TERKINI :

Tuesday, November 1, 2016

PENGULAS SUKAN HARUS LEBIH BERHATI- HATI, JANGAN BERKELAKU SEPERTI FINAL PIALA MALAYSIA TEMPOHARI..!!

Seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat bolasepak di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana sepanjang siaran lansung final Piala Malaysia kualiti liputan amat baik.

NAMUN, sayang seribu kali sayang akibat keceluparan dan sikap kurang hati- hati pengulas dari TV3 menyebabkan ramai peminat sukan marah dan sedikit sebanyak TV3 menerima tempiasnya.

' GOL NASIB' itulah komen pengulas tersebut apabila Rizal Ghazali menjaringkan gol pertama Kedah semalam. Namun kenyataan beliau segera disanggah oleh Dollah Salleh, menurut Dollah gol tersebut tidak boleh dikira nasib kerana rembatan padu dari jarak begitu mungkin menerjah gawang jika tidak ada ' reflection'.

Kenyataan dari coach Dollah jelas menunjukkan tidak semua gol reflection boleh dianggap nasib. Cara tendangan, jarak dan kedudukan pemain diambil kira sebelum sesuatu gol dikatagorikan nasib. Larian yang baik, setpieces menarik antara midfield terlebih dahulu disusun oleh pasukan kedah sebelum lorongan kepada Rizal, dan rizal melepaskan tendangan yg padu sebelum terkena pertahanan selangor dan bola lob sejurus reflection menjadikan gol terdebut juga tampak menarik.

Diharap menjadi pengajaran kepada pengulas tersebut, jaga sensetiviti, jangan ikut sedap mulut, Dato Rahim Razali, Allahyarham Dato Hasbullah Awang dan ramai lagi lagenda pengulas sukan pun tak pernah sebarang katagorikan gol nasib dalam satu2 perlawanan penting dan amat berhati2 dalam ulasan, inikan pula kamu budak hingusan dan setahun jagung.

Saya amat berharap pengulas sukan tersebut segera memohon maaf atas keceluparan beliau.

- BEKAS PENGULAS JUGAK.

DAP buat kerja gila hari ini bilamana suruh kerajaan hentikan judi numbor

DAP gesa kerajaan henti judi cabutan khas mulai 2017

Anne Muhammad
1 Nov 2016, tengahari 2:31 (Dikemaskini 1 Nov 2016, tengahari 2:42)

DAP menggesa kerajaan supaya menghentikan amalan cabutan khas dalam aktiviti nombor ramalan untuk tahun 2017 dan seterusnya.

Ketua Whip DAP Anthony Loke berkata perkara itu hanya membebankan rakyat dan mengurangkan pendapatan boleh guna golongan berpendapatan rendah.

"Sejak kami dipilih sebagai ahli parlimen pada 2008, kami telah berkali-kali menyeru kementerian kewangan untuk menghentikan amalan cabutan khas nombor ramalan yang kesannya akan membebankan rakyat dan juga menghakis pendapatan boleh guna golongan berpendapatan rendah.

"Kami difahamkan golongan berpendapatan rendah merupakan kelompok yang seringkali terjebak dengan perjudian nombor ramalan.

"Demi kesejahteraan golongan berpendapatan rendah dan menjana peningkatan permintaan domestik, kami menggesa agar (Menteri Kewangan II) Datuk Johari Abdul Ghani dan Kementerian Kewangan menghentikan cabutan khas pada tahun 2017 dan tahun-tahun seterusnya " kata Loke.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Sidang media itu turut disertai Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong.

Jelasnya lagi, suasana hari ini memerlukan peningkatan permintaan domestik yang lebih tinggi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

"Tindakan menghentikan amalan cabutan khas adalah salah satu langkah yang perlu dipertimbangkan oleh kementerian kewangan," katanya.

Syarikat nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai telah menjalankan cabutan khas sekurang-kurangnya 18 kali cabutan sejak awal tahun 2016.

Ia akan menjangkau 22 kali cabutan khas dalam tahun 2016.

Terdahulu, sejak berlakunya insiden wabak nipah pada 1999, kementerian kewangan membenarkan cabutan khas pada hari Selasa tertentu dan hasil daripadanya akan dikira sebagai kutipan untuk kerajaan.

Sementara itu Loke berkata, pihaknya telah melakukan perbincangan dengan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani mengenai perkara itu dan cadangan itu disambut baik.

