabur" dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak USD5 Bilion.

Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yg menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012, yg mana China "membantu" membaikpulih rel keretapi di Zimbabwe.

Selepas 4 tahun  projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seperti sebuah koloninya di benua Afrika.

Matawang Yuan, baru2 ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak USD40 juta kpd negara tersebut.

TERNYATA PENJAJAHAN BENTUK BARU BUKAN LAGI SECARA KETENTERAAN, TETAPI BERLAKU SECARA PENAKLUKAN EKONOMI OLEH KUASA BESAR DUNIA TERHADAP SEBUAH NEGARA YG LEMAH PENGURUSAN EKONOMINYA.

RAKYAT ZIMBABWE  TERPAKSA MENANGGUNG AKIBAT DARI KESILAPAN DAN KELEMAHAN PENTADBIRAN KERAJAAN MRKA YG DI PIMPIN OLEH  MUGABE.

Barang dijauhi Allah,  Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yg sdg berlaku skrg, musibah yg sama akan melanda kita klu kita tidak mengambilnya Zbwe sebagai iktibar dan belajar
dari kesilapan itu.

Zbwe is the only country in the modern world, not having her own currency. Zbwe is a  Multiple Currencies Economy country since 2003 where US Dollar is a denominator. Worst part is, not only unacceptable by her neighbouring countries, the Zim$ not even desired by the Zbwean itself.

Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dgn membina airport baru, membaikpulih lebuhraya, bandar baru ber-ala China dan perkampongan China sehinggakan terujud
Little Beijing in Harare.

Penduduk cina diseluruh Zbwe lebih kurang 80-90 ribu. Hampir sama dgn the 'borne and bread whites' dinegara tersebut.

Rakyat China yg berkerja diZbwe dan org2 tempatan yg berkerja dgn syarikat China dibayar dgn Remimbi atau Yuan. Terdapat juga emas dan logam dari org2 tempatan dibayar dgn Remimbi dan adakalanya dibayar dgn barang2  peralatan rumah buatan China yg inferior kualitinya.

70% rakyat Zbwe adalah terdiri peasant atau kaum tani. Mrka dah jemu utk ambil peduli 'apa yg betul' dan 'apa yg salah' yg dilakukan olih krjaan mrka.

Tiba masa mengundi, mrka mengundi. Yg mrka perlu ialah air yg cukup bukan Mugabe. Mrka akan menikmati 'bumper harvest year' pd bulan Jun klu cukup hujan bulan January.

Mrka bukan tak tahu kezaliman  Mugabe yg selama ini merosakkan negara, tetapi mrka dah sampai ketahap benci utk berbuat sesuatu.

Jgn ketawa kan saya. Apa yg saya alami dari 1995 hingga sekrang, 20 tahun lama nya, sdg berlaku dinegara ini.

Our country is beserk. Klu 1MDB tidak di selesaikan kita akan jadi mangsa America. Skrg ni, apa yg Najib cuba lakukan ialah "cuba keluar dari mulut Buaya (amerika) dengan mengunakan kuasa Naga (China)".

Dalil2 yg negara kita menjejaki Zbwe telah banyak berlaku dan banyak lagi akan berlaku dlm masa yg amat pantas.

Contoh:
•Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changer akan mengikuti dan foreign currencies spt USD akan sukar didapati. Black market yg taboo kpd Bank Negara akan muncul.
•budget negara tipu salah satu darinya. Kerap berlaku diZbwe.
•tarik subsidi krjaan meyebabkan barang2 dapur jadi bertambah mahal.
•Tidak mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dgn hanya membeli share FGV dan tak mustahil jika minyak sawit didagangkan dgn Remimbi. Peneroka Felda akan dibayar dgn matawang cina. Kedai 1Msia akan dipenuhi dgn barang2 buatan China yg mutunya substandard dan inferior.
• Pelabur dari barat kurang minat melabur di Msia krna tak yakin akan ditawarkan project krna GLC China telah bertapak dgn kuat dan menguasai penjawat2 awam. Bila kurang pelaburan dari barat, maka akan berlaku kekurangan Foreign Exchange dlm negara yg akan mengakibatkan nilai ringgit turun dan terus turun.
• credit rating negara akan menurun yg akan meyebabkan 'access negara to foreign capital' menjadi sukar dan mahal.

Tunggu!! tak lama lagi, dipasarraya kita hanya dpt membeli buah2an tempatan saja. Klu ada epal dan anggur pun, didatangkan dari cina.

Saya ulangi, apa yg saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 20 tahun diZbwe.

Apa ada utk rakyat sesebuah negara sekiranya letrik, air dan telekomunikasi dimiliki orang.

Selamatkanlah negara ini dari di REMIMBIrised atau YUANised olih China.

Sekian pandangan dari saya.

Dr. Hassan Ali.

( Hj Jamil : Jemaah Wadi Hasan )
C & P dari group sblh

Siasat tiga bekas menteri: IGP buta perundangan, kata Mahfuz


ULASAN l Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sewaktu diwawancara wakil media pada 4 November 2016 di mana beliau menyatakan siasatan ke atas tiga orang bekas menteri berkaitan dengan ucapan mereka yang menyentuh berkaitan skandal 1MDB di Dewan Rakyat.

Siasatan yang dibuat itu, katanya adalah di bawah Akta Hasutan, selain dari Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menurut beliau, siasatan kes 1MDB masih sedang berjalan.

Saya tidaklah ambil pusing sangat sebelum ini kerana yang membuat bising menuntut supaya tindakan undang-undang diambil ke atas tiga bekas menteri tersebut adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin Umno atau NGO-NGO ‘belaan’ Umno.

Namun begitu apabila IGP sendiri mengeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan perlembagaan, ia menggambarkan betapa jahil dan ceteknya pengetahuan orang nombor satu PDRM berkaitan asas undang-undang dan perlembagaan.

IGP harus faham bahawa secara umumnya hak mana-mana ahli parlimen untuk bercakap berkaitan apa sahaja perkara sewaktu berbahas di Parlimen adalah dilindungi oleh hak keistimewaan (parliamentary privileges) dan kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu, jika benar sekalipun terdapat pelanggaran terhadap Akta Rahsia Rasmi (OSA), ia tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan tidak boleh didakwa oleh kerana ucapan yang dibuat di dalam Parlimen adalah dilindungi dan kebal dari sebarang tindakan mahkamah.

MP ada kekebalan

Bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan turut memberi pengecualiaan terhadap hak keistimewaan dan kekebalan tersebut.

Perkara 63 (4) memperuntukkan mana-mana ahli Parlimen tidak akan dilindungi atau tidak kebal dari tindakan undang-undang sekiranya Ahli Parlimen tersebut mengeluarkan ucapan atau berbahas yang menyentuh isu-isu sensitif melibatkan agama, kaum dan keistimewaan bumiputera yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan atau di bawah mana-mana undang lain yang dibuat di berdasarkan Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Tidak nafikan di dalam sejarah negara kita, memang pernah berlaku Ahli Parlimen didakwa dan disabitkan di bawah Akta Hasutan oleh kerana ucapan yang dibuat di dalam Parlimen sebagaimana kes yang melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, mendiang Datuk Mark Koding pada tahun 1970-an.

