TERKINI :

Wednesday, October 26, 2016

Menjual Agama Kerana Dunia...!!

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama.

Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula.

Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung”

(HR Tirmizi)

*gambar hiasan shj.

Pas tak pernah kata tak sokong RUU Akta 355 jadi kafir


Datuk Takiyuddin HassanPas tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang membantah rang undang-undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah yang dibentangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Mei lalu.

Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, RUU itu hanya sekadar usul dan ahli Parlimen berhak menyokong atau membantahnya.

“Pas tidak terlibat dalam label melabel. Kalau orang Pas yang melabel, itu kenyataan peribadi dan tidak mewakili Pas.

“Pas memang tidak pernah bersetuju dan tidak akan bersekongkol dengan pihak yang suka melabelkan macam-macam,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas mengenai pertemuan pimpinan parti itu bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Pertemuan itu turut dihadiri peguam yang juga ahli DAP Pahang Zulhazmi Shariff, bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya dan Ketua Biro Agama Pemuda PKR Wan Ji Wan Hussin.

Takiyuddin bagaimanapun enggan mendedahkan bila pertemuan itu berlangsung, sebaliknya hanya berkata ia diadakan di ibu kota.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, pertemuan itu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai tuduhan terhadap Pas yang dilakukan netizen di laman sosial.

“Perjumpaan ini tidak tertutup, memang terbuka. Ia dilakukan pengguna Facebook, tetapi saya bukan seorang pengguna laman sosial itu, jadi saya tidak tahu apa berlaku.

“Kita tidak pernah kata, kalau tolak adalah kafir. Ini proses demokrasi, siapa yang nak sokong, sokong. Yang tidak mahu sokong, tidak perlu sokong,” katanya.

RUU 355 antara lain ingin memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 2A yang menyebut:“Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraikan di bawah seksyen disebutkan di atas selain hukuman mati”.

Siapa Sebenarnya Kaldai & Anjing Gila Itu?

Oleh Greenboc

Jangan berlagak keldai dan anjing gila, kata Hadi 

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya. 

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas. 

Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu. 

Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal. 

"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya. 

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan. 

"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu. -MD 

ULASAN GB 

Biasalah Haji Hadi dengan bahasanya begitu. Nak buat macamanalagi. Naib Ketua Ulama Sedunia katakan. Ada lesen besar untuk berkata sesuka hati agaknya. 

Beliau meminta semua ahli PAS khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya. 

Tapi beliau sendiri tidak hadir di parlimen. Akhlak Islamkah yang mengajar seseorang itu untuk ponteng parlimen walaupun ambil gaji dan elaun?

Bukankah menunaikan amanah sebagai ahli parlimen itu WAJIB hukumnya? Jika tak mampu untuk hadir, lebih baik letak jawatan sebelum hukum kebenaran dan keadilan berjalan dimana Presiden PAS akan dipaksa untuk meletakkan jawatan. Siapa memaksa? Ya hukum kebenaran dan keadilan yang menyatakan: yang tak menjalankan amanah akan tetap menerima hukum yang setimpal dariNya. HukumanNya boleh datang dalam pelbagai bentuk, direntap segala macam kurniaan nikmat seperti nikmat kesihatan dan paling akhir ialah "mati dengan tiba-tiba" tanpa sempat untuk bertaubat. Kita sekadar mengingatkan. 

Oh sebelum terlupa, beberapa hari lepas Setiausaha Agung PAS ada membuat kenyataan "PAS memutuskan tidak menyertai BERSIH 5 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal kerana parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta BERSIH 4 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara. 

Tinggi akhlak orang-orang PAS ya? Tak boleh main pijak-pijak. Itu tak berakhlak kononnya! 

Tapi cuba tengok yang di bawah ini, siapa agaknya mereka itu? Jangan nanti ditempelak: kaldai dan anjing gila yang kembali kepada penuturnya! 




