TERKINI :

Sunday, November 6, 2016

Selidiki kelemahan ukur kekuatan, jangan khayal berpanjangan

Jamaludin Jamalu

SATU ketika dahulu saya sering dengari jeritan pengikut-pengikut Pas agar menamakan Hj Hadi Selaku PM bukannya Anwar Ibrahim.

Ketika menjawab isu tersebut, kalau tidak silap ingatan saya Hj Hadi pernah dalam satu ucapannya di Kedah, Katanya "Sewaktu saya berceramah di Kedah, pernah satu hari ana di ajak oleh bekas Menteri Besar yang kini telah pulang ke rahmatullah pergi memancing di pulau bunting di Yan kedah. Bila para pengawal mendengari ana akan pergi memancing, ada yang terus membeli rempah, nyoir dan macam-macam perkakasan untuk membuat gulai kerana mereka memikirkan ana akan mendapat ikan besar. Sebaliknya bila pulang bukan ikan besar yang diperolihi, cuma ikan belukang sebesar anak jadi telunjuk."

Maknanya macam mana pas nak jadi PM sedangkan Pas tidak punyai apa-apa kekuatan. Macam mana pas hendak melantik diri mereka menjadi terajui kepimpinan politik pembangkang sedangkan Pas cuma ada sejumlah kerusi yang kecil, itu pun kerana bersama dengan PR. Kalau tidak kekuatan Pas hanya sekitar 6-7 kerusi sahaja. Sekadar itu macam mana Pas berkahyal hendak perintah Malaysia, macam mana Pas nak cadangkan Hj Hadi jadi PM. Pun bagitu juga macam mana Pas hendak melantik diri mereka sendiri untuk menjadi ketua dalam Pakatan Pembangkang. SELIDIKILAH KELEMAHAN DAN UKURILAH KEKUATAN- Jangan selama-lamanya Pas berkahyal berpanjangan.

Wahai jemaah Pas jadikanlah ini sebagai tanda peringatan buat kita mengukur diri sendiri. Kalau tidak Pas akan menjadi partai kepimpinan yang sentiasa angkuh, sombong, degil, kesemuannya ini akan menjadikan Pas partai yang kian akan ditinggali orang.

Selamat berjuang Pas.

Mahfuz persoal kerajaan pilih syarikat China disenarai hitam untuk projek ECRL


Mahfuz Omar

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang diberikan kepada kontraktor dari China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) tanpa melalui tender terbuka.

Beliau berkata, kos projek sepanjang 600 kilometer yang sepatutnya berharga RM30 bilion kini telah naik menjadi RM55 bilion bersamaan RM92 juta untuk 1 kilometer.

"Adakah CCCC lebih awal 'membeli' penjawat awam No. 1 Malaysia (#MO1) untuk memperolehi projek ECRL melebihi RM25 billion dari harga awal RM30 billion.

"Maka secara tidak langsung kos curi dan korupsi kerajaan Malaysia terpaksa ditanggung oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga kesal apabila keajaan memilih syarikat yang disenarai hitam oleh Bank Dunia.

"Kontraktor CCCC yang dianugerah projek ini adalah syarikat yang telah disenarai hitam oleh Bank Dunia kerana menipu dengan mengamalkan rasuah serta licik membeli penjawat awam untuk memperoleh dan melaksanakan sesuatu projek di setiap negara yang menganugerahrahkan projek kepada mereka.

"Bukan sahaja disenarai hitam oleh World Bank, malah CCCC juga terlibat dalam skandal lain, antaranya di Malta, Tanzania dan Kenya. Sebuah skandal melibatkan tindakan CCCC dalam merasuah penjawat awam di negara terbabit," katanya.

Bodohlah jika tutup IPG S'wak , kata Adenan


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menolak rancangan kerajaan Persekutuan untuk menukar dua buah Institut Pendidikan Guru (IPG) Sarawak kepada kolej vokasional dengan menyifatkan tindakan itu sebagai 'bodoh'.

The Borneo Post hari ini memetik kenyataan Adenan sebagai berkata, bilangan IPG tidak perlu dikurangkan kerana boleh membahayakan matlamat kerajaan untuk mencapai nisbah 9:1 bagi guru-guru dari Sarawak dan bukan Sarawak yang berkhidmat di negeri ini.

"Saya telah menulis surat kepada perdana menteri untuk memaklumkan bahawa cadangan menukar dua kolej latihan guru (di Sarawak) ke sekolah teknik adalah bodoh.

"Saya tahu betapa pentingnya pendidikan teknikal tetapi tidak perlu dilakukan dengan mengorbankan dua kolej latihan guru," Adenan dilaporkan berkata semasa merasmikan sambutan peringkat negeri Hari Wanita 2016, semalam.

"Oleh itu, saya gesa kerajaan (Persekutuan) untuk mengubah keputusan ini," katanya.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan pada 29 Oktober yang lalu menjelaskan tidak ada IPG di negara ini akan ditutup, di tengah-tengah kekeliruan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Implikasi hutang China RM50 bilion

A Kadir Jasin

6 November 2016

Gambar hiasan.