Namun di dalam situasi yang kita hadapi sekarang ini, jika kita memperhalusi peruntukan Akta Hasutan, kita akan mendapati tindakan membahas atau membangkitkan isu governans, kewangan dan jenayah seperti skandal 1MDB tidak langsung termasuk di dalam definisi ‘kecenderungan menghasut’ sebagaimana yang dinyatakan di dalam Seksyen 3(1) akta tersebut.

Bahkan jika disemak di dalam hansard Parlimen, perbahasan berkaitan skandal 1MDB selama ini, sama ada oleh tiga bekas menteri berkenaan atau mana-mana ahli parlimen sekalipun, jauh sekali untuk dianggap sebagai menyentuh atau mempersoalkan apa-apa perkara, kedudukan atau keistimewaan yang ditetapkan oleh Perlembagaan berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, kedudukan istimewa Bumiputera atau hak kerakyatan sebagaimana yang dikategorikan di dalam Akta Hasutan sebagai berunsur hasutan.

Mana IGP belajar

Saya tidak faham dari mana nasihat atau tunjuk ajar soal asas undang-undang yang IGP dapat, apabila secara semberono beliau mengatakan perbahasan tiga bekas menteri di dalam Parlimen yang menyentuh kes 1MDB boleh ditafsirkan sebagai suatu kesalahan yang disiasat di bawah Akta Hasutan.

Menyalahgunakan kuasa polis sehingga ke institusi Parlimen yang sepatutnya selamat daripada sebarang penindasan menunjukkan ruang demokrasi sempit di negara ini.

Tindakan tiga bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat tidak melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan dan Akta Hasutan kerana mereka sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Sumpah kerahsiaan tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan salah laku kerana ia bukannya undang-undang jenayah, sebaliknya hanya peraturan atau etika dalam kerajaan.Begitu juga Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan tidak terpakai atas apa yang diungkapkan oleh tiga orang bekas menteri tersebut kerana ia tidak termasuk dalam definasi rahsia rasmi dan kecenderungan menghasut.

'Belaan Umno?'

Jika benar sekali pun kandungan ucapan-ucapan tersebut mengganggu proses siasatan atau ada di antara fakta tidak benar yang dikemukakan, ia tidak berkaitan langsung dengan Akta Hasutan atau Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Adakah IGP dah jadi 'belaan' Umno?

Jika benar ucapan dan perbahasan oleh ahli-ahli parlimen berkaitan 1MDB mengganggu siasatan, apakah ada siasatan yang dijalankan oleh PDRM tentang 1MDB?

Sudah berapa lama siasatan berkaitan 1MDB yang dijalankan oleh PDRM?

Apa statusnya?

Oleh sebab itu, saya menganggap tindakan PDRM untuk menyiasat tiga bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan oleh sebab ucapan yang mereka sampaikan di dalam sesi Parlimen adalah suatu tindakan yang melanggar Perlembagaan Persekutuan sama sekali dan menghina institusi Parlimen.

Sebagai ahli parlimen dan warganegara Malaysia, saya mendesak supaya IGP memberhentikan serta-merta penyiasatan yang melanggar undang-undang ini.

Saya juga menyeru rakan-rakan ahli parlimen yang lain samada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara supaya bangkit mempertahankan hak dan keistimewaan ahli parlimen yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

‘Tidak Perlu Takutkan Individu Yang Bangkit Isu Skandal 1MDB’.

DATUK MAHFUZ OMAR adalah Ahli Parlimen Pokok Sena

Fakta mengenai MERKURI yang perlu anda ketahui

Merkuri. - Gambar hiasan

INFO MERKURI

Raksa atau merkuri adalah antara unsur kimia.

Nombor atom raksa ialah 80 dan simbolnya dalam jadual berkala adalah 'Hg' (dari Hydrargyrum).

Merkuri adalah satu-satunya logam cair pada suhu bilik. Kegunaan utama merkuri ialah dalam termometer, barometer dan alat saintifik lain.

CIRI-CIRI

Merkuri secara relatifnya adalah pengalir haba yang buruk tetapi pengalir elektrik yang baik.

Ia boleh membentuk aloi dengan kebanyakan logam biasa seperti emas, aluminium dan perak tetapi tidak besi.

Aloi merkuri dipanggil amalgam.

KESAN MERKURI TERHADAP KESIHATAN DAN PERSEKITARAN

Raksa adalah bahan yang amat beracun dan digunakan sebagai penyukat dalam jangka suhu.

Ia boleh menyebabkan kerosakan otak dan hati jika dimakan, disentuh atau dihidu.

Masuknya merkuri ke dalam tubuh, melalui makanan atau minuman yang tercemar bahan merkuri. Merkuri metalik dapat masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran pernafasan.

Termometer merkuri yang pecah adalah salah satu contohnya. Ketika termometer pecah, sebahagian daripada merkuri menguap ke udara.

Raksa sering digunakan dalam perlombongan emas yang menyebabkan pencemaran air.

Ia kekal digunakan dalam pelbagai cara lain, dalam penggunaan dan penyelidikan saintifik, dan dalam bahan amalgam bagi pemulihan gigi.

Bahan merkuri adalah bahan yang berbahaya bagi persekitaran dan manusia.

Merkuri adalah logam berat yang dapat menjadi pencetus beberapa penyakit berbahaya. Merkuri boleh masuk ke dalam tubuh dan tersimpan dalam darah.

CARA MENGURUSKAN JIKA MERKURI PECAH

Banyak berkumur-kumur. Periksa mulut sekiranya ada luka di mulut atau badan perlu pemeriksaan ke hospital atau klinik Buka tingkap dan pintu rumah. Tutup pendingin hawa atau kipas.

Jangan vacum tumpahan merkuri kerana haba sedutan ‘vacum’ menyebabkan merkuri lebih mudah meruap.

Gunakan sarung tangan untuk mengutip merkuri. Lakukannya secara perlahanlahan kerana merkuri akan pecah jika disentuh.

Letak dalam beg kertas atau plastik dan menanamnya untuk cara membuangnya dengan lebih selamat.

Pantau kesihatan dalam masa dua minggu. Sekiranya ada ciri-ciri mual, muntah, demam atau lemah -lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki perlu buat pemeriksaan.

PAS sedang bincang kerjasama dengan PARTI TUN MAHATHIR, kata Nik Abduh


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengesahkan sedang berunding untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tetapi tidak akan mempertimbangkan berbaik semula dengan DAP dan Amanah, kata ketua pemudanya.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS sudah dan sentiasa membuka pintunya kepada parti-parti pembangkang yang tidak pernah mengkhianati mereka.

“Ya, kami sedang mengadakan rundingan dengan PPBM sekarang.

