TERKINI :

Wednesday, October 12, 2016

Sebab apa hakim menangguhkan keputusan mahkamah kes Anwar hari ini..!!!

SEBAB APA HAKIM MENANGGUHKAN KEPUTUSAN HARI INI. 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA SILA BACA DAN SEBARKAN !!!!

ULASAN SESI PAGI 12 OKTOBER 2016 :-

(A) Dato Seri Anwar Ibrahim jelas menjadi mangsa keputusan politik bukannya keputusan mahkamah berdasarkan fakta dan hujah yang dikemukakan peguambela

(B) Selama 611 hari Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjara tanpa bukti kukuh dari pendakwaraya dan kredibiliti mereka serta barisan hakim boleh dipertikaikan

(C) Gopal Sri Ram membuktikan adanya konspirasi politik yang dilakukan pemimpin Umno dan berjaya membuktikan bahawa Shafee Abdullah adalah boneka politik mereka

(D) Keupayaan dan kredibiliti bukti-bukti yang dikemukakan pendakwaraya seperti cebisan permaidani yang bercanggah dengan laporan forensik cukup menjadikan keputusan adalah silap dan batal

(E) Tindakan PMO mengeluarkan kenyataan terlalu cepat selepas 15 minit hukuman dijatuhkan membuktikan dalang di sebalik keputusan hakim datangnya dari kepimpinan negara

(F) Tiga hujah utama Gopal Sri Ram gagal dijawab panel hakim dengan hujah kukuh iaitu kredibiliti Saiful, sampel yang tercemar dan bukti penglibatan Shafee dalam menjadi boneka pemimpin politik

#BebasAnwar

CC: YB Rafizi Ramli

PLUS laksana undang-undang rimba, pengguna lewat didenda lebuhraya sesak pengguna tanggung sendiri


Kenyataan Media
12 Oktober 2016

Guna Lebuhraya Lebih Masa Dikenakan Penalti Tidak Logik, Mengundang Kecelakaan

Respon syarikat konglomerat Projek Lebuhraya Utara Selatan Malaysia Berhad (PLUS) semalam berkenaan caj tambahan pengguna lebuhraya yang lewat keluar tol adalah amat mendukacitakan. PLUS kini secara senyap telah mengenakan caj Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan atau 'Long Journey Time' (LJT), bagi pengguna lebuhraya yang melebihi masa ditetapkan. 

Menurut PLUS dalam kenyataannya, pengguna lebuhraya hanya layak berhenti rehat di hentian Rawat dan Rehat (RnR) selama 2.3jam (138 minit) dan ditambah dengan jumlah masa perjalanan dengan formula tertentu. Sekiranya masa yang diambil oleh pengguna lebuhraya melebihi jumlah masa rehat dan formula jarak perjalanan tersebut, penalti akan dikenakan kepada pengguna.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membantah keras penalti yang dikenakan secara senyap oleh PLUS terhadap pengguna lebuhraya. Penalti yang dikenakan ini tidak logik sama sekali malah boleh berlaku tanpa pengetahuan pengguna lebuhraya yang menggunakan kaedah pembayaran Touch n Go.

Alasan kononnya berlaku manipulasi kad transit oleh sesetengah pengguna lebuhraya adalah tidak rasional, sepatutnya pihak PLUS punya mekanisma lebih baik untuk atasi masalah ini, bukan dengan cara menghukum pengguna dengan cas tambahan.

Hentian RnR adalah kawasan rehat untuk pengguna lebuhraya, pihak PLUS tidak wajar menetapkan waktu rehat bagi pengguna. Berapa jam pengguna ingin berehat adalah terpulang kepada pengguna kerana laluan lebuhraya ini dibayar, bukan percuma.

Pengguna lebuhraya acapkali disaran untuk berehat sekiranya mengantuk, ini demi mengelakkan kemalangan akibat kepenatan atau tertidur akibat rehat yang tidak cukup. Namun kini PLUS pula mengenakan penalti hanya kerana berehat lebih masa.

