TERKINI :

Saturday, November 5, 2016

GABUNGAN PEMBANGKANG TERBESAR, Segerakan Masa Kian Singkat.

Jamaludin Jamalu,  

PERTAMA sekali saya bersetuju dengan Sdr Dato Husam, bahawa gabungan pembangkang yang kuat hendaklah bermula dari sekarang. Tidak perlu menunggu Pas. Biar pas itu datang sendiri. Jika partai itu hendak bersendirian lagi baik. Jika mereka bersama dengan PH akan berbangkit masalah kembali. Yang hendak kita awasi adalah kehendak rakyat bukannya Pas, Pas biarkan mereka dengan keputusan tersendiri.

PKR-Amanah-Dap dan Bersatu, bentuk permaufakatan segera. Susun strategi, tentukan pembahagian kerusi biar selesai awal lebih baik dari menunggu saat akhir PRU. Jangan risaukan lagi soal satu lawan satu. Biar sekalipun berlaku 3 penjuru. Pas biar mereka hendak bersendirian ataupun masih mahu bersongkongkol dengan Umno-Bn usahlah perdulikan mereka. Biarkan saja mereka pergi ke mana hendak mereka berkelana. Itu pilihan mereka. Jangan perdulikan Pas.

Bila semua itu beres dan selesai, kumpulkan seluruh tenaga kekuatan. Bangkitkan kesedaran rakyat. Kalau tidak masakan landskap politik itu mana mungkin akan berubah. Tanpa Anwar kita jangan jadi penikus. Tsunami politik itu tidak akan bergelombang kalau kita tidak berani meniup momentumnya. Tanpa momentum politik itu tidak sesekali akan berkocak dan bergelora, mana mungkin rakyat manpu mengolahi kesedaran mereka untuk bangkit memberanikan diri bagi mengukir sejarah perobahan. 

Tanpa apa-apa perobahan Najib juga akan kekal di puncak kuasa dan tahta sekaligus menjadi kuasa pemutus di negara ini. Jika Najib kekal tentunya yang paling seronok sekali ialah geng lebai-lebai. Rakyat marheain akan terus merempat dan merana lagi......

Salam perjuangan......

Pertemuan Azizah & Hasmah - Mampukah airmata mengubah landskap politik Malaysia?

 
 

Kedua suami mereka pernah dikatakan team terbaik menerajui Malaysia ke zaman kegemilangan. Takdir menentukan mereka berseteru.

Kini mereka mula bersama mengusahakan satu tujuan. Menyingkirkan pemerintahan Umno-BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang paling teruk, DS Najib.

Perpatah mengatakan disebalik kecemerlangan seseorang lelaki ada bersamanya adalah seorang wanita.

Dan sifat kewanitaan yang mudah tersentuh walau sekeras mana pun jiwanya. Maka airmata yang mengalir memadam segala dendam yang tersimpan. Mampukah airmata ini mengubah landskap politik Malaysia?

Iskandar: Hanya Hadi berhak nafi kerjasama PAS, pembangkang

 samad
SHAH ALAM: Hanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menafikan komen PAS bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu mengulas penafian Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menganggap amaran diberikan Hadi pada Rabu lalu, diputar belit media.

“Kalau nak nafikan pun, biarlah presiden sendiri yang nafikan. Tidak perlulah orang lain (yang nafi). Saya tidak mahu komen, biar presiden sendiri yang buat kenyataan.

“Saya pun tidak tahu, itu apa yang dilaporkan media. Saya hanya boleh komen jika ada makluman tentang hal itu. Apa yang dilaporkan itu kita belum dapat pengesahannya,” katanya kepada FMT hari ini.

Kelmarin, Hadi dilaporkan memberi amaran kepada DAP dan parti pembangkang lain tidak campur tangan urusan dalaman PAS, jika mahu hubungan dengan parti itu dipulihkan.

Katanya, PAS sudah lama membuka pintu perundingan dengan parti lain, susulan hasrat parti pembangkang untuk memastikan kemenangan pada PRU14 melalui pertandingan 1-lawan-1 dengan BN.

Sementara itu, Iskandar berkata, berdasarkan suasana politik di Selangor, pertandingan 1-lawan-1 amat penting kepada pembangkang kerana BN akan menang jika wujud pertandingan 3 penjuru di negeri itu.