“Oleh kerana kita tidak mempunyai pengalaman buruk dengan PPBM dan PKR, PAS terbuka kepada kemungkinan (bekerjasama dengan kedua-dua pihak).

“Tetapi, bagaimana kerjasama ini akan berlaku atau dalam bentuk apa belum diputuskan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menyedari kerjasama dengan PPBM bermakna PAS secara tidak langsung akan bekerjasama dengan musuhnya, DAP, Nik Abduh berkata: “Itu sebabnya kita belum membuat keputusan mengenai apa-apa lagi. Ia masih di peringkat perbincangan.”

Beliau bagaimanapun mengulangi pendirian PAS tidak akan mempertimbangkan untuk berbaik semula dengan “musuh-musuhnya”.

“Kami sudah kata sebelum ini. Ada 2 pihak yang kami tidak akan berkawan lagi. Mereka adalah DAP dan Amanah.”

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menafikan khabar angin kononnya PAs dan Umno sudah bekerjasama dalam diam.

Katanya, PAS akan menyokong apa sahaja perkara yang baik untuk negara, walaupun ia datang daripada Umno, namun ia tidak bermakna parti Islam itu akan membelakangkan perjuangannya bagi menewaskan Barisan Nasional.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, parti itu mahu jadi pengemudi utama, sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya.

Katanya, PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, tetapi hanya kepada parti sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.

“PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami…tapi jangan pula lepas itu dia ‘curi’ dalam rumah kami,” kata Hadi dipercayai merujuk kepada perbuatan khianat.

PAS yakin usul Akta 355 Hadi dibentang akhir sidang


PAS menjangkakan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 akan dibentang pada 23 atau 24 November ini.

Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ahli dan penyokong kepada usul berkenaan perlu bersabar sehingga ke tarikh berkenaan.

‎"Insya-Allah pada tarikh berkenaan, tunggu dan lihat," katanya dipetik Sinar Online hari ini.

Usul berkenaan dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui peruntukan rang undang-undang persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum speaker membuat ketetapan mengenainya.

Usul Abdul Hadi itu diletakkan pada nombor empat peraturan mesyuarat pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini namun tidak sempat dibentang atau dibahaskan.

Ia kemudian berada pada kedudukan lebih ke bawah pada hari kedua sehinggalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.

Pada 26 Oktober Malaysiakinimelaporkan Abdul Hadi sebagai berkata penurunan giliran usul itu tiada kena mengena dengannya.

"Kenapa (usul persendirian) naik, turun, itu urusan speaker. Bukan urusan saya. Saya kemukakan usul, terpulang pada mereka nak letak nombor satu ke, tujuh, 40.

"Ada udang ke, ikan, buaya, saya tak tahu. Ini terpulang," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2017 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang bertanya kepada presiden PAS itu, mengenai usulnya yang "naik dan turun" dalam kertas aturan mesyuarat dewan.

Bagaimanapun kenyataan Mohd Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS - hari ini menunjukkan parti itu tetap yakin cubaan mereka membawa usul berkenaan tetap akan berjaya sebelum sidang kali ini berakhir.

Hari terakhir Dewan Rakyat bersidang kali ini ialah 24 November.

PAKATAN HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b


Anne Muhammad

7 Nov 2016, tengahari 1:55 (Dikemaskini 7 Nov 2016, tengahari 2:09)

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan bermodalkan RM2 boleh menandatangani projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM 46 bilion.

Ujar beliau, perkara itu menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti.

“Apabila kontrak ini ditandatangani oleh sebuah syarikat yang bermodal RM2 dan ditubuhkan pada 26 September 2016, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan yang sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti,” katanya.

Sidang media itu berlangsung di Lobi Parlimen dan turut di hadiri oleh MP Kuala Krai (AMANAH), Dr Hatta Ramli dan MP Serdang (DAP), Ong Kian Ming.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China dengan syarikat Malaysia dan China telah memeterai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.

ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.

Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd difahamkan dikuasai oleh dua individu di Kementerian Kewangan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu Kementerian Kewangan.

Saifuddin Nasution dedahkan rahsia kenapa PH masih sanggup berunding dengan PAS

KENAPA PAKATAN HARAPAN MASIH "SANGGUP" UNTUK BERUNDING DENGAN PAS DALAM ISU 1 LAWAN 1? TANYA SAIFUDDIN NASUTION

"PRU 2013 adalah cerita pengkhianatan (PAS). Saya masih belum lupa parti terlepas kerusi Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara, Sg Acheh, ,...yang dibincang secara rasmi ada hitam putih dalam mesyuarat (Majlis Presiden PR) pun dikhianati (PAS)."

"Yaa..kita mungkin dikhianati, dan mungkin ditipu lagi (oleh PAS) ... tapi , Kita akan tetap berusaha 1 LWN 1 bagi mencerahkan peluang memenangi pilihanraya, tapi kalau itu gagal; kita akan minta ahli kita bersedia untuk menghadapi perlawanan 3 penjuru."

Dato Saifuddin Nasution Ismail
Pengarah Pilihanraya PKR

Presiden PAS ada keris pusaka, nak tengok sila pergi MARANG sekarang..

Keris pusaka milik Presiden PAS antara tarikan karnival

AHMAD FAIZAL Foto TRIPLE Z | 06 November 2016.

MARANG: Ribuan pengunjung membanjiri Dewan Tok Guru, Rusila hari ini bagi mengungjungi Karnival Keris Antik Terengganu.

Karnival ini telah dianjurkan bersama Persatuan Seni Purba Terengganu dan Lajnah Kesenian Dan Dakwah PAS Kawasan Marang dengan kerjasama Jawatankuasa Dewan Tok Guru (DTG).


Pengerusi DTG, Ustaz Rozman Awang ketika ditemui berkata karnival ini bertujuan memberi pendedahan kepada generasi baru tentang fungsi dan kelebihan senjata lama dalam peradaban melayu purba selain mencungkil budaya Melayu silam.

"Paling menjadi tumpuan pada karnival yang julung kali diadakan ini adalah koleksi peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang turut di pamerkan bersama-sama 300 koleksi senjata lama milik penggemar barangan antik dari dalam dan luar daerah ini.

"Difahamkan Lebih 10 jenis barangan milik Ahli Parlimen Marang itu diwarisi dari nenek moyang beliau sendiri dan usianya lebih ratusan tahun, antaranya 'Sundang'," kata beliau lagi

Majlis perasmian penutup dan pembahagian cenderamata kepada peserta telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong.

Turut hadir di Pameran yang berlangsung sehari itu adalah Pengurusi Persatuan Seni Purba Terengganu, Mohd Nasir Awang dan Ketua Lajnah Kesenian dan Dakwah PAS Kawasan Marang, Ustaz Abu Bakar Salleh. – HARAKAHDAILY 6/11/2016

Liridon Krasniqi tinggalkan Kedah?

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pertemuan menentang Selangor dalam final Piala Malaysia Ahad lalu mungkin menjadi penampilan ter­akhir perancang tengah kreatif, Liridon Krasniqi bersama pasukan Kedah.

