TERKINI :

Monday, October 10, 2016

PERBUATAN "SAMSENG BAJU MERAH" MEMALUKAN BANGSA MELAYU.

PRESS RELEASE
SUNDAY 9 OCT 2016

PERBUATAN "SAMSENG BAJU MERAH" MEMALUKAN BANGSA MELAYU.

1. Perbuatan kumpulan baju merah untuk bertindak ganas terhadap anggota Bersih 5 sungguh-sungguh memalukan bangsa Melayu.

2. Jelas perbuatan provokasi dengan bertindak agresif secara fizikal mencerminkan sikap tidak bertamadun kumpulan samseng ini.

3. Negara ini adalah sebuah negara demokrasi di mana rakyatnya bebas menyatakan pendirian mereka. Hak ini termaktub dalam perlembagaan negara.

4. Baju merah tidak mewakili bangsa Melayu. Malahan mereka yang berfikiran cetek ini tidak boleh mendakwa bahawa mereka bertindak secara bodoh dan membuta tuli kerana ingin mempertahankan maruah Melayu. Nyata apa yang mereka lakukan hanya meruntuhkan pandangan masyarakat Malaysia dan dunia terhadap Melayu yang semakin lama semakin bercelaru pandangan mereka.

5. Bersih 5 tidak membawa sebarang isu perkauman. Ia tidak membawa mesej yang memperlekehkan atau berkonfrontasi dengan bangsa Melayu.

6. Apa yang dilakukan oleh Bersih 5 ialah untuk memastikan bahawa isu-isu meruncing dalam negara perlu diselesaikan dengan segera sebelum terlambat.

6. Bersih 5 mahukan negara ini diurus tadbir dengan baik dengan penuh  semangat. Apakah agenda Bersih 5 yang tidak disenangi oleh Baju Merah? Atau adakah Baju Merah sendiri yang mempunyai agenda  tersembunyi?

7.Baju Merah perlu belajar untuk hidup harmoni sebagai anggota masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ia perlu keluar dari kepompong perkauman yang telah ketinggalan zaman.

8. Apakah tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang telah memukul penunggang motosikal anggota anghota Bersih seperti yang dapat kita tonton dalam video yang telah diviralkan ke seluruh negara.

9. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak polis terhadap Jamal kerana beliau jelas telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan bentidak lebih agresif lagi?

10. Siapakah Jamal apabila beliau berani mengeluarkan kenyataan sedemikian? Besar sungguh kah Jamal...atau beliau ada orang besar di belakangnya?

11. GKCM memandang serius tentang tindak tanduk ganas kumpulan bertamadun ini. Pihak polis tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bertindak.

12. Rakyat Malaysia perlu menolak budaya samseng yang dibawa oleh kumpulan ini. Malahan kita perlu menolak pihak yang mendokongi kumpulan ini.

13. GKCM akan membulatkan tekad memberi sokongan yang padu kepada Bersih 5 setelah melihat undang-undang negara diperbodohkan oleh kumpulan Baju Merah.

14. Orang-orang Melayu juga perlu mengasingkan diri daripada kumpulan ini jika tidak mahu dilabelkan sebagai bangsa Melayu yang tidak rational.

BERANI KERANA BENAR

CIKGU KAMARULAZMAN
PRESIDEN GKCM

KENYATAAN MEDIA
AHAD 9 OKT 2016

3 wakil rakyat Kedah langgar keputusan Pas tidak sertai Bersih

08 Oktober 2016 | BORHAN AHMAD

Amirudin, Mahfuz dan Nasir menyertai konvoi Bersih 5 di Sungai Petani semalam.

 

Walaupun Pas secara rasmi menolak tawaran untuk bersama-sama Bersih 5, namun tiga wakil rakyat Pas di Kedah melanggar keputusan itu.

Ketua pembangkang Dun Kedah, Datuk Amirudin Hamzah, Adun Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa serta ahli parlimen Kuala Kedah Datuk Mahfuz Omar menyertai konvoi Bersih semalam.

Amirudin turut berucap di pentas Bersih 5."Berani bersama Bersih walaupun ditegah oleh pemimpin Pas Kedah serta Pusat," tulis Aris Awang, pemimpin Amanah Kedah dalam facebooknya.

Mereka menyertai konvoi Bersih yang diadakan di Sungai Petani semalam selepas kumpulan konvoi ini memulakan perarakan mereka di Kangar, Perlis 1 Oktober lalu.