ULAMA TIADA NILAINYA JIKA MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN, BAHKAN ALLAH SAMAKAN MEREKA DENGAN ANJING
Firman Allah SWT dalam Surah Al A'raf ayat 175-176 (yang bermaksud); 

"Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat2 Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya keluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. 

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang kepada) ayat2 itu, tetapi dia bermati2 cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia mengeluarkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang2 yg mendustakan ayat2 Kami. Maka ceritakanlah kisah2 itu supaya mereka berfikir."


Pertemuan isu RUU355 - Mendamaikan bukan mengusutkan, susah-susah sangat ayuh kita wacana terbuka...

MENDAMAIKAN BUKAN MENGUSUTKAN.


Aku nak jelaskan untuk kesekian kalinya dan aku amat mengharapkan isu ini ditutup dan dianggap selesai selepas ini. Banyak lagi perkara lain yang kita perlu dan patut utamakan untuk dibahaskan dan dibincangkan. Sekiranya penjelasan aku ini tidak mencukupi dan tidak dapat diterima, aku mohon, jom kita berjumpa dan berwacana di tempat terbuka di khalayak awam agar semua pihak dapat melihat, mendengar dan memahami isu sebenar.

Semalam aku menulis menjelaskan tentang pertemuan tertutup antara kami (Dr Rozaimi Ramle, Dr Juanda Jaya, Ust Wanji Wanhussin Wanji, Ust Shahir Arifin, Ust Abu Hafiz, Sdr Ilham, Ust Khairil dan aku) dengan pihak pimpinan PAS yang diwakili oleh Dato' Takiyuddin Hassan, YB Nasruddin Hassan, YB Khairuddin Aman Razali dan Wan Rohimi) di Hotel Seri Pasifik Kuala Lumpur.

Tulisan aku semalam mudah dan ringkas bahawa tujuan utama pertemuan tersebut ialah untuk menjernihkan keadaan di mana di peringkat bawahan sedang menular budaya mengkafirkan, memunafikkan, menyesatkan sesiapa yang tidak menyokong usul YB Marang untuk meminda Akta 355. Itulah tujuan utamanya.

Rujukan kepada tulisan Sdr Wan Rohimi, Pengarah Juham yang sama berada di dalam pertemuan itu khasnya di para 4 adalah jelas seperti berikut :

"Segalanya dijelaskan dengan baik dan terang oleh YB Dato' Takiyudin selaku Setiausaha Agung PAS dan YB Datuk Dr Khairudin At Takiri mengenai isu RUU355. Beliau menjawab dgn tegas bahawa pendirian PAS yang sentiasa diulang-ulang bahawa PAS tidak menghukum, tetapi menerangkan hukum. PAS tidak pernah mengkafirkan sesiapa bahkan bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yg mengkafirkan muslim yang lain."

PAS tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan usul Marang dan kami juga mengesahkan bahawa bukan PAS yang mengkafirkan tetapi pimpinan peringkat bawahan, ahli-ahli dan penyokong di bawah sedang mengkafirkan sesama sendiri dek kerana tidak bersetuju dengan usul Marang. Justeru dalam pertemuan itu disahkan PAS tidak pernah mengkafirkan dan disahkan usul Marang tiada kena mengena dengan hudud atau hukum Allah.

Menolak atau tidak bersetuju dengan usul Marang adalah ijtihad masing-masing yang tidak merosakkan aqidah yang menjadi kafir. Kami mohon jasa baik Setiausaha Agung Pas dan juga Ketua Penerangan Pas serta Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas agar mengeluarkan suatu kenyataan rasmi bahawa usul Marang bukan hukum Allah yang wajib disokong malah tidak menyokong tidak menjatuhkan aqidah. Secara dasarnya dipersetujui. Kami masih menunggu kenyataan rasmi dari Setiausaha Agung PAS.

Bagi kami itulah tujuan UTAMA pertemuan. Untuk menyelesaikan dan mendamaikan masyarakat yang sedang keliru kerana ada pihak mengatakan usul Marang itu hudud, usul Marang itu wajib disokong tanpa belah bahagi. Kesimpulan yang kami perolehi ianya mendamaikan.