Walaupun mengharungi musim cemerlang bersama skuad Lang Merah dengan membantu mereka muncul juara Piala Malaysia, selain menghuni tangga ketiga Liga Super di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United, namun pemain antarabangsa Kosovo itu enggan memukta­madkan komitmennya akan terus kepada Kedah.

Krasniqi, 24, menunjukkan impak besar bersama Kedah sejak menyertai pasukan itu dari kelab Turki, Osmanlispor musim lalu, termasuk membawa mereka muncul naib juara Piala Malaysia 2015.

Namun, perkembangan positif itu belum menjamin pemain tinggi lampai tersebut untuk kekal di Kedah, walaupun mengakui hatinya semakin sayangkan Lang Merah dan penyokong Hijau Kuning.

“Saya belum pasti mengenai masa depan. Jika semuanya berjalan baik di sini, saya mungkin kekal bersama Kedah tetapi saya tidak dapat memberi sebarang jaminan buat masa ini.

“Ketika ini, saya hanya mahu menikmati kemenangan kami dan meraikan kejayaan bersama rakan-rakan sepasukan serta penyokong Kedah,” kata Krasniqi ketika ditemui dalam majlis makan malam bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara malam tadi.

Khabar angin kini bertiup kencang yang Krasniqi dikatakan sedang berunding dengan beberapa pasukan besar tempatan.

Dia disifatkan sebagai antara pemain import terbaik dalam Liga Malaysia musim ini menerusi persembahan cemerlang di bahagian tengah.

Pada Ahad lalu, pemain 1.88 meter tinggi itu menjadi watak penting skuad Lang Merah apabila mencipta beberapa gerakan bahaya, selain menyempurnakan sepakan penalti yang membantu mereka muncul juara Piala Malaysia buat kali kelima.

- See more at: https://m.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/liridon-krasniqi-tinggalkan-kedah-1.402382#sthash.csf3ayyf.dpuf

Politweet PRU14: BN dijangka rampas S'gor, PAS paling rugi


BN berpotensi untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan memenangi tambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran proses persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menurut firma kajian Politweet.

Menurut simulasi PRU14 oleh firma kajian itu, BN mampu memenangi antara 17 hingga 23 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN kerana peningkatan kerusi yang berisiko tinggi berbanding memenangi hanya 12 DUN pada PRU 2013.

Keputusan tersebut diperolehi daripada 1,000 simulasi yang dijalankan oleh Politweet setelah mengandaikan pertandingan satu lawan satu antara parti pemerintah dan BN di Selangor, sentimen pengundi yang tidak berubah dan peratusan keluar mengundi yang sama seperti PRU13.

Laporan itu turut menekankan PAS mungkin menjadi pihak yang paling banyak rugi kerana berisiko hilang lapan DUN.

PAS kini menguasai 13 DUN di negeri berkenaan setelah dua daripada wakil rakyatnya bertindak keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Persempadanan semula kawasan memberi kesan kepada peta pilihan raya dengan BN berkemungkinan dapat memperbaiki bilangan kerusi DUN miliknya di samping mengekalkan kerusi sedia ada," kata laporan itu seperti yang dipetik oleh Malay Mail Online, hari ini.

"Keuntungan BN datang dengan terkorbannya PKR dan PAS walaupun PAS mungkin mengalami kerugian paling besar. PAS dijangka kehilangan antara lima hingga lapan kerusi dan pertambahan dalam kerusi berisiko tinggi," ujarnya.

PAS mungkin akan menang hanya tujuh hingga 10 kerusi selepas persempadanan semula berbanding antara 11 dan 13 sebelum ini.

"Daripada tujuh kerusi minimum yang dijangka dimenangi oleh PAS, empat daripadanya adalah berisiko. Peralihan kepada BN di kerusi-kerusi yang dimiliki PAS mungkin menyaksikan PAS menang hanya tiga kerusi berbanding 15 DUN pada PRU13.

"Ini boleh memberi BN sejumlah 27 kerusi berpotensi untuk dimenangi dengan hanya memerlukan dua lagi kerusi berisiko dari PKR untuk merampas semula kerajaan negeri itu," tambah Politweet.

Pas sedia bergabung jika Hadi sebagai PM

Mohd Sayuti Omar

Subky Latif sudah memberi ingatan sombong supaya parti-parti pembangkang khasnya yang bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) jangan menanti parti Islam itu lagi. Kata Subky parti-parti pembangkang boleh jalan terus tanpa menanti Pas. Erti baginya Pas sudah tidak akan berpaling kepada pakatan pembangkang itu lagi.

Mungkin mengambil kira peringatan sombong Subky itulah maka Husam Musa telah meminta parti-parti pembangkang yang sudah bersetuju untuk berada dalam satu blok pembangkang menggerakkan ke arah penyusunan untuk berhadapan dengan UBN. Hari ini lima buah parti; PKR, DAP, Amanah, Warisan dan Bersatu, boleh memperkukuhkan gabungan itu dan memulakan gerakkerja.

Apakah Pas akan bersendirian atau akan bersama entiti lain, Subky tidak cuba memberi bayangan. Hanya apa yang diketahui kini Pas menjalini hubungan dengan dua buah parti bilis pimpinan Kadir Sheikh Fadzil dan parti "hidup segan mati tidak mahu" Berjasa yang kemudian membentuk blok ketiga dinamakan Gabungan Sejahtra.

(Blok ketiga ini juga bagi saya adalah gabungan beberapa NGO Islam yang sealiran pemikiran dan akidah politik dengan Pas untuk terus memberi peluang kepada Umno memimpin negara). Masa ini para NGO ini masih belum menonjolkan diri tetapi berada di lapis bawah dengan menopengkan diri dengan berbagai nama NGO tetapi sudah bergerak dengan membuat pendekatan dan merapatkan saf atasan Umno dan Pas. Khabarnya beberapa pemuka NGO itu juga akan bertanding dalam Piraum akan datang atas nama Pas?

Kerana Subky orang tua dan lama dalam Pas saya mengira kenyataan Subky itu adalah mencerminkan apa yang ada dalam parti Pas hari ini terutamnya dalam hati presidenya Abdul Hadi Awang. Bagi saya dengan tindak tanduk dan sikap "ikan keli dalam besen" diamalkan Hadi sudah jelas bagaikan disuluh bagai mana sebenarnya hubungan batin beliau dengan Umno.

Amanat Hadi Awang yang dikeluarkan tahun 1981 di Banggol Peradong sudah pun termansuh. Hubungan baik beliau dengan Umno kini boleh jadi juga sebagai penebus kesalahan yang diraih menerusi amanat berkenaan, di mana dengan amanat itu menyebabkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan termasuk juga kerukunan rumah tangga suami isteri yang berbeza fahaman ideologi politik berpecah belah.

Bukan itu sahaja kejadian sembahyang dua imam di Terengganu juga didakwa berpunca dari amanat berkenaan. Bahana amanat itu juga menyebabkan orang Pas bermusuh dengan orang Umno dengan menganggap Umno adalah kafir.

