TERKINI :

Tuesday, October 25, 2016

Lajim Ukin terajui Parti Harapan Rakyat Sabah


Lajim Ukim menarajui Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang diterajui oleh bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin hari ini.

Lajim yang ditemui media di lobi Ros hari ini dipetik berkata, dengan penubuhan parti Harapan Rakyat itu, akan dapat menuntut hak dan perjuangan rakyat Sabah.

""Parti ini bertujuan untuk menuntut hak dan memperjuangkan hak rakyat Sabah iaitu dari segi ekonomi, pembangunan, hak kesamarataan dan banyak lagi perkara yang perlu dituntut.

"Kami membawa suara rakyat Sabah yang mahu setanding dengan negeri-negeri lain," ujarnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sekiranya pimpinan PKR Sabah yang keluar parti sebelum ini akan menyertai parti tersebut.

Lajim yang ditemui selepas kelulusan berkenaan, berkata parti itu juga akan menggunakan logo Gunung Kinabalu sebagai satu petanda kebangaan rakyat Sabah dan rakyat Malaysia.

Difahamkan permohonan menubuhkan parti baru itu sudah dibuat pada 14 September lalu dan hanya diluluskan pada 23 September.

Lajim awal Oktober mengumumkan keputusannya keluar dari PKR bersama dua Adun lain bagi memimpin sebuah pergerakan baru berasaskan Sabah.

Mereka ialah Adun (PKR) Moyog Terrence Siambun (PKR) dan Junz Wong Adun (DAP) Likas.

Siambun dan Junz Wong menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Dengan kelulusan RoSini  kini Sabah mempunyai dua parti baharu  iaitu Warisan dan Harapan Rakyat  yang akan menjadi pilihan pengundi di negeri itu dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Pimpinan PAS telah bersetuju sesiapa yang tidak menyokong usul RUU355 tidak jadi kafir kerana ia sekadar usul bukannya hukum Allah.

Alhamdulillah selesai..

Petang tadi lebih kurang jam 5 petang bertempat di Hotel Seri Pasifik Kuala Lumpur telah berlangsung suatu pertemuan tertutup antara kami (Dr Rozaimi Ramli, YB Dr Juanda, Zulhazmi, Ust Wanji dan beberapa rakan lain) dengan beberapa pimpinan PAS Pusat (YB Nasarudin Hassan, YB Takiyuddin, YB Khairuddin Aman Razali & Wan Rohimi).

Pertemuan diadakan bertujuan menjernihkan suasana berkaitan isu Usul RUU Persendirian Ahli Parlimen Marang untuk meminda Akta 355. Isunya apabila Dr Rozaimi meminta supaya jangan mengkafirkan pihak yg tidak bersetuju dengan usul tersebut. Akibatnya Dr Rozaimi dituduh dgn pelbagai tuduhan.

Hari ini dalam perbincangan bersama telah dipersetujui bahawa sesiapa yang tidak menyokong usul tersebut tidak kafir kerana ia hanya usul bukannya hukum Allah.

Kami meminta supaya pimpinan Pas Pusat mengeluarkan suatu kenyataan umum berkaitan isu tersebut.

Setiausaha Agung Pas memberi jaminan jika ada mana2 pimpinan Pas yg mengkafirkan mana2 pihak berkaitan isu ini, boleh dilaporkan kpd Pas Pusat dan tindakan akan diambil.

Bagi pihak PAS, tidak jatuh aqidah sesiapa yg tidak menyokong usul ini tetapi meminta semua pihak memberikan sokongan terhadap usaha mereka.

Maka, sokong atau tidak terpulang kepada diri masing2 dan tidak perlu dilabel kafir atau menentang hukum Allah.

Penjelasan lanjut akan diberikan oleh Dr Rozaimi insyaAllah.

Ini sekadar sedikit kesimpulan aku yang bersama di dalam pertemuan tertutup tadi.

Sekian.

Zul Hazmi Sharif
25/10/2016

Antara PKR, AMANAH, DAP dan PAS menghadapi pasca PRU14..!!!


PAS boleh memilih untuk bekerjasama dengan Umno, namun pimpinannya perlu bersedia untuk berdepan dengan penolakan sesetengah akar umbinya, yang berdekad-dekad menentang Umno, sehingga ada yang putus hubungan dengan saudara-mara berkeahlian Umno.

