TERKINI :

Thursday, September 15, 2016

BEBASKAN ANWAR - “SEMUA ITU AKAN DATANG KALAU DAPAT JATUHKAN NAJIB,” KATA TUN MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agenda bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dilakukan seperti dirancang sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan.

Bekas Perdana Menteri itu menambah, ia tidak boleh dijanjikan sekarang kerana pembangkang tiada kuasa. 

Akta Pindaan RUU 355 - Yang mana dulu? Akta atau RUU?

Hamba Allah

Kita boleh terima mungkin 'tersalah' taip atau kurang arif kalau yang melakukan kesilapan tu adalah Pas Kawasan, terutama dari 'bukan' kawasan bandar atau pinggir bandar. Tapi, kalau Urusetia Penerangan KERAJAAN Negeri pun kurang teliti atau tak dapat bezakan, kira2 berat dah ni !

Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan berkaitan bagaimana sesuatu Undang-Undang digubal di Parlimen....

Bermula dengan Rang Undang-Undang dan setelah diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan setelah 30 samada diperkenankan atau tidak, ianya menjadi undang-undang yang disebut sebagai AKTA.

Tidak ada dalam dunia ni orang sebut AKTA RUU melainkan Lebai Kepala Masam.... Suka hati dia ja... Tu pon jangan.. rata riti jaja dia buat benda betoi... Atas nama Islam hat salah pon jadi betoi... Lebai punya matematik mudah.... patut la jadi lebai...

Surat Terbuka kepada Presiden PAS : Politik apa yang anda cuba bagi rakyat wala' nie?

Surat Terbuka Awang Malaya Kepada Presiden PAS

Daripada Abe Awang Malaya

Selepas PRU 13 yang lepas, DUN Terengganu diwakjili oleh 17 ADUN BN (UMNO) dan 15 ADUN PR (PAS 14 PKR 1). Dari 17 kerusi UMNO itu, 3 daripadanya telah dihadiahkan oleh tuan kepada BN sejak hari penamaan calon lagi.

Dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, telah diputuskan dan dipersetujui bahawa DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera akan ditandingi oleh calon PKR, disamping beberapa kawasan lain termasuk DUN Bandar.

Tuan adalah presiden PAS. Tuan orang alim. Mustahil tuan tidak tahu kewajipan untuk patuh kepada keputusan mesyuarat, yang telah dipersetujui, bahkan mesyuarat itu dihadiri oleh tuan sendiri atau wakil yang direstui oleh tuan sendiri dari kalangan pemimpin kanan PAS. Mana mungkin tuan tidak tahu peraturan dan undang-undang berorganisasi, dan mana mungkin tuan tidak tahu hukum bagi orang yang berbuat khianat, mungkir janji dan bercakap bohong.

Agama Islam yang suci ini nescaya tidak membenarkan pembelotan dan mengkhianati amanah seperti itu, atas apa alasan sekali pun.

Pada hari penamaan calon, tuan sebagai Presiden dan Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agong PAS, telah tanda tangan watikah yang mengizinkan beberapa orang calon PAS bertanding di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui akan ditandingi oleh calon PKR dalam mesyuarat Pakatan, termasuk di 3 kawasan dalam negeri Terengganu yang disebutkan tadi.

Di antara DUN lain yang PAS tindan calon PKR dan terpaksa berlawan sesama sendiri termasuk DUN Kota Damansara di Selangor dan DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang.

Tuan telah mungkir janji. Tuan telah langgar keputusan mesyuarat. Tuan telah khianat. Tuan sendiri tahu akibat dari meletakkan calon PAS di kawasan yang ditandingi oleh PKR, sudah tentu UMNO akan menang. Tuan tahu itu. Untuk menghalalkan pengkhianatan yang tuan lakukan, maka tuan terpaksa pula berbohong dan membuat fitnah kononnya PAS terpaksa letak calon kerana tuan mendapat maklumat kononnya calon PKR adalah pengedar dadah (pil kuda) dan ada yang berfahaman komunis. Akhirnya tuan tandatangan watikah pencalonan itu, yang sama seperti memberi tiket kemenangan kepada UMNO.

Kenapa tuan buat itu? Sebenarnya apa tujuan tuan berbuat begitu? Untuk apa? Tidak ada orang yang boleh fikir, apa sebenarnya yang tuan mahukan? Kenapa tuan tergamak mengkhianati pemimpin PKR dan DAP bahkan sebahagian pemimpin PAS sendiri? Dan tuan telah khianat kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat, semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pembodek dan pengampu yang berada di sekeliling tuan, termasuk menantu tuan sendiri!!

Di Terengganu, tuan bagi percuma kepada UMNO 3 kerusi, dan akhirnya UMNO berjaya mempertahankan pemerintahannya dengan kelebihan 2 kerusi sahaja. Kebetulan jenis apakah ini, wahai tuan guru Dato’ Seri Presiden?

Dalam keadaan UMNO masih terhoyong-hayang untuk menegakkan pemerintahannya, dengan takdir Allah, seorang wakil rakyat UMNO meninggal dunia. Maka diadakan pilihan raya kecil di DUN Kuala Besut.