Semasa Subky menziarahi saya di rumah, penulis veteran itu membayangkan Piraum ke-14 menarik akan berlaku pertandingan banyak penjuru. Dalam pertandingan itu nanti beliau meramalkan Pas akan kalah teruk mungkin tinggal satu kerusi sahaja, namun kesan itu tidak menjadi masalah kepada Pas kerana selepas itu katanya Pas akan menang besar pula? Kejadian itu seolah-olah sebagai sunatullah yang dipegangi Subky. Harap-harap perkiraan dan firasat politik Subky itu benar.

Saya bersetuju dengan pandangan Subky tadi, parti pembangkang jangan tunggu Pas. Biarlah berumpankan emas Pas tidak akan memakan joran yang dihulurkan. Jika Pas mengambil prinsip demikian ia kena dihormati oleh semua dan berilah kebebasan kepadanya membuat formula matemetik politik sendiri.

Dalam orang mengira politik Pas dangkal tetapi ia juga ada political will nya tersendiri dalam hal ini. Kalau pun bukan untuk meletakkan pemimpinnya sebagai perdana menteri, cukuplah kalau Pas memberi sokongan kepada perdana menteri yang boleh melestarikan Islam. Bagi Pas memenangkan kerajaan Islam lebih baik daripada bantu membentuk sebuah kerajaan sosialis. Orang Pas percaya kalau pembangkang memerintah negara ini yang akan jadi tulang belakangnya DAP, dan ia merupakan kerajaan sosialis. Sementara perubahan sudut pandangan Pas menerima Umno adalah pemimpin berwajah Islam.

Naib Pesuruhjaya Pas Kelantan Dr Mohd Fadzil Hassan dalam satu ceramahanya di Pasir Tumbuh beberapa malam lalu menyatakan Pas tidak sanggup melihat tertubuhnya kerajaan sosialis. Apa dimaksudkan beliau itu ialah kerajaan yang didalamnya ada DAP. Dengan menerima hujah itu sudah pasti Pas tidak akan bersama membantu tolong oposisi. Malahan Fadzli juga bertegas untuk melihat Pas membentuk kerajaan Islamnya sendiri apabila beliau juga tidak mahu bersekongkol dengan kerajaan nasionalis yang didhomankan kepada UBN.

Hari ini cerita atau pelawaan untuk Pas ikut sama bergabung dengan pembangkang timbul kembali. Ia bergema semula dan diberi berbagai-bagai pentafsiran. Ia berpunca daripada kenyataan Mursyidul Am, Hashim Jasin mengatakan kaedah terbaik untuk menumbangkan UBN dengan satu lawan satu. Dalam pada itu Pas sedia berunding. Kenyataan itu dilihat perubahan sikap dalam Pas walaupun bagi saya hanya sekadar percakapan kerana tidak ada isu untuk diucapkan.

Kenyataan Hashim itu disambut oleh Abdul Hadi dengan menunjukkan sikap kesediaan Pas berunding ke arah itu tetapi dengan sedikit syarat. Konotasi syaratnya masuk (berunding) ke dalam rumah Pas boleh tetapi jangan kacau rumah Pas. Ertinya persetujuan itu nanti tidak sampai menjejaskan prinsip Pas. Gelagat itulah menyebabkan isu untuk mengajak Pas bergabung timbul balik.

Kesediaan Hadi itu tidak berapa disambut dan dilihat perubahan positif Pas oleh pimpinan oposisi, kecuali Bersatu yang belum memahami bengkok bengkok politik Pas alias Hadi. Pemimpin pembangkang lain bersikap dingin kerana sudah masak bah ada yang termuntah dengan cara beliau berpolitik.

Lim Kit Siang menterjemahkan Pas (Hadi) berlunak kerana ingin memberi isyarat kepada Najib Razak ekoran ketidaksediaan Parlimen memberi ruang bagi membentang RUU 355. Kit Siang berandaian suara lunak Pas sedia membuka pintu untuk berunding dengan pembangkang itu sebagai umpan-ugut parti itu kepada Najib. Hadi mahu mengajar Najib. Tanggapan demikian menyebabkan Kit Siang dikecam oleh anak buah Hadi.

Saya tidak nampak ke situ perginya. Kesediaan Hadi itu dibuat atas prinsip dan juga sebahagian daripada ilmu hisab politiknya. Hadi juga tahu dan pandai berpolitik walaupun standard politiknya tidak sedarjat Dr Mahathir atau Anwar Ibrahim ataupun Husam Musa. Tetapi apa yang beliau cakap, bersedia untuk berunding dengan pembangkang adalah politik "klu klik"nya.

Atas sifat politiknya yang sudah kita semua arifi, saya tidak yakin apa-apa rundingan dengan Pas kahasnya Hadi akan berjaya. Memang benar UBN boleh digulingkan dengan kaedah satu lawan satu, tetapi untuk merealisasikan formula itu bukan senang. Bak mahu menjolak bulan keribaan, mustahil.

Hadi tidak mudah untuk terpanggil dengan cadangan dan persefahaman itu kecuali beberapa syarat. Antara syarat yang saya nampak bukan kerana dalam gabungan itu tidak perlu ada DAP, tetapi harus meletakkan beliau sebagai bakal perdana menteri. Beliau perlu dijanjinobatkan sebagai PM selepas Najib bukan Muhyiddin atau Anwar Ibrahim atau Husam Musa.

Hadi atau Pas tidak akan meminta dan memohon jawatan itu, tetapi orang yang sudah makrifat dengan politik, terkilas ikan di air sudah tahu jantan beteina patut menyedari apa yang dikehendaki Hadi dan partinya. Bodohlah sesiapa berjuang dalam politik kalau bukan untuk mendapatkan kuasa dan menduduki jawatan tertinggi (PM), setelah berkuasa.

Kalau ini sedia diakui oleh parti-parti pembangkang, oleh Dr Mahathir, Muhyiddin, Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah, Husam Musa, Mohamad Sabu, Shafei Afdal dan lain-lain, harapan untuk Pas bersama mungkin berlaku. Jangan dipersoalkan apakah Hadi layak atau pun tidak untuk diangkat sebagai PM?  Dengan mengambil kata-kata Allahyarham Ghafar Baba yang berpendapat untuk jadi PM bukan payah, semua kerja pegawai buat dan PM hanya tukang singn sahaja, maka Hadi layak.

Sebaiknya kalau parti oposisi mahukan Pas bersama dan mereka percaya dan yakin kerjasama dengan Pas dapat membantu capai matlamat untuk menumbangkan Najib elok gabungan pembangkang membuat tawaran itu kepada Hadi. Konvensyn Pakatan harapan yang bakal diadakan 12 November nanti perlu membuat tawaran itu?

