TERKINI :

Saturday, October 1, 2016

Antara Tukaq perlembagaan Lord Reid dengan meminda undang-undang yang masih bawah Lord Reid..?

 http://dingo.care2.com/pictures/petition_images/petition/672/949910-1446560452-wide.jpg
Meminda perlembagaan lord reid itu lagi penting...supaya terbatal enakmen yg memberikan kuasa mahkamah sivil lagi besaq dari mahkamah syariah...

sekarang pinda lagu mana pun tetiba bercanggah dengan mahkamah sivil maka hukuman mahkamah syariah akan terbatal..

jadi kenapa kita tak buat kempen pinda PERLEMBAGAAN LORD REID tuuu...sebab kita nak letakan KUASA mahkamah syariah lagi tinggi daripada mahkamah sivil...

Dan masa tu nak letak hukuman setinggi mana pun maka pesalah tak boleh bawa kes ke mahkamah sivil dah ... sebab kuasa mahkamah syariah kita sudah angkat bagi tinggi....

namun yang sekarang nie bukan kata jangan sokong...itu salah... kita tetap kena sokong sebab nak menaikkan hukuman namun kita kena sedar mana lagi wajib dan perlu buat dan diutamakan...

ibarat Kereta ada masalah dengan enjin kita dok makeup boh rim 16, ekzos besaq, tambah surbo supayan nak bagi laju... sedangkan enjin dah kapot jalan tak boleh lebih 70km/hr.... ajust pie la kot mana pon enjin tetap lari 70km/hr...jadi mana perlu kita utamakan...

namun jika nak beli rim baru, tukaq ekzos tak salah.. buatlah tiada masalah... dah ekzos yg mampu kita beli...nak tukaq enjin duit tak dak lagi...

Separuh Akhir Pertama - Permainan Kedah yang terbaik ialah di 10 minit pertama & 10 minit terakhir..selainnya.....


Awal2 game ok ja nampak mcm nak berpesta gol.. tambah pulak dapat gol awal.. tapi bila kesilapan defend pdrm dapat di balas balik dengan pantas.. pemain2 mula tertekan seolah2 1 gol tempat lawan oleh pdrm tu kita nak kena cari lg 3@4 gol dengan segera..

sebab tu pemain nampak terlalu tergesa2 hingga kurang jaga disiplin taktikal.. bila game dah serba tak menjadi pemain2 makin tertekan...

Last pemain ikut rentak pdrm dimana depa tu main bkn nak menang pon...seri pon jadilah...last pdrm main slow.. kedah pon main slow

dan ia dibantu lagi dengan pengadil seolah2 dah dibeli jiwa oleh player pdrm dimana masa pertama sentiasa ditekan oleh player pdrm dgn membantah keputusan beliau lakukan dan kesan dilihat separuh masa kedua pengadil seolah membiarkan sahaja game berjalan dengan kekasaran dan kekerasan dalam perlawanan berlaku...

Apa yg dilihat game semalam kedah bermain dalam keadan baik ialah 10minit pertama dan 10minit akhir permainan...yang lagi 70minit hancus...

tapi percayalah semuanya akan berbeza di std hang jebat nanti... kita akan lebih relax untuk mencari satu gol saja tempat lawan.. bila dah dapat gol tekanan akan beralih ke pdrm untuk kejar sekurang2nya 2 gol.. dari situ kita akan tambah lagi 1@2 gol...

yakin boleh...

PULUN KEDAH PULUN

PENYOKONG HIJAU KUNING

Hadi kurang sihat ekoran keletihan, had masa hadiri program



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.

Semalam, Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam, lapor Bernama.

Setiausaha Sulit kepada ahli Parlimen Rhu itu, Zaihan Mohd Daud berkata walaupun berdepan masalah kesihatan, Abdul Hadi tetap meluangkan masanya untuk menghadiri program.

"Tuan guru tidak sihat kerana keletihan akibat program yang terlalu padat, Walaupun tidak sihat, beliau tetap menghadiri beberapa program.

"Esok (Sabtu) pun beliau akan ke Sabah bagi menghadiri program di sana," katanya kepada pemberita selepas Program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.4) di Kemaman malam tadi.

Abdul Hadi yang menghadiri majlis tersebut kira-kira satu jam sempat menyampaikan ceramahnya hampir setengah jam sebelum bergegas pulang untuk berehat.