Sebab itu, aku, Ust Wanji dan Dr Rozaimi mengeluarkan kesimpulan bahawa pertemuan itu mesra dan mendamaikan. Kita tidak mahu mendedahkan apa yang dibincangkan yang lainnya kerana ianya hanya bersifat perbezaan pendapat.

Menyokong atau tidak usul Marang adalah ijtihad masing-masing. Dr Rozaimi tidak sokong ada hujah, alasan dan ijtihadnya. PAS meminta disokong ada hujah, alasan dan ijtihad mereka. Perbezaan itu wajar diraikan. Tidak timbul siapa menang hujah, siapa terdiam, siapa menang siapa kalah kerana perbezaan pendapat itu rahmat.

Aku tidak faham kenapa dikeluarkan suatu kenyataan Dr Rozaimi terdiam, terkesima itu dan ini kerana kami semua memberikan hujah masing-masing. Mendiamkan diri atas sesuatu hujah bukan bermakna kami kalah atau mereka kalah tetapi perlu difahami bahawa pertemuan itu singkat, Janji pukul 4 tetapi hadir pukul 5. Habis pukul 6:30 lebih kurang. Dalam waktu sejam setengah itu tak akan mampu berhujah sepenuhnya. Jadi berhenti dan tidak memanjangkan hujah atas faktor masa terhad.

Jika nak berhujah lebih panjang, berbahas sampai lebam, jom kita berwacana secara terbuka di mana saja hatta di markas PAS sekali pun kami insyaAllah akan hadir. Aku sudah beberapa kali mengajak pimpinan Pas kawasan Sik contohnya untuk berwacana tetapi tidak diambil pusing. Hujung bulan ini pada 28, 29 & 30 Oktober juga dicadangkan wacana antara aku, sahabat aku Faiz dan YB Nik Abduh di Perlis. Jom... sahut pelawaan kami untuk berwacana untuk ketahui isu sebenar. Jangan di depan lain di belakang lain.

Kita nak mendamaikan yang kusut. Jauhi pertelingkahan perkara cabang sehingga kafir mengkafir. Pertemuan semalam berjaya membuktikan usul Marang bukan hudud bukan hukum Allah. Itu perkara pokok.

TIDAK KAFIR MENOLAK USUL MARANG.
TIDAK KAFIR TIDAK MENYOKONG USUL MARANG.

ZULHAZMI SHARIFF
Ahli Biasa DAP
Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur
26 Oktober 2016

Sombongnya "BAKAL PM" nie..!!!!

Shahbudin Husin, 

http://www.smh.com.au/content/dam/images/3/5/2/5/l/image.related.wideLandscape.620x349.3525k.png/1395206764053.jpg
 
Agaknya pemimpin-pemimpin UMNO sekarang tidak boleh ditegur sama-sekali, baik oleh orang luar mahupun pemimpin dalam parti itu sendiri.

Kalau teguran pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh yang banyak berjasa dan pengalaman pun, ada pemimpin UMNO yang kononnya merupakan "calon bakal Perdana Menteri di masa depan" mengatakan, "jangan dilayan teguran itu", siapa lagi yang boleh memberi pandangan?

Ketika melancarkan sebuah buku Isnin lalu, Tengku Razaleigh antara lain berkata, UMNO perlu melakukan perubahan dalam strategi politiknya kerana ramai yang berpendapat parti itu ketika ini banyak menghampakan rakyat serta tidak lagi bertindak untuk kepentingan negara.

Beliau kemudian menggariskan 10 perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO jika ingin terus relevan dan kekal berkuasa.
 
Apa yang salahnya dengan teguran Ku Li itu? 

Apakah sebagai pemimpin lama, beliau tidak boleh memberi teguran sama sekali?

Dah UMNO tengah nazak dan ditolak di sana sini pun,  masih nak sombong lagi? (SH 26/10/2016).