PRK Kuala Besut sangat besar akibatnya, kepada PAS dan UMNO. Itu bukan sekadar cerita orang Kuala Besut akan pilih wakil rakyat baru, itu bukan cerita sah atau tidak solat berimamkan orang UMNO, tapi pilihan raya kecil itu menentukan parti yang akan perintah negeri.

Kalau PAS menang di Kuala Besut, kedudukan akan jadi 16-16.... Kuala Besut bukan kawasan kebal BN. PAS pernah menang di situ dalam PRU 1999 dulu. Orang Kuala Besut bukannya totok UMNO sangat. Kes mata lebam Anwar pun mereka boleh beri kemenangan kepada PAS tahun 1999. Ketika demam pilihan raya umum belum pulih lagi, sepatutnya PAS mampu untuk memenangi PRK Kuala Besut itu.

Tetapi apa yang berlaku, sepanjang dua minggu tempoh kempen itu, tidak ternampak sedikit pun tanda-tanda yang PAS bersungguh-sungguh nak rampas kerusi DUN Kuala Besut, apatah lagi nak fikir untuk mengambil-alih pemerintahan negeri.

Hasilnya, UMNO menang dengan majoriti yang bertambah dari pilihan raya umum lalu. Nampak tuan dan beberapa orang ustaz PAS yang semazhab dengan tuan seperti berpuas-hati dengan kekalahan itu.

Maka memerintahlah akan negeri Terengganu oleh Barisan Nasonal dengan kelebihan 2 kerusi sahaja. Nampak di atas kertas, kedudukan kerajaan BN amat genting dan dalam bahaya. Rupa-rupanya apa yang berlaku dalam dewan tidak sama dengan apa yang tertulis di kertas.

Kedudukannya 17:15, tetapi dalam dewan, kedudukannya 17 ADUN UMNO, 13 ADUN bebas pro UMNO, 1 orang ADUN PAS (Syed Azman) dan 1 orang ADUN PKR (Azan Ismail). Seolah-olahnya begitu. Seolah-olahnya BN mempunyai 30 orang ADUN, hanya 2 orang pembangkang sahaja. Salah seorang dari 13 PAS yang tidak menjadi pembangkang itu ialah tuan sendiri.

Ketika kedudukan 17:15, berlaku krisis Menteri Besar Terengganu. Ahmad Said diminta letak jawatan, oleh presiden UMNO. Pelantikan dan pemecatan seorang Menteri Besar ditentukan oleh presiden parti, tidak pasti samada tuan sedia maklum atau tidak tentang hal ini. Kalau dilihat pada respon dan reaksi tuan dalam kes Menteri Besar Selangor, saya sangat ragu adakah tuan faham akan perkara ini. Nampak pada caranya, macam tuan tak faham.

Bila Mat Said letak jawatan, PAS buat-buat tak tahu. Tuan pula memang macam biasa lah, buat-buat tak gaduh, seolah-olah perkara itu tidak penting. Mungkin tuan dan orang-orang PAS beranggapan bahawa itu masalah dalaman UMNO. Tidak perlu masuk campur kerana ia tiada kaitan dengan PAS. Jadi, bagi PAS pada waktu itu, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Padahal, peristiwa Ahmad Said dipecat itu sangat besar maknanya kepada politik Terengganu. Ada orang duk cerita atas wakaf, dia kata Mad Said ajak PAS berpakat untuk jatuhkan kerajaan BN di Terengganu, tapi pihak PAS menolaknya.

Akhirnya, Ahmad Said, ADUN Bukit Besi dan ADUN Paka mengumumkan keluar dari UMNO!!! UMNO memerintah dengan kelebihan 2 kerusi, tapi sekarang 3 orang bukan wakil rakyat UMNO lagi. Maka kedudukan sekarang telah menjadi PR 15 BN 14 Bebas 3.

Mana-mana parti pun dalam dunia ini, apabila berlaku keadaan begitu, ketua parti akan segera menghadap sultan untuk memaklumkan bahawa Barisan Nasional telah hilang majoriti dalam dewan undangan negeri, dan memohon perkenan sultan bagi PAS membentuk kerajaan dan mengakat sumpah sebagai Menteri Besar.

Saya tidak pasti siapa yang patut pergi menghadap sultan, sama ada tuan sebagai presiden PAS, atau Satiful Bahri sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu. Yang pastinya, dua-dua tak pergi. Saya percaya tuan sendiri tidak pernah fikir sekiranya PAS memerintah Terengganu, siapa yang akan jadi Menteri Besar. Perkara itu tidak ada dalam kepala tuan. Kerana tuan tidak pernah bercita-cita mahu jadi pemerintah. Tuan berpolitik hanya untuk menjadi pembangkang sahaja.

Maka kekallah UMNO memerintah Terengganu dengan hanya perlu berhadapan dengan 2 orang pembangkang dalam DUN, iaitu Batu Burok dan Bandar sahaja. Mad Said dan 2 ADUN lain yang keluar UMNO, pun dah masuk UMNO balik.