“Realiti di Selangor, kalau tidak ada 1 lawan 1, maka BN akan menang. Kalau ada 3 penjuru, BN akan menang.

“Untuk Selangor, sebagaimana kita lihat di Sungai Besar, perlu ada 1-lawan-1. Di tempat lain saya tidak tahu,” katanya.

Peguam: Siasat 3 bekas menteri untuk takutkan individu bangkit isu 1MDB

 eric-paulsen-1mdb
PETALING JAYA: Lawyers for Liberty menyifatkan tindakan polis menyiasat 3 bekas menteri yang membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat adalah taktik kotor untuk menakut-nakutkan pembangkang dan sesiapa sahaja yang lantang bersuara mengenai perkara itu.

Pengarah eksekutifnya, Eric Paulsen mengulas siasatan polis ke atas bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, minggu lalu.

“Walaupun hasutan tidak dilindungi keistimewaan Parlimen, jelas pihak berkuasa begitu terdesak menyiasat Husni dan lain-lain hanya kerana membawa isu 1MDB.

“Dengan menyalahgunakan kuasa polis sehingga ke institusi Parlimen yang sepatutnya selamat daripada sebarang penindasan menunjukkan ruang demokrasi sempit,” kata Eric Paulsen kepada FMT hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Husni cuba menghasut rakyat mempercayai perdana menteri melakukan kesalahan, sedangkan siasatan ke atas 1MDB belum selesai.

Bahkan, polis percaya mempunyai alasan mencukupi untuk menyiasat 3 bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.

Eric berkata, siasatan ke atas pihak yang menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit dalam skandal 1MDB lebih penting daripada menyiasat Husni, kerana bekas menteri kewangan kedua itu sekadar menjalankan tugasnya di Dewan Rakyat.

“Saya nasihatkan pihak berkuasa menyiasat skandal 1MDB yang melibatkan kerugian dana negara berbilion-bilion ringgit. Ini kerana isu ini sudah disiasat di seluruh dunia.

“Apa yang dibangkitkan Husni berciri kepentingan awam dan beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli Parlimen,” katanya.

Siasatan ke atas 3 bekas menteri itu dibuat susulan laporan polis dibuat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.

Usaha berbincang dengan PAS - Sekadar peringatan untuk pimpinan PH & BERSATU

Merujuk kepada usaha mahu berbincang dengan PAS oleh parti2 seperti Bersatu dan PKR, saya perlu beri beri pendapat saya:

1) Perlu selesai pembahagian kerusi sesama PH dan Bersatu dahulu. Kita tidak mahu ambil risiko PAS memecahbelahkan pakatan Pembangkang.

2) Kalau pun berlaku satu lawan satu yg melibatkan PAS, PAS akan kalah hampir semua kerusi mereka tandingi kerana PAS telah hilang hampir semua sokongan dari kaum bukan Melayu

3) Sokongan kaum Melayu juga menurun kepada PAS berdasarkan keputusan PRK Sb dan Kuala Kangsar yg melihatkan mereka cuma mampu mendapat tidak lebih 30% Melayu sahaja.

4) Timbalan Presiden PAS sendiri pernah berkata dalam satu ucapan beliau yg diviralkan dlm internet bahwa selepas keputusan PRU PAS boleh pergi dengan sesiapa sahaja. Tiada jaminan mereka akan kekal dgn pembangkang.

5) PaS juga terbukti mampu melanggar janji mereka seperti dlm PRu 13 yg lepas. Mereka boleh meletak calon di mana sahaja mereka suka dan mereka boleh melanggar janji mereka pada bila bila masa.

6) Kajian IDER yg terbaru membuktikan PH jauh lebih popular dari PAS. Begitu juga kajian badan2 lain yg menunjukkan Pakatan Harapan jauh lebih berpotensi menarik sokongan Melayu berbanding PAS.

7) Maklumat yg saya dapati PAS Kelantan telah membuat kajian mereka sendiri dan mendapati mereka bakal hilang Kelantan walaupun tanpa wujudnya Amanah.

8) Strategi menguatkan Pakatan Pembangkang lebih baik berbanding cuba memujuk PAS yg jelas akan hilang 90% dari kerusi2 yg mereka menangi pada 2013 lepas..

sekadar pandangan peribadi

Mohd Fakhrulrazi Mokhtar





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...