Jikalau PAS memilih untuk bersendirian, maka muktamar seterusnya akan menjadi medan untuk bermuhasabah - mengapa prestasi PAS merudum dalam PRU14? Namun ia mungkin sedikit terlambat. Jikalau saf pimpinan sedia ada perlu dipertanggungjawabkan atas kekalahan tersebut, siapa pula penggantinya, memandangkan kebanyakan pemimpin garis kedua telah masuk AMANAH?

DAP nampaknya paling selesa kedudukannya di kalangan parti pembangkang. Jikalau dibuat perkiraan kasar, persempadanan semula, sungguhpun tidak menambah kerusi untuk dimenangi DAP, tetapi kerusi yang dimenangi DAP menjadi lebih "selamat", dengan pemindahan pengundi bukan Melayu ke kawasannya.

Setakat ini, tiada petanda yang menunjukkan bahawa pengundi Cina akan beralih kepada BN dalam PRU14, tetapi ada simptom-simptom menunjukkan peratusan pengundian Cina bakal merosot, lantaran kekecewaan terhadap apa yang berlaku pada hari ini.

Padahal, DAP sudah tepu kemenangannya dalam PRU13, dan agak mustahil untuk melonjak dalam PRU14. Cuma, DAP juga berdepan dengan tekanan penyokong tradisionalnya - apa yang boleh DAP lakukan dengan mandat sebegitu besar?

Pengundi yang "pragmatik" akan berdepan dengan dilema - sama ada memilih pembangkang terbesar yang lantang suaranya, ataupun memilih parti komponen pemerintah yang kecil, tetapi mempunyai sedikit kuasa pentadbiran?

PKR yang berusia 17 tahun sekarang masih kurang mantap, berbanding parti yang lain. Parti ini hampir lemas pada tahun 2004, selepas gelombang Reformasi menyurut. PKR tidak menampilkan imej agama mahupun kaum, tetapi ideal perjuangan dengan nilai keadilan, demokrasi dan kebebasan, sukar berfungsi untuk menggembleng massa. Maka ditekankannya "inklusif", merangkumkan sesiapa sahaja yang menyokong Reformasi, yang hakikatnya membuka ruang untuk diambil kesempatan oleh oportunis.

Parti ini paling banyak melahirkan "katak" selepas PRU12, sebelum dikawal dengan tapisan yang lebih rapi dalam PRU13, itupun gagal menghalang apa yang berlaku di Sabah baru-baru ini. Lebih baik kita bersedia, andainya pembangkang hilang kerajaan negeri Selangor dalam PRU14, apakah PKR masih mampu bertahan?

Tanpa kuasa dan sumber sebagai faktor penyatu, apakah kita akan menyaksikan lompatan katak selepas itu? Dan jikalau ia berlaku, sudah tentu ia memberi impak yang besar kepada politik Malaysia, kerana suka atau tidak, PKR adalah parti berbilang kaum yang paling berjaya di Malaysia buat setakat ini.

Demikianlah senario-senario yang mungkin berlaku, dengan beberapa andaian dan analisis, yang agak negatif terhadap masa kini. Cuma politik adalah seni yang memungkinkan mustahil. Ia bukan statik tetapi dinamik. Masa depan hanya akan berubah seandainya perubahan dilakukan sekarang.

Kalaupun gagal ditambahbaik situasinya, sekurang-kurangnya cubalah menghalangnya daripada menjadi sesuatu yang lebih teruk.

PEMERHATI ATAS PAGAR

‘Soalan 1MDB Husni kerana gagal dapat jawapan kabinet’

 http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/09/Husni-Ahmad-Husni-Hanadzlah.jpg
Senarai panjang soalan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berhubung dengan 1MDB di Dewan Rakyat semalam memberi petanda bahawa beliau tidak dimakumkan tentang apa yang berlaku, kata dua ahli parlimen pembangkang.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua adalah perkara yang cukup aneh bagi bekas menteri kewangan itu yang sendiri membawa soalan di parlimen.

“Takkan beliau (Ahmad Husni) tidak tahu masa dirinya adalah menteri kedua. Maklumat-maklumat utama dan penting tentang 1MDB pun disembunyikan dari menteri kewangan kedua sendiri.

“Ini bermakna maklumat penting tentang 1MDB dirahsiakan daripadanya?

“1MDB seolah-olah menjadi operasi rahsia yang hanya seorang sahaja dalam kabinet - iaitu PM yang juga menteri kewangan - mengetahui segalanya," kata Pua ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Husni dilantik Menteri Kewangan Kedua pada April 2009, beberapa bulan sebelum perjanjian utama pertama 1MDB - iaitu usaha sama dengan PetroSaudi International yang tidak kekal lama.