Beliau yang kelihatan letih menyampaikan ceramahnya dalam keadaan duduk dan perlu dipimpin sewaktu menuruni tangga ketika hendak pulang.

- Bernama

MENYINGKIRKAN NAJIB SEBELUM PRU 14 TIDAK SEHARUSNYA DIBANGKITKAN LAGI


Sehari dua ini timbul kembali isu berkaitan penyingkiran Perdana Menteri sebelum PRU 14 dan kuasa Yang Dipertuan Agong berkaitan perkara tersebut.

Ia bermula apabila seorang peguam yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad, Hanif Khatri Abdulla dalam sebuah forum nenyatakan bahawa Agong mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Beliau menyimpulkan bahawa sebagaimana Agong mempunyai kuasa untuk melantik, baginda juga berhak untuk memecat Perdana Menteri.

Hujah beliau bagaimanapun disanggah oleh Nazri Aziz yang mengatakan Agong tidak ada hak untuk memecat kerana pemecatan Perdana Menteri hanya boleh dilakukan oleh Parlimen.

Katanya, negara kita adalah sebuah negaa yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman juga sependapat dengan Nazri yang menyebut bahawa hanya Parlimen dan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat saja yang boleh membuatkan Najib tersingkir daripada jawatannya.

Mengapa ditimbulkan kembali isu penyingkiran Najib melalui kuasa Agong sebelum PRU 14 ini?

Bukankah sekarang ini semua kumpulan penentang Najib sudah meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti politik baru iaitu PPBM?

Untuk ada ditubuhkan PPBM jika berterusan bercakap mengenai penyingkiran Najib melalui kuasa Agong?

Tidakkah Najib sendiri sudah berulangkali menyatakan bahawa beliau tidak sesekali akan berundur dan sedia menghadapi pencabarnya dalam pilihanraya?

Tidakkah juga dengan sudah menubuhkan PPBM dah menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang, matlamat utama sekarang sudah berubah kepada menyingkirkan Najib dengan cara mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya?

Oleh itu, sedarlah bahawa hanya membuang masa dan menghabiskan air liur saja bercakap lagi mengenai kuasa Agong dan penyingkiran Najib melalui kuasa selain pilihanraya.

Dengan sudah menubuhkan parti baru dan menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang, malah Tun Mahathir juga sudah banyak kali bercakap mengenai usaha mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, isu penyingkiran Najib sebelum PRU 14 tidak seharusnya dibangkitkan lagi.

Apa yang perlu dilakukan ialah memperkemas jentera parti, memperkukuh kerjasama dengan parti-parti lain dan berterusan meyakinkan rakyat bahawa perubahan kerajaan adalah pilihan terbaik buat kesejahteraan mereka.

Lupakanlah terus cakap-cakap untuk menyingkirkan Najib melalui kuasa Agong atau sebelum PRU 14 ini, sebaliknya usaha serta kekuatan haruslah ditumpukan untuk menjelmakan kekustan baru ke arah perubahan serta reformasi menyeluruh dalam negara. (SH 30/09/2016).

Strategi politik pemimpin Umno bila tidak kisah ahli keluar parti

Logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang terkini selepas pendaftaran pertubuhan itu diluluskan.Kenyataan pemimpin Umno yang seolah-olah tidak kisah ahlinya keluar menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanyalah merupakan strategi politik, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.

"Setiap parti apabila ahlinya keluar, mereka akan risau sebenarnya. Tapi mereka tidak boleh menunjukkan kerisauan sebab situasi akan nampak lagi buruk kalau mereka tunjuk risau.

"Mereka cuba menunjukkan kepada ahli-ahli, yang nak keluar terpulang kepada mereka.

"Mereka guna istilah pembersihan, buang penyakit, buang buruk dan sebagainya supaya menampakkan parti tidak memerlukan ahli-ahli yang tidak setia. Kalau dari satu aspek, ada kebenarannya pendekatan itu," katanya seperti dipetik Sinar online hari ini.

Namun katanya, Umno tidak boleh mengelak hakikat bahawa partinya sedang mengalami perpecahan dan kemerosotan ahli.

"Kita boleh lihat sejauh mana peningkatan keahlian Bersatu dalam jangka masa enam bulan ini. Di situ kita akan lihat kesannya kepada Umno.

