TERKINI :

Saturday, October 22, 2016

RUU AKTA 355 - TAHNIAH KEADILAN, KEPUTUSAN BIJAK BUAT UMNO SENAK PERUT

Aku ucapkan syabas dan tahniah di atas kebijaksanaan pucuk pimpinan Keadilan apabila bersetuju memberi ruang seluas2nya kpd MP Marang, Hadi Awang utk bawa usul persendiriannya berkaitan RUU Akta 355 dan bahaskannya di Parlimen. 

Ertinya, Keadilan tidak sanggup jadi pak turut atau tukang angguk seperti di pihak mereka. 

Meskipun ditakut2kan dengan "jirat', namun Kak Wan tidak sebodoh itu.  PJ Pas Perak nampaknya terpaksa jilat ludahnya sendiri kerana telah bersangka buruk terhadap Keadilan.

Akibat terlalu mengharapkan Keadilan menerima bulat2 RUU yg  umpama ' cek kosong' itu atau mengharapkan Keadilan menolak secara total usul berkenaan, keputusan Keadilan yg terlalu berhati2 dan tidak diperangkap menyebabkan ada yg masih tidak puas hati. 

Ada yg meroyan.  Jelas sekali, keputusan Keadilan ini menyebabkan Umno dan sekutunya kini senak perut.

Persoalannya, adakah speaker akan beri ruang kpd MP Marang?  Jika sekali lagi ditipu, apakah salah Keadilan juga?

WFAUZDIN NS

Bersih 5: Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen


Mohd Sayuti Omar

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung penyertaan parti itu dalam himpunan Bersih, 19 November depan.

Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar berkata, peguam itu boleh sahaja tanpa perlu berselindung menyatakan menjalin hubungan dengan Umno.

"Takiyuddin tidak payah banyak cakap berliku-liku macam jalan ke Bukit Tinggi.

"Terus terang sahaja Pas tidak mahu sertai Bersih kerana Pas sedia untuk berkerjasama dengan Umno. Cakap biar jelas dan terang.

"Ringkas, tidak menyusah dan mengelirukan orang. Dalam perjuangan kena gentlemen tidak jadi macam ikan keli dalam besen," bidasnya dalam status Facebook beliau.

Sayuti mengulas alasan Takiyuddin kononnya Pas tidak menyertai Bersih 5 kerana perjuangan gerakan kempen menuntut pilihan raya yang adil itu sudah melencong.

Takiyuddin yang juga peguam mendakwa terdapat peserta Bersih sebelum ini memijak gambar pemimpin parti tersebut.

"Kalaulah itu alasan kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih, betapa rendah jiwa orang Pas.

"Takkan kerana gambar dipijak sanggup menolak gagasan Bersih untuk memastikan pilihan raya adil dan bersih.

"Tengok Anwar walaupun matanya lebam dibaham polis Dr Mahathir tetapi beliau boleh melupai peristiwa itu demi mencapai cita-cita bersama," tegas Sayuti lagi.

Bajet "Sandiwara": Soalan Najib Makan Diri...

Bajet "Sandiwara": Soalan Najib Makan Diri, MP Pakatan & PPBM Keluar Dewan

Semuanya bermula apabila perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak membuat pertanyaan siapa yang main sandiwara dan siapa yang tak ada substance. 

Pertanyaannya itu dijawab dengan spontan oleh Wakil rakyat pembangkang (kecuali PAS) yang bertindak mengangkat plakad “Siapa MO1”. 

Suasana Dewan Rakyat hingar bingar ketika itu. 

"Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance dan kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi. 

"Malah ada pemimpin pembangkang menyebut pula, "Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini. Sebenarnya siapa yang bermain sandiwara? Siapa tiada substance sebenarnya?," ujar Najib. 

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cepat campur tangan dan meminta agar Najib yang juga adalah menteri kewangan tidak diganggu. 

Speaker yang gagal mengawal keadaan kemudian menjadi berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”. 

Akhirnya speaker mencabar pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan belanjawan itu boleh keluar dari dewan. 

Wakil rakyat pakatan Harapan bersama Tan Sri Muhyiddin dari PPBM bagaimanapun benar-benar keluar dewan. 

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila wakil rakyat bertindak memulaukan pembentangan belanjawan. 

Tutut berbuat demikian adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS. 

Ahli Parlimen Semporna, YB Shafie Apdal dari parti Warisan pada awalnya masih berada di dalam Dewan Rakyat, tetapi turut keluar selepas itu kerana menurutnya beliau menunggu keadaan pintu yang sesak menjadi reda. 

Sewaktu di luar dewan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa ia adalah bajet yang tidak dapat dipenuhi kerajaan dan ia dilaksanakan untuk 2017. 

"Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik beri macam-macam tetapi duitnya, hutangnya di mana? 

"Apa yang bersandiwara? Bukan kami. Kami mahu sandiwara yang dikatakan itu dijawab oleh kerajaan," katanya kepada pemberita. 