Beliau meletak jawatan dari kabinet dan melepaskan semua jawatan dalam Umno pada Jun 2016.

Ahmad Husni bagaimanapun kekal sebagai ahli Umno dan kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tambun bagi penggalnya yang kelima.

Jual sekarang, bayar 2020

Semasa perbahasan ucapan Bajet 2017 semalam, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sama ada jika sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana menyalurkan dana syarikat pelaburan negara itu ke "tempat yang salah".

Beliau juga menyoal mengapa kerajaan hanya akan dibayar pada tahun 2020 bagi penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat Cina.

Ahmad Husni juga menyoal kerajaan sama ada imej Malaysia akan terjejas sekiranya 1MDB tewas dalam kes timbang tara di London berhubung tindakan International Petroleum Investment Co milik Abu Dhabi, yang menuntut lebih daripada AS$6.5 bilion daripada 1MDB.

Mengulas lanjut, Pua berkata beliau percaya Ahmad Husni telah bertanyakan soalan berkenaan semasa mesyuarat kabinet tetapi gagal mendapatkan jawapannya.

Katanya, adalah sedih bagi seorang bekas menteri untuk cuba mendapatkan jawapan tersebut di parlimen.

Ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau gembira bahawa Ahmad Husni telah membangkitkan isu-isu berkenaan di Dewan Rakyat.

"Kami banyak menyoalnya dalam kabinet. Saya masih ingat bahawa beberapa soalan saya tidak diberikan jawapan. Tetapi saya gembira beliau menimbulkan soalannya itu.

"Kami berharap ini akan membekalkan kami dengan penjelasan lanjut," kata Shafie, yang adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sejak April 2009 sehingga penyingkirannya pada Julai tahun lalu.

Antara lain, Shafie berkata kerajaan mesti segera menjelaskan mengapa pembayaran tertunda dipersetujui bagi penjualan ekuiti dalam Bandar Malaysia.

“Apa (yang) dibangkit Ahmad Husni husni tentang hartanah kekayaan negara kita iaitu antara tanah cukup penting untuk Malaysia khusus di Sungai Besi, yang dekat di hati Angkatan Tentera.

“Saya masa dulu bertugas sebagai timbalan menteri pertahanan, kita pertahankan tanah itu dan pada hari ini dah pun dijual 60 peratus kepadap pelabur China dan pelabur ini cuma perlu bayar pada tahun 2020.

“Bayangkan lima hingga enam tahun dia beli barang baru bayar, kalau kita beli kereta tunggulah enam tahun baru perlu dibayar, ini satu perjanjian yang perlu desakan lanjut, mengapa demikian?” soalnya.

Soalan yang terlewat dari HUSNI berkenaan 1MDB

SOALAN2 YANG TERLEWAT DARI HUSNI

Ramai orang nampaknya amat teruja dengan soalan-soalan yang ditanyakan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen semalam, meskipun sebahagian pertanyaan itu sebenarnya adalah biasa-biasa saja.

Misalnya, soalan  mengapa 1MDB ditubuhkan, pakcik saya yang hanya seorang guru pencen sudah menanyakan soalan itu kepada saya kira-kira lebih setahun yang lalu kerana menurutnya, bukankah kerajaan sudah ada badan pelaburannya sendiri iaitu Khazanah Nasional untuk menjalankan aktiviti pelaburan?

Sebab itu, bila baru sekarang Husni bertanyakan soalan itu, kita juga mahu bertanya kepadanya, kenapa sejak dulu ketika sama-sama berada dalam kabinet, beliau tidak menyoal sendiri kepada Najib?

Dalam pada itu, barangkali sebahagian soalan-soalan itu Husni sendiri tahu jawapannya, manakala sebahagian yang lain mungkin tujuannya kerana mahu Najib Razak sendiri menjawabnya di Parlimen. Hanya Tuhan yang tahu tujuan dan nawaitu Husni itu.

Tidak perlu juga rasanya didetailkan apa soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Husni itu kerana video ucapan beliau dan transkrip mengenainya sudah bersepah-sepah di media sosial dan whatsapp grup sekarang ini.

Bagi mereka yang sudah mengikuti isu 1MDB ini sejak dulu, masalah dan kepincangan mengenai syarikat pelaburan yang ditubuhkan Najib itu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Husni memang sudah lama dalam perhatian ramai.