"Tapi ia akan mengambil masa sebab itu, formula adakan pilihan raya dalam masa terdekat itu akan menguntungkan Umno," katanya.

Beliau dalam kenyataan sama juga menyebut Bersatu bakal menerima nasib sama seperti parti serpihan Umno, Semangat 46 yang ditubuhkan pada 1988, yang bertahan hanya lapan tahun.

Katanya, dua parti serpihan itu wujud berdasarkan kepada protes terhadap kepimpinan Umno sekarang antara sebab parti baharu tidak kekal lama.

"Kerana itu parti ini tidak akan kekal lama. Parti ini akan jadi macam Semangat 46. Akhirnya kembali kepada Umno," ujarnya seperti dipetik. 

Lupus hutan kekal: Husam jawab Pengarah Perhutanan Kelantan

MALAYSIA DATELINE

 Husam Musa

Saya berbesar hati kerana akhirnya, Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengambil tanggung jawab memberikan respon untuk pencerahan bersama dalam isu pelupusan Hutan Simpan Kekal (HSK) Negeri Kelantan secara sistematik - terakhir dengan kelulusan tanaman ladang durian kunyit dalam hutan simpan kekal Kelantan yang didakwa telah diteroka.

Sememangnya menjadi tanggung jawab penjawat awam untuk telus dalam menyampaikan maklumat berkaitan bidang tugas mereka. Amalan menyembunyikan maklumat adalah patut dielakkan.

Penyampaian maklumat bila diperlukan oleh masyarakat awam, seharusnya holistik dan tidak terpilih atau gambaran separuh.

A. KELUASAN SEBENAR DILULUSKAN UNTUK TANAMAN DURIAN KUNYIT?

Tuan Pengarah Hutan dalam jawapan hari ini menulis:

"(5) Kerajaan Negeri telah meluluskan secara dasar kepada empat buah syarikat sahaja. Daripada jumlah tersebut hanya dua syarikat sahaja diberi kelulusan perlesenan yang melibatkan kawasan seluas 100 hektar iaitu Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn. Bhd. Dakwaan yang menyatakan kelulusan pembangunan kawasan teroka haram dalam KSK seluas 1,697 hektar adalah tidak benar."

Ada empat kelulusan dasar diberikan. Dua dari empat kelulusan dasar itu telah diberikan kelulusan pelesenan iaitu Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn Bhd.

Para jawapan Tuan Pengarah di atas tidak jelas, sama ada setiap satu syarikat dari ke empat-empat syarikat diluluskan itu mendapat 100 ha masing-masing atau 100 ha dibahagikan dengan dua syarikat.

Saya terpaksa membuat sedikit andaian dan ini rasanya diizinkan dalam investigative writing.

a. Jika setiap satu syarikat mendapat 100 ha masing-masing, bermakna jumlah keluasan bagi ke empat-empat syarikat termasuk yang mendapat kelulusan dasar tetapi belum mendapat kelulusan lesen adalah 400 ha.

Angka ini tidak sama dengan apa yang disebut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, bahawa hanya 100 hektar sahaja yang telah diluluskan.

b. Jika 100 hektar itu adalah untuk dua syarikat, bermakna setiap satu syarikat mendapat 50 hektar masing-masing.

c. Lebih tepat rasanya, maksud Tuan Pengarah itu adalah masing-masing Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn. Bhd. telah diluluskan seluas 100 hektar.

Bermakna, jumlah keluasan bagi dua syarikat ini adalah 200 hektar.

d. Memandangkan dalam kenyataannya Tuan Pengarah tidak menyebut bahawa dua lagi syarikat yang telah mendapat kelulusan dasar tidak pula dibatalkan tetapi hanya belum mendapat kelulusan lesen, maka adalah selamat untuk berpendapat seluas 400 hektar HSK telah diluluskan untuk tanaman durian kunyit.

e. Kesemua angka ini bersalahan dengan angka 100 hektar yang disebut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.

Surat 1B. HSK MANA YANG TERLIBAT?

Tuan Pengarah Perhutanan telah menafikan bahawa kawasan yang diluluskan kepada Gunong Basor dan Kundor Tegoh Solution adalah HSK Sg Brok:

"(2) Berhubung dengan dakwaan yang menyatakan terdapat kelulusan Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram dengan tanaman spesies pokok durian kunyit di Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan Sungai Brok, hasil semakan JPNK mendapati dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas. Ini kerana hasil semakan adalah seperti berikut:

(i) Pelan kawasan yang tertera dalam kawasan tersebut adalah tidak merujuk kepada Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan (HS) Sungai Brok. Ini kerana pelan kawasan yang dinyatakan adalah di Hutan Simpan Ulu Galas..."

