TERKINI :

Thursday, October 6, 2016

PAS gagal tuntutan RM20k keatas harta PASTI SRI GADING, mahkamah cuma arah pulangkan semula 20 barang.

Kes tuntutan barang pasti dan rm20k oleh Pas Sri Gading (plaintif) terhadap saya (defendan1) & isteri saya Nazirah - (defendan2) dan rundingan penyelesaian

Setelah saya menyertai Parti Amanah Negara, PASTI Al-Ghazali yang saya uruskan telah ditutup oleh pihak PASTI Kawasan Sri Gading. Untuk meneruskan perkhidmatan saya kepada masyarakat terutama dalam sektor pendidikan, saya telah membuka Tadika Al-Fateh. Namun, Pas Kawasan menyaman saya dan isteri saya (seorang guru tadika) untuk dikembalikan barang pasti dan gantirugi RM20,000.00.

Setelah 2 hari bicara di mahkamah majestrit Batu Pahat, 2 saksi dan plaintif Ust Hashim memberi keterangan daripada 6 org saksi dan setelah disoal balas, tuntutan plaintif untuk gantirugi gagal dibuktikan, manakala tuntutan barang memang telah dari awal saya setuju kembalikan. 

Justeru, Majistret memanggil kedua-dua peguam defandan dan plaintif untuk perbincangan.

Pada hari ini, dalam kamar mahkamah bahawa satu persetujuan hasil rundingan bersama telah direkodkan sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.

Penyelesaiannya, saya perlu kembalikan  semua barang seperti yang di tuntut seperti dulang,cawan, bola sepak, bola jaring,pembaris kaju dan yang lain. Barang yg rosak saya perlu ganti. Saya tidak perlu bayar gantirugi RM20,000.00 kepada PAS kawasan, dan tiada kos tindakan.

Walaupun rase terkilan melibatkan istera saya dalam pertikaian ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Pas kawasan yang sebenarnya boleh berunding dgn saya Ketua Pemuda Amanah Johor dan sudi menarik balik  perkataan saya menyeleweng menguruskan harta parti dan PASTI semasa keterangan di berikan.

Teramat istimewa pengerak dan penyokong amanah di semua peringkat, i love you all. Saya amat terharu ahli amanah di semua peringkat dan pelbagai bangsa, mereka semua terus bersolidarita untuk saya , bersama mengharungi 3 hari bersama semasa perbicaraan.

Terima kasih penguam muda Amanah Sdr Faiz Fadzil yang membawa kes ini dengan baik dan berkesan.

Penyelesaian kes ini menandakan pelaksanaan sifat integriti yang Parti Amanah Negara mahu perjuangkan dengan kembalikan barang yang dituntut serta gantikan barang yang sudah lupus seperti yang dijanjikan.

Penghijrahan saya dan isteri ke Parti Amanah serentak dengan penubuhan Tadika Al-Fateh diharapkan akan terus diterima baik masyarakat dalam perjuangan saya memberikan pendidikan dan bimbingan kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Mahadzir Bin Mat Zili
Ketua Pemuda Amanah
Negeri Johor

Awalnya saya tak berminat nak menulis tentang kes sahabat saya Sdr Mahadzir Mat Zili dan isteri beliau Nazirah Bt Abd Rahim yang menerima tuntutan dari Hashim Jusoh YDP Sri Gading.

Namun bila ramai sahabat2 yang menyebarkan cerita berbau fitnah dan adu domba, saya kira saya perlu perbetulkan tanggapan sahabat2 baik saya yang saya yakin mendapat gambaran yang tidak benar tentang cerita sebenar.

Apa yang sebenarnya berlaku? Kronologi cerita...

PASTI Kawasan Sri Gading mengarahkan Mahadzir Mat Zili tidak menggunakan nama PASTI bermula 2016. (Surat bertarikh 6 Sept 2015)

Sesuai dengan arahan tersebut, Mahadzir meminta PASTI Kawasan Sri Gading mengambil semua barangan milik PASTI dalam tempoh 14 hari berakhir 28 Nov 2015. Disertakan senarai barangan yang perlu diambil termasuk wang tunai.

PASTI Sri Gading tidak mengambil sebarang aset dari Premis yang disewa Mahadzir sebaliknya YDP Sri Gading mengemukakan tuntutan wang tunai RM20 ribu dan semua aset PASTI.

