TERKINI :

Wednesday, October 19, 2016

Kepada NIK ABDUH sila sahut seruan, jangan hanya berani dalam FB sahaja..!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Ekoran kenyataan Ketua DPP Pusat menerusi FB Nik Mohamad Abduh pada 8 Okt 2016, jam 2.30 pm bahawa DAP adalah musuh Islam dan PAN (Amanah) adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

Saya telah menghantar jemputan untuk beliau menyertai dialog anjuran Amanah Perlis melalui WhatsApp pada 10 Okt jam 6.07 pm dan 11 Okt jam 7.56 am (kedua-dua mesej itu ditanda 'read' oleh aplikasi itu)

Dan jemputan melalui personal message FB pada 11 Okt jam 8.50 am dan 8.52 am (kedua-dua mesej ini ditanda 'seen' oleh FB), maka

Satu wacana bertajuk 'DAP Musuh Islam Dan PAN Fitnah Untuk Umat Islam' dijangka akan berlangsung yg melibatkan pemuda PAS, DAP dan Amanah.

Tarikh cadangannya ialah 28 atau 29 atau 30 Oktober di Kangar. Nantikan kemunculan ketiga-tiga tokoh pemuda tersebut. Wacana penuh debar ini jangan dibiarkan berlalu tanpa kehadiran anda.





 


Leonardo DiCaprio sedia pulangkan balik wang 1MDB

DiCaprio-foundation
NEW YORK: Sebuah yayasan diterajui bintang Hollywood Leonardo DiCaprio berkata ia akan memulangkan balik sumbangan dan hadiah kepadanya sekiranya ia didapati berasal daripada 1MDB, menurut jurucakap.

Dalam reaksi pertama beliau mengenai siasatan antarabangsa terhadap syarikat milik kerajaan Malaysia itu, DiCaprio berkata beliau sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi menyiasat sama ada wang tersebut datang dari sumber yang boleh dipersoalkan, menurut kenyataan itu.

Julai lalu, saman sivil di AS oleh Jabatan Kehakiman menuduh sebuah syarikat penerbitan Hollywood menggunakan AS$100 juta daripada dana 1MDB bagi membiayai filem dibintangi DiCaprio, “The Wolf of Wall Street”.

Kenyataan wakil DiCaprio semalam berkata beliau mendapat tahu mengenai siasatan itu menerusi media.

“Beliau serta merta mengarahkan wakilnya menghubungi Jabatan Kehakiman bagi menentukan sama ada beliau atau yayasannya, Yayasan Leonardo DiCaprio (LDF), pernah menerima apa-apa hadiah atau sumbangan kebajikan secara langsung atau tidak yang berkait dengan pihak yang dinamakan, dan sekiranya ada, akan mengembalikan hadiah atau sumbangan itu secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Syarikat Red Granite Pictures sebelum ini berkata setahunya tidak ada wang yang diterimanya secara tidak sah.

LDF yang ditubuhkan pada 1998 menyokong pelbagai usaha berkait alam sekitar.

Pada Ogos, Hollywood Reporter melaporkan yayasan tersebut menerima dana AS$2 juta tunai dan sumbangan lain daripada salah seorang rakyat Malaysia yang dinamakan dalam saman DoJ dan terlibat dalam penubuhan 1MDB.

DiCaprio, memenangi Oscar pada 2016 selepas penglibatannya dalam filem “The Revenant”, juga merupakan “duta keamanan” Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tetapi kini menerima tekanan daripada beberapa aktivis alam sekitar berhubung kaitannya dengan skandal 1MDB.

Jurucakap DiCaprio berkata pelakon itu memilih tidak bercakap mengenai perkara itu bagi menghormati siasatan yang masih berjalan yang ada kaitan dengan “badan kebajikan, hospital dan individu yang mungkin tidak secara sedar menerima dana yang dipersoalkan”.

Sampai bila TV3 mahu fitnah Abdul Hadi?

Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini mengutuk keras pemberitaan sebuah stesen televisyen tempatan yang didakwa salah tafsir kenyataan sebenar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan stesen televisyen itu yang memberi laporan salah terhadap Abdul Hadi dalam isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membelakangkan prinsip asas pemberitaan yang mementingkan kebenaran dan kebertanggungjawaban.

“Amat malang sekali apabila stesen televisyen itu telah memanipulasi pertanyaan Abdul Hadi dengan hanya menyiarkan sekerat sahaja tanpa menyiarkan sepenuhnya soalan tersebut dengan niat untuk menggambarkan kononnya GST disokong oleh Abdul Hadi.

