TERKINI :

Saturday, September 17, 2016

Mat Sabu sedia lepas jawatan Presiden Amanah dan serah kepada Husam

KOTA BHARU: Selepas setahun Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan, presidennya Mohamed Sabu sedia melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu menegaskan beliau menyerahkan isu tersebut kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli Amanah untuk memutuskan perkara berkenaan.

Ujar beliau, perkara tersebut akan dibincangkan dalam Kongres Agong Amanah yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Itu serah kepada mesyuarat agong kitalah, kongres agung, pemilihan setiap tahun ada.

"Bila masa pun boleh, saya bersedia; saya tak ada masalah untuk serahkan kepada sesiapa yang dipilih dalam perhimpunan penuh parti," katanya kepada Astro AWANI.

Mohamad juga enggan mengulas pendapat yang mengatakan penyertaan Husam ke Amanah tidak memberi implikasi besar.

Sementara itu Mohamed juga tidak menolak pendapat sesetengah pihak yang mengatakan golongan muda lebih cenderung menyertai parti baharu seperti Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Anak muda ni saya rasa yang tak berparti akan pilih yang baharu, sama ada Amanah atau Bersatu," katanya lagi.

Beliau menjelaskan Amanah kini giat mendaftarkan ahli baharu di seluruh negara dan setakat ini lebih 50 ribu telah mendaftar untuk menganggotai parti itu.

DAP kesal, sifatkan kenyataan Jeff Ooi tidak sensitif

17 September 2016

KUALA LUMPUR, 17 SEP: DAP menyatakan rasa kesal dengan kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kembalinya ke rahmatullah Mursyidul-Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya turut melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga yang tersinggung dengan kenyatan Jeff di laman sosial Twitter lewat petang semalam.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Saudara Jeff telah mamadamkan perkongsian Twitter terbabit.

“DAP turut mengucapkan takziah dan simpati atas kesedihan yang ditanggung ahli keluarga serta rakan-rakannya,” ujar Ahli Parlimen Bagan itu.

Katanya meski sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik, DAP yakin dan percaya bahawa Allahyarham telah menyumbang kepada agama Islam.

“Sekali lagi saya menitipkan belasungkawa buat Allahyarham sekeluarga bagi pihak seluruh keluarga besar DAP, dan berharap agar rohnya ditempatkan bersama para orang soleh.”

Guan Eng turut menegaskan bahawa tweet Jeff Ooi itu tidak mewakili pendirian parti. – Roketkini.com

Ahmad Yakob pangku jawatan mursyidul am PAS

Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan memangku jawatan Mursyidul Am parti itu selepas pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kepimpinan tertinggi parti akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.

"Sebelum ini ketika almarhum (Haron) uzur, tugas itu memang sudah dipikul oleh timbalan dan tidak menjadi masalah.

"Pengantinya akan ditentukan dalam mesyuarat dan kita akan mengikut Perlembagaan parti bagi menentukan siapa penggantinya," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Rang Undang-Undang (RUU) 355 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu malam tadi.

Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Februari 2015 akibat kanser prostat.

Antara solat Dhuha yang SUNAT dan Amanah kerja yang WAJIB

MENIPU SISTER BUKAN ISLAM

Ketika menunggu no giliran dipanggil di satu pejabat,saya lihat  dikaunter tempat saya menunggu tiada pegawai,lalu saya bertanya kaunter penyambut pelanggan.Kata pegawai disitu,"Encik tunggu sekejap,dia pi solat dhuha kot."Saya tak membalas,tetapi dlm menunggu pegawai tersebut,saya teringat beberapa perkara yg teringin saya kongsi dg anda untuk memikirkan

Perlu diketahui bahwa hukum asal solat sunnah adalah di rumah. Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

أَفْضَلُ صَلاَةِ المَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ المَكْتُوْبَة
”Sebaik-baik solat seseorang adalah di rumahnya kecuali shalat wajib.”  (HR. Bukhari dan Muslim)

Memang solat dhuha besar ganjarannya tetapi tarafnya tetap sunat,tidak dapat mengatasi yg wajib.Bila kita berada dirumah, rebutlah untuk bersolat sunat dhuha.Bila kira memilih untuk bekerja dg pihak lain, kerajaan atau swasta, bermakna kita telah mengikat janji dg pihak itu, hukumnya wajib tunai sepenuhnya, maka sebesar mana kerja sunat waktu itu tidak boleh mengatasi ananah dan janji yg diikat. Mungkin sebab itulah nabi menyebut solat sunat itu sebaiknya dirumah sendiri.