Di hari ketiga perbicaraan, setelah 3 saksi plaintif memberi keterangan, tanpa Sdr Mahadzir dan Nazirah selaku defenden dipanggil memberi keterangan, Perbincangan diantara kedua-dua pihak bersetuju agar PAS Kawasan Sri Gading mengambil balik sebahagian aset yang ditawarkan oleh Mahadzir November lalu.

Namun YDP Sri Gading GAGAL memperolehi wang tunai seperti yang di tuntut.

Harapnya sahabat2 berhentilah dari bercerita perkara yang tidak benar. Saya sayangkan anda semua. Semoga Allah selamatkan kita semua di dunia dan akhirat.

Faizul Salleh

Songlap duit kerajaan, boleh kaut beratus juta.. macamana negara tak bangrap..

KOTA KINABALU 5 Okt. - Kedua-duanya bukanlah ahli perniagaan atau terlibat dalam kegiatan judi ha­ram mahupun kartel dadah, sebaliknya mereka hanyalah penjawat awam tetapi seorang memiliki wang tunai RM45 juta manakala seorang lagi RM7 juta.

Itulah yang berjaya dibongkar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil penahanan empat orang suspek termasuk seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di sini.

Kesemua mereka dipercayai terlibat dalam kes menyeleweng dan menyalah guna dana kerajaan Persekutuan untuk projek infrastruktur bekalan air di Sabah sejak enam tahun lalu.

Selain wang tunai RM52 juta termasuk pelbagai mata wang asing bernilai RM8.3 juta milik kedua-dua penjawat awam ber­kenaan, turut memiliki koleksi barang kemas seperti berlian, batu permata, cincin, rantai, gelang dan subang yang bernilai jutaan ringgit; 92 beg tangan berjenama yang setiap satu dianggarkan bernilai ribuan ringgit serta 127 geran tanah di Sabah atas nama salah seorang suspek.

Ketika mengulas kejayaan operasi tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki yang menyifatkannya sebagai luar biasa berkata, kesemua suspek dipercayai telah mengumpul kekayaan sekurang-kurangnya sebanyak RM112 juta hasil perbuatan tersebut.

Ini kerana katanya, hasil siasatan, SPRM turut menyita akaun bank milik kesemua suspek yang bernilai RM23 juta, enam peti simpanan tunai yang salah satu berisi wang RM2.5 juta dan satu akaun milik seorang suspek yang mengandungi wang RM37 juta.

“Ini kejayaan yang sangat besar. Sebanyak 30 anggota kami mengira wang tunai tersebut (RM52 juta) selama 15 jam bermula 12 tengah hari semalam sehingga pukul 3 pagi ini. Mereka dikurung di dalam bilik untuk memastikan integriti sentiasa terjaga.

“Kesemua wang tunai itu dirampas hasil serbuan di rumah dan pejabat pengarah serta timbalan pengarah tersebut. Operasi yang dilakukan bermula pagi semalam sehingga tengah malam,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat SPRM di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Ba­hagian Perisikan SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Hishamuddin Hashim.

Azam berkata, SPRM telah me­mu­lakan siasatan terhadap ke­se­mua suspek sejak lebih setahun lalu dan serbuan yang dijalankan disertai 60 anggota keseluruhannya.

Turut dirampas sembilan buah kenderaan mewah milik suspek, antaranya Range Rover, Ford Ranger, Lexus, BMW, Audi dan Volvo.

Jelas beliau, pihaknya juga percaya suspek turut menyimpan wang rasuah di dalam bank di luar negara dan pihaknya akan ber­usaha untuk mendapatkan wang tersebut manakala nilai kesemua barang kemas yang dirampas masih belum diperoleh.

Sementara itu katanya, salah se­orang suspek yang bergelar Datuk adalah adik kepada timbalan pengarah itu manakala suspek keempat bekerja sebagai akauntan.

“Kesemua suspek ditahan di Kota Kinabalu dan kami te­lah mendapatkan perintah reman selama tujuh hari daripada Mahkamah Majistret. Saya tidak menolak kemungkinan selepas ini akan ada lagi tangkapan. Saya menyeru semua yang mempunyai maklumat untuk hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan.

“Selama ini banyak kontraktor yang merungut tidak cukup makan kerana gagal mendapat kontrak. Kontrak-kontrak itu telah disalurkan kepada ahli keluarga suspek,” katanya.

Tambahnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Sementara itu dalam satu ke­nyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menegaskan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi menyiasat kes berkenaan.

Beliau berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau dipengaruhi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...