Penalti yang dikenakan menyebabkan pengguna lebuhraya lebih terdesak dengan kadar tol yang sememangnya tinggi, kini pengguna akan mengelak untuk berhenti rehat supaya tiada penalti dikenakan terhadap mereka. Malah pengguna juga akan memandu melebihi had laju demi mengejar masa mengelak penalti tersebut. Situasi ini lantas membahayakan semua pengguna lebuhraya.

Apakah PLUS sudah menjadi kapitalis yang kejam? Apakah PLUS ingin bertanggungjawab terhadap kemalangan akibat daripada pengguna lebuhraya yang tidak berhenti rehat?

SAMM juga ingin mencadangkan supaya pihak PLUS pula dikenakan penalti sekiranya berlaku kesesakkan di lebuhraya kendalian PLUS. Formulanya, perjalanan dari tol Seremban ke tol Sg Besi hanya mengambil masa hanya 40 minit, jika berlaku kesesakkan hingga menyebabkan kelewatan lebih 50% dari masa perjalanan sebenar, iaitu lewat sehingga perjalanan menjadi lebih sejam, maka pihak PLUS wajar memberikan diskaun di antara 20%-50% bergantung kepada masa kelewatan. Alasannya, lebuhraya bertol adalah laluan berbayar yang sepatutnya menjimatkan masa. Jika laluan di lebuhraya menjadi terlalu sesak hingga melambatkan masa pengguna, untuk apa laluan itu dibayar?

Akhir sekali, SAMM menggesa supaya penalti yang tidak logik ini dimansuhkan segera. Pengguna lebuhraya sudah memberikan keuntungan berlipat ganda kepada PLUS, mengapa PLUS masih lagi menghimpit nasib pengguna lebuhraya dengan penalti ini? 

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 

Apabila AHLI DAP ajak NYDP PAS Kwsn SIK berwacana, sudah 20 jam masih sepi tanpa berita



Zul Hazmi
20 hrs ·

Sehingga la ni masih belum ada sebarang RESPON daripada Ahmad Tirmizi Ibnu Sulaiman tentang ajakan aku untuk berforum atau berdebat atau berbincang secara terbuka dengan dia berkaitan RUU Persendirian ADR Marang.

Ada sesiapa boleh tolong pi tanya dia... Dia penakut macam Leman jugak ka?? Dalam facebook Leman kemarin bukan main galak lagi dia dok kata Leman penakut.... Nak bincang pun tak mau?? Dalam facebook bukan main lagi kata DAP anti Islam lawan Islam bagai... Bila aku sebagai ahli DAP ajak bincang secara terbuka tak mau respon pulak.

Jom la.. kita buat di Markas Sungai Pau.

RUJUKAN 1 : Facebook 1
RUJUKAN 2 : Facebook 2
RUJUKAN 3 : Facebook 3

Apabila dua parti berbeza fahaman antara PAS & PSM bertemu muka dalam 2 isu yang berbeza RUU355 & ISU HUTAN



Ada dua parti. Satu parti Islam yang membawa kebenaran dan keadilan...satu lagi parti sosialis yang dituduh sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Bila parti sesat ni cuba berjumpa dan berbincang tentang masalah alam dan OA... Parti Islam buat tak tau.

Bila nak minta sokongan RUU355, parti Islam ni sanggup minta parti sesat supaya menyokong walaupun tak tau hujung pangkalnya lagi.

Kalau ikut akal aku, parti yang sesat itu lebih berwibawa dan dipercayai. Manakala parti yang membawa kebenaran nampak macam tak boleh diharap.

Boleh ka aku pakai akai? Atau percaya membabi buta?

Mat Saman Kati 

Ini Kisah Pertemuan Tersebut :

Dibawah adalah rentetan peristiwa sebelum berlakunya blockade di Pos Tohoi.

