TERKINI :

Thursday, October 20, 2016

PKR juga nyatakan sokongan kepada RUU355 untuk dibahas

Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR - PKR sebulat suara menyokong Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dibahas pada persidangan Parlimen kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, meskipun mempunyai beberapa kemusykilan dan keraguan berkaitan dengan RUU 355, PKR berpendirian menerima dan mengiktiraf hak ahli parlimen tersebut dan menyokong bahawa usul tersebut dibahas.

Menurut beliau, PKR menantikan penjelasan Abdul Hadi dan lebih utama lagi pendirian dan jaminan Perdana Menteri bahawa hak-hak di bawah Perlembagaan akan dilindungi, sebelum sebarang memutuskan pendirian seterusnya.

"PKR melihat terdapat beberapa perkara yang membimbangkan terutamanya kesamaran skop hukuman.

"Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebarang pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum perlu diperjelaskan secara terperinci.

“Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Wan Azizah berkata, pendirian PKR untuk RUU 355 dibahaskan adalah bersyarat bahawa mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan kemusykilan mengapa RUU 355 ini sengaja dibiarkan berlarutan, terapung di Parlimen tanpa sebarang usaha memberikan penjelasan atau menganjurkan perbincangan dengan wakil parti politik dan masyarakat.

"Kami tetap memilih jalan muafakat untuk memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan beragama bagi bukan Islam," katanya.

"Hanya Orang Melayu Yang Bising Kerajaan Bawa Masuk Pekerja Asing," - Anak TPM

Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.

“Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?

“Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati,”katanya dipetik laporan ProjekMMO malam tadi.

Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.

“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya. - Siakapkeli.my

Usaha perkasa Mahkamah Syariah tingkatkan keyakinan

FITRI AFFENDI MUSTAFA

22 April 2015 1:06 AM

KUALA LUMPUR 21 April – Usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi mahkamah syariah berjaya mening­katkan keyakinan masyarakat terhadap langkah memartabatkan undang-undang Islam di negara ini.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, langkah kerajaan menubuhkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 1998 merupakan antara usaha paling berkesan bagi menye­ragamkan undang-undang Islam di setiap negeri sekali gus memperkasakan undang-undang tersebut.

“Apabila seragam, kita nampak peranan kerajaan untuk memartabatkan undang-undang Islam di negara ini kerana masyarakat tidak lagi mendengar keputusan yang berbeza dikeluarkan mengikut negeri.

“Oleh itu, tidak timbul lagi persepsi pandang rendah masyarakat terhadap mahkamah syariah iaitu ba­nyak membuat keputusan berbeza mengikut setiap negeri sebagaimana yang berlaku sebelum JKSM ditubuhkan,” katanya dalam Seminar Mahkamah Syariah Malaysia di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, kerajaan perlu terus memperkasakan peranan Mahkamah Syariah terutama dalam aspek gaji Hakim dan pegawai institusi tersebut yang masih jauh ketinggalan berbanding Hakim Mahkamah Sivil.

Sebagai contoh katanya, hakim mahkamah sivil yang mende­ngar kes penjagaan anak menerima gaji sebanyak RM40,000 sebulan manakala hakim mahkamah syariah yang mendengar kes sama pula menerima gaji RM6,000.

“Jumlahnya sangat jauh dan kerajaan perlu menyemak semula gaji hakim serta pegawai mahkamah syariah agar martabat institusi ini dapat terus diperkasakan,” jelasnya.

Sementara itu, Pensyarah Jaba­tan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang berkata, terdapat banyak perubahan telah dilakukan kerajaan dalam memperkasakan mahkamah syariah termasuk undang-undang lebih jelas, sistem pentadbiran mahkamah yang lebih kemas serta profesion hakim syariah yang lebih terjamin.

“Perubahan yang dilakukan kerajaan ini telah menjadikan peranan mahkamah syariah semakin baik dalam memartabatkan undang-undang Islam,” katanya.