Sebelum ini, Amirudin telah meletakkkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah dengan alasan tidak dapat memikul arahan dari Pas pusat.

Beliau yang baru pulang dari menunaikan fardhu haji turut memberikan ucapan di perhimpunan konvoi Bersih 5 itu.

Konvoi Bersih 5 akan berakhir di Kuala Lumpur 18 November depan sebelum perhimpunan besar pada keesokan harinya di Dataran Merdeka.

Menurut Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Pas secara rasmi telah menolak untuk menyertai Bersih 5 walaupun dipujuk hampir tiga minggu oleh pemimpin Bersih.

"Saya mengambil masa tiga minggu untuk memujuk mereka agar menyertai Bersih 5, tetapi Pas tetap menolaknya," kata Maria Chin Abdullah, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Amanah.

Katanya, selain beliau, ahli jawatankuasa pemandu yang lain juga menghubungi pemimpin Pas, namun ditolak.

"Kami hubungi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (timbalan presiden), Datuk Mustafa Ali (pengarah pilihan raya), Idris Ahmad (naib presiden) dan lain-lain lagi. Selepas bermesyuarat, mereka menolak untuk menyertai Bersih 5," kata Maria kepada mingguan Amanah.

 

Bekas blogger UMNO BN mohon maaf dan dedah kerja buat mereka burukkan pembangkang suatu masa dahulu

Teringat dulu masa sebelum PRU13. Kami semua di feed kan untuk sebarkan agenda BERSIH konon songsang. Saya sampai keluarkan duit sendiri taja belanjan & tenet pada kawan-kawan yang tidak berkemampuan untuk berjuang naikkan BN dan fitnah serta burukkan BERSIH, pembangkang & Ambiga.

Macam-macam grafik kami sebarkan dan kami tulis, padahal ia tak benar, masa itu saya ingat BN yang terbaik nak jaga kebajikan rakyat dan negara. Tak sangka pula lepas Najib naik semua jadi sebaliknya

Menyesal saya, sekarang ni kifarah saya terima kerana bantu pemimpin zalim kekal memerintah. Macam mana saya nak tebus semua kembali supaya tahu saya dah buat kesilapan dulu.

Maafkan saya, saya sangat kesal apa yang dah kami lakukan.

Ratu Naga

Perbezaan Minda dan pemikiran antara pimpinan di bawah dan diatas didalam PAS ketika ini

Setiap hari semakin banyak isu semasa yang perlu kepada penjelasan pimpinan Pas atasan. Pimpinan Pas bawahan menunggu dengan penuh sabar. Sekiranya tidak dijawab, maka seolah-olah pihak atasan mengesahkan segala perkara yang dibangkitkan oleh parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (Pan) dan Dato Husam Musa adalah benar.

Pimpinan Pas bawahan sudah banyak kali berpesan sebelum ini supaya beringat dengan Dato Husam ini. Tindakan pecat Dato Husam ibarat serah ulu golok kepada pihak Amanah dan Pas pegang mata golok yang tajam. Pas akhirnya terluka dan menderita.

Segala maklumat dalaman parti dan kerajaan negeri serta hubungan baik dengan jentera parti dan kerajaan menjadikan maklumat dan hujjah anak buah alMarhum Tok Guru Nik Aziz ini sukar untuk dipatahkan. Parti Pan mendapat semangat baru dengan kemasukan Dato Husam. Hampir setiap hari DH turun mengadakan majlis dialog dan menubuhkan cawangan amanah di seluruh Kelantan.

Kalau isu pejabat Pas Dun Salor yang bertukar warna oren sudah jadi isu makan diri Pas sehingga  seorang pemimpin Pas digelar sebagai pembohong apabila mendakwa tanah asal pejabat dun salor tersebut adalah tanah kerajaan. Bukti dokumen geran tanah dan saksi bekas Adun Salor Dato Rosli  menafikan sebaliknya.

Isu balak yang terbaru lebih merungsingkan pimpinan bawahan kerana ianya ibarat bom jangka yang menunggu mangsanya. Senarai pembalak yang rapat dengan pimpinan atasan sudah dibongkar sedikit demi sedikit oleh Dato Husam. Dokumen-dokumen penting dijangka dikeluarkan selepas ini bagi membuktikan ada pimpinan Pas atasan yang juga mendapat habuan dari tauke-tauke balak ini.