"3. Pada 19/01/14, satu pertemuan diantara Dr. Jeyakumar PSM, wakil Biro Orang Asli PSM , JKOASM dengan Ustaz Abdullah (Penyelaras DUN Galas), Ustaz Azman Ahmad (Penyeleras Parlimen Gua Musang), Ustaz Zulkefli (Pengerusi Lajna Alam Sekitar PAS Pusat) Ustaz Abdullah dan Ustaz Azman telah berjanji untuk mendapatkan temujanji dengan EXCO Kerajaan Kelantan tetapi TIADA JAWAPAN.

4. Pada 24/02/16, Parti Sosialis Malaysia bersama kira-kira 50 (berkemampuan hadir) penduduk Orang Asli Kampung Sendrod, Lojing Kelantan, telah membuat 6 laporan polis terhadap 2 syarikat yang dikatakan akan memulakan kerja-kerja di kampung mereka. Salah satu syarikat tersebut juga telah memasang papan tanda memberi peringatan kepada penduduk, supaya mengalihkan paip-paip air mereka.

5. Pada 30/03/16 - Orang asli bersama PSM menghantar memorandum dengan tangan di Kota Darul Naim (SUK) kepada MB Kelantan meminta temujanji berjumpa dengan penduduk OA Lojing. Memorandum diterima oleh Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan (SU Sulit MB). Jawapan diterima pada hujung April 2016 mengatakan MB tidak sihat bertemu.

6. Pada 10/07/16, orang asli Lojing nekad menyekat jentera pembalak, mengambil kunci kenderaan itu, menyerahkan kepada polis, dan membuat laporan polis di IPD Cameron Highland.

7. Pada 25/07/16, 'occupy' dan memorandum kepada Pegawai Daerah Gua Musang meminta temujanji berjumpa dan moratorium untuk hentikan segala penolakan tanah di Lojing. Jawapan diberi bahawa isu ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Tanah Kerajaan Negeri di Krabi. Tetapi selepas itu tiada jawapan.

8. Sehubungan dengan itu, dakwaan orang asli tidak berusaha bertemu pihak kerajaan negeri adalah dusta. Janji terbaru kerajaan negeri melalui sidang media ini kami akan rekodkan untuk tindakan susulan.

Suresh
Biro Orang Asli
Parti Sosialis Malaysia"

RUJUKAN 1 - Klik Sini
RUJUKAN 2 - Klik Sini

Siasatan Switzerland saksikan 'derma' RM2.6b jadi tumpuan semula


Tindakan pihak berkuasa Switzerland memaparkan urusniaga yang dipersoalkan membabitkan Falcon Private Bank sekali lagi menjadikan "derma Arab" RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tumpuan.

Antara lain, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) memaparkan urus niaga dana berkaitan 1MDB berjumlah AS$681 juta dan pemulangan semula AS$620 juta.

Pihak berkuasa Swiss, bagaimanapun, tidak memberikan butiran tentang bagaimana AS$681 juta itu berakhir dan bila urusniaga itu dilakukan, tetapi jumlahnya sepadan dengan "derma" yang disalurkan ke akaun bank Najib pada tahun 2013.

Pada Januari tahun ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, ketika membebaskan perdana menteri daripada sebarang salah laku, mendedahkan bahawa Najib telah memulangkan sejumlah AS$620 juta kembali kepada "penderma" itu beberapa bulan kemudian.

Tidak segera balas e-mel

Sementara itu, Finma juga mendakwa Falcon melakukan "pelanggaran serius" peraturan pengubahan wang haram dalam urusannya dengan "seorang ahli perniagaan muda Malaysia yang mempunyai kaitan dengan individu tertentu kerajaan Malaysia".

Walaupun ia tidak menamakan "ahli perniagaan muda" itu, namun spekulasi bertiup kencang bahawa pihak berkuasa Switzerland menunjuk kepada Jho Low yang dikatakan rapat dengan keluarga Najib.

Low juga adalah antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan penyelewengan berkaitan dengan dana 1MDB.

