TERKINI :

Saturday, October 15, 2016

Kedah, Selangor ke final lagi

Kemuncak Piala Malaysia 2016 akan menjadi aksi ulangan musim lalu dengan kejayaan pasukan Kedah dan Selangor melangkah ke saingan akhir.

Tamatnya aksi separuh akhir kedua sebentar tadi keputusan secara agregat berpihak kepada  kedah mengatasi PDRM 2-1, manakala Selangor selesa menyingkirkan T-Team 5-1.

Najib hilang kewarasan bilamana salahkan Anwar & Mahathir berkenaan isu ketegangan kaum

KENYATAAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Menyalahkan Anwar ibrahim dan Dr Mahathir Dalam Ketegangan Kaum menunjukkan hilangnya kewarasan Najib.

1. Najib telahpun sampai ke penghujung destinasinya dan beliau sedar bahawa jalan penamatnya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Sejak kebelakangan ini komentarnya memperdengarkan nada sumbang yang tidak tertanggung halwa telinga rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan perpaduan. Begitu payah  beliau cuba memperbetulkan kesilapannya yang telah meruntuhkan negara ini, namun beliau masih gagal menemui sentuhan ajaib yang diimpikannya.

2. Sejak kebelakangn ini sokongan terhadapnya semakin pudar. Dia mungkin sudah sedar bahawa dia tidak lagi diperlukan oleh rakyat Malaysia.

3. Laporan DOJ hampir menjadi saksi kejatuhannya dan dia seakan telah nampak pintu selamat tinggal. Namun sahabat setia sekelilingnya memberi bantuan hayat buatnya kerana mereka sedar jika Najib berundur mereka akan pasti dihambat undang-undang dan pihak berwajib. Pasti mereka akan jatuh bersamanya.

4. Najib tidak boleh lagi bergantung kepada undi bukan Melayu untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang. Dia tiada pilihan lain selain daripada membawa watak sebagai Juara Melayu. Beliau mungkin berpendapat dengan cara begini, setidak-tidaknya beliau akan berjaya meraih sokongan Melayu. Namun dia mengundang perpecahan kaum di negara ini.

5. Najib kini dilihat sebagai Perdana Menteri Melayu yang bercelaru dan bukannya Perdana Menteri Malaysia. Dengan pantas muncul kumpulan yang kononnya mempertahankan bangsa Melayu dan kepentingan mereka. Mereka melakukan apa saja yang mereka suka dengan mengetepikan undang-undang negara. Mereka bertindak ganas terhadap kumpulan yang berarak secara aman dalam menyatakan rasa gundah gulana mereka terhadap kerajaan yang ada di bawah Najib.

6. Namun kumpulan ini dilabel sebagai samseng dan disanggah oleh bangsa Melayu keseluruhannya. Bangsa Melayu juga mempersoalkan mengapa tiada tindakan pantas yang diambil terhadap kumpulan perosak negara ini. Mereka berpendapat bahawa pasti ada tangan-tangan jahat di belakang gerakan ini.

7. Rakyat juga musykil mengapa tiada kenyataan tegas dan jelas dibuat mengenai kumpulan yang berbahaya ini. Adakah keadaan huru hara ini bakal dijadikan alasan oleh Perdana Menteri untuk melaksanakan Akta Keselamatan Negara yang kononnya untuk menjaga keamanan negara?

8. Najib juga terasa terancam dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan oleh Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin. Ramai yang telah menunjukkan minat yang menakjubkan terhadap parti baru yang dilihat sebagai penyelamat kepada masa depan rakyat Malaysia. Sokongan datang bukan saja daripada bangsa Melayu tetapi juga bukan Melayu.

9. Dalam masa yang amat singkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah berjaya menjadi jambatan kepada sebuah pakatan pembangkang yang kukuh.

10. Kita faham mengapa Najib menyalahkan Anwar dan Mahathir terhadap masalah kaum di negara ini.

11. Apabila Mahathir dan kemudian Muhyiddin bertemu Anwar, rakyat Malaysia menjadi amat teruja dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Secara spontan Pakatan Pembangkan kelihatan gah dan sukar dikalahkan.

12. Mungkin masanya telah sampai untuk Najib bermain kotor dalam kancah politik yang semakin sukar buatnya. Cara yang paling mudah ialah menimbulkan isu perkauman yang boleh mengelirukan rakyat.

13. Najib sudah tidak punya kehormatan lg. Dia yang berhadapan dengan tuduhan korupsi telah mengambil jalan dengan bermain api perkauman dalam usaha mengekalkan kuasa. Dia terlupa bahawa parti dan pentadbirannya dipalitkan dengan masalah kleptokrasi yang besar. Tiada ikatan perpaduan yang kelihatan dalam pentadbirannya.