Tuan Pengarah seharusnya sedar, isu perkaitan dengan HS Sg Brok berbangkit ekoran surat sokongan dari Pejabat MB Kelantan ditujukan kepada beliau yang menyebut dalam kepala surat itu seperti berikut:

“PERMOHONAN PROJEK LADANG TANAMAN DURIAN KUNYIT DI DALAM HUTAN SIMPAN SUNGAI BEROK, KOMPARTMEN 32 DAN 34 SELUAS 404.0 HEKTAR (DALAM ZON TLC)”

No rujukan surat Pejabat MB adalah MB KN (D) 700-1/1 (33) bertarikh 31 Mac 2016.

Surat ini menyokong permohonan SYARIKAT GUNONG BASOR yang disebut oleh tuan telah pun mendapat kelulusan lesen.

Di manakah sebenarnya kawasan Hutan Simpan yang diluluskan untuk Syarikat Gunong Basor jika ia bukan HS Sg Berok?

Tuan Pengarahlah sepatutnya memaklumkan kepada awam untuk menghilangkan kekeliruan.

Gunong Basor dalam surat Pejabat MB, memohon di HS Sg Berok.

Tuan menyatakan pelan itu bukan merujuk kepada Sg Berok tetapi Hutan Simpan Ulu Galas.

Jika Gunong Basor diluluskan Hutan Simpan lain sama sekali sedangkan ia memohon untuk kelulusan HS Sg Berok, keadaan tentu menjadi bertambah keliru. Lain tempat yang dipohon, lain pula yang diluluskan?

Saya sertakan sekali lagi salinan surat Pejabat MB itu.

Jika pelan dan kawasannya salah, Pejabat MBlah yang patut disalahkan kerana menyebut kawasan yang salah!

Kecuali Gunung Basor mempunyai lebih dari satu permohonan untuk tujuan sedemikian.

Saya pohon Tuan Pengarah menyebut secara jelas kawasan yang telah diluluskan kepada Gunong Basor dan Kundor Tegoh Solution.

Habis cerita!

C. BILA GUNONG BASOR DAN KUNDOR TEGOH SOLUTION MENDAPAT KELULUSAN?

Tarikh kelulusan lesen bagi kedua syarikat ini penting. Tetapi Tuan Pengarah tidak menyatakannya dalam kenyataannya.

Jika keduanya mendapat kelulusan melalui mesyuarat 6 April 2016, bermakna Pejabat Hutan hanya mempunyai masa selama ENAM HARI dari tarikh surat Pejabat MB.

Adakah tempoh sesingkat itu memungkinkan Pejabat Hutan membuat kertas mesyuarat yang lengkap dan teratur? Menyemak pelan yang dipohon, menyemak keadaan sebenar di lapangan dan membuat persiapan lain yang diperlukan sehingga KELULUSAN LESEN boleh dikeluarkan?

Saya kira, di sini SPRM mempunyai sebab untuk menyemak kelulusan seperti ini.

Jika Gunung Basor mendapat kelulusan lebih awal dari tarikh 6 April, bermakna Gunong Basor mempunyai lebih dari satu permohonan.

Bagaimana pula Pejabat MB boleh memberikan surat sokongan baru untuk Gunung Basor bagi tujuan yang sama? Sedangkan sebelum itu Gunong Basor telah pernah mendapat kelulusan?

Apa keistimewaan Gunong Basor pada mata MB?

Surat 2D. BILA GUNONG BASOR DAN KUNDOR TEGOH SOLUTION MENDAPAT KELULUSAN LESEN?

Maklumat yang ada bagi masyarakat awam adalah surat dari Pejabat MB menyokong permohonan Gunong Basor bertarikh 31 Mac 2016.

Maklumat ini berkembang dengan kenyatan Tuan Pengarah Hutan SENDIRI pada hari ini iaitu Gunong Basor dan Tegoh Kundur TELAH PUN MENDAPAT KELULUSAN LESEN!

Secepat kilat?

