TERKINI :

Tuesday, October 11, 2016

FALCON BANK TUTUP : Pencuri itu adalah kita..!!!

FALCON BANK TUTUP: PENCURI ITU ADALAH KITA

1MDB telah menyebabkan dua bank dunia ditutup. Kedua-duanya di Singapura, jiran terdekat aliran wang haram dari 1MDB.

US 3.8 billion (RM15.2 B) berkait wang 1MDB melalui bank ini. Termasuk US 681 juta (RM 2.6) yang dikaitkan dengan akaun peribadi PM.

Dua lagi institusi kewangan Singapura dalam siasatan.

Saya tidak pasti, PM Malaysia mempunyai biji mata atau tidak.

Jika ada, ‘biji mata’ PM Malaysia hanya mampu terkebil-kebil.

Dunia menelanjangi pencurian wang negara Malaysia satu lepas satu.

Kita masih tidak berbuat apa-apa.

Kenapa? Kerana pencuri itu adalah kita sendiri.

Kita tidak akan menangkap diri kita.

Kita memerlukan negara-negara di dunia yang mempunyai maruah, harga diri, keazaman tinggi menjunjung keluhuran undang-undang dan memelihara integriti sistem kewangan mereka, untuk mendedahkan jenayah kita.

Ketika kita kecewa, negara kita terbelenggu dikuasai pencuri dan kecurian tidak lagi dianggap hina, kita diberikan sedikit harapan kerana ada negara lain yang menangkap rakan-rakan pencuri yang membantu melarikan wang itu. Mereka telah bertindak bagi pihak kita.

Syabas Singapura!

Dan SYABAS DS Najib kerana mampu untuk terus memegang jawatan PM ketika dunia menelanjangi jenayah terbesar kita!

Husam Musa
11 Oktober 2016
10 Muharram 1438

Siapa Pengkhianat - PAS atau AMANAH?

SIAPA PENGKHIANAT?

1. Suatu yang disebut berulang-ulang, walaupun bohong, akan dianggap benar oleh pendengarnya.

2. PAS berulang kali melabel ahli dan pemimpin AMANAH yang meninggalkan parti itu sebagai pengkhianat. Tujuannya adalah supaya gelaran itu lekat dan AMANAH dibenci oleh masyarakat.

3. Hakikatnya, siapa sebenarnya pengkhianat?

4. Apabila dua pihak yang berperang, tiba-tiba ada sekelompok ahli meninggalkan kumpulannya dan MENYERTAI kumpulan musuh, maka ia layak digelar pengkhianat. BERJASA khianat kerana berpakat dengan musuh PAS iaitu UMNO melawan parti lamanya. HAMIM juga khianat kerana berpakat dengan UMNO melawan PAS. Hasilnya PAS tumbang di Kelantan dalam PRU 1978 dan terus gagal dalam PRU 1982 serta 1986.

5. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh bekas pimpinan dan ahli PAS yang meninggalkan parti bukanlah dengan menyertai UMNO. Mereka kekal melawan UMNO malahan lebih bersemangat lagi.

6. Hakikatnya, parti lama mereka PAS yang mula berbaik-baik dengan UMNO malahan tidak garang dalam isu 1MDB sebagaimana pendekatan PAS sebelum-sebelum itu. Hasilnya, momentum penolakan rakyat terhadap Najib kurang berkesan kerana PAS tidak mahu bersama.

7. Untuk melunakkan tindakan berkawan dengan UMNO, maka diwujudkan slogan politik matang dan sejahtera. Hakikatnya budaya takfiri tetap wujud. Terbaru mahu menanam Presiden PKR di jirat cina jika undi menentang RUU Akta 355.

8. UMNO hakikatnya tidak mahu pun kepada PAS. Tujuan mereka hanya mahu Pakatan Rakyat berpecah supaya mereka kekal berkuasa. Terbukti selepas PR berpecah, Nazri Aziz terang-terangan menyebut bahawa PAS tidak perlu sertai kerajaan. Katanya kuota menteri sudah penuh.

9. Tinggallah PAS terkontang-kanting bersendirian. Untuk bersama Pakatan Harapan, mereka sudah bertalak tiga. Mahu bersama UMNO, UMNO pun tidak lagi perlukan mereka. Untuk nampak tidak keseorangan, PAS wujudkan Blok Kedua bersama IKATAN dan kini membentuk Gagasan Sejahtera bersama IKATAN dan BERJASA. PAS pun tahu kedua-dua parti ini tidak ada kekuatan. Malahan ahli mereka pun boleh dibilang dengan jari.

10. Adapun, AMANAH terus istiqamah menentang kezaliman UMNO. AMANAH tidak pernah satu saat pun mengkhianati harapan rakyat yang mahu melihat kezaliman UMNO ditamatkan. AMANAH juga tidak pernah memberikan talian hayat kepada pemimpin UMNO yang korup untuk terus berkuasa.

