TERKINI :

Friday, October 7, 2016

Awat yang MUHYIDDIN dok ghapla sangat dengan SIAPA JADI PM..?

SIAPA PERDANA MENTERI JIKA UMNO/BN TUMBANG DALAM PRU-14?

Sebok... Kalot... Ghapla.....

Pakat dok kalot nak namakan siapa bakal jadi Perdana Menteri (PM) jika Umno/BN ditumbangkan dalam PRU-14 nanti.

Bagi aku siapa PM tak perlu dinamakan. Menamakan PM hanya akan memburukkan keadaan malah akan menjadikan perjuangan menjatuhkan kejahatan Umno/BN sebagai tidak lebih kepada angan-angan.

Satu pihak mahukan Anwar sebagai PM sedang Anwar masih terpenjara. Jika Anwar dibebaskan dengan pengampunan sekali pun, Anwar tidak layak menjadi PM. Realistik la sikit.

Ada pula pihak lain menamakan Muhyiddin sebagai PM.

Aku mau dia jadi PM. Aku mau dia tu pulak jadi PM. Aku pulak mau dia ni jadi PM.

Tak perlu pun sebenarnya menamakan siapa bakal menjadi PM. Itu semua gaya Umno/BN. Ala Umno/BN. Kita mesti lari atau keluar daripada konsep demokrasi ala-ala Uumno/BN ni.

Kita perlu usaha dulu jatuhkan Umno/BN. Bersepakat menjatuhkan Umno/BN. Jangan disebok siapa PM.

Klu Umno/BN jatuh dan ditumbangkan nanti, kita tengok siapa di antara Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang layak untuk menjadi PM, maka dialah kita lantik dan persembahkan kepada Yang DiPertuan Agong untuk mengangkat sumpah.

Perlu diingat bahawa siapa pun PM, dia mesti mentadbir secara konsensus bukan sesuka hati dia seorang diri. Kalau dia nak mentadbir seorang diri sesuka hati dia, itu tiada beza dengan apa yang Umno/BN buat dan sama macam Najib.

Kita tidak mahu perkara tersebut berulang. Jadi seorang Perdana Menteri mesti mentadbir secara kolektif dan membuat keputusan bersama seluruh Jemaah Menteri yang dilantik. Siapa pun PM, keputusan yang dibuat mestilah secara bersama. Jadi tak perlu nak namakan siapa kerana bukan PM seorang mentadbir negara.

Jangan dok serabut ghapla sangat.... Fokus jatuhkan Umno/BN dulu. Kerja tak buat tapi dok angan2 nak jadi PM. Pi jahanam la.... Hang ingat hang sapa?

Zulhazmi Shariff

Najib cakap Malaysia tak akan bangrap

Najib: Malaysia tak akan bankrap - k'jaan pertahankan ekonomi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya bahawa Malaysia akan bankrap pada akhir bulan ini.

“Ramai pula yang mempercayainya. Ingin saya terangkan, ekonomi negara bahkan ekonomi dunia mempunyai kitaran naik turunnya.

“Pada 1998, kita mengalami krisis kewangan yang sangat dahsyat, di mana pertumbuhan ekonomi negara di tahap negatif, banyak perniagaan gulung tikar, ringgit jatuh mendadak dan rakyat hilang kerja," kata Najib.

Sepuluh tahun kemudian, katanya, dunia kembali diasak krisis ekonomi yang juga telah mengakibatkan ekonomi negara menyusut.

“Sebagai menteri kewangan ketika itu, saya telah mengambil langkah proaktif dalam merangka program perangsang ekonomi.

“Alhamdulillah, pertumbuhan ekonomi melonjak semula pada kadar lebih 7 peratus pada tahun berikutnya,” katanya dalam satu catatan di blog beliau.

Pada tahun 2015, menurut Najib, negara menghadapi satu lagi cabaran ekonomi di mana hasil pendapatan negara merosot lebih RM30 bilion akibat kejatuhan harga minyak.

“Hakikatnya, ekonomi negara tetap berkembang pada kadar lebih 4 peratus pada separuh pertama tahun ini, dan tidak pula tersungkur ke tahap negatif seperti tahun 1998.

