TERKINI :

Tuesday, September 20, 2016

Piala Malaysia: Kedah tidak mahu terlalu yakin


KEMENANGAN selesa menjadi misi utama skuad Kedah apabila menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, di sini pada 30 September ini.

Pengendali skuad itu, Tan Cheng Hoe berkata, anak buahnya perlu fokus untuk memperoleh bekalan gol selesa di tempat sendiri sebelum pertemuan kedua di gelanggang lawan, bagi memastikan kemaraan ke final buat kali kedua berturut-turut.

Namun jurulatih berkenaan tidak mahu pemainnya terlalu yakin dalam perlawanan di tempat sendiri itu kerana ia hanya akan menyulitkan keadaan.

"Kami tidak boleh memandang rendah terhadap PDRM yang sebelum ini berjaya menyingkirkan Kelantan di suku akhir serta menewaskan beberapa pasukan kuat seperti JDT (Johor Darul Ta'zim) dan Perak.

"Kita perlu bermain seperti biasa pada perlawanan itu nanti dan mengekalkan strategi dan corak permainan sama ketika menewaskan Negeri Sembilan.

"Seperti kita ketahui, kualiti jentera serangan dan barisan pertahanan PDRM amat baik dan pemain Kedah perlu fokus serta bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kedah mara ke separuh akhir selepas menundukkan Negeri Sembilan dengan agregat 5-0.

Pada masa sama, Cheng Hoe juga mahu pasukannya memastikan kemenangan apabila bertemu Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini bagi mengukuhkan kedudukan di Liga Super.

Kedah kini mengumpul 34 mata dan berada pada kedudukan ketiga di belakang juara liga, JDT (52 mata) dan Felda (42).

"Tempoh yang ada selepas perlawanan Liga Super dengan Terengganu ini juga cukup bagi memastikan pemain mendapat rehat secukupnya sebelum menentang PDRM," katanya. - Bernama

Benarkah PAS akan tempang tanpa Dato' Harun Din..??

http://www.cikguazli.com/blog/wp-content/uploads/2015/03/datuk-dr-haron-din-1.jpg

Tidak dapat dielakkan bahawa PAS akan ‘tempang’ tanpa Dato Harun Din. Mahu tak mahu kepimpinan PAS terpaksa mengakui keadaan ini. Ini bukan soal ‘patah tumbuh hilang berganti’. Tidak ada siapa dalam barisan kepimpinan PAS kini yang dapat menggantikan peranan yang dimainkan oleh Dato Harun Din. Ini merupakan cakap-cakap yang berlegar dikalangan ahli PAS kini.

Pemergian TG Nik Aziz dirasakan kehilangannya oleh ahli PAS tetapi ada ‘lapik-liang’nya ia itu Dato Harun Din. Antara kedua-dua tokoh yang telah meninggalkan kita ini, tidak banyak perbezaan antara satu dengan yang lain, malah boleh bertukar ganti antara satu dengan yang lain. Tetapi pemergian Dato Harun Din tidak ada penggantinya. Dato Ahmad Yaakub yang kini memangku tugas berkenaan ibarat ‘jauh panggang dari api’.

Ramai yang mengatakan tidak ada tokoh yang boleh menggantikan Dato Harun Din yang disegani oleh pihak kawan dan lawan. Dan kesan daripada pemergian tokoh yang disayangi ini ialah akan kelihatan penghijrahan beramai-ramai ahli PAS keluar daripada parti berkenaan. Apatah lagi apabila Amanah sudah sedia menunggu kedatangan golongan ‘imigran’ yang semacam menunggu masa dan ketika untuk ‘berhijrah’.

Tidak ada kuasa yang dapat menahan fenomena berkenaan kecuali menyediakan seberapa banyak ‘dedak’ sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO untuk menyekat ahlinya meninggalkan parti berkenaan secara beramai-ramai. Dapatkah kepimpinan PAS melakukan apa yang dilakukan oleh UMNO. Ini persoalan yang perlu difikirkan oleh kepimpinan PAS.

Persoalan yang dihadapi oleh PAS kini adalah juga merupakan persoalan ‘pull’ and ‘push factor’. Pemergian Dato Harun Din adalah antara ‘push factor’ yang menolak ahli PAS meninggalkan parti berkenaan, yang mana ramai yang merasakan bahawa kepimpinan PAS kini tidak diyakini oleh kebanyakan ahli untuk membawa perjuangan PAS menempuh Kurun ke 21.