“Bukankah ini adalah fitnah yang nyata bagaikan seterang cahaya mentari dengan menyiarkan berita yang dikerat dan digubah sesuka hati bagi memenuhi citarasa tuan empunya mereka?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen pada pagi semalam, Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang bertanya soalan kepada Menteri Kewangan tentang sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat.

Difahamkan, setelah soalan asal dijawab oleh menteri, Abdul Hadi berdiri pada sidang Dewan Rakyat yang sama sekali lagi untuk mengemukakan soalan tambahan.

Jelas Khairil lagi, Abdul Hadi sebenarnya bersuara memperjuangkan isu rakyat di Parlimen dengan mendesak kerajaan agar menilai kembali pelaksanaan GST yang begitu membebankan rakyat di semua peringkat dan bukannya menyokong GST seperti yang didakwa oleh stesen penyiaran berkenaan.

“Kami menuntut permohonan maaf dari pihak berkenaan kepada Abdul Hadi atas berita fitnah yang telah mencemarkan imej dan reputasi beliau di mata rakyat.

“Kami juga menyeru pihak berkenaan bertaubatlah daripada meneruskan kerja penyebaran adu domba dan fitnah ini,” katanya lagi.

RUU 355: PKR harap Pas Perak berhenti bercakap secara bodoh, biadap

Razman Zakaria

Usul RUU Akta 355 yang 'ditolak' daripada kedudukan keempat aturan mesyuarat kepada nombor tujuh semalam dilihat turut mengundang polemik dalam kalangan pemimpin di peringkat negeri.

Pengarah Komunikasi PKR Pahang, dalam satu kenyataan menempelak dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dianggap bodoh dan biadap.

Reaksi berkenaan ekoran Razman dalam catatan di Facebook berpendapat Amanah, PKR dan DAP paling gembira jika RUU 355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak.

"Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu.

"Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU 355 itu berjaya," tegasnya.

Beliau turut mempersoal tanggapan buruk Razman itu yang disifatkan bercanggah dengan akhlak Islam.

"Bagaimana beliau boleh menyatakan PKR gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak?

"Apakah beliau tahu apa pendirian PKR dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi?

"Mengapa tersarangnya perangai buruk, syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan?" bidasnya.

Selain itu, sikap pemimpin Pas nombor satu Perak tersebut yang tidak 'menyerang' Umno di sebalik giliran usul pindaan RUU yang ditolak ke bawah itu juga turut dibangkitkan.

"Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?

"Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari nombor empat kemudiannya ke bawah menjadikan nombor tujuh?" tegasnya.

Hal ini kerana, jelasnya, Speaker Dewan Rakyat bukan dari mana-mana parti komponen Pakatan Harapan yang menyebabkan kelewatan pembentangan RUU itu.

"Mengapa Amanah, PKR dan DAP yang kamu sasarkan? Speaker Dewan bukan dari Amanah, Keadilan mahupun DAP," bidasnya lagi.

MELAYU PERLU UMNO ATAU UMNO PERLU MELAYU?

Masih ada yang bertanya, apa jadi kepada Melayu jika UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa?

Masihkah orang Melayu terbela? tanya mereka lagi.

Apabila ditanya kembali, adakah mereka selama ini cukup dibela walaupun UMNO sudah berkuasa lebih 60 tahun lamanya, ramai antaranya jadi terdiam, malah mula keliru.

Mahu dikata tidak terbela, banyak sekali dasar membela Melayu sambil berdegar-degar mulut pemimpin UMNO yang mengatakan hidup dan perjuangan mereka adalah untuk membela Melayu semata-mata.

Mahu dikata cukup dibela, ramai antaranya kekal tidak punya apa-apa, malah masih mengharap bantuan BR1M jatuh ke riba. Saham bumiputera dan tanah rizab Melayu sudah lama hilang entah ke mana.

Kenapa masih ramai Melayu yang miskin dan jadi golongan peminta-minta sedangkan daripada Raja, yang tinggal di Seri Perdana, menteri, menteri besar, ketua setiausaha, malah boleh dikata hampir semuanya, adalah Melayu-Melayu belaka?

Siapa lagi yang harus kita salahkan, kalau bukan UMNO, sedangkan merekalah yang selama ini diberi mandat untuk membela?

Kalau seorang pengurus  yang diberi kuasa untuk memajukan syarikat, tetapi selama bertahun-tahun masih gagal juga membawa keuntungan kepada syarikat dan pemegang saham, apakah yang harus kita lakukan kepadanya?