Lajim Ukim - Saya tiada masalah dengan PKR, 'Masuk senyum, keluar pun kena senyum'

Lajim Ukin

PUTRAJAYA - Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkenaan dengan keputusannya keluar dari parti tersebut awal bulan ini.

Bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah itu berkata, mereka berdua sudah berbincang dan Wan Azizah menerima keputusannya itu.

"Saya sudah jelaskan kepada dia sebab utama saya keluar dari parti adalah kerana orang Sabah inginkan parti tempatan dan dia dapat menerimanya.

"Saya juga punyai prinsip di mana saya masuk dengan senyuman, maka saya keluar pun dengan senyuman," katanya ketika ditemu bual di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Wan Azizah melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Lajim Ukin meninggalkan parti itu.

Namun begitu, Wan Azizah juga sempat berpesan kepadanya untuk bekerjasama pada masa akan datang

"Buat masa sekarang, saya ingin fokus dengan parti baharu ini dahulu dan lihat bagaimana sokongan rakyat kepada kami," katanya lagi.


Muhyiddin: RM42 juta masuk akaun Najib

https://s.yimg.com/uu/api/res/1.2/uZzcxrX.JxMlEcRWCVMfzA--/aD01MzM7dz04MDA7c209MTthcHBpZD15dGFjaHlvbg--/http://media.zenfs.com/en_MY/News/Malay_Mail/20160327_MALAYSIA-POLITICS-CONGRESS_17.jpg

KEMAMAN - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pernah bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang wang dalam akaun peribadi pemimpin nombor satu negara itu.

Ini dinyatakan Muhyiddin sewaktu berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam kelmarin namun tidak menyatakan tarikh pertemuan yang didakwa itu.

Muhyiddin berkata, , Abdul Gani bertanya berhubung wang RM42 juta dalam dua akaun persendirian yang ada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kejadian itu berlaku sewaktu Abdul Gani masih lagi dalam perkhidmatan. Saya diberitahu, peguam negara berjumpa PM (perdana menteri) dan maklumkan kepada Najib dalam siasatan dibuat SPRM didapati wang dengan kadar jumlah itu ada dalam akaun PM.

"Saya juga dimaklumkan, apabila perkara itu diberitahu kepada PM, beliau nafikannya dengan memaklumkan tidak ada, sedangkan telah disahkan ada oleh peguam negara. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau membelanjakan wang itu," katanya.

Muhyiddin mendakwa, bekas peguam negara itu pernah menjelaskan wang bernilai RM42 juta itu disuntik ke akaun persendirian perdana menteri melalui dua syarikat seperti dilaporkan, iaitu ada beberapa deposit wang dibuat ke akaun perdana menteri.

Katanya, SPRM ketika itu hanya menumpukan siasatan menjurus kepada dana daripada bekas anak syarikat seperti SRC International serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sinar Harian telah menghubungi Abdul Gani untuk mendapat komen lanjut, tetapi tiada respons.

Ceramah anjuran Pas Terengganu itu dibanjiri lebih 3,500 orang.Turut menyampaikan ceramah ialah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Kakitangan GLC laku jenayah ugut yang disyaki telah membawa keluar dua wanita yang merupakan isteri orang

Kakitangan GLC laku jenayah ugut

ALOR SETAR – Dua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berpejabat di Kangar, Perlis ditahan polis kerana disyaki terlibat melakukan kesalahan ugutan jenayah dengan senjata api.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, masing-masing yang berumur lingkungan 30-an merupakan kakitangan bahagian kawal selia sebuah GLC ditahan, kelmarin.

"Pada 23 Oktober jam 9 malam, dua lelaki telah ditangkap di Balai Polis Kepala Batas, Alor Setar dengan sepucuk pistol bersama lima butir peluru dari salah seorang tangkapan kerana disyaki terlibat dalam melalukan kesalahan ugutan jenayah.