Ramai yang merasakan bahawa kepimpinan PAS kini adalah merupakan kepimpinan ‘cara lama’, cara lapuk. Ini disuarakan oleh golongan muda yang mahukan satu perubahan drastik, satu perubahan kepimpinan mengikut arus zaman. PAS sepatutnya mengorak langkah dan kreatif dalam melayarkan ‘bahtera’ PAS mengikut acuan Kurun ke 21. Apa yang telah dilakukan oleh TG Nik Aziz dulu, ia itu dengan mengembelingkan tenaga professional dan ulamak adalah merupakan acuan yang amat sesuai. Tetapi dengan kegolojohan setengah kepimpinan yang tidak dapat memikirkan tentang rentak dan gaya kepimpinan Kurun ke 21 telah menyebabkan PAS ketinggalan zaman.

Untuk menambah kekacauan dalam kepimpinan PAS, kelihatan pula ‘kekacauan’ dalam tindak tanduk pemimpin PAS yang sudah tidak ketahuan hala tuju parti berkenaan. Rakyat sedang ‘membaca’ langkah kepimpinan PAS dan sedang memerhati juga ‘sepak-terajang’ kepimpinan PAS.

Kepimpinan PAS kini semacam dalam keadaan ‘dilemma’ dan ‘kacau-kena’ (loghat Perak)… Agaknya ler…

abuhassanadam

18 September 2016

Mursyidul Am Pas, Ahmad Yakob?

Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob akan dilantik sebagai Mursyidul Am bagi menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kemungkinan itu berdasarkan amalan parti berkenaan sebelum ini.

Katanya, mengikut sejarah kekosongan jawatan tersebut akan diisi timbalannya, bagaimanapun perkara itu perlu diputuskan melalui Majlis Syura Ulama.

"Amalam ini diikuti sejak Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am, sekiranya berlaku kematian, timbalannya akan naik sebagai Mursyidul Am.

"Pun begitu, keputusannya perlu mendapat persetujuan 15 ahli (Majlis Syura Ulama) termasuk Presiden dan Timbalan Presiden Pas," katanya ketika ditemui di Mahkamah Kota Bharu, di sini, tadi.

Menurutnya, setakat ini belum ada tarikh bila-bila mesyuarat berkenaan akan diadakan dan jawatan itu kini dipangku Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan.

"Buat masa ini, tidak kedengaran nama lain untuk diangkat sebagai Mursyidul Am dan bila mesyuarat perlantikan untuk diadakan juga belum diputuskan," katanya.

Haron,76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi, Jumaat lalu (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Konspirasi persempadanan semula: DAP dedah 7 kerusi bakal dirampas BN


DAP hari ini mengenal pasti 7 kerusi negeri yang bakal dirampas kembali Barisan Nasional (BN) di Selangor sekiranya usul persempadanan semula kawasan seperti dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata berdasarkan corak pengundian pada 2013, kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang bakal dimenangi BN ialah Sabak, Hulu Kelang, Sementa, Selat Kelang, Pelabuhan Kelang, Sijangkang and Morib.

Selain itu, BN berpeluang menang di sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN lagi disebabkan majoriti kemenangan ditipiskan oleh penyusunan semula SPR itu.

“Dengan manipulasi terbuka dan kempen agresif menggunakan retorik kaum dan agama, kemungkinan Selangor jatuh ke tangan BN adalah sesuatu yang nyata,” kata ahi Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, DAP Selangor akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini membincangkan langkah SPR itu, yang turut dikecam parti pembangkang lain kerana dilihat mengubah pemetaan kawasan pilihan raya bagi memberi kelebihan kepada BN.

BN di Selangor tewas pada pilihan raya umum 2008 dan sekali lagi gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia itu pada 2013, dengan hanya menerima 12 kerusi diwakili Umno. PRU akan datang perlu diadakan pada 2018.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini mempersoalkan persempadanan semula itu dan mendakwa bilangan pengundi ramai di kerusi yang disandangnya merupakan usaha mencuri keputusan pilihan raya umum depan, kerana ia akan mengakibatkan bilangan kerusi lebih rendah di Parlimen.

Cadangan SPR itu melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.

Semalam, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor mengadakan pilihan raya negeri lebih awal supaya ia tidak perlu memakai peta pilihan raya baharu dicadangkan SPR.

Cadangan itu bagaimanapun tidak dipersetujui Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, yang berkata kerajaan Selangor sedang meneliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum membuat sebarang bantahan.

