TERKINI :

Sunday, September 18, 2016

Kami tak mahu melutut pada PAS sebab itu tubuh Amanah - Salahuddin Ayub

SHAH ALAM: "Saya dan kawan-kawan tidak akan tubuhkan Amanah kalau mahu melutut pada PAS," itu reaksi Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub selepas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semalam, Hadi berkata Amanah akan melutut kepada PAS dan mengiktiraf kekuatan parti itu suatu hari nanti.

Ketika itu juga parti-parti yang menjadi sekutu Amanah terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat, dakwa Hadi lagi.

"Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah. Kalau nak melutut duduk dalam PAS sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja. 

"Bagi saya ucapan itu lahir daripada ucapan cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan parti seperti Hamim dan Berjasa. Jadi harapan untuk lihat Amanah ini perti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) HAMIM dan BERJASA itu tidak kesampaian.

"Sebaliknya Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat," kata Salahuddin ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

HAMIM adalah Parti Hizbul Muslimin Malaysia sementara BERJASA pula adalah Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia yang diwujudkan pada tahun 70-an dan 80-an.

HAMIM dan BERJASA merupakan parti yang ditubuhkan oleh dua orang bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Tan Sri Asri Muda dan Datuk Muhamed Nasir yang berpusat di Pantai Timur Malaysia.

Tambah Salahuddin yang juga bekas naib presiden PAS, parti itu kini tidak senang duduk berikutan sambutan di kalangan penyokong yang diterima Amanah amat memberangsangkan.

"Setakat ini kita telah berjaya dapatkan ahli hampir 80 ribu orang dalam tempoh setahun. Kita telah tubuhkan 156 kawasan Parlimen. Hari ini juga kita dapatkan 300 cawangan-cawangan baru di seluruh negara. 

"Kita sasar dalam tempoh pertengahan tahun hadapan kita akan capai target kita lebih kurang 1000 cawangan. Jadi ini sebenarnya yang merisaukan Haji Hadi terutama pergolakan mutakhir PAS Kelantan dan juga sambutan luar biasa terhadap porgram Datuk Husam Musa (bekas pemimpin PAS) di Kelantan," ujarnya lagi.

Pemimpin PAS sebelum ini menolak laporan Amanah diterima baik di Kelantan. Malah Hadi sendiri mendakwa pengumuman Amanah bahawa parti itu menerima 1500 borang keahlian daripada ahli PAS dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk Amanah di Salor, Kelantan, sebagai 'cakap kosong'.

Kenyataan Hadi itu turut diulas Salahuddin. Ujarnya Amanah tidak akan mereka cipta cerita sebegitu dan amat menjaga integriti  parti itu.
"Yang hadir dalam program itu adalah Setiausaha Agung Amanah sendiri, Tuan Haji Anuar Tahir yang saksikan borang itu diisi dan diserahkan kepada beliau. Sekarang (borang itu) sedang diproses oleh ibu pejabat. Saya rasa jumlah itu adalah jumlah yang betul yang bukan rekaan. 

"Saya sendiri amat menjaga tentang integriti parti Amanah ini. Mana boleh kita cakap saja seribu lebih atau kita boleh buat borang palsu dan seumpamanya.  

"1500 itu benar-benar wujud. Malam itu beberapa profesor terkemuka di Kelantan dan golongan cendekiawan yang lain, bekas pegawai tinggi kerajaan, bekas ADUN, bekas wakil rakyat antara 1500 yang sertai Amanah. Jadi itu bukan cakap kosong," tegas Salahuddin.

MCA, MIC, Gerakan dipelawa sertai pembangkang

Susulan keresahan Gerakan terhadap cadangan persempadanan semula kerusi pilihan raya, Parti Amanah Negara (AMANAH) mempelawa anggota komponen BN selain Umno menyertai pembangkang.