Namun, mengapa masih ada yang sayang untuk "memecat" UMNO sebagai pengurus bangsa daripada terus berkuasa sedangkan peluang sudah diberi selama lebih 60 tahun lamanya?

Apakah Melayu mahu terus berharap kepada UMNO untuk tahun-tahun seterusnya?

Rasa sentimental orang-orang Melayu kepada UMNO sebenarnya lebih kepada perjuangan kemerdekaan yang pernah dilakukannya. Ia seperti mengikat mereka untuk kekal bersama UMNO selama-lamanya.

Mengingati dan menghargai  perjuangan UMNO dari segi menuntut kemerdekaan tidak ada salahnya, tapi UMNO juga harus diingati kerana kegagalannya memajukan  bangsa sendiri selepas merdeka, meskipun sudah diberikan kuasa dan mandat yang lama untuk berbuat demikian.

Bukan UMNO tidak mampu memajukan bangsa sendiri, tetapi setiap kali pemimpinnya menjerit "Hidup Melayu", bermakna setiap kali itu jugalah kekayaan negara telah dilencongkan ke poket sendiri atau kroni melalui pelbagai cara, sementara rakyat biasa terus dibiarkan melopong dengan mulut ternganga.

Dengan gagal selama 60 tahun dan melalui UMNO juga, orang Melayu terus berpecah sehingga hari ini, parti itu kini tidak boleh lagi dianggap sebagai mewakili Melayu. Melayu dalam UMNO semakin mengecil sebenarnya.

Banyak parti lain yang kini mahu mengalahkan UMNO juga ada Melayu di dalamnya. Di dalam PKR ada Melayu, dalam Amanah ada Melayu, dalam DAP sudah ramai Melayu, dalam PAS juga Melayu dan dalam PPBM lagilah Melayu.

Dengan yang demikian, jika masih ada Melayu yang masih bimbang dengan nasib Melayu sekiranya UMNO kalah pilihanraya serta hilang kuasa, mereka seharusnya melihat dalam perspektif yang lebih luas dan terbuka. 

Oleh kerana semua parti-parti tersebut ada Melayu di dalamnya dan mereka sedang bergandingan antara satu sama lain, mereka lebih menyeluruh sifatnya. 

Jika dalam BN hanya ada UMNO yang memperjuangkan Melayu, tetapi dalam parti-parti pembangkang yang semua di dalamnya ada Melayu, skop dan ruang lingkup pembelaan kepada Melayu itu menjadi lebih luas lagi. 

Melayu kampung, Melayu bandar, Melayu separa bandar, malah semua kelompok Melayu ada dalam parti-parti selain UMNO sekarang ini. UMNO sebaliknya hanya tinggal mengharap sokongan orang-orang kampung, Felda dan luar bandar saja, itu pun mereka kekal dibiarkan miskin supaya mudah digula-gulakan ketika pilihanraya.

Melayu tidak perlu takut meninggalkan UMNO. Melayu tidak mati tanpa UMNO. Di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, tidak ada Melayu yang meninggal dunia sejak kalah dan hilangnya kuasa UMNO di negeri-negeri tersebut.

Orang Melayu sebetulnya tidak mati tanpa UMNO, sebaliknya UMNO yang pasti mati tanpa sokongan Melayu. (SH 19/10/2016).

Pemimpin PAS yg berunding dgn UMNO mengenai RUU355 bila gagal AMANAH, PKR & DAP yg di persalahkan?

Pemimpin PAS yg berunding dgn UMNO mengenai RUU355 bila gagal orang lain yg di persalahkan? Memang perangai buruk.


KENYATAAN PJ PAS PERAK, RAZMAN ZAKARIA BODOH DAN BIADAD

Saya ingin merujuk kepada status di dalam FB PJ Pas Perak, Razman Zakaria. Apabila beliau menyatakan, sekiranya RUU Akta 355 yang ingin dibawa oleh MP Marang, Hadi Awang ditolak, maka yang paling gembira adalah Amanah, Keadilan dan Dap.

Bagaimana beliau boleh menyatakan Keadilan gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak? Apakah beliau tahu apa pendirian Keadilan dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi? Mengapa tersarangnya perangai buruk. syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan? Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?

Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari No. 4 kemudiannya ke bawah menjadikan No. 7 ? Mengapa Amanah, Keadilan dan Dap yang kamu sasarkan ? Speaker Dewan bukan dari Amanah, Keadilan mahu pun Dap.

Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu. Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU Akta 355 itu berjaya.