Ketika air mata Ahmad Said masih belum kering, tiba-tiba berlaku krisis Menteri Besar Selangor. Di sinilah nampak jelas akan sikap tuan yang sebenar. Krisis MB Selangor telah menyingkap segala pekung, panau dan kurap yang bertempek di badan tuan, yang selama ini diselimuti jubah dan diselubung dengan serban.

Tuan orang Terengganu. Tuan ialah Ahli Parlimen Marang. Tuan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. Tuan ialah Presiden PAS. Bila berlaku krisis yang melibatkan politik negeri Terengganu, tuan hanya menjadi batu yang keras dan kaku, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi bila berlaku krisis yang melibatkan politik negeri Selangor, negeri yang diperintah oleh PKR, tiba-tiba presiden PAS meloncat-loncat macam ulat beluncas mahukan supaya Khalid Ibrahim dikekalkan. Padahal, Khalid Ibrahim ialah ADUN PKR.

Pasal apa yang jadi sampai macam tu, tuan? Ada ‘permainan’ apa yang tuan nak sorokkan, sebenarnya? Permainan apa pula yang tuan nak tunjukkan?

Ok lah, nanti saya sambung.

Malang sungguh kolonel kehormat APM apabila lembu korban beliau ditolak oleh APM sendiri.

Lembu keluar APM, daging korban masuk balik

Zulaikha Zulkifli

Selepas ditolak oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Air Keroh, Melaka semalam, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini “menjemput” kembali lembu korban yang disumbangkannya.

Katanya, susulan pembatalan majlis korban tersebut, sebuah majlis korban lain diadakan bersama penduduk-penduduk Kampung Tun Razak di kawasan parlimennya di Bukit Katil pada hari ini.

Bagaimanapun, tidak melupakan warga APM, sebanyak 20kg daging korban diedarkan kembali kepada warga APM.

"Sudah jemput (lembu) dan dikorbankan bersama penduduk-penduduk Kampung Tun Razak, Bukit Katil.

“Saya agihkan juga 20 kilo daging lembu kepada anggota APMM," katanya kepadaMalaysiakini.

Semalam, Shamsul berkata pembatalan ibadah korban di kompleks APMM di saat-saat akhir mendukacitakan.

Beliau kolonel kehormat pasukan berkenaan turut mempersoalkan sama ada pembatalan acara itu mempunyai kaitan dengan politik.

Sementara itu, beliau hari ini terus mendesak APM terutama menteri bertanggungjawab Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jawapan berhubung pembatalan majlisnya semalam.

"Menteri Shahidan Kassim belum beri sebarang jawapan. Saya desak beliau (Shahidan) untuk berikan jawapan.

“Apa makna penganugerahan jawatan kolonel kehormat kalau tidak boleh melakukan aktiviti bersama," katanya lagi.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pihak terbabit dalam isu itu.

SKANDAL 1MDB - KE MANA KITA?

Sudah masuk lebih kurang 3 tahun skandal 1MDB memanaskan negara. Samada masyarakat Malaysia ambil tahu secara detail atau sepintas lalu, skandal 1MDB sememangnya diketahui. Sebut saja 1MDB orang Malaysia umumnya tahu.

Saban hari tidak kiralah siapa yang mendedahkan samada pimpinan parti politik pembangkang khususnya DAP, KeADILan atau Amanah, pimpinan masyarakat tidak berparti, pimpinan NGO, sehingga ahli-ahli Umno dan bekas ahli serta pimpinan Umno, skandal 1MDB terbuka luas. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen turut mendedahkan perkara yang sama.

Agensi berita asing seperti Wall Street Journal, Sarawak Report dan lain-lain juga turut mendedahkan bagaimana 1MDB diseleweng. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengambil langkah lebih ke depan dengan membuat permohonan menyita dan merampas aset yang diperolehi daripada wang/dana 1MDB milik warga Malaysia.

Akhirnya kita disajikan dengan tindakan saman oleh beberapa warga Malaysia yang memfailkan saman meminta segala hasil 1MDB yang diseleweng dikembalikan.

Kita sudah agak muak dengan pendedahan demi pendedahan tetapi tiada penghujung. Apa lagi yang bakal didedahkan, itulah persoalan yang berlegar difikiran kita. Sanggupkah lagi kita baca dan dengar lebih banyak pendedahan penyelewengan duit kita yang mereka kendalikan.? Adakah kita hanya suka, seronok dan hanya mahu mendengar pendedahan demi pendedahan?

Apa tindakan kita?

Laporan demi laporan telah dibuat samada kepada Polis, SPRM mahu pun Bank Negara. Kerajaan yang menjaga 1MDB pernah suatu ketika menubuhkan suatu Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB yang dianggotai oleh Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Pesuruhjaya SPRM tetapi akhirnya tiada apa yang berlaku melainkan pemecatan Peguam Negara, pemberhentian Gabenor Bank Negara dan perletakan jawatan Pesuruhjaya SPRM. Malah mereka bertiga dituduh pula bersekongkol dengan negara asing menjatuhkan Kerajaan dan menggulingkan Perdana Menteri.

Pihak Polis khabarnya sudah selesai menyiasat tetapi apa hasilnya tidak diketahui. Tipikal Polis Malaysia.