Semua orang kena faham dari konteks kekuasaan dan tanggungjawabnya Pas sangat berkehendakkan kepada kuasa. Dia mahu menjurai gabungan itu nanti. Pas mahu memimpin bukan dipimpin. Acap kali pernyataan ini diluahkan oleh pemimpinnya. Tanpa mengukur kepada diri sendiri dan kelayakan itulah kemahuan Pas. Maka parti-parti pembangkang harus akur dengan kehendaknya itu. Ketahuilah Mat Jenin juga ingin berkahwin dengan anak raja walaupun dia tahu dia hanya sekadar pemanjat kepala.

Kalau syarat "atawa" tawaran ini tidak ada, tidak mudah dan tidak mungkin Pas akan bersama pakatan pembangkang. Pas khas Hadi tidak melihat kepentingan untuk menjatuhkan UBN, kerana baginya kepentingan parti seperti Pas menguasai kerajaan cukup penting. Baginya tidak mengapa Pas tidak menang asalkan tidak menjadi alat kepada sosialisme, DAP. Mungkin dalam fatwa dan algebra politik baharu Pas nasionalis lebih baik daripada sosialisme atau liberlisme.

Berdasarkan kepada realiti itu maka saya berpendapat pelawaan dan rayuan untuk Pas menyertai pakatan oposisi tidak akan berjaya melainkan disuakan dengan tawaran menarik dan perdana itu. Subky juga tentu tidak akan menolak dan berasakan ianya munasabah sekali. Kerja membujuk Pas adalah sia-sia dan merugikan masa sahaja.

Pun begitu kalau Hadi ditawar selalu PM sekalipun ia bukan semudah itu. Pas juga tidak akan sanggup menerimanya kalau ia sudah ada komitmen dengan UBN. Rangka persefahaman yang sudah dibentuk dan sudah membuahkan hasil tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja. Yang jelas apa berlaku di Kelantan. UBN sudah memberi kerjasama sebaiknya kepada kerajaan Pas di Kelantan.

Manalah kita tahu takut Najib dan partinya sudah menjanjikan ghanimah jauh lebih besar daripada itu semisalnya jawatan Timbalan Perdana Menteri? Ini juga tidak mustahil akan terlaksana sekiranya Pas dapat menyumbangkan banyak kerusi kepada UBN dalam pilihan raya akan datang. Cakap-cakap Pas akan bertanding di semua kerusi parlimen termasuk yang menjadi kerusi tradisi DAP seakan memberi gambaran Pas diberikan janji "pelik" itu.

Tidak mustahil Hadi boleh jadi TPM sekiranya parti agama itu boleh meraih 50 hingga 60 kerusi parlimen. Jumlah itu akan memberi signifikan besar kepada perjuangan Pas selama ini yang sering diremehkan. Dengan menyumbang 51 kerusi dicampur dengan Umno memperolehi 60 kerusi sudah cukup untuk Najib mengekalkan jawatan PM dan menghadiahkan TPM kepada Abdul Hadi dengan kemenangan majoriti mudah.

Selain itu ada perkara yang sulit untuk diperkataan kenapa amat mustahil untuk Pas atau Hadi berpaling meninggalkan UBN dan berserta dengan pembangkang. Perkara inilah yang menyebabkan Hadi dan Pas berfikir panjang dan sehingga berlaku perbalahan dalaman dalam parti berkenaan. Saya akan mengisahkan perkara ini dikemudian hari.

Ketidakyakinan saya yang Pas sedia berpaling balik untuk bersama pembangkang berpandukan kepada sikap dan kenyataan pemimpin muda parti itu. Mereka membuat ulasan berkaitan hal itu secara nagatif dan ini menunjukkan kerjasama Pas dengan parti pembangkang tidak mungkin berlaku, sebaliknya ia hampir terjadi dengan UBN. Nikmat bersahabat dengan pemimpin Umno, minum tea atau bersolat dengan orang besar Umno, atau berada dalam sesuatu majlis, berada dalam kapal pelancongan bersama sangat merujakan mereka sehingga mereka ini berasakan pemimpin Umno lebih mulia daripada bekas rakan mereka sewaktu dalam Pas dahulu.

Membungkus tulisan ini, elok kalau parti pembangkang yang kini sudah berada dalam PH dan bakal disertai Bersatu dan Warisan memberi tumpuan kepada penyatuan dan pengukuhan mereka. Menyiapkan segala keperluan untuk berhadapan dengan UBN secara satu lawan satu tanpa Pas atau dengan Pas berada di sebelah sana.

Seperti mana kata Husam Musa walaupun banyak parti-parti pembangkang wujud akhir-akhir ini dan Pas menunjukkan ia akan berdikari, tetapi minda orang ramai kini ke arah pelawanan satu lawan satu, bukan tiga penjuru. Satu lawan satu ialah di antara UBN dengan parti pembangkan Harapan Rakyat. Jika ada pihak ketiga ia hanya sebagai pengcau atau semut ditepian manisan sahaja.

Justeru senario itu harus dibentuk dan pembentukannya ialah melalui pembangkang mantap yang ingin ke arah itu dan lupakan sahaja Pas yang masih waswas dan kehilangan kompas itu.

Setelah Membawa Kedah Juara Piala Malaysia Inilah Gaji Terbaru Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe


KEJAYAAN membawa Kedah muncul juara Liga Perdana 2015 adalah permulaan kepada musim cemerlang Tan Cheng Hoe bersama skuad Lang Merah.

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kejayaan membawa Ke­dah menjulang Piala Malaysia, menamatkan kempen Liga Super di tangga ketiga dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA musim ini menyebabkan saham jurulatihnya, Tan Cheng Hoe me­lam­bung.

Sebaik saha­ja tamat Piala Malaysia, Ahad lalu, jurulatih ber­usia 48 tahun itu pantas dikaitkan de­ngan perpindahan ke beberapa pasukan tanah air, termasuk Pulau Pinang kerana kontraknya ber­sama Lang Merah tamat, hujung tahun ini.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang tidak mahu kehilangan jurulatih kesaya­ngan mereka itu dikatakan sanggup menaikkan gajinya sehingga RM100,000 sebulan bagi memastikan kepakaran Cheng Hoe tidak terlepas ke tangan pasukan lain.

“Saya boleh katakan 90 pe­ratus Cheng Hoe akan kekal di Kedah kerana dia mungkin diberi tawaran kontrak yang le­bih lumayan dan dianggarkan hampir RM100,000 sebulan.

“Jadi besar kemungkinan dia tidak akan berhijrah ke pasukan lain, walaupun dikaitkan dengan Pulau Pinang.

“Saya juga difahamkan Kedah bakal mendapat peruntukan lebih besar berbanding sebelum ini kerana mereka telah menjuarai Piala Malaysia.

“Sukar untuk saya katakan sama ada dia akan tinggalkan Kedah atau sebaliknya namun saya fikir dia mungkin akan kekal bersama Lang Merah,” kata sumber rapat KFA kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Cheng Hoe me­ngakui, dia ada dirisik beberapa pa­sukan dalam Liga Malaysia, namun menegaskan masa depannya bersama Kedah bergantung kepada pe­ngurusan KFA sama ada mereka mahu menggunakan khidmatnya atau tidak, musim depan.