Kurang 48 jam, Jamal bebas semula

Pemimpin gerakan ‘baju merah’ Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dibebaskan lebih awal walaupun tahanan reman yang dikeluarkan adalah untuk dua hari.

Beliau keluar dari lokap Ibu Pejabat Pols Daerah Dang Wangi pada jam 4.45 petang tadi.

Kira-kira 50 penyokong kumpulan itu menyambutnya di luar IPD Dang Wangi sejak jam 3.30 petang tadi.

Semua mereka memakai baju merah hadir dengan menaiki motosikal.

Sebelum ini, pihak polis mengeluarkan perintah reman selama 48 jam, selepas Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu disiasat mengikut seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Liga Super : Kedah kena potong 3 mata oleh FAM

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 19 OKTOBER 2016

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2016 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

1.    Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah yang menurunkan pemain, Mohd Rizal Mohd Ghazali yang telah digantung secara automatik (akibat daripada pengumpulan 3 kad kuning pada perlawanan Liga Super 2016 yang berbeza) ketika perlawanan Liga Super 2016 antara Kedah lawan Pahang pada 3 Ogos 2016 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

·  ·          Persatuan Bolasepak Kedah  telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 71(c) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Obligasi Pasukan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 57.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Ketidaklayakkan’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Dilucutkan hak bagi perlawanan Liga Super 2016 menentang Pahang pada 3 Ogos 2016 yang telah berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan pasukan Kedah dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan Kedah 0-3 Pahang; 

ii.            Didenda sebanyak RM5,000.00; dan

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

*Sehubungan itu, pasukan Pahang telah diberikan 3 mata penuh dan kemenangan percuma 3-0 bagi perlawanan tersebut.

 

Pas sudah kena raba punggung oleh Umno

Oleh Mohd Sayuti Omar

Parlimen masih belum memberi ruang kepada ahli Parlimen Marang yang juga ketua parti agama untuk membawa usul bagi meminda Akta 355 seperti mana yang diharapkan
.
Sebelum ini parti itu yakin dan percaya wakil mereka akan diberi peluang itu. Kenapa mereka sanggup berpisah dengan DAP kerana percaya dengan janji itu. Namun sehingga sekarang RUU 355 itu masih belum disentuh di parlimen.

Biarlah kita tunggu apa kesudahannya lagi. Kata salah seorang wakil rakyat parti agama, kena tunggu sebab sidang masih ada lagi. Memang sidang akan ada selagi parlimen tidak dibubarkan. Naif sekali jawaban itu.

Bagi saya, apa yang saya tunggu ialah macam mana parti itu bercakap untuk memberi tahu rakyat apabila RUU 355 itu tidak dibentang kali ini.

Apakah alasan yang akan diberikan, dan klu klik macam mana pula yang hendak diguna pakai kali ini.

Apakah parti agama itu akan mulai menyedari yang mereka dimainkan oleh UBN, ataupun kena sabar sahaja sebab sudah terlanjur. Untuk ini akan di bacalah hadith berbunyi; sabar itu separuh daripada iman.

Kalau saya jadi ketua parti itu, apa yang saya buat ialah menyemak kembali rangka taa'wun dengan Umno dan menilai apakah parti itu ikhlas atau tidak? Sebebnya bagi mereka yang celik politik dan sedar kelicitan Umno sudah dapat teka apa penghujung dengan RRU 355 itu.

Pas sudah kena raba punggung oleh Umno dalam isu Hudud ini. Wassalam Mso.

Pas boleh jadi penyelamat kerajaan UBN Johor


K'jaan Khalid tergugat?
Sebagai negeri menjadi kubu terkuat Umno siapa pernah menduga suatu hari kerajaan UBN di Johor kehilangan suara 2/3 di Dewan Undangan Negeri. Sebelum tahun 1999, sebelum meletus reformasi anjuran Anwar Ibrahim orang juga tidak pernah terfikir yang parti agama (Pas) dapat bernaung di Dun berkenaan.