“Malangnya ada kelompok telah menyebarkan fitnah mengatakan kemerosotan ekonomi negara adalah sebab faktor politik semata-mata.

“Walhal, kerajaan inilah yang berjaya mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Naijb menggesa rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah seperti itu dan mengingatkan umat Islam bahawa Allah berfirman bahawa orang beriman mesti sentiasa menyemak fakta apabila datang orang fasik yang membawa sesuatu berita.

BN akan tumbang di Kedah pada PRU14

Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah pada pilihan raya akan datang.

Muhyiddin berkata, ini bersangkutan dengan sentimen rakyat di negeri jelapang padi itu selepas bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan daripada jawatannya.

"Selepas Mukhriz disingkirkan...mungkin sudah cukup matang untuk BN tumbang, sebab saya tengok sentimen rakyat Kedah selepas peristiwa itu berlaku ia amat tidak baik bagi BN,penerimaan mereka kepada MB baharu (maaf cakap) tidak sehebat Mukhriz," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersama beliau di Kumpulan Media Karangkraf. 

Muhyiddin mendakwa sebelum tindakan penyingkiran Muhriz dilakukan beliau telah menghantar satu pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Sebelum Najib pecat Mukhriz saya hantar mesej kepada beliau saya beritahu 'amaran baik' jangan buat begitu...itu permulaan kepada kejatuhan BN, tapi yang pasti mereka tidak endahkan, jadi perkiraan saya BN di Kedah sudah cukup ranum dan cukup matang untuk terjatuh," katanya.

Mukhriz dipecat daripada Umno pada Jun lalu, dan disingkirkan daripada jawatannya sebagai  Menteri Besar Kedah  dan diganti dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Kisah Akaun Giro Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Kisah Akaun Giro Almarhum Tok Guru Nik Aziz

SEWAKTU berkhidmat di kelantan, saya mengenali Abe Ya atau Zakaria sebagai pegawai keselamatan dan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Loh sebagai pemandu kepada Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Saya sebenarnya sudah lama terfikir untuk menemui kedua-dua insan ini kerana mereka berpeluang berkhidmat dengan Tuan Guru. Bukan sekejap perkhidmatan mereka tetapi belasan tahun lamanya. Sudah pasti kalau saya ingin menulis, pasti banyak cerita menarik yang dapat saya coretkan daripada pengalaman mereka.

Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman bersama Abe Loh. Sungguh bertuah Abe Loh kerana tempat tinggalnya berdekatan dengan kediaman Tok Guru di Pulau Melaka. Siapa yang mengenali Abe Loh ini tentu tahu perwatakannya yang lemah lembut dan suka senyum. Apa yang saya selalu tanya Abe Loh sewaktu menemuinya ketika menghantar Tok Guru ke mana-mana majlis ialah tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Tok Guru di dalam kereta.

Tok Guru pernah beritahu saya, beliau tidak banyak tidur pada waktu malam. Oleh sebab itu Tok Guru biasanya ambil kesempatan untuk lelap seketika sewaktu dalam kereta menuju ke sesuatu majlis terutama yang jauh jaraknya. Jika Tok Guru tidak tidur, maka berpeluanglah pemandu dan pengawal keselamatan mendengar tazkirahnya.

Itu pengalaman biasa dengan Abe Loh. Pengalaman luar biasa berlaku apabila saya terserempak kereta rasmi Tok Guru yang sedang diletakkan di luar sebuah bangunan di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Saya lupa akan nama bangunan tersebut. Tetapi yang masih ingat di situ ada mesin ATM GIRO.

Kebetulan pada masa yang sama, saya ke sana kerana ingin mengeluarkan sejumlah wang. Kalau tidak salah pada waktu itu gaji belum masuk. Rupa-rupanya Abe Loh juga ingin mengeluarkan wang. Disebabkan hanya kami berdua sahaja yang ingin melakukan urusan tersebut maka sempatlah untuk saya bertanya khabar.

Saya beri peluang kepada Abe Loh untuk mengeluarkan wang terlebih dahulu manakala saya berdiri di belakangnya. Tidak berapa lama Abe Loh menoleh ke arah saya sambil tersenyum dan menyuruh saya mengambil giliran. Saya perasan beliau tidak mengeluarkan wang daripada mesin itu. Dia kemudian terus membuat panggilan kepada seseorang.

