TERKINI :

Saturday, October 8, 2016

PLUS kenakan DENDA jika pengguna lepak melebihi 1.5jam di RNR Gurun

Dari fb Damar Wulan

Bahaya menggunakan lebuhraya PLUS Gurun Pendang sekarang. Aku di denda 9.40 sen dan bayaran Tol sepatutnya 3.00.RM 9.40 sen adalah cas tambahan dikenakan sekarang jika dok lama melebihi 1.5 jam di RNR.(Rehat dan rawat)

Gila ka apa ni..x boleh duduk lama di RNR..sampai di Tol pendang waktu nak bayar Tol kena denda..mmg sial..

Alasan Pihak PLUS mengesyaki jika duduk lama di RNR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya...ha...penipuan  haramjadah apa ni dari pengguna PLUS.

Aku menghubungi 1800 88 00 00 dia pon x dapat memberikan jawapan pasti..persoalannya kenapa tidak diletakkan papan tanda di RNR gurun (TIDAK DIBENARKAN BEREHAT MELEBIHI 1.5 JAM)

PLUS membuat undang undang ikut suka.

9.40 Sen adalah denda yang dikenakan.

Fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=597138140470830&id=100005239478727

Apabila UMNO & PAS mula ingatkan MELAYU bahayanya DAP..!!

Anda Pegang 3 perkara ni ,nescaya kita faham permainan politik jahat yg dimainkan oleh UMNO dan PAS mengatakan cina nak rampas kuasa

1.YDPA/Raja2 Melayu sbg payung menjaga hak melayu di Msia bwh Fasal 32 dan Fasal 70 Plembagaan Psekutuan

2.Hak keistimewaan org melayu Fasal 152 dan 153

3.Tanah Rezab Melayu Fasal 89

Nak ubah kena ada 2/3 majoriti parlimen 148 kerusi

PRU13 DAP bertanding 51 kerusi dan menang 38

*Kawasan majoriti melayu*

80% 46 krusi- 45 Umno 1 MCA

60-79% 42 krusi- 41 Umno 1 MCA

Kwsn majoriti melayu 60-80% dkuasai parti melayu Umno

2 kerusi ditandingi MCA

Hj Hadi dan Najib Tun Razak tanam ke dlm pemikiran melayu PAS/UMNO bahawasanya DAP nak rmpas kuasa .Hj Hadi dengan menggunakan status ulama dari dirinya yg berpengaruh untuk rakyat ( org melayu ) supaya ramai mendengar arahannya.
Isu ini dicipta untuk menakut2kan org melayu terutama pengundi bagi mengekalkan kuasa politik yg sedia ada.

Klu DAP bertanding maksima kerusi campuran skitar 90 krusi...blm ckup dpt 2/3 untuk membuat pindaan perlembagaan

Kerusi bercampur2 ada maksimum 90 kerusi.Kalau DAP bertanding menang 90 kerusi sekali pun tak boleh memerintah Malaysia .Harus bergabung dgn kerusi majoriti melayu 120 kerusi.

Nk ubah plembagaan msia perlu 2/3 bersamaan 148 kerusi

Kalau semua 90 calon MP dari org cina menang skali pun ,melayu tetap ada lebih 120 kerusi

Melayu - umno pas keadilan amanah

Dap plg byk bertanding 50-51 krusi klu campur smua parti2 non bumi/malay sabah sarawak tak boleh memerintah malaysia

Sabah Sarawak ada 56 kerusi...kerusi majoriti melayu/melanau/umno/pbb ada 25 baki bcampur 31.

Klu 31 non-malay bergabung dgn Dap 60 kerusi baru lbh kurang 90-91 kerusi.