Semua yang disebutkan di atas sudah tidak boleh diharapkan. Tidak boleh dijadikan tempat bergantung bagi menjaga kepentingan negara dan kita. Siapa lagi yang akan menjaga kita jika bukan kita?

Tindakan yang kita perlu dan WAJIB lakukan ialah nyahkan seluruh kepimpinan Malaysia yang ada sekarang. Seluruh kepimpinan bermula dari Perdana Menteri sehinggalah Ketua-Ketua Bahagian Umno yang bersekongkol dengan mereka. Semua mereka petualang.

Tindakan kita ialah bersama bersepakat tumbangkan mereka UMNO/BN di dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.

Tumbangnya mereka, segala kejahatan yang mereka lakukan di dalam skandal 1MDb akan dipertanggungjawabkan. Kita akan pastikan semua yang terlibat tak kira sekecil mana sehingga sebesar badak akan dipertanggungjawabkan.

Selagi mereka ada, selagi itu kita hanya akan dengar, dengar dan dengar sehingga meletup gegendang telinga tapi mereka masih bersuka ria.

Inilah tindakan kita dan hala tuju kita.

JATUHKAN UMNO/BN dan SEMUA YANG BERSAMA MEREKA.

BNERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
15 September 2016
13 Zulhijjah 1437

Syiah tetap Islam, kata mufti Pulau Pinang

Datuk-Dr-Wan-Salim-Wan-Mohd-Noor

PETALING JAYA: Aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam walaupun mempunyai perbezaan besar dengan aliran Sunnah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

"Walaupun Syiah memiliki perbezaan agak jauh, selagi cara mereka sembahyang dan menghadap kiblat sama dengan kita, mereka sebahagian daripada kita.

"Kita tidak boleh kafirkan mereka. Hadis Rasulullah pun ada sebut," katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau merujuk hadis dari sahabat Nabi, Anas bin Malik, seperti diriwayatkan dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari: "Rasulullah bersabda, barangsiapa solat seperti kita, menghadap kiblat seperti kita, dan memakan haiwan sembelihan seperti kita, maka dialah orang Muslim yang berada di bawah perlindungan Allah dan Rasul-Nya".

Pandangan mufti itu berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam.

Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran "sesat" dan tidak boleh diamalkan.

Wan Salim diminta mengulas masalah perbezaan fahaman di kalangan umat Islam yang turut mencorak pergolakan di Timur Tengah pada masa ini.

Minggu lalu, Islamic Rennaisance Front (IRF) menganjurkan seminar "Islam tanpa Sektarianisme" yang juga membincangkan persoalan yang sama.

Kita sibuk dengan pembahagian

Mengikut Wan Salim, sikap taksub dan amalan "takfiri" (mengkafirkan umat Islam yang berbeza pandangan) oleh pihak tertentu menyebabkan berlakunya pembunuhan sesama umat Islam.

Katanya lagi, sikap saling mengkafirkan atas perbezaan mazhab itu hanya bermanfaat kepada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada perpecahan umat Islam.

"Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi," katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.

"Kita sahaja yang sibuk dengan pembahagian sebegini."

Sebelum ini, ahli jawatankuasa Pemuda Umno, Datuk Fathul Bari Mat Jahya, yang menjadi rujukan utama Umno dalam soal Islam, menyeru pihak berkuasa memerangi pengikut Syiah dengan menuduh mereka sama bahaya dengan militan IS.

Ia bagaimanapun mengundang kritikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Ahmad, yang berkata perbandingan itu tidak sesuai.

Aliran Syiah merupakan mazhab Islam kedua terbesar dengan pengikutnya tertumpu di Iran, Iraq, Bahrain, beberapa bahagian Arab Saudi dan negara teluk lain.

Ia berbeza pandangan dengan aliran Sunnah mengenai rujukan serta beberapa tokoh awal sejarah Islam.

Pengikut Syiah juga kerap menjadi sasaran keganasan pejuang IS, kumpulan militan yang mengamalkan fahaman Wahabi berasal dari Semenanjung Arab.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di mana pihak berkuasa agama secara rasmi mengharamkan umat Islam berfahaman Syiah.


Analisa Piala Malaysia 2016 : Selangor, Kedah jadi pasukan pilihan

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.461721.1450050923!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

PERTEMUAN suku akhir kedua Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 17 September ini pastinya bakal menjanjikan persaingan sengit di antara lapan pasukan bola sepak tanah air bagi melayakkan diri ke pusingan separuh akhir selepas ini.

Dalam pertemuan pusingan pertama suku akhir pada 28 Ogos lalu, Selangor yang merupakan penyandang juara Piala Malaysia tahun lalu dilihat perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan tipis 4-3 ke atas PKNS.

Menerusi rekod perlawanan, Selangor dan PKNS masih belum tewas dalam lima perlawanan terakhir sebelum ini.

Pertembungan antara pasukan 'adik dengan abang' ini antara yang perlawanan yang menarik dan dinanti oleh para penyokong memandangkan kedua pasukan mempamerkan prestasi yang setara buat masa ini.

Selangor pastinya merasai tekanan bagi mengekalkan kejuaraan mereka dan kemenangan ini adalah harapan mereka untuk mengakhiri musim ini dengan sekurang-kurannya satu piala.