Apa rahsia kecekapan luar biasa ini?

Kita pohon Tuan Pengarah memberikan maklumat penuh termasuk tarikh kedua syarikat ini diluluskan lesen.

E. BANCIAN DAHULU ATAU LULUS LESEN DAHULU?

Memandangkan dua syarikat disebut Tuan Pengarah Hutan telah mendapat lesen, wajarlah dijelaskan samada lesen diluluskan sebelum bancian atau selepas bancian?

F. BERAPA ISI HUTAN KAWASAN BERKENAAN?

Jika bancian telah dibuat, berapakah isi kayu bagi kawasan terbabit?

Jika bancian belum dibuat, bagaimana kelulusan lesen boleh diberikan?

G. APA KEDUDUKAN AA PAVILION MINING?

Saya menarik perhatian Tuan Pengarah kepada surat beliau bernombor rujukan : PHN.KN200/1/2287 (15) bertarikh 20 April 2016 yang saya kembarkan sekali lagi, andainya beliau tidak membaca sepenuhnya posting saya sebelum ini.

Kepala surat beliau berbunyi:

"PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN."

Tuan Pengarah selanjutnya menulis : “Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan Bil 2/2016 pada 6 April 2016 telah membuat keputusan secara dasar MELULUSKAN (huruf besar ini adalah ada dalam surat asal) permohonan tuan untuk tanaman pokok durian kunyit...”

Adakah surat ini benar?

Jika surat ini palsu, adakah Tuan telah membuat laporan polis?

Jika ia benar, adakah sekali lagi pemilik yang sama antara Gunong Basor dan AA Pavilion mendapat kelulusan menanam durian kunyit lebih dari satu kelulusan?

Jika surat ini benar, bermakna kawasan HSK yang dilluluskan untuk tanaman durian kunyit melebihi dari empat syraikat dan melebihi dari 400 ha.

Jika surat ini tidak benar, saya cadangkan laporan polis dibuat segera.

Surat Tuan ini ada menyebut HS Ulu Galas dan sekali gus HS Batu Papan.

Pohon penjelasan lanjut atas kedudukan ini.

H. DURIAN KUNYIT SEBAGAI PERINTIS

Tuan Pengarah Hutan menulis:

“(3) Pemilihan spesies Pokok Durian Kunyit dalam Program Penghutanan Semula di kawasan teroka haram adalah sebahagian pokok hutan yang dibenarkan dalam projek perintis ini."

Memandangkan ia projek perintis, sudahkah kajian dibuat terlebih dahulu bagi pemilihan spesis ini?

Bila kajian itu dilakukan?

Setahu saya, durian kunyit adalah pohon rendang yang bercabang rendah. Ia berbatang kecil dan menghasilkan 'non timber size'.

Bagaimana ia boleh dipilih sebagai pokok untuk Ladang Hutan yang sifatnya melindungi hutan dan menghasilkan kayu?

Bagaimana balak boleh terhasil dari batang yang rendah dan rendang?

Jika kertas kajian itu wujud, saya berharap ia dapat ditunjukkan kepada orang ramai.

Jika ia kajian perintis, berapakah luas yang lebih sesuai sebelum kajian ini membuktikan kejayaan?

Adakah keluasan itu ditentukan oleh Jabatan Hutan atau oleh pemohon?

I. APAKAH KELAYAKAN SYARIKAT YANG DIPILIH?

Apakah kelayakan Gunong Basor, Kundor Tegoh dan AA Pavilion Mining sehingga mereka diberi peluang untuk melaksanakan projek printis ini?

Berdasarkan namanya, AA Pavilion adalah terlibat dalam perlombongan tetapi bernasib baik mendapat DURIAN RUNTUH?

J. KENAPA TIDAK DITENDER SECARA TERBUKA?

Jika ia bertujuan sebagai projek perintis, kenapa tidak ditender secara terbuka supaya pihak yang benar-benar mahir dengan penanaman durian kunyit diberikan peluang?

K. KELULUSAN TELAH DIAKUI

Akhirnya, tempat dan keluasan adalah isu kedua.

Isu utama di sini adalah, AKHIRNYA KENYATAAN SAYA BAHAWA HUTAN SIMPAN KEKAL TELAH DITUKAR KEPADA LADANG DURIAN KUNYIT ADALAH BENAR!

Ceramah saya di Salor pada 16 September lalu adalah benar.