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad pula berkata, ahli parlimen pembangkang keluar dewan kerana orang yang membentangkan bajet itu tidak layak untuk bercakap mengenai bajet. Beliau (Najib) adalah ketua kepada kerajaan kleptokratik. 

"Kita tidak akan dengar apa-apa yang sia-sia (nonsense)," tambahnya lagi. 

Sementara bekas timbalan perdana menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau turut melangkah keluar dewan bersama ahli Parlimen lain kerana apa yang ditawarkan Bajet 2017 tidak realistik. 

“Saya tidak bersedia mendengar apa-apa penjelasan lagi kerana saya percaya apa yang akan disampaikan itu tidak memberikan gambaran kedudukan realistik. 

“Rakyat digula-gulakan dengan tawaran tertentu tetapi sebenarnya kerajaan tidak punyai dana,” katanya lagi. 

Sementara itu, wakil rakyat PAS kekal berada di dalam dewan bersama-sama dengan wakil rakyat BN. 

Menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Pas enggan untuk keluar dewan kerana bantahan boleh dilakukan melalui perbahasan secara ilmiah. 

"Pas mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet 2017 dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini. 

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat turut menyifatkan terdapat perkara positif dalam pembentangan belanjawan tersebut. 

Sikap Pas terkini yang bercanggah dengan pendirian parti pembangkang lain menguatkan tanggapan banyak pihak bahawa parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengamalkan pendekatan politik berbaik-baik dengan Umno-BN. Wakil rakyat Marang itu, bagaimanapun seperti biasa, tidak hadir. 

Najib berkata rakyat menilai tindakan wakil pembangkang, namun di media sosial ramai yang menjawab bahawa rakyat kini menilai tindakan Najib yang tidak menyentuh isu 1MDB dan gentar untuk mengakui beliau sebagai MO1 dan juga tindakan PAS yang nampaknya sudah mengkhianati amanah rakyat untuk menjadi pembela rakyat untuk menentang UMNO BN.

Keluar dewan bukan isu baru cuma mp Pas bajet suci bila tak keluar...

Kita ambil pendekatan berbeza menghadapi isu BAJET 2017.. kita tak keluar dewan.. kita akan berhujah bantah secara ilmiah dan berikan pandangan bukan keluar dewan. Kata lebai kulup yg baru jadi ahli parlimen sbb kawan dgn DAP masa pru13 dulu.

Komen aku mudah ja...

Yang keluar dewan tu pun sama juga akan bahas BAJET bermula isnin depan. Bajet akan mula dibahaskan hari isnin bkn smlm... keluar dewan tu tanda isyarat bgtau yg bentang Bajet bhw pembentang Bajet tu tak layak didengar ucapannya.

Ada yg kata dah tu bila keluar, apa ug depa nak bahas nanti? Nampak sgt tak faham. Teks Bajet semua ADR dpt, malah Bajet keseluruhan secara detail ada di atas meja semua ADR, Marang yg ponteng pun akan tetap bahas Bajet berdasarkan teks & RUU Bajet yg ada atas meja. Mendengar Najib merapu dlm Dewan tidak menjadikan lebih faham Bajet. Tak ada apa2 pun.

Nak berhujah ilmiah dan bg pandangan?? Itu semua ADR akan buat bermula minggu depan. Hangpa tu bahas pi bahas mai nanti bila undi hangpa berkecuali... mcm hangpa x penah buat....

konon guna pendekatan berhujah ilmiah tapi bila orang ajak berhujah berwacana, selop keras kering.... klu betoi nak berhujah berbahas, jom kita wacana!!!

Keluar dewan ni bkn baru, tapi puak2 lebai ni bajet suci, bajet akhlak baik sgt la.. tak mau keluar dewan... hello!!! Dulu masa Hj Mohd Sabu berucap rasmi Muktamar Dewan Pemuda di Kota Tinggi, puak2 hangpa la keluar dewan masa dia berucap... baguih la akhlak hangpa kan???

Kesimpulannya... hangpa memang pelaq.

Zul Hazmi

Tidak hadir Bajet 2017, Hadi ada kuliah Jumaat, majlis tahnik

Walaupun pembentangan belanjawan setahun sekali tetapi Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam masih tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat.

Ketiadaannya ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 dilihat banyak pihak sebagai sudah menjadi kelaziman memandangkan beliau memang dikenali kerap ponteng dalam sidang Parlimen.

Namun, terdapat penyokong Pas yang cuba menjelaskan punca ketidakhadiran Presiden mereka itu di Parlimen.

Pengguna Facebook, Aziz Al Qassam memberitahu Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu mempunyai Kuliah Jumaat diikuti majlis tahnik.

"Lepas itu (Kuliah Jumaat), memenuhi hasrat masyarakat Marang untuk tahnik anak mereka.

"Cakap-cakap buat dosa dok menimbulkan kebencian kepada tok guru yang banyak jasa kepada ummah," bidasnya lagi.

Dakwaan Aziz berkenaan adalah respon kepada status Facebook milik Naib Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak.