Walaupun turun sebagai pasukan bukan pilihan, PKNS dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada anak buah K.Gunalan.

Dalam perlawanan lain, Kedah bakal menerima kunjungan Negeri Sembilan dalam aksi saingan yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Dalam pertemuan pusingan pertama suku akhir sebelum ini, kedua pasukan dilihat terikat 0-0 tanpa sebarang jaringan gol selepas wisel penamat dibunyikan.

Namun begitu, bagi menghadapi Kedah pada 17 September ini, Negeri Sembilan perlu bekerja keras memandangkan mereka akan berkunjung ke tempat lawan.

Selain itu, menerusi rekod sebelum ini, Kedah hanya pernah tewas sekali daripada 7 perlawanan terakhir.

Kedah dilihat memiliki kelebihan dalam perlawanan ini berdasarkan prestasi yang baik dalam kempen Piala Malaysia 2016 malah mereka juga bakal turun dengan status sebagai pasukan pilihan.

Dalam pada itu, Kelantan dan PDRM juga turut dijadualkan bertembung dalam aksi saingan kedua suku akhir yang bakal berlangsung di Stadium Hang Jebat, Bandaraya Melaka.

Menerusi perlawanan sebelum ini, PDRM berjaya menundukkan pasukan kendalian Velizar Popov 2-1 sekali gus memberi bekalan satu gol ketika menerima kunjungan Kelantan selepas ini.

Walaupun Kelantan ketinggalan satu gol di belakang PDRM, Popov pastinya menyediakan ramuan tersendiri bagi meningkatkan prestasi anak buahnya ketika berkunjung ke tempat lawan.

Menerusi rekod, Kelantan telah mencatatkan kemenangan sebanyak tiga kali dan tewas toga kali dalam enam perlawanan terakhir mereka.

Dalam lima perlawanan terakhir PDRM di tempat lawan sebelum ini menyaksikan mereka bolos 11 kali.

Namun begitu, PDRM pastinya ingin mengekal rentak perlawanan mereka sekali gus memastikan tempat di peringkat separuh akhir.

Bagi pertemuan T-Team bertemu Felda United, ia pastinya bakal memberikan saingan sengit selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi perlawanan peringkat separuh akhir pertama sebelum ini.

Felda pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka layak ke peringkat separuh akhir selepas harapan bagi meraih kejuaraan Liga Super tampak semakin kabur.

Pasukan kendalian Irfan Bakti dilihat mempunyai kelebihan memandangkan mereka akan menerima kunjungan daripada T-Team dalam aksi yang bakal berlangusung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Namun begitu, Felda tidak boleh memandang remeh aksi yang bakal dipamerkan oleh T-Team memandangkan mereka juga pastinya bakal mempamerkan kejutan buat pihak lawan dalam aksi tersebut.

Bagi kempen Piala Malaysia 2016, T-Team hanya menjaringkan lima gola di halaman sendiri manakala Felda pula sudah mencatatkan kemenangan dua kali di tempat lawan dalam kejohanan musim ini.


Didenda atau penjara, menelefon ketika memandu

mahkamah

KUALA LUMPUR - Gara-gara menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang bapa dua anak didenda RM300 atau dipenjara tiga hari oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Fahmi Mansor, 28, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Genting Klang, di sini, pada 10.10 pagi, 3 Mac lepas.

Muhammad Fahmi, bekerja sebagai pemandu, membayar denda itu.

Terdahulu, Penolong Pegawai Penguatkuasa JPJ, Azlindayanty Mohd Termizi memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal.

Bagaimanapun, Mohamad Fahmi yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda minimum dengan alasan dia mempunyai dua orang anak yang masih kecil. - Bernama


Perkhidmatan air Kelantan akan lebih mampan selepas perjanjian penstrukturan semula antara pusat & negeri

Perkhidmatan air Kelantan akan lebih mampan

PUTRAJAYA - Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan dimuktamadkan hari ini yang bakal memanfaatkan 1.6 juta pengguna di negeri itu dengan perkhidmatan air yang lebih mampan.

Ini berikutan pemeteraian beberapa perjanjian berkaitan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air berkenaan di sini yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Perjanjian tersebut melibatkan Perjanjian Utama antara kerajaan Persekutuan, kerajaan Kelantan, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); Perjanjian Kemudahan antara PAAB dan AKSB dan Perjanjian Pajakan antara PAAB dan AKSB bagi mewujudkan industri perkhidmatan air yang mampan.

Perjanjian itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB, Datuk Hanifa Ahmad dan Ketua Pegawai Korporat PAAB, Abdul Hadi Ali.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.  

Rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Kelantan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bermula sejak 2008 tanpa sebarang penyelesaian dan kemelut itu telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air, khususnya berkaitan kualiti dan kuantiti air di negeri itu.

Dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian-perjanjian itu, Ongkili berkata penstrukturan itu merupakan inisiatif kerajaan Persekutuan bagi membantu AKSB dari segi kewangan untuk mewujudkan industri perkhidmatan air yang lebih mampan.