Enggan mendedahkan pasukan mana yang cuba merisik, jurulatih itu sebaliknya berkata, buat masa ini hatinya bersama Lang Merah.

“Kontrak saya tamat pada bulan ini dan sama ada saya kekal bersama Kedah atau tidak itu bergantung kepada pihak pengurusan untuk menentukannya.

“Memang ada beberapa pa­sukan berminat untuk mendapatkan khidmat saya tetapi saya tidak boleh beritahu anda (media) berapa pasukan yang melamar saya,” katanya.

Cheng Hoe juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa Kedah muncul juara Liga Perdana musim lalu, kejayaan yang membolehkan mereka kembali bersaing dalam Liga Super.

Selain itu, dia turut membantu Lang Merah melangkah ke final Piala Malaysia tetapi tewas 0-2 kepada Selangor.

Kedah bagaimanapun membalas dendam ke atas Sela­ngor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Ahad lalu apabila menang menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Shah Alam.

Ustaz Pas tanya kepada AIR KELANTAN hukum wang bayaq bil tapi air setitik pun tak ada

PERTANYAAN KPD AIR KELANTAN.

Ini adalah bil air rumah ayah & ibu saya di Kelantan. Entah berapa tahun kami bayar minimum sahaja iaitu RM4.50. Sebab tiada air yg keluar melalui paip.

Entah berapa kali ayah saya membuat aduan tetapi tidak berhasil. Pernah pegawai AKSB datang ke rumah kami untuk menyiasat aduan. Peliknya, air membuak buak keluar pada hari dia datang, tetapi paip kembali kering apabila dia pulang. Seolah olah air dalam paip pun pandai mempermainkan kami.

Soalan saya kepada AKSB...

1. Adakah wang RM4.50 yg dibayar setiap kali bil air datang, dalam keadaan tiada air walau setitik, halal?

2. Sampai bila ayah saya perlu membayar RM4.50, sedangkan air tidak dibekalkan ke rumah kami?

3. Kenapa tiada tindakan daripada AKSB untuk membekalkan air ke rumah kami, sedangkan bil dibayar.

4. Tidakkah ini menzalimi rakyat yg lemah seperti kami?

Ahmad Jailani Abdul Ghani

PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR - RM9 BILION UNTUK SIAPA?

Hari ini media sosial agak heboh memperkatakan tentang perbezaan harga bagi pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang diserahkan pembinaannya kepada syarikat dari China.

Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek itu bernilai RM55 bilion tetapi laman web China Communication Consruction Company Ltd atau CCCC, syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan ladasan keretapi secara runding terus itu mengumumkan nilainya adalah berjumlah RM46,000 juta.

Bermakna, ada perbezaan sebanyak RM9 bilion atau RM9,000 juta dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan.

Kenapa dan bagaimana angkanya boleh jadi berbeza?

Ke mana perginya RM9 bilion itu?

Untuk belanja pilihanraya atau ada yang turut masuk ke poket sesiapa?

Jika sebelum ini, nilai projek itu yang setinggi RM55 bilion sedangkan anggaran kosnya hanya RM30 bilion dan pengumumannya yang terlihat cukup pantas tanpa ada kajian keboleh-upayaan dan tender terbuka sudah cukup menimbulkan banyak tanda tanya, perbezaan harga RM9 bilion ini tentu saja menambahkan lagi kejutan yang ada.

Semalam, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan agar menjawab dengan pantas atau kalau lewat pun, tidak melebihi dua hari bagi sebarang isu yang timbul dalam negara.

Untuk isu RM9,000 juta yang penuh misteri itu, berapa lama agaknya Najib atau pasukan pengampunya mahu tampil dengan jawapan dan penjelasannya? (SH 06/11/2016).

Sah Dr M hadir di Parlimen Selasa ini

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memberitahu bahawa Tan Sri Sanusi Junid telah mengesahkan kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen pada Selasa akan datang.

Kedatangan Mahathir bersama-sama Sanusi itu bertujuan untuk mengadakan perbincangan tentang usaha mempertahankan Parlimen dan kuasa imuniti dalam Parlimen, kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Mahathir dijangka mengadakan perbincangan bersama anggota-anggota Parlimen termasuk bekas menteri dan ahli parlimen, katanya lagi dalam kenyataan.

Perbincangan itu dipercayai berkaitan siasatan ke atas beberapa anggota Parlimen yang membangkitkan isu 1MDB dalam perbahasan di Dewan Rakyat dan kini kenyataan mereka sedang di ambil oleh pihak polis.

Antara ahli Parlimen yang sedang disiasat ialah MP Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, MP Sempoerna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan MP Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika perbahasan di Dewan Rakyat.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis mempunyai sebab-sebab mencukupi untuk menyiasat tiga bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.

"Apa yang diperkatakan oleh beberapa ahli Parlimen, termasuk (ahli Parlimen Puchong) Gobind Singh bahawa kita tidak mempunyai asas untuk siasat adalah tidak betul kerana terdapat unsur-unsur hasutan yang dilakukan oleh ketiga-tiga bekas menteri," kata Khalid.

Walaupun beberapa ahli Parlimen telah menyebut imuniti parlimen sebagai sebab siasatan ke dalam tiga bekas menteri itu tidak mengikut Perlembagaan, kekebalan tersebut tidak meliputi Akta Hasutan, ujar Khalid lagi.

Mengulas lanjut, Lim berkata, atas insiden itulah, mesyuarat di kalangan ahli Parlimen bersama-sama bekas ahli Parlimen pada Selasa ini perlu diadakan bagi merungkai persoalan kualiti demokrasi berParlimen di Malaysia yang mahu dibina untuk generasi akan datang.

"Inilah sebab mengapa saya cadangkan mesyuarat permulaan di kalangan semua ahli Parlimen (termasuk bekas ahli Parlimen dan bekas Menteri) untuk berbincang mengenai krisis perlembagaan yang dihadapi Malaysia dalam doktrin pengasingan kuasa di antara eksekutif, perundangan dan kKehakiman," tambahnya.

Tuan Ibrahim: Ikut pengalaman, Umno yang pecahkan PAS

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak dakwaan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bahawa DAP adalah punca parti Islam itu berpecah.

“(Berdasar) pengalaman lampau, Umno yang memecahkan PAS. Sejarah tumbangnya PAS di Kelantan dan Terengganu hasil pertembungan dengan Umno.

“Namun tindakan campur tangan DAP serta sikap menentang dasar dan perjuangan PAS menyumbang kepada apa yang berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.

Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas dakwaan Annuar bahawa DAP cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang termasuk PAS.

Bagaimanapun, katanya, walaupun DAP tidak meresap dalam PAS, parti itu berjaya menarik “serpihan PAS” sebagaimana yang berlaku.

Sebelum ini perpecahan dalam PAS berlaku sehingga Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan selepas sebahagian pemimpin parti Islam itu tidak berpuas hati dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

'Teori konspirasi'

Sementara itu, ahli jawatankuasa DAP Selangor Edry Faizal Yusof pula menolak dakwaan Annuar.