"Semua Ahli Parlimen Pas kekal dalam dewan hingga berakhir pembentangan bajet kecuali Marang," katanya bernada sindiran.

Abdul Hadi bagaimanapun baru-baru ini dapat hadir sidang Parlimen dua hari berturut-turut mungkin menjangka dapat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) Akta 355 berdasarkan kedudukan usul itu pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Namun, usul RUU Akta 355 yang mulanya berada di nombor empat dalam aturan tersebut pada 17 Oktober telah jatuh tangga ketujuh keesokan harinya.

Menjangkakan beliau mungkin tidak berpeluang membentangkan usul berkenaan, Abdul Hadi meninggalkan Dewan Rakyat kira-kira jam 10.30 pagi sambil tersenyum dan berlalu pergi.

Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap MP TEMERLOH juga keciwa kelaku pihak pembangkang ganggu NAJIB bentang bujet semalam

PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini.

Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan  hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sessi pengundian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Oktober 2016

Muhyiddin: Saya keluar sebab tak bersedia dengar bajet ‘tak realistik’


KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengikuti bajet tahun ini buat pertama kali sebagai pembangkang berkata beliau turut melangkah keluar dewan bersama ahli Parlimen lain kerana apa yang ditawarkan Bajet 2017 tidak realistik.

“Saya tidak bersedia mendengar apa-apa penjelasan lagi kerana saya percaya apa yang akan disampaikan itu tidak memberikan gambaran kedudukan realistik.

“Rakyat digula-gulakan dengan tawaran tertentu tetapi sebenarnya kerajaan tidak punyai dana,” katanya di luar Dewan Rakyat ketika ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlangsung.

Najib yang juga menteri kewangan hari ini membentangkan bajet berjumlah RM260.8 bilion, dengan pelbagai imbuhan kepada penjawat awam di samping mengumumkan peruntukan lebih bagi kemajuan luar bandar.

Ucapan Najib bagaimanapun diganggu pembangkang yang mengangkat sepanduk “Siapa MO1?”, merujuk gelaran yang disebut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman sivil menyita aset 1MDB.

Muhyiddin berkata pelbagai tawaran imbuhan yang diumumkan tidak mungkin dapat dipenuhi.

“Tidak realistik. Walaupun zahirnya tawaran BR1M dan sebagainya, isu pokok ialah sumber dana negara merosot dan bagaimana menyelesaikan hutang dan tanggungan yang banyak,” kata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Hasil negara tidak mungkin dapat menampung sejumlah besar pembiayaan dan tanggungan.”

Katanya, berdasarkan pengalaman berada dalam kerajaan dulu, segala peruntukan yang diumumkan pada bajet tidak semestinya akan diberikan.

“Saya pernah ada dalam kerajaan. Pada masa belanjawan dahulu, jumlah wang besar diperuntukkan kepada kementerian, tetapi bila sampai waktu mohon, ada saringan, ada EPU, ada treasury, akhirnya peruntukan tidak diberikan kepada kementerian,” katanya.

Menurut Muhyiddin, Najib gagal menjelaskan bagaimana hutang negara akan ditangani, termasuk hutang berbilion dolar melibatkan 1MDB.

“Sepatutnya perdana menteri beri penjelasan dalam belanjawan ini supaya rakyat yakin apa yg dibentang boleh dilaksanakan,” katanya.

“Isunya ialah rasuah, ketirisan, kehilangan wang yang banyak, tidak langsung disentuh”.

Bujet 2017 : Membebankan Rakyat & Ledakan Hutang Semakin Membimbangkan

Bajet BN tahun 2017 membebankan rakyat & ledakan hutang semakin membimbangkan !

1. Satu bajet defisit sebanyak RM43.15 bilion, ia satu rekod baru kerana sudah 20 tahun bajet defisit berturut-turut.

2. Defisit kali ini berjumlah 3.15% dari jumlah KDNK, ini menunjukkan kerajaan BN gagal menepati sasaran defisit kurang dari 3.1%.

3. Hutang negara terus meningkat. Jumlah kos bayar hutang negara meningkat dari RM26.5 bilion menjadi RM29.17 bilion. Dengan kata lain, 11.1% dari jumlah bajet digunapakai untuk bayar hutang & setiap bulan RM2.46 bilion terpaksa diguna utk membayar hutang.

4. Jumlah belanja tinggi tetapi Pembangunan amat kurang. Dari jumlah RM262.8 bilion bajet 2017, Setinggi 81.7% utk belanja mengurus, hanya 18.3% saja untuk belanja membangun.

5. Hutang negara dan hutang jaminan kerajaan kini melebihi paras RM811 bilion, satu petanda yang bahaya & generasi muda akan dibebankan dengan hutang yg amat tinggi & membebankan.

6. Kerajaan akan memerah rakyat dengan kutipan cukai GST sebanyak RM40 bilion pada 2017. Jumlah ini pasti akan meningkatkan beban rakyat.

7. Subsidi seperti subsidi minyak, diesel, gula, tepung, beras & minyak masak semua dihapuskan.

Ubah, selamatkan Malaysia!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...