RUPA-RUPANYA PAS MEMANG RELA DIKENCING UMNO!!

Khususnya ahli-ahli Pas, sila ambil perhatian mengenai kenyataan Idris Ahmad ini. Beliau adalah Naib Presiden Pas, bukannya pemimpin parti peringkat kawasan atau ranting yang cakapnya hanya umpama angin lalu saja.

Sebagai Naib Presiden Pas, kata-katanya bukan saja dianggap benar, bahkan juga tentunya adalah gambaran tentang parti itu sendiri.

Sebagaimana yang dipetik dari portal Malaysia Dateline semalam, Idris dilaporkan berkata, Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh UMNO sekali lagi dalam isu isu rang undang-undang Akta 355.

Ketika berceramah di Kuantan, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.

"Kita dah pilihanraya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab itu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramahnya itu.

Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh UMNO, tetapi UMNOlah yang rugi.

Masya Allah...berdasarkan ucapan Idris itu, rupa-rupanya Pas sangat sedar mereka telah kena kencing dengan UMNO dan BN sejak sekian lama lagi, sudah 13 kali pilihanraya lagi.

Kemudian, dalam isu pembentangan usul Akta 355 yang sekarang ini ternampak ciri-ciri bakal kena kencing lagi, Idris boleh pula berkata, "tidak kesah kalau dikencing sekali lagi."

Kalau sudah 13 kali kena kencing, mengapa Pas masih sanggup kena kencing sekali lagi?

Kenapa pimpinan Pas yang ada sekarang tidak cuba mengelak atau menjauhkan diri daripada terus jadi tadahan kencing oleh UMNO dan BN?

Apakah Pas memang dilahirkan untuk kena kencing sepanjang zaman?

Lagu mana pula logiknya kata-kata Idris bahawa meskipun selalu kena kencing, bukan Pas yang rugi, tetapi UMNO yang rugi?

Apa untung yang Pas dapat yang mungkin ahli-ahlinya tidak tahu akibat selalu kena kencing selama ini?

Barangkali Tuan Ibrahim Tuan Man hanya mampu senyum-senyum dengan kenyataan Idris Ahmad kali ini. (SH 01/11/2016).

Betapa Takutnya Isu 1 MDB Diketahui Rakyat, Seluruh Kelab Dikerah Buat laporan Polis


Ketua Penerangan Kelab Sahabat N87, Shahbudin Embun hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Husni Hanazlah kerana mendedahkan butir-butir kecurian duit rakyat melalui 1 MDB di Parlimen.

Kelab Sahabat Najib ini merupakan benteng kedua pertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beberapa kelab yang tumbuh bagai cendawan selepas kecurian wang rakyat melalui 1 MDB diketahui rakyat.

Ini juga menunjukkan betapa takutnya Najib terhadap penyelewengan yang telah dilakukannya sepanjang beliau berkuasa terhadap kehilangan berbilion wang rakyat.

Najib juga gagal menjawab 8 soalan maut mengenai 1 MDB yang disuarakan oleh Husni dalam parlimen.

Hanya parlimen tempat yang paling sesuai untuk berbahas tentang kehilangan wang rakyat, Jika diparlimen pun tidak boleh dibahaskan apa lagi yang rakyat ada tempat untuk berbahas.

Semua akhbar dan TV arus perdana sudah dikawal rapi oleh kerajaan dan telah mengharamkan perbahasan mengenai 1 MDB dan 2.6 bilion. Jika penyelewengan wang rakyat juga dikira Akta Rahsia Rasmi (OSA)memang ternyata rakyat sentiasa diperbodohkan oleh pemimpin umno.

Sungai Rapat 

Harga minyak November 2016 naik walau harga minyak dunia susut

HARGA minyak bagi bulan November 2016 naik walaupun harga minyak dunia dilaporkan terus menyusut di bawah USD50 setong. Setiap jenis minyak, RON95, RON97 dan Diesel naik sebanyak 15 sen bagi setiap liter.

Harga minyak RON95 dinaikkan kepada RM1.95 seliter manakala minyak RON97 dan Diesel masing-masing dinaikkan kepada RM2.30 dan RM1.90 bagi setiap liter berkuat kuasa mulai pukul 12:01 malam ini.

Ini merupakan harga minyak tertinggi untuk tahun 2016. 