14. Najib juga mungkin terlupa bahawa keputusan pilihanraya ke 13 di bawahnya menunjukkan polarisasi kaum yang amat meruncing dalam sejarah tanah air.

15. Kepada Najib kami ingin bertanya kemana perginya 1 Malaysia.

BERSATU BERAMANAH BERMARUAH

Tips bezakan ais air paip dengan ais air masak

ais kiub

KETIKA enak menikmati minuman sejuk pada waktu cuaca panas terik atau masa lepak minum di kedai, pastinya setiap daripada kita terfikir, ais yang diletakkan dalam gelas itu guna air masak atau air paip?

Ada tips bagaimana membezakan ais air paip dengan ais air masak:

• Ais daripada air mentah berwarna putih kerana banyak gas yang masih terperangkap di dalamnya.

• Kebiasaannya ais yang dibuat daripada air mentah adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.

• Ais daripada air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalamnya telah dilepaskan ketika merebus air tersebut. Ais ini dipanggil ais kristal.

• Ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Politik: Jangan taksub sampai tunjuk samseng

https://2.bp.blogspot.com/-ewHPd9a8hiU/V_BK2ZdqE6I/AAAAAAABDQY/jXq05BT8ZbQV4cINVuLBXUBkiGEp6SsxgCLcB/s640/jamal.tiff

SHAH ALAM – Ahli-ahli parti politik baik pembangkang mahupun parti kerajaan dinasihat supaya tidak terlalu taksub dengan pegangan politik masing-masing.

Penganalisis politik,‎ Universiti Sains Malaysia (USM),Prof Madya‎ Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, tindakan samseng itu pada akhirnya tidak akan memberi kelebihan kepada individu mahupun parti masing-masing.

"Adakalanya sebilangan ahli menjadi taksub dengan pegangan politik sehingga meminggirkan nilai yang boleh mempengaruhi sentimen orang ramai ke atas perlakuan seperti itu.

"Parti boleh mengambil tindakan (terhadap ahlinya) jika wujud elemen-elemen yang melanggar pelembagaan parti," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Malah katanya, budaya samseng tidak boleh diterap ke dalam dunia politik kerana ia boleh menjejaskan imej sesebuah parti dan negara ini.

"Saya tahu tidak akan ada parti yang membenarkan ahlinya berkelakuan ganas pada sebarang himpunan jalanan.

"Ini kerana ia akan mendatangkan kesan terhadap imej parti, selain turut mengancam kestabilan dan pengurusan parti," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, setiap individu harus bersikap rasional tanpa mengira bangsa, parti, kaum dan agama bagi mengelakkan keganasan terus tercetus di himpunan jalanan.

"Parti barangkali perlu mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang membawa elemen tidak baik. Ia bertujuan untuk memelihara  perpaduan dan keharmonian parti," katanya lagi.

‘Saya tak dendam Tun Mahathir’ - Azizah

https://sokmodotnet.files.wordpress.com/2016/04/mahathir_wan-azizah__600.jpg?w=640

SHAH ALAM – "Memang hati saya terguris namun kita tidak boleh pendam kerana saya juga manusia biasa." Itulah luahan ikhlas Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berhubung tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memecat  suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet  ketika menggalas jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Walaupun mengakui berasa terguris hati dengan tindakan Tun Mahathir itu, Wan Azizah menyatakan beliau tidak lagi memendam perasaan kerana sedar manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Wan Azizah berkata, anak-anaknya memang merasa sedih apabila Anwar terpaksa dimasukkan ke penjara ketika usia mereka masih muda namun tiada sebarang dendam disimpan ekoran insiden tersebut.

"Kalau orang buat jahat pada kita dan kita tidak pendam, insya-ALLAH itu akan membawa kebaikan pada satu masa nanti.

"Ia tidak seindah dan semudah yang saya katakan....namun saya mesti telan dan mengatasi perasaan ini dengan niat yang betul," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Sinar Harian, semalam.

Anwar ditangkap pada 20 September 1998, dan pada tahun 1999 beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan telah menggugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku, oleh itu beliau telah dibebaskan.

Pada Julai 2008, Anwar telah ditahan sekali lagi atas dakwaan beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mana akhirnya pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan tersebut.

Menceritakan lebih lanjut mengenai saat-saat penahan Anwar pada tahun 1998 lalu, Wan Azizah berkata, beliau turut sama menaiki van yang membawa Anwar selepas beliau ditangkap di rumah kediamannya.

"Ketika di pertengahan jalan sekitar satu lokasi yang sunyi, Anwar telah dipindahkan ke dalam van lain dan kami tidak tahu dia hendak di bawa ke mana.

"Dalam van tersebut, beliau telah digari dan pada waktu saya melihat van tersebut, Anwar sempat berkata, 'See you later Zah'," katanya.