18 Oktober 2016
Pengarah Komunikasi
Keadilan Pahang

Anak Mangsa Kemalangan PAJERO/MyVi di DUKE Tahun Lepas Hanya Terima RM12,000 Dari RM300,000 Wang Sumbangan

yusnidah-dua-anak-saudara
Seorang waris kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan tahun lalu mendakwa dua anak saudara hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

Yusnidah Hussain, 48, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam, 35, berkata, wang sebanyak itu diperolehi selepas dia membuat laporan polis pada 22 Jun tahun lalu.

Beliau mendakwa, semua wang sumbangan orang ramai itu dimasukkan atas nama akaun bank peribadi dua adiknya yang lain.

“Saya sedih kerana wang yang sepatutnya menjadi hak dua anak saudara saya tidak sampai ke tangan mereka untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian demi masa depan.

“Alasan yang diberikan oleh adik-adik saya, wang itu hak mereka kerana akaun bank peribadi atas nama mereka.

“Mereka turut memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.

“Padahal saya yang menjaga dua anak saudara saya selepas seminggu kematian ibu bapa mereka hingga ke hari ini.

“Namun disebabkan pertikaian wang sumbangan itu, hubungan kami adik-beradik berpecah sehingga berlaku saman-menyaman dan kes kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Yusnaidah mengadakan sidang media yang turut ditemani dua anak saudaranya, Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqilah, 5.

Myvi langgar pajero
Kemalangan maut melibatkan Pajero dengan beberapa buah kereta MyVi mengorbankan Fairuz Nizam, isteri dan bayi mereka pada Mei tahun lepas.

Pada 2 Mei tahun lalu, Fairuz Nizam dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa terbunuh di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta di sini pukul 1.05 pagi.

Yusnidah yang memiliki tujuh anak dan dua anak angkat kini mendapat hak penjagaan sementara Amira dan Aqilah daripada mahkamah.

Anak keduanya telah meninggal dunia manakala menantu serta seorang cucu turut tinggal bersamanya.

Mengulas lanjut, Yusnidah yang terpaksa menutup bisnes restoran dan kedai kek gara-gara konflik keluarga itu turut kesal kerana wang pampasan insurans arwah adiknya itu telah dituntut oleh keluarga sebelah isterinya.

Ini kerana jelasnya, satu sen wang pampasan itu tidak diberikan kepada dua anak saudaranya itu.

“Saya menjaga mereka siang malam dan melayan tangisan trauma pada waktu-waktu tertentu.

“Jangan kata hendak bertanya khabar, hantar buah atau makan pun tidak pernah.

“Tapi bila timbul isu wang sumbangan orang ramai dan pampasan insurans, mereka cepat ambil seolah-olah hak mereka.

“Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.

“Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.

“Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.

“Justeru kami mengalu-alukan orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah tampil membuat laporan polis,” katanya.

mangsa-al-fatihah
Gambar kenangan Allahyarham Fairuz Nizam dan isterinya, Allahyarham Nova Safitri Azhari dan bayi, Allahyarham Nur Firuza Annisa dan dua lagi anak mereka Nur Firuza Amira,dan Nur Firuza Aqilah.

Nahas yang mendapat kecaman masyarakat mengakibatkan dua pemandu kereta Perodua Myvi didakwa di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak itu.

Pada 8 Mei tahun lalu, juruteknik komputer, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, dan Penolong Pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd. Said, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan.

Kedua-duanya didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam.

Dalam kejadian itu, Mohamad Fizal Reza yang juga bapa kepada dua anak memandu kereta Myvi bernombor pendaftaran WXE 695 berwarna putih manakala Siti Noor Aini yang merupakan ibu kepada seorang anak, memandu kereta W 5192 F berwarna kuning.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

YB Sepang perbetulkan fitnah TV3 terhadap YB Marang yang dikatakan sokong GST


LINK VIDEO : Klik Sini

Saya puji sikap YB Hanipa Maidin. Walau ketika dia sakit dulu penyokong PAS katakan itu kafarah akibat bawa lari kerusi, ianya sedikit pun tidak ditegur oleh pimpinan PAS yang ada.

Tetapi apabila TV3 melaporkan bahawa Dato Seri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyokong GST, YB Hanipa Maidin tampil membuat penjelasan ianya telah sengaja disalah lapor oleh TV3.

YB Hanipa Maidin juga mengesahkan beliau mendengar keseluruhan ucapan kerana beliau berada didalam dewan ketika itu.

Tahniah YB Mohamed Hanipa Maidin kerana berlaku adil kepada Presiden PAS. Mungkin semua daripada boleh mengambil contoh sikap yang terpuji ini. Moga dipelihara kesihatan beliau untuk terus berjuang. Iqra'.