KITA baru saja berbincang mengenai bahaya terlalu bergantung kepada negara China dalam pembangunan negara kita.

Kebimbangan kita itu terbukti berasas apabila kerajaan mengambil keputusan berhutang RM50 bilion daripada China untuk membina Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Tidak ramai daripada kita tahu mengenai projek raksasa itu kerana tidak banyak atau belum banyak yang diperkatakan mengenainya.

Tiba-tiba sahaja ia muncul dan dalam sekelip mata menjadi projek yang akan mengikat kejap pergantungan negara kita kepada China dari segi kewangan, kepakaran dan guna tenaga.

Daripada apa yang kita dengar dan baca dari Beijing hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak adalah projek itu dibagi secara francais seratus peratus kepada China.

China membekal modal, kepakaran, peralatan dan tenaga kerja. Ini mungkin projek strategik nasional pertama yang diserahkan bulat-bulat kepada sebuah negara asing untuk dilaksanakan.

Kita kena ingat, di negara China tidak ada pemisahan di antara kerajaan dengan perusahaan. Kerajaan memiliki semua industri dan kegiatan ekonomi strategik.

Kerajaan China seperti kita maklum adalah kerajaan komunis walaupun dari segi ekonomi ia mengamalkan kaedah kapitalis.

Bukan projek ECRL saja dibagi kepada China. Daripada laporan media, kerajaan juga bersetuju, buat kali pertama dalam sejarah, membeli kapal perang persisiran pantai daripada China dan bekerjasama dalam kawalan Laut China Selatan.

Saya tidak tahu sama ada Kabinet, Barisan Nasional dan Umno telah membincangkan sedalam-dalamnya anjakan paradigma kerjasama dua hala yang melibatkan negara komunis China itu.

Saya tidak mahu mempersoalkan daya maju ECRL kerana saya tidak pernah mendengar mengenainya apatah lagi mengetahui mengenai kajian kemungkinan (feasibility study) ke atasnya. Yang menakjubkan adalah kepantasan projek itu dirancang, diputuskan dan kontraknya diberikan kepada China.

Kita tidak menafikan yang China telah mengumpul dana yang banyak dan membangunkan kepakaran dalam bidang pengangkutan kereta api dalam jangka masa singkat.

Dalam masa kurang dua dekad China telah berjaya membina sistem kereta api laju di antara Beijing dengan Shanghai dan 1,956 kilometer kereta api gunung di Dataran Tibet.

Sejak itu, Parti Komunis China menjadikan kereta api sebagai landasan kedua perluasan pengaruh China secara gandingan kepada laluan maritim.

Dasar China adalah menggunakan kereta api untuk “menakluki” daratan dan armada untuk menguasai laut dalam usahanya kembali menjadi kuasa ekonomi dan tentera dunia.

Projek-projek di negara kita seperti ECRL, Bandar Malaysia dan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura adalah secocok dengan pelan induk kereta api Asia yang menghubungkan China dengan Asia Tenggara, Asia Selatan dan Eropah.

Impian China adalah menjelmakan semula kedua-dua komponen Laluan Sutera (Silk Road), iaitu darat dan laut. Laluan dagangan yang menghubungkan China dengan Eropah itu bermula pada zaman Dinasti Han sekitar 207 sebelum era Kristian hingga 220 era Kristian atau 2,213 tahun lalu.

Jadi apa yang sedang berlaku sekarang adalah China menggunakan kuasa kewangan, teknologi, diplomasi dan ketenteraan untuk mengembalikan keagungan tamadun silamnya dalam bentuk baru.

Seperti yang telah saya ceritakan dalam rencana-rencana terdahulu, 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia di tapak Pangkalan TUDM Sungai Besi telah pun dijual kepada konsortium China-Malaysia dan China dipercayai mendahului dalam rundingan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura.

Baru-baru ini, Pengurus Besar China Railway Group di Malaysia, Cai Zemin berkata, syarikatnya akan membina bandar bawah tanah terbesar di dunia di tapak Bandar Malaysia yang akan menjadi “permata bergemerlapan” dalam rangkaian kereta api China.

Daripada aspek hutang kerajaan yang menggunung, pinjaman RM50 bilion daripada negara China itu akan melonjakkannya melepasi RM700 bilion. Itu belum dikira kos kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan RM50 bilion dan hutang 1MDB RM50 bilion. Ada yang kata sudah naik kepada RM53 bilion.

Perangkaan Bank Negara Malaysia pada akhir Jun lalu, menunjukkan hutang kerajaan sebanyak RM655.74 bilion. Garis waktu (timeline) hutang kerajaan adalah seperti berikut: Akhir zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak RM189 bilion, Tun Abdullah Ahmad Badawi RM306 bilion dan Mohd Najib sekarang RM655.74 bilion tidak termasuk hutang RM50 bilion daripada China. Wallahuaklam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...