L. LEBIH BANYAK JAWAPAN, LEBIH BANYAK KEKELIRUAN

Jawapan Tuan Pengarah Perhutanan ini menambahkan lagi kekeliruan dan menunjukkan lebih banyak percanggahan dengan kenyatan Tuan Setiausaha Politik Menteri Besar dan Tuan Ali Omar yang mendapat kelulusan berkenaan.

Banyak pula lompang yang belum terjawab tentang amalan penbangan habis hutan atas pelbagai premis dan alasan yang sedap-sedap.

Pada akhirnya Hutan Simpan Kekal Kelantan akan semakin pupus dan pihak-pihak dapat mengaut kekayaan dengan cara yang mengorbankan hasil mahsul negeri ini, termasuk amalan tanpa tender terbuka.

Akan tiba masanya, semua ini akan terbongkar dan saya telah pun mengambil tugas saya memberikan peringatan demi peringatan.

M. SAYA TELAH CUBA MENELEFON TUAN PENGARAH BERKALI-KALI TETAPI GAGAL

Saya juga telah menghubungi beliau melalui SMS untuk mengatur pertemuan supaya semua pertanyaan dan kesangsian mendapat penjelasan.

Surat memohon temu janji juga telah dihantar ke pejabat beliau.

Saya masih menunggu perjumpaan dengan beliau.

Oh Durian Kunyit!

Husam Musa 
29 September 2016
27 Zulhijjah 1437

RUU Akta 355 untuk penuhi tuntutan politik pihak tertentu

Prof MadyaDr Shamrahayu Abdul Aziz (kiri) dan Dr Zukqarnain Lukman ketika bercakap mengenai RUU di USIM baru-baru ini.

Rang Undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat lebih kepada tuntutan politik berbanding tuntutan syariah.

Peguam syarie, Dr Zulqarnain Luqman berkata, tindakan membaca usul berkenaan tanpa dibahaskan serta menangguhkan perbahasan selama lima bulan menimbulkan kontroversi dan perdebatan hangat dalam masyarakat.

Malah katanya, tindakan agamawan yang menyeru orang ramai menyokong Akta 355 adalah tidak masuk akal kerana ia belum pun dibahaskan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

“Penyokong YB Marang memang bergerak aktif untuk ceramah di masjid-masjid, memberikan penerangan tentang Akta 355.

“Sehingga ada ustaz yang kata kalau Wan Azizah tidak sokong (RUU355) jatuh iman. Nanti tanam di jirat cina. Ini kan tak bagus. Ia masih dalam perdebatan di parlimen.

“Apa relevannya pergi ceramah RUU 355 di masjid-masjid? Ceramah di sini pun tak relevan pun sebenarnya sebab awak semua tak mengundi pun dalam Dewan Rakyat. 

“Tapi sebab ini dah jadi kecoh. Kalau tidak sokong dituduh kafir,” katanya dalam forum RUU355: Matlamat Politik atau Tuntutan Syariat di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai pada Rabu.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kontroversi kuliah Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang menyifatkan ahli parlimen yang tidak menyokong RUU 355 sebagai 'jatuh akidah' (rosak akidah) dan layak dikebumikan di jirat (tanah perkuburan Cina).

Shaharuddin bagaimanapun telah menarik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Shamrahayu Abdul Azizmenegaskan, beliau tidak bersetuju terhadap hukuman yang tidak ditetapkan seperti yang terkandung dalam seksyen 2A yang hendak dipinda.

Melalui Seksyen 2A, tidak dinyatakan bentuk dan had hukuman yang boleh dikenakan Mahkamah Syariah kecuali “yang dibenarkan oleh undang-undang syariah selain hukuman mati”. 

“Adakah saya bersetuju dengan unlimited hukuman kecuali hukuman mati, saya tidak bersetuju dengan wording sekarang. Kalau kerajaan nak bawa RUU ini, kerajaan kena lihat balik untuk jumlah hukuman.

“Kita sokong pindaan dengan penambahbaikan. Kalau pindaan itu berlaku dalam keadaan sekarang saya payah untuk mengatakan bahawa saya sokong seratus peratus. Saya perlukan pindaan kepada wording dalam usul pemberitahuan. Tapi itu bukan bermakna menolak pindaan,” katanya.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa teknikal pelaksanaan kanun jenayah syariah peringkat kebangsaan yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan,berkata, tidak berbaloi untuk umat Islam berpecah belah hanya kerana pindaan Akta 355.