Pas dijangka akan terus tersepit apabila Usul RUU 355 tidak dibentangkan dalam persidangan Parlimen dalam bulan Oktober sebagaimana diwar warkan sebelum ini. Ahli-ahli Parlimen Pas akan diperhatikan setakat mana mampu berhujah mempertahankan usul Ruu A355 tersebut oleh tuan guru Presiden sendiri. Jangan pula ada yang menyokong sambil duduk sahaja tanpa berani bangun berhujah dengan puak sekular umno, mca, mic, dap dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak yang telah isytihar menolak Ruu 355 tersebut.

Tiada isu lain lagi bagi Pas untuk terus menuduh Dap sebagai anti Islam sekiranya Ruu 355 ini gagal. Isu penyelewengan 1mdb dan persempadanan semula pilihanraya Pas masih senyap tanpa suara dan tindakan. Amat pelik apabila Bersih 5 juga Pas tidak akan sertai pada kali ini dalam keadaan parti-parti lain membuat bantahan persempadanan pilihanraya yang dijangka memberi kelebihan kepada Umno-Bn.

Apa nak jadi tentang nasib masa depan Pas,  pimpinan Pas bawahan hanya tunggu dan lihat. Sekiranya jawapan diberi tidak memuaskan hati, maka jangan harap kita kekal istiqamah dengan Pas. Kemungkinan besar kita juga akan berhijrah ke arah parti baru ( Pan dan Bersatu) yang jelas akan menolak parti zalim Umno-Bn sebagaimana kehendak alMarhum Tok Guru Nik Aziz sejak dulu lagi.

Pemimpin Pas Bawahan

Tanah dua Adun DAP asal milik YIK, Husam nafi terlibat buat kelulusan

Datuk Husam Musa menjawab tuduhan yang mengatakan beliau pernah meluluskan kawasan balak kepada dua Adun Perak dengan menjelaskan bahawa tanah berkenaan asalnya di bawah bidang kuasa Yayasan Islam Kelantan (YIK), bagaimana beliau pula dipersalahkan.

Tanah yang dikatakan tersebut adalah di bawah anak syarikat YIK dan sebarang pembelian tanah perlu mendapat kelulusan Ahli Lembaga Yik tanpa perlu dibincangkan di peringkat Exco.

Beliau tidak terlibat dalam Ahli Lembaga YIK tersebut.

*Malah saya menegaskan supaya exco yang terlibat dengan YIK ketika itu sama ada Dr Fadhli atau Datuk Nik Mohd Amar menjawab tentang kelulusan yang diberikan tersebut*

Dalam Majlis Sembang Santai Bersama Datuk Husam Musa pada 7 oktober 2016 yang lalu, beliau menjawab soalan yang diberikan oleh seorang “Netizen” bernama Muhammad Yusop.

Berkenaan soalan 'Adakah Datuk pernah memberi balak kepada DAP Perak?

Saya ingin menjawab maklumat yang diperolehi orang ramai dan disebarkan oleh “Netizen” bernama Roslan SMS.

Tulisan ini katanya bersumberkan Raja Petra Kamaruddin yang kini menetap di London.

Saya ingin menegaskan kepada orang ramai perkara ini tidak benar.

Tanah yang dikatakan tersebut adalah di bawah anak syarikat YIK dan sebarang pembelian tanah perlu mendapat kelulusan Ahli Lembaga YIK tanpa perlu dibincangkan di peringkat Exco.

Menurut beliau, maklumat daripada Raja Petra Kamaruddin menyatakan bahawa beliau meluluskan kawasan balak kepada dua DAP Perak dibawah Yayasan Islam Kelantan dengan menggunakan cara meminda minit mesyuarat.

*Mengapa tidak buat laporan polis?*

*Jika perkara ini berlaku sudah lama saya ditahan polis*??

Beliau meminta supaya Datuk Ahmad Yaakob dan Datuk Nik Mohd Amar supaya memberi perjelasan bilakah Yayasan Islam Kelantan meluluskan kepada dua orang DAP tersebut.

Sementara itu dalam majlis yang lain berlangsung di Gopeng malam kelmarin, Datuk Ngeh Kor Ham memperjelaskan kepada hadirin bahawa beliau dan Nga Kor Ming tidak mendapat sebarang tanah daripada kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata pernah almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak pernah terlibat dalam kelulusan tersebut.