Hal-hal berkaitan wang pencen RM4 bilion yang kononnya dipinjam untuk perlombongan, terbitan bon, Aabar PJS Ltd, IPIC, Bandar Malaysia, mengapa tiada tindakan terhadap pengurusan 1MDB, kes di mahkamah timbangtara sehinggalah kepada tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Singapura, Switzerland dan Amerika, semuanya adalah kebimbangan yang ada di hati rakyat mengenai tingkahlaku Najib yang dianggap membahayakan masa depan negara serta diperbualkan di mana-mana.

Tidak ada sesiapa yang bersetuju dengan segala kemelut 1MDB, lebih-lebih lagi apabila kemudiannya dalam akuan Najib ada wang RM2,600 juta, Riza Aziz, anak tirnya tiba-tiba jadi tauke filem di Hollywood sambil mampu membeli banyak hartawan mewah di luar negara, percutian di kapal mewah bersama Jho Low dan pelbagai kecurigaan yang lain yang berlaku silih berganti.

Tetapi ketika segala kemelut itu berlaku, Husni adalah Menteri Kewangan Kedua dan beliau pernah ditugaskan oleh kabinet untuk menjadi jurucakap mengenai sebarang isu berkaitan 1MDB.

Soalnya, adakah waktu itu beliau pernah bertanya apa-apa soalan yang tidak difahaminya sekarang, sama ada kepada Najib sendiri mahupun kepada pengurusan 1MDB?

Jika dulu tidak pernah bertanyakan sebarang soalan, kenapa hanya baru sekarang mahu bertanya?

Kenapa juga waktu itu beliau tidak berusaha mencari jawapan atas kapasitinya sebagai menteri dan jika maklumat didapati disembunyikan atau jawapan yang diperolehi tidak memuaskan hatinya atau jelas ada "kong kali kong" dalam 1MDB, atas dasar apa beliau sanggup kekal bersekongkol duduk dalam kabinet bertahun-tahun lamanya?

Perlu diingat bahawa Husni meletakkan jawatan bukan disebabkan tidak setuju dengan 1MDB atau enggan bersama dengan ketidakjujuran Najib berkaitan syarikat pelaburan itu, tetapi hanya kerana tidak mahu dipindahkan ke kementerian lain yang dianggapnya bertentangan dengan hasrat hatinya mahu kekal di Kementerian Kewangan sehingga pencen.

Husni tidaklah seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir yang berani bersuara mengenai 1MDB ketika masih berjawatan dan akhirnya sanggup hilang kedudukan serta jawatan kerananya.

Beliau berundur hanya kerana tidak setuju dipindahkan dari lubuk Kementerian Kewangan. Husni jauh sekali sedia meletakkan jawatan kerana isu 1MDB, sebaliknya hanya pertukaran kedudukan dan jawatan yang membuatkannya berundur, satu tindakan yang terlalu kecil dari segi harga perjuangan.

Bayangkan, apa jadi jika dalam rombakan tempohari, Najib tiada perancangan untuk menukarkan Husni atau bersetuju untuk terus  mengekalkannya lagi sebagai  Menteri Kewangan Kedua? 

Di mana dan mirip ke mana suaranya sekarang ini? 

Mungkin mustahil soalan-soalannya semalam masih  dapat dengari di Parlimen, tetapi adakah Husni masih mahu bertanyakannya secara bisik-bisik atau ketika pertemuan empat matanya dengan Najib?

Ada kawan-kawan berkata,  soalan-soalan Husni di Parlimen semalam adalah gambaran ingin menebus rasa bersalah dan tekanan perasaan yang ada dalam dirinya selama ini.  Beliau mungkin mahu menebus dosa dan kesalahan silamnya.

Namun, ia adalah tindakan yang terlewat, tambahan lagi jika disedari bahawa pengunduran dirinya daripada kabinet bukan ada apa-apa kaitan dengan 1MDB. Cuma tidak mahu dipindah keluar daripada Kementerian Kewangan saja.

Malah,  jika sejak 2009 atau tahun-tahun kemudiannya,  beliau sedar ada kesalahan dan kepincangan dalam 1MDB yang ditubuhkan oleh Najib yang dipapancaturkan oleh Jho Low, sebaliknya Husni hanya mampu mendiamkan diri, tidak bertanyakan soalan, jauh sekali untuk menjadi seberani Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz, beliau tetap bersalah dari segi amanah kepada seluruh rakyat Malaysia ini.

Mudah-mudahan Tuhan memberi keampunan dan memberkati hari-hari mendatang di baki usianya nanti. (SH 25/10/2016).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...