Beliaumenyifatkan ia sebagai “teori konspirasi” untuk menyedapkan hati kerana ramai anggota Umno didakwa tidak mahu bersama parti Melayu itu.

“Pemimpin-pemimpin Umno kena berhenti tipu diri sendiri. Mereka cipta pelbagai teori konspirasi untuk sedapkan hati mereka selepas ramai ahli Umno sendiri sudah tak mahu bersama Umno.

“Pemimpin Umno kena terima hakikat Melayu bukan berpecah. Cumanya ramai Melayu yang bersama Umno dulu sudah serik dan tidak mahu bergelumang dengan puak kleptokrat dan korup, lalu mereka berhijrah memilih haluan lain,” katanya.

Tambahnya lagi, kini anggota Umno sendiri turut bangun melawan partinya sendiri.

“Boneka sebenar ialah mereka yang terus menipu diri sedang tangan dan kakinya digerakkan tok dalang bernama Malaysian Official 1 (MO1),” katanya.

PKR: Terpengaruh 'propaganda' sendiri

PKR pula menyifatkan Umno kini terpengaruh dengan dengan propaganda sendiri.

“Saya ingin ingatkan Annuar Musa, pendekatan boneka ini ialah cara Umno terhadap parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional.

“Annuar Musa nampaknya terpengaruh dengan propaganda ciptaan BN sendiri iaitu 'DAP memperkudakan' parti-parti lain di dalam Pakatan.

“Kalau inilah bentuk serangan terbaru Umno, nampaknya parti pemerintah berhadapan dengan krisis defisit isu yang parah,” kata Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Jelasnya, Pakatan sentiasa mengutamakan pendekatan konsensus dalam setiap proses membuat keputusan dan termasuk hal berkaitan pilihan raya.

Semalam Annuar mendakwa DAP kini cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang.

Dakwanya, langkah itu sebagai usaha DAP memerintah negara secara senyap dan menjadikan wakil Melayu 'sebagai boneka'.

Jelasnya, strategi DAP kini adalah meletakkan calon mereka dalam PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selain itu dakwanya DAP cuba memecahkan orang Melayu dengan menjalinkan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Ia katanya, bagi memastikan DAP dapat menumbangkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Nasrudin cadang beli helikopter mudahkan urusan dakwah


Nasruddin Hassan

Menjawab kritikan orang ramai terhadap pendirian Pas yang mesra Umno-BN mutakhir ini, Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan menyatakan hasrat untuk membeli helikopter.

“Kalau mampu beli heli, saya cadang nak beli heli supaya memudahkan urusan dakwah ini,” ujarnya semalam dipetik dari ruangan komentar Facebook beliau.

Kenyataan Ahli Parlimen Temerloh itu timbul sebagai reaksi terhadap komentar bernada sinis netizen di media sosial itu yang mengaitkan tuntutan hidup bersederhana dengan kereta mewah Vellfire.

“Islam mengajar hidup kesederhanaan maka gunalah kereta Vellfire dalam berdakwah,” ujar pengguna Facebook atas nama, Apis Naw.

Sementara itu, Ahmad Syahmi menyifatkan tidak timbul masalah untuk memiliki kenderaan mewah asalkan dengan atas usaha sendiri bukan menggunakan wang rakyat.

“Nak beli Mercedes paling mahal asal duit sendiri pun bagi saya tak kisah sebab hak dia. Tapi kalau guna duit rakyat atau bukan hak dia walaupun untuk beli tiub tayar kereta, ini yang bermasalah,” tegasnya.

Dalam satu respon yang lain, Nasrudin menjawab kritikan pengguna Facebook, Azil Ishak yang mempersoalkan adakah berbaik-baik dengan pihak yang tidak amanah itu politik matang.

“Berbaik-baik tu istilah Azil Ishak tapi istilah kami ialah mendekati bagi mereka yang boleh didekati untuk sampaikan dakwah,” ujarnya lagi.

Nasrudin pernah didedahkan memiliki kereta mewah Vellfire sebaik bergelar Ahli Parlimen walaupun sebelum itu beliau mendakwa dirinya adalah antara pemimpin Pas yang tidak berharta.

Bahkan, semasa ucapan penangguhan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat pada 2012, beliau yang ketika itu menjadi ketuanya mengejutkan perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya.

Tidak hairanlah orang ramai mempersenda Nasrudin supaya menjual sahaja kereta mewah dimilikinya itu jika benar sayangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan perjuangan parti itu yang didukungnya.

Hal ini kerana Nasrudin melalui catatan panjang lebarnya mengaku “diserang rasa rindu yang tidak tertahan” sehinggakan “air mata deras mencurah” kerana tidak dapat menziarahi Abdul Hadi yang terlantar sakit di Turki pada 2014 disebabkan kononnya tidak mampu daripada segi kewangan.

Kadir persoal kecenderungan Najib terhadap China

PETALING JAYA: Bekas ketua pengarang akhbar Datuk A Kadir Jasin mempersoalkan pembelian kapal tentera laut negara dari China dan pendirian kerajaan berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Beliau berkata, pengumuman kerajaan, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing minggu lepas boleh dianggap “anjakan paradigma dalam kerjasama dua hala dengan negara komunis”.

Kerajaan berkata minggu lepas ia akan membeli 4 korvet yang dikelaskan sebagai kapal perang persisiran pantai. Ia merupakan pembelian pertama tentera negara dari China.

Menggelarkannya sebagai satu “keputusan penting”, Najib berkata lebih banyak urus niaga mungkin berlaku pada masa depan.

Najib juga berkata pertikaian di Laut China Selatan akan dibincangkan secara dua hala dengan China.

Kadir mempersoalkan sama ada Kabinet sudah membincangkan terlebih dahulu kedua-dua keputusan dan menegaskan China sedang bersungguh-sungguh meluaskan pengaruh ekonomi, politik dan ketenteraan di seluruh dunia.

Beliau juga mengingatkan pinjaman RM50 bilion daripada China bagi projek kereta api Pantai Timur akan menjadikan hutang negara melonjak kepada lebih RM700 bilion, tanpa mengambil kira projek kereta api Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan bernilai RM50 bilion, dan hutang sedia ada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM50 bilion.

Ahli politik pembangkang mempersoalkan kebijaksanaan 14 perjanjian dalam pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan, berjumlah kira-kira RM143.64 bilion, yang diumumkan.

Kadir, yang kini merupakan ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, berkata China tidak mempunyai pemisahan di antara kerajaan dan syarikat, di mana semua industri dan aktiviti ekonomi yang strategik adalah milik kerajaan komunis.

Beliau berkata, kereta api Pantai Timur, projek Bandar Malaysia, dan kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura adalah bertepatan dengan rancangan China untuk mencipta Laluan Sutera.

Parti Komunis China menggunakan laluan kereta api secara beransur-ansur untuk mengembangkan pengaruhnya di laluan maritim, kata Kadir.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...