Kerajaan dilapor menggunakan kaedah apungan berdasarkan harga minyak dunia dan kekuatan matawang negara bagi bulan sebelumnya untuk menetapkan harga minyak.

Warga maya ramai yang mula berkongsi gambar-gambar kesesakan yang berlaku di stesen-stesen minyak seluruh negara dipercayai akibat orang ramai mahu memenuhkan tangki minyak kenderaan mereka sebelum terpaksa membayar harga yang lebih mahal mulai tengah malam ini.

Orang ramai juga turut mempersoalkan mengapa harga minyak dinaikkan bagi bulan November 2016 sedangkan harga minyak dunia dilaporkan terus mengalami penyusutan di bawah harga USD50 setong.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/harga-minyak-november-2016-naik-walau.html#ixzz4OhnxLeix

Jatuhkan kerajaan Islam memang haram, jatuhkan pemimpin tidak, kata Dr. Fauzi


Usaha menjatuhkan kerajaan Islam adalah haram, namun menukar pemimpin Islam kepada pemimpin yang lain tidak demikian kerana sepanjang sejarah Islam peristiwa penukaran pemimpin dalam pelbagai bentuk telah berlaku.

“Kerajaan Bani Umayyah diganti dengan kerajaan Abbasiyyah seterusnya kepada kerajaan Uthmaniyyah,” kata mantan Setiausaha Akhbar Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Fauzi Zakaria ketika berucap di Majlis Dialog di Chetok pada Jumaat lepas.

Beliau berkata “kerajaan menjalankan lunas-lunas ajaran Islam yang betul perlu dijunjung akan tetapi jika kerajaan itu hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan mereka manakala perbuatan mereka betentangan dengan Islam, ia wajar diperangi malahan dijatuhkan.”

“Misalnya kerajaan Bani Umayyah memiliki pemimpin seperti khalifah Umar Abdul Aziz dan beliau dijunjung, manakala pemimpin yang rosak setelah itu dijatuhkan.

“Begitu juga dengan kerajaan Abbasiyyah yang memiliki nama besar sepeti khalifah Harun Ar-rasyid, apabila datang pemimpin yang buruk selepas itu, pemimpin itu dijatuhkan,” katanya

Advertisements 

Dr Fauzi seterusnya menempelak pemimpin tertentu yang berlaku tidak adil dalam menilai situasi kepimpinan negara.

Beliau terkejut apabila ada yang meminta dikemukakan dua orang saksi apabila diberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd  Najib Razak terlibat dalam penyelewangan dana 1MDB

“Sedangkan orang yang sama apabila diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan hukuman apabila tuduhan meliwat, maka berliau berkata Anwar bukan malaikat.

“Mengapa dalam soal ini tidak ditimbulkan keperluan saksi,” katanya. – Malaysia Dateline

Harga minyak terus susut, bawah AS$50 setong

ISNIN, 31 OKTOBER 2016 - 10:57AM TOKYO: Harga minyak meneruskan kejatuhannya hari ini selepas pengeluar bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak menyatakan sebarang komitmen untuk menyertai usaha mengehadkan paras output bagi meningkatkan harga bahan api itu.

Pendirian itu membayangkan mereka mahu OPEC menyelesaikan perbezaan pendapatnya terlebih dulu. Pegawai dan pakar daripada negara OPEC dan bukan OPEC termasuk Azerbaijan, Brazil, Kazakhstan, Mexico, Oman dan Russia bertemu untuk berunding di Vienna, Sabtu lalu dan hanya bersetuju untuk bertemu lagi bulan depan sebelum mesyuarat OPEC yang dijadual 30 November ini, kata mereka dalam satu kenyataan.

OPEC dan bukan OPEC dalam kenyataan bersama berkata mesyuarat pada Sabtu itu adalah 'perkembangan positif' ke arah mencapai perjanjian mengehadkan output pada 30 November ini.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember diniagakan turun 36 cent, atau 0.7 peratus pada AS$49.35 satu tong menjelang 2250 GMT semalam selepas ditutup turun 76 cent pada Jumaat.

Minyak mentah NYMEX bagi penghantaran Disember juga turun 36 cent, atau 0.7 peratus pada AS$48.34 satu tong, selepas ditutup turun AS$1.02 pada Jumaat. -REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207908?m=1





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...