Setiausaha parti serpihan PAS itu Suhaizan Kaiat berkata, langkah mahu mengumpulkan pengundi bukan Melayu di kawasan pembangkang “untuk menyelamatkan Umno sahaja”.

“Kaedah ini boleh terus melemahkan MCA, MIC dan Gerakan,” tulisnya di Facebook.

“Apa guna parti-parti bukan UMNO masih berada dalam BN lagi.

“Mari kita bersama dalam pembangkang.”

Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong semalam menyelar cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diselar kerana didakwa mengutamakan penguasaan kaum berbanding memastikan percampuran seimbang.

Yong memberitahu Malaysiakini, perubahan dicadangkan itu mungkin akan memudaratkan Gerakan dan parti itu mungkin memfailkan bantahan.

Piala Malaysia - Helang Merah terbang tinggi ke separuh akhir

Alor Setar: Kedah menceriakan lebih 25,000 penyokong setianya apabila layak ke separuh akhir Piala Malaysia selepas berpesta gol dengan menumpaskan Negeri Sembilan 5-0 di Stadium Darulaman, di sini, malam tadi.

Kemenangan selesa perlawanan suku akhir kedua itu nyata memberikan gambaran berbeza selepas aksi pertama di Stadium Paroi, Negeri Sembilan sekadar seri tanpa jaringan.

Pemain sayap Kedah Mohd Syazwan Zainon bertindak cemerlang apabila menjadi penyumbang kepada tiga gol Helang Merah hasil hantarannya kepada Shane Edward Smeltz dan Thiago Augusto.

Pemain tuan rumah bermula garang seawal minit pertama perlawanan apabila Liridon Krasniqi melakukan tandukan padu, namun melepasi palang.

Tekad untuk memburu gol pendahuluan bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir menyaksikan tuan rumah menggandakan asakan ke kubu lawan.

Peluang Kedah nyaris terhasil pada minit ke-16 namun tandukan Thiago hanya melepasi palang gol.

Bagaimanapun jaringan ditunggu-tunggu muncul minit ke-23 apabila hantaran Syazwan disempurnakan Smeltz yang menanduk masuk.

Sorakan penyokong tuan rumah kembali bergema pada minit ke-32 apabila sepakan Smeltz dari luar kotak penalti menerjah ke gawang pelawat untuk kedudukan 2-0.

Selang lima minit kemudian giliran Thiago pula menanduk masuk gol ketiga, juga hasil hantaran Syazwan.

Bermula separuh masa kedua Kedah yang terus menyerang berjaya menghasilkan gol keempat pada minit ke-49 apabila Thiago menolak masuk hantaran Syazwan.

Malah kekebalan pertahanan Helang Merah menyebabkan pasukan pelawat sukar melepasi benteng tuan rumah untuk melakukan percubaan berbahaya.

Tuan rumah melengkapkan malam gemilang mereka apabila menghasilkan gol kelima minit ke-86 hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti Krasniqi.


Jemaah selesai tunai ibadat haji


MAKKAH: Kira-kira dua juta umat Islam seluruh dunia kini selesai menunaikan ibadat haji selepas menamatkan ibadah melontar di tiga jamrat. Hari ini, 13 Zulhijjah mengikut kalendar Islam, semua jemaah selesai melakukan lontaran di Sugra, Wusta dan Kubra. Namun, ada kalangan jemaah lebih awal selesai melakukannya apabila memilih 'nafar awal' iaitu menamatkannya semalam.

Sebahagiannya pula memilih untuk bermabit pada malam 13 Zulhijjah iaitu apa yang dinamakan sebagai 'nafar thani' sebelum menamatkan lontaran di tiga jamrat berkenaan. Kini semua mereka yang bergelar 'haji' dan 'hajah' itu telah kembali ke Makkah dari Mina bagi persiapan pulang ke tanah air. Sebelum meninggalkan Makkah, mereka perlu melakukan tawaf wida di Kaabah iaitu tawaf selamat tinggal. Apabila pulang ke tanah air sudah semestinya jemaah akan membawa seribu kenangan bersama, sepanjang berada lebih 40 hari di tanah suci. Seramai 22,320 jemaah haji negara menunaikan ibadat haji musim ini dengan penerbangan pertama pada 4 Ogos lalu.