Fatwa Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhut ‘Ilmiyyah wal Ifta’ no. 19285, 23/423 yg dipengerusikan oleh Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz menyebut,

"Tidak selayaknya bagi seorang pegawai melalaikan pekerjaan dari tugas yg diamanahkan yang hukumnya lebih wajib dari sekedar melaksanakan solat sunnah. Solat Dhuha sudah diketahui adalah solat sunnah. Oleh yg demikian, hendaklah seorang pegawai tidak meninggalkan pekerjaan yang jelas lebih wajib dengan alasan ingin melaksanakan amalan sunnah. Mungkin pegawai tersebut boleh melaksanakan solat Dhuha di rumahnya atau sebelum masuk waktu bertugas, iaitu setelah matahari setinggi tombak. Waktunya kira-kira 15 minit setelah matahari terbit.” Demikian Fatwa Al Lajnah Ad Da-imah no. 19285.[20]

Fikirkan hal ini,antara wajib patuh pada amanah tugas dg hanya satu amalan sunat.Mungkin jika ada waktu rehat yg rasmi,yg dibenarkan, gunakanlah utk solat sunat kerana waktu rehat itu hak kita.

Atau jika nak juga solat sunat,anda perlu minta izin pegawai diatas anda, utk mengharuskannya. Ini bukan soal "alaaah! Dua tiga minit saja."Ini soal antara wajib dan sunat, walau seminit diambil untuk kepentingan diri dari tugas,ia tetap tidak amanah dan mencemar rezeki.

Sehubungan ini juga, saya pernah ditanya oleh seorang sister bukan Islam disatu hospital,berapa lama waktu yg diambil untuk solat kerana misinya yg pergi bersolat agak lama.Imi satu hal, menjadikan alasan solat untuk curi tulang,dan memburukkan agama.

Lebih teruk bila sister itu bertanya bolehkan seorang perempuan yg haid bersolat sebab dia berkata ada misinya yg belum kahwin,minta pergi solat sepanjang bulan,tak ada cuti.

Katanya,"Cikgu, bukankah orang perempuan Islam ada cuti dari semayang dalam satu bulan bila period?". Ini satu lagi dosa mengguna agama untuk diri sendiri, yg ditipu orang bukan Islam, yg jadi mangsa, agama Islamnya, tetapi ingat Allah tentu melihat dg kemurkaannya.

Janganlah guna agama untuk kepentingan diri, walaupun buat perkara sunat dg meninggalkan yg wajib,bersolat sunat ketika tugas. Jangan jdkan agama sebagai alasan utk kepentingan diri,pergi solat untuk curi rehat,tak boleh solat, memberi alasan pergi bersolat, mencuri waktu kerja untuk baca quran hingga ada tugas ditangguh dsbnya.

Saya tahu banyak orang akan cerita alasannya, akan komen gitu gini, tanya saya itu ini utk mengharuskan tindakannya. Cukuplah berpegang dg yg sunat sekali-kali tidak dapat mengatasi yg wajib.

Hanya  perkara darurat seperti berak kencing dan tidak sihat yg boleh membuka sedikit jalan keluar atau mintalah izin dari orang yg diatas dan amanahlah,namun jika anda membuat orang lain tertunggu,lebih baik tinggalkan yg sunat.

Wallahu a'lam

Copy paste fb abdghaniharon

Najib ucap takziah kepada keluarga Haron Din

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia 10.10 pagi hari ini, selepas menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di Amerika Syarikat.

Najib di Facebook berkata Malaysia kehilangan seorang ulama yang dihormati dan banyak berjasa kepada kesejahteraan negara.

“Secara peribadi, saya dan keluarga kehilangan seorang rakan rapat dan disayangi,” tulis Najib beberapa minit selepas Haron meninggal dunia.

Presiden Umno itu menambah walaupun landasan politik mereka berbeza, mereka ingin perkara yang serupa iaitu negara Islam yang makmur.

“Semoga roh Allahyarham Haron Din dikurniakan husnul khotimah dan ditempatkan di Al-Jannah bersama para syuhada. Al-Fatihah.”

DAP : Belasungkawa Allahyarham Dato’ Dr Haron Din

DAP menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Dr Haron Din atas pemergian Allahyarham pagi ini.

Walaupun ada kalanya berbeza pendapat dari segi politik, DAP mengiktiraf peranan Allahyarham sebagai tokoh penting dalam medan politik dan dakwah negara.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Lim Kit Siang

Haron Din sah disemadikan di San Francisco, AS

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din akan dikebumikan di San Francisco, Amerika Syarikat.

Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas berhubung dengan keluarga Haron.

"Baharu bercakap dengan keluarga TG Datuk Dr Harun Din (Tuan Guru Datuk Dr Haron Din). Keluarga sepakat pengkebumian di San Francisco.

"Solat jenazah di Masjid AnNur di sana," katanya dalam catatan terbaharunya di laman Twitter rasmi beliau, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sudah menguruskan penghantaran jet ke Amerika Syarikat bagi membawa pulang jenazah tokoh agama itu.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.

- Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...