Menurut Pua, persempadanan semula SPR bukan sesuatu yang memeranjatkan di sebalik sokongan semakin lemah terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan isu 1MDB.

Katanya, SPR mahu memastikan penyokong pembangkang dikumpulkan di bawah satu kawasan dengan bilangan pengundi yang amat ramai, di samping memecahkan kawasan lain kepada kerusi kecil bagi memberikan kemenangan dan bilangan kerusi lebih banyak kepada BN.

Adakah Malaysia sudah menjadi negara polis? - Lim Guan Eng

ULASAN l Adakah Malaysia sudah menjadi negara polis apabila pihak polis tidak boleh ditegur sehingga Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan angkuhnya memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, supaya tutup mulut hanya kerana bertanya mengapa siasatan lambat dibuat?

Tindakan IGP memberi amaran terhadap Teo, semata-mata kerana wakil rakyat tersebut mendesak polis menjalankan siasatan segera berhubung satu dakwaan ugutan terhadap pemimpin BERSIH 2.0, membuktikan kebebasan bersuara yang sudah pun terhad di Malaysia kini semakin terhakis.

Teo hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen yang menuntut keadilan dilaksanakan berikutan ugutan oleh ketua kumpulan Baju Merah, Mohd Ali Baharom yang mengancam nyawa Pengerusi BERSIH 2.0. Maria Chin Abdullah.

Teo membuat kenyataan beliau kerana mendapati pihak polis belum berbuat apa-apa selepas ugutan tersebut dibuat secara terbuka.

Semata-mata menyuarakan pandangannya, Teo diberi amaran keras agar tidak mencampuri urusan polis serta tidak mempolitikkan isu tersebut.

Saya tidak faham apa yang tidak boleh dicampuri dan apa yang dikatakan dipolitikkan.

Jenayah depan mata

Ahli parlimen adalah wakil kepada rakyat dan beliau berhak bersuara. Apakah ahli parlimen hanya perlu membisu apabila melihat ugutan, ancaman dan hal-hal jenayah berlaku di depan mata?

Begitu juga dengan kes ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi, yang terlibat dalam isu tweet tentang kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din. Saya sendiri telah membuat teguran terhadap tweet Jeff Ooi sebagai tidak sensitif dan melahirkan perassan kesal kepada keluarga Allahyarham.

Namun, apabila IGP mengeluarkan kenyataan bahawa Ooi “mulut gatal” dan menuntut agar Jeff Ooi menyerah diri atau menghadapi tindakan polis, ia menggambarkan seolah-olah berlaku jenayah besar.

Apakah tweet yang “tidak sensitif” atau seorang yang “mulut gatal” sudah menjadi jenayah besar di Malaysia?

IGP juga dilaporkan mengatakan bahawa Ooi akan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan sesuatu yang menimbulkan kebencian atau berniat jahat untuk menjejaskan keharmonian.

Di samping itu, tindakan oleh IGP bersifat double-standard.

Persoalannya, mengapa tindakan polis dan layanan yang sama tidak dikenakan terhadap ahli parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad?

Apa yang Nawawi lakukan jauh lebih teruk. Nawawi telah mengaitkan identiti “Malaysian Official 1” atau MO1 yang dituduh terlibat dalam pencurian dana 1MDB oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), dengan Yang di-Pertuan Agong.

Tweet: Allah matikan Karpal

Yang di-Pertuan Agong adalah Raja dan Ketua Negara Malaysia yang tidak boleh dihina, dituduh atau dipermain-mainkan. Ia adalah jaminan Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi martabat dan peranan Seri Paduka telah dihina sebagai MO1 yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Skandal 1MDB terjijik yang mencuri wang rakyat Malaysia sehingga kerajaan Amerika Syarikat ingin merampas aset AS$1 billion milikan pegawai 1MDB. Namun, tiada sebarang tindakan terhadap ahli parlimen Umno itu yang lebih teruk daripada “mulut gatal”!

Bukankah ini pilih kasih atau double standard?

Malah, apabila pemimpin DAP, Karpal Singh, meninggal dunia pada April 2014, bekas pemimpin PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin telah menulis tweet: “Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!”

Tetapi tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadap penulis tweet tersebut. Inilah yang menjadikan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia semakin tidak adil kerana berlakunya double standard yang jelas lagi terang.

LIM GUAN ENG adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan

Persempadanan semula: Pembangkang perlu bantah


KUALA LUMPUR: PAS tidak yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti bantahan yang akan dibuat berkaitan cadangan persempadanan semula secara adil berdasarkan prinsip asas demokrasi.