11. Justeru, rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang khianat dan siapa yang istiqamah menentang kezaliman.

Hasbie Muda

Adakah semua kesalahan terampun jika bantu Melayu, soal peguam

 Art-Harun
PETALING JAYA: Peguam Azhar Harun bingung melihat tindakan segelintir orang Melayu pertahankan speaker motivasi Azizan Osman, yang “memperdaya, jika tidak menipu” kepada orang ramai mengenai kesahihan ijazah kedoktorannya.

Azhar, yang lebih dikenali sebagai Art Harun, menulis di Facebook hari ini mengulas reaksi orang ramai, terutamanya segelintir orang Melayu terhadap kenyataan rasmi 3 universiti tempatan dan 1 dari United Kingdom yang nafi menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada Azizan.

“Mereka (puak segelintir) berhujah kita boleh ketepikan hakikat yang dia perdaya orang ramai kerana dia sudah membantu ribuan orang Melayu.

“Hujah ini menyingkap pemikiran sebenar segelintir orang Melayu. Tidak apa berbohong kerana dia sudah bantu orang kita,” kata Art membidas sikap sesetengah pihak yang pertahankan Azizan di media sosial.

Art percaya mentaliti yang sama boleh diguna pakai untuk menggambarkan lanskap politik negara.

“Patutlah ada orang Melayu mengizinkan pemimpin yang korup dan menyeleweng memegang jawatan awam tertentu dan menganggap kemudahan awam seolah kepunyaan peribadi, kerana mereka sudah ‘bantu orang Melayu’,” tambahnya.

Peguam itu berpendapat pemikiran yang serupa barangkali menjelaskan amalan mengahwinkan mangsa pemerkosaan dengan pemangsa mereka.

“Dalam senario perogol, barangkali tidak mengapa dia merogol mangsanya kerana sekarang dia bersetuju untuk ‘bantu’ mangsa dengan mengahwininya.

“Seolah elok untuk mereka berkahwin kerana perogol sudah memohon maaf dan bersetuju untuk pulihkan maruah mangsanya,” kata Art.

Beliau sempat berseloroh dengan berkata sekarang ini semua kesalahan “tidak diendahkan atau dimaafkan” hanya dengan “bantu orang Melayu”.

Mengecam pemikiran simplistik itu, Art berkata, “dengan ini, saya berikrar untuk membantu orang Melayu mulai hari ini.”

Belum bayar RM10k kepada Guan Eng kerana di luar negara, kata Ketua Penerangan PAS

 Nasrudin-Hassan_lim-guan-eng_600
GEORGE TOWN: Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata beliau sebenarnya mahu membayar kos mahkamah sebanyak RM10,000 untuk kes fitnah membabitkan Ketua Menteri Lim Guan Eng, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana berada di luar negara.

“Saya sendiri sebenarnya telah merancang untuk lunaskan kos mahkamah tersebut dalam tempoh terdekat ini setelah menyelesaikan beberapa urusan penting yang tertunggak sepanjang saya berada di luar negara tempoh hari.”

Setakat ini, beliau belum membayarnya.

Nasrudin berkata tindakan pegawai khas undang-undang kepada ketua menteri membuat siaran akhbar mendakwa beliau menghina mahkamah adalah tidak wajar kerana memberi persepsi buruk terhadapnya.

“Pegawai khas undang-undang perlu memahami bahawa tuntutan terhadap kos penghakiman (jika pun tidak dibayar) tidaklah mengakibatkan penghinaan kepada mahkamah.

“Sebaliknya ia hanya bersifat liabiliti sivil (hutang penghakiman) sebagaimana tuntutan hutang yang lain,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng mengheret Nasrudin ke mahkamah kerana membuat kenyataan berbaur fitnah tentang cadangan terowong dasar laut yang bertajuk “Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang” di Facebook pada 6 Ogos 2014.

Nasrudin mendakwa projek itu dianugerahkan secara rundingan terus dan bukan secara tender terbuka seperti yang diuar-uarkan.

Sebelum ini, pegawai undang-undang khas Guan Eng Raja Syarafina Raja Shuib mendakwa Nasrudin belum melunaskan RM10,000 walaupun perintah mahkamah dihantar pada 19 September.

Nasrudin turut membidas Guan Eng yang belum melunaskan kos RM500 kepada mahkamah kerana membatalkan kes fitnah pertama terhadapnya.

“Jika kegagalan membayar kos adalah satu bentuk penghinaan mahkamah, maka Guan Eng telah lama menghina proses mahkamah walau pun jumlahnya hanya RM500.

“Namun saya tidak bersedia untuk menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan Guan Eng, tidak sebagaimana yang dilakukan olehnya melalui pegawainya pada hari ini,” kata Nasrudin.

FMT cuba menghubungi Raja Syarafina untuk mengesahkan sama ada RM500 itu sudah dilunaskan.