Muhammad Syafiq Azmi

Penduduk Kg. Lanai Baling kecewa bilamana pemimpin tak kunjung tiba

 Penduduk kecewa pemimpin tak kunjung tiba
BALING - Penduduk kampung Lanai, di sini kecewa selepas sebuah program yang diatur mereka tidak dihadiri seorang pemimpin.

Difahamkan, wakil pemimpin juga hanya hadir di sebelah petang selepas tamat program.

Penduduk, Tamizi Nadzir, 43, berkata, penduduk hadir sekitar jam 8 pagi bagi bergotong-royong membuat persiapan program tersebut.

Menurutnya, mereka bertungkus-lumus menyediakan dua khemah, tiga kawah bubur asyura dan persediaan makan tengah hari.

“Sampai pukul 3 kami tunggu pemimpin itu tetapi tidak hadir. Kami bukan nak harapkan duit dan sumbangan, tetapi cuma mahu beliau hadir meraikan program,” katanya.

Tamizi berkata, kegagalan pemimpin itu hadir termasuk wakil menyebabkan hasrat mereka meluahkan masalah tidak kesampaian.

“Walaupun hujan, penduduk masih setia menunggu, sepatutnya pemimpin tersebut menghantar wakil,” katanya .

Penduduk, Hamidah Saad, 52, berkata, golongan wanita antara yang bersusah payah menyediakan masakan untuk menjayakan program itu.

“Warga emas pun turut terlibat, ada juga yang bawa anak-anak kecil,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lanai, Ahmad Omar, berkata, jemputan bersurat sudah dibuat kepada pemimpin berkenaan termasuk dihubungi dengan panggilan telefon.

“Saya sebagai Pengerusi JKKK agak kecewa dengan perkara ini, program ini sudah diatur sejak seminggu lalu, kutipan makan dan minum juga dibuat penduduk.

“Namun pihak kampung mengucapkan terima kasih kepada tiga wakil yang sudi hadir walaupun lewat,” katanya.

Sementara itu, wakil pemimpin, Fakarurazi Mohd Nor berkata, kelewatan itu disebabkan salah faham.

“Ada salah faham dari segi masa, Datuk pula ada menghadiri mesyuarat," katanya.

Menurutnya, satu program bersama rakyat dicadangkan tahun hadapan.

“Dalam program itu masyarakat boleh kemukakan masalah kepada pemimpin,” katanya

Alor Setar - Risiko limpahan air laut tinggi

Risiko limpahan air laut tinggi
ALOR SETAR - Orang ramai disarankan supaya lebih peka dengan keadaan semasa khusus ketika fenomena air pasang besar dan angin kencang yang sedang berlaku.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Rosli Zakaria berkata, risiko limpahan air laut juga adalah tinggi sekiranya kedua-dua fenomena itu berlaku pada satu masa.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer perjam dan ombak besar mencapai sehingga 3.5 meter.

“Pada masa sama, kejadian air pasang besar juga diramalkan berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang akan mendedahkan kepada kenaikan paras air laut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berkemungkinan besar berlarutan sehingga 19 Oktober ini.

“Jadual waktu air pasang di ramalkan berlaku dengan ketinggian 2.8 meter pada 15 Oktober, 2.9 meter pada 16 Oktober dan 3.0 meter pada 17 hingga 19 Oktober.

“Kejadian sama juga diramalkan berlaku dan sedikit berkurangan pada 20 Oktober dengan bacaan paras ketinggian 2.8 meter,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia menerusi laman web rasminya turut mengeluarkan amaran hujan lebat pada 9.30 pagi di Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Perlis dan Pulau Pinang.

Sungai Petani - 94 mangsa masih di pusat pemindahan

94 mangsa masih di pusat pemindahan

SUNGAI PETANI – Sehingga jam lapan malam, seramai 94 mangsa dari 27 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di empat buah pusat pemindahan melibatkan penduduk dari enam kampung di Kota Kuala Muda.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda (PA) Azahar Ahmad berkata, antara pusat pemindahan yang dibuka termasuklah di Sekolah Kebangsaan Seri Kuala, Dewan Masjid Haji Yusof, Rumah Pengerusi JKKK Sungai Meriam dan Dewan Kampung Paya.

Kesemua pusat pemindahan yang dibuka 12 tengah malam 17 Oktober lalu masih lagi dibuka sehingga jam empat petang tadi.

“Kita masih memantau pergerakan ombak dan paras air laut selain menasihati penduduk agar sentiasa berjaga-jaga sekiranya menyedari berlakunya air pasang atau kejadian seumpama itu di sekitar kawasan terjejas,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...