TERKINI :

Sunday, October 2, 2016

Ezam senaraikan sebab kenapa beliau tinggalkan Umno pada hari ini

1.Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti UMNO.

2.Enam bulan lalu saya telah membuat keputusan menamatkan perkhidmatan saya di Kem Kewangan, satu tahun lebih awal dari tarikh tamat tempoh kontrak perkhidmatan saya yang sepatutnya berakhir 1April 2017.

3.Saya membuat keputusan sukar ini demi mempertahankan prinsip saya berjuang demi melakukan perubahan (islah) sedaya upaya saya.

4.Keputusan saya sertai semula parti UMNO pada Mei 2008 atas prinsip yg sama.Saya mendapat komitmen jelas drpd PM pada masa itu Tun Abdullah Badawi untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru SPRM menggantikan akta BPR.Perubahan itu benar berlaku  sejurus slps kemasukan saya ke dalam parti UMNO dan SPRM yg lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

5.Dua lagi akta yang menjadi tumpuan saya ialah Akta keselamatan dalam negeri ISA dan Akta rahsia rasmi OSA.Saya pernah di penjarakan di bawah kedua2 Akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua2 Akta ini sering menjadi hambatan kpd perjuangan melawan jenayah rasuah.

6.Dalam tempoh saya menjadi Ahli Dewan Negara 2010-14  ISA dibahas dan dimansuhkan.Manakala OSA masih tiada tanda2 akan berlaku perubahan.

7.Saya tetap bersangka baik kpd kerajaan transformasi di bawah PM DS Najib dan melakukan segala usaha mempengaruhi pentadbiran melakukan perubahan khususnya OSA.

8.Apa yg berlaku adalah sebaliknya.OSA bukan shj tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan keatas laporan PAC kes 1MDB.satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yg mewajarkan penggunaan OSA.

9.Ini adalah sejuta langkah kebelakang didalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan.Justeru saya telah membuat teguran terbuka mendesak tindakan salah ini diperbetulkan.

10.Beberapa bulan berlalu.tiada tindakan pembetulan.malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya.Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yg bersuara memperbetulkan keadaan.

11.Makanya saya sedar saya bukan lagi didalam satu parti dan jemaah yg serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih2 lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan.

12.Walhal realiti zaman ini dan lebih penting ingatan Rasulullah SAW sendiri didalam hadis riwayat Termizi yg pertama kali saya temui dinukilkan didlm  buku tulisan Porf Hamka semasa saya dipenjara dibawah OSA menyatakan dgn jelas bahawa cabaran bagi ummat Muhammad adalah soal harta.

13.Saya tidak boleh berkompromi dlm soal ini.sebagai satu2nya warganegara yg pernah d penjara d bawah OSA saya benar2 faham setiap inci peruntukan akta dan merasa bertanggungjawab kpd negara apabila mengetahui ianya disalahgunakan untuk melindungi perasuah dan penjenayah.

14.Reformasi,Transformasi,Perubahan,Pembaharuan..apapun namanya mesti menjadikan agenda melawan rasuah sbg agenda paling utama kerana itulah realiti zaman dan itulah juga ingatan junjungan besar kita Muhammad SAW.

Hanya kepada Allah Swt sayabertawakkal.

Salam Maal Hijrah.Salam perjuangan.

Mohamad Ezam Mohd Nor
1 Muharam 1438/ 2 Okt 2017

Kelaku TV3 dizaman TG NIK AZIZ dan MAD YAAKOB

Masa tengah tunggu makan di Kedai tadi.. tengok lah berita TV3, kalau di rumah aku selalu layan Awani jer..yg best nya Berita " Pembalakan " di Gua Musang jadi berita utama..

yang mengejutkan aku.. TV3 mempertahan kan tauke2 dan Kontraktor Balak Cina yg menghalau meroboh dan menceroboh rumah tanah orang asli.. malah tindakan Penceroboh dan Kerajaan Negeri Kelantan itu di pertahankan..

Berbeza laporan TV3 di era Almarhum Tok Guru Nik Aziz masih hidup.. walaupun ketika itu, takda sebarang aksi keganasan dan gangster2 balak.. yang hairan nya jugak.. Kerajaan Negeri, Pejabat Hutan menyebelahi gangster2 dan Pembalak2 haram berlesen ini..

Sambil menunggu pesanan makanan.. punya lama aku tak Online.. aku hampir terlupa, takda lah terkejut sangat bila aku teringat balik, UMNO dan PAS hari ini dah takdak beza dah sekarang.. tiba2 jer teringat pesan dan ucapan Almarhum Ustaz Fadzil Noor..

" Apabila kita bersama memperjuangkan kebenaran dan keadilan maka itu bermakna kita sudah menang. Ahli PAS juga perlu waspada, jika musuh politik PAS memuji PAS dan memberi ruang kepada PAS, terutama di media mereka, maka tentu ada sesuatu yang tidak kena kepada PAS "...

Kalau dengan Alam Sekitar pun tak boleh berlaku adil.. apa lagi dgn Manusia.. di sinilah hilangnya kehendak "Maqasid" dalam perlaksanaan Hudud.. apakah ini wajah kerajaan yg mahu melaksanakan Hudud?

maka malam ni aku berijthad nya " wajibnya kita tumbang kan kerajaan PAS Kelantan..gantikan dan berhijrah lah kepada kerajaan yg lebih baik.. "

IpohMali

Salam Maal Hijrah..

Mufti Penang : Saya bukan suruh tolak, tapi bincang dulu dalam parlimen

*Kenyataan Balas Mufti Penang*

"Saya bukan suruh tolak RUU 355, tapi minta dibincang dulu oleh ahli2 parlimen sebelum dijadikan undang2. Tujuannya supaya undang2 itu nanti menepati kehendak syarak iaitu menegakkan keadilan yg menyeluruh.

Ini (RUU 355) adalah ciptaan manusia untuk menegakkan syariat Allah. Sudah tentu tak boleh disamakan dgn ciptaan Allah. Jadi biarlah dibahas dulu untuk dihalusi dan dibaiki seberapa yg mungkin supaya sekali diterima sebagai undang2 tak akan wujud lagi lompong2 yg menampakkan kecacatan.

Saya seboleh2nya nak melihat mahkamah syariah dan undang2 syariah  dihormati oleh semua pihak dan semua kaum di Malaysia.

Sekiranya RUU itu diterima secara tergesa2 saya bimbang ia akan gagal mencapai matlamat yg didambakan, maka dgn itu imej Islam berserta institusi2nya akan terjejas.

Wassalamu 'alaikum!"

Drp WA Mufti P.Pinang





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...