Pengerusi BERSIH 5 buat laporan polis ke-8 terhadap kenyatan 13 Mei ‘Dato Jamal Yunos’

PETALING JAYA: Bersih 2.0 menggesa polis menyiasat individu di sebalik kenyataan ‘Dato Jamal Yunos’ yang mengancam melakukan rusuhan berdarah sekiranya himpunan aman Bersih 5 diadakan.

Pengerusinya Maria Chin Abdullah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang tadi. Beliau yang pernah diancam keselamatannya diiringi 11 individu lain.

“Kenyataan itu secara jelas telah memberi kata putus supaya perang dapat dimulakan. Ia bukan sahaja memberikan kesan buat Bersih tetapi juga pada negara,” katanya sewaktu ditemui pemberita.

Himpunan Bersih 5 dijadualkan pada 19 November depan bagi mendesak reformasi institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bersih 2.0 turut mengadakan konvoi jelajah negara menuju acara kemuncak itu bagi menarik sokongan orang ramai. Gerakan Baju Merah bagaimanapun mendakwa gabungan badan bukan kerajaan itu diresapi IS, dan konvoi Bersih dikasari di beberapa lokasi.

Pada Ahad lalu, tangkap layar menyerupai Facebook ‘Dato Jamal Yunos’ yang mengancam perang saudara mulai tersebar di media sosial.

Bertarikh 21 September jam 8.10 malam, status itu berbunyi: “Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu!”

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan tindakan tegas dengan segera kerana “kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima”.

“Kita tidak tahu siapa dia (pelaku kenyataan itu) dan kalau bukan Jamal, baguslah. Tetapi kalau dia (Jamal), polis perlu ambil tindakan,” kata Maria.

Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, menafikan kenyataan itu miliknya. DAP, yang dituduh Jamal sebagai dalang disebalik kenyataan itu, turut menafikan.

“Ada 7 laporan yang telah dibuat, iaitu di Johor Bharu, Kluang, Kota Kinabalu, Kuantan, Brickfield dan Kelantan. Laporan polis yang kita lakukan ini laporan polis yang ke-8,” kata Maria.

Guan Eng bantah cadangan bina kasino di Pulau Pinang

Predeep Nambiar

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng gusar melihat sebuah parti baharu mengemukakan agenda pembinaan kasino untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Guan Eng berkata rancangan Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) untuk menjadikan negerinya serupa pusat percutian kasino seperti Macau adalah jahat dan tidak boleh diterima.

Guan menambah dirinya tidak ada masalah sekiranya agenda PFP adalah bertanding untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

“Tetapi untuk meminta sokongan rakyat dan sebagai balasan akan dibina sebuah kasino? Apa yang sudah berlaku sekarang ini?” katanya di sidang media di Komtar hari ini.

Guan Eng terkejut Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin daripada Umno yang merupakan penasihat PFP bersetuju dengan cadangan PFP itu.

“Adakah ini dasar baharu Umno – bina sebuah kasino di Pulau Pinang?

“Adakah Umno mahu sebuah kasino di bina di Pulau Pinang?

“Membina kasino bukan sebahagian dasar Kerajaan Pulau Pinang. Kita tidak bersetuju sebuah kasino dibina di sini.”

PFP didaftarkan secara rasmi pada 9 September dan mengumumkan hasrat untuk menukar Pulau Pinang menjadi seperti Macau.

Pengerusi penaja Lim Poh Kong berkata partinya akan memohon lesen kasino daripada Kerajaan Persekutuan dengan harapan ia dapat menjana pelancongan di negeri itu.

PFP juga mengumumkan ia pro-BN dan hanya akan bertanding di 25 kerusi negeri majoriti Cina di Pulau Pinang.

Parti itu percaya sebuah kasino khusus untuk pelancong sahaja akan menjana pendapatan RM3 bilion setahun dan percaya ia akan membantu ekonomi negeri.

Sudah ada pengguna yang dikenakan charge denda lebih masa di RNR GURUN sebelum kes viral semalam

Semalam ada sahabat yg mengadu mengatakan beliau kena denda sebab duduk lama di RNR GURUN...

Kini ada seorang lagi sahabat di komen status fb sahabat yg kena charge denda itu mengaku beliau juga sudah beberapa kali dikenakan charge denda sedemikian kerana berada lama di RNR tersebut.

Beliau menyatakan sewaktu beliau ada kerja di Station Minyak Shell di RNR GURUN yang berada seharian telah dikenakan charge sedemikian.

Nampaknya sekarang perkara ini ada kebenarannya.. bukanlah seperti ada komen mengatakan sahabat kita sebelum ini sudah menghilangkan resit beliau sebab itu dia dikenakan charge maksimun.

Dan disini juga ada penjelasan sahabat yang diviralkan bagaimana beliau boleh berada lama di.RNR tersebut..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...