TERKINI :

Sunday, October 23, 2016

Wacana Politik antara Pemuda DAP, AMANAH & PAS masih belum pasti kerana NIK ABDUH masih menyepi

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi,

Saya tertonton video Salman serang Abu Syafiq berdasarkan beberapa status yg dibuat oleh Abu Syafiq di dinding FBnya yg menyerang Wahabi dan beberapa isu lain. Saya nampak Abu Syafiq seperti tidak berupaya mempertahankan statusnya itu.

Maknanya, penulis mesti bertanggungjawab dgn perkara yg ditulisnya di dinding FBnya. Inilah yg saya harapkan drpd Ketua DPP Pusat iaitu Nik Mohamad Abduh.

Pada 8 Okt 2016, Nik Abduh menulis di dinding FBnya antara lain, "DAP adalah musuh Islam dan PAN adalah fitnah dalam tubuh umat Islam." Saya pohon beliau berani mempertahankankan dakwaannya itu dgn mencadangkan wacana atau dialog dgn Pemuda DAP dan Amanah dgn tajuk itu atau tajuk lain yang dipersetujui bersama.

Sampai ke hari ini cadangan saya tidak dilayan oleh Nik Abduh.

Saya anggap Abu Syafiq memperlihatkan kebertanggungjawabannya dgn kesediaannya berdebat dgn Salman. Saya berharap perkara yg sama daripada Nik Abduh.

Namun, sampai ke hari ini, pelawaan belum bersambut.

Bajet Najib dah jadi tahi telinga kepada telinga rakyat

ULAS BAJET

Saya bukan pakar dalam bidang kewangan jadi tidak layak untuk mengulas Bajet 2017 yang dibentang Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Najib Razak semalam. Kita serahkan kepada pakar penganalisis ekonomi dan kewangan untuk membuat ulasan dan sorotan.

Tentu pula pakar ini tidak sependapat dan berbeza pandangan dan analisa. Ia tergantung kepada kapasiti dan kedudukan mereka. Pakar-pakar yang berjawatan dan ada kepentingan diri dengan kerajaan tentu akan memberi ualasan yang memuaskan hati pembentangnya. Memuji memuja bajet Najib sebagai baik dan berpandangan jauh, berjiwa rakyat dan sebagainya.

Manalaka mereka yang kurang senang dan tidak setuju dengannya sudah muak dengan gula-gula manisan ditabur Najib pada setiap kali pembentangan bajet, akan melontar kritikan dan sindiran sinis kepada bajet Najib itu. Apapun mereka tetap juga mengulas tetapi dalam laras yang negatif.

Mudah sahaja untuk mengenali dua golongan ini. Penganalisa yang disiarkan oleh media massa PB atau membuat ulasan langsung dalam tv, adalah mereka yang berjawatan dan berkepentingan diri. Mereka adalah propagandis kerajaan yang sanggup menyembunyikan kebenaran dalam poket. Bila dengar ualasan mereka kita jadi seronok tetapi hakikatnya kosong, retorik.

Jika mereka sarjana, mereka tidak akan diangkat menjadi Prof Madya atau Prof sekiranya mereka berkata benar berdasarkan teori dan pengalaman mereka. Dalam hal ini jarang mereka akan melihat kepada situasi semasa dan realiti kehidupan rakyat. Jadi mereka terpaksa bercakap mengikut irama yang dimainkan walaupun mereka tidak tahu seni kata.

Manakala mereka yang membuat ulasan dari media alternatif atau bercakap dalam blog dan media peribadi di pentas forum bebas adalah mereka yang sudah muak dengan Najib. Pandangan mereka sangat negatif sehinggakan sukar untuk mencari setitik pun kebaikan dari bajet itu. Tetapi mereka ini bagi saya lebih boleh dipercayai daripada golongan pembodek tadi. Mereka ada integriti dan tidak melacurkan pengetahuan yang ada. Mereka tidak menjahit poket dengan benang kerajaan.

Saya dah katakan saya tidak mengulas angka dan unjuran yang Najib bentangkan itu. Bagi saya yang jahil ini, bajet Najib untuk tahun depan sama dengan bajet Najib tahun 2016, 2015 dan 2014. Yang berubah ialah angka-angka dan muka surat sahaja. Najib tetap mengulangi mauduk yang sama. Janji-janji palsu yang disapu cat baharu.