Sebanyak 47 penerbangan membawa mereka ke Tanah Suci sama ada terus ke Madinah atau Jeddah. Sebelum menunaikan haji iaitu bermulanya wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, jemaah lebih awal melakukan ziarah dan umrah. Kerajaan Arab Saudi wajar diberikan penghargaan tertinggi apabila berjaya mengawal pergerakan jemaah dunia dengan begitu lancar sekali. Walaupun kelihatan tegas seperti menguatkuasakan sistem biometrik iaitu pelaksanaan 10 cap jari jemaah dan penguatkuasaan undang-undang lain seperti pemeriksaan di pintu masuk hotel, namun sikap 'lemah lembut' mereka terhadap jemaah haji harus dipuji.

Penguatkuasaan undang-undang itu berikutan insiden kren tumbang dan rempuhan tahun lalu yang mengorbankan ramai nyawa jemaah haji termasuk jemaah negara. Begitu juga kepada lebih 600 petugas Tabung Haji (TH), mereka juga faktor kejayaan pelaksanaan musim haji tahun ini. Walaupun ada beberapa dakwaan dangkal terhadap mereka, tiada siapa yang dapat menafikan kesantunan petugas terhadap Dhuyufurrahman (tetamu Allah) atau jemaah haji.

Memang tepat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi terhadap Malaysia melalui TH iaitu agensi terbaik di dunia dalam mengurus jemaah haji. Sepanjang musim ini, hanya 10 jemaah haji negara yang meninggal dunia termasuk seorang ketika di tanah air.

Kini jemaah haji Malaysia sedang menghitung hari untuk pulang bertemu sanak saudara tercinta dengan penerbangan pertama KT02 pada Sabtu ini dan akan tiba di tanah air pada Ahad iaitu jam 11 pagi. Semoga mereka memperoleh haji yang mabrur dan lengkaplah slogan TH iaitu 'Bersama Santuni Dhuyufurrahman dan pulangnya dengan kemabruran'. - BERNAMA

‘Jika singgah di Livermore California Amerika Syarikat, jangan lupa ziarah’

'Jika singgah di Livermore, jangan lupa ziarah'

SHAH ALAM - "Sesiapa yang singgah di Livermore, jangan lupa ziarah baba ya," demikian  pesanan anak perempuan Allahyarham Datuk Dr Haron Din selepas selesainya upacara pengebumian ayahnya yang tercinta hari ini.

Jelas, Dr Huda Haron jasad Mursyidul Am Pas itu, disemadikan dengan sempurna oleh orang-orang sekeliling walaupun tempat persemadian ayahnya bukan di tanah air sendiri.

"5.51 PM Livermore, California.6.51 AM Malaysia. Alhamdulillah tempat rehat baba dan bersemadinya jasad baba yang mulia,

"Sempurna dengan bantuan insan-insan yang membantu tanpa soal jawab dan tak mengira apa jua. Terima Kasih dari kami sekeluarga," katanya menerusi catatan di Facebook rasmi Datuk Dr Haron Din.

Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore California Amerika Syarikat, di atas amanat beliau sendiri yang mahu disemadikan ditempat di mana beliau meninggal dunia.

Sebelum itu, jasad Allahyarham dimandikan dan dikafankan di Masjid An Noor Santa Clara pada jam 11.40 pagi (2.40 pagi waktu Malaysia).

Solat jenazah pula dilakukan selepas solat Jumaat kira-kira jam 2.21 petang (5.21 pagi waktu Malaysia) di Masjid Muslim Community Association yang diimamkan sendiri anak lelakinya, Hamidi Haron.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi semalam pada usia 76 tahun di Hospital Universiti Stanford Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Salleh dan lima cahaya mata.