Itu sahaja kerusi maksima bkn melayu di msia

*MP Melayu Islam dlm parlimen di pihak pembangkang*

1.PKR 16
2.Pas 14
3.Amanah 6
4.Dap 2

Total 38

*Jumlah MP Melayu dlm parlimen*

1.Umno 88
2.Pkr 16
3.Pas 14
4.Amanah 6
5.Dap 2

126 kerusi

MP bkn Islam Keadilan sekarang ada 14

*SILA VIRALKAN KESEMUA GROUP ANDA BAGI MENERANGKAN KEPADA RAKYAT YANG MASIH TIDAK TERBUKA MINDANYA DALAM CORAK PEMERINTAHAN MALAYSIA*

Dr M: Sikit saja lagi, tiga kerajaan negeri BN boleh tumbang


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sedikit sahaja lagi perubahan jumlah wakil rakyat, boleh menumbangkan tiga kerajaan negeri BN - Perak, Terengganu dan Johor - sebelum pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata demikian merujuk kepada ADUn Jorak, Datuk Shahruddin Md Salleh keluar Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) awal minggu ini.

Tegasnya, bila sesuatu dimulakan, maka yang akan berkembang dan "lain-lain nak tiru".

Mahathir berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.

Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, kerajaannya akan tumbang.

"Tak payah tungguh PRU14, kita boleh memerintah di negeri-negeri ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang," katanya dalam satu ceramah di Muar malam tadi.

BN akan kehilangan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang mempunyai 32 ADUN dan juga di DUN Perak yang mempunyai 59 ADUN, jika dua wakil rakyat melompat menyertai pembangkang.

Di Johor, kata Mahathir, jika 10 lagi ADUN BN mengikuti jejak Shahruddin, "kita dah jadi kerajaan Johor".

KULIM - Rahsia di sebalik bangunan kosong terbongkar

Rahsia di sebalik bangunan kosong

KULIM - Aktiviti perjudian berkomputer yang berselindung di sebalik bangunan tidak berpenghuni di Taman Desa Aman, Karangan, di sini akhirnya terbongkar apabila diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Isnin lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.10 malam itu, seramai tujuh kaki judi termasuk penjaga premis perjudian itu ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, bertindak atas maklumat membabitkan kegiatan judi mesin berkomputer, sepasukan polis diketuai Asisten Superintendan Rosli Hanafi telah membuat serbuan di premis berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, polis berjaya menahan tujuh suspek berusia 17 hingga 50 tahun yang dipercayai penjaga dan pelanggan yang leka menjalankan aktiviti tersebut.

"Hasil serbuan kita turut merampas pelbagai jenis peralatan yang mempunyai perisian komputer bertujuan untuk melakukan kegiatan berjudi seperti set komputer dan modem.

"Wang tunai lebih RM600 juga turut dirampas dipercayai wang pelanggan yang ingin menyertai aktiviti perjudian di situ," katanya.

Rosli berkata, premis berkenaan juga dipercayai telah membuat sambungan bekalan elektrik secara haram untuk membolehkan perniagaan tersebut berjalan lancar.

"Kita dapati bangunan setingkat jenis teres itu tiada bekalan elektrik kerana meter tidak dipasang di luar premis. Dari luar juga ia kelihatan seperti belum dihuni kerana pintu depan sentiasa tertutup.

"Bagaimanapun apabila serbuan dibuat, mesin-mesin perjudian sedang aktif dimainkan dipercayai menggunakan elektrik curi yang disambungkan secara haram," katanya.

Katanya, taktik ini dipercayai digunakan operator perjudian bagi mengaburi mata pihak berkuasa apabila di bahagian hadapan premis menunjukkan tanda jelas bangunan tersebut belum dihuni.

"Kita tahu ini adalah salah satu taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa, tapi dengan keprihatinan orang awam ia membantu kita untuk terus membanteras jenayah dan judi haram.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengubahsuai bekalan elektrik secara sambungan haram," katanya.