Perubahan paling ketara jika diperhatikan masa pembentangan bajet itu hanya baju Melayu Najib pakai dari biru kepada hijau muda dari hijau muda kepada pink dan bervariasi. Itu sahaja. Seolah-olah  bagi Najib pakaian dan penampilan lebih penting daripada isi dan hakikat bajet.

Dalam tilikan saya kelainan dalam bajet Najib kali ini kehebatan Najib memanipulasian beberapa isu. Tampak sangat sikap dan tindakan ini menunjukkan Najib terdesak. Bajet bukan lagi fakta atau solusi untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membangkitkan semangat ekonomi, tetapi tempat untuk dia menjaja murah kehebatan dirinya yang tidak hebat di samping untuk memburukkan oposisi.

Ada beberapa perkara diangkat Najib semasa membentang bajet semalam menyerlahkan keterdesakkan beliau. Antaranya dia menyentuh pertemuan Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim yang dianggap kononnya Mahathir sudah terdesak sanggup bersua dengan orang yang dibencinya selama ini. Najib tidak patut menyentuh perkara itu dalam ucapan yang penting sebegitu jika dia seorang berkredibel dalam bidang kewangan.

Ironisnya dalam masa sama Najib menunjukkan kebaikannya sebagai seorang Islam dan cuba mempamerkan yang dirinya seorang muslim yang baik. Beliau menyebut dan mengakui Dr Haron Din Mursyidul Am Pas yang meninggal dunia baharu ini sebagai sahabatnya. Memuji akan keilmuan ustaz bomoh berkenaan. Kenapa Najib baharu menyedari ketinggian ilmu Haron Din sesudah sang bomoh Islam itu mati? Apakah selama ini mata Najib kabur?

Selain itu ada beberapa perkara yang dieksploitasikan Najib bagi menunjukkan pentadbiran dan usahanya untuk membangun masyarakat bawahan sebagai berjaya. Beliau memanggil beberapa orang bawahan yang berjaya menerusi dasar ekonominya, seperti pemandu teksi, usahawan eletrik, penjual kueh, tokoh pendidik dan sebagainya.
.
Tidak cukup itu dipanggil juga Tok Batin Orang Asli ke parlimen bagi dipamerkan kepada wakil rakyat bahawa orang asli negara ini sudah berubah dieranya. Atlet paralimpik yang berjaya mengendong emas disukan olimpik juga ikut sama dibawa ke parlimen.

Kesah seorang mahasiswi yang menjual nasi lemak untuk menyara kehidupan kerana tidak ada pekerjaan juga dijadikan modal sebagai perangsang kepada belia-belia lain. Najib menyebut dan memuji mahasiwi berkenaan yang berniaga nasi lemak dengan jenama "nasi lemak anak dara". Apakah Najib tifdak faham dengan langkah mahasiswi itu bahawa ia satu sindiran kepada pemimpin seperti Najib, walaupun membidik segolong ijazah tetapi terpaksa 'menjual nasi lemak dalam negara yang begini kaya.

Najib seharusnya malu dengan tindakan siswi itu. Tetapi apakan daya Najib adalah Najib yang suka mengulang perkara sama, membaca sumpah keramat pahlawan Bungis dan tidak sudah-sudah menyebut dan mengiklankan kehebatan bapaknya Razak Hussein.

Itulah, dalam tilikan saya kejayaan Najib dan kelainan bajet 2016 ini. Yang lain-lain masih perkara sama yang hanya diulang-ulang sehingga semuanya telah menjadi tahi telinga yang memenuhi telinga rakyat. [klia2. 2:22 pm 21/10/16] * tanpa edit.

mohd sayuti Omar 

Bajet indah khabar dari rupa kata pemuda Bersatu dan Amanah


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanBajet yang tidak realistik akan menjadi igauan kepada rakyat yang senantiasa mengharapkan ianya menjadi realiti, namun ia akan mengecewakan rakyat, apabila ianya menjadi fantasi dan angan-angan bikinan pemerintah yang rakus, korup dan pelahap wang rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda Nasional, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam program santai bersama anak muda anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) Sungei Petani.