Semua 13 kali Piraum diadakan Johor ditakluki oleh UBN dengan mendapat majoriti 2/3 atau lebih. Kekuatan dan kehebatan Umno itu menyebabkan orang tidak terfikir pembangkang boleh bertapak di negeri jiran Temasik itu.

Bagaimana pun suatu berita mengejutkan di Johor telah tersembur semalam. Berita berkenaan ialah mengenai  kerajaan UBN Johor kehilangan majoriti 2/3 dalam DUN Johor buat pertama kali. Ia berlaku ekoran serorang  Adunnya, Dr Shahruddin Md Salleh (Jorak) telah dianggap meninggal parti berkenaan apabila dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), eh, bukan PBBM.

Pelantikan Dr Khairuddin itu diumumkan oleh Presiden PBBM Muhyiddin Yassin. Dr Shahruddin merupakan Naib Ketua Umno bahagian Pagoh yang tidak bersetuju dengan pemecatan Muhyiddin daripada Umno. Peninggalan Dr Shahruddin itu memberi signifikan kepada politik Johor khasnya kerajaan UBN.

Kedudukan kerusi UBN dalam DUN Johor kini ialah 37 berkurangan satu, manakala kerusi pembangkang pula bertambah satu menjadi 19. Kehilangan kuasa majoriti dalam DUN menyebabkan kerajaan Johor tidak boleh melalukan apa-apa pindaan terhadap atau mengemukakan apa-apa rang undang-undang yang membabitkan Perlembagaan.

Paling mendebarkan lagi apabila ada desas desus mengatakan masih ada beberapa Adun lagi akan keninggalkan Umno. Kalau ini berlaku tidak mustahil kerajaan UBN Johor akan tumbang sebelum parlimen penggal ke-13 dibubarkan?

Perkembangan di Johor itu sesuatu yang menarik dan ia memberi peluang kepada parti agama (Pas) yang kini dilihat bermanja-manjaan (dan bersanggama secara haram) dengan Umno. Pas boleh melakukan sesuatu untuk membantu bagi menyelamatkan kerajaan UBN Johor itu. Pas boleh main tarik-tarik tali dengan Umno jika mereka bijak dalam berpolitik.

Sebagai rakan baik Umno waktu ini Pas harus menjaga maruah kerajaan rakannya itu. Caranya ialah dengan Adun Pas menyatakan sokongan kepada kerajaan UBN Johor dan MB Khalid Nordin. Pesuruhjaya Pas Johor Mahfodz Mohamed perlu membuat kenyataan segera. Sebagai kontrasinya Pas boleh menuntut kerajaan Johor dirombak dan pembentukan kerajaan baharu boleh diadakan dengan memasukkan Adun Pas sebagai Exco.

Pas kini ada tiga Adun selepas seorang Adun (Amninuhudol Hassan - Parit Yaakni) berhirjarah ke AMANAH dan menjadi pengerusinya. Tiga lagi Adun Pas ialah Sheikh Ibrahim Salleh (Sungai Abong), Mohammad Taslim (Maharani) dan Abdullah Husin (Puteri Wangsa).

Cadangan ini dikira munasabah bagi Pas Johor lalukan. Tidak perlu lagi mereka berdolak dalih untuk mengabui mata umum yang terus menabur cerita Pas terus berlawan dengan Umno dalam Piraum akan datang. Lagi pun cara itu menyusahkan Pas. Peluang terbuka kini perlu diambil kesempatan.

Bila disuakan cadangan ini jangan pula ada pemimpin Pas berkokok menunjukkan kebaikan dan keikhlasan kononnya Pas tidak akan mengkhianati rakan. Cara itu adalah lapok dalam mata pelajaran politik. Apakah Pas berani? Pas perlu menggunakan kesempatan sebaik mungkin.

Peluang ini juga mungkin terakhir bagi Pas kerana selepas Piraum akan datang belum tentu Johor diuruskan oleh rakannya itu dan belum tahu apakah Pas masih ada wakil di Adun atau sebaliknya. Silap hari bulan kalau berlaku perlawanan tiga penjuru Pas kehilangan gigi dan tinggal gusi.