Projek "MAT BASHAH" di Langkawi - Meragukan, sembunyikan sesuatu

Meragukan, sembunyikan sesuatuhttp://static.asiawebdirect.com/m/kl/portals/langkawi-info-com/homepage/attractions/dataran-lang/pagePropertiesImage/eagle-square.jpg

ALOR SETAR  - Pemuda Pas Kedah tidak meyakini penjelasan yang diberikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berhubung isu penyerahan tanah strategik di Langkawi kepada syarikat swasta untuk membina kondominium 60 tingkat.

Ketua Penerangannya, Nurul Amin Hamid berkata, seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan menteri besar dengan menyebut kriteria-kriteria yang diambil kira oleh kerajaan dalam mempertimbangkan kelulusan sesuatu projek di atas tanah kerajaan, sedangkan itu bukanlah pertikaian atau keraguan yang tersebar ketika ini.

Meragukan, sembunyikan sesuatu

 "Apa maksud sebenar beliau daripada istilah 'kelulusan dasar'? Apakah ia bermaksud sekiranya pemaju memenuhi semua syarat perundangan dan prosedur pihak berkuasa tempatan atau agensi-agensi sepatutnya, barulah mereka boleh meneruskan projek tersebut.

 "Kita tertanya-tanya kenapa proses kelulusan kepada syarikat ini tidak dimulakan daripada bawah, sepertimana yang ditetapkan dalam prosedur biasa kebenaran merancang. Kelulusan ini bersifat segera dan mengandungi faktor mempengaruhi yang meragukan," katanya.

 Menurutnya, tidak ada relevansi pembinaan kediaman mewah tersebut dengan realiti keperluan dan kemampuan penduduk Langkawi atau negeri ini.

 "Rakyat tidak mendapat sebarang manfaat, sebaliknya akan membina jurang sosioekonomi Yan kian melebar.

 "Kerajaan patut mengambil iktibar daripada projek padang golf dan kediaman mewah 99 East bernilai RM1.9 bilion yang diluluskan semasa zaman Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar Kedah dan Datuk Tajul Urus Mat Zain (Exco) menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menguruskan projek itu," katanya.

 Beliau berkata, akibat projek tersebut kerajaan negeri terpaksa mencari tanah sebagai ganti tanah rizab Melayu yang dikorbankan untuk melayani kehendak pelabur dan golongan kaya di negeri ini.

 "Kerajaan melalui GLC juga terpaksa menanggung beban, termasuk membayar premium tanah tersebut akibat kecuaian perjanjian usahasama yang menekan pihak kerajaan berbanding keuntungan yang bakal dikaut oleh pihak swasta.

 "Ironinya projek 99 East itu juga direncanakan menjelang PRU12 seperti projek terbaru ini. Apakah sebenarnya matlamat tersirat daripada langkah terbaru yang muncul tiba-tiba ini," katanya.

 Selain premium tanah, beliau turut mempersoalkan apakah terdapat balasan atau pulangan tertentu kepada kerajaan negeri dengan gadaian sebesar itu.

 "Ramai yang sangsi bahawa ini adalah projek anugerah untuk kepentingan politik BN Kedah.

 "Rakyat sudah muak dengan budaya rasuah yang menjadi tabiat curang ahli-ahli politik Umno Kedah dalam banyak projek di negeri ini sejak puluhan tahun lalu.

Katanya, sekiranya ia sudah melalui proses kebenaran merancang sebagaimana projek lain, menteri besar bolehlah berterus terang secara terperinci mengenainya tanpa perlu teragak-agak.

 "Kami melihat semua projek yang diisytiharkan sebagai AkuJanji BN Kedah pada PRU13 lalu belum lagi dilaksanakan, tiba-tiba muncul pula projek mega baharu, termasuk yang berkaitan konsesi air yang dilihat sebagai sumber dana pilihan raya untuk BN.

 "Kerana itu juga barangkali Umno dan BN terdesak untuk menukar Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Ahmad Bashah sebagai menteri besar agar segala kelulusan berkaitan dapat disegerakan," katanya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...