Dengan penstrukturan tersebut, beliau berkata perihal pengurusan bekalan dan industri air diletakkan sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan manakala kerajaan Persekutuan akan bertindak sebagai pengawal seperti diperuntukkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Melalui penstrukturan itu, katanya AKSB akan memberi tumpuan pada aspek operasi dan penyelenggaraan sistem bekalan air supaya lebih efisien dan efektif bagi menjamin bekalan air mencukupi, berkualiti dan berterusan kepada rakyat Kelantan.

"PAAB akan mengambil alih pinjaman kerajaan negeri berkaitan bekalan air berjumlah RM604 juta, termasuk RM513 juta pinjaman kerajaan persekutuan. PAAB memberi pembiayaan modal kepada AKSB bagi menaik taraf serta memperbaharui aset berkaitan bekalan air sedia ada dan membina infrastruktur air baharu," katanya.

"Ini melibatkan tempoh pembiayaan sewa pajakan lebih panjang iaitu sehingga 45 tahun. Selain itu, pembiayaan ini adalah jauh lebih rendah berbanding pembiayaan oleh bank komersial," katanya, sambil menambah sewa pajakan itu termasuk aset seperti tanah dan aset berkaitan air (pam dan stesen air).

Ongkili berkata AKSB akan membayar balik RM18.64 juta setahun kepada PAAB.  

Kelantan merupakan negeri keenam yang melakukan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air seperti diperuntukkan di bawah Akta 655 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

Sementara itu, Ahmad berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan, kementerian dan agensi yang terlibat dalam penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air itu untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti air di Kelantan.

"Dalam masa empat tahun pertama selepas perjanjian dimeterai, kita akan lihat bagaimana perkembangan dan pembangunan air berlaku peringkat demi peringkat," katanya.

Katanya antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk dicapai dalam tempoh tiga tahun termasuk liputan bekalan air di Kelantan dipertingkat daripada 60 peratus kepada 75 peratus, mengeluarkan 800 juta liter air sehari berbanding 420 juta liter sekarang dan mengurangkan air tanpa hasil (NRW) daripada 48 peratus sekarang kepada 35 peratus.

"AKSB perlu memenuhi KPI yang ditetapkan. Kita akan memantau dan boleh mengambil tindakan termasuk membatalkan lesen," kata Ahmad.

Sementara itu, Mustapa yang juga pengerusi Umno Kelantan berkata, kerajaan Persekutuan mengambil langkah bersetuju dengan penstrukturan perkhidmatan bekalan air demi kepentingan rakyat negeri Kelantan tanpa mengira fahaman politik.

"Saya mengakui rakyat Kelantan memberi harapan tinggi untuk melihat peningkatan kualiti air di negeri itu. Namun, ia akan mengambil sedikit masa.

Bukan perjanjian ditandatangani hari ini, kualiti air terus dipertingkatkan esok," katanya. - Bernama

Simpanan syariah KWSP cecah RM41.1b

kwsp

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan sebanyak 41.07 peratus atau RM41.1 bilion daripada peruntukan permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Syariah 2017, sehingga pada 13 September 2016.

Dana persaraan itu berkata ahli yang ingin menukar kepada Simpanan Syariah perlu mengunjungi mana-mana cawangan KWSP, di seluruh negara untuk mengelak kesesakan orang ramai pada saat-saat akhir pada Disember.

"Tarikh tutup bagi Simpanan Syariah 2017 adalah pada 23 Disember 2016 atau tertakluk kepada ketersediaan peruntukan RM100 bilion," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pendaftaran bagi Simpanan Shariah dibuka pada 8 Ogos, 2016. - Bernama


AMANAH - Pembangkang perlu segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama menumbangkan BN.

Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Parti pembangkang digesa untuk segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama menumbangkan BN.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, formula satu lawan satu adalah cadangan praktikal dan dapat direalisasikan jika semua parti pembangkang mempunyai matlamat sama iaitu menukar kerajaan yang baru.

"Sebelum mencapai kata sepakat tentang siapa bertanding, semua parti pembangkang kena segera bersetuju untuk ke meja perundingan. Selepas itu baru kita boleh berbincang mengenai masalah pembahagian kerusi dan sebagainya.

"Tetapi, syaratnya ialah semua parti pembangkang kena ada satu matlamat yang sama dan kita perlu berganding untuk capai matlamat itu," katanya.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, pembangkang perlu bergabung termasuk menggunakan formula satu lawan satu bagi mengalahkan BN.

Beliau berkata, cabaran seperti isu pembahagian kerusi boleh diselesaikan jika semua parti pembangkang mencapai kata sepakat.

"Dalam soal pembahagian kerusi, kita kena letakkan calon boleh menang dan calon yang penting untuk negara.

"Kita juga mesti sepakat memberikan laluan kepada parti-parti lain supaya formula satu lawan satu itu boleh tercapai," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan kejayaan formula itu, semua parti pembangkang perlu  terbuka dan mengetepikan agenda parti masing-masing.

DAP : Kerjasama agenda penting, tak perlu gabungan rasmi

Zairil Khir Johari

SHAH ALAM - Gabungan rasmi parti pembangkang tidak diperlukan bagi mencapai matlamat satu lawan satu dengan BN.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebaliknya yang lebih penting ialah kerjasama sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

"Sebaik-baiknya satu lawan satu itu perlu dicapai oleh pembangkang. Kita kena jelas apa matlamat pembangkang.