Sungai Petani - Mohon bantuan tampung kos bedah anak

Mohon bantuan tampung kos bedah anak

SUNGAI PETANI – Pasangan suami isteri dari Kampung Hilir, Merbok, dekat sini memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya berusia tujuh bulan yang mempunyai masalah pendarahan otak.

Mohamad Jefri Saad, 23, berkata, anaknya, Nur Zahira Humaira disahkan mengidap penyakit itu ketika berusia tiga bulan dan pernah menjalani dua kali pembedahan sebelum ini bagi membuang darah di otak.

Menurutnya, anaknya itu adalah anak kembar, namun pasangannya, Nur Zahira Qaisara sudah meninggal dunia pada 30 Ogos lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kerana paru-paru kronik.

"Anak kembar saya ini lahir pada 20 Januari lalu, namun arwah Qaisara terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang masa dan dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) sejak lahir kerana ada masalah pada paru-paru," katanya.

Mohamad Jefri berkata, kini anaknya itu perlu dibedah lagi bagi membuang selaput.

"Kali pertama Humaira dibedah ketika berusia tiga bulan dan kali kedua pula pada usia lima bulan, dikatakan untuk tujuan sama.

"Untuk kali ketiga pula, Humaira dijangka akan menjalani pembedahan pada 25 September ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar," katanya.

Dia yang bekerja di sebuah kilang di Gurun dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan, berharap bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya itu.

Piala Malaysia: Kedah Aibkan Negeri Sembilan 5-0

KEDAH menebus kekecewaan menjaringkan gol pada suku akhir pertama Piala Malaysia dengan membelasah Negeri Sembilan 5 - 0 di Stadium Darul Aman pada perlawanan Sabtu malam untuk melangkah separuh akhir.

Kedah yang turun dengan misi 'mahu menang' ternyata tidak membuang masa dengan melakukan serangan ke gawang pasukan pelawat.

Penyerang berpengalaman Kedah, Shane Smeltz yang dahagakan gol bertindak cemerlang dengan membuka tirai jaringan.

Gol pertama pasukan 'Hijau Kuning' dihasilkan selepas Smeltz mendapat hantaran Rizal Ghazali pada minit ke-23.

Seperti mendapat tonik tambahan daripada gol itu, Kedah terus memberi tekanan terhadap skuad Negeri Sembilan yang lebih bertahan.

Tidak lama kemudian, Kedah memperolehi jaringan kedua juga menerusi Smeltz yang mendapat hantaran Syazwan Zainon.

Gol yang dihasilkan pada minit ke-31 itu membuatkan stadium yang dipenuhi lautan hijau kuning semakin gamat.

Berselang lima minit, anak didik Tan Cheng Hoe terus mengukuh kedudukan untuk ke separuh akhir Piala Malaysia dan gol ketiga ini dihasilkan oleh Thiago Augusto.

Babak pertama ditamatkan dengan kedudukan 3-0 untuk memastikan matlamat untuk menang berjaya dicapai.

Jurang tiga gol yang diperolehi itu turut memberi pilihan kepada Cheng Hoe untuk melakukan pertukaran dengan mengeluarhan Smeltz dan memberi peluang kepada pemain muda seperti Farhan Roslan.

Empat minit babak kedua bersambung, kesebelasan utama Kedah terus membuktikan bisanya sebagai finalis Piala Malaysia musim lalu dengan menjaringkan gol keempat.

Gol itu dijaringkan oleh Augusto untuk turut sama merekodkan dua gol seperti Smeltz pada perlawanan berkenaan.Ketika pasukan pelawat seakan tidak mampu mendekatkan jurang jaringan, Liridon Krasnqi pula menjadikan kedudukan 5-0 ketka menyempurnakan sepakan percuma.

Dengan jaringan itu, Kedah yang menjadi pilihan untuk ke separuh akhir berjaya mengesahkan kedudukannya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...