Menurut Saddiq lagi, apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam bajet yang dibentangkan hanyalah sebagai penyedap kata yang belum pasti menjadi fakta.

"Kita masih sangsi apakah bajet yang dibentang itu adalah fantasi atau realiti kerajaan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

"Masalah integirti, pelaksanaan dan penguatkuasaan menjadi persoalan walaupun bajet yang diperuntukkan berbillion ringgit.

"Jangan tengok bajet dari segi janji manis semata-mata, sebaliknya bajet yang lalu ppun belum lagi disiapkan hingga kini, " jelasnya lagi.

Katanya lagi, peruntukkan untuk prasarana dan kemudahan bekalan air di Sabah sebelum ini pun berlaku penyelewengan.

"Kenapa boleh terjadi 60 peratus diselewengkan oleh pihak tertentu dalam isu bekalan kemudahan air di Sabah baru-baru ini.

"Ini membuktikan walaupun peruntukannya ada, tapi integriti tiada dikalangan pimpinan kerajaan yang akhirnya menjadikan rakyat Sabah sebagai mangsa.

"Tiada gunanya peruntukan yang berbilion sekiranya pelahap wang rakyat sedang menanti, sebaliknya nasib rakyat tidak terbela, " ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, selagi kerajaan yang memerintah masih mengamalkan rasuah dan penyelewengan, berapa banyak sekali pun bajet yang diperuntukkan akan menjadi habuan perasuah yang korup.

"Begitu juga dengan skandal yang berlaku dalam kes rasuah Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan.

"Walaupun telah diperuntukkan harga yang sepatutnya dijual adalah antara RM150,000 hingga RM200,000, sebaliknya ada yang menjual balik dengan harga setengah juta.

"Pelahap wang rakyat mengaut keuntungan, akhirnya rakyat derita tanpa dasar konkrit kerajaan yang memerintah, " tegasnya lagi.


Asmirul Anuar Aris

Manakala Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah, Asmirul Anuar Arispula berkata, bajet yang dibentangkan kali ini merupakan bajet yang tidak ada perubahan.

"Dulu kerajaan ada peruntukkan dalam bajet yang lalu nak buat Hospital Pendang di Kedah, tapi hingga bajet 2017 bayang hospital pun tak nampak.

"Kenapa pembinaan Hospital Pendang yang amat menjadi keperluan penduduk tidak diberi keutamaan untuk disiapkan hingga kini.

"Apakah pembinaan hospital tersebut sudah tidak relevan lagi bagi kerajaan, sedangkan penduduk terpaksa berulang alik dari Pendang ke Alor Setar yang begitu jauh untuk mendapat rawatan, " katanya ketika ditemui.

Asmirul juga berkata, rakyat jangan terpedaya dengan janji yang sering menjadi pelaris untuk mendapat sokongan kerajaan Umno dan BN.

"Sudah terbukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak lagi mampu untuk mengotakan janji kepada rakyat termasuklah di negeri Kedah.

"Oleh kerana itu, reform sedang dipergiatkan oleh Parti Amanah Negeri Kedah dengan kerjasama Bersatu, PKR dan juga DAP bagi meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan mampu menggantikan Umno dan BN.

"Kita juga mengajak Pas untuk bersama-sama untuk melaksanakan pembaharuan ini bagi merealisasikan hasrat menawan Kedah dan juga Putrajaya dengan serius termasuklah melalui satu lawan satu dalam pilihan raya umum yang akan datang, " tambahnya lagi.

Khalid Samad bidas Nik Abduh bela kerajaan zalim

23 Oktober 2016 | HAZAYANI ZAKARIA


Khalid Samad mengingatkan Nik Abduh agar tidak dilihat bersama dengan pemer.intah yang zalim. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abduh Aziz yang didakwa membela pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Pengarah komunikasi Amanah itu mengingatkan Nik Abduh yang juga ketua pemuda Pas serta pemimpin lain parti Islam itu agar tidak dilihat bersama dengan pemerintah yang zalim sebaliknya menzahirkan penentangan terhadap mereka.

“Nik Abduh, Tantawi (Nasaruddin Hassan) dan yang lain wajar ingat, mereka sebagai wakil parti yang bernama Parti Islam sepatutnya mereka menjaga nama baik Islam, memimpin penentangan terhadap pemimpin kleptokrat, bukan membelanya.