"Jika kita mahu merealisasikan hasrat rakyat untuk mengubah kerajaan dan menumbangkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka kerjasama diperlukan. Itu wajib," katanya.

Menurut beliau, pembangkang juga harus mengambil pendekatan 'comparative advantage' dalam menentukan parti mana yang bertanding.

"Ini bererti, pemilihan parti mestilah berdasarkan prinsip boleh menang, dan siapa yang paling berpengaruh dalam kawasan tersebut," katanya.

Pandangan sama turut dipersetujui Naib Presiden PKR, Tian Chua yang berkata, parti pembangkang perlu mendapatkan persetujuan bekerjasama walaupun tidak berada dalam satu pakatan.

"Kalau dapat bergabung di bawah satu pakatan, lagi bagus. Tetapi jika tidak, sekurang-kurangnya kita perlu dapat persetujuan untuk kerjasama satu lawan satu," katanya.

Beliau berkata, konsep satu lawan satu telah diamalkan oleh pembangkang selama ini dan berjaya memberi kemenangan besar.

"Saya yakin pembangkang akan bergabung semula pada PRU14 nanti untuk mencapai hasrat satu lawan satu," katanya.

Tian Chua berkata, PKR juga sedia memainkan peranan untuk menyatukan kerjasama antara parti-parti pembangkang.

"Kalau boleh bukan kita jangan hanya fokus pada kerusi Parlimen, malah kerusi Dun juga," katanya.

1 lawan 1 Pas setuju, tapi ‎tiada kerjasama antara DAP & AMANAH

Mahfodz Mohamed

SHAH ALAM - Pas pada asasnya setuju dengan konsep satu lawan satu  malah yakin parti pembangkang akan menang besar ia digunakan menentang BN.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, bagaimanapun berkata, parti itu tidak pasti sejauh mana strategi tersebut mampu direalisasikan.

"Saya ingat semua pembangkang bersetuju dan berhasrat supaya tak ada tiga penjuru. Memang kita harapkan untuk jatuhkan BN dengan satu lawan satu.

"Jika berlaku begitu (satu lawan satu) kemungkinan besar (pembangkang) akan menang. Tetapi sama ada ia akan berlaku atau tidak, itu Wallahualam," katanya kepada Sinar Harian, semalam,

Kelmarin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah menyatakan sekiranya  pembangkang sepakat memilih formula satu lawan satu, ia boleh mengancam kedudukan Umno.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, setakat ini Pas tidak mengadakan  perbincangan mengenai perkara itu dengan mana-mana parti pembangkang yang lain.

"Cuma yang kita dah ada kerjasama ialah dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan). Apa yang pasti, kita tak akan buat hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Yang lain-lain, termasuk Bersatu itu ada kemungkinanlah. Tetapi setakat ini lah, tak tahulah (akan datang) sebab politik ini semua boleh kalau dah sampai masanya," katanya.

Mengenai halangan untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah, beliau berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan PKR untuk menentukan memandangkan parti itu mempunyai hubungan dengan kedua-dua belah pihak.

"Kalau ada keperluan kita akan bincang secara dalaman dan dengan PKR," katanya.

10 bandar paling bahaya yang anda kena tahu

10 bandar paling bahaya yang anda kena tahu

PEMBANGUNAN teknologi pada masa kini mempengaruhi banyak pihak untuk meninggalkan kawasan luar bandar dan memilih penempatan di bandar bagi jaminan hidup dan pekerjaan yang lebih baik.

Namun begitu, beberapa kawasan bandar metropolitan di dunia turut menjadi sebahagian daripada lokasi paling berbahaya di dunia disebabkan oleh populasi penduduk yang besar sehingga mengakibatkan bilangan penguat kuasa menjadi terhad.

Oleh sebab demikian, terdapat banyak bandar popular di dunia dikenal pasti sebagai lokasi paling berbahaya disebabkan oleh kadar peningkatan jenayah yang tinggi.

Berikut merupakan senarai bandar-bandar paling bahaya di dunia seperti disenaraikan oleh cheatsheet.com:

1) San Pedro Sula, Honduras

San Pedro Sula terletak di bahagian utara Honduran dan merupakan bandar yang paling ganas serta berbahaya di dunia. Bandar yang dikenali sebagai 'pembunuh ibu kota dunia' ini telah menjadi bandar paling ganas dipercayai berpunca daripada aktiviti perdagangan dadah serta kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berjuang demi kuasa. Selain itu, gejala rasuah turut memainkan peranan utama dalam negara ini. Ramai penduduk telah melarikan diri dari bandar ini berikutan daripada faktor kemiskinan yang membelenggu masyarakat setempat.

2) Rio de Janeiro, Brazil

Walaupun Brazil gah dengan penganjuran sukan Olimpik Rio 2016, namun bandar ini sebenarnya merupakan antara lokasi yang bermasalah. Rio dipengaruhi oleh keganasan malah turut mengundang bahaya kepada para pelancong. Untuk kekal selamat di sini, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau dadah yang dijual serta sentiasa elakkan untuk berada di bawah pengaruh dadah. Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak mempamerkan alatan mereka seperti telefon pintar dan tablet.