Hasrat Pas untuk berta'awun dengan lebih bererti lagi apabila ia dimulakan di Johor. Nah buat permulaan itu. Kalau Pas membuat desakan itu rasanya ia tidak mudah akan ditolak oleh Khalid Nordin. Kalau Khalid berkeras bermakna beliau memimpin kerajaan yang lemah seperti Terengganu, Kedah dan Perak. Kerajaan Khalid kini tergugat?

Kalau dua Adun Pas itu menyatakan sokongan kepada UBN, kedudukan UBN dalam dewan masih mengekalkan majoriti 2/3 dengan penambahan ahli jadi 39 ahli. [wm.kl.12"12 t/hari 07/10/16]

BAGUSNYA LEONARDO DICAPRIO, MO1 TAK MAHU PULANGKAN JUGA KE??

Shahbudin Husin, 


Antara pihak yang turut dikaitkan pernah menerima dana 1MDB yang dilencongkan ialah pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio melalui yayasan miliknya, Lepnardo DiCaprio Foundation.

Dalam reaksi melalui wakilnya mengenai siasatan pelbagai negara berkaitan penggubahan wang haram terhadap syarikat pelaburan paling bermasalah yang ditubuhkan oleh Najib Razak, pemenang Oscar itu menyatakan beliau akan memulangkan wang yang pernah diterimanya jika ia didapati berpunca daripada 1MDB.

Kata wakil itu lagi, mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk menentukan sama ada wang tersebut datangnya daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan dan jika ya, pemulangan akan dilakukan secepat mungkin.
 
Nampak jugalah bagusnya DiCaprio ini!!

Nama Malaysian Official 1 yang kemudian disahkan oleh Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib turut disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS dengan didakwa menerima secara keseluruhan  wang AS$731 juta atau hampir RM3,000 juta yang dipercayai berpunca daripada 1MDB melalui akaun peribadinya.

Pernah kita dengar Malaysian Official 1 berkata mahu memulangkan wang tersebut jika ia juga berpunca daripada 1MDB?

Walaupun bukan beragama Islam, suka berhibur dan selalu minum arak, tindakan Dicaprio sekurang-kurangnya harus diberi pujian kerana masih kenal antara wang halal dengan wang haram.

Tidak teringinkah Malaysian Official 1  mahu mengeluarkan kenyataan yang sama seperti DiCaprio? (SH 19/10/2016).

MP Pokok Sena sifatkan kerajaan Najib dah jadi kerajaan kongsi gelap

Datuk Mahfuz Omar
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST adalah suatu yang sangat lucu dan memalukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan mencukai rakyat dengan GST untuk memajukan negara menunjukan Najib menjadi PM yang tak perlu pakai otak untuk fikir bagaimana menjana kewangan dan menambah pendapatan negara selain dari menjadi penyeluk saku (pick pocket) rakyat.

"Kenyataan Najib tidak langsung bersifat 'pro rakyat'tetapi sebaliknya bersifat 'peras rakyat'.

"Najib dan kerajaan cuba untuk menakutkan rakyatkan kononnya ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cukai GST katanya, bukan sekadar mekanisma untuk menghalang peniaga peniaga lari dari bayar cukai tetapi GST juga adalah cukai yang bertujuan untuk mengenakan cukai ke atas setiap rakyat yang tak layak dicukaikan.

"Kenyataan Najib sekadar untuk menghalalkan tindakan kerajaan mengenakan GST yang merupakan langkah 'memeras rakyat' untuk menampung perbelanjaan negara.

"Tak ada idea yang tidak membebankan rakyat.

"Najib dan kerajaan Umno-Bn dah jadi macam kumpulan kongsi gelap yang memeras rakyat dengan wang perlindungan (protection money)," katanya.

Beliau mengingatkan Najib dan rakyat, ekonomi negara akan lumpuh dan runtuh dengan rasuah, penyelewengan, pembaziran, salah guna kuasa dan salah urus dari pemimpin negara yang tidak amanah dan tidak berintegriti.