“Adakah berbaloi kita berpecah atas perkara menambah baik Islam? Semua kita nak tunjuk kita mahu tambah baik Islam. Parti A begini, parti B begitu. Tidak berbaloi untuk kita mencemuh atau berburuk sangka ke atas orang lain atas RUU ini,” katanya.

Sebagai rekod pada Mei lalu Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Tindakan Umno memberikan laluan kepada Presiden Pas untuk membentang Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 dibantah keras oleh empat pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) MCA,MIC,Gerakan dan SUPP yang mengertak akan melepaskan jawatan menteri kabinet masing-masing sekiranya hudud dilaksanakan.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula memperjelaskan pindaan terhadap Akta 355 itu bermatlamat untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa berlandaskan kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.

Sudah-sudahlah pimpinan PH... dengar nasihat Subky...

Sudah-sudahlah... dengar nasihat Subky...

Khalid Samad

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada veteran Pas, Subky Latif kerana menjelaskan pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan (PH) sekaligus membantu pakatan politik pembangkang itu untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi BN tanpa melayan karenah Pas.

Menurut beliau, apa yang dinyatakan Subky dalam tulisannya di Harakahdaily adalah jelas dan sepatutnya membuka mata sesetengah pemimpin parti gabungan PH tentang pendirian sebenar Pas.

"Sekiranya maksud di sebalik tulisan Subky masih belum difahami, kita hanya mampu mengandaikan bahawa ada yang sengaja tidak mahu memahaminya," ujar Khalid.

Subky dalam tulisannya menasihati pembangkang agar tidak membuang masa menunggu Pas bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU14) dan menjatuhkan Perdana Menteri dan BN.

"Usah pedulikan Pas dan usah tunggu Pas!" pintanya.

Subky Latif

Menurut Subky, kehadiran DAP dan Amanah dalam pakatan pembangkang menjadi penyebab utama Pas enggan bersama pembangkang.

"Sekalipun Mahathir dan Anwar dapat cantumkan otak mereka yang bergeliga itu, Pas tetap macam sepat tak makan pancing berumpan emas. Biar kucing bertanduk, cacing dapat telan ular, Pas bersama rakan-rakannya selesa bersendiri.

"Pembangkang buatlah apa yang patut! Jangan buang masa menunggu Pas!" tegas veteran Pas itu lagi.

Mengulas lanjut, Khalid berkata terlalu banyak masa telah terbuang menunggu Pas untuk menyertai barisan pembangkang sedangkan masa yang begitu bernilai sepatutnya digunakan untuk membina kekuatan dan kesatuan PH.


"Setahun telah berlalu sejak perlancaran PH tetapi ianya masih bagaikan satu gabungan yang terumbang ambing, tidak yakin dengan perlunya kewujudan dirinya sendiri. Dan oleh itu, tiada kesungguhan secara 100% untuk membinanya.

"Cukuplah dengan ketidaktentuan dan kekaburan. Cukuplah dengan 'indecisiveness' yang sekian lama merencatkan pengukuhan PH. Biarlah kita bina apa yang ada pada kita. Dan dengan yang sanggup bersama kita. Adakan sedikit keberanian dan keyakinan diri," ujar Khalid.

Sehubungan itu, Khalid sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Subky kerana membantu menjelaskan pendirian terbaru Pas terhadap pakatan pembangkang.

Minyak Naik : RON95/97 naik 10sen, DIESEL naik 5 sen

Harga minyak Oktober: RON95, RON97 naik 10 sen, diesel 5 sen..

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 10 sen, diesel naik 5 sen mulai tengah malam ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol  RON95 dan RON97 naik 10 sen, diesel naik 5 sen mulai tengah malam ini. 

Jurucakap Persatuan Pengusaha Minyak (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Oktober bagi RON95 adalah RM1.80 seliter berbanding RM1.70 sen seliter.

Harga RON97 adalah RM2.15 berbanding RM2.05 sen seliter, manakala harga diesel ialah RM1.85 seliter berbanding RM1.80. 

Harga runcit petrol sepanjang September bagi RON95 ialah RM1.70 seliter, RON97 (RM2.05) dan diesel (RM1.70)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...