Ini kerana, menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali cadangan persempadanan ini ada agenda tertentu yang akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah, Umno BN.

Tambahnya, daripada pandangan awal berdasarkan kajian dan gambaran umum PAS akan membuat bantahan kepada SPR nanti.

Mustafa berkata, perlu untuk pembangkang membuat bantahan kerana persempadanan semula ini adalah strategi untuk memberi kelebihan kepada BN berdasarkan 'track records' yang lepas.

"Sebelum ini jelas bahawa cara persempadanan ini dibuat bermatlamat untuk memberi kelebihan kepada parti yang memerintah iaitu Umno BN.

"Dan ini juga jelas berdasarkan persempadanan terakhir pada tahun 2003 bagi PRU 2004. Persempadanan waktu itu jelas dibuat untuk memberi kelebihan kepada Umno BN. Di mana negeri-negeri yang diperintah PAS maka negeri itu menjadi tumpuan untuk menafikan pembangkang mendapatkan kekuatan yang bertambah, maka waktu itu tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

"Sedangkan negeri-negeri lain ada pertambahan kerusi terutama negeri kubu kuat Umno BN yang meminta tambahan begitu besar berbanding bilangan purata pengundi, ini bertujuan untuk menafikan peluang PAS menang," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau turut memberi contoh di Terengganu, Dun Manir yang menjadi kubu kuat PAS sukar dikalahkan oleh BN tetapi selepas persempadanan, peti undi Teluk Pasu yang PAS hanya menang 100 undi lebih dimasukkan ke kawasan Manir.

"Kemungkinan Teluk Pasu akan kalah dengan menidakkan kubu-kubu pembangkang daripada menang dengan masukkan ke kawasan lain, begitu juga tempat lain.

"Contoh tahun 2003, persempadanan berdasarkan PRU 1999. Perdana Menteri hampir kalah beberapa undi, setelah dibuat pemetaan baru termasuklah peti undi kem tentera dibawa ke parlimen Pekan.

"Sedangkan terlalu jauh bagi menguatkan Pekan itu sendiri. Itulah bagaimana cara dibuat untuk beri kelebihan pada parti pemerintah. Pemetaan yang tidak munasabah berdasar geografi, satu peti undi masuk ke dalam Pekan sedangkan ada parlimen yang lebih hampir," tambahnya.

Justeru katanya, ini adalah kali pertama dalam persempadanan semula sejak beberapa kali mutakhir ini tidak berlaku pertambahan kerusi tetapi persempadanan dibuat untuk membolehkan pemetaan persempadanan bagi menafikan pertambahan kekuatan pembangkang.

Tegasnya, persempadanan kali ini yang tidak ada penambahan kerusi menunjukkan mereka tidak yakin ia akan diluluskan kerana Umno BN tidak ada 2/3 majoriti di parlimen.

Bagaimanapun sebelum itu Mustafa berkata, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat sedang meneliti secara menyeluruh cadangan persempadanan semula yang baru diisytiharkan oleh SPR.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPPN) supaya meneliti secara terperinci kesan daripada persempadan baru yang dikemukakan itu.

"Secara menyeluruhnya kita akan melihat laporan daripada negeri-negeri pada 24 September ini yang akan dibentangkan dalam mesyuarat PAS Pusat di Pulau Pinang nanti.

"Selepas itu kita ambil segala pandangan dan analisis oleh JPPN kemudian akan dikemukakan kepada Lajnah Politik PAS pada 28 September ini untuk dimuktamadkan, dan apa bentuk tindakan yang akan dilakukan oleh PAS berkait dengan cadangan itu," katanya. - HARAKAHDAILY 20/9/2016

Qaradhawi ucap takziah pemergian Dr Haron Din


Pemergian murabbi ummah, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, baru-baru ini turut mendapat perhatian Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, yang telah mengucapkan takziah atas kehilangan itu di akaun peribadi beliau di laman sosial Twitter.

“Semoga Allah merahmati Sheikh Dr Haron Din, Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS),” ujar beliau dalam petikan dari laman sosial Twitter itu.

“Kami bermohon kepada Allah agar mengampuninya dan mengangkat darjatnya bersama golongan yang tinggi kedudukan di sisi Allah,” tambah beliau lagi.