Selesai urusan saya, sempat kami berbual seketika, Rupa-rupanya Abe Loh diamanahkan untuk mengeluarkan sejumlah wang oleh Tok Guru daripada akaun Gironya untuk dikirimkan pada salah seorang anaknya yang sedang belajar di luar negara. Kalau tidak salah saya, anaknya itu adalah Nik Mohamad Abduh.

Jumlah yang diperlukan bukanlah banyak mana pun. Hanya lebih kurang jumlah yang saya belanjakan untuk beli susu jenis Bebelac untuk anak saya, Muhammad Alif Ameer yang berusia 4 tahun pada ketika itu. Tidak sampai pun RM 400.

"Duit tak cukup..." Kata Abe Loh spontan lalu tersenyum.

"Tok Guru royat gapo tadi bila tahu pitih tak cukup...?" soal saya.

"Semula.... Tunggu gaji." kata Abe Loh.

SubhanALLAH....Seorang yang berstatus Menteri Besar, yang memimpin sebuah kerajan negeri perlu menunggu wang gaji untuk menghantar belanja kepada anaknya.

Mungkin perkara ini hanya berlaku kepada orang biasa sahaja. Tidak mungkin berlaku kepada seseorang yang sama pangkatnya seperti Tok Guru. Tetapi inilah hakikat yang berlaku dan saya menyaksikan sendiri. Mungkin Abe Loh masih ingat peristiwa ini.

Atas sebab inilah, saya tidak pernah susah hati jika tidak ada duit untuk berbelanja. Ini kerana saya sudah menjumpai insan hebat hafal al-Quran pun pernah tidak berduit.

Setakat saya ini, yang hanya hafal beberapa ayat-ayat lazim, itupun yang pendek-pendek, apa nak dihairankan kalau ALLAH bagi rezeki sedikit. Yang peliknya, ada orang yang mempunyai duit berjuta-juta tetapi masih lagi berasa tidak cukup. Maka bersyukurlah.

BN Johor hilang MAJORITI 2/3

Mengenai kedudukan ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor selepas kenyataan

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
6 Oktober 2016

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM)

Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan pegawai-pegawai kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu YB Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung, YBhg. Dato’ Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung dan YBhg Datuk Hj Kamarudin bin Md Nor sebagai Ketua Penerangan.

Pelantikan-pelantikan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan awam, Universiti Bradford, United Kingdom. Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran.Beliau juga merupakan mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak,

Semua penjawat jawatan di atas memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti.

Oleh yang demikian: Ulasan YB Aminolhuda Hassan

Berdasarkan kepada perlembagaan sesebuah parti sekiranya seseorang Ahli Yang Berhormat menyertai parti lain maka secara automatik keahlian parti lamanya tergugur.

Maka saya melihat berlaku kekurangan Ahli Yang Berhormat di Pihak Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor kerana YB Datuk Dr. Shahruddin Mohd Salleh telah KELUAR UMNO DAN menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia. Ini bermakna Barisan Nasional Johor telah berkurang Ahli Yang Berhormat dari 38 kepada 37 manakala Barisan Pembangkang bertambah dari 18 Ahli Yang Berhormat kepada 19.

Ini juga bermakna buat pertama kalinya dalam sejarah Negeri Johor di tadbir oleh sebuah kerajaan yang tidak memperolehi 2/3 majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri.

Implikasi utama apabila kehilangan majoriti 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri, Kerajaan UMNO/BN tidak boleh meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

Saya menjangkakan akan berlaku kejutan sebelum pembubaran Dewan apabila ada beberapa  lagi Ahli Yang Berhormat dari UMNO yang akan meninggalkan partinya!

Disini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang YB Shahruddin ke Barisan kami. Diharap kita boleh mengembeling tenaga untuk menewaskan BN/UMNO dalam PRU ke 14.

#Hapuskan rasuah
Perkukuhkan integeriti #

YB Aminolhuda Hassan
Pengerusi Amanah Johor
Adun Pt. Yaani





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...