Mengulas  detik-detik Anwar dipecat, Wan Azizah berkata, apabila isu berkenaan timbul, Anwar memaklumkan kepadanya bahawa beliau mempunyai dua pilihan iaitu sama ada untuk meletak jawatan ataupun dipecat oleh kerajaan.

"Saya kata kepadanya, kalau you dah resign, orang akan keluarkan 50 dalil itu so dia kata ok. "Then of course, Mahathir lucutkan dia daripada jawatan tersebut," katanya.

Ketika ditanya apakah pesanan Anwar kepada beliau sebelum dimasukkan ke dalam penjara, Wan Azizah menceritakan bahawa dirinya terpaksa belajar sendiri daripada rakan-rakan dan teman berhubung perkara-perkara politik.

Wan Azizah berkata, sewaktu Anwar mula-mula giat dalam bidang politik, beliau telah berpesan kepadanya supaya tidak masuk campur dalam sebarang hal berkaitan kerja.

"Semua program beliau saya tiada kena mengena kerana hanya dia yang terlibat.

"Disebabkan itu, selepas Anwar di penjara, bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor orang yang memberi kekuatan kepada saya di samping banyak pihak lain yang turut membantu," katanya.


Meninggal dunia ketika tunggu giliran terima bantuan

Al-Fatihah

KUALA NERANG - Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu giliran untuk menerima sumbangan anjuran Pertubuhan Sentuhan Kasih al-Qalam yang diadakan di Kampung Borakhas, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, Salleh Saad, 71, yang berasal dari Jalan Sungai Korok, Bukit Tembaga, dikatakan sedang menunggu giliran untuk menerima bantuan berbentuk makanan dan wang sebelum rebah dipercayai akibat penyakit jantung yang dihidapnya sejak 10 tahun lalu.     

Mohd Hafiz Jamil, 29, jurukamera sebuah syarikat televisyen, berkata ketika kejadian, dia sedang merakamkan visual program sebelum secara tiba-tiba mangsa rebah sehingga terkena bahagian belakangnya lalu jatuh.

"Saya cuba memberi bantuan dengan membantu mengangkat mangsa sebelum meminta bantuan daripada pengamal perubatan yang ada di situ," katanya.

Pegawai perubatan dari Hospital Kuala Nerang yang tiba 15 minit kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Semasa bantuan pernafasan diberi, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan mangsa mengalami luka di dahi akibat terjatuh ke lantai," katanya.

Sementara itu, Adun Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim yang hadir merasmikan program tersebut berkata jenazah dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sungai Korok selepas Asar. - Bernama


Awat Yang Dok Nak Pie Usik Tanah Bendang Tu Mat Bashah Oiii.. Akai Tak Dak Kaaa..???

Sebagai anak jati Kedah saya nak kata tak kira parti mana yg merintah Kedah, Kedah memang macam ini dari dulu. Nak kata munduq dak, nak kata maju sangat pun dak. Yang pastinya saya bangga dengan Negeri Kedah.

Yang saya tak bangganya jurang pendapatan antara org2 miskin di kampung2 khususnya yg bergantung hidup kpd hasil menoreh getah pokok orang yg kadang2 cuma dapat RM30-50 seminggu amat jauh bezanya kalau nak dibandingkan dgn pendapatan "orang2 politik" yg kadang2 kita pun tak tahu apa kerja depa tapi hidup mereka kelihatannya begitu mewah dan senang sekali.

Ada pun mengenai jelapang padi, hasil pengalaman saya duk masuk merata kampung di negeri Kedah bantu asnaf nie, jarang2 sangat kami ketemu asnaf2 org2 susah di kawasan Bendang. Kami dah pernah masuk kawasan bendang Sidam, kawasan bendang Pendang, kawasan bendang Yan dll; sukar ketemu keluarga yg benar2 susah di kawasan jelapang padi nie kalau nak banding dengan mereka yg menoreh getah di pedalaman Sik, pedalaman Baling, Kuala Nerang, Padang Terap dll.

Di kawasan perkampungan penoreh getah tu, di situ memang betul kalau nak kata rakyat Kedah hidup mundur.

Makanya pasal pa yg duk pi kacau tanah bendang yg semua org tau kalau jadi apa2 kat bekalan Beras yg kita IMPORT itu, pakat makan PASIAQ lah kita.

Kerana itu, jangan ganggu tanah bendang sebab ia bukan setakat sumber makanan tapi juga adalah "senjata" negara andai berlaku sesuatu kpd Beras import.

Kalau nak kacau, pi lah kacau tanah2 getah nu, pi tukaq jadi pokok kelapa sawit ka pokok kurma ka ladang anggoq ka ladang tebu ka ladang sayoq ka apakabala ka yg hasilnya dapat meningkatkan pendapatan org2 kampung.

Ish, negeri Kedah hijau kunin warna darahku nie dah kekurangan tenaga pemikir ka?

Saja nak kongsi.

Tkasih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...