”Ada pemimpin parti mereka yang sebut Pas mesti dijadikan pemimpin; bagaimana ingin diterima sebagai pemimpin sedangkan tidak diperlihat kepimpinannya? Duduk dan redha pada penzalim sambil yang lain bangun menentangnya?” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata, tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan Najib walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Semalam, Nik Abduh menyifatkan tindakan pembangkang mengganggu pembentangan Bajet 2017 oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak profesional.

Wakil rakyat pembangkang daripada Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar dewan setengah jam sebelum Najib selesai membentang bajet.

Tindakan itu ekoran ucapan Najib yang dilihat menyindir mereka dan menganggap mereka sebagai bersalah kerana memburukkan nama baik negara.

Pas bagaimanapun kekal di dalam dewan sehingga selesai pembentangan bajet.

Khalid juga mendakwa pemimpin kleptokrat seperti Najib tidak layak berucap di parlimen yang membahaskan kepentingan rakyat.

“Pemimpin kleptokrat tak layak berucap dalam Parlimen. Parlimen adalah dewan mulia yang melambangkan kekuasaan dan kepentingan rakyat. Pemimpin yang mencuri dari rakyatnya sendiri dan seterusnya berlagak tidak bersalah sambil menyindir wakil-wakil rakyat yang bersuara menentang pencuriannya tidak layak berucap di dalam Parlimen. Tidak wajar diberikan ucapannya penghormatan dan tumpuan oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia,” tegasnya.

Sewaktu pembentangan baejt Jumaat lalu, Najib mendakwa beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.

Ekoran itu, wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad berkenaan MO1 iaitu singkatan bagi Malaysian Official 1 yang sebelum ini disebut dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung kontroversi 1MDB sebelum keluar daripada dewan.

Tony Pua beri amaran bom jangka dalam Laporan Ekonomi 16/17

 tonypua35_bajrt_600
KUALA LUMPUR: Apabila bom jangka Perbadanan Awam Bukan Kewangan (PABK) meletup, Bajet 2017 akan kelihatan seperti melancong ke Hawaii.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyimpulkan perkara itu selepas mengkaji Laporan Ekonomi 2016/2017.

“Ia mendedahkan bom jangka yang disorok Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak,” kata Tony, yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa kerajaan meletakkan perbelanjaan yang melampau kebanyakkannya bawah PABK. “Ini bagi memperlihatkan defisit belanjawan yang ‘sederhana’.”

Anggaran defisit PABK bagi 2016 adalah RM50.5 bilion, katanya. “Tidak termasuk hutang 1MDB yang berbilion ringgit.”

Defisit PABK adalah RM10.6 bilion pada 2013, RM52.3 bilion pada 2014 dan RM56.9 bilion pada 2015, menurut Laporan Ekonomi 2016/2017.

Tony mendapati perbelanjaan PABK tidak terdapat dalam belanjawan kerajaan. “Ini supaya defisit yang ‘cermat’ ditekankan dalam belanjawan itu,” katanya.

Sementara itu, katanya, defisit belanjawan Kerajaan Persekutuan bagi 2015 adalah lebih rendah iaitu RM37.2 bilion dan dijangka mencecah RM38.7 bilion dan RM40.3 bilion bagi 2016 dan 2017.

Pada masa ini, laporan itu menyatakan caj perkhidmatan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat daripada RM20.3 bilion pada 2013 kepada RM28.9 bilion yang diunjurkan pada 2017.

“Kewajipan kewangan PABK akan memacu dan membesarkan kenaikan itu,” kata Tony. “Kewajipan itu akibat daripada defisit yang besar dalam tahun mendatang.”

PABK terbabit dalam pelbagai projek berbilion ringgit.

Ia termasuk Projek Penyambungan LRT, Projek MRT 1 dan 2, cadangan keretapi berkelajuan tinggi dan Lingkaran Laluan Kereta Api Pantai Timur bernilai RM55 bilion.

PABK termasuk 29 syarikat milik kerajaan.

Indah Water Konsortium, KTM Bhd, Telekom Malaysia, Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Airport Holdings, Petronas, Prasarana, Syarikat Perumahan Negara, Tenaga Nasional, MRT Co dan Kumpulan UEM berada dalam senarai teratas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...