Menonjolkan persamaan antara urusniaga Falcon dan "derma" kepada Najib, agensi berita perniagaan Bloomberg juga cuba mendapatkan ulasan Pejabat Perdana Menteri mengenai kenyataan Finma itu.

"Pejabat Najib tidak segera membalas e-mel bagi mendapatkan ulasan berhubung kenyataan Finma," katanya.

Perdana Menteri berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan menyalahkan dakwaan itu didalangi individu dan kumpulan yang berkomplot untuk menjatuhkannya.

Kenyataan Finma, dan arahan pihak berkuasa Singapura supaya cawangan bank Falcon di republik itu ditutup berlaku ketika Sarawak Report dalam laporan terbarunya mendakwa bahawa RM3.5 juta dalam bentuk tunai dimasukkan ke dalam akaun bank Najib pada sekitar Februari dan Mac, 2015.

Memetik kebocoran maklumat siasatan, ia mendakwa akaun berkenaan diuruskan oleh bekas Pengarah Urusan, SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.

Nik Faisal adalah penandatangan untuk akaun berkenaan, dakwa Sarawak Report dalam e-mel.

'1MDB jangan spin, mahasiswa mahukan jawapan'


Beberapa pelajar di sesi jelajah kampus bersama presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di Universiti Malaya (UM) malam tadi bangun menuntut jawapan mengenai skandal 1MDB.

Ketika sesi itu hampir selesai sekitar jam 11.15 malam, empat pelajar bangun serentak, sambil memegang sepanduk mereka. Juga kedengaran laungan 'Tangkap MO1'.

Sepanduk tersebut berbunyi 'Mahasiswa Mahukan Jawapan', '1MDB Jangan Spin' dan '1MDB Pulangkan Duit Rakyat'.


Bagaimanapun, pelajar berkenaan didatangi beberapa lelaki yang mengoyakkan sepanduk dari mereka, dan mereka turut ditegur oleh hos majlis tersebut, Tun Faisal Ismail Aziz.

Sambil menyifatkan pelakuan itu sebagai tidak bertamadun, Tun Faizal berharap ia tidak akan berlaku pada sesi jelajah kampus pada masa depan.

Acara tertutup itu adalah sebahagian daripada siri 'Jelajah Kampus' anjura Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tun Faisal adalah ahli panel pemikir JASA.

PAS setuju bergabung dengan BERSATU - PJ PAS Perak

Setuju gabung tumbangkan BN
NOOR’AINON MOHAMED YUSOF

IPOH – Pas Perak bersetuju bergabung dengan parti Bersatu bagi menumbangkan BN pada PRU akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, gabungan itu adalah bersyarat iaitu perlulah menghormati prinsip dan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam dari semua segi termasuk kepimpinan.

Menurutnya, Pas tidak akan tunduk terhadap kehendak mana-mana pihak yang mengetepikan prinsip perjuangan hanya untuk memenangi PRU.

“Pendirian itu adalah ketegasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta parti yang mahu bergabung perlulah melakukan perubahan untuk menegakkan Islam.

“Pas tetap memperjuangkan Islam dan gabungan itu perlulah menghormati prinsip perjuangan parti masing-masing. Kalah itu perkara biasa tetapi kami setia kepada perjuangan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa bukan mudah untuk menumbangkan sebuah parti kerajaan seperti BN yang terdiri daripada gabungan 14 parti yang saling menyokong antara satu sama lain setiap kali PRU.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu, Razman berkata, pemilihan Hashim adalah tepat berikutan pengalamannya yang luas dalam dunia politik dan ‘orang lama’ dalam parti.

“Selain itu, beliau juga berpandangan jauh dalam arena politik serta tegas dan berprinsip dalam perjuangan parti. Beliau antara individu paling awal terlibat dalam Pas dan beristiqamah,” katanya.