3) Cape Town, South Africa

Cape Town merupakan kota kedua terpadat di Afrika Selatan. Selain daripada serangan jerung, kegiatan jenayah juga merupakan antara masalah terbesar di Cape Town. Pergaduhan dan pertempuran sesama kumpulan merupakan penyebab utama Cape Town menjadi bandar paling merbahaya di Afrika. Namun begitu, walaupun Cape Town mempunyai beberapa bahagian yang menakutkan, lokasi pelancongan di sini kebiasaannya terhindar daripada sebarang jenayah.

4) San Salvador, El Salvador

EL Salvador terkenal dengan jolokan merbahaya berikutan mempunyai beberapa kumpulan ganas dan ditakuti seluruh dunia seperti MS-13. Disebabkan oleh masalah kumpulan pengganas ini, ramai pihak telah melarikan diri ke utara untuk mencari perlindungan di samping menggelakkan diri daripada masalah kemiskinan di negara berkenaan.

5) Kabul, Afghanistan

Kabul , Afghanistan merupakan antara lokasi yang bukannya menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Bandar dan negara ini turut dikaitkan dengan serangan 11 September sehingga menyebabkan kuasa-kuasa seperti Taliban dan Amerika Syarikat telah menduduki kawasan luar bandar tersebut. Selain itu, dengan kewujudan ISIS, ia telah menimbulkan lagi ketegangan di Iran dan Afghanistan.

6) Baghdad, Iraq

Baghdad adalah ibu negara Iraq dan mempunyai populasi dianggarkan seramai 7,000,000 orang. Selain itu, ia merupakan bandar raya terbesar di Iraq. Seperti Kabul , Baghdad masih di ambang perang, dan ia dianggap tidak selamat untuk pelancong.

7) Caracas, Venezuela

Caracas merupakan bandar yang mempunyai banyak kumpulan terlibat dengan aktiviti keganasan. Difahamkan, seramai 24,000 orang telah dibunuh di Venezuela pada tahun 2014. Bandar ini adalah di bawah aktiviti harian kartel dadah dan samun bersenjata. Rakyat dan pengunjung perlu sentiasa berwaspada tidak kira yang kawasan yang mereka lawati. Jika anda mahu untuk melawat Caracas, pastikan anda tidak pergi ke bandar seorang diri.

8) Acapulco, Mexico

Suatu masa dahulu, Acapulco adalah merupakan lokasi tarikan pelancong yang mempunyai pemandangan pantai serta air laut yang cantik. Namun begitu, bandar berkenaan kini tidak lagi seperti dahulu apabila sering kali dilanda keganasan dan membahayakan pelancong yang datang. Tentera Mexico terpaksa dipanggil bagi membantu menenangkan keadaan sekiranya berlaku keadaan tidak diingini.

9) Guatemala City, Guatemala

Guatemala turut mempunyai banyak masalah seperti jirannya, El Salvador dan Honduras. Masalah kumpulan pengganas, pengedaran dadah dan kemiskinan merupakan punca mengapa banyak pihak melarikan diri daripada bandar ini. Walaupun ia merupakan bandar yang indah dan mempunyai sejarah tersendiri, namun jenayah dan keganasan yang sering kali berlaku di sana menyebabkan pelancong tidak berani untuk berkunjung ke sana.

10) St. Louis, USA

St. Louis adalah bandar yang paling merbahaya di Amerika. Walaupun St. Louis jauh lebih selamat daripada bandar-bandar di Amerika Tengah , ia masih berdepan dengan isu-isu yang serius. St. Louis telah berdepan dengan isu keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, rusuhan di Ferguson merupakan antara keganasan yang berlaku di sana.- cheatsheet.com

MB Kedah hanya jalani pemeriksaan susulan

Ahmad Bashah Md Hanipah

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan bukannya akibat kecemasan seperti yang diviralkan di laman sosial.

Setiausaha Akhbarnya, Nahar Tajri berkata Ahmad Bashah menjalani pemeriksaan susulan pada Ahad lepas bagi memastikan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan terbaik.

"Beberapa siri pemeriksaan susulan disalah anggap sebagai Menteri Besar dimasukkan ke Hospital kerana kecemasan adalah tidak benar.

"Apa yang terjadi adalah...Menteri Besar sendiri pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tahap kesihatannya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan viral di laman sosial mengatakan Ahmad Bashah dimasukkan ke wad hospital berkenaan.

Nahar berkata, pada masa ini Menteri Besar sedang bercuti untuk berehat dan menyambut Aidiladha bersama keluarga di luar Kedah.

Katanya Ahmad Bashah hanya mematuhi arahan doktor supaya berehat dan tidak bertemu terlalu ramai orang dalam masa tertentu bagi mengelak jangkitan selepas pembedahan kecil yang dijalaninya pada Jun lalu.

Ahmad Bashah menjalani pembedahan kecil di Hospital Pulau Pinang pada 6 Jun lepas akibat komplikasi usus.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun. - Bernama






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...