Jenazah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Amerika Syarikat selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Stanford di San Francisco. (http://ulamasedunia.org/)

Komen jelik ke atas Raja Muda: Bekas KM Melaka kena denda



Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,900 atau penjara tiga bulan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana membuat komen bersifat jelik terhadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, di Facebook, tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Rahim mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya melakukan kesalahan itu di pada 25 September tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Nazri Aziz dipersilakan untuk lebih angkuh, sombong dan cakap besaq

Tabik dan tahniah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar yang akhirnya memutuskan keluar daripada parti itu sebagai menyahut cabaran Nazri Aziz terhadapnya.

Pada Mei lalu, Mohd Hamidi meluahkan rasa tidak senangnya terhadap penyingkiran Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal daripada UMNO dengan menyifatkan tindakan itu akan membawa bencana kepada parti.

Nazri Aziz, menteri yang selalu berwatak sombong, angkuh dan suka cakap besar sebaliknya menempelak kenyataan Mohd Hamidi itu dengan mencabarnya agar keluar meninggalkan UMNO bersama "tiga pemberontak" tersebut.

Dia boleh lihat sama ada ia boleh membawa bencana atau tidak, kata Nazri lagi.

Mohd Hamidi berkata, tindakannya keluar UMNO adalah selaras dengan cabaran Nazri sebelum ini yang seperti menghalaunya agar meninggalkan parti itu.

Untuk itu, Nazri dipersilakan untuk terus lebih angkuh dan sombong dalam kenyataan-kenyataannya. Beliau  juga harus mencabar lebih ramai pemimpin yang tidak sedia jadi "pak angguk" agar meninggalkan UMNO dengan segera.

Jika Mohd Hamidi sudah menyahut cabarannya, adalah "tidak jantan" jika Nazri hanya berdiam diri atau tidak berani  lagi mencabar sesiapa selepas ini. (SH 18/09/2016)

Ahmad Maslan mengesahkan yang beliau memang tak cerdik

Nasib kau la mat maslan...

*AHMAD MASLAN MEMANG TAK CERDIK!!*

Ahmad Maslan kata isu skandal 1MDB bukan masalah besar dan tidak mencabar sepertimana beliau nak perjelaskan mengenai GST kepada keseluruhan rakyat jelata!!

Namun saya tak hairanlah kerana kenyataan ini keluar dari mulut Ahmad Maslan!! Beliau sesungguhnya amat tidak cerdik!!

*Laporan Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat (DOJ) yang telah membuktikan berbilion ringgit wang syarikat 1MDB dicuri dan disalahgunakan untuk beli hartanah mewah di California serta New York*, membeli pesawat peribadi, lukisan, berjudi, berfoya-foya dan menerbitkan filem lucah sehingga berita memalukan ini tersebar di seluruh dunia; si Ahmad Maslan kata ianya perkara kecil?!

*Hutang syarikat 1mdb dah melebihi paras RM52 bilion;* Ahmad Maslan kata bukan masalah besar?!

*Laporan PAC Parlimen mengesahkan duit 1MDB hilang RM20 bilion*; ahmad maslan kata ini bukan masalah kecil?!

Malahan *laporan Ketua Audit Negara juga mengesahkan dana syarikat 1MDB  hilang RM28 bilion*; ahmad maslan anggap ini sebagai isu remeh ke?!

*Pejabat Peguam Negara Switzerland kata mereka ada bukti RM16.8 bilion telah diselewengkan dari syarikat 1MDB*; itu bukan masalah besar?!

*Luxembourgh dan Singapura kata ada bukti salahlaku penyelewengan berbilion ringgit*; Ahmad Maslan anggap ini isu tidak besar?!

*Kerana isu penyelewangan 1mdb inilah hutang negara semakin bertambah*, hartanah utama tergadai dan duit-duit tabungan rakyat diambil seperti KWAP, KWSP, Tabung Haji dan Amanahraya terpaksa diguna oleh pihak kerajaan; Ahmad Maslan kata isu 1MDB sebagai masalah kecil?!

*Disebabkan oleh kes penyelewengan 1MDB juga menyebabkan GST terpaksa diperkenalkan dan kos sara hidup rakyat meningkat*; Ahmad Maslan kata ini masalah tidak besar?!

Banyak lagi keburukan yang telah memudaratkan negara disebabkan oleh isu skandal 1MDB ini Ahmad Maslan kata ini bukan masalah besar membawa erti kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa Ahmad Maslan ini memang bangang, bodoh, sewel serta tidak waras!!

*DATO SRI KHAIRUDDIN ABU HASSAN*
19 Sept 2016





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...