Skuad Helang Merah bakal dapat stadium baru

N Faizal Ghazali

Kerajaan negeri Kedah merancang untuk merealisasikan sebuah stadium bola sepak baru susulan stadium sedia ada tidak dapat menampung jumlah penonton lebih ramai.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini memberi gambaran stadium baru tersebut akan dibina dengan kapasiti lebih besar bagi menampung kehadiran penonton pada satu-satu masa.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, kewujudan stadium baru itu juga dilihat dapat meningkatkan jualan tiket bagi membantu perbelanjaan skuad Helang Merah.

"Sekarang ini, dalam konteks perbelanjaan bola sepak hari ini RM2 juta sebulan tak cukup, (perbelanjaan) Kedah saja lebih kurang RM25 juta setahun.

"Tapi Insya-Allah kalau beginilah semangat yang ditunjukkan walaupun dengan perbelanjaan besar begitu, dengan peminat yang cukup ramai, kita jangan mengalah dalam hal ini," katanya ketika berucap di majlis Perjanjian Persefahaman (MOU) antara KFA dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara di Putrajaya, hari ini.

Pada majlis itu juga turut berlangsung pelancaran logo Akademi Bola Sepak Allahyarham Datuk Ahmad Basri yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Justeru Ahmad Bashah berkata, dengan sokongan padu peminat bola sepak Kedah, kerajaan negeri akan membina satu lagi stadium.

"Kita minta kementerian bantu sikit untuk buat satu stadium lain bagi menampung 70,000 hingga 80,000 penonton, (stadium) sekarang tak cukup dah.

"Dengan adanya stadium itu, kalau akademi dah hebat, stadium dah besar, penonton dah ramai makna kata kutipan daripada jualan tiket boleh menampung perbelanjaan (KFA)," jelasnya.

Sementara itu Setiausaha Agung KFA, Datuk Aminuddin Omar menjelaskan perancangan pembinaan stadium baru itu sudah dibincangkan di peringkat awal.

Bagaimanapun setakat ini katanya, kerajaan negeri belum membuat keputusan muktamad berkenaan lokasi, reka bentuk dan gambaran awal stadium tersebut.

"Dengan persembahan memberangsangkan pasukan Kedah sekarang, menteri besar telah menyatakan hasrat beliau untuk membina sebuah stadium baru yang mampu memuatkan jumlah penonton lebih ramai.

"Perkara ini masih di peringkat awal, kita belum putuskan di peringkat kerajaan negeri. Kalau ikut perbincangan awal stadium ini mempunyai kapasiti lebih 50,000 penonton dan padangnya menggunakan rumput asli," katanya.

PLUS mengaku bahawa ada denda lewat sekiranya berada lama di RNR

Penalti hanya dikenakan kepada pengguna tiada alasan munasabah

SELASA, 11 OKTOBER 2016 - 10:22PM
Oleh Faris Fuad / faris.fuad@bh.com.my  

KUALA LUMPUR: Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) hanya dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan ditetapkan.

PLUS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mempunyai rekod semua kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuhraya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuhraya. Katanya, rekod berkenaan dirujuk dan disemak petugas tol PLUS sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan.

"Sebagai contoh, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan yang dikenalpasti  antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya akan menelan masa selama 30 minit. "Jumlah itu akan ditambah sebanyak dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun.

"Sekiranya pengguna berkenaan keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan. "Malah, PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti," katanya. 

PLUS mengulas kenyataan yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook, Damar Wulan yang menjadi viral selepas mendakwa dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM6.40 ketika menggunakan lebuhraya PLUS antara Gurun dan Pendang.  Difahamkan, Damar berehat di R&R Gurun selama sejam 30 minit.

Selain itu, PLUS berkata, langkah berkenaan terpaksa diambil bagi mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.

  Katanya, antara taktik digunakan pengguna tidak bertanggungjawab termasuk menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol. "Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar dari lebuhraya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atau pengiraan ditetapkan.

"Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan berkenaan adalah berdasarkan satu had kelajuan yang sudah dikenalpasti," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201245?m=1





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...