"Tangkapan dibuat kerana kedua-dua mereka disyaki telah membawa keluar dua wanita yang merupakan isteri orang selama beberapa hari dan akhirnya pada 23 Oktober lebih kurang jam 2 petang, tangkapan dan kedua-dua perempuan tersebut telah dipintas oleh suami mereka di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Setar," katanya.

Menurutnya, kemudian berlaku pertikaian dan pergaduhan antara tangkapan dengan suami kedua-dua wanita tersebut sehingga menyebabkan salah seorang tangkapan telah mengeluarkan pistol dan mengacu ke arah kedua-dua suami berkenaan.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian segera membantu suami-suami wanita tersebut. Kedua-dua tangkapan kini ditahan reman sehingga 27 Oktober.

"Polis sedang membuat pengesahan ke atas pemilikan senjata api yang dirampas dari salah seorang tangkapan," katanya.

Mohd Nashir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


Alor Setar - 33 kes curi kabel telefon selesai

33 kes curi kabel telefon selesai

ALOR SETAR - Dua bekas pekerja subkontraktor Telekom Malaysia (TM) disyaki terlibat dalam 33 kes kecurian kabel telefon membabitkan kerugian RM300,000, ditahan polis dalam Ops Kotak TM di sebuah kediaman di Taman Nuri pada 17 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan selepas menerima kira-kira 13 laporan polis berkaitan kecurian kabel telefon sejak Ogos lalu.

"Melalui operasi itu, kita menahan dua bekas pekerja subkontraktor TM yang ditamatkan perkhidmatan menyelenggarakan peralatan komunikasi TM sejak 2012.

"Bagaimanapun, pihak polis mendapati kes kecurian kabel telefon itu adalah bermotifkan keuntungan semata-mata dan bukan berunsur sabotaj," katanya ketika sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, semalam.

Menurut Rozi, kedua-dua suspek didapati bijak mengaburi mata polis dan kakitangan TM, dengan memakai kemeja T berkolar memiliki lambang TM untuk mencuri kabel telefon itu.

Katanya, mereka mencuri kabel itu tanpa mengira masa dan tempat, menggunakan pengetahuan dimiliki mengenai lokasi bersesuaian dan cara pemasangan kabel.

Tambahnya, mereka turut menyasarkan kabinet ataupun dikenali ibu sawat telefon, yang dipercayai mengandungi tembaga, sebelum memproses dan membakar untuk dijual antara RM20 bagi setiap kilogram.

"Antara barang dirampas ialah tembaga diproses dari kabel telefon, alat pembakar kabel, kemeja T berkolar bertulisan kontraktor dan TM serta peralatan diguna untuk mencuri kabel," katanya.

Rozi berkata, kejayaan menumpaskan sindiket curi kabel telefon yang aktif sejak tiga bulan lalu itu adalah hasil kerjasama erat antara TM dan polis bagi membanteras kes daripada berulang.

Turut ditahan, dua pengusaha dipercayai rakan subahat mereka yang bertindak membeli kabel telefon dicuri kedua-dua suspek di sekitar Bandaraya Alor Setar.

Katanya, kedua-dua pengusaha barang lusuh berusia sekitar 47 dan 60 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan kerana disyaki membeli barang curi.

"Pemilik kedai lusuh diingatkan mematuhi prosedur seperti membuat semakan barang akan dibeli dan tidak membeli barang curi bagi mengelakkan lesen ditarik balik.

"Kesemua mereka ditahan reman sehingga 27 Oktober dan disiasat di bawah Seksyen 431(a) Kanun Keseksaan kerana khianat, yang boleh dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya.


Tiket final Piala Malaysia hanya tinggal 9ribu keping dijual dikaunter pagi nie

Hanya 9,000 keping tiket dijual dikaunter pagi esok.

Penyokong sudah mula beratur awal di Stadium Darul Aman.

Baki tiket lain telah ditempah 363 bas (15,972 tiket) dan lebih kurang 5,028 keping tiket untuk pasukan Kedah, ahli gabungan, penaja dan ahli majlis eksekutif KFA

Page fb rasmi KFA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...