Malah tanah tersebut diluluskan kepada satu anak syarikat kepunyaan Datuk Seri Wong Sin Tan pada tahun 2006 .

Oleh sebab Datuk Seri Wong Sin Tan merupakan seorang pengusaha balak dan bukan seorang “Planter” gagal untuk membuat aktiviti penanaman semula balak maka beliau berusaha mencari pelabur.

Dengan itu, saya dan YB Nga Kor Ming mengambil alih syarikat tersebut pada tahun 2012 dengan membeli syarikat tersebut serta meneruskan kerja penanaman yang sudah diluluskan pada tahun 2006.

*Beliau turut memberitahu bahawa dengan penyebaran maklumat palsu tersebut, beliau telah mengambil tindakan saman kepada Berita Harian sebanyak RM150,000 dan memenangi kes tersebut.*

*Tiada siapa-siapa yang meluluskan termasuk Datuk Husam Musa*

"Takutnya Saya Dengan Ekonomi Negara Sekarang...", Datuk Terlajak Laris' Luah Rasa Bimbang.

Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hari meluahkan rasa bimbangnya dengan keadaan ekonomi negara yang dilihatnya semakin menghimpit dari sehari ke sehari.

Alif Syukri, yang terkenal dengan nama 'Datuk Terlajak Laris', meluahkan perkara itu menerusi Facebook rasminya.

Menurut belau, peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan selain mengakui perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat kenaikan kos sara hidup rakyat.

Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.

“‎Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Melihat kos sara hidup melambung tinggi dan bisnes semakin menurun.

“Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi,” katanya.

Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk melihat warganegara Thailand datang bekerja di negara ini berbanding empat tahun lepas.

Menceritakan momen lawatannya ke Australia yang dibuat atas tujuan perniagaan, Aliff berkata, ramai anak Melayu dipandang hina orang masyarakat Australia dek kerana lambakan pekerja Malaysia di sana.

“Ketika saya melawat untuk tujuan bisnes di Australia, saya melihat banyak wajah anak-anak melayu dipandang rendah oleh orang Australia kerana lambakan pekerja orang Malaysia yang bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf; seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi.

"Sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis 'Yaa Ohh are you farmer boy', sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar?", tulis Alif

Selain itu, beliau juga berkata kerana keadaan ekonomi sekarang, ramai pekerja yang terpaksa berniaga secara 'part-time' kecil-kecilan sekaligus menimbulkan perasaan bimbangnya jika kadar peniaga dan pembeli tidak seimbang.

“Malah sekarang ini ramai pekerja yg terpaksa berniaga secara 'part-time', sekali gus wujud lebih ramai peniaga kecil dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli, macam mana nak berniaga dan siapa pula yang akan membeli?,” soalnya.

"Saya berdoa agar..majulah malaysia demi rakyat marhen seperti kami", tulisnya mengakhiri status itu.

BN akan dilanda 'tragedi Oktober'?


Gambar hiasan

SHAH ALAM - "Bergantung kepada berapa orang keluar, kalau ramai (Adun, ahli Parlimen) akan menjadi 'tragedi Oktober' buat Barisan Nasional (BN).

Demikian pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mengenai keadaan 'rumah tangga' BN kini.

Perkembangan terbaharu terutamanya di Johor memperlihatkan, BN Johor kerhilangan seorang Adunnya apabila Adun Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Bersatu Malaysia (Bersatu).

Namun begitu ujarnya keadaan di Johor masih kukuh dan stabil.

"Setakat ini baru kurang satu Adun, selagi BN berjaya kekalkan majoriti mudah sebenarnya masih stabil.

"Hanya sekiranya ramai meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu seperti berduyun-duyun meninggalkan Pas untuk menyertai Amanah di Johor, baru keadaan kurang stabil ke arah tidak stabil," katanya kepada Sinar Online.

Dun Johor terdiri daripada 56 Adun di mana 37 kerusi adalah milik BN, DAP 13, PKR 1, Pas 3, Bersatu 1 dan Amanah 1.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan BN akan kehilangan beberapa negeri sekiranya lebih ramai Adun yang keluar parti, Azizuddin berkata buat masa ini perkara itu 'mustahil' berlaku.

"Tun M, cuba cipta suasana yang membolehkan orang Melayu fikir akan sokongan mereka kepada Umno.

"Saya rasa sebenarnya sukar untuk menggugat Umno masa kini," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...