"Rakyat terpaksa *menanggung beban GST untuk kebodohan dan kejahatan Najib dan Umno-Bn memerintah negara.

"Apa tidaknya kalau pembaziran pentadbiran negara yang bertujuan untuk merompak wang rakyat.

"Dah ada EPU di tubuhnya PEMANDU, dah ada MARA dibuatnya TERAJU, dah ada Syarikat Perumahan Negara (SPN) ditubuh pula PR1MA. dah ada JPJ dibuatnya SPAD, dah ada KHAZANAH ditubuhnya 1MDB untuk curi wang rakyat.

"Siapa yang bayar gaji?..Rakyat yg bayar!" katanya.

Beliau berkata nilai harga keborosan, kebodohan, kezaliman, kerakusan dan kejahatan Najib bersama Umno-Bn dalam menguruskan negara terpaksa ditanggung oleh rakyat.

"Mentadbir negara dengan dwi agensi merupakan satu pembaziran yang tidak boleh dimaafkan," katanya.

11 dasar Belanjawan Alternatif 2017, Pakatan rela diciplak kerajaan

 http://www.malaysiadateline.com/images/OKT_2016/Ahli_parlimen_PH.JPG
Pakatan Harapan (PH) membentangkan 11 cadangan dasar dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan yang dilancarkan hari ini.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PH rela cadangan itu diciplak oleh kerajaan BN dan segera diguna pakai demi kepentingan rakyat dan negara.

“Tiada masalah jika kerajaan mahu menggunakannya, kami sedia membantu tapi minta diberikan kredit juga kepada pihak kami. Kalau hadis pun ada perawinya, berikanlah sedikit penghargaan kepada kami,” katanya dalam sidang media pelancaran belanjawan tersebut di bangunan parlimen hari ini.

Sebelas cadangan dalam belanjawan itu berlandaskan prinsip-prinsip keadilan sosial yang diterima pakai oleh semua agama dan dililhamkan oleh ciri-ciri kesederhanaan yang didukung berasaskan maqasid as-syariah.

Bagi golongan pekerja, PH berhasrat mewujudkan peluang sama rata dalam pekerjaan dan keusahawanan; meningkatkan upah, serta mengurangkan pekerja asing dan melebihkan pendapatan rakyat.

PH juga mahu melaksanakan urus tadbir yang baik dengan membaik pulih prosedur kerajaan bagi pelaporan fiskal dan meningkatkan pencegahan rasuah, jimat dan mudah.

Bagi Sabah, Sarawak, dan pembangunan luar bandar pula, PH mencadangkan pendekatan serampang tiga mata bagi merapatkan jurang ketidaksamaan di dua negeri itu.

Selain itu, PH juga mahu menyemarakkan industri beras dengan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (Bernas) dan menyediakan ikatan perkhidmatan untuk membantu para petani memaksimumkan keuntungan jualan menuai.

Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Pakatan Harapan juga mencadangkan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) digunakan bagi merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar melalui konkrit yang lebih banyak langkah jangka panjang seperti penyediaan liputan telekomunikasi yang lebih baik, internet komuniti dan pusat-pusat pembelajaran.

Selain itu juga, Belanjawan Alternatif itu juga menawarkan pengangkutan awam bandar yang lebih baik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan bangunan pencakar langit.

Bagi perumahan awam pula, PH menyokong dasar perumahan awam yang menjurus ke arah mereka yang miskin menjadi pemilik rumah, bukan sebagai penyewa semata-mata.

PH berpandangan, harga perumahan boleh dikawal jika kerajaan negeri mengekalkan kawalan atas pembangunan dan pengurusan perumahan awam.

Berkaitan kesihatan pula, PH akan memastikan kemampanan tenaga kerja dengan menangani kekurangan dalam penempatan housemanship selain mencadangkan hospital swasta membuka